Teknik Pualaman
-
Upload
saidatun-atikah-said -
Category
Documents
-
view
773 -
download
6
description
Transcript of Teknik Pualaman
Teknik Pualaman (The Arts of Marbling)
1. Pengenalan
Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat di
atas kertas. Corak yang dihasilkan dengan menggunakan teknik ini boleh
digunakan untuk membuat kraf tangan, penanda buku, bingkai foto, kulit
buku dan sebagainya. Suminagashi merupakan teknik pualaman yang
paling lama dikenalpasti.
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak
daripada air dan dakwat kaligrafi. Secara amnya, teknik pualaman boleh
dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks
bergantung kepada orang yang ingin menghasilkan corak. Umur bukanlah
sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang
(kanak-kanak hingga orang dewasa) boleh menghasilkan karya seni.
2. Contoh-contoh penggunaan pualaman
3. Alatan yang diperlukan
Cat, tinner, kayu (pengacau), air, talam, kertas yang agak tebal
4. Cara-cara
1. Sebuah talam telah diisikan dengan air.
2. Cat dicairkan dengan menggunakan thinner dan dititiskan mengikut
citarasa sendiri.
3. Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang
dikehendaki.
4. Tangkupkan kertas lukisan ke atas permukaan cat/air dalam talam dan
keluarkan dengan cepat.
5. Akhirnya jemur.
6. Kemudian, pualaman yang dihasilkan digunakan untuk menghasilkan
bingkai photo.
(Rujuk Lampiran untuk gambar teknik penghasilan pualaman)
5. Pualaman yang telah dihasilkan
6. Bingkai yang telah dihasilkan