TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

20

Click here to load reader

Transcript of TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Page 3: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Create Your Badge

CUACA

See 10-Day Forecast

© HotelsCombined.com

Thursday, 9 August 2012

1.4 Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.

Posted by CINGGU YA at 12:28

1.4 Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi di Kalangan Murid.

Program – program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan daripada kaunseling.

Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif

Page 4: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid dari masa ke semasa.

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku negatif.

Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih berkesan.

Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.

Murid perlu diberi peluang mengenai kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut

Berikut dinyatakan persamaan dan perbezaan antara emosi guru dan murid

Page 5: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

TOP

0 comments

Labels: TEKANAN EMOSI BHG 1

1.3 Punca gangguan emosi

Posted by CINGGU YA at 11:39

1.3 Punca gangguan emosi

Mengiku Terri Mauro (2004), banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak – kanak. Namun begitu, antara faktor – faktor yang ketara ialah masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.

Perbalahan keluarga mampu menyumbang murid mengalami masalah emosi kritikal

Berikut dinyatakan sebab dan akibat berlakunya masalah emosi murid

Page 6: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

TOP

0 comments

Labels: TEKANAN EMOSI BHG 1

Posted by CINGGU YA at 11:13

Penderaan emosi rosakkan psikologi anak

03:48:04 AM Oleh Hazirah Che Sab Cetak Emel Kawan

UNICEF lancar kempen didik masyarakat, ibu bapa sedia persekitaran selamat, terjamin

KETIKA penderaan fizikal terhadap kanak-kanak semakin kerap dilaporkan, masyarakat seolah-oleh terlupa bahawa penderaan berbentuk emosi turut membawa natijah tidak kurang teruknya kepada mangsa. Mungkin penderaan emosi tidak menampakkan kesan nyata menyebabkan ramai menutup mata kepada masalah itu sedangkan ia umpama barah yang memakan tahap keyakinan diri kanak-kanak sehingga boleh merosakkan psikologi mangsa.

Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mengambil berat dan mengasihi anak, dengan gagal memberi perhatian, kasih sayang dan persekitaran sokongan bersesuaian dengan perkembangan mereka.

Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan seorang kanak-kanak mengalami kecederaan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi yang dibuktikan dengan antaranya, gangguan mental dan tingkah laku, termasuk kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri, menunjukkan

Page 7: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

tingkah laku permusuhan atau perkembangan lambat.

Ia berlaku apabila ibu bapa atau penjaga tidak mampu menangani tekanan dialami setiap hari seperti keletihan, tidak mempunyai pekerjaan, kemiskinan, perceraian, kematian, krisis kesihatan dan masalah mental. Ketika kanak-kanak mungkin pulih daripada kecederaan fizikal, kesan penderaan emosi mungkin berterusan, termasuk risiko peningkatan kemurungan berpanjangan, kurang keyakinan diri dan tidak pandai menjalin hubungan.

Naib Presiden Persatuan Sosial Malaysia, Amy Bala, berkata sekadar menyediakan keperluan asas kepada kanak-kanak, tetapi mengabaikan aspek kasih sayang dan perhatian, juga dianggap satu bentuk penderaan.

“Ramai menyangka apalah yang seorang kanak-kanak tahu. Mereka menyangka kanak-kanak cuma perlukan keperluan asas. Kanak-kanak bukan hanya perlukan makan, minum, perlindungan dan tempat tinggal yang selesa, mewah dan sebagainya, malah mereka juga perlukan masa.

“Kadang-kadang ibu bapa atau orang dewasa lupa kanak-kanak sebenarnya ingin berkongsi sesuatu. Tindakan mereka memberi gambaran mereka perlukan perhatian. Malangnya, kita pandang perkara itu remeh.

“Kita penat kerana lapan jam bekerja sehingga tidak memberi perhatian kepada anak sekembali ke rumah, tetapi kita terlupa anak juga menunggu sehingga lapan jam untuk mendapatkan perhatian ibu bapa,” katanya.

Berikutan itu, kempen anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), ‘Get on Board: Raise Your Hand, Stop Child Abuse Now’ dilancarkan untuk membuka mata masyarakat, bukan hanya penderaan fizikal dan seksual saja perlu dicegah, sebaliknya segala bentuk penderaan.

Kempen selama dua bulan itu bertujuan mendidik masyarakat mengetahui dengan lebih lanjut apa yang mereka boleh lakukan untuk mencegah penderaan terhadap kanak-kanak.

Menurut wakil UNICEF di Malaysia, Hans Olsen, setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat dan dilindungi.

Katanya, masyarakat perlu disedarkan mengenai kesan buruk penderaan kanak-kanak dan menggesa penduduk negara ini mengetahui lebih lanjut mengenai penderaan dan apa yang boleh dibuat untuk melindungi golongan itu.

Justeru, kempen berkenaan dianjurkan bagi memperkasa dan menggalakkan orang ramai terbabit secara individu dan menyokong keluarga serta ibu bapa bagi mencegah sebarang bentuk penderaan kanak-kanak.

Page 8: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Kempen secara online selama dua bulan itu diharap meraih sokongan 100,000 rakyat Malaysia menjelang Hari Hak Asasi Manusia yang disambut Disember ini.

Orang ramai yang ingin menyertai dan memberi sokongan kepada kempen itu boleh melayari laman web www.uniteagainstabuse.my.

“Masalah ini perlu ditangani bersama, apa yang paling penting bukan mencari kesalahan orang lain, sebaliknya sama-sama membantu menanganinya. Daripada berdiam diri dan menunggu kerajaan bertindak, lebih baik kita sebagai rakyat mengambil inisiatif menghalang semua bentuk penderaan,” kata Olsen.

sumber rujukan : http://www.bharian.com.my/articles/Penderaanemosirosakkanpsikologianak/Article/

TOP

0 comments

Labels: ISU SEMASA

1. HAK ASASI KANAK - KANAK

Posted by CINGGU YA at 10:58

hakasasikanak-kanak2-100829003643-phpapp02

TOP

0 comments

Labels: 1. HAK ASASI KANAK - KANAK

2. HAK ASASI KANAK - KANAK DI MALAYSIA

Posted by CINGGU YA at 10:55

Hak Kanak-kanak Di Msia

TOP

0 comments

Labels: 2. HAK ASASI KANAK -KANAK DI MALAYSIA

3. USAHA- USAHA MELINDUNGI KANAK -KANAK

Posted by CINGGU YA at 10:17

Usaha Dalam Melindungi Kanak-kanak

TOP

0 comments

Page 9: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Labels: 3. USAHA - USAHA MELINDUNGI KANAK -KANAK

GANGGUAN EMOSI PERLU DITANGANI

Posted by CINGGU YA at 09:56

Gangguan emosi perlu ditangani

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.

KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalangan murid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan terhadap kesihatan mental individu terbabit.

Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untuk meningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-murid dan warga sekolah.

Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang prihatin bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang menunjukkan kecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan.

Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat dielakkan.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996.

Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status kesihatan mental murid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak kesihatan mental (mental health coping skills).

Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah.

Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk membimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres.

Page 10: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.

Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut, namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka.

Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah tersebut.

Sumber rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

TOP

0 comments

Labels: ISU SEMASA

Older Posts

Subscribe to: Posts (Atom)

Detikan

Cuteki cute

Kategori

1. HAK ASASI KANAK - KANAK (1)

2. HAK ASASI KANAK -KANAK DI MALAYSIA (1)

Page 11: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

3. USAHA - USAHA MELINDUNGI KANAK -KANAK (1)

ISU SEMASA (5)

TEKANAN EMOSI BHG 1 (3)

WAYANG PENDEK (3)

Perjalanan Blog

▼ 2012 (16)

o ▼ August (16)

1.4 Langkah – Langkah Menangani Masalah Gangguan E...

1.3 Punca gangguan emosi

Penderaanemosi rosakkan psikologi anak03:48:04 AM ...

1. HAK ASASI KANAK - KANAK

2. HAK ASASI KANAK - KANAK DI MALAYSIA

3. USAHA- USAHA MELINDUNGI KANAK -KANAK

GANGGUAN EMOSI PERLU DITANGANI

Gangguanseksual punca kemurungan kanak-kanakOleh...

PENYEKSAAN KANAK - KANAK SOMALIA

HENTIKAN PENDERAAN KANAK - KANAK

IBU DERA ANAK

1.2 GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

1. GANGGUAN EMOSI

PENGENALAN GANGGUAN EMOSI

Murid tahun lima menang Proton Preve

10 Sekolah Laksana I-Think – Metro

Teman Blogger

Reka Bentuk Resos dan Reka Bentuk Pentaksiran dan Penilaian

E- majalah sekolah dalam bentuk VCD

2 years ago

Page 12: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

huda,nadirah

2Hari Pertama Masuk Sekolah [Sri Gombak 1] HD

2 years ago

Tekanan Emosi Guru

Guru Mencabul Emosi Pelajar?

2 years ago

siti fatimah, sharifah

2 years ago

GURU DAN CABARAN SEMASA (Globalisasi dan Tunggak Pendidikan UNESCO)

..IMPAK POSITIF DAN NEGATIF GLOBALISASI.. ( Double Bubble Map )

2 years ago

INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Educational Blogging.. the benefits

2 years ago

Kepelbagaian Budaya dan Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Tajuk Sketsa : Jalur Lebar - 'Dunia Tanpa Sempadan'

2 years ago

ADAPTASI PELBAGAI INOVASI & PERUBAHAN

2 years ago

Pengurusan Inovasi & Strategi Perubahan

Perubahan pendidikan di Malaysia..

Page 13: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

2 years ago

Jumlah Kunjungan

mobile projector

Di Sebalik Tabir

AMIRAH DAN A'SHIKIN PISMP PK5 JAN 09 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Pengikut Tegar

Powered by Blogger.

Template by:

Designed by SkinCorner Free Blogger Templates | Image from WallcooSponsored by Stylistbackgrounds | Wordpress Themes

Page 14: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Page 15: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Page 16: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Page 17: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx

Page 18: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID.docx