PKP3163 (3116)

download PKP3163 (3116)

of 136

description

sistem bahasa melayu complete

Transcript of PKP3163 (3116)

  • MODUL PENDIDIKAN PEMULIHAN

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

    MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

    PKP 3116

    SISTEM BAHASA MELAYU

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

    Berkuat kuasa pada Januari 2014

    IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

  • FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

    berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

    berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat, dan negara.

    i

  • Falsafah Pendidikan Guru

    Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

    Cetakan Januari 2014

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    ii

  • Cetakan Januari 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

    iii

    MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM

    TERSEBUT.

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran

    Tajuk 1: Morfologi Takrif Morfologi Struktur Kata Tajuk 2: Bentuk Kata dan Pembentukan Kata Tajuk 3: Golongan Kata Tajuk4: Sintaksis Takrif Binaan Tajuk5: Jenis-jenis Ayat Tajuk 6: Ragam Ayat Tajuk 7: Proses Penerbitan Ayat Aspek Tanda Baca Tajuk 8:` Sistem Ejaan

    Tajuk 9: Sebutan Baku dan Intonasi Ayat Tajuk 10: Kosa Kata dan Peribahasa

    1

    7

    12

    27

    45

    50

    54 63

    72

    88

    99

    Bibliografi

    Panel Penulis Modul

    Ikon Modul

    vi

    MUKASURAT

    KANDUNGAN

  • PENGENALAN

    Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS

    Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1:

    v

    PANDUAN PELAJAR

  • * Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

    SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

    bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

    vi

    Aktiviti-aktiviti Pembelajaran

    Agihan Jam pembelajaran

    Mengikut Kredit Kursus

    3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

    Tanpa

    Amali

    (3+0)

    Ada

    Amali

    (2+1)

    (1+2)

    (0+3)

    Tanpa

    Amali

    (2+0)

    Ada

    Amali

    (1+1)

    (0+2)

    Tanpa

    Amali

    (1+0)

    Ada

    Amali

    (0+1)

    Membaca modul

    pembelajaran dan

    menyiapkan latihan /

    tugasan terarah / amali

    70

    60

    70

    62

    70

    65

    Menghadiri kelas interaksi

    bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

    Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

    Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5

    Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

    Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

    Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2

    Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

  • IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada

    sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

    1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

    2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

    pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

    3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

    pembelajaran anda.

    4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

    5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti

    maklumat yang diterima.

    6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

    7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

    vii

  • Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kursus Pendidikan Pemulihan yang

    memeberikan fokus dalam Modul Sistem Bahasa ini ialah pada aspek

    tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan

    peribahasa.

    Terdapat sepuluh tajuk yang dimuatkan dalam modul ini yang meliputi

    aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan, sebutan dan intonasi serta kosa

    kata dan peribahasa dalam bahasa Melayu.

    Dalam modul ini turut dimuatkan juga dengan beberapa komponen seperti

    aktiviti, latihan, bahan sokongan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini

    diharapkan dapat membantu pembaca untuk menggunakan modul ini

    dengan berkesan.

    Sebagai kesimpulannya, Modul Sistem Bahasa Melayu yang diajarkan

    dalam Kursus Pendidikan Pemulihan diharapkan akan dapat membantu

    para guru mendalami pelbagai aspek dalam bahasa Melayu.

    viii

    PENGENALAN

  • Kod & Nama Kursus: PKP 3116 Sistem Bahasa

    Kandungan modul ini dibahagi kepada 10 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

    ix

    AGIHAN TAJUK

    INTERAKSI TAJUK/TOPIK

    JUMLAH JAM MENGIKUT

    PRO FORMA KURSUS

    1

    Tajuk 1:Morfologi Tajuk 2: Bentuk Kata

    Pembentukan Kata

    9

    2

    Tajuk 3:Golongan Kata Tajuk 4: Sintaksis Takrif Frasa, Klausa dan Ayat

    9

    3

    Tajuk 4: Binaan Frasa, Klausa dan Ayat Tajuk 5: Ayat Jenis-jenis Ayat Tajuk 6: Ragam Ayat

    9

    4

    Tajuk 6 : Susunan Ayat Tajuk 7: Proses Penerbitan Ayat

    Aspek Tanda Bacaan

    9

    5

    Tajuk 8:` Sistem Ejaan Tajuk 9: Sebutan Baku dan Intonasi Ayat Tajuk 10: Kosa Kata Peribahasa

    9

    JUMLAH 45

  • TAJUK 1 MORFOLOGI

    SINOPSIS Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa yang digunakan

    sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Dua bidang utama dalam kajian

    tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Tajuk ini akan menghuraikan beberapa konsep

    penting dalam bidang morfologi. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda

    mengetahui perkara yang berikut:

    1.1 Takrif Morfologi

    1.2 Struktur kata

    1.3 Bentuk kata

    1.4 Golongan kata

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

    i. membuat rumusan tentang takrif morfologi.

    ii. menghuraikan aspek kajian dalam bidang morfologi bahasa Melayu.

    1

  • Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 1

    Takrif

    Secara umumnya, morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu

    linguistik yang menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut

    Nik Safiah Karim et al. (2011: 43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang

    mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.

    Abdullah Hassan (2006) menyatakan, morfologi ialah satu bidang ilmu

    yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada disiplin biologi

    yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep ini

    diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia, manakala mengikut

    Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah satu bidang

    dalam kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

    2

    Bidang Kajian Morfologi

    Struktur Kata Bentuk Kata Golongan Kata

  • Kajian dalam bidang morfologi terdiri daripada tiga subbidang, iaitu:

    Struktur kata

    Bentuk kata

    Penggolongan kata

    Struktur kata

    Struktur kata merupakan susunan bentuk bunyi ujaran (lisan) atau

    lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Susunan bentuk

    bunyi ujaran atau lambang ini boleh dikesan berdasarkan binaan suku kata.

    Binaan suku kata dalam struktur bahasa Melayu terdiri daripada dua pola, iaitu:

    i. Pola suku kata terbuka

    ii. Pola suku kata tertutup

    Pola suku kata terbuka ialah binaan struktur suku kata yang diakhiri

    dengan huruf vokal a,e,i,o, dan u. Sebaliknya bagi pola suku kata tertutup,

    binaan struktur suku katanya diakhiri dengan huruf konsonan. Pola suku kata ini

    boleh hadir sama ada pada awal, tengah ataupun akhir suku kata sesuatu

    perkataan. Perhatikan contoh di bawah:

    3

    Aktiviti 1:

    Sila buat nota ringkas berkaitan dengan takrif morfologi dan

    bidang kajiannya.

  • i. Pola suku kata terbuka :

    o a + pi

    o bo + la

    o ke + re + ta

    o a + ro + ma

    Perkataan Suku kata

    awal tengah Akhir

    Api a - Pi

    Bola bo - La

    Kereta ke re Ta

    Aroma

    a ro Ma

    Bagi setiap suku kata dalam perkataan di atas menunjukkan pola suku

    kata terbuka. Cuba perhatikan huruf akhir pada setiap suku kata

    berkenaan. Apakah huruf yang hadir pada akhir perkataan tersebut?

    ii. Pola suku kata tertutup :

    o ken + tang

    o um + pan

    o pan + tas

    o peng + ga + li

    4

  • Perkataan Suku kata

    awal tengah Akhir

    Kentang ken - Tang

    Umpan um - Pan

    Pantas pan - Tas

    penggali peng ga Li

    Perkataan di atas menunjukkan pola suku kata tertutup.Cuba perhatikan

    huru- akhir pada setiap suku kata berkenaan. Apakah huruf yang hadir

    pada akhir perkataan tersebut?

    Pola suku kata akhir pula merujuk kehadiran suku kata pada akhir dalam setiap

    perkataan. Dalam binaan struktur kata bahasa Melayu, kehadiran pola ini boleh terdiri

    daripada suku kata akhir terbuka ataupun suku kata akhir tertutup.

    Dalam bahasa Melayu, struktur kata terdiri daripada dua jenis, iaitu struktur kata

    asli dan struktur kata pinjaman. Terdapat 11 jenis struktur suku kata dalam bahasa

    Melayu. Hanya empat jenis struktur kata yang dikenal pasti sebagai struktur kata asli,

    manakala bakinya terdiri daripada struktur kata pinjaman bahasa asing.

    5

    Aktiviti 2:

    Senaraikan lima perkataan yang mengandungi

    i. pola suku kata akhir terbuka.

    ii. suku kata akhir tertutup.

  • Struktur Kata Asli

    Yang berikut ialah contoh struktur suku kata asli bahasa Melayu, iaitu:

    Struktur kata asli Suku kata

    v a + bu

    vk as + kar

    kv gu + la

    kvk kam + pung

    Struktur Kata Pinjaman

    Struktur suku kata pinjaman daripada bahasa asing berserta contohnya.

    Struktur kata pinjaman Suku kata

    kkv pro + ses

    kkvk trak + tor

    vkk ins +ti + tu + si

    kvkk kon + teks

    kkvkk kom + pleks

    kkkv stra + te + gi

    kkkvk struk + tur

    Secara ringkasnya, struktur kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada struktur

    kata asli dan struktur kata pinjaman.

    Rehat sebentar.

    6

    Aktiviti 3

    Sila senaraikan tiga perkataan bagi

    i. struktur kata asli bahasa Melayu.

    ii. struktur kata pinjaman bahasa asing.

  • TAJUK 2 Bentuk Kata dan Pembentukan Kata

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui bentuk kata dan proses

    pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Terdapat empat bentuk kata dan

    proses pembentukannya dalam tajuk ini.

    Bentuk Kata Proses Pembentukan kata

    kata tunggal penggabungan suku kata

    kata terbitan Pengimbuhan

    kata majmuk Pemajmukkan

    kata ganda Penggandaan

    Hasil Pembelajaran Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

    i. menjelaskan bentuk kata.

    ii. menghuraikan proses pembentukan kata.

    Bentuk Kata

    Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang

    terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap

    perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan yang bersifat abstrak dan

    hanya wujud dalam fikiran kita.

    7

  • Bentuk kata boleh terdiri daripada satu mofem atau susunan beberapa morfem.

    Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata seperti yang berikut:

    kata tunggal terhasil melalui proses gabungan suku kata

    kata terbitan terhasil melalui proses pengimbuhan

    kata majmuk terhasil melalui proses pemajmukan

    kata ganda terhasil melalui proses penggandaan

    Bentuk Kata Proses Contoh Kata

    Kata Tunggal Gabungan suku kata makan

    Kata Terbitan Pengimbuhan makanan

    Kata Majmuk Pemajmukan makan suap

    Kata Ganda Penggandaan makan-makan

    Pembentukan Kata

    a. Proses Pengimbuhan

    Proses pengimbuhan ialah proses penyusunan morfem dalam sesuatu bahasa

    dengan melibatkan pengimbuhan. Proses pembentukan kata tunggal bahasa

    Melayu, lazimnya melibatkan penggabungan bunyi vokal dan konsonan tanpa

    menerima sebarang imbuhan, manakala proses pengimbuhan pula merupakan

    proses memperluas bentuk kata dasar melalui pelbagai cara pembentukan kata.

    Dalam bahasa Melayu, sebarang kata yang terhasil daripada proses

    pengimbuhan dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis pengimbuhan,

    iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.Setiap pembentukan kata yang

    melibatkan proses ini akan memberikan makna dan fungsi nahunya yang berlainan.

    Kata dasar yang digolongkan dalam sesuatu golongan kata boleh berubah sifat dan

    fungsinya apabila menerima sebarang imbuhan.

    8

  • i. Imbuhan Awalan

    Imbuhan awalan yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan

    seperti jadual di bawah:

    Golongan

    Kata

    Imbuhan Awalan Kata dasar Kata terbitan

    kata nama

    ke- tua ketua

    pe- tinju petinju

    peN- basuh pembasuh

    peR- tapa pertapa

    juru- foto jurufoto

    kata kerja

    meN- kemas mengemas

    beR- lari berlari

    teR- sepak tersepak

    di- angkat diangkat

    mempeR- besar memperbesar

    dipeR- alat diperalat

    kata adjektif ter- panjang terpanjang

    se- luas seluas

    ii. Imbuhan Akhiran

    Imbuhan akhiran yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan

    seperti jadual di bawah:

    Golongan Kata

    Imbuhan akhiran Kata dasar Kata terbitan

    kata nama

    -an tanam tanaman

    -wan derma Dermawan

    -man budi budiman

    -wati seni seniwati

    -isme patriot patriotisme

    -in hadir hadirin

    -at muslim muslimat

    -ah ustazah ustazah

    kata kerja -kan masuk masukkan

    -i lawat Lawati

    9

  • iii. Imbuhan Apitan

    Imbuhan apitan yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan

    seperti jadual di bawah:

    Golongan

    Kata

    Imbuhan apitan Kata dasar Kata terbitan

    kata nama ke-_-an rugi kerugian

    peN- _-an tempat penempatan

    kata kerja

    meN-_kan jahit menjahitkan

    meN-_-i dekat mendekati

    beR-_-kan alas beralaskan

    di-_-kan bangun dibangunkan

    diper-_-kan lihat diperlihatkan

    kata adjektif ke-_-an kuning kekuningan

    Semasa interaksi bersemuka, tajuk pemajmukan dan penggandaan akan

    dibincangkan.

    Perbincangan

    Bincangkan proses pembentukan kata bagi perkataan berikut:

    i. akuan

    ii. pengakuan

    iii. mengakui

    iv. memperaku

    10

  • Rehat sebentar, kemudian teruskan dengan aktiviti di bawah.

    11

    Buat Nota :

    Bina peta minda yang berkaitan dengan bentuk kata, proses

    pembentukan kata, dan penggolongan kata.

    Aktiviti 4

    1. Secara individu, anda dikehendaki melayari internet untuk

    mendapatkan bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.

    2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpulkan maklumat

    tentang proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

  • TAJUK 3 GOLONGAN KATA

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui golongan kata bahasa Melayu. Terdapat

    empat golongan kata dalam tajuk ini:

    a. Kata Nama

    b. Kata Kerja

    c. Kata Adjektif

    d. Kata Tugas

    Hasil Pembelajaran Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

    i. mengkategorikan golongan kata dalam bahasa Melayu.

    ii. mengemukakan contoh yang sesuai dan berkaitan dengan golongan kata

    dalam bahasa Melayu.

    12

  • Golongan Kata

    Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim, et. al., 2009:81) menggolongkan

    perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik. Kriteria

    sintaksis dilihat berdasarkan kehadiran sesuatu perkataan itu sebagai konstituen dalam

    ayat, iaitu klausa dan frasa. Kriteria semantik pula merupakan unsur yang memberikan

    makna bagi sesuatu perkataan itu berdasarkan situasi dan konteksnya.

    Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam golongan tertentu.

    Antara kriteria yang diambil bagi menggolongkan sesuatu perkataan itu termasuklah:

    struktur fonologi atau bunyi

    struktur morfem

    sintaksis

    semantik

    Oleh yang demikian, golongan kata dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada

    empat, iaitu:

    i. kata nama.

    ii. kata kerja.

    iii. kata adjektif.

    iv. kata tugas.

    13

  • i. Kata Nama

    Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa

    nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama dapat

    dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata

    ganti nama. Lihatlah rajah di bawah.

    Kata Nama Am Kata Nama khas Kata Ganti Nama

    Contoh bagi setiap subgolongan adalah seperti rajah di bawah.

    Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

    Abstrak roh

    mimpi

    keamanan

    perasmian

    Hidup (manusia) Muhammad Izzat

    Siti Zaharah

    Tunjuk itu

    ini

    Konkrit

    jari

    meja

    kipas

    rumah

    ladang

    durian

    Hidup (bukan manusia)

    Hibiscus (bunga raya)

    Manihot utilissima (ubi kayu)

    Sang Rangkak

    Si Montel

    Diri (orang pertama)

    ia

    saya

    aku

    beta

    kami

    Tak Hidup

    Gunung Bunga Buah

    Suprima S

    Planet Zuhal

    Diri (orang kedua)

    awak

    kamu

    anda

    14

    Kata Nama

  • Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama

    Diri (orang ketiga)

    dia

    beliau

    mereka

    baginda

    Diri (tanya) apa

    mana

    siapa

    ii. Kata Kerja

    Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja

    menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali, terutamanya kata kerja

    terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di bawah, kata

    tersebut dikenali sebagai kata kerja.

    Imbuhan Contoh

    awalan

    me-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-,

    akhiran

    -kan, -i.

    apitan

    me--kan, men--kan, mem--kan, meng-kan,

    ber--kan, ber--an, di--kan, me-..-i, men-i, meng--i,

    di--i, memper--kan, memper--i, , diper--kan, diper--i

    15

  • Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah:

    Kata Kerja

    Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif

    Aktif Pasif Berpelengkap Tanpa pelengkap

    Kata Kerja Transitif

    Kata Kerja Transitif

    Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri

    daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini dipanggil

    penyambut.

    Contoh: Pemburu menjerat kijang.

    Kata menjerat ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut perlu diikuti

    oleh objek (kijang) untuk melengkapkan maksudnya. Terdapat dua jenis kata kerja

    transitif, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

    a) Kata kerja transitif aktif

    Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-,

    me- -kan, me- -i, memper-, memper- - kan,

    memper--i.

    16

  • Contoh dalam ayat:

    1. Lina menulis surat itu.

    2. Murid-murid mengibarkan bendera.

    3. Guru Pendidikan Jasmani memasuki stor sukan.

    4. Orang itu memperbesar anjung rumahnya.

    5. Puan Sri Mahayon mempersuamikan anak sulungnya.

    b) Kata kerja transitif pasif

    Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.

    Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di--kan, di--i, di--

    per, diper- -kan, diper--i.

    Contoh dalam ayat:

    1. Surat itu ditulis oleh Lina.

    2. Bendera dikibarkan oleh murid-murid.

    3. Stor sukan dimasuki oleh Guru Pendidikan Jasmani.

    4. Anjung rumahnya diperbesar oleh orang itu.

    5. Anak sulungnya dipersuamikan oleh Puan Sri Mahayon.

    Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya terdiri daripada orang

    pertama dan kedua, bentuk kata kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di--

    i., di--per, diper- -kan, dan diper--i, tidak digunakan. Perhatikan bentuk kata

    kerja dalam ayat pasif di bawah:

    17

  • Ayat pasif diri ketiga Ayat pasif diri pertama dan kedua

    Kajian itu ditulis oleh beliau.

    Kajian itu saya tulis.

    Kajian itu kamu tulis.

    Belon dinaikkan oleh mereka

    sewaktu perasmian.

    Belon kami naikkan sewaktu perasmian.

    Belon awak naikkan sewaktu perasmian.

    Ucapan penutupan disampaikan

    oleh guru besar.

    Ucapan penutupan akan saya sampaikan.

    Ucapan penutupan akan tuan sampaikan.

    Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa tentang penggunaan kata

    kerja pasif ini.

    Contohnya:

    Kereta yang mereka naiki telah melanggar seorang pejalan kaki.

    Sepatutnya:

    Kereta yang dinaiki oleh mereka telah melanggar seorang pejalan kaki.

    18

  • Kata Kerja Tak Transitif

    a) Berpelengkap

    Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk

    menyempurnakan maksud ayat.

    Contoh: Adiknya menjadi doktor.

    Kita mesti berbuat baik.

    Kata menjadi dan berbuat ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti

    oleh pelengkap.

    Contoh katadoktor dan baik berfungsi untuk menyempurnakan maksud

    ayat tersebut.

    Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan

    Contoh: Doktor dijadikan oleh adiknya (salah).

    Dengan berdasarkan huraian di atas, kenal pasti dan catatkan

    pelengkapm bagi tiga contoh ayat yang di bawah.

    i) Pelengkap kata nama

    Mereka ada kenalan.

    ii) Pelengkap kata adjektif

    Hubungan kedua-dua orang itu bertambah erat.

    iii) Pelengkap frasa sendi nama.

    Pak Saleh tinggal di Kampung Sena.

    19

  • b)Tanpa pelengkap

    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri

    sendiri tanpa penyambut.

    Contoh:

    Budak itu menangis.

    Ayahnya belum kembali.

    Cikgu Zainal sedang bersolat.

    Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah:

    Budak itu menangis kerana lapar.

    Ayahnya belum kembali sejak semalam.

    Cikgu Zainal sedang bersolat di biliknya.

    20

  • iii. Kata Adjektif

    Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Kata adjektif menerangkan sifat

    atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau

    diikuti oleh kata penguat. Ciri inilah yang membezakan kata adjektif daripada kata

    nama atau kata kerja.

    Contoh kata adjektif:

    besar (sangat besar)

    rajin (sangat rajin)

    tinggi (tinggi sungguh)

    laju (laju sangat)

    banyak (banyak sekali)

    kasar (sungguh kasar)

    Kata adjektif terdiri daripada beberapa jenis seperti rajah di bawah:

    Bil. Kata adjektif Contoh

    i. sifatan atau keadaan berani, pandai, kasar, lemah, sihat

    ii. warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu

    iii. ukuran panjang, pendek, kecil, nipis, renek

    iv. bentuk bulat, bundar, lekuk, leper, lonjong

    v. waktu baru, lewat, lambat, awal, suntuk

    vi. jarak jauh, dekat, hampir

    vii. cara cepat, lincah, laju, lambat, selalu

    viii perasaan rindu, benci, segan, ragu, sayang

    ix. pancaindera sedap, bersih, cantik, bising, harum

    21

  • Contoh dalam ayat:

    a) Badan Firdaus lemah kerana tidak makan sejak beberapa hari.

    b) Muka gadis itu merah apabila dipersendakan oleh rakan-rakannya.

    c) Rambutnya kemas setelah disisir rapi.

    d) Permukaan batu itu lekuk akibat titisan air.

    e) Dia memohon maaf kerana datang lewat.

    f) Rumahnya jauh dari sekolah.

    g) Kura-kura berjalan lambat.

    h) Selvam rindu akan kampung halamannya.

    i) Kafetaria itu sentiasa bersih.

    Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:

    Darjah Perbandingan Kata Adjektif

    Contoh:

    Darjah biasa

    Pokok keruing itu tinggi.

    Darjah bandingan

    Jenny setinggi ibunya.

    Moi Moi lebih tinggi daripada adiknya.

    Darjah penghabisan

    Siti Norhaliza ialah penyanyi yang termasyhur di Malaysia.

    Imbuhan se- dan ter- menunjukkan darjah perbandingan apabila diikuti oleh

    kata adjektif. Oleh itu, sekiranya anda terjumpa perkataan seperti contoh di bawah, anda perlu

    golongkan perkataan tersebut dalam kata adjektif.

    22

  • sekecil sekecil-kecil Terkecil

    sepandai sepandai-pandai Terpandai

    secantik secantik-cantik Tercantik

    seputih seputih-putih Terputih

    pantas sepantas Terpantas

    iv. Kata Tugas

    Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk

    mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat,

    penentu, pendepan, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

    Perhatikanlah jenis kata tugas yang berikut:

    Bil. Kata Tugas

    1. kata hubung

    2. kata seru

    3. kata tanya

    4. kata perintah

    5. kata pangkal ayat

    6. kata bantu

    7. kata penguat

    8. kata penegas

    Bil Kata Tugas

    9. kata nafi

    10. kata pemeri

    11. kata sendi nama

    12. kata pembenar

    13. kata arah

    14. kata bilangan

    15. kata penekan

    16. kata pembenda

    Rehat sebentar.

    23

  • Kata tugas di atas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok, iaitu:

    i. kata penyambung ayat

    ii. kata praklausa

    iii. kata prafrasa

    iv. kata pascakata

    a. Kata Penyambung Ayat

    Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang

    bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu

    bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

    Kata Penyambung Ayat (kata hubung)

    Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan

    relatif komplemen keterangan

    24

    Aktiviti

    Sila buat nota ringkas yang berkaitan tentang kata penyambung

    ayat.

  • b. Kata Praklausa

    Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan

    klausa. Lihatlah jenis kata praklausa di bawah:

    Kata Praklausa

    Kata Seru Kata

    Tanya

    Kata

    Perintah

    Kata

    Pembenar

    Kata Pangkal

    Ayat

    Kata Prafrasa

    Kata pembenar ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan

    frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Jenis kata

    prafrasa adalah seperti yang berikut:

    penguat

    bantu penegas

    bilangan Kata Prafrasa nafi

    arah pemeri sendi nama

    25

  • Kata pascakata Bentuk nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

    i. Kata penekan Kata penekan ialah satu bentuk yang memberikan penegasan

    kepada kata yang bergabung dengannya.

    Contoh: Nampaknya rumah itu akan runtuh pada bila-bila masa.

    ii. Kata pembenda Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu

    perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.

    Contoh: Tingginya pokok itu 20 meter.

    Beratnya guni beras itu 50 kilogram.

    Anda telah selesai menelaah Tajuk 3. Sila laksanakan aktiviti di bawah.

    Rehat sebentar.

    26

    Aktiviti

    Sila senaraikan tiga perkataan bagi setiap jenis kata tugas yang

    berikut:

    i. kata sendi nama

    ii. kata bantu

    iii. kata penguat

  • TAJUK 4 SINTAKSIS

    Sinopsis Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat, frasa, dan klausa. Tajuk ini akan menjelaskan takrif dan binaan aspek sintaksis bahasa Melayu yang merangkumi:

    Frasa

    Klausa

    Ayat

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir modul ini, anda akan dapat :

    i. membuat rumusan tentang takrif frasa, klausa, dan ayat bahasa

    Melayu.

    ii. menghuraikan binaan frasa, klausa, dan ayat dalam bahasa Melayu.

    27

  • Frasa

    Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi

    sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk

    diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek

    dan predikat. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada

    klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Dalam bahasa Melayu, frasa terdiri

    daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

    Contoh frasa:

    Frasa nama (FN) : gadis itu

    Frasa kerja (FK) : sedang memandu kereta

    Frasa adjektif (FA) : sangat laju

    Frasa sendi nama (FS) : di kawasan sekolah

    Klausa

    Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan

    predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu

    klausa bebas dan klausa tak bebas atau klausa terikat.

    Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat

    yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak

    dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas.

    Contoh klausa dapat ditunjukkan seperti ayat di bawah:

    Wulan tidak hadir sebab dia sakit.

    28

  • Klausa bebas : Wulan tidak hadir.

    Klausa tak bebas : sebab dia sakit

    Ayat

    Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur subjek dan predikat, iaitu unit-

    unit yang membentuk ayat.

    Contohnya:

    Subjek Predikat

    Rita sedang melayari Internet.

    Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian, iaitu:

    (i) Rita...

    (ii) ... sedang melayari Internet.

    29

    Aktiviti 1

    Secara individu, anda dikehendaki melayari Internet untuk

    mendapatkan bahan tentang takrif frasa, klausa, dan ayat.

  • Binaan Frasa

    Cuba anda perhatikan contoh dalam jadual di bawah:

    FRASA

    burung

    sekawan burung

    sekawan anak burung

    sekawan anak burung tiung

    Jenis Frasa

    Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja,

    Frasa Adjektif, dan Frasa Sendi Nama.

    Frasa Nama (FN)

    Frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa

    perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Perhatikan

    contoh di bawah:

    Frasa Nama

    Predikat Inti Penerang

    Guru

    Sejarah itu

    sungguh dedikasi.

    Kakak

    budak lelaki itu

    sudah bertunang.

    30

  • Frasa Kerja ( FK )

    Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih

    dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak

    transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT boleh hadir bersendirian

    atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh

    objek atau unsur-unsur lain.

    Bagi memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh

    binaan frasa kerja di bawah:

    Subjek

    Frasa Kerja

    Kata kerja

    Mereka

    menenun songket.

    KKT

    Albinus

    bernyanyi di atas pentas.

    KKTT

    Adik

    menangis tersedu-sedu.

    KKTT

    Burung itu membuat sarang di atas dahan.

    KKT

    31

    Frasa Nama Predikat

    Inti inti

    Kerusi

    meja

    sudah bersusun.

    Datuk

    nenek

    harus dihormati.

  • Subjek

    Frasa Kerja

    Kata kerja Objek

    keterangan

    1. Adik

    2. Hujan

    3. Ayah

    4. Polis

    5. Chef

    6. Guru

    merangkak.

    turun

    menyiram

    meronda

    memasak

    menyuruh

    -

    -

    sayur.

    lebuh raya.

    piza

    murid-muridnya

    dengan lebatnya.

    di dapur.

    berlari pantas.

    32

    Senaraikan KKTT dan KKT yang terdapat dalam contoh ayat yang

    berikut:

    i. Padi menguning di sawah.

    ii. Mereka membawa khabar gembira dari Mekah.

    iii. Wanita itu berkebaya labuh dalam majlis perkahwinan

    anaknya.

    iv. Alia Zara menggubah bunga di ruang tamu.

  • Frasa Adjektif (FA)

    Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau

    beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.

    Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat, sebagai

    unsur keterangan, dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,

    kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif

    hadir sesudah kata nama.

    Bagi memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh dalam

    jadual di bawah.

    Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif

    1.Dia

    2.Fendi

    3. Kucing

    rajin.

    berlari sangat laju.

    binatang jinak.

    FA sebagai predikat

    FA sebagai unsur keterangan

    FA sebagai unsur penerang

    33

  • Subjek

    Frasa Adjektif

    Kata bantu Penguat Kata

    Adjektif Penguat

    1. Adik

    2. Hujan

    3. Ayah

    4. Juruterbang

    5. Ibu

    6. Hari

    sudah

    masih

    -

    -

    masih

    masih

    -

    -

    amat

    sangat

    -

    -

    pandai.

    lebat.

    gembira.

    cekap.

    cantik

    mendung

    -

    -

    -

    -

    amat.

    benar.

    Frasa Sendi Nama (FS)

    Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu

    kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata

    sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkan

    di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam

    bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,

    bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya.

    Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh

    binaan frasa sendi nama dalam jadual di bawah.

    34

  • Subjek

    (Frasa Nama)

    Predikat (Frasa seni nama)

    Emak

    ke bazar Ramadan.

    Bunga itu

    untuk Siti.

    Kereta itu

    di dalam bengkel.

    Perhatikan unsur bahasa yang mendukung konsituen frasa sendi nama dalam jadual

    di bawah.

    Subjek

    Frasa Sendi Nama

    Kata

    sendi

    nama

    Kata nama

    arah

    Frasa Nama Keterangan

    1. Saya

    2. Adik

    3. Ayah

    4. Ikan

    5. Datuk

    6. Peniaga itu

    dari

    ke

    di

    dari

    ke

    ke

    -

    -

    belakang

    dalam

    tepi

    belakang

    Sarawak.

    universiti.

    surau

    kolam.

    belukar

    keretanya

    -

    -

    mengambil wuduk.

    -

    mencari kayu.

    mengambil sesuatu.

    35

  • Binaan Klausa

    Bagi memahami proses pembentukan klausa, cuba anda perhatikan contoh di

    bawah.

    Klausa bebas/klausa utama Klausa tak bebas

    Awak berjaya kerana awak rajin belajar.

    Kami akan bermain sekiranya hari tidak hujan.

    Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

    Dalam bahasa Melayu, struktur ayat boleh dibina dalam bentuk susunan

    songsang. Perhatikan kehadiran klausa dalam ayat di bawah.

    Klausa tak bebas Klausa bebas/klausa utama

    Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok.

    Untuk berjaya kita kena berusaha dengan gigih.

    Demi maruah kita perlu berjuang habis-habisan.

    36

  • Binaan Ayat

    Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama, iaitu subjek

    dan predikat. Struktur yang membina kedua-dua konsituen itu terdiri daripada frasa

    tertentu seperti yang berikut:

    i. FN + FN

    ii. FN + FK

    iii. FN + FA

    iv. FN + FS

    Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh di bawah.

    Subjek Frasa Nama Predikat

    Datuk Syed Mokhtar jutawan.

    Lampu limpah itu sangat terang.

    Arnab itu sangat jinak.

    Bapa ke London.

    Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk

    klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur,

    iaitu sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif(FA),dan Frasa

    Sendi Nama (FS).

    Lihat contoh yang berikut dan kaji unsur (frasa) yang mendasari ayat tersebut.

    37

  • Subjek Predikat

    Awang Sariyan mengkaji tatabahasa bahasa Melayu.

    Cikgu Albert ke Brunei.

    Pisau itu amat tajam.

    Daim Zainuddin usahawan.

    Dengan berdasarkan huraian di atas, kenal pasti unsur klausa yang hadir

    dalam ayat di bawah:

    (i) Mulai sekarang, jangan pedulikan aku lagi.

    (ii) Amboi, cantiknya baju awak!

    (iii) Mengapakah awak muram sahaja hari ini?

    (iv) Pihak polis berjaya menumpaskan satu sindiket

    penyeludupan dadah semalam.

    (v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang olehnya.

    Rehat sebentar.

    38

  • Pola Ayat Dasar

    Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua

    ayat lain dalam sesuatu bahasa.

    Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola ayat dasar seperti yang berikut:

    Pola Jenis Pola Subjek Predikat

    1. FN + FN Encik Syaharin ejen insurans.

    2. FN + FK Dia menjerit kesakitan.

    3. FN + FA Pegawai itu sangat prihatin.

    4. FN + FS Pejabat saya di Kota Bharu.

    Tahukah anda bahawa daripada pola ayat dasar inilah terbitnya

    ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal

    atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif

    atau ayat pasif.

    39

  • Binaan Ayat Dasar

    Binaan ayat dasar ialah cara sesuatu ayat dibentuk melalui penyusunan unit

    bahasa yang bermakna. Unsur utama dalam binaan ayat ialah subjek dan predikat.

    Contoh: : Nabila memasak bubur lambuk.

    Subjek : Nabila (Frasa Nama)

    Predikat : memasak bubur lambuk (Frasa Kerja)

    Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur frasa tertentu. Dalam bahasa

    Melayu, subjek ayat terdiri daripada frasa nama sahaja, manakala bahagian predikat

    ayat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa sendi nama.

    Perhatikan contoh di bawah:

    Pola Ayat Dasar Subjek Predikat

    FN + FN Haji Alias nazir sekolah.

    FN + FK Puan Siti Rogayah sedang menghias rumah.

    FN + FA Anak mereka pandai.

    FN + FS Datuknya ke Mekah.

    Bentuk Ayat

    Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu:

    i. ayat tunggal

    ii. ayat majmuk

    40

  • Ayat Tunggal

    Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

    Contoh ayat tunggal. : Amin tampan.

    Dalam ayat ini Amin ialah subjek manakala tampan ialah predikat.

    Perbincangan

    Bincangkan contoh-contoh lain bagi menggambarkan

    bentuk ayat tunggal.

    Ayat Majmuk.

    Ayat majmuk terbahagi kepada tiga, iaitu:

    i. Ayat majmuk gabungan

    ii. Ayat majmuk pancangan.

    iii. Ayat majmuk campuran.

    41

  • Ayat Majmuk Gabungan

    Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih, kemudian digabungkan untuk

    menjadi satu ayat yang disebut sebagai ayat majmuk gabungan. Ayat jenis ini

    menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi,

    serta, dan sebagainya. Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza akan

    menghasilkan dua jenis gabungan, iaitu:

    a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.

    Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi,

    serta, sambil, dan malahan.

    Contohnya:

    Dia mengambil wuduk lalu mendirikan solat.

    .

    Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:

    i. Dia mengambil wuduk.

    ii. Dia mendirikan solat.

    42

  • b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan.

    Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang

    digunakan termasuklah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.

    Contoh

    Abu Bakar pemurah orangnya, tetapi Ramlan kedekut.

    Ayat Majmuk Pancangan.

    Ayat majmuk pancangan terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau

    beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri

    sendiri tetapi ayat kecil sebaliknya.

    Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

    i. ayat majmuk pancangan relatif.

    ii. ayat majmuk pancangan komplemen.

    iii. ayat majmuk pancangan keterangan.

    43

    Tutorial

    Berikan contoh-contoh yang sesuai menunjukkan ayat majmuk gabungan jenis:

    a. susunan faktanya berurutan

    b. susunan faktanya bertentangan

    Kemudian, cerakinkan mengikut konsituen subjek dan predikat.

  • Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata

    hubung pancangan yang menggunakan kata hubung yang untuk memancangkan

    klausa kecil ke dalam klausa utama/induk.

    Contohnya:

    Dia membaca novel yang ditulis oleh A.Samad Said.

    Klausa utama/ induk: Dia membaca novel.

    Klausa kecil: Novel ditulis oleh A.Samad Said.

    Dia membaca novel + novel ditulis oleh A.Samad Said.

    Dia membaca novel yang ditulis oleh A.Samad Said.

    .

    Rehat sebentar.

    44

    Buat Nota :

    Bina peta minda yang berkaitan dengan bentuk ayat dalam

    bahasa Melayu.

  • TAJUK 5 JENIS-JENIS AYAT

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membincangkan jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.

    Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan

    tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat digunakan bagi

    menyatakan maklumat, membuat pertanyaan, memberikan arahan, dan

    menunjukkan perasaan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:

    a. ayat penyata

    b. ayat tanya

    c. ayat perintah

    d. ayat seru

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:

    i. menjelaskan maksud jenis ayat.

    ii. mengkategorikan jenis ayat dalam bahasa Melayu.

    45

  • Ayat Penyata

    Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat tentang sesuatu perkara. Ayat ini

    diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat

    kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.

    Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. Intonasi dapat menentukan

    jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam

    lisan, ayat penyata diakhiri oleh nada turun sebelum kesenyapan.

    Ayat Tanya

    Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan

    mendapatkan jawapan. Jawapan boleh berupa penjelasan tentang sesuatu hal.Terdapat

    dua jenis ayat tanya dalam bahasa Melayu, iaitu:

    i. ayat tanya tertutup.

    ii. ayat tanya terbuka.

    .

    i. Ayat Tanya Tertutup

    Ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas, sama ada ya, tidak, bukan,

    pernah. dan seumpamanya.

    Contoh :

    Engkau mahu ikut atau tidak?

    Adakah kamu sakit?

    46

  • ii. Ayat Tanya Terbuka

    Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penerangan atau

    penjelasan yang lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Ayat tanya ini ditandai oleh kata

    tanya seperti apa,siapa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain lagi.

    Contoh:

    :

    Apakah yang diusahakan oleh Rajagobal?

    Kamu ini siapa?

    Ayat Perintah

    Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat

    perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:

    a) ayat suruhan.

    b) ayat larangan.

    c) ayat silaan.

    d) ayat permintaan.

    a. Ayat Suruhan

    Ayat suruhan merupakan ayat yang bertujuan untuk memberikan arahan atau

    memerintahkan seseorang untuk melakukan sesuatu.

    Minumlah kopi ini dahulu.

    Siapkan kerja sekolah ini.

    Fikirkanlah sebelum bertindak.

    47

  • b. Ayat Larangan

    Ayat yang melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. Ayat perintah jenis ini

    menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, dilarang atau tak usah.

    Jangan petik buah itu.

    Usah bermain di tepi jalan.

    Tak usah kaucampur tangan dalam hal ini.

    c. Ayat Silaan

    Ayat ini bertujuan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang Lazimnya, ayat

    perintah jenis ini menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.

    Sila beratur sebelum masuk ke kelas.

    Jemput masuk.

    d. Ayat Permintaan

    Ayat ini bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan. Ayat perintah jenis ini

    menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.

    Minta anda bersabar.

    Tolong urus perkara ini dengan segera.

    Ayat Seruan

    Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,

    gembira, sakit, benci, dan sebagainya.Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir

    ayat seruan. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh,

    cis, dan sebagainya.

    48

  • Contoh ayat:

    Amboi, cantiknya gadis itu!

    Wah, mahalnya beg ini!

    Oh, aku terlupa bawa wang hari ini!

    Cis, berani kamu pukul anak saya!

    Syabas, kamu telah menang!

    49

    Aktiviti

    1. Secara individu, anda dikehendaki membuat banding beza antara jenis

    ayat dalam bahasa Melayu..

    2. Bina peta minda yang berkaitan dengan jenis ayat.

  • TAJUK 6 RAGAM AYAT DAN SUSUNAN AYAT

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui ragam ayat dan susunan ayat

    dalam bahasa Melayu. Terdapat dua bentuk ragam ayat dan dua susunan ayat

    bahasa Melayu dalam tajuk ini, iaitu:

    Ragam Ayat Susunan Ayat

    i. ragam ayat aktif i. Susunan biasa

    ii. ragam ayat pasif ii. Susunan songsang

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

    i. membuat rumusan tentang ragam dan susunan ayat.

    ii. menghuraikan proses pembentukan ragam ayat dan susunan ayat.

    50

  • Ragam Ayat Aktif

    Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan

    subjek asal sebagai judul ayat atau sebagai unsur yang diterangkan. Oleh itu,

    ayat aktif memberikan penekanan kepada pelaku atau judul kerana pelaku atau

    judul merupakan perkara atau unsur yang diterangkan.

    Pelaku atau judul ayat dalam bahasa Melayu tergolong dalam kata nama

    atau frasa nama. Dalam bahasa Melayu, ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu

    ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Pembahagian ayat aktif ini

    bergantung pada jenis kata kerja yang menjadi predikatnya. Jika kata kerja

    tersebut terdiri daripada kata kerja transitif, maka ayat yang dihasilkan ialah ayat

    aktif transitif dan jika predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif, maka

    ayat aktif yang terhasil ialah ayat aktif tak transitif.

    Yang berikut merupakan contoh ayat aktif : 1. Ibu mencuci pinggan di dapur.

    2. Banjir besar telah melanda beberapa kawasan di negeri Pahang .

    3. Adik bermain di padang permainan pada petang itu.

    4. Ahli persatuan itusedang berbincang tentang projek tersebut.

    Dengan berdasarkan ayat di atas, ayat (1) dan (2) merupakan ayat aktif

    transitif, manakala ayat (3) dan (4) ialah ayat aktif tak transitif. Contoh di atas

    menunjukkan bahawa ayat aktif mengutamakan pelaku(Ibu, banjir besar, adik

    dan ahli persatuan) sebagai unsur utama, iaitu sebagai bahagian yang

    diterangkan dan kesemua pelaku ini terdiri daripada frasa nama. Bahagian

    predikat pula terdiri daripada kata kerja sama ada kata kerja transitif (mencuci

    dan melanda) atau kata kerja tak transitif (bermain dan sedang berbincang).

    51

  • Ayat Pasif Ayat pasif ialah ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif

    merupakan ayat yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang

    diterangkan. Hal ini bererti ayat pasif memberikan penekanan kepada objek.

    Menurut Nik Safiah et al. (2010), ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

    i. ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

    ii. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.

    iii. ayat pasif dengan perkataan kena, iaitu kata yang hadir sebelum kata kerja.

    Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif lazimnya terbentuk daripada ayat aktif

    berawalan meN-.

    Contoh :

    Ayat Aktif : Emak saya mencuci pakaian.

    Ayat Pasif : Pakaian dicuci oleh emak saya.

    52

  • Ayat Pasif dengan Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

    Bagi ayat pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hadir pada

    posisi di hadapan kata kerja pasif. Kata kerja pasif lazimnya terdiri daripada kata

    dasar, iaitu kata yang tidak mempunyai imbuhan awalan.

    Contoh :

    1. Semua bayaran sewa itu akan saya selesaikan minggu depan.

    2. Projek itu akan kami laksanakan bersama-sama.

    Ayat Pasif dengan Perkataan kena

    Ayat pasif dengan perkataan kena bererti ayat yang menjadikan objek

    sebagai fokus ayat dan meletakkan perkataan kena di hadapan kata kerja pasif.

    Kata kerja pasif ini terdiri daripada kata kerja yang tidak mempunyai imbuhan

    awalan.

    Contoh :

    1. Pemandu itu kena saman oleh polis.

    2. Murid yang nakal itu kena denda oleh guru disiplin.

    53

  • TAJUK 7 PROSES PENERBITAN AYAT

    Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui proses penerbitan ayat dalam bahasa

    Melayu. Terdapat tiga proses penerbitan ayat bahasa Melayu dalam tajuk ini, iaitu:

    i. pengguguran.

    ii. penyusunan semula.

    iii. peluasan.

    Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    i. mengenal pasti proses penerbitan ayat.

    ii. menghuraikan proses penerbitan ayat.

    54

  • Konsep Ayat terbitan

    Ayat yang terhasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis. Proses ini

    melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau

    struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa

    Melayu, ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan

    pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur

    dalaman.

    A. Proses pengguguran

    Proses yang berlaku pada struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran

    unsur- unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh yang demikian, pada peringkat

    struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

    Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu:

    i. Pengguguran frasa nama sebagai subjek

    ii. Pengguguran frasa predikat

    iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

    Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda perhatikan ayat

    contoh berikut.

    55

  • i. Pengguguran Frasa Nama sebagai subjek

    a. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah

    Ayat contoh:

    1. Kamu jangan ganggu dia. Jangan ganggu dia.

    2 Awak pergi. Pergi !

    ( Pengguguran subjek Kamu dan Awak, iaitu kata ganti diri orang kedua)

    b Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

    Ayat contoh:

    1. Mastura lulus dalam peperiksaan.

    2. Mastura tekun belajar.

    Mastura lulus dalam peperiksaan keranaMastura tekun belajar.

    ( Pengguguran subjek yang sama, iaitu Mastura)

    Mastura lulus dalam peperiksaan kerana tekun belajar.

    c. . Pengguguran Frasa Predikat

    Seluruh frasa predikat atau bahagin-bahagiannya boleh digugurkan.

    56

  • Ayat contoh:

    Frasa

    Predikat

    Ayat Contoh

    a. Frasa

    nama

    yang

    serupa

    Piza makanan kegemaran Elis. Laksa makanan kegemaran Elis.

    Piza makanan kegemaran Elis dan laksa makanan

    kegemaran Elis

    Piza dan laksa makanan kegemaran Elis.

    b. Frasa

    kerja

    yang

    serupa

    Mei Lin belajar di IPG KIK. Sepupunya belajar di IPG KIK.

    Mei Lin belajar di IPG KIK dan sepupunya belajar di IPG

    KIK.

    Mei Lin dan sepupunya belajar di IPG KIK.

    c. Frasa

    adjektif

    yang

    serupa

    Pusat beli-belah jauh dari sini. Taman perumahan jauh dari sini.

    Pusat beli-belah jauh dari sini dan taman perumahan

    jauh dari sini.

    Pusat beli-belah dar taman perumahan jauh dari

    sini.

    d. Frasa sendi

    nama yang

    serupa

    Dia masih di Telok Anson dan isterinya masih di Telok Anson..

    Dia masih di Telok Anson dan isterinya masih di Telok

    Anson..

    Dia dan isterinya masih di Telok Anson.

    57

  • e. Pengguguran

    bahagian

    bahagian lain frasa

    predikat

    i. Pencuri itu telah ditangkap oleh polis.

    Pencuri itu telah ditangkap.

    ii. Kelakuannya amat mendukacitakan kita.

    Kelakuannya amat mendukacitakan.

    iii. Udara masih nyaman. Udara masih segar.

    Udara masih nyaman dan udara masih segar.

    Udara masih nyaman dan segar.

    c. Pengguguran Frasa Nama yang mendahului frasa relatif

    Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang

    satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu

    boleh digugurkan.

    Ayat Contoh:

    i. Perempuan itu kakak saya. Perempuan itu memakai tudung.

    Perempuan yang memakai tudung itu kakak saya.

    Yang memakai tudung itu kakak saya.

    . ii. Kakak membeli Toyota Vios itu. Toyota Vios itu berwarna biru..

    Kakak membeli Toyota Vios yang berwarna biru itu.

    . Kakak membeli yang berwarna biru itu.

    58

  • B. Proses Penyusunan Semula.

    Proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat.

    Kadang-kadang berlaku pengguguran atau penambahan beberapa unsur. Namun

    demikian, pada umumnya, proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan

    pada makna ayat.

    Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:

    i. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

    ii. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek

    iii. Penyusunan semula melalui ayat songsang

    Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda perhatikan

    ayat contoh berikut:

    Ayat Asal

    Proses Penyusunan Semula

    Saya menyiapkan tugasan kerja

    kursus. ( Ayat aktif)

    Tugasan kerja kursus saya siapkan.

    ( Ayat pasif - Frasa nama sebagai subjek)

    Allah mengurniai kita rahmat,

    ( Ayat aktif dengan dua objek)

    Allah mengurniakan rahmat kepada kita.

    ( satu objek - Frasa nama sebagai objek)

    Mereka akan berlepas ke London

    esok.

    ( Ayat songsang)

    Akan berlepas mereka ke London esok.

    ( Ayat songsang)

    59

  • C . Proses Peluasan Proses peluasan bermaksud menambahkan unsur baharu ke dalam ayat. Dalam

    bahasa Melayu, terdapat empat jenis peluasan, iaitu:

    i. Peluasan frasa nama sebagai subjek

    ii. Peluasan frasa predikat

    iii. Peluasan dengan kata hubung

    iv. Peluasan melalui proses komplementasi

    Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda teliti ayat contoh di

    bawah.

    Ayat Asal

    Proses Peluasan

    i. Banglo itu besar.

    ii. Banglo itu telah disita.

    Banglo yang besar itu telah disita.

    ( Frasa nama sebagai subjek)

    i. Pengurus syarikat itu

    membeli rumah.

    ii. Rumah itu dijual oleh rakan

    kami.

    Pengurus syarikat itu membeli rumah

    yang dijual oleh rakan kami.

    ( Frasa predikat)

    i. Hujan masih lebat.

    ii. Mereka mahu meneruskan

    perjalanan.

    Walaupun hujan masih lebat, mereka

    mahu meneruskan perjalanan.

    ( kata hubung)

    i. Penceramah itu

    menegaskan.(sesuatu)

    ii. Ekonomi negara semakin

    pulih,

    Penceramah itu menegaskan bahawa

    eonomi negara semakin pulih.

    ( Proses komplementasi)

    60

  • Latihan

    a. Baca dan teliti ayat-ayat yang berikut. Nyatakan jenis proses

    penerbitan ayat dengan betul.

    Bil. Ayat Proses Penerbitan

    1

    Kehadiran tuan dan puan akan menyerikan majlis kami lagi.

    2

    Yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran

    Malaysia.

    3

    Diumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

    diiringi barisan menteri kabinet.

    4

    I

    bu membeli gula, roti, dan mentega.

    5

    Untuk menyiapkan kerja-kerja itu, kita memerlukan

    perbelanjaan yang besar.

    6

    Kerana tidak mengulang kaji pelajaran, dia gagal dalam

    peperiksaan itu.

    7

    Kami menonton persembahan teater muzikal yang diarah oleh

    Erma Fatimah.

    8

    Dipersilakan masuk .

    61

  • Latihan

    b. i. Nyatakan tiga jenis proses penerbitan ayat

    ii. Berikan tiga contoh bagi setiap jenis.

    .

    1. Proses Penerbitan Ayat : _______________________________________

    Ayat Contoh

    1

    2

    3

    2. Proses Penerbitan Ayat : ___________________________________

    Ayat Contoh

    1

    2

    3

    3. Proses Penerbitan Ayat : ___________________________________

    Ayat Contoh

    1

    2

    3

    62

  • Aspek Tanda Baca

    Takrif Tanda baca ialah lambang-lambang yang digunakan sewaktu menulis sebagai

    penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Tanda bacaan

    penting untuk menentukan keberkesanan pencapaian mesej kepada pembaca.

    Penggunaan tanda bacaan yang salah akan mengelirukan pembaca.

    Tanda Noktah ( .)

    a. Digunakan pada akhir setiap ayat yang lengkap.

    Contoh :

    i. Lapan duta asing menyerahkan tauliah pelantikan mereka ke Malaysia

    kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muazam Shah di

    Istana Negara di sini hari ini.

    ii. Akhir singkatan gelaran, jawatan, pangkat, dan sapaan.

    Contoh: En. , Pn., Dr. Sdr., Prof. Madya

    iii. Singkatan kata atau ungkapan yang sudah umum.

    Contoh: sdn. bhd. dll., dsb.

    iv. Penulisan alamat.

    Contoh: No.3, Jalan SS16/1, Subang Jaya, 47500 Selangor.

    v. Memisahkan angka, jam, minit, dan saat.

    Contoh : 10.00 pagi 5.00 petang

    63

  • Tanda koma ( ,)

    i. Memisahkan tiga unsur atau lebih dalam satu ayat.

    Contoh:

    Penilaian graduasi yang dilaksanakan oleh pihak institut berdasarkan

    pencapaian akademik, kokurikulum, dan aktiviti lain yang disertai oleh

    para pelajar.

    .

    ii. Memisahkan kata atau unsur ayat

    Contoh:

    Tuan-tuan dan puan- puan yang saya hormati,

    Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan-tuan kerana telah

    dipilih menyertai bengkel ini.

    Tanda Sempang ( - )

    i. Menunjukkan kata ganda

    Contoh :

    Yang Berusaha, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah, pengetua-

    pengetua, guru-guru , dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

    64

  • ii. Untuk merangkaikan huruf dengan angka dan angka dengan akhiran -an

    Contoh:

    Sambutan Ulang Tahun ke- 100 awal 40-an.

    iii. Untuk menyambung suku kata yang terpisah kerana perpindahan baris.

    Contoh :

    Lawatan itu antara lain bertujuan mendedahkan pegawai Pelapes

    dengan perkembangan terkini dalam industri pertahanan di dunia.

    iv. Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan

    huruf besar.

    Contoh :

    anti-Israel, rahmat-Nya, kurnia-Nya

    Tanda Tanya ( ? )

    Digunakanpada akhir ayat tanya.

    Contoh :

    Tanpa kecemerlangan,apakah yang dapat dihasilkan oleh sesebuah

    institusi itu?

    65

  • Tanda Seru ( ! )

    Tandabaca bagi ayat seruan, iaitu ayat yang menggambarkan sesuatu

    perasan

    seperti kesakitan, hairan, marah, menyindir, dan sebagainya apabila

    dilafazkan..

    Contoh :

    Kalau kita tidak berjaga-jaga, jumlah rakyat akan melebihi 70 juta orang

    dalam masa yang agak singkat. Sebenarnya kalau kita tidak tidur!

    Aduh, bisanya!

    Merdeka!

    Tanda Koma Berttitik ( ; )

    i. Tanda ini digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang

    sejenis

    dan setara.

    Contoh:

    Malam kian larut; kamu belum tidur lagi.

    66

  • ii. Digunakan juga untuk memisahkan ayat yang setara dalam ayat majmuk

    sebagai pengganti kata hubung.

    Contoh:

    Abang menyiapkan karangannya;adik melayari internet;saya sendiri

    asyik

    bersembang di laman sosial.

    Tanda Titik Bertindih ( : )

    Tanda ini digunakan selepas satu ayat yang boleh berdiri sendiri, yang

    mengandungi maklumat lanjut tentang perkara tersebut dalam ayat

    terdahulu.

    Contoh:

    Yang kita perlukan sekarang ialah alat tulis yang berikut:

    kertas, dakwat, dan pen.

    Tanda Kurung ( (...) )

    i. mengapit tambahan keterangan atau penjelasan

    Contoh:

    Projek perumahan di kawasan itu akan dibina di bawah RMK 9 ( Rancangan

    Malaysia ke-9).

    67

  • Kursus penataran (upgrading) Tatabahasa bagi pegawai kerajaan akan diadakan pada

    bulan Mac.

    ii. mengapit angka atau huruf yang memperincikan satu siri keterangan

    Contoh:

    Faktor-faktor pengeluaran menyangkut masalah yang berikut:

    (1) alam:

    (2) tenaga kerja, dan

    (3) modal.

    Tanda Kurung Siku ( [...] )

    i. mengapit huruf, kata atau kelompok kata sebagai pembetulan tambahan kepada

    kalimat atau bahagian-bahagian kalimat yang ditulis oleh orang lain.

    Contoh:

    Sang Sapurba men[d] enger bunyi gemersik.

    ii. mengapit keterangan dalam kalimat penjelasan yang sudah bertanda kurung.

    Contoh:

    (Perbezaan antara dua macam prosa ini [ lihat bab 1] tidak dibicarakan.)

    68

  • Tanda Petik Mengapit (...)

    i. mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, naskhah atau bahan

    bertulis lain.

    Contoh:

    Sudah sudah hantar kerja kursus, kata Siti.

    Saya belum hantar lagi, jawab Balkis.

    ii. mengapit judul syair, karangan, dan bab buku apabila digunakan dalam

    kalimat.

    Contoh:

    Sajak Berdiri Aku terdapat pada halaman 5 buku itu.

    iii. mengapit kata atau ungkapan yang mengandungi makna khusus

    Contoh:

    Kerana warna kulitnya dia digelar Si Hitam.

    69

  • Tanda Petik Tunggal ( ... )

    i. Digunakan dalam ungkapan atau kalimat yang sudah diapit tanda petik

    mengapit.

    Contoh:

    Tanya Basri, Engkau dengar suara kring tadi?

    ii. mengapit terjemahan atau penjelasan suatu kata atau ungkapan asing.

    Contoh:

    Rate of inflation kadar inflasi

    Tanda Elipsis / Tiga Titik (...)

    Menandakan bahagian ayat yang telah diguigurkan

    Contoh:

    Dalam perbincangan tersebut, telah diputuskan bahawa perkara itu menjadi

    ikhtibar kepada semua pelajar... dan hendaklah diingatkan selalu.

    70

  • Pak Pandir hanya takut kepada dua perkara sahaja iaitu isterinya Mak Andeh dan

    anjing di rumah Pak Pandir tidak melawan Makandeh dan mengikut sahaja apa-apa yang

    disuruhnya

    Pandir masukkan kambing ke kandang kata isterinya baik Andeh jawab Pak Pandir

    dan terus mencari kambingnya untuk dimasukkan ke kandang

    Di luar rumah Pak Pandir sentiasa menjauhkan diri daripada anjing sebenarnya Pak

    Pandir pernah mendengar pepatah orang tua-tua yang mengatakan bahawa anjing yang

    menyalak tidak menggigit tetapi Pak Pandir tidak yakin bahawa anjing- anjing pernah mendengar

    pepatah tersebut oleh itu Pak Pandir tidak berani mengambil risiko digigit anjing

    71

    LATIHAN

    Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian, letakkan tanda

    baca yang sesuai.

  • TAJUK 8 SISTEM EJAAN

    Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui sistem ejaan dalam bahasa Melayu.

    Terdapat empat subtajuk dalam tajuk ini, iaitu:

    i. Pola Keselarasan Huruf Vokal

    ii. Ejaan Kata Pinjaman

    iii. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan

    iv. Penulisan Kata Terbitan

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    i. mengenal pasti sistem ejaan dalam bahasa Melayu

    ii. menghuraikan pola keselarasan huruf vokal bahasa melayu

    iii. menjelaskan sistem penulisan kata terbitan dalam bahasa Melayu

    72

  • Sistem Ejaan

    Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada

    tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara,

    bahasa Melayu telah pun mempunyai tradisi tulisan, iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung,

    dan Rencong yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Nusantara. Sistem

    tulisan ini agak maju dengan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris

    untuk menunjukkan perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih

    dikaji secara terperinci kerana tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat

    pada hari ini.

    Para pedagang dan pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan

    sistem ejaan Jawi di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai

    lingua franca yang masyhur dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed

    Naquib Al-Atas: 1972)

    Pola Keselarasan Huruf Vokal

    Terdapat dua sistem pengejaan baharu bahasa Melayu, iaitu sistem keselarasan

    huruf vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan sistem kekecualian

    keselarasan huruf vokal yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

    Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua

    suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir

    dan pada suku kata akhir tertutup.Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan

    prinsip yang berikut:

    i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan

    pengimbuhan.

    ii. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup yang tidak melibatkan suku kata

    akhir terbuka.

    73

  • Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf

    vokal, iaitu:

    18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

    Bil. Pola Contoh Penggunaan

    1 a - a asah, balak, halaman

    2 a - i alih, balik, sumbangsih

    3 a - u asuh, datuk, lembayung

    4 e pepet - a emas, kelam, cemerlang

    5 e pepet - i lebih, betik, sembelih

    6 e pepet - u telur, tempuh, temenggung

    7 e taling - a elak, dewan, belerang

    8 e taling - e taling leceh, gelek, selekeh.

    9 e taling - o esok, telor, selekoh.

    10 i - a ingat, kilang, selinap

    11 i - i intip, sisih, belimbimg

    12 i - u riuh, tidur, periuk

    13 o - a otak, borang, sekolah

    14 o - e taling oleh, boleh,celoteh.

    15 o - o obor,borong,kelompok

    16 u - a ubat, tumpang, ketupat

    17 u - i usik, kuih, gerusih

    18 u - u untuk, tunduk, tengkujuh.

    74

  • Ejaan Kata Pinjaman

    Bahasa Melayu menyerap istilah yang banyak daripada pelbagai bahasa seperti

    Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris, Indonesia, dan lain-lain. Dengan

    berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah

    dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar, iaitu:

    Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa

    Melayu seperti pencen, stesen, komisyen, kelas, kelab. Ejaannya tidak perlu diubah.

    Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap dalam bahasa Melayu seperti

    landrover dan ad hoc. Pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan

    sebagaimana dalam bahasa sumber.

    Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri dari segi

    sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang

    perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih kekal. Hal ini akan memudahkan

    pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber.

    Penyesuaian ejaan istilah baharu itu dilakukan menurut kaedah yang berikut:

    Vokal Contoh

    ae = e

    aesthetics = estetik

    haemoglobin = hemoglobin

    haematite = hematit

    ae = ae

    aerial = aerial

    aerograph = aerograf

    aerobe = aerob

    ai = ai

    aileron = aileron

    trailer = trailer

    caisson = kaison

    au = au

    automatic = automatik

    tautology = tautologi

    auditorium = auditorium

    75

  • c sebelum a, u, o, dan

    konsonan = k

    carbon = karbon

    curator = kurator

    cobalt = kobalt

    c sebelum e, i, oe, dan y = s

    cent = sen

    cybernetics = sibernetik

    efficient = efisien

    cc sebelum o, u, dan

    konsonan = k

    accomodation = akomodasi

    accumulation = akumulasi

    cc sebelum e, i = ks

    accent = aksen

    vaccin = vaksin

    occidental = oksidental

    ch, cch (yang diucapkan

    sebagai k) sebelum a, o,

    dan konsonan = k

    charisma = karisma

    cholera = kolera

    saccharine = sakarin

    ch yang dilafazkan c = c

    cheque = cek

    chocolate = coklat

    ch (yang diucapkan

    sebagai s) = s

    chiffon = sifon

    echelon = eselon

    e = e

    effective = efektif

    description = deskripsi

    system = sistem

    ea = ea

    idealist = idealis

    gear = gear

    ea yang dilafazkan [i] = i

    grease = gris

    ream = rim

    beaker = bikar

    ee = i

    jeep = jip

    chimpanzee = cimpanzi

    ei = ei

    atheist = ateis

    phenolphthalein = fenolfthalein

    protein = protein

    76

  • eo = eo

    stereo = stereo

    geometry = geometri

    zeolite = zeolit

    eu = eu

    neutral = neutral

    petroleum = petroleum

    nucleus = nukleus

    f = f

    factor = faktor

    faculty = fakulti

    infra = infra

    g = g

    geology = geologi

    tragedy = tragedi

    gh = gh

    maghrib = maghrib

    i = i

    syphilis = sifilis

    albitite = albitit

    ion = ion

    ia = ia

    dialect = dialek

    diaphysis = diafisis

    fuchsia = fuksia

    ie = ie

    diesel = diesel

    tieceron = tieseron

    ie di akhir kata = i

    calorie = kalori

    bogie = bogi

    cassie = kassi

    ie di akhir kata ekasuku = ai

    pie = pai

    io = io

    ion = ion

    studio = studio

    heliograph = heliograf

    iu = iu

    premium = premium

    stadium = stadium

    radium = radium

    77

  • ng = ng

    congress = kongres

    linguistics = linguistik

    ingressive = ingresif

    o = o

    sector = sektor

    thrombosis = trombosis

    chancellor = canselor

    oe (oi Yunani) = e

    oestrogen = estrogen

    foetus = fetus

    gonorrhoea = gonorea

    oi = oi

    alkaloid = alkaloid

    duboisine = duboisin

    tabloid = tabloid

    oo = u

    monsoon = monsun

    proof = pruf

    cartoon = kartun

    oo (vokal ganda) = oo

    zoology = zoologi

    spermatozoon = spermatozoon

    oology = oologi

    ou yang dilafazkan [u] atau

    [o] = u

    journal = jurnal

    coupon = kupon

    contour = kontur

    ou yang dilafazkan [au] =

    au

    accountant = akauntan

    pound = paun

    counter = kaunter

    ph = f

    phoneme = fonem

    phosphorus = fosforus

    physiology = fisiologi

    78

  • q = k

    aquarium = akuarium

    equator = ekuator

    frequency = frekuensi

    rh = r

    rhetoric = retorik

    rhythm = ritma

    rhyolite = riolit

    sc sebelum a, o, u dan

    konsonan = sk

    scandium = skandium

    scooter = skuter

    script = skrip

    sc sebelum e, i = s

    scendastic = senastik

    scenario = senario

    abscissa = absisa

    th = t

    theater = teater

    theology = teologi

    theory = teori

    orthography = ortografi

    ue di akhir kata = u

    tissue = tisu

    accrue = akru

    ue di akhir kata (selepas q

    atau g) digugurkan

    catalogue = katalog

    dialogue = dialog

    technique = teknik

    ui = ui

    annuiti = anuiti

    conduit = konduit

    equinox = ekuinoks

    79

  • uo = uo

    fluorscent = fluoresen

    quorum = kuorum

    quota = kuota

    uu = u

    continuum = kontinum

    vacuum = vakum

    v = v

    novel = novel

    university = universiti

    vitamin = vitamin

    x pada awal kata = x

    xenon = xenon

    xylem = xilem

    xenophobia = xenofobia

    x pada posisi lain dalam

    kata = ks

    latex = lateks

    taxi = teksi

    complex = kompleks

    y yang tidak terletak pada

    awal kata = i

    physiology = fisiologi

    polytheism = politeisme

    psychology = psikologi

    z = z

    ozone = ozon

    zenith = zenit

    zone = zon

    Konsonan ganda boleh

    menjadi konsonan tunggal.

    assimilation = asimilasi

    ferrum = ferum

    Huruf e yang biasanya

    dilafazkan [e] dalam suku

    kata akhir terbuka

    dikekalkan

    cylinder = silinder

    counter = kaunter

    contigent = kontijen

    Rehat sebentar, kemudian teruskan dengan aktiviti di bawah.

    80

  • Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan

    Penulisan Kata Dasar

    Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan tanpa imbuhan.

    Contohnya:

    i. adil

    ii. pulang

    iii. sungai

    Penulisan Kata Terbitan Pinjaman

    Imbuhan Awalan Kata Dasar Kata Terbitan

    anti karat antikarat

    auto graf autograf

    dwi bahasa dwibahasa

    in hadir hadirin

    poli klinik poliklinik

    pra sekolah prasekolah

    pro kerajaan prokerajaan

    sub kategori subkategori

    swa daya swadaya

    tata susila tatasusila

    tuna karya tunakarya

    Walau bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah

    daripada kata dasar hanya melibatkan tiga imbuhan yang berikut:

    1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya.

    Penulisannya bermula dengan huruf besar bagi menunjukkan kata ganti nama

    Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa

    81

  • 2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu

    sebagai kata bebas.

    contohnya: Saya memang anti dengan...

    pro dan kontra

    3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata

    nama khas yang bermula dengan huruf besar.

    Contohnya: se-Nusantara se-Malaysia

    * Bagi kata singkatan yang merujuk kata ganti diri Tuhan, penggunaan tanda

    sempang dan huruf besar hendaklah ditulis seperti yang berikut:

    Contoh : kepada-Mu kepada-Nya

    Penulisan Kata Terbitan Akhiran

    Kata terbitan yang menerima imbuhan akhiran ditulis seperti yang berikut:

    Imbuhan Akhiran Kata Dasar Kata Terbitan

    -at muslim muslimat

    -ah ustaz ustazah

    -isme ego egoisme

    -kan masuk masukkan

    -man budi budiman

    -nita biduan biduanita

    -wan harta hartawan

    82

  • Penulisan Kata Terbitan Awalan dalam Bahasa Melayu

    Kata terbitan yang menerima imbuhan awalan ditulis seperti yang berikut:

    Awalan Kata Dasar Kata Terbitan

    pe- nyanyi penyanyi

    peN- tari penari

    peR- asap perasap

    ke- tua ketua

    juru- terbang juruterbang

    meN- kayuh mengayuh

    beR- kirim berkirim

    teR- rancang terancang

    di- gelar digelar

    mempeR- hamba memperhamba

    dipeR- jelas diperjelas

    ter- mahal termahal

    se- indah seindah

    83

  • Apitan dalam Bahasa Melayu

    Kata terbitan yang menerima imbuhan apitan ditulis seperti yang berikut:

    Apitan Kata Dasar Kata Terbitan

    beran anggap beranggapan

    berkan dasar berdasarkan

    dii iring diiringi

    dikan umum diumumkan

    diperkan tingkat dipertingkatkan

    kean sejuk kesejukan

    mei kirim mengirimi

    mekan hadiah menghadiahkan

    memperi isteri memperisteri

    memper..kan hamba memperhambakan

    pean rasa perasaan

    penge..an had pengehadan

    ter..kan ingat teringatkan

    84

  • Penulisan Kata Terbitan Sisipan dalam Bahasa Melayu

    Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

    Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

    -el- tunjuk telunjuk

    -em- kuning kemuning

    -er- gigi gerigi

    -in- sambung sinambung

    Penulisan Kata Terbitan Akhiran Asli Bahasa Melayu

    Kata terbitan akhiran ditulis seperti yang berikut:

    Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

    -i naik naiki

    -kan kurang kurangkan

    -an tanam tanaman

    85

  • Latihan

    Teliti soalan yang diberikan. Kemudian, jawab soalan yangdiberikan

    1. Kenal pasti ejaan bagi perkataan yang berikut. Jika salah, betulkan ejaannya.

    Perkataan Betul/Salah Ejaan Yang betul

    auto matif

    audiens

    ampangan

    injin

    idea

    impot

    atlit

    bowling

    insuran

    geraf

    86

  • 2. Betulkan kesalahan bagi perkataan yang berikut.

    kebanyakkan

    berkerjasama

    kadang-kala

    penyalah gunaan

    pasca kemerdekaan

    anti-merokok

    biadap

    mengulangkaji

    Rehat sebentar.

    87

  • TAJUK 9 SEBUTAN DAN INTONASI

    Sinopsis

    Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui konsep sebutan baku dan intonasi dalam

    bahasa Melayu.

    Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    iv. mengenal konsep sebutan baku, dasar sebutan baku, dan jenis

    sebutan dalam bahasa Melayu

    v. menghuraikan intonasi pelbagai jenis ayat dalam bahasa Melayu

    88

  • 1 Konsep Sebutan Baku

    Sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi

    ( Ismail Dahaman ,1996 ;46)

    2. Dasar Sebutan Baku

    Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku kata bahasa Melayu hendaklah

    berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menurut perlambangan huruf