Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

8
NAMA : BUSYRONI BINTI IDRIS NO. KAD PENGENALAN:730512-02-5442 KUMPULAN : TSL ( B ) NAMA PENSYARAH: ENCIK NORDIN BIN SADALI NAMA KURSUS:BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KOD KURSUS : WAJ 3116 TUGASAN INDIVIDU : TEKS PIDATO TAJUK PIDATO : KESANTUNAN BERBAHASA PENJANA KEPERIBADIAN KEGURUAN

Transcript of Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

Page 1: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

NAMA : BUSYRONI BINTI IDRIS

NO. KAD PENGENALAN:730512-02-5442

KUMPULAN : TSL ( B )

NAMA PENSYARAH: ENCIK NORDIN BIN SADALI

NAMA KURSUS:BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II

KOD KURSUS : WAJ 3116

TUGASAN INDIVIDU : TEKS PIDATO

TAJUK PIDATO : KESANTUNAN BERBAHASA PENJANA

KEPERIBADIAN KEGURUAN

Page 2: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para

hakim yang arif lagi bijaksana , tetamu kehormat, guru-guru,rakan-rakan dan hadirin

sekalian.

Pada pagi yang mulia ini ,saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan

pidato yang bertajuk “Kesantunan Berbahasa Penjana Keperibadian Keguruan”. Tanpa

membuang masa biarlah saya mengupaskan tajuk pidato saya pada kali ini.

Kesantunan berbahasa boleh ditafsirkan sebagai berlaku sopan kepada orang yang

mendengar atau diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya. Kesantunan dalam

berbahasa akan memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan

dianggap sebagai seorang yang berbudi bahasa jika percakapannya tidak menyinggung

perasaan orang di sekelilingnya. Kesantunan berbahasa juga boleh ditakrifkan sebagai

timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap dan

merujuk kepada sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan

seseorang tanpa menyinggung hatinya. Sementara itu,kesantunan berbahasa amat

berkait rapat dengan hubungan kita antara seseorang dengan seseorang yang lain

tanpa mengira tahap sosial dan umur seseorang dalam sesebuah masyarakat di

sesuatu tempat atau negara.Disebabkan kesantunan berbahasa amat berkaitan dalam

hubungan seseorang dalam masyarakat,maka ia juga secara tidak langsung

merupakan penjana keperibadian seseorang dalam masyarakat sesuatu tempat.

Penjana keperibadian pula boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang menghidupkan atau

melahirkan sifat dan ciri-ciri seseorang dalam kehidupan seharian di dalam

masyarakatnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Hujah saya yang pertama berkomunikasi secara verbal merupakan perkara lazim

dilakukan oleh semua orang yang berupaya untuk berbuat demikian. Selagi manusia

boleh bertutur , pelbagai bahasa digunakan dalam komunikasi maka seseorang individu

itu dikatakan berbahasa.Dalam komunikasi lisan,kita boleh mengamalkan konsep 3 SM

iaitu saling memahami,saling menghargai dan saling menghormati. Sebagai seorang

Page 3: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

guru, komunikasi bukan sahaja terhad semasa pengajaran dan pembelajaran sahaja

bahkan menyeluruh di mana kemungkinan kita akan dipertanggungjawabkan untuk

mempengerusikan mesyuarat,seminar,perbahasan atau majlis-majlis tertentu yang

melibatkan ramai hadirin. Jika tugas kita sebagai seorang pengerusi ,kita seharusnya

bercakap kepada semua orang bukannya kepada hadirin yang berada di hadapan

sahaja. Kita harus menyedari bahawa semua hadirin adalah penting. Begitu juga

sebaliknya jika kita adalah hadirin, kita perlu memahami,menghargai dan menghormati

tugas pengerusi dalam sesuatu majlis.Oleh itu, kesantunan berbahasa dan penggunaan

bahasa yang sopan dan sesuai bukan sahaja menunjukkan kita saling

memahami,menghormati dan menghargai antara satu sama lain tetapi juga

membuktikan kita ialah seorang yang berbudi bahasa seterusnya akan menimbulkan

suasana harmoni dalam majlis tersebut.

Saudara dan saudari yang dihormati,

Dalam konteks yang sama di mana kita sebagai guru yang mengajar murid di

sekolah,hendaklah menggunakan bahasa yang positif ,menghargai pendapat,idea atau

pandangan murid walaupun pada asasnya kita kurang bersetuju dengan pendapat

tersebut. Menghargai pendapat orang lain bukan bererti kita bersetuju ,tetapi kita boleh

menyatakan pendirian kita dengan cara yang lebih halus dengan menggunakan bahasa

yang lebih sopan tanpa mengguris perasaan seseorang.Dalam masyarakat Jepun

misalnya, mereka cuba mengelakkan daripada menggunakan perkataan ‘tidak’ semasa

interaksi lisan dengan orang lain. Biasanya mereka menggunakan ‘ya’ tetapi untuk tidak

menyinggung perasaan orang yang dilawan bercakap, mereka menggunakan

ungkapan seperti; ‘Ya itu pendapat anda,tetapi pada pandangan saya pula ……..’ atau

‘Saya rasa pandangan anda itu benar,tetapi saya berpendapat ………………’

Oleh itu, dalam penggunaan bahasa semasa pengajaran di dalam kelas,kita sebagai

guru dan model boleh menggunakan dan mengamalkan konsep seperti itu iaitu tidak

menyekat terus sebarang jawapan atau pandangan murid-murid sekiranya salah. Guru

seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memberi alasan kepada jawapan

atau pendapatnya. Sekiranya guru menyekat dan menoktahkan terus jawapan yang

salah dan memuktamatkan jawapan guru sahaja, ia akan membunuh minat murid untuk

Page 4: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

memberi pendapat dan jika dibiarkan berterusan akan memusnahkan terus minat murid

untuk belajar.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sehubungan itu,penggunaan bahasa yang positif dalam pertuturan amat penting

kepada guru.Kajian menunjukkan orang-orang yang berjaya banyak menggunakan

bahasa yang positif di mana secara tidak langsung boleh mempengaruhi orang lain

untuk menuju ke arah kejayaan. Bahasa positif ini disampaikan secara fasih,lancar

teratur serta penuh kesantunan.Contohnya: ‘ Kita ada harapan akan menang ‘ adalah

lebih baik daripada bahasa yang negatif seperti ‘ Ada kemungkinan kita akan kalah’.

Manakala ungkapan kepada murid yang gagal; ‘Awak masih ada harapan walaupun

gagal’ atau ‘ Awak mungkin lebih baik kalau cuba sekali lagi’. Guru perlu mengelakkan

daripada menyatakan; ‘ Awak memang lemah dan tidak ada harapan walaupun

mencuba lagi’. Ungkapan seperti itu akan memadamkan semangat untuk belajar

seseorang murid. Sebagai guru, kita harus bijak berfikir,bekerja dan bertindak secara

professional selain berinteraksi secara sopan dan penuh kesantunan demi

memartabatkan profesion perguruan seterusnya menjana keperibadian keguruan

sehingga ke peringkat global.

Saudara dan saudari yang di hormati sekalian,

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya

penyayang. Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid biasanya dapat

menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik,pembentukan akhlak serta

kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Guru perlu memahami

murid dan menggunakan kecekapan komunikasi yang penuh kesantunan untuk

mempengaruhi muridnya mengekalkan tahap motivasi dalam pembelajaran.Hasilnya

murid akan berjaya dalam pelajaran serta menjadikan guru tersebut sebagai idolanya

dan akan terus mengingati cara guru itu berkomunikasi dengannya semasa mengajar.

Secara tidak langsung murid tersebut akan memandang tinggi dan menghormati guru

seterusnya memartabatkan profesion perguruan di Malaysia. Oleh itu, tidak dapat

disangkal lagi bahawa kesantunan berbahasa adalah penjana keperibadian keguruan.

Page 5: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kesimpulannya, adalah perlu diingat bahawa kesantunan berbahasa dalam komunikasi

bukan terhad di bidang pendidikan sahaja bahkan dalam semua bidang selagi kita

berkomunikasi dengan seseorang dalam masyarakat.Apabila konsep kesantunan

berbahasa diamalkan dalam bidang pendidikan maka ia amat berkait rapat dengan

tugas guru sebagai pendidik dan pembimbing.Jika guru menggunakan bahasa yang

penuh santun dan tingkah laku yang sopan semasa mengajar sudah tentu akan

menjadi teladan kepada muridnya dan akan menjadi kesan baik yang berpanjangan

dalam hidup mereka.Oleh yang demikian, kesantunan berbahasa juga amat

bersesuaian dengan kata-kata ; kesegakan dan kecantikan rupa paras,kekemasan

berpakaian,kesesuaian bertatarias dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang tidak

akan lengkap tanpa dilengkapi dengan kesantunan berbahasa serta kesopanan

semasa bertutur kata dan keluhuran budi bahasa semasa berbicara. Akhir kata

terimalah serangkap pantun sebagai ingatan untuk semua hadirin.

Yang kurik itu kendi,

Yang merah itu saga,

Yang cantik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Sekian sahaja pidato saya untuk kali ini dan saya memohon maaf dari hujung rambut

hingga hujung kaki sekiranya terdapat kesilapan dalam bicara saya sebentar tadi.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikumwaruhmatullahiwabarakatuh dan salam 1

Malaysia.

Page 6: Teks Pidato Waj 3116 Bmk2 ( Tugasan Individu )

Bibliografi:

1. jpmipgmtaa.webs.com/…/Microsoft%20word%20

2. kheru2006.i8.com/…/6_kemahiran_komunikasi_guru.

3. khirkassim.blogspot.com/…/karangan-format-pidato

4. rosiah70.blogspot.com/…/peranan –bahasa-melayu

5. witra.blogspot.com/…/bahasa-kesantunan-bahasa.

6. www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf