T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
-
Upload
ming-hua-ming-hua -
Category
Documents
-
view
232 -
download
0
Transcript of T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
1/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
1
TAJUK 4PERANCANGAN,PEMILIHAN,PENGHASILAN DAN
PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN: MODEL ASSURE
SINOPSIS
Tajuk ini memberi tumpuan kepada penggunaan model ASSURE dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
HASIL PEMBELAJARAN
Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan
dapat:
i. Menghuraikan model ASSURE
ii. Mengaplikasi model ASSURE dalam merancang, memilih, menghasil dan
menilai media pengajaran
KERANGKA TAJUK
4.1 Pengenalan
4.2 Model ASSURE
4.1 Pengenalan
Sebelum memulakan sesi pengajaran, seseorang guru haruslah bertindak
merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran. Sekiranya guru tidak
membuat perancangan yang lengkap dan sistematik, maka objektif pengajaran tidak
dapat dicapai. Sehubungan itu pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah
sangat penting untuk dikuasai. Model ASSURE merupakan model reka bentuk yang
berorientasikan bilik darjah.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
2/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
2
4.2 Modul ASSURE
Model ASSURE yang berorientasikan bilik darjah, direkabentuk oleh Heinich,
Molenda, dan Russel (1982). Ia bertujuan memberi panduan kepada guru untuk
merancang dan dapat melaksanakan pengajaran dengan lebih efektif. Pengajaran
yang dirancang dengan teliti dapat mewujudkan kebolehpercayaan,keyakinan,
menarik minat dan dapat membina fikiran positif murid terhadap pengajar.
Model ini telah diolah semula pada tahun 2002. Dalam modul ini, perbincangan akan
merujuk kepada model ASSURE yang terbaru.
Rajah 1: Model ASSURE
A - Analyse learner (Analisis murid)
3 ciri penting
- Ciri-ciri umum
- Kompetensi pra syarat
- Gaya pembelajaran
A Analisis pelajar
SNyatakan objektif
SPemilihan media dan bahan
UPenggunaan media dan bahan
RPenglibatan murid dalam pembelajaran
EPenilaian semula bahan
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
3/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
3
S - State objective (Nyatakan objektif)
Konsep ABCD
Klasifikasi objektif
Objektif dan Perbezaan individu
S - Select method, media and
materials
(Pilih kaedah, media dan bahan)
Menentukan kaedah yang sesuai
dengan tugasan pembelajaran
Memilih media yang sesuai untuk
melaksanakan kaedah yang dipilih
Memilih media yang ditentukan
Mengubahsuai media
Mereka bentuk media
U - Utilise media and materials
(Gunakan media dan bahan)
Prebiu bahan
Sediakan bahan
Sediakan persekitaran
Sediakan murid
Sediakan pengalaman pembelajaran
R - Require learner participation
(Dorong penglibatan murid)
Libatkan murid dalam aktiviti
pembelajaran seperti membuat latih
tubi, perbincangan, kuiz, projek dan
sebagainya.
Pengukuhan diberi selepas
mendapat respons daripada murid.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
4/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
4
E - Evaluate and revise
(Nilai dan semak)
- Aspek pencapaian murid
- Pembelajaran yang dihasilkan
- Menilai media dan kaedah
- Kualiti media
- Penggunaan guru
- Penggunaan murid
4.2.1 Analis is Murid
Media yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu
sesuai dengan murid agar penggunaannya menjadi lebih berkesan dan efektif. Tidak
dinafikan untuk mengenal pasti keperluan setiap murid adalah sukar. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang boleh dilaksanakan bagi
menganalisis murid iaitu:
4.2.1.1 Ciri-ciri umum
Mengetahui ciri-ciri umum dapat membantu guru merancang, memilih, menghasil
dan menilai media dengan lebih berkesan. Ciri-ciri umum termasuklah umur,
tahun/tingkatan, kelas, aliran, jantina, latar belakang taraf sosio-ekonomi, budaya,
minat, sikap, kawasan dan sebagainya. Guru boleh mengetahui ciri-ciri umum ini
melalui interaksi dengan murid, pemerhatian atau meneliti rekod murid yang sedia
ada.
Sebagai contoh, jika guru telah mengenal pasti bahawa murid kurang meminati
sesuatu mata pelajaran, tindakan yang boleh diambil ialah guru boleh merangsang
pembelajaran melalui aktiviti kinestik termasuk simulasi, main peranan, lakonan dan
sebagainya. Tayangan video atau persembahan elektronik juga boleh digunakan
sebagai rangsangan untuk aktiviti perbincangan kumpulan.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
5/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
5
4.2.1.2 Kompetensi pra syarat
Kompetensi pra syarat mempunyai kaitan dengan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada murid. Hal ini amat penting kerana ia akan memberi kesan yang besar
kepada proses pembelajaran murid. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan atau
pengalaman sedia ada melalui ujian pra sesuatu topik yang dilakukan sebelum sesi
pengajaran bermula, sesi soal jawab atau berinteraksi dengan murid.
Setelah menganalisa tahap kebolehupayaan atau kekurangan murid, maka guru
dengan mudah dapat mengenal pasti media dan kaedah yang sesuai untuk
digunakan agar murid dapat menerima mesej dengan lebih berkesan dan jelas.
Sebagai contoh, guru mengandaikan murid telah memahami konsep tambah dalam
matematik sedangkan terdapat murid yang masih belum memahami konsep
tersebut, sudah pasti mereka akan gagal untuk menguasai topik itu sekiranya guru
terus mengajar tanpa mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid. J elaslah
bahawa guru harus peka terhadap kompetensi yang ada pada setiap murid.
4.3.1.3 Gaya pembelajaran
Dunn dan Dunn (1992), membina satu instrumen standard mengukur gaya
pembelajaran dan persekitaran pembelajaran yang digemari oleh setiap murid. Gaya
pembelajaran merujuk kepada trait psikologi yang menjelaskan cara dan gaya
individu menanggap, berinteraksi, dan bertindak balas secara emosi dengan
persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu
memproses maklumat, membentuk persepsi dan tingkah laku murid.
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza antarasatu sama lain. Ada murid yang suka belajar secara bersendirian, ada yang suka
berbincang dengan kawan atau secara berkumpulan, ada yang suka belajar di
kawasan yang sunyi dan tenang, ada yang suka belajar di kawasan terang, ada yang
suka belajar dengan adanya iringan muzik, ada yang suka belajar melalui
pemerhatian dan membuat kajian dan sebagainya.
Guru yang merancang pengajaran dan meneliti gaya pembelajaran dengan media
yang bersesuaian menjadikan proses pembelajaran lebih efektif dan berkesan.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
6/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
6
Sebagai contoh, gaya pembelajaran auditori lebih sesuai bagi murid yang senang
kepada arahan lisan atau bacaan kuat.
4.2.2 Nyatakan Objekti f
Setelah dapat menganalisis murid, guru boleh fokus kepada objektif pembelajaran.
Objektif merujuk kepada hasil pembelajaran iaitu apa yang murid dapat selepas
mempelajari sesuatu topik. Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas dan
khusus kerana dengan penyataan objektif dapat membantu guru:
i. memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai
ii. menyediakan persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan
iii. membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran
Pernyataan objektif yang baik dirumuskan secara jelas mencakupi komponen
ABCD" iaitu:
i. Audience (Kumpulan sasaran murid)
ii. Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)
iii. Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan
tercapai)
iv. Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan)
4.2.2.1 Audience (Kumpulan sasaran murid)
Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah murid. P roses pembelajaran akan
berlaku apabila murid terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara
berfikir atau fizikal.
Contoh : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat .....
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
7/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
7
4.2.2.2 Behavior (Perilaku yang dapat dilihat sebagai hasil murid)
Perilaku yang dinyatakan dalam objektif hendaklah yang dapat dilihat dan diukur
pencapaiannya. Senarai di bawah merupakan istilah yang menunjukkan
pemilihan perkataan perilaku yang eksplisit:
mengukur melukis menamakan melakar
melabel memadankan menghurai meramal
menjelaskan membaca menandakan menyusun
mengenal pasti mengelaskan memilih menjana
menilai menganggar mencadangkan membina
Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberioleh guru
4.2.2.3 Conditions (Syarat yang perlu dipenuhi agar perilaku yang diharapkan
tercapai)
Syarat yang perlu dipenuhi ini dapat membantu guru untuk menyediakan media
yang sesuai, langkah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran.
Contoh : menandakan dan menamakan setelah melihat peta yang diberi
oleh guru
4.2.2.4 Degree (Darjah tahap pencapaian minimum perilaku)
Tahap pencapaian minimum perilaku merujuk kepada kualiti atau kuantiti tingkah
laku atau tempoh masa yang ditetapkan. Pengukuran tahap ini membolehkan
guru membuat tindakan susulan terutama kepada murid yang masih belum
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna bagi guru boleh
melaksanakan aktiviti pemulihan bagi murid yang belum menguasai
pembelajaran dan aktiviti pengayaan dan pengukuhan bagi murid yang telah
menguasai pembelajaran.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
8/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
8
Contoh : menandakan dan menamakan dua belas daripada empat belas
negeri dengan tepat dan betul.
Contoh penulisan objektif secara keseluruhan mengikut komponen ABCD:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Melabel nama tempat pelancongan pada peta Malaysia sekurang-kurangnya 12
daripada 14 buah tempat dengan tepat dan betul.
Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 kesan pencemaran udara
setelah membaca petikan akhbaryang diberi.
Klasifikasi objektif yang memiliki nilai praktis, serta kaedah yang bergantung pada
nyatakan objektif yang akan dicapai oleh guru dapat diklasifikasikan mengikut jenis
utama hasil pembelajaran. Ada empat kategori pembelajaran iaitu:
- Domain Kognitif
Domain kognitif, belajar melibatkan berbagai kemampuan intelektual yang
dapat diklasifikasikan baik sebagai verbal / informasi visual atau sebagaiketrampilan intelektual.
- Domain Afekt if
Dalam domain afektif, pembelajaran melibatkan perasaan dan nilai-nilai.
- Domain Psikomotor
Dalam domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sajapergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku.
- Domain Interpersonal
Belajar melibatkan interaksi dengan orang lain.
Objektif haruslah difokus kepada kemahiran atau keupayaan berfikir, sikap dan
perasaan murid, kemahiran fizikal dan interpersonal.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
9/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
9
Perbincangan
Kenal pasti lebih banyak perkataan ekplisit yang boleh digunakan
untuk mengukur perubahan tingkah laku murid selepas proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
4.2.3 Pemilihan teknologi, kaedah, media, dan bahan sumber yang sesuai
Apabila guru telah mengenal pasti tahap kebolehan murid dan jelas dengan apa
yang murid harus perolehi daripada proses pembelajaran, maka guru boleh bersediauntuk membuat pemilihan. Terdapat empat langkah dalam pemilihan teknologi,
kaedah, media dan bahan sumber yang sesuai iaitu:
i. menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan
ii. memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
iii. memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih
iv. memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih
4.2.3.1 Menentukan jenis teknologi yang sesuai digunakan
Pemilihan penggunaan teknologi seharusnya berdasarkan kepada ciri-ciri murid dan
gaya pembelajaran murid. Pada masa yang sama juga, guru perlu memikirkan
kemudahcapaian bahan/resos yang hendak digunakan. Kriteria kefleksibelan
teknologi perlu dipertimbangkan berdasarkan aktiviti yang akan dijalankan.
Penggunan teknologi komputer sesuai diaplikasikan untuk aktiviti projek,
pembentangan, simulasi dan sebagainya.
4.3.2.2 Memilih kaedah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran
Sekiranya ditanya, apakah kaedah yang paling sesuai digunakan dalam satu proses
pengajaran dan pembelajaran guru? J awapannya ialah lebih daripada satu kaedah.
Tiada satu kaedah khas yang digunakan untuk setiap peringkat perkembangan
pengajaran. Guru haruslah berfikir dan merancang kaedah pengajaran yang
dirasakan boleh mencapai objektif dan sesuai dengan tugasan pembelajaran.Kaedah ini termasuklah kaedah simulasi, kaedah bermain, kajian lapangan, lakonan,
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
10/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
10
latih tubi dan sebagainya. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan kepada analisis
dan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Contoh, bagi menarik tumpuan
murid pada awal pengajaran boleh dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti
dengan tunjuk cara, amali, latihan dan latih tubi bagi menyampaikan maklumat
kepada murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran.
4.2.3.3 Memilih bentuk media yang sesuai ke atas kaedah yang dipilih
Bentuk media merujuk kepada bagaimana bentuk maklumat dipaparkan.
Sehubungan itu pemilihan media hendaklah bersesuaian dengan kaedah
pengajaran, objektif dan pengalaman murid, dan bentuk maklum balas yang akandihasilkan. Pemilihan media berfokus kepada kesesuaian kurikulum yang sedia ada,
bahasa yang jelas dan tepat, maklumat yang terkini dan tepat, mencetuskan sifat
ingin tahu murid, aspek teknikal kualiti yang baik dan mempunyai panduan yang
lengkap.
Contoh bentuk media seperti gambar, slaid, peta, lukisan, transperansi, bahan tiga
dimensi seperti papet, wayang kulit, boneka, akuarium, klip video, audio, pakej
persembahan multimedia dan lain-lain lagi.
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang
menjadi fokus pembelajaran. Bahan sumber ini boleh dalam bentuk petikan, teks,
artikel dan sebagainya.
Kriteria pemilihan bahan sumber boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
i. menggunakan bahan sumber yang tersedia ada
ii. mengubah suai bahan sumber yang ada
iii. mereka bentuk bahan sumber yang baru
4.2.3.4 Memilih, mengubahsuai dan mereka bentuk media yang dipilih
Memilih media merujuk kepada pemilihan bahan sumber yang dapat membantu
mencapai objektif yang diperlukan. Pemilihan bahan sumber yang tersedia ada perlu
mengikut beberapa kriteria seperti:
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
11/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
11
i. Menepati kurikulum
ii. Maklumat tepat, boleh dipercayai dan terkini
iii. Bahasa yang jelas dan mudah difahami
iv. Menarik minat dan mencetuskan motivasi murid
v. Menarik penglibatah murid
vi. Mempunyai kualiti
vii. Ada bukti tentang keberkesanan penggunaan
viii. Bebas daripada bias
ix. Mempunyai panduan penggunaan/ manual penggunaan
Kemungkinan bahan sumber yang ada perlu diubahsuai Sekiranya anda
menghadapi masalah kekurangan bahan media ataupun media yang dipilih kurang
sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran, anda boleh mengubahsuai atau
mereka bentuk semula media yang dipilih. Bagi mengubahsuai media terdapat
beberapa perkara yang perlu difikirkan termasuklah objektif, murid, kos, kepakaran
teknikal, peralatan, fasiliti dan masa. Guru juga boleh mereka bentuk sendiri bahan
untuk digunakan oleh murid. Bahan-bahan media bukan sahaja terdiri daripada foto,
perisian komputer , pita video, audio malahan termasuk juga perkakasan seperti
komputer, pencetak, pengimbas, televisyen dan lain-lain.
Perbincangan
Apakah tempat/agensi-agensi yang boleh membantu anda mengenal
pasti, memilih dan mengubah suai bahan sumber untuk digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran?
4.2.4 Gunakan teknologi, media dan bahan pengajaran dan pembelajaran
Proses menggunakan media dan bahan dalam pengajaran merupakan peringkat
yang paling penting kerana jika media dan bahan begitu menarik tetapi tidak
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, maka proses pengajaran dan
pembelajaran gagal. Oleh itu terdapat lima langkah yang perlu dititikberatkan untuk
memastikan penggunaan media mencapai tahap optimum iaitu:
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
12/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
12
i. Prebiu bahan terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam kelas
ii. Menyediakan peralatan dan pastikan ia berfungsi serta mengetahui
bagaimana menggunakannya.
iii. Menyediakan persekitan dan tempat yang bersesuaian
iv. Menyediakan murid
v. Menyediakan pengalaman pembelajaran
Sebelum proses pengajaran bermula, pastikan bahan pengajaran sesuai dan
berfungsi dengan baik.
4.2.5 Dorong penglibatan murid
Pembelajaran menjadi seronok jika terdapat kumpulan murid yang aktif. Oleh itu
untuk mempastikan proses ini berlaku, guru hendaklah melibatkan murid dengan
pelbagai aktiviti termasuklah latih tubi, perbincangan, kerja berkumpulan dan
sebagainya. Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Kegiatan pengukuhan hendaklah diberikan
kepada murid serta merta selepas murid memberi tindak balas yang betul.
4.2.6 Nilai dan semak semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Peringkat akhir dalam model ASSURE ialah nilai dan semak semula perancangan.
Penilaian yang ditekankan ialah penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran.
Penilaian melibatkan aspek :
i. menilai pencapaian murid berdasarkan prestasi murid (set objektif yang
ditentukan), prestasi dalam aspek kemahiran dan sikap murid.
ii. pembelajaran yang dihasilkan
iii. menilai media dan kaedah
iv. kualiti media
v. penggunaan guru dan
vi. penggunaan murid.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
13/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
13
Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebelum,
semasa dan selepas (melalui amalan refleksi). Ini bertujuan untuk memastikan
pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid.
Penilaian semasa proses pengajaran boleh dilakukan melalui pemerhatian perlakuan
pembelajaran murid. Guru boleh mengubah teknik atau mengambil altenatif lain
sekiranya menghadapi masalah.
Penilaian pengajaran akan menghasilkan idea untuk membuat penambahbaikan.
Guru akan dapat membuat perancangan yang lebih efektif hasil daripada refleksi dan
maklum balas murid. Selain itu guru dapat membetulkan langkah pengajaran,
pemilihan objektif, pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan
seterusnya.
RUMUSAN
Model ASSURE sangat membantu dalam merancang program dengan
menggunakan berbagai jenis media. Model ini menggunakan beberapa langkah, iaitu
analisis murid, nyatakan objektif, memilih media dan bahan, gunakan media dan
bahan, dorong murid dan nilai dan semak. Kesemua langkah itu berfokus untuk
menekankan pengajaran kepada murid dengan pelbagai gaya belajar iaitu muriddiwajibkan untuk berinteraksi dalam kalangan mereka dan tidak secara pasif
menerima maklumat agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan.
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
14/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
14
Latihan
J elaskan bagaimana model ASSURE digunakan untuk merancang
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Soalan aneka pilihan:
1. Semasa merancang untuk menghasilkan sistem pengajaran, aspek analisa
murid merupakan perkara penting, iaitu
I. Kecerdasan
II. Gaya pembelajaran
III. J antina
IV. Status sosial-ekonomi
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I , II dan IV
D. I,II,III dan IV
2. Apakah ciri-ciri (komponen) utama yang perlu diambil kira untuk menulis
sesuatu objektif?
A. Kriteria (criterion ; standard)
B. Syarat-syarat tertentu (conditions)
C. Aspek pencapaian (performance ; tingkah laku)
D. Semua di atas.
3. Langkah berikut: Sediakan bahan-bahan; sediakan persekitaran; persediaan
murid dan menyediakan pengalaman pembelajaran, adalah merupakan
proses dalam model ASSURE, iaitu pada peringkat
A. Analisis
B. Pilih
C. Mengguna bahan
D. Dorongan
-
8/22/2019 T4-Perancangan Pengajaran ASSURE Final
15/15
EDU3105 T4 MODEL ASSURE
15
BIBLIOGRAFI
Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching secondary students through their individual
learning styles: Practical approaches for grades 7-12. Boston: Allyn and
Bacon.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J .D., & Smaldino, S.E. (1999). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 5 . New J ersey: Prentice-Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J .D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media
and technologies for learning. Edisi ke 7. New J ersey: Prentice-Hall.
Mohd J izat Abdol, Abdul Razak Idris dan J essnor Elmy(2006).Teknologi
pengajaran dan pembelajaran. J ohor : UTM.
Norasiah Abdullah, Nor Risah J amilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).
Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia.
Noriati A.Rashid, et. al. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Shah Alam: Oxford Fajar.
Wan Zah Wan Ali, Dr. et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran.
Kuala Lumpur: OUM.
Instructional Design. Akses pada September 202012 daripada
[http://www.instructionaldesign.org/models/assure.html]