Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan
-
Upload
musica88aurora -
Category
Documents
-
view
1.075 -
download
41
description
Transcript of Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan
1
1.0 PENGENALAN :
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan
sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga
dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat sekolah-
sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh di kalangan
pelajarnya. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah dengan
mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan ‘Majulah Sukan Untuk Semua’. Jika
dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada
usaha kita dalam mengatasi masalah sosial pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda sentiasa memberi perhatian
terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan pelajar. Pengalaman
bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang. Olahraga
merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.
Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka
olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.
Kejohanan olahraga sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam
pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan dalam kalangan semua murid
adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa
Malaysia.
Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini.
Aktiviti sukan juga akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Pihak yang terlibat
dalam pengurusan sukan di sekolah seharusnya merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan ini
secara sistematik, cekap dan berkesan berlandaskan keilmuan dan kemanusiaan.
2
Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada
perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara
balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut (100 meter (m), 200 m, dan 400 m)
acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3,000 m, dan 3,000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m
dan 10000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan
perempuan (400 m), dan lari berganti–ganti (4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m). Acara padang
terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan
acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).
Acara–acara lain pula ialah berjalan kaki (5 kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya),
acara separa maraton (21.0975 kilometer), maraton (42.195 kilometer), acara heptatlon (7 acara untuk
wanita) dan dekatlon (10 acara untuk lelaki).
Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha
membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar institusi
sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama,
patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 1/1989 (Lampiran 1) menegaskan bahawa penyertaan murid dalam kegiatan sukan
diwajibkan. Setiap murid perlu mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu jenis permainan
atau olahraga. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu memperkemas perancangan dan pengurusan
sukan di sekolah agar minat dan penyertaan murid dalam kegiatan sukan dapat ditingkatkan.
2.0 PENDAHULUAN :
Temasya Sukan Tahunan adalah satu program rasmi sekolah yang dirancang dan dilaksanakan
pada setiap tahun. Temasya ini dijalankan khusus untuk memberi pendedahan asas tentang teknik serta
kemahiran yang perlu dikuasai dalam bidang olahraga bagi setiap murid. Temasya sukan olahraga
sekolah telah dimulakan pada tahun pertama pembukaan sekolah iaitu pada tahun 1986. Oleh yang
demikian, ini adalah merupakan temasya sukan olahraga tahunan sekolah kali ke-27. Secara amnya
sukan tahunan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda.
3
Kejohanan Temasya Sukan Tahunan sekolah ini kebiasaannya melibatkan penglibatan semua
murid iaitu Pra Sekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan bagi murid Pra Sekolah
adalah sukaneka dan 4 x 50 meter. Acara bagi murid tahun 2 dan tahun 3 pula adalah sukaneka dan
lari 75 meter. Acara bagi murid tahun 3 adalah sukaneka dan lari 100 meter. Acara bagi murid tahun 4,
5 dan 6 terbahagi kepada acara padang dan acara balapan. Acara padang untuk murid tahun 4, 4 dan 6
adalah lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Acara trek bagi murid tahun 4, 5 dan 6 pula
adalah 100 meter, 200 meter, 4x100 meter dan 4x200 meter. Temasya Sukan Tahunan ini akan
menjadi satu platform pencarian bakat baru untuk sekolah melahirkan atlit pelapis bagi negara kita
bagi jangka masa akan datang.
3.0 MATLAMAT :
i) Menyahut seruan kerajaan dalam menjalankan dasar 1 Murid 1 Sukan.
ii) Menjana minat dan azam bagi memajukan sukan untuk mengimbangi objektif Falsafah
Pendidikan Negara .
iii) Melahirkan insan yang berketerampilan, berkualiti dan mempunyai nilai-nilai murni selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
iv) Mempertingkatkan tahap kesedaran murid-murid dalam usaha menjadikan sukan sebagai
suatu Budaya Hidup Sihat .
v) Mengeratkan hubungan sesama warga sekolah terutama dalan usaha menjana kesefahaman
antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui temasya sukan tahunan.
vi) Mendidik serta melahirkan murid-murid yang kompetitif, aktif serta mempunyai ketahanan
diri yang tinggi baik dari segi mental mahupun fizikal dalam semua bidang khususnya
bidang sukan.
4
4.0 OBJEKTIF :
i. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
ii. Pendedahan peringkat awal dan dasar kepada murid mengenai sukan olahraga.
iii. Persiapan unit Kokurikulum dalam mencari atlit pelapis sekolah bagi menghadapi
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD 2014.
iv. Meningkatkan kerjasama dan semangat kekitaan dikalangan murid dan guru.
v. Sebagai pendedahan awal murid-murid tentang potensi dan bakat diri mereka
sendiri dari aspek Kokurikulum dan seterusnya menjana industri sukan di
Malaysia ke arah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
vi. Memenuhi aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.
5.0 TEMA :
Kecemerlangan Sukan Menjana Kecemerlangan Sekolah
6.0 HARI / TARIKH / MASA / TEMPAT :
Acara Hari Tarikh Masa Tempat
1. Padang Selasa, Rabu 25, 26, 27 Jun 2013 4.00 pm - 5.00 pm Tempat mengikut
jenis acara
2. Sukaneka Jumaat 5 Julai 2013 8.00 am - 12.00 pm Padang SK Taman
Sri Muda
3. Perasmaian &
Balapan
Ahad 7 Julai 2013 8.00 am - 1.00 pm Padang SK Taman
Sri Muda
7.0 KUMPULAN SASARAN :
Semua murid SK Taman Sri Muda
5
8.0 PERBELANJAAN :
Bil. Perkara
Kuantiti
Jumlah (RM) 1. Hadiah / Cenderahati Murid
Acara Jantina
Murid Tahun 1 : - Sukaneka - 75m
P P
L L
114 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2
RM 399.00 RM 21.00
2295.00
Murid Tahun 2 : - Sukaneka - 75m
P P
L L
117 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2
RM 409.50 RM 21.00
Murid Tahun 3 : - Sukaneka - 100m
P P
L L
147 x RM 3.50 (3 x RM 3.50) x 2
RM 514.50 RM 21.00
Murid Tahun 4 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang
P P P P P
L L L L L
(3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2
RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63
Murid Tahun 5 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang
P P P P P
L L L L L
(3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2
RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63
Murid Tahun 6 : - 100m - 200m - 4 x 100m - 4 x 200m - Acara Padang
P P P P P
L L L L L
(3 x RM 3.50) x 2 (3 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (12 x RM 3.50) x 2 (9 x RM 3.50) x 2
RM 21 RM 21 RM 84 RM 84 RM 63
Terbuka Murid : - Tarik tali
P
L
(10 x RM 3.50) x 2
RM 70
Terbuka Ibu Bapa & Pegawai : - Tarik Bola Dalam Gelung
P
L
(3 x RM 3.50) x 2
RM 21
6
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
2. Makanan & Air Mineral Murid 963 x RM 1.50 1444.50
3. Banner 1 x RM 60 60.00
4. Pasir Halus (Lompat Jauh) 120.00
5. Khemah 6 x RM 250 1500.00
Jumlah 5419.50
- Jumlah perbelanjaan temasya sukan sebanyak RM 5088 akan dipohon melalui peruntukan
kokurikulum sekolah.
- Peruntukan sebanyak RM 331.50 bersama unit-unit di bawah akan dipohon melalui sumbangan
PIBG :
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah ( RM )
1. Minyak Hitam 2 tong x RM 50 100.00
2. Cenderamata Pegawai 17 x RM 5 85.00
3. Sewa PA Sistem 2 hari x RM 250 500.00
Jumlah 685.00
Wang peruntukan kokurikulum sekolah yang digunakan : RM 5088.00
Wang sumbangan PIBG yang dipohon : RM 1016.50
Jumlah Besar Perbelanjaan Temasya Sukan 2013 : RM 6104.50
(RINGGIT MALAYSIA ENAM RIBU SERATUS EMPAT DAN LIMA PULUH SEN SAHAJA)
7
9.0 ACARA :
9.1 Sukaneka
Bil ACARA JANTINA TAHUN KATEGORI NO ACARA 1 Acara Pra
(Acara Pasukan) Perempuan Lelaki
Pra Pra
(P) PRA (L) PRA
201
2 Acara Tahun 1 (Acara Pasukan)
Campur Tahun 1
T1
202
3 Acara Tahun 2 (Acara Pasukan)
Campur Tahun 2
T2
203
4 Acara Tahun 3 (Acara Pasukan)
Campur Tahun 3
T3
204
9.2 Acara Balapan
Bil ACARA JANTINA TAHUN KATEGORI NO ACARA 5 50m
(Acara Individu) Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Pra 5 tahun Pra 5 tahun Pra 6 tahun Pra 6 tahun
P5 PRA L5 PRA P6 PRA L6 PRA
301
6 75m (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 1 Tahun 1 Tahun 2 Tahun 2
P1 L1 P2 L2
302
7
100 m (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 3 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P3 P4 P4 L4 P5 L5 P6 L6
303
8 200m (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
304
8 4 x 100 m (Acara Pasukan)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
305
8
9 4 x 200 m (Acara Pasukan)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
306
9.3 Acara Padang
10 Lompat Tinggi (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
401
11 Lompat Jauh (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
402
12 Lontar Peluru (Acara Individu)
Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki
Tahun 4 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 5 Tahun 6 Tahun 6
P4 L4 P5 L5 P6 L6
403
9.4 Acara Terbuka
13 Tarik Tali (10 sebelah)
Lelaki Terbuka 501
14 Tarik Tali (10 sebelah)
Perempuan Terbuka 502
9.5 Acara Pegawai dan Ibu Bapa
15 Tarik Bola Dalam Gelung
Lelaki Terbuka 601
16 Tarik Bola Dalam Gelung
Perempuan Terbuka 602
9
10.0 UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
o Undang-undang kejohanan adalah berdasarkan peraturan sebenar Buku Peraturan Olahraga Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) 2012-2013 dan juga peraturan Am MSSS dan MSSM yang difikirkan sesuai.
o Ketika menyertai acara, semua peserta diberi kelonggaran untuk memakai ataupun tidak memakai sebarang pelapik kaki.
o Bagi peserta yang berkasut, tidak dibenarkan mengenakan sebarang alatan tambahan kepada kasut yang sehingga boleh menebalkan permukaan kasut seterusnya memberi kelebihan kepada peserta.
o Kesemua peserta yang menyertai acara DIWAJIBKAN memaparkan nombor bib di bahagian hadapan badan pada paras dada.
o Setiap rumah sukan hanya DIBENARKAN menghantar 2 orang wakil bagi setiap acara individu bagi setiap kategori.
o Setiap rumah sukan juga DIBENARKAN menghantar 2 wakil berkumpulan bagi acara berkumpulan bagi setiap kategori.
o Semua acara HANYA terbuka kepada pelajar-pelajar SK Taman Sri Muda sahaja. o Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai secara maksimum 2 acara individu dan 2
acara berpasukan. Jika terdapat peserta yang menyertai lebih daripada itu, penyertaannya akan DIBATALKAN serta-merta.
o Bagi peserta yang gagal berada di kawasan panggilan 10 minit sebelum acara bermula, penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
o Setiap pertukaran peserta hanya boleh dibuat 2 hari SEBELUM hari kejohanan bermula.
o Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan melalui borang bantahan dan sebarang bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM200.
Acara Balapan
i) Acara 301 (4 x 50 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.
10
ii) Acara 302 (75 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.
iii) Acara 303 (100 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh
garisan permulaan dengan tangan atau kaki. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Pelari yang mengganggu larian pelari lain akan dibatalkan lariannya.
iv) Acara 304 (200 m)
Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan permulaan dengan tangan atau kaki.
Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri hingga tamat larian. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
v) Acara 305 (4 x 100 m)
Berlari dalam lorong masing-masing walaupun selepas membuat pertukaran baton.
Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton. Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak
mengganggu peserta di lorong yang lain. Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang
dijatuhkan. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
11
vi) Acara 306 (4 x 200 m) Pelari pertama dan kedua akan berlari dalam lorong sendiri, manakala
pelari ketiga akan memasuki cutting zone iaitu masuk ke dalam lorong pertama apabila tiba selekoh pertama.
Membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran baton. Jika baton terjatuh, peserta boleh mengambil baton dengan syarat tidak
mengganggu peserta di lorong yang lain. Pelari yang menjatuhkan baton DIWAJIBKAN mengambil baton yang
dijatuhkan. Jika berlaku fault start, semua pelari akan diberikan amaran. Apabila berlaku fault start kali kedua, perserta yang melakukan fault
start tersebut terpaksa dikecualikan WALAUPUN dia baru sekali melakukan fault start.
Acara Padang
i) Acara 401 (Lompat Tinggi)
Lonjakan hanya dilakukan sebelah kaki sahaja. Ketinggian akan dinaikkan sebanyak 3cm bagi satu kenaikan Lompatan tidak akan diambil kira apabila:
palang terjatuh apabila lompatan disempurnakan melalui di kawasan bawah palang sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah
hadapan tiang disentuh gagal melepasi palang tiga kali percubaan berturut-turut. ukuran permulaan lompat tinggi :
Bil Tahun Lelaki Perempuan 1 EMPAT 0.95 meter 0.90 meter 2 LIMA 1.00 meter 0.95 meter 3 ENAM 1.05 meter 1.00 meter
ii) Acara 402 (Lompat Jauh)
Lompatan akan dikira batal apabila: mana-mana bahagian tapak kaki melebihi papan lonjak melonjak dengan menggunakan kedua-dua belah kaki
iii) Acara 403 (Lontar Peluru) Peluru dilontar dari aras bahu dengan sebelah tangan sahaja. Peluru juga perlu berada di bawah aras dagu dan melekap pada leher
serta sudut lengan dibuka Lontaran akan dikira batal apabila :
12
Peluru yang dilontar mendarat di luar sektor lontaran Pelontar keluar di bahagian hadapan bulatan selepas melakukan
lontaran. Mana-mana bahagian tubuh badan menyentuh permukaan bumi
di hadapan pengadang sektor selepas melakukan lontaran. Peluru dibaling ataupun dilempar dan bukan di lontar
10.1 Pungutan Pingat
Semua acara yang dipertandingkan menawarkan pingat EMAS bagi tempat pertama, pingat PERAK bagi tempat kedua dan pingat GANGSA bagi tempat ketiga.
Bagi acara berkumpulan, ahli yang mendapat tempat dalam acara tersebut. Semua ahlinya akan turut menerima pingat.
Jumlah mata yang disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan pingat yang dimenangi peserta :
Tempat Pingat Jumlah Mata
1 EMAS 10 2 PERAK 7 3 GANGSA 5 4 - 3 5 - 2 6 - 1 7 - 0 8 - 0
11. 0 ACARA LAIN YANG DIPERTANDINGKAN :
Hiasan Khemah – Johan Perbarisan Kontinjen Rumah Sukan – Johan Johan Keseluruhan Olahragawan dan olahragawati. Acara terbuka pegawai kejohanan dan ibu bapa. Acara Terbuka Tarik Tali
1) Lelaki – Johan dan Naib Johan 2) Perempuan – Johan dan Naib Johan
Bil Tahun Lelaki Perempuan 1 EMPAT 2.72 kg 2.72 kg 2 LIMA 2.72 kg 2.72 kg 3 ENAM 2.72 kg 2.72 kg
13
12.0 JADUAL : 12.1 Latihan Acara Padang & Balapan : Bil Acara Rumah Hari Tarikh Masa
1 Acara Padang Merah Biru Rabu 12 Jun 2013 4.00 pm - 6.00 pm Hijau Kuning Khamis 13 Jun 2013
2 Acara Balapan
Merah Biru Isnin 17 Jun 2013 4.00 pm - 6.00 pm Hijau Kuning Selasa 18 Jun 2013
12.1 Sukantara : Bil Acara Hari Tarikh Masa
1 100 m Rabu 19 Jun 2013
4.00 pm - 6.00 pm
2 Lompat Jauh
Khamis 20 Jun 2013 4.00 pm - 6.00 pm
12.2 Acara Awal (Acara Padang) : Bil Acara Tahun Hari Tarikh Masa
1 Lompat Jauh Tahun 4 (P), (L) Selasa 25 Jun 2013
4.00 pm - 6.00 pm Lompat Tinggi Tahun 5 (P), (L)
Lontar Peluru Tahun 6 (P), (L) 2 Lompat Jauh Tahun 6 (P), (L) Rabu 26 Jun 2013 4.00 pm -
6.00 pm Lompat Tinggi Tahun 4 (P), (L) Lontar Peluru Tahun 5 (P), (L)
3 Lompat Jauh Tahun 5 (P), (L) Khamis 27 Jun 2013 4.00 pm - 6.00 pm Lompat Tinggi Tahun 6 (P), (L)
Lontar Peluru Tahun 4 (P), (L) 12.3 Latihan Sukaneka : Tahun Acara Tarikh Masa
Pra Acara mengikut kelas
17 Jun 2013 - 28 Jun 2013
Latihan dijalankan waktu kelas Pendidikan Jasmani
1 Acara mengikut kelas 2 Acara mengikut kelas 3 Acara mengikut kelas
14
12.4 Raptai : Bil Raptai Hari Tarikh Masa
1 Raptai
Sukaneka
Murid Pagi Rabu 3 Julai 2013 8.00 am - 12.00 pm
Murid Petang Rabu 3 Julai 2013 3.00 pm - 6.00 pm
2 Raptai Hari Sukan
Khamis 4 Julai 2013 8.00 am - 11.00 pm
12.5 Kejohanan : Bil Raptai Hari Tarikh Masa
1 Sukaneka Jumaat 5 Julai 2013
8.00 am - 12.00 pm
2 Temasya Hari Sukan
Ahad 7 Julai 2013 8.00 am - 1.00 pm
13.0 AJK PELAKSANA :
(Rujuk Lampiran 1)
12.0 SENARAI PEGAWAI OLAHRAGA :
(Rujuk Lampiran 2)
13.0 AJK DAN PEGAWAI SUKANEKA :
(Rujuk Lampiran 3)
14.0 AJK DAN PEGAWAI ACARA PADANG :
(Rujuk Lampiran 4)
15.0 ATUR CARA PROGRAM :
(Rujuk Lampiran 5)
15
16.0 PENUTUP :
Oleh yang demikian, diharapkan agar segala perancangan dan perangkaan yang telah dibuat ini
dapat berjalan lancar sepenuhnya pada hari kejohanan kelak. Sokongan padu daripada semua warga
SK Taman Sri Muda serta PIBG SK Taman Sri Muda adalah amat ditagih dalam memastikan
kelancaran perjalanan Temasya Sukan Tahunan kali ke-27 SK Taman Sri Muda. Selain daripada itu,
diharapkan juga agar lebih ramai murid yang menyertai acara yang dipertandingkan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan unit kokurikulum SK Taman Sri Muda sentiasa mempunyai pelapis atlit
olahraga untuk masa akan datang selain daripada menyahut seruan kerajaan iaitu meneruskan dasar 1
Murid 1 Sukan. Apabila semakin ramai murid yang menyertai pertandingan, lebih ramai bakat baru
yang akan dapat dikenal pasti. Dan juga tidak lupa agar semua ibu bapa dan penjaga hadir pada hari
kejohanan untuk memberikan sokongan yang padu terhadap anak-anak mereka. Sokongan dan
dorongan yang kuat daripada ibu bapa adalah amat berkesan bagi murid-murid. Selain itu, kehadiran
ibu bapa dan penjaga juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama semua warga SK
Taman Sri Muda.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh: ……………………………………. ……………………………………… (Mohd Firdaus bin Ibrahim) Setiausaha Sukan SKTSM Disahkan Oleh: ……………………………………..
16
Lampiran 1
AJK Pelaksana Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2013
Penasihat : Puan Hajah Fuziah bt. M. Amin
( Guru Besar SK Taman Sri Muda )
Pengerusi : En. Mohd Jazid bin Iman ( GPK Kokurikulum )
Naib Pengerusi : Puan Raja Rokiah bt. Raja Ismail ( GPK I )
Puan Jaharah bt. Arsad ( GPK HEM )
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman ( GPK Petang )
Pengurus Kejohanan : En. Hanim Azahari bin Tajudin
Setiausaha : En. Mohd Firdaus bin Ibrahim
Bendahari : Pn. Wan Hanipah bt. Wan Deraman
AJK :
Penyambut Tetamu :
NAMA TUGAS
Pn. Hajah Fuziah bt. M. Amin Menyambut ketibaan semua tetamu jemputan yang
hadir. Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail
Pn. Jaharah bt. Arsad
En. Mohd Jazid bin Iman
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman
Persiapan Padang :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Mendapatkan bekalan minyak hitam.
Mengukur garisan trek.
Membuat garisan trek.
Menghias padang dengan bendera segi tiga dengan
meminta bantuan daripada pekerja am sekolah.
En. Hanim Azahari bin Tajudin
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim
En. Mohd Fazlee bin Abdul Wahab
En. Aizal Arman bin Mohamad
En. Norhasrudy bin Ruslan
En. Shahril Azrin bin Azizan
17
Siaraya & PA Sistem :
NAMA TUGAS
En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin (K) Membuat tempahan banner.
Penyediaan PA sistem. En. Mohd Azwan bin Mohd Basri
En. Roduan bin Pin
En. Ramli bin Mat Saad
Jurugambar & Dokumentasi :
NAMA TUGAS
Pn. Omeearnita bt. Wahid (K) Mengambil gambar sepanjang kejohanan dan
membuat dokumentasi. En. Jesffri bin Zakaria
Pembaca Doa :
NAMA TUGAS
En. Mohd Azwan bin Mohd Basri Mengetuai bacaan doa.
Keselamatan & Kecemasan :
NAMA TUGAS
Pn. Jarina bt. Sulaiman (K) Penyediaan first aid kit.
Melantik murid PBSM sebagai pembantu.
Membantu murid yang mengalami kecederaan.
Pn. Azren bt. Che Othman
Pn. Nazihah bt. Ahmad Sofi
Makanan & Minuman :
NAMA TUGAS
Pn. Roslida bt. Abd. Ghani ( K ) Menempah makanan serta minuman murid dan
pegawai. Pn. Hasliah bt. Husin
Pn. Hayani bt. Md Ishak
18
Juruacara :
NAMA TUGAS
Pn. Nuurul Izzah bt. Mohamed ( K ) Mempengerusikan majlis.
Membuat pengumuman berkaitan kejohanan. Pn. Puziah bt. Abd. Rahman
Buku Program :
NAMA TUGAS
Cik Rubini Devi a/p Raman ( K ) Menyediakan buku program.
Pn. Dermawati bt. Deraman
Hadiah :
NAMA TUGAS
- Penyelia
Penerima
Hadiah
Pn. Rozita bt. Abu Bakar Membawa murid yang menerima hadiah ke tempat
penyampaian hadiah. Pn. Sathiya Bharathi a/p Murti
Pn. Woo Lai Chun
- Pembantu
Penyampai
Hadiah
Pn. Thaarani a/p Perialathan
Mengira bilangan hadiah agar mencukupi.
Menyusun hadiah.
Membantu penyampai hadiah.
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas ( K ) Menjaga dan mengawal disiplin murid.
En. Sures a/l Supamaniam
Semua guru rumah sukan
Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
Melantik murid Tunas KRS sebagai pembantu. En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
19
Kebersihan :
NAMA TUGAS
Ketua setiap rumah sukan Memastikan padang dalam keadaan bersih dari
sampah semasa dan selepas kejohanan.
Melantik murid Pengakap sebagai pembantu.
Persembahan :
NAMA TUGAS
Pn. Thaarani a/p Perialathan ( K ) Melatih murid acara persembahan.
Pn. Hasliah bt. Husin
Ikrar & Lintas Masuk :
NAMA TUGAS
En. Roduan bin Pin ( K ) Menguruskan acara ikrar dan lintas masuk.
En. Ramli bin Mat Saad
En. Jesffri bin Zakaria
Sumbangan (Sponsor) :
NAMA TUGAS
Mohd Firdaus bin Ibrahim Menyediakan surat sumbangan (sponsor) untuk
disampaikan kepada syarikat yang berkenaan bagi
mendapatkan sumbangan wang / hamper.
20
Lampiran 2
Senarai Pegawai-pegawai Kejohanan Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda Kali Ke-27 Tahun 2013
Juri Rayuan :
NAMA TUGAS
Pn. Raja Rokiah bt. Raja Ismail Menyelesaikan bantahan-bantahan yang dibuat
mengikut Peraturan 146 undang-undang kejohanan
olahraga KOAM.
En. Mohd Jazid bin Iman
Cik Zainab bt. Ahmad Sisman
Teknikal & Borang Kejohanan :
NAMA TUGAS
En. Hanim Azahari bin Tajudin Menyediakan borang kejohanan dan borang statistik
mengikut acara.
Teknikal & Borang Kejohanan :
NAMA TUGAS
En. Hanim Azahari bin Tajudin Menyediakan borang kejohanan dan borang statistik
mengikut acara.
Ketua Kepegawaian :
NAMA TUGAS
En. Norhasrudy bin Ruslan Memberikan taklimat kepada para pegawai
mengenai tugas dan peranan masing-masing.
Pelepas :
NAMA TUGAS
En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim (K) Melepaskan peserta mengikut acara.
En. Sures a/l Supamaniam Membantu pelepas.
21
Penyelia Peserta :
NAMA TUGAS
En. Airulnizam bin Abd. Rasid Memanggil nama peserta untuk berkumpul di
tempat yang disediakan.
Mengumpulkan peserta dari setiap rumah sukan
untuk dihantar masuk ke tempat permulaan larian.
Menyusun peserta mengikut lorong yang telah
diundi.
Pengurus Peserta :
NAMA TUGAS
Pn. Zuraidah bt. Hj. Saad (Merah) Mengumpulkan peserta rumah masing-masing di
tempat yang disediakan sebelum dibawa kepada
hakim balapan.
Pn. Salwahalhana bt. Ahmad Tajuddin (Biru)
Pn. Maznah bt. Mat (Hijau)
Pn. Adibatul Anniah bt. Abd. Hamid (Kuning)
Pengadil Balapan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim (K) Membawa peserta ke garisan permulaan (acara
individu).
Membawa peserta ke garisan permulaan dan tempat
menunggu bagi pelari kedua, ketiga dan keempat
(acara pasukan).
Memastikan tidak berlaku kesalahan waktu sebelum
dan semasa permulaan larian.
En. Norhasrudy bin Ruslan
En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab
En. Rosman bin Sapiai
22
Hakim Penamat :
NAMA TUGAS
Pn. Rohizat bt. Baharudin (Tempat Pertama) Mengenal pasti peserta yang mendapat tempat
pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan
keenam (peserta mendapat tempat ketujuh dan
kelapan tiada markah untuk rumah).
Pn. Hafiza bt. Kassim (Tempat ke-2)
Pn. Annam a/p Muthusamy (Tempat ke-3)
Pn. Nordiana Azni bt. Alias (Tempat ke-4)
Pn. Hayani bt. Md Ishak (Tempat ke-5)
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (Tempat
ke-6)
Penjaga Masa :
NAMA TUGAS
Pn. Normashila Hayati bt. Ismail ( 1 & 2 ) Merekodkan catatan masa yang dilakukan oleh
peserta yang berlari dalam lorong yang
diperhatikan.
Pn. Yasmin bt. Aliar ( 3 & 4)
Pn. Fauziah bt. Zainon Abidin ( 5 & 6 )
Statistik :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie ( K ) Merekodkan semua keputusan akhir yang rasmi.
Menyerahkan keputusan kepada juruacara.
Menyerahkan keputusan kepada jawatankuasa
hadiah.
Memaparkan keputusan kejohanan di tempat yang
disediakan.
Mengemas kini jumlah kutipan mata setiap rumah
di papan markah.
Pn. Raihan bt. Ismail
23
Lampiran 3
AJK Acara Sukaneka Tahap 1 dan Pra Sekolah SK Taman Sri Muda Tahun 2013
Pengurus & Penyelia Peserta (Pra Sekolah) :
NAMA TUGAS
Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad Menguruskan peserta
- Membawa peserta ke tempat acara.
- Menyusun peserta. Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam
Pn. Effa Anak Gonew
Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 1) :
NAMA TUGAS
En Mohd Fazlee bin Abdul Wahab Menguruskan peserta
- Membawa peserta ke tempat acara.
- Menyusun peserta.
Pn Yasmin bt. Aliar
Pn Azlen bt. Tuah
Pn Adibatul Anniah bt. Abd. Hamid
Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 2) :
NAMA TUGAS
Pn Tharani a/p Perialathan Menguruskan peserta
- Membawa peserta ke tempat acara.
- Menyusun peserta.
Pn Rozita bt. Abu Bakar
Pn Saemas bt. Samsudin
En. Ahmad Rafedy bin Raidin
Pengurus & Penyelia Peserta (Tahun 3) :
NAMA TUGAS
Pn Nordiana Azni bt. Alias Menguruskan peserta
- Membawa peserta ke tempat acara.
- Menyusun peserta.
Pn Sathiya Barathi a/p Murti
Pn Raihan bt Ismail
Pn Dermawati bt. Deraman
24
Pelan Acara Sukaneka (Pra Sekolah) :
NAMA TUGAS
Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam Mendapatkan pelan acara sukaneka mengikut kelas
daripada guru Pendidikan Jasmani kelas-kelas pra
sekolah.
Menyampaikan pelan yang diperoleh kepada AJK
peralatan sukaneka pra sekolah.
Pelan Acara Sukaneka (Tahun1, 2 dan 3) :
NAMA TUGAS
En. Aizal Arman bin Mohamad (K) Mendapatkan pelan acara sukaneka mengikut kelas
daripada guru Pendidikan Jasmani kelas tahun 1, 2
dan 3.
Menyampaikan pelan yang diperoleh kepada AJK
peralatan sukaneka tahun 1, 2 dan 3.
En. Norhasrudy bin Ruslan
Peralatan (Pra Sekolah) :
NAMA TUGAS
Pn. Siti Khadijah bt. Mohamad (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
perancangan kelas-kelas pra sekolah. Pn. Wan Suhana bt. Wan Salam
Peralatan (Tahun 1) :
NAMA TUGAS
Pn. Nurul Husna bt. Shafie (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
perancangan kelas-kelas tahun 1. En. Mohd Zairi bin Drahman
Peralatan (Tahun 2) :
NAMA TUGAS
En. Mohd Haron bin Abdullah Umar (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
perancangan kelas-kelas tahun 2. Pn. Ra’anah bt. Sidek
25
Peralatan (Tahun 3) :
NAMA TUGAS
En. Rosman bin Sapiai (K) Menyediakan dan mengatur alatan mengikut
perancangan kelas-kelas tahun 3. Pn. Saemas bt. Samsudin
Makanan & Minuman Murid :
NAMA TUGAS
Pn. Woo Lai Chun (K) Menyediakan makanan serta minuman murid.
Pn. Jarina bt. Sulaiman
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
En. John Thomas Menjaga dan mengawal disiplin murid.
26
Pegawai Sukaneka :
Jawatan
Nama Guru
Tugas
Penyelaras
En. Shahril Azrin bin Azizan
Memastikan persiapan pertandingan berjalan lancar pada hari sebelum, semasa dan selepas.
Penyelia Peserta
Guru Pengurus Peserta
Membawa peserta ke tempat acara dan menyusun peserta.
Pelepas
En. Mohd Firdaus bin Ibrahim
Melepaskan peserta mengikut acara.
Hakim Penamat
En. John Thomas (K) Pn. Raihan bt. Ismail
AJK PIBG
Menentukan peserta yang mendapat tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat. Mencatat keputusan pertandingan.
Penyelia Penerima Hadiah
Pn. Nuurul Izzah bt. Mohamed (K)
Pn. Fauziah bt. Zainon Abidin Pn. Zuraidah bt. Hj. Saad
Membawa murid yang menerima hadiah ke tempat penyampaian hadiah. Membantu penyampai hadiah.
27
Lampiran 4
AJK dan Pegawai-pegawai Acara Padang SK Taman Sri Muda Tahun 2013
Disiplin Murid :
NAMA TUGAS
Semua guru rumah sukan Menjaga dan mengawal disiplin murid rumah sukan
masing-masing.
Peralatan :
NAMA TUGAS
En. Mohd Zairi bin Drahman ( K ) Menyediakan alatan yang bersesuaian.
Melantik murid Tunas KRS dan Pengakap sebagai
pembantu. En. Ahmad Rafedy bin Ahmad Raidin
Keselamatan & Kecemasan :
NAMA TUGAS
Pn. Azren bt. Che Othman (K) Penyediaan first aid kit.
Melantik murid PBSM sebagai pembantu. Pn. Nazihah bt. Ahmad Sofi
28
Pegawai Acara Padang :
Lompat Tinggi :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Wan Azimi bin Wan Abd. Rahim Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Normasyila Hayati bt. Ismail Mencatat keputusan pertandingan.
Lompat Jauh :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Hanim Azahari bin Tajudin Mengadili pertandingan.
Pencatat Pn. Hafiza bt. Kassim Mencatat keputusan pertandingan.
Lontar Peluru :
PERANAN NAMA TUGAS
Hakim En. Mohd Firdaus bin Ibrahim Mengadili pertandingan.
Pencatat En. Mohd Fazlee bin Abd. Wahab Mencatat keputusan pertandingan.
29
Lampiran 5
Atur Cara Program Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-27 SK Taman Sri Muda Tahun 2013
Tarikh : 7 Julai 2013 (Ahad)
7.40 pagi ~ - Pendaftaran. 8.00 pagi ~ - Ketibaan tetamu kehormat. 8.30 pagi ~ - Perasmian Temasya Sukan Tahunan SK Taman Sri Muda kali ke-27.
- Ikrar dan lintas masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan. 8.45 pagi ~ - Persembahan senamrobik. - Markah hiasan khemah rumah-rumah sukan mula diambil. 9.00 pagi ~ - Acara murid pra sekolah : 50m 5 tahun (P), (L), 50m 6 tahun (P), (L) ~ - Acara murid tahun 1 : 75 m (P), 75 m (L) ~ - Acara murid tahun 2 : 75 m (P), 75 m (L) ~ - Acara murid tahun 3 : 100 m (P), 100 m (L)
~ - Acara murid tahun 4, 5 dan 6 : 100m tahun 4 (P), 100m tahun 4 (L) 100m tahun 5 (P), 100m tahun 5 (L) 100m tahun 6 (P), 100m tahun 6 (L)
200m tahun 4 (P), 200m tahun 4 (L) 200m tahun 5 (P), 200m tahun 5 (L) 200m tahun 6 (P), 200m tahun 6 (L)
4 x 100m tahun 4 (P), 4 x 100m tahun 4 (L) 4 x 100m tahun 5 (P), 4 x 100m tahun 5 (L) 4 x 100m tahun 6 (P), 4 x 100m tahun 6 (L)
4 x 200m tahun 4 (P), 4 x 200m tahun 4 (L) 4 x 200m tahun 5 (P), 4 x 200m tahun 5 (L) 4 x 200m tahun 6 (P), 4 x 200m tahun 6 (L) Tarik tali murid terbuka (P), Tarik tali murid terbuka (L) Tarik bola dalam gelung ibu bapa & pegawai terbuka (P), (L) 1.00 tgh. hari ~ - Penyampaian hadiah kepada pemenang. - Anugerah olahragawan dan olahragawati SK Taman Sri Muda 2013. - Pengumuman juara keseluruhan rumah sukan SK Taman Sri Muda
tahun 2013. - Majlis perasmian penutupan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-27.