Temasya Sukan Tahunan Ke

3
“Berusaha!” Begitulah bunyi sorak-sorai yang menggemparkan padang sekolah kita semasa acara sukan dijalankan. Sekolah kita mengadakan temasya sukan tahunan 2011 yang ke-43 di padang sekolah pada 29 Januari, hari Sabtu. Temasya sukan kita dilangsungkan selama tiga hari, namun majlis pembukaaan temasya sukan hanya akan diadakan pada hari ketiga. Pada awal pagi lagi, semua pelajar diwajibkan untuk berkumpul di sekolah untuk mengambil kehadiran masing-masing. Selepas itu, kita mananti ketibaan tetamu khas, pengarah sekolah dan juga ibu bapa. Kem telah didirikan di tepi padang agar para pelajar boleh memberi sokongan yang padu kepada atlet rumah masing-masing. Kem yang khas untuk tetamu khas, pengarah dan ibu bapa juga didirikan agar mereka dapat menyaksikan acara sukan tahunan dari sudut yang jelas. Padang sekolah juga didandan dengan panji-panji yang berwarna-warni untuk menjadikan atmosfera sekolah kelihatan lebih ceria. Seperkara lagi, pelajar tingkatan 6 juga mengadakan bazar di kantin sekolah selama tiga hari tersebut. Bazar tersebut menjual pelbagai minuman dan makanan kegemaran generasi muda yang lazat seperti ais kacang, sosej keju dan sebagainya. Tetamu khas kita, Encik Tham Yung Fa tiba pada pukul 7:30am dan ketibaan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh. Seterusnya, majlis pembukaan bermula dengan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan oleh pancaragam sekolah kita. Perbarisan setiap rumah mengelilingi padang dan melakukan lintas hormat yang diterima oleh tetamu khas, Encik Tham. Encik Tham juga dijemput untuk memberi ucapan beliau untuk majlis pembukaan temasya sukan kita. Dalam ucapanya, beliau berharap agar semangat bersukan yang kian diabaikan

description

Sports Meet in Malay

Transcript of Temasya Sukan Tahunan Ke

Page 1: Temasya Sukan Tahunan Ke

“Berusaha!” Begitulah bunyi sorak-sorai yang menggemparkan padang sekolah kita semasa acara sukan dijalankan. Sekolah kita mengadakan temasya sukan tahunan 2011 yang ke-43 di padang sekolah pada 29 Januari, hari Sabtu. Temasya sukan kita dilangsungkan selama tiga hari, namun majlis pembukaaan temasya sukan hanya akan diadakan pada hari ketiga.

Pada awal pagi lagi, semua pelajar diwajibkan untuk berkumpul di sekolah untuk mengambil kehadiran masing-masing. Selepas itu, kita mananti ketibaan tetamu khas, pengarah sekolah dan juga ibu bapa. Kem telah didirikan di tepi padang agar para pelajar boleh memberi sokongan yang padu kepada atlet rumah masing-masing. Kem yang khas untuk tetamu khas, pengarah dan ibu bapa juga didirikan agar mereka dapat menyaksikan acara sukan tahunan dari sudut yang jelas. Padang sekolah juga didandan dengan panji-panji yang berwarna-warni untuk menjadikan atmosfera sekolah kelihatan lebih ceria. Seperkara lagi, pelajar tingkatan 6 juga mengadakan bazar di kantin sekolah selama tiga hari tersebut. Bazar tersebut menjual pelbagai minuman dan makanan kegemaran generasi muda yang lazat seperti ais kacang, sosej keju dan sebagainya.

Tetamu khas kita, Encik Tham Yung Fa tiba pada pukul 7:30am dan ketibaan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh. Seterusnya, majlis pembukaan bermula dengan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan oleh pancaragam sekolah kita. Perbarisan setiap rumah mengelilingi padang dan melakukan lintas hormat yang diterima oleh tetamu khas, Encik Tham. Encik Tham juga dijemput untuk memberi ucapan beliau untuk majlis pembukaan temasya sukan kita. Dalam ucapanya, beliau berharap agar semangat bersukan yang kian diabaikan dapat diterap dalam jiwa setiap pelajar kerana badan cergas, otak cerdas. Selepas itu, pelajar Ho dari tingkatan 2 yang merupakan seorang atlet cemerlang menjadi pewakil murid untuk berikrar. Seorang olahragawan dan olahragawati juga mengelilingi padang untuk menyalakan obor.

Acara persembahan pom–pom telah merancakkan temasya sukan ke klimaks apabila ahli pom-pom dari setiap rumah mempersembahkan tarian mereka dengan penuh semangat. Hadirin turut memberi tepukan sanjungan kepada persembahan mereka yang amat mengagumkan. Acara seterusnya ialah lumba lari termasuk lari pecut dan lari bersambung yang merangsangkan. Pelajar di kem rumah masing-masing dipenuhi dengan tempikan untuk memberangsangkan semangat atlet rumah berkenaan. Semua atlet kelihatan berkeyakinan dan berlari dengan bersungguh-sungguh untuk mencecahkan dada pada pita.

Page 2: Temasya Sukan Tahunan Ke

Apabila menjelang 10.00 petang, semua acara sukan telah tamat dan waktu yang paling rangsang pun telah tiba iaitu, acara penyampaian hadiah. Jantung hati setiap orang berdebar dengan begitu cepat dan kuat seolah-olah sedang menghentam dada. Keadaan padang yang riuk-pikuk pun telah menjadi sunyi-sepi kerana setiap orang sedang sabar menanti-nantikan keputusan. Rumah merah telah memenangi juara dalam perbarisan, dan ini merupakan kali kelima rumah merah berturut-turut menjuarai dalam acara perbarisan. Rumah kuning pula yang menjuarai dalam acara persembahan pom-pom. Apabila rumah kuning diumumkan sebagai juara keseluruhan temasya sukan yang-43, ahli-ahli rumah kuning bersorak-sorai dan menjulang piala johan dengan besar hati. Majlis temasya sukan tahunan ini diakhiri dengan menjemput ruamah kuning untuk mempersembahkan tarian pom-pom yang cukup menakjubkan. Sukan tahunan telah mengeratkan silaturahim pelajar dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar agar semua bersemuafakat, bagaikan bulat kata, bulat muafakat.

490 patah perkataan