Surat Kebenaran Lawatan Thn 3 2014 Koku
-
Upload
arfahrazali -
Category
Documents
-
view
232 -
download
9
description
Transcript of Surat Kebenaran Lawatan Thn 3 2014 Koku
SK TAMAN MIDAH JALAN. CHERAS, 56000 KUALA LUMPUR Ruj. Tuan : No. Tel : 03-91305519Ruj. Kami : Tarikh : 1 Julai 2015
Ibu /Bapa / Penjaga Murid-murid Kelab Komputer, Kelab Pembaca dan Kelab Kitar SemulaSK Taman Midah (1)
Tuan / Puan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KOMPUTER, KELAB PEMBACA DAN KELAB KITAR SEMULA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar untuk murid-murid Kelab Komputer, Kelab Pembaca dan Kelab Kitar Semula.
3. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk menerokai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta mencintai alam sekitar. Butiran lawatan adalah seperti berikut :
Tarikh : 08 Ogos 2015 (Sabtu) Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang Bayaran : RM 65.00 (termasuk pengangkutan bas, makan & tiket) Tempat : 3D Street Art di Puchong Permai, Farm In The City di
Sri Kembangan dan Gempak Starz Gallery di Tasik Selatan
4. Borang jawapan hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 24 Julai 2015 (Jumaat) dengan bayaran sebanyak RM 65.00. Tempat adalah terhad kepada 80 orang sahaja.
5. Segala kerjasama daripada pihak tuan / puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian.
Yang benar,
……………………...(KAMILAH BT. IDRIS)
BORANG JAWAPAN
SK Taman Midah (1)Jln. Cheras, Kuala Lumpur.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB KOMPUTER, KELAB PEMBACA DAN KELAB KITAR SEMULA
Saya ___________________________________________ ibu / bapa / penjaga
kepada _______________________________________ dari kelas ___________
* membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya menyertai Lawatan
Sambil Belajar Kelab Komputer, Kelab Pembaca Dan Kelab Kitar Semula ini.
2. Bersama ini saya sertakan bayaran untuk lawatan iaitu sebanyak RM 65.00.
3. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan tetapi pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………
Nama : _______________________________
Alamat Penuh : ______________________________________
______________________________________
______________________________________
No. Tel . : ________________________________
*potong yang tidak berkenaan.