Tekanan Emosi Guru

21
Pengenalan : Tekanan Emosi Guru Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya. Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan lain dalam meningkatkan mutu pendidikan. Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan dengan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru. Tugas utama seorang guru ialah mendidik dan mengajar. Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan. Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan yang akan dihadapi oleh guru. Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi. Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru. Namun, bergantung pada guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan. Oleh yang demikian, tajuk ini akan dibincangkan bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan, iaitu: Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi guru. Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru.

description

GURU DAN CABARAN SEMASA

Transcript of Tekanan Emosi Guru

Pengenalan : Tekanan Emosi Guru

Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.

Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan lain dalam meningkatkan mutu pendidikan. Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan dengan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.

Tugas utama seorang guru ialah mendidik dan mengajar. Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan. Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan yang akan dihadapi oleh guru. Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.

Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru. Namun, bergantung pada guru itu sendiri untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.

Oleh yang demikian, tajuk ini akan dibincangkan bagi mencapai hasil pembelajaran yang telah digariskan, iaitu: Mengenal pasti tanda-tanda tekanan emosi yang dihadapi guru. Membincangkan kes-kes tekanan emosi dalam kalangan guru. Menghuraikan langkah-langkah untuk menangani dan mengurus tekanan emosi yang dihadapi oleh guru. Dalam post sebelum ini telah membincangkan mengenai pengenalan kepada tekanan emosi guru. Secara umumnya, tekanan emosi guru terbahagi kepada dua, iaitu... STRES dan BURNOUT

Thinking maps di atas merujuk kepada perbezaan antaraSTRESdanBURNOUTsecara umum. Kupasan mengenai stres dan burnout secara lebih mendalam dan terperinci akan dimasukkan dalampost-postyang akan datang.Guru Mencabul Emosi Pelajar?Artikel ini merupakan satu pendedahan berkaitan penderaan emosi kanak-kanak oleh tingkahlaku guru dalam bilik dajah yang jarang dibincangkan dalam kalayak umum. Artikel ini cuba menjelaskan definisi penderaan emosi oleh guru dalam bilik darjah, yakni tingkahlaku atau respon dari guru yang memberi kesan negatif terhadap murid-murid sehingga ada dalam kalangan mereka yang kemurungan, menyembunyikan diri dari kawan-kawan sebaya lain, tekanan dan mendiamkan diri sepanjang waktu.

Ini suatukecederaan emosi yang serius walaupun ramai yang tidak perasan guru juga mampu memberi penderaan samada sengaja atau tidak terhadap para pelajar. Pencabulan emosi tertumpu pada tiga perkara utama iaitu, fizikal, emosi dan seksual. Berasaskan tiga komponen inilah ramai pengkaji membuat definisi terhadap pencabulan emosi secara umum dan spesifik. Saya berpandangan, ia merupakan satu titik mula untuk guru-guru memahami konsep kaunseling dalam bilik darjah.

Jurnal yang telah diambil oleh saya dalam membuat refleksi ini ialah dari Journal Of Counseling And Developmentditerbitkan pada musim sejuk tahun 2008. Jurnal ini berjilid (Vol) ke-86 dan ia diambil dari sumberProquest Education Journalyang dilanggan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk artikel jurnal ini ialahEmotional Abuse In Classroom: Implication And Intervention ForCounselor(Penderaan Emosi Dalam Bilik Darjah: Implikasi Dan Intervensi Untuk Kaunselor). Artikel ini ditulis secara bersama oleh tiga panulis iaituAdriana G. Mceachern, dari Jabatan Kajian Pendidikan Dan Psikologi, Kolej Pendidikan, Universiti Antarabangsa Florida. Penulis kedua pula ialah Oyaziwo Aluede dari Jabatan Asasi Pendidikan Dan Pengurusan, Universiti Ambrose Alli, Ekpoma, Nigeria dan penulis artikel yang ketiga pula ialah Maureen C. Kenny dari Universiti Antarabangsa Florida, Universiti Park.

Satu contoh kes yang boleh menjelaskan perihal maksud diatas yang dikemukan dalam atikel ini ialah Sarah yang merupakan kanak-kanaksindrom downyang berada dalam aliran perdana sepenuhnya. Kes ini di kendalikan oleh seorang kaunselor bernama Jason. Disebabkan Sarah seorang kanak-kanak sindrom, ia dilayan secara kasar oleh gurunya bila dia lambat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Nada suara yang digunakan gurunya juga dikatakan terlalu jelas menunjukkan tidak suka kepadanya dan kasar. Sarah dipaksa gurunya supaya menyiapkan tugasan yang diberikan dan sekiranya tidak siap dia tidak boleh berehat. Ini memberi tekanan kepada Sarah dalam mendepani tingkahlaku guru sebegini. Akhirnya Sarah nekad untuk meluahkan kepada guru kaunselor sekolahnya. Itulah seringkas mungkin yang dapat digambarkan perasaan kanak-kanak bila tertekan.

Menurut Conle (1986), bahawa setiap peringkat darjah,pelajar-pelajar pernah berpengalaman mengalami tekanan atau gangguan emosi dari tingkahlaku guru dalam persekitaran bilik darjah. Kajian orang ramai mendapati 50-60%pada sekurang-kurangnya sebuah sekolah menyatakan berpengalaman mengalami masalah psikologi dan trauma (Hyman & Snook, 1999) dan serangan emosi ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, interaksi lisan dan bukan lisan, grad pemarkahan latihan, dan layanan tidak suka dari guru.

Artikel ini telah membuktikan bahawasanya memang wujud pencabulan emosi terhadap para pelajar oleh guru dalam bilik darjah. Cuma perkara ini tidak dikaji dengan teliti kerana menjaga kredibiliti guru. Walau bagaimanapun, tidak kesemua guru terlibat dalam pencabulan emosi para pelajar tetapi ia sebahagian dari guru yang mungkin secara sengaja atau tidak, dan samada perasan atau tidak melakukannya. Kajian terperinci berkaitan perihal ini telah dilakukan di Negara lain selain Amarika Syarikat.

Antara tingkahlaku guru yang boleh menimbulkan masalah emosi kepada para pelajar ialah, pertama tidak memahami, kedua diskriminasi, bias, dan prejudis. Ketiga mendominasi dan mengawal. Keempat, intimidasi dan tidak yakin pada pelajar. Kelima, emosi yang tidak membina. Keenam, mengungkit yang lalu. Selain dari yang disebutkan tadi, menghina, melebalkan pelajar, verbal put-down, melaung (menengking) kepada pelajar, kaedah yang tidak seseuai untuk mengawal bilik darjah, membiarkan pelajar-pelajar lain untuk mengkeji pelajar lain (guru tidak endah pun) dan menggunakan kerja rumah sebagai satu kaedah untuk menghukum para pelajar.

Kesan dari tindakan guru yang mencabul emosi para pelajar ialah akademik para pelajar kemungkinan merosot. Ini disebabkan emosi para pelajar untuk belajar mulai pudar dan tidak bermotivasi untuk berjaya dalam subjek berkenaan, selain itu juga dapat dikatakan bahawa kesan para pelajar akan berterusan hingga membawa kesan dalam pergaulan dengan masyarakat, tingkahlaku yang dizahirkan dan juga emosi para pelajar semakin celaru. Kesan ini terlalu serius sekiranya tidak ditangani dengan serius oleh kaunselor.

Kesimpulanya ialah pencabulan terhadap kanak-kanak dalam bilik darjah tidak boleh dibiarkan terus. Kelak membawa kesan yang sangat negatif terhadap perkembangan seseorang pelajar. Saya berkeyakinan "mendewakan guru" atau "guru adalah sempurna" menjadikan perbezaan pendapat tidak boleh berl;aku, sebab semua apa yang guru cakap adalah betul. Ini adalah sindom bahaya,. walaupun kajian jurnal ini di sekolah, saya merasakan di peringkat universiti juga turut berlaku. Biarkan mahasiswa membawa pandangan, pensyarah mahupun guru perlu membimbing bukan mengugut bila ada benda yang tidak dirasakan bertepatan dengan kehendak diri.

Kajian lebih spesifik terhadap guru dan para pelajar perlu dilakukan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kedua-dua pihak bahawa guru hari ini bukan dilihat sebagai bebas dalam melakukan apa-apa sahaja dengan sesuka hatinya tanpa melihat kesan yang bakal berlaku terhadap persekitaranya. Selain itu, strategi psikologi dan kaunseling perlu diberikan supaya mampu memberi penjelasan dan positif dalam persekitaran membina ketika Proses Pembelajaran dan Pengajaran.

tressatau tekanan seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stres di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.Punca profesional1. Persekitaran kerjaPersekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagaiisu pendidikandalam negara.2. PerubahanPerubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.Punca peribadi1. Kesihatan Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.2. Perhubungan Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.3. Kewangan Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.4. Taraf hidup Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.5. Aktiviti riadah Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan GuruStress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:1. Kenal pasti reaksi emosionalApabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.2. Komitmen sosialApabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.3. Kehidupan fizikalStress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.4. IntelekGuru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURUPENGENALAN

Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat(Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000)DEFINISISatu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam

Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

TEKANAN DI KALANGAN GURU

Tekananboleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Faktor stress di kalangan guru ialah

Faktor interpersonal-

>Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain>Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.>Konflik dengan pihak atasan Faktor diri-

>Hubungan suami/isteri (dalam keluarga)>Sakit/penyakit>Keinginan tidak tercapai>Dendam dan iri hati>Takut kebebasan>Rasa bersalah>Perpindahan/perubahan mengejut Faktor organisasi-

> Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa> Beban kerja berterusan (kronik)> Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas> Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif> Mengalami kebosanan di tempat kerja> Merasakan idea sendiri yang betul> Selalu salahkan orang lain Faktor kekurangan sumber-

> Peraturan dan polisi> Material> Kewangan> Manusia

Faktor luaran-

> Bunyi bising> Alam pekerjaan> Suhu> Persekitaran

BURNOUT

Burnoutdi definisikan sebagai menyebabkan ketandusan daya emosi (emotional exhaustion), ketandusan daya fizikal (physical exhaustion), penurunan sikap (attitudinal exhaustion) dan perasaan kurang pencapaian dalamkerjaya (low feeling of accomplishment).

Terdapat banyak penulisan yang membincangkan tentang sebab-sebab,simptom-simptom dan rawatan padaburnout. Saodah Wok ( 2003 ) telah mengkaji ciri-ciriburnout,iaitumereka yang mengalami :

a) tekanan yang dialami adalah disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan kerja.b) mereka mirip berpendirian idealistik dan berusaha mencapai kejayaan disebabkan oleh kemahuan sendiric) mereka berkemungkinan menunaikan matlamat-matlamat yang bukan realistik.

Manakala tiga ciri yang disenaraikan oleh Maslach dan Jackson adalah seperti berikut:

a) mereka berasa tidak dapat memberikan diri mereka seperti mana dulu lagi dan bertambahnya perasaan ketandusan emosi dan keletihan.b) mereka mula menunjukkan sikap negatif terhadap orang-orang ditempat kerja.c) mereka mula menilai diri mereka secara negatif dan mereka tidak begitu gembira dengan diri dan pekerjaan. Mereka tidak merasaikejayaan diri sendiri. ( Schwan dan Iwannichi, 1982 ).

Bersikap ganas (panas baran) Gelisah Gangguan selera makan Gangguan tidur Hilang tumpuan, motivasi Kemurungan Kerisauan yang berlebihan Kelesuan Mudah meradang Perasaan bersalah

PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA

1. Jenis PekerjaanSuasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

2.PerananKerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

3.PerhubunganKonflik sesama rakan sekerja dan majikan.

4. KerjayaKurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, tidak dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

5.Perubahan dalam organisasiPerubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerjaan.

7LANGKAH MENGATASI TEKANAN

Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda Akui kekuatan dan kelemahn dalam diri anda. Bersikap positif semasa melakukan pekerjaan anda. Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda. Merasa seronok bekerja Rancang Kerja Anda Kendali masa anda dengan bijak Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh kerja. Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah. Mengagihkan kerja dengan bijak. Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik. Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya. Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian. Ambil tindakan secara wajar.

Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja. Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku Rancang perubahan secara teratur.

Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive). Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas. Hormati pandangan rakan sekerja anda.

Tingkatkan Sokongan Sosial di Tempat Kerja Wujudkan ikatan persahabatan sesama rakan sekerja. Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani sebarang masalah. Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar. Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah. Amalkan Cara Hidup Sihat Luangkan masa untuk beriadah. Dapatkan tidur yang mencukupi Bersenam selalu. Berurut atau mengunjungi spa. Bercuti. Adakan aktiviti/hobi yang menyeronokkan. Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah. Amalkan nilai-nilai murni dah berpegang teguh pada ajaran agama.

Strategi Mengurangkan 'Tekanan' dari Aspek Kerohanian

Kerohanian adalah faktor penting 'stress'. Cara terbaik ialah merapatkan hubungan diri dengan Allah.

- zikir - sembahyang - munajat - meditasi - berguru - berbincang dengan rakan

Proses Meditasi

Tutup mata selama 10 hingga 20 minit Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita mengembara ataupun bergerak Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

Munajat Bernafas perlahan-lahan Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung) Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

Strategi Mengurang 'Tekanan' dari Aspek Fizikal

Strategi mengurangkan tekanan aspek fizikal: Diet Urut Mandi air suam/berendam kolam air panas Menangis Bermain Menjerit