Teknik Persampelan
-
Upload
sophia-rusli -
Category
Documents
-
view
284 -
download
3
Transcript of Teknik Persampelan
1
Bab 1 Teknik PensampelanObjektif pembelajaran:
1. Memahami prinsip utama dalam pensampelan.
2. Membezakan di antara populasi sasaran dan kerangka pensampelan.
3. Mengecam perbezaan di antara pensampelan berkebarangkalian dan pensampelan tak berkebarangkalian.
4. Menggambarkan perbezaan di antara teknik-teknik pensampelan.
Proses Rekabentuk Pensampelan
Proses rekabentuk pensampelan melibatkan jawapan bagi tiga soalan:1. Adakah menggunakan sampel atau banci. ?2. Jika sampel, maka yang mana pendekatan
pensampelan yang paling baik? 1. Berapa besar sampel adalah diperlukan?
Lngkh 1: Takrifkan populasi sasaran
Lngkh 2: Pilih rangka pensampelan
Lngkh 3: Kaedah?keb
ATAU tak keb
Lngkh 4: Rancang pemilihan
unit2 pensampelan
Lngkh 5: Kenalpasti saiz sampel
Lngkh 6: Pilih unit2 pensampelan
Lngkh 7: Kendalikan kerja lapangan
Peringkat2 Di dalam Pemilihan Sampel
Langkah 1: Populasi Sasaran Khusus, kumpulan lengkap berkaitan
projek kajian Siapa yang benar-benar mempunyai
maklumat / data yang anda perlukan Bagaimana anda menakrifkan
populasi sasaran anda.
Asas untuk menakrifkan populasi yang menjadi minat kajian termasuk • Geografi• Demografi
Langkah2: Kerangka Pensampelan Senarai bagi elemen-elemen
dari mana satu sample mungkin diambil. Contoh?
?Ralat Kerangka Pensampelan
Ia mungkin tidak dikemaskini Ia mungkin termasuk unsur-unsur yang bukan
kepunyaan populasi sasaran. Ia mungkin tidak termasuk unsur-unsur kepunyaan
populasi sasaran. Ia mungkin dikompilkan daripada pelbagai senarai
dan mengandungi unsur-unsur yang serupa.
Unit-unit PensampelanSatu elemen tunggal atau kumpulan
elemen-elemen yang dipilih di dalam sampel.
Langkah 3: Pilihan Kaedah?Sampel Kebarangkalian:
Satu teknik pensampelan di mana setiap ahli bagi suatu populasi mempunyai kebarangkalian untuk dipilih.
Langkah 3: Pilihan Kaedah?Sampel Tak kebarangkalian:
Unit-unit bagi sampel adalah dipilih berasaskan penilaian/kebijaksanaan individu atau kemudahan penyelidik
Tidak ada teknik berstatistik untuk mengukur ralat pensampelan rawak
Secara statistiknya tidak sesuai
Klasifikasi bagi Kaedah-kaedah Pensampelan
Kaedah2 Pensampelan
Sampel Keb
Rawak MudahKelompok
Sistematik Strata
Tak-keb
KuotaPenilaian
Mudah Bolasalji
Kaedah-kaedah Pensampelan berkebarangkalian
Kaedah yang paling mudah. Menjamin setiap elemen di dalam populasi
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih Penjana nombor rawak @ secara loteri
Pensampelan Rawak Mudah
Kelebihan Perlukan pengetahuan minima mengenai
populasi yang dikaji. penganggaran ralat pensampelan boleh
disukat Mudah untuk menganalisis data
Kelemahan Kos tinggi sukar digunakan apabila melibatkan saiz
sampel yang besar Memerlukan kerangka pensampelan
Pensampelan Sistematik Satu titik permulaan pertama dipilih secara
rawak dan kemudian memilih setiap elemen ke-k di dalam senarai.
k=selang pensampelan Nisbah saiz populasi dengan saiz sampel Ralat: sekiranya susunan elemen dalam
rangka pensampelan adalah tidak rawak.
Kenalpasti selang k dengan mendapatkan nisbah N/n dimana N saiz populasi dan n saiz sampel.
k = N/n Daripada rangka pensamapelan, pilih secara
rawak satu nombor daripada k unit yang pertama. Sekiranya unit itu ialah j, maka siri unit-unit yang dipilih adalah j, j+k, j+2k, j+3k,… sehingga saiz sampel dicapai.
Kelebihan (i) mudah untuk ambil sampel, tanpa kesilapan. (ii) lebih tepat daripada pensampelan rawak mudah
Kelemahan(i) Jika susunan elemen adalah secara periodik maka
hasilnya tidak baik. (ii) Memerlukan kerangka pensampelan
contoh Kita hendak memilih 100 invois daripada 3000 invois yang
telah difailkan mengikut susunan tarikh ianya dikeluarkan Bagi kes ini k ialah
k = N/nk = 3000/100 = 30
Seterusnya pilih secara rawak satu nombor daripada 1 hingga 30 .
Jika nombor yang terpilih ialah 6 maka invois yang ke 6 adalah elemen drpd populasi yang dipilih sebagai elemen sampel
Elemen yang seterusnya ialah elemen populasi yang ke 6+ 30 = 36
100 elemen sampel yang yang terpilih -> invois yg ke 6, 36, 66, 96, 126,….2970.
• 3.Pensampelan Strata
• Proses mendapatkan sesuatu sampel dengan mengasingkan populasi kepada bbrp kumpulan homogenus yang
berbeza dan tidak bertindih.• Contoh strata : bidang pekerjaan, pendapatan,
umur, bangsa
Bagaimana? 1.Kenalpasti pembolehubah sebagai asas untuk
distrata. 2.Senarai lengkap bagi elemen – elemen
populasi mesti diperolehi3.Secara rawak ambil sampel daripada setiap
strata.
Jenis-jenis sampel strataSampel strata berkadaran:
Bilangan elemen yang dipilih daripada setiap strata adalah berkadaran dengan saiz strata berkenaan.
Sampel strata takberkadaran : Bilangan unit pensampelan diambil
daripada setiap strata adalah tidak berkadaran dengan bilangan elemen dalam populasi
Kelebihan
Dapat memberikan gambaran yang lebih baik terhadap populasi
Fokus kepada subpopulasi yang penting , abaikan yang tidak berkaitan.
Perwakilan yang menyeluruh Ciri-ciri bagi setiap strata boleh dianggarkan
dan perbandingan boleh dibuat..
Kelemahan
• Sukar memilih p.u. penstrataan yang berkaitan• Tidak berguna bila tiada subkump homogenus• Memerlukan maklumat tepat berkaitan populasi
yang dikaji.• Timbul masalah jika strata tidak ditakrifkan
dengan jelas.• Memerlukan kos yang lebih
Kajian berkaitan prestasi pelajar mengikut program pengajian.Populasi : Pelajar-pelajar yang mengambil kursus TR1713Sampel : 200 orang pelajar daripada keseluruhan pelajar
yang mengambil kursus TR1713.STRATA BIL. PELAJAR % BIL. DIPILIH
TS 105 23 46TP 70 15 30TR 85 18 37TK 140 30 61TH 60 13 26
JUMLAH 460 100 200
Contoh :
Contoh
Andaikan kita ingin menganggar bilangan jam menonton TV bagi semua penduduk di dalam satu negeri. Negeri ini mempunyai dua bandar dan satu pekan. Untuk mendapatkan sampel rawak berstrata bagi penduduk di dalam negeri ini kita akan mengambil satu sampel rawak mudah daripada setiap bandar, dan satu lagi daripada pekan. Ini memberi kita tiga strata.
•Bandar “A”
•Bandar “B”
•Pekan
1551 N
622 N
933 N
Populasi
Keseluruhan
3L
321 NNNN 155 62 93310
40nKeseluruhan saiz sampel:
201 n 82 n 123 n
35 43 36
39 28 28
29 25 38
27 26 32
29 40 35
41 37 31
45 34
27 15 4
41 49 25
10 30
8 14 12
15 30 32
21 20 34
7 11 24
Masa menonton TV (dalam jam per minggu)
.
Biasanya diguna bila tiada senarai populasi yang dapat digunakan atau disebabkan kos ataupun populasi kajian berselerak Persoalannya: Adakah kelompok heterogeneus seperti populasi? Bolehkah kita andaikan ianya adalah mewakili?
4.Pensampelan Kelompok Unit pensampelan utama adalah bukan elemen
tunggal, tetapi satu kelompok besar elemen-elemen. Sama ada kelompok dipilih secara rawak atau elemen-elemen di dalamnya dipilih secara rawak.
Contoh : negeri, daerah, mukim, kampung, sekolah atau kilang
Kebaikan Kos rendah, kekerapan penggunaan tinggi Memerlukan senarai bagi semua kelompok,
tetapi hanya individu-individu di dalam kelompok dipilih.
Boleh menganggar ciri-ciri bagi setiap kelompok dan juga populasi
Kelemahan Ralat yang lebih besar berbanding teknik lain Memerlukan bilangan elemen yang lebih banyak
untuk menghasilkan ketepatan yang sama dengan bila guna pens. rawak mudah..
Contoh Andaikan satu kajian berkaitan dengan tabiat utamakan kebersihan
di kalangan isi rumah di bandar besar A. Unit pensampelan diperlukan ialah individu/isi rumah dalam satu
keluarga. Katakan bandar A mempunyai 20,000 keluarga, semua tersenarai
di dalam rekod, dan sampel yang diperlukan ialah 200. Satu sampel rawak mudah bagi 200 boleh diperolehi di
keseluruhan bandar A ttp melibatkan kos yang tinggi dan masa yang panjang.
Penyelidik boleh membahagikan populasi kepada kpd bbrp kump yang lebih kecil dipanggil kelompok.
Katakan bandar tersebut boleh dibahagikan kepada 400 kawasan dengan setiap satunya mempunyai 50 buah keluarga. Kemudian penyelidik boleh memilih secara rawak 4 buah kawasan dan keluarga semua kawasan yang terpilih akan mewakili sampel.
Pensampelan Kelompok Pelbagai- PeringkatPensampelan kelompok melibatkan pembahagian populasikepada beberapa kelompok dan memilih secara rawak bilangankelompok yang ditentukan dan sama ada mendapatkanmaklumat daripada semua elemen di dalam kelompok atau satusampel rawak dipilih. Dengan pensampelan kelompok pelbagai -peringkat proses yang sama diulang dua kali atau lebih.
ContohKajian terhadap sikap pelajar-pelajar
sekolah; (i) peringkat pertama- bandar-bandar (ii) peringkat kedua- sekolah-sekolah di dalam
setiap bandar (iii) peringkat ketiga- kelas-kelas di dalam
setiap sekolah (iv) peringkat keempat -pelajar- pelajar di
dalam setiap kelas
Kaedah-kaedah pensampelan tak berkebarangkalian
1. Sampel Mudah Tatacara memilih sampel dengan cara
yang paling memberikan kemudahan kepada penyelidik.
Kelebihan Kos yang sangat rendah Tidak perlu senarai elemen-elemen
populasi
Kelemahan Kepelbagaian dan bias, tidak boleh diukur
atau dikawal
2. Sampel “Judgement” atau “Purposive” Tatacara memilih elemen sampel yang
mana pengalaman penyelidik adalah penting dalam memilih sampel berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi mencapai objektif kajian.
Kelebihan Kos sederhana Biasa digunakan/ difahami Sampel memenuhi objektif tertentu
Kelemahan Bias
3. Sampel Kuota Tatacara memilih sampel yang
memastikan bahawa satu ciri tertentu bagi sampel diwakili hingga ke tahap yang dikehendaki oleh penyelidik sendiri.
Kelebihan Kos sederhana Sangat luas digunakan Tidak perlu senarai populasi
Kelemahan Kepelbagaian dan bias, tidak boleh diukur atau
dikawal.
contoh Satu contoh sampel kuota bersaiz 20
H 2M 4L 14
20-29 430-44 645-64 765+ 3
L P9 11
StatusUmur Jantina
4. Pensampelan Bolasalji Teknik ini digunakan apabila elemen kajian yg
diperlukan adalah sukar dikenalpasti dan dihubungi.
Tatacara memilih elemen sampel dengan responden permulaan diperolehi dengan menggunakan kaedah berkebarangkalian atau tak. Responden seterusnya dipilih berdasarkan maklumat yang diperolehi drpd responden pd permulaan tadi.
Contoh : kajian terhadap penagih-penagih dadah, lumba haram dsbnya.
Kelebihan Kos rendah Berguna di dalam keadaan tertentu Berguna untuk populasi yang kecil
Kelemahan Bias sebab unit pensampelan bersandar
Menentukan saiz sampel melibatkan beberapa faktor:
Kepelbagaian elemen-elemen di dalam populasi sasaran Jenis sampel yang diperlukan Masa. Belanjawan.
LatihanKes 1Satu kajian dijalankan terhadap pelajar-pelajar di
FTSM untuk mendapatkan pendapat mereka bagaimana untuk mengatasi masalah tekanan menghadapi peperiksaan akhir. Seramai 200 orang pelajar diperlukan untuk memberi respon terhadap persoalan ini.Pelajar yang terpilih daripada senarai nama semua pelajar yang sedang belajar di FTSM akan dihubungi. Pemilihan nama pelajar dilakukan dengan cara yang memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Soalan Apakah populasi sasaran? Nyatakan rangka pensampelan Nyatakan unit pensampelan Dengan menggunakan keempat-empat
kaedah pensampelan berkebarangkalian, terangkan dengan jelas bagaimana elemen sampel ini boleh diperolehi.
Kes 2Penulis-penulis buku Statistik untuk
Teknologi Maklumat & Industri ingin membuat kajian terhadap 100 orang pelajar yang menggunakan buku ini.
Soalan Terangkan prosidur untuk mendapatkan
elemen sampel bagi setiap teknik pensampelan : rawak mudah, sistematik, mudah, strata dan kelompok.