Teori Mentalis
-
Upload
d-nes-wari-perumaly -
Category
Documents
-
view
1.370 -
download
41
Transcript of Teori Mentalis
TEORI MENTALIS
PELOPOR : NOAM CHOMSKY Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi
Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif
Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang
melibatkan aktiviti mental. Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama
Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah
juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia
ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka
peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa
manusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan
manusia.
CIRI TATABAHASA Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
Tulisan dan bacaan diutamakan
Pendekatan Analisis
Kaedah: kod-kognitif
Teknik: hafalanhttp://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html
Friday, March 8, 2013
Teori Mentalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa
Teori mentalis pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut
golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam
stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur
berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan
dan makna diberikan penekanan.
Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau
prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa
prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap
pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:
Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran
bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan
kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus
menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu
membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan
pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran
yang akan diajar nanti.
Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan
yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam
kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru
hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.
Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu
huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang
betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam
masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan
untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem
bahasanya dengan baik.
Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan
bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada
bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa
Melayu)
Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif
(penerangan dahulu,kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa disampaikan secara formal dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-mentalis-dalam-teori-pemerolehan.html
Tiga ciri-ciri Teori Mentalis
(i) Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental
(ii) Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa
(iii) Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui
(iv) Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-genaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran
(v) Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.
http://ppgbm0211.blogspot.com/
Prinsip keempat ialah latihan
pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.Latihan yang dimaksudkan ialah ulangan satu-satu
gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan
secara bermakna.Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslahdikuk
uhkan. Kanak±kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami.Oleh itu, dari segi
pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalahmodel yang mutlak yang diikuti
oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Jikamodel-model ini menggunakan bahasa matlamat hal
ini akan menguntungkanpelajar-pelajar itu. A
khir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujudkan
operasi ransangan dantindak balas dalam proses pembelajaran.Bahasa adalah hasil operasi
dantindakbalas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-dua
unsur ini dapat diwujudkan.3.3 TeoriMentalis (Kod-Kognitif) A
liran ini tidak mencadangka
n sebarang kaedah atau prinsip pengajaranbahasa, namun hasil dari beberapa
pandangan mereka terhadap pemerolehanbahasa maka beberapa andaian
mengenai prinsip pembelajaran dapatdiwujudkan. Terdapat enam prinsip yang
dikemukakan melibatkan teori ini iaitu:Pembelajaran bahasa merupakan
satu proses mental. Menurut prinsip ini,pembelajaran bahasa adalah
dianggap sebagai satu proses pemikiran danpemikiran itu dilahirkan melalui
penuturan.Prinsip yang kedua ialah semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasakerana
mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuatdemiki
an. Jadi seorang guru haruslah menyedari bahawa kebolehan semula jadi
untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan merekamenga
nalisa pertuturan yang mereka dengar.Seterusnya ialah dalam keadaan yang
normal, kadar perkembangan bahasaadalah sama bagi kanak-kanak pada
peringkat kematangan yang sama. Prinsipini mempercayai peringkat kematangan
yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri
pembelajaran yang sama.D
alam sesuatu huraian bahasa, pencapaian makna lebih
diutamakandaripada struktur bahasa. Prinsip ini menekankan kepada kebolehan untukmengun
akan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa danmakna bagi membolehkan
kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakatbahasa itu.D
alam proses pembelajaran,
tulisan dan bacaan adalah diutamakan. Kajian-kajian bahasa yang dijalankan biasanya berasaskan
bahasa tulisan.Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasadijalankan secara
formal. Ini bermakna penyampaian dijalankan denganmemperkenalkan dahulu kepada pelajar-pelajar
undang-undang atau peraturan-peraturan tatabahasa dan kemudianya
diberi pula contoh-contohhttp://www.scribd.com/doc/36211171/Teori-Huraian-Bahasa-dan-
Teori-Pemerolehan-Bahasa