Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer of Conduct... · menurut spesifikasi dan keperluan kontrak...

25
Dibetulkan pada 25 Oktober 2006 untuk menggambarkan perubahan terhadap undang- undang dan peraturan dan amalan terbaik bagi tata kelakuan korporat dengan lebih tepat, dan untuk mengemas kini maklumat hubungan dan prosedur untuk membuat laporan mengenai suatu keprihatinan pematuhan. Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer NILAI-NILAI ETIKA DAN PERNIAGAAN PERKINELMER Tujuan Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer (“Standard”) mengenal pasti nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang memandu hubungan perniagaan kita. Kita menjalankan perniagaan dan bekerja bersama-sama dengan sikap beretika yang kuat. PerkinElmer komited kepada kejujuran, integriti dan keadilan dalam segala yang kita lakukan; oleh itu, kegiatan- kegiatan kita mendatangkan nama baik kepada pemegang saham kita, pasaran yang kita khidmati, masyarakat, dan kita sendiri. Prinsip-prinsip ini bukanlah baru di PerkinElmer. Ia merupakan penyataan semula dasar kita yang lama dipatuhi iaitu semua perniagaan yang dijalankan oleh para pekerja dan wakil PerkinElmer akan dijalankan secara beretika dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. Membuat keputusan beretika memerlukan pemahaman tentang nilai dan prinsip peribadi dan nilai dan prinsip PerkinElmer ditambah pula dengan pertimbangan peribadi yang baik. Anda memainkan peranan yang paling penting dalam proses membuat keputusan beretika dan, oleh itu, dalam pelaksanaan standard-standard etika PerkinElmer. Keberkaitan Standard berkaitan dengan semua pengarah, pegawai dan pekerja PerkinElmer, dan anak syarikatnya, kecuali di mana pematuhan dengan Standard ini akan melanggar sebarang undang-undang. Peranan Pengurus dan Setiap Pekerja Para pengurus PerkinElmer bertanggungjawab membincangkan Standard ini dengan semua pekerja di dalam organisasi mereka dan memastikan bahawa syarat-syaratnya difahami dan dipatuhi. Setiap pengurus bertanggungjawab mengamalkan penyeliaan yang tekun bagi memastikan kelakuan perniagaan yang beretika dan mematuhi undang-undang daripada pekerja-pekerja yang di bawah tanggungjawab pengendalian pengurus tersebut. Setiap pekerja juga mempunyai tanggungjawab sendiri untuk mematuhi syarat-syarat Standard ini dan untuk mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan atau penjelasan bagi mengelakkan keputusan perniagaan yang tidak beretika atau menyalahi undang- undang.

Transcript of Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer of Conduct... · menurut spesifikasi dan keperluan kontrak...

Dibetulkan pada 25 Oktober 2006 untuk menggambarkan perubahan terhadap undang-undang dan peraturan dan amalan terbaik bagi tata kelakuan korporat dengan lebih tepat, dan untuk mengemas kini maklumat hubungan dan prosedur untuk membuat laporan mengenai suatu keprihatinan pematuhan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer

NILAI-NILAI ETIKA DAN PERNIAGAAN PERKINELMER Tujuan Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer (“Standard”) mengenal pasti nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang memandu hubungan perniagaan kita. Kita menjalankan perniagaan dan bekerja bersama-sama dengan sikap beretika yang kuat. PerkinElmer komited kepada kejujuran, integriti dan keadilan dalam segala yang kita lakukan; oleh itu, kegiatan-kegiatan kita mendatangkan nama baik kepada pemegang saham kita, pasaran yang kita khidmati, masyarakat, dan kita sendiri. Prinsip-prinsip ini bukanlah baru di PerkinElmer. Ia merupakan penyataan semula dasar kita yang lama dipatuhi iaitu semua perniagaan yang dijalankan oleh para pekerja dan wakil PerkinElmer akan dijalankan secara beretika dan mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. Membuat keputusan beretika memerlukan pemahaman tentang nilai dan prinsip peribadi dan nilai dan prinsip PerkinElmer ditambah pula dengan pertimbangan peribadi yang baik. Anda memainkan peranan yang paling penting dalam proses membuat keputusan beretika dan, oleh itu, dalam pelaksanaan standard-standard etika PerkinElmer. Keberkaitan Standard berkaitan dengan semua pengarah, pegawai dan pekerja PerkinElmer, dan anak syarikatnya, kecuali di mana pematuhan dengan Standard ini akan melanggar sebarang undang-undang. Peranan Pengurus dan Setiap Pekerja Para pengurus PerkinElmer bertanggungjawab membincangkan Standard ini dengan semua pekerja di dalam organisasi mereka dan memastikan bahawa syarat-syaratnya difahami dan dipatuhi. Setiap pengurus bertanggungjawab mengamalkan penyeliaan yang tekun bagi memastikan kelakuan perniagaan yang beretika dan mematuhi undang-undang daripada pekerja-pekerja yang di bawah tanggungjawab pengendalian pengurus tersebut. Setiap pekerja juga mempunyai tanggungjawab sendiri untuk mematuhi syarat-syarat Standard ini dan untuk mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan atau penjelasan bagi mengelakkan keputusan perniagaan yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 2

Apabila berasa ragu-ragu tentang sesuatu isu etika, menanyakan diri anda soalan-soalan berikut dapat membantu:

∗ Jika tindakan ini diketahui, adakah ia akan merosakkan nama baik PerkinElmer atau sesiapa pun, termasuk diri saya?

∗ Adakah saya akan berasa malu jika orang lain mengetahui saya telah mengambil tindakan ini?

∗ Jika situasi ini diterbalikkan, bagaimanakah perasaan saya sebagai penerima tindakan ini?

∗ Adakah tindakan lain yang tidak menimbulkan percanggahan etika?

∗ Haruskah saya berbincang dengan seseorang yang berkuasa di PerkinElmer sebelum saya mengambil tindakan ini?

Pengurus anda boleh menjadi sumber nasihat anda yang pertama mengenai hal-hal etika. Secara alternatif, anda juga boleh melaporkan sebarang keprihatinan beretika atau pematuhan melalui telefon atau mel elektronik kepada Talian Hotline Etika PerkinElmer atau secara langsung kepada mana-mana pegawai syarikat yang disenaraikan di penghujung dokumen ini. Untuk maklumat lanjut, lihat “Prosedur Membuat Laporan” di penghujung bahagian Standard ini. HUBUNGAN PERKINELMER Anda dan PerkinElmer Sebagai pekerja PerkinElmer, anda akan dilihat sebagai cerminan Syarikat ini. Ini adalah halnya di luar waktu kerja dan juga di dalam waktu kerja. Anda dikehendaki bersikap setia dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Syarikat mengenai kejujuran, integriti dan keadilan dan kewajipan pekerjaan anda, dan berkelakuan dengan cara yang beretika yang membanggakan anda dan Syarikat. Hubungan dengan dan antara Pekerja PerkinElmer komited dengan teguh kepada peluang yang sama tanpa mengira usia, jantina, bangsa, agama, warna kulit, orientasi seks, asal negara, kecacatan atau taraf lain yang dilindungi. Kita menghormati perbezaan dalam latar belakang, pengalaman dan perspektif yang dibawa bersama oleh individu-individu ke PerkinElmer. Kita berminat mengambil sebagai pekerja kita, orang-orang berintegriti yang kita percaya akan menjadi pekerja-pekerja yang unggul.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 3

Kita menghendaki semua pekerja menerima dan menghormati satu sama lain sebagai setaraf, dengan sikap bekerjasama, berbudi bahasa, dan bertimbang rasa. Tiada individu atau kumpulan yang harus dianggap “kelas kedua”. PerkinElmer tidak akan mentoleransi kelakuan sebarang pekerja yang mengganggu, menggendalakan, atau campur tangan dalam pelaksanaan kerja orang lain atau yang menimbulkan persekitaran kerja yang menakutkan, menyakiti, menganiayai, atau bermusuhan. PerkinElmer berdedikasi untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan mematuhi undang-undang yang mengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Anda harus sentiasa mematuhi peraturan-peraturan keselamatan, persekitaran, dan kesihatan yang sudah mantap, dan anda harus berasa langkah berjaga-jaga yang wajar untuk menjamin kesihatan dan keselamatan dalam semua pekerjaan dibuat oleh anda dan oleh Syarikat. Laporkan kepada pihak pengurusan dengan segera sebarang insiden atau kecederaan yang dialami semasa bekerja, atau sebarang keprihatinan persekitaran, kesihatan atau keselamatan yang mungkin ada. Tindakan yang sesuai dan tepat pada masanya akan diambil untuk membetulkan keadaan yang tidak selamat. Bagi menjamin keselamatan, mutu, dan timbang rasa terhadap pekerja-pekerja lain, semua tempat kerja Syarikat adalah bebas daripada alkohol dan dadah haram. Tiada kerja akan dilakukan atau sebarang mesin dikendalikan oleh sesiapa pun yang dalam keadaan mabuk. Begitu juga, kelakuan ganas atau ancaman keganasan tidak akan ditoleransi. Tugas utama pengurus anda ialah untuk membolehkan anda melakukan kerja anda dengan unggul dan cekap, melaksanakan kerja anda dengan cara yang menghasilkan produk dan perkhidmatan yang unggul yang memuaskan hati pelanggan. Jika anda mendapati keadaan yang di luar kuasa anda tidak membenarkan anda melaksanakan kerja anda dengan cara ini, bincanglah dengan pengurus anda secepat mungkin agar beliau boleh mengambil tindakan pembetulan. Hubungan dengan Pelanggan PerkinElmer bangga dengan hubungan yang teguh dan bereputasi baik yang telah kita bina dengan pelanggan-pelanggan kita sambil kita bekerja bersama mereka untuk memenuhi keperluan mereka yang berubah-ubah. Hubungan-hubungan ini adalah kunci kejayaan kita dan membina hubungan yang berjaya seperti itu memakan masa. Matlamat kita ialah untuk membekalkan produk, perkhidmatan, dan sokongan susulan yang unggul pada harga yang berpatutan. Kita akan maju hanya jika kita menjangka keperluan pelanggan-pelanggan kita yang berubah-ubah dan bersedia untuk memberikan respons dan memenuhi keperluan-keperluan tersebut. Kita akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang mengawal perolehan barangan dan perkhidmatan oleh pelanggan kita. Kita akan bersaing dengan adil dan beretika untuk semua peluang perniagaan. Jika kita terlibat dalam usul, persiapan bida, atau perundingan kontrak, semua kenyataan, komunikasi dan perwakilan kepada pelanggan prospektif mestilah lengkap, tepat dan benar. Apabila berjaya, semua kontrak mestilah dilaksanakan menurut spesifikasi dan keperluan kontrak yang berkaitan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 4

Mutu dan integriti produk dan perkhidmatan kita juga menjadi keprihatinan utama kita. Pelanggan-pelanggan kita membeli daripada PerkinElmer kerana kita menyediakan produk dan perkhidmatan bermutu unggul. Unggul bermakna produk dan perkhidmatan kita berprestasi lebih baik daripada yang lain yang terdapat di pasaran dan kita melayani pelanggan kita dengan adil, dengan kejujuran dan rasa hormat. Mutu dijadikan ciri produk kita, bermula daripada konsep dan reka bentukanya, menerusi kejuruteraan, pengeluaran, dan pengujian pembuatan. Mutu adalah tanggungjawab setiap orang daripada kita yang mengendalikan produk atau memberi perkhidmatan sepanjang kitaran hayat produk atau perkhidmatan itu. Anda harus membawa kepada pengetahuan pihak pengurusan sebarang kesilapan kecil dalam kawalan mutu atau prosedur pengujian dan pemeriksaan. Hubungan dengan Penjual Para penjual yang menyediakan komponen dan perkhidmatan bermutu adalah satu bahagian penting daripada keupayaan PerkinElmer mencipta produk dan perkhidmatan yang unggul bagi para pelanggan kita. Kita menjangkakan para penjual kita merupakan orang-orang yang mempunyai integriti yang menghasilkan komponen-komponen yang bermutu amat baik, dengan penghantaran yang tepat pada masanya, dan pada harga yang kompetitif. PerkinElmer akan sentiasa menggunakan amalan perniagaan yang beretika tertinggi dalam pemilihan sumber, perundingan, dan pentadbiran semua kegiatan belian. Kami akan menghormati dan melindungi maklumat empunya dan rahsia perdagangan penjual kita. Hubungan dengan Pesaing Hubungan dengan para pesaing selalu merupakan satu perkara yang sensitif. Isu undang-undang antitrus sentiasa ada dan dibincang dengan lebih terperinci dalam Standard ini. Secara semula jadi kita berminat dalam sebarang maklumat mengenai pesaing kita, yang boleh didapatkan melalui sumber-sumber awam atau sumber-sumber lain yang menghormati privasi peribadi dan kepentingan empunya para pesaing itu. Kita akan mematuhi standard yang diterima mengenai kelakuan adil dan kesahan dari segi undang-undang apabila mendapatkan maklumat ini. Kita akan bersaing berdasarkan harga dan kelakonan produk atau perkhidmatan kita, perkhidmatan, sokongan, dan waranti kita, dan ketepatan masa dan kecepatan respon kita. Hubungan dengan Masyarakat Kita berharap untuk menyediakan masyarakat di mana kita menetap dan bekerja dengan orang-orang berkeupayaan yang akan membantu dalam tugas kepimpinan di kalangan masyarakat. Setakat mana tugas-tugas luar ini sesuai dengan minat anda dan tidak mengganggu pelaksanaan kerja anda, kami menggalakkan anda menjalankannya. Bagi sebarang tugas luar yang melibatkan satu jumlah penting masa dalam waktu kerja biasa, kebenaran terlebih dahulu mesti didapatkan daripada pengurus anda. Pastikan

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 5

bahawa anda faham tuntutan sebarang tugas luar, dan bahawa anda dan pengurus anda berasa keupayaan anda untuk melaksanakan tugas-tugas PerkinElmer anda dengan cara yang amat baik tidak akan berkurangan jika anda meneruskan tugas itu di dalam atau di luar waktu kerja biasa. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Umum Kita menjalankan perniagaan kita mengikuti semua undang-undang dan peraturan yang dikenakan. Setiap orang daripada kita bertanggungjawab secara peribadi dalam memenuhi kewajipan ini. Para pengurus mesti memastikan bahawa para pekerja tahu apa yang dikehendaki oleh undang-undang dan memahami kepentingan memastikan kelakuan mereka mematuhi undang-undang ini. Pematuhan dengan undang-undang tidak merupakan keseluruhan tanggungjawab etika kita; ia adalah minimum, syarat yang sama sekali perlu bagi kelakonan kewajipan-kewajipan kita. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai undang-undang atau peraturan tertentu, anda harus menghubungi Jabatan Undang-Undang PerkinElmer. Antipakatan Kita mematuhi sepenuhnya undang-undang antipakatan yang merangkumi operasi serata dunia. Prinsip dasar di sebalik undang-undang ini adalah jelas. Seseorang yang membeli barangan di pasaran harus boleh memilih daripada aneka produk pada harga bersaingan yang tidak dibatasi oleh sekatan-sekatan buatan di kalangan pesaing, seperti penetapan harga, peruntukan pelanggan,perjanjian untuk mengawal output, monopoli dan kartel tidak sah, boikot, dan penyelarasan. Kami percaya pada prinsip perusahaan bebas dan bersaingan ini dan komited dengan teguh kepadanya. Undang-undang antipakatan dan persaingan adalah sangat teknikal dan berbeza-beza antara satu negara dengan negara yang lain. Ringkasan pendek undang-undang yang di bawah bertujuan untuk membantu kakitangan mengenali situasi yang mempunyai aspek antipakatan agar mereka boleh mendapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-Undang PerkinElmer. Perbincangan sebarang daripada perkara berikut dengan para pesaing, sama ada berhubung dengan PerkinElmer atau produk pesaing, adalah dilarang: harga lampau, sekarang, atau masa depan, dasar-dasar penentuan harga, kadar sewa, bida, diskaun, promosi, keuntungan, kos, syarat-syarat jualan, royalti, waranti, pilihan pelanggan, pasaran wilayah, keupayaan atau rancangan pengeluaran, dan inventori. Harga yang bersaingan harus didapatkan hanya daripada sumber-sumber sah selain daripada para pesaing, seperti senarai yang telah diterbitkan dan para pelanggan kita. Jika, di mana-mana mesyuarat persatuan perdagangan, anda menyedari tentang sebarang perbincangan formal atau tidak formal di kalangan pesaing mengenai, sebagai contoh:

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 6

• harga • diskaun • peruntukan pelanggan • perjanjian untuk mengawal output • tidak menyertakan ahli • syarat-syarat jualan • keengganan menerima menjadi ahli atau melayani pelanggan • penstandardan antara ahli berkenaan syarat, waranti, atau spesifikasi

produk anda harus meninggalkan mesyuarat tersebut dengan segera, dan membawa perkara itu kepada pengetahuan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer. Sekatan-sekatan ke atas perbincangan spesifikasi produk tidak akan berkaitan dengan organisasi penetap standard yang diiktiraf yang menetapkan standard kecuali bagi tujuan tidak menyertakan peserta-peserta pasaran.

Berunding dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer dan pihak pengurusan jualan kanan yang sesuai sebelum mewujudkan atau memutuskan sesuatu hubungan dengan, atau enggan menjual kepada, wakil penjual, pengedar, pelanggan, atau pelanggan prospektif. Walaupun PerkinElmer bebas untuk memilih pelanggan-pelanggannya sendiri, penamatan dan keengganan untuk menjual boleh menyebabkan pelanggaran antipakatan sebenar atau yang didakwa.

Pengedar dan wakil penjual boleh menjual semula produk-produk PerkinElmer pada harga-harga yang mereka tetapkan secara berasingan, dan boleh mengendalikan dagangan bersaingan. Anda tidak boleh mencapai kata sepakat atau persetujuan dengan pengedar atau wakil penjual yang akan menentukan harga yang harus dikenakan oleh pengedar atau wakil penjual ke atas pelanggannya. Had-had ke atas wilayah pasaran pengedar atau kelas pelanggan harus dikaji semula dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer sebelum pelaksanaan. Membuat pembelian kita dari pembekal bergantung kepada persetujuan pembekal tersebut untuk membeli daripada kita, adalah sesuatu yang melanggar dasar PerkinElmer. Penggabungan, pengambilalihan dan usaha sama mungkin terbatas atau dilarang oleh undang-undang antipakatan dalam sesetengah keadaan. Oleh kerana faktor-faktor ekonomi dan undang-undang yang kompleks boleh menjejas penilaian aktiviti-aktiviti tersebut, setiap urus niaga sedemikian mesti dikaji semula dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer terlebih dahulu.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 7

Akta Amalan-Amalan Rasuah Asing Akta Amalan-Amalan Rasuah Asing melarang PerkinElmer daripada menawarkan atau membayar apa-apa wang mahu pun sesuatu yang berharga, secara langsung atau pun tidak langsung, kepada mana-mana pegawai kerajaan asing, pihak politik asing atau pegawainya, atau calon bagi jabatan awam bagi tujuan untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau mempengaruhi tindakan kerajaan yang menyebelahi PerkinElmer secara tidak wajar. Bayaran sedemikian yang dilarang termasuk yuran perundingan, broker, penjumpa atau yuran-yuran lain yang dibayar kepada pihak ketiga di mana ada sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana bahagian daripada yuran sedemikian akan diedarkan kepada, atau bagi pihak, pegawai kerajaan asing atau pihak politik bagi objektif tidak wajar yang sedemikian. Larangan tersebut tidak menghalang perbelanjaan bona fide dan yang wajar untuk menyediakan sajian dan perjalanan bagi pegawai kerajaan asing, selagi perbelanjaan tersebut dibuat bagi tujuan memperkenalkan para kakitangan kerajaan yang relevan kepada produk-produk, perkhidmatan atau maklumat PerkinElmer dan adalah sah di negara tersebut. Di samping itu, memberikan bayaran atau tip yang bernilai nominal kepada kakitangan kerajaan asing di peringkat rendah di mana ia suatu adat atau amalan yang biasa diterima di negara tersebut untuk mempercepatkan pelaksanaan tugasan kementerian yang rutin. Dilarang sama sekali untuk menawarkan kepada mereka apa-apa dengan tujuan, memperoleh layanan atau manfaat istimewa, yang PerkinElmer tidak layak terima. Anda mesti menyimpan rekod bagi apa-apa perbelanjaan yang sedemikian dan berbincang dengan Jabatan Undang-undang PerkinElmer sebelum membuat apa-apa bayaran yang sedemikian. Undang-Undang Import/Eksport Sebagai sebuah syarikat antarabangsa, PerkinElmer harus prihatin tentang undang-undang dan peraturan yang menjejas kegiatan import dan eksport. Undang-Undang Amerika Syarikat melarang syarikat-syarikat Amerika (dan anak-anak syarikat asing terkawal mereka) daripada mematuhi pemulauan ekonomi antarabangsa terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan daripada memberi maklumat mengenai hubungan perniagaan dengan negara-negara yang dipulaukan. PerkinElmer harus melaporkan sebarang permintaan langsung atau tidak langsung untuk menyertai pemulauan yang tidak dibenarkan atau untuk mendapatkan maklumat larangan yang berkaitan dengan pemulauan, kepada Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Jika syarat-syarat bagi sebarang urus niaga merujuk kepada pemulauan yang demikian, anda harus mendapatkan nasihat yang sewajarnya daripada Jabatan Undang-Undang PerkinElmer.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 8

Produk-produk dan maklumat teknikal PerkinElmer tertakluk pada peraturan dan undang-undang kawalan eksport. Undang-undang A.S. melarang sesetengah pemindahan sama sekali, dan sekatan-sekatan ini kadang kala berkaitan dengan penjualan produk PerkinElmer. Produk-produk PerkinElmer tidak harus dieksport secara langsung atau tidak langsung ke negara-negara di mana penjualannya dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat atau untuk sebarang penggunaan yang dilarang di negara destinasi. Di samping itu, pemindahan antarabangsa produk dan maklumat teknikal PerkinElmer yang tertentu mungkin memerlukan kelulusan lesen di bawah undang-undang dan peraturan Amerika Syarikat dan daripada kerajaan negara-negara lain. Pemindahan sedemikian tertakluk pada terma dan syarat ketat di bawah undang-undang. Akses oleh warga negara asing – sama ada di luar negara atau sedang berkhidmat di kemudahan kita – pada maklumat tertentu yang mungkin dianggap sebagai suatu “eksport” dan juga dilarang. Jika seorang warna negara asing diberikan akses, pengurusnya hendaklah terlebih dahulu memastikan sama ada dia layak menerima akses tersebut. Undang-undang import/eksport kerap berubah dan boleh menjadi agak rumit. Jika anda terlibat dalam jualan antarabangsa produk PerkinElmer, pastikan semua jualan dibenarkan dengan betul dan semua urus niaga didokumenkan sepenuhnya dan dengan tepat. Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai sekatan terhadap jualan antarabangsa, keperluan lesen, apa yang mungkin dianggap sebagai suatu “eksport” atau apa-apa isu yang berkenaan dengan import/eksport, hubungi Jabatan Undang-undang PerkinElmer. Perdagangan Sekuriti dan Orang Dalam Sepanjang tempoh anda bekerja dengan PerkinElmer, anda mungkin mendapat tahu tentang maklumat mengenai PerkinElmer atau syarikat lain (sebagai contoh pembekal, penjual atau subkontraktor) yang tidak diketahui umum. Penggunaan sebarang maklumat bukan awam atau maklumat “dalam” sedemikian yang penting mengenai PerkinElmer atau syarikat lain untuk faedah kewangan anda atau faedah lain adalah satu pelanggaran undang-undang dan dasar PerkinElmer. Undang-undang Amerika Syarikat mengharamkan sesiapa pun yang mempunyai maklumat bukan awam yang “penting” mengenai sesebuah syarikat untuk mendagangkan saham atau sekuriti syarikat tersebut atau mendedahkan maklumat demikian kepada orang lain yang mungkin berdagang. Maklumat dalam yang penting ialah maklumat yang tidak terdapat bagi masyarakat umum dan yang secara munasabah boleh dijangkakan dapat menjejas nilai pasaran sekuriti sesebuah syarikat atau mempengaruhi keputusan pelabur. Maklumat yang sedemikian boleh termasuk maklumat bukan awam mengenai prestasi kewangan termasuk pendapatan dan tindakan dividen; pengambilalihan atau gabungan perniagaan lain; pemberhentian pelaburan; pengumuman besar produk baru; litigasi penting; dan kegiatan-kegiatan penting yang lain. Kedua-dua maklumat positif atau negatif boleh jadi penting.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 9

Selain mematuhi undang-undang mengenai perdagangan dalam, anda harus juga mematuhi Dasar Perdagangan Sekuriti PerkinElmer, yang lebih terbatas. Sebagai contoh, anda dilarang terlibat dalam kegiatan jualan “pendek” saham PerkinElmer (menjual saham PerkinElmer yang bukan milik anda), kecuali sebagai sebahagian daripada pelaksanaan “tanpa wang tunai” bagi opsyen saham, dan anda dilarang berdagang dalam opsyen, waran, jual, beli atau sebarang bentuk sekuriti terbitan atau alat yang dikaitkan pada saham PerkinElmer. Jika anda seorang pengarah, pegawai atau pekerja “dalam” lantikan khas PerkinElmer, anda juga tertakluk pada syarat-syarat tambahan seperti yang ditetapkan dalam Dasar Perdagangan Sekuriti PerkinElmer. Sebagai contoh, Dasar ini mengehadkan kemampuan anda pada tempoh-tempoh tertentu untuk membeli saham PerkinElmer, menjual saham yang diperoleh semasa menjalankan usaha saham opsyen, atau terbabit dalam pelaksanaan saham opsyen “tanpa wang tunai”. Di samping itu, dasar ini memerlukan anda memperoleh kelulusan daripada Penasihat Besar PerkinElmer terlebih dahulu sebelum berdagang dalam saham PerkinElmer. Persekitaran Keselamatan dan Kesihatan PerkinElmer mempunyai komitmen untuk melindungi persekitaran dan kesihatan serta keselamatan pekerja-pekerjanya, keluarga mereka, masyarakat mereka dan orang ramai. PerkinElmer mewujudkan dan mengekalkan amalan-amalan pengurusan persekitaran, keselamatan dan kesihatan yang kukuh untuk mencapai matlamat ini dan memastikan pematuhan undang-undang, peraturan, dan perintah pihak penguasa kerajaan yang bertanggungjawab di mana sahaja PerkinElmer dan anak-anak syarikatnya beroperasi. Setiap pengurus bertanggungjawab membantu mencapai matlamat-matlamat ini dan memastikan organisasi PerkinElmer beroperasi menurut undang-undang dan dasar PerkinElmer. Kumpulan Keselamatan Persekitaran dan Kesihatan di Jabatan Undang-Undang PerkinElmer menyediakan khidmat menyediakan perundingan, pendidikan, pengawasan dan audit di seluruh dunia. Setiap pekerja PerkinElmer bertanggungjawab bertindak atas kesedaran tentang keperluan persekitaran, keselamatan dan kesihatan dan pertimbangan yang bijak. Jika anda mengetahui tentang situasi yang berbahaya atau berpotensi untuk membahayakan atau yang melanggar undang-undang, walau sekecil mana pun, laporkan perkara itu kepada pengurus anda atau kepada kumpulan Keselamatan Persekitaran dan Kesihatan di Jabatan Undang-Undang PerkinElmer.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 10

Kegiatan Politik PerkinElmer menggalakkan semua pekerja mengundi dan aktif dalam proses politik. Bagaimanapun, pelbagai undang-undang mengawal penggunaan dana syarikat berhubung dengan pilihan raya. Sumbangan politik atau sumbangan yang dibuat atas nama PerkinElmer di larang sama sekali. “Sumbangan politik” termasuk bayaran langsung dan tidak langsung untuk menyokong calon politik bagi pejabar pemilihan, pegawai atau parti politik yang dilantik. Selain bayaran tunai, sumbangan politik juga merangkumi kerja yang dijalankan oleh pekerja PerkinElmer semasa waktu bekerja, penggunaan kemudahan atau kelengkapan PerkinElmer, pembelian tiket untuk acara pengumpulan dana, dan bayaran bagi iklan, cetakan atau belanja kempen yang lain. Dalam situasi tertentu, di mana seseorang calon mungkin memberi pampasan kepada PerkinElmer atau tidak bertanding bagi pejabat awam, kekecualian mungkin digunapakai. Dasar ini khususnya merangkumi penggunaan aset PerkinElmer dan tidak bertujuan untuk mencegah atau menghalang pekerja daripada membuat sumbangan politik atau terbabit dalam aktiviti politik bagi diri mereka, selagi sumbangan atau aktiviti sedemikian tidak dikaitkan dalam apa jua cara pada PerkinElmer. Mana-mana pekerja tidak akan dibayar balik secara langsung atau tidak langsung oleh PerkinElmer bagi sumbangan politik peribadi. Jika anda mempertimbangkan untuk menggunakan aset korporat PerkinElmer atau ada apa-apa kemusykilan mengenai apa yang wajar atau apa yang kurang wajar, anda mesti menghubungi Jabatan Undang-undang PerkinElmer sebelum mengambil apa-apa tindakan. PERCANGGAHAN KEPENTINGAN Umum PerkinElmer tidak akan meletakkan sebarang pekerja dalam keadaan di mana terdapat percanggahan kepentingan baginya dengan sengaja. Kami menghendaki anda bekerja dengan sikap setia dan ikhlas semasa waktu kerja yang ditetapkan, untuk Perkin Elmer dan untuk mengelakkan sebarang kemungkinan percanggahan kepentingan, yang dilarang sama sekali. Suatu percanggahan kepentingan apabila kepentingan peribadi anda mengganggu dalam apa jua cara dengan kepentingan syarikat pada keseluruhannya. Sebagai contoh, anda hendaklah mengelak daripada apa-apa hubungan, pengaruh, kepentingan atau aktiviti luar yang mungkin menjejas kemampuan anda untuk membuat keputusan secara objektif dan saksama apabila menjalankan tugas anda. Anda juga mesti mengelak daripada apa-apa situasi yang membabitkan anda atau seorang ahli keluarga anda daripada menerima manfaat peribadi, hasil daripada kedududkan anda di PerkinElmer. Anda tidak harus sekali pun melakukan sebarang kegiatan atau pelaburan yang menimbulkan sebarang persoalan mengenai percanggahan kepentingan antara kegiatan atau pelaburan tersebut dan tugas yang ditetapkan untuk anda di PerkinElmer.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 11

Bila-bila masa percanggahan timbul, atau anda percaya percanggahan yang demikian mungkin berlaku, anda harus berbincang dan menyelesaikan perkara tersebut dengan pengurus anda, pengurus hubungan pekerja di tapak, atau Jabatan Undang-Undang PerkinElmer. Situasi percanggahan kepentingan boleh timbul dalam banyak cara. Beberapa contoh termasuk yang berikut:

• sebarang kepentingan kewangan (melainkan bilangan kecil saham atau bon dalam syarikat-syarikat dagangan awam) dengan sebarang pembekal, pelanggan atau pesaing;

• sebarang hubungan perundingan, kontrak atau pekerjaan dengan sebarang pelanggan, pembekal atau pesaing;

• sebarang kegiatan perniagaan luar yang bersaingan dengan PerkinElmer

• penerimaan hadiah, ganjaran, atau hiburan melainkan yang bernilai sederhana daripada sebarang syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kita

• apa-apa pinjaman oleh PerkinElmer kepada, atau jaminan obligasi,

kepada ahli keluarga mana-mana pegawai eksekutif atau pengarah • sebarang kegiatan luar dalam apa jua bentuk yang mempersoalkan

keupayaan anda untuk menumpukan masa dan perhatian yang sewajarnya pada tanggungjawab tugas anda dengan PerkinElmer

• khidmat dalam sebarang lembaga pengarah sebarang syarikat kecuali khidmat lembaga sedemikian telah diluluskan terlebih dahulu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PerkinElmer

• mempunyai tugas menyelia, mengkaji semula, atau mempunyai sebarang pengaruh ke atas penilaian kerja, gaji, atau faedah mana-mana saudara rapat atau orang yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan anda, di dalam PerkinElmer

• mempunyai tugas menjalankan perniagaan PerkinElmer dengan firma di mana anda atau keluarga anda mempunyai pemilikan penting atau kepentingan pengurusan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 12

Ahli Keluarga Apa jua yang menimbulkan percanggahan bagi anda kemungkinan juga menimbulkan percanggahan jika ia berhubung dengan seorang ahli keluarga anda atau seorang yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat dengan anda. Kedua-dua anda dan mana-mana ahli keluarga anda dilarang mempunyai kepentingan peribadi dalam apa-apa perniagaan yang anda uruskan sebagai sebahagian daripada tugasan anda di PerkinElmer, melainkan kepentingan tersebut amat kecil (seperti pemilikan kurang daripada 1% daripada saham umum sebuah syarikat awam) atau kepentingan tersebut didedahkan sepenuhnya kepada pengurus anda dan Naib Presiden Audit Dalaman atau, dalam situasi yang membabitkan mana-mana pegawai atau pengarah eksekutif, kepada Lembaga Pengarah. Peluang Korporat Setiap pekerja dan pengarah PerkinElmer harus bertanggungjawab terhadap syarikat untuk memajukan kepentingan yang sah bagi Syarikat apabila peluang sedia ada. Anda dilarang mengambil kesempatan daripada peluang yang anda ketahui semasa bekerja dengan PerkinElmer sehingga menjejaskan kepentingan perniagaan sekarang atau prospektif PerkinElmer, seperti memperoleh harta yang mungkin ingin diperoleh oleh PerkinElmer. Anda tidak boleh bersaing dengan PerkinElmer. Pekerjaan Luar Dari masa ke masa, mungkin wujud peluang untuk melakukan kerja atau perundingan sambilan di luar PerkinElmer. PerkinElmer tidak melarang kegiatan-kegiatan yang demikian asalkan ia tidak menjejas daya pengeluaran anda atau pelaksanaan tugas anda semasa waktu kerja yang ditetapkan untuk anda, selagi ia tidak menjejas atau kelihatannya menjejas pertimbangan atau keupayaan anda untuk bertindak demi kepentingan PerkinElmer, atau mewujudkan suatu kepentingan konflik. Untuk mengelak dari apa-apa salah faham, kita menyarankan agar anda mendapat kelulusan daripada pengurus anda sebelum memulakan apa-apa aktiviti sambilan atau rundingan. Juga, ingat bahawa anda perlu pada setiap masa, melindungi maklumat proprietari dan sulit PerkinElmer serta harta intelektualnya, seperti yang dihuraikan di bawah.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 13

Rasuah, Hadiah dan Hiburan Pekerja PerkinElmer tidak boleh memberi atau menerima sebarang hadiah yang mungkin, atau mungkin kelihatannya, mempengaruhi hubungan atau keputusan perniagaan dengan cara yang tidak seharusnya. Hadiah-hadiah boleh merangkumi hadiah kecil-kecil iklan bernilai nominal yang diedarkan secara meluas, yang anda boleh beri atau pun terima, hingga ke rasuah, yang memang tidak dipersoalkan lagi sesuatu yang tidak boleh anda beri atau terima. Tiada hadiah atau hiburan harus ditawarkan kepada mana-mana pekerja kerajaan persekutuan A.S., tanpa mengambil kira tujuan anda atau bagaimana interaksi tersebut ditanggap, melainkan anda memeriksa dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer terlebih dahulu. (Juga lihat “Hubungan dengan Pekerja Kerajaan” di bawah.) Memberi atau menerima hadiah yang tidak wajar atau bayaran tanpa kebenaran mengaburi objektiviti, menjejaskan hubungan perniagaan dan boleh menyalahi undang-undang. Kemudahan Perniagaan Dalam perniagaan perdagangan, pertukaran kemudahan perniagaan kebiasaan, seperti jamuan dan hiburan, antara pembekal, pelanggan dan pekerja PerkinElmer boleh diterima apabila ia didasarkan dengan sewajarnya kepada tujuan perniagaan yang jelas dan apabila belanja yang terlibat adalah sederhana dan berpatutan dan tidak dilarang oleh undang-undang atau amalan perniagaan pelanggan yang diketahui. Adalah tanggungjawab peribadi setiap pekerja untuk memastikan bahawa penerimaan jamuan atau hiburan yang demikian adalah wajar dan tidak boleh ditafsirkan secara munasabah dari apa jua segi sebagai percubaan oleh pihak yang menawarkannya untuk mendapatkan layanan yang baik. Menerima Hadiah Baik anda mahu pun sebarang ahli keluarga anda tidak boleh meminta atau menerima daripada pembekal, pelanggan, atau orang lain yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Syarikat, wang atau hadiah yang boleh mempengaruhi atau secara munasabah boleh dilihat sebagai mempengaruhi hubungan perniagaan PerkinElmer dengan pembekal atau pelanggan itu. Anda boleh menerima hadiah yang bernilai nominal, seperti hadiah kecil-kecil iklan yang biasanya ditawarkan kepada orang lain yang mempunyai hubungan yang sama dengan pelanggan atau pembekal itu. Jika anda ditawarkan hadiah yang bernilai lebih daripada nilai nominal atau yang tidak biasanya ditawarkan kepada orang lain, atau wang, anda harus memberitahu pengurus anda dengan segera. Persiapan yang sewajarnya akan dibuat untuk mengembalikan atau membuang apa yang telah diterima, dan pembekal dan pelanggan itu akan diingatkan tentang dasar hadiah PerkinElmer.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 14

Memberi Hadiah Anda tidak boleh memberi wang atau sebarang hadiah kepada sebarang pembekal, pelanggan atau sebarang organisasi lain jika membuat demikian akan mempengearuhi atau secara munasabah boleh dilihat sebagai mempengaruhi hubungan organisasi tersebut dengan PerkinElmer. Bagaimanapun, anda boleh memberi hadiah bernilai nominal, seperti hadiah kecil-kecil iklan PerkinElmer, jika tidak dilarang oleh undang-undang. Hubungan dengan Pekerja Kerajaan PerkinElmer akan mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan ganjaran pekerja kerajaan di semua lokasi dan negara di mana PerkinElmer beroperasi. Amalan-amalan yang diterima dalam persekitaran perniagaan perdagangan mungkin tidak diterima sama sekali, dan malah mungkin melanggar undang-undang dan peraturan tertentu, apabila kita berurusan dengan pekerja kerajaan atau mereka yang bertindak bagi pihak kerajaan. Oleh itu, anda mestilah menyedari, dan mematuhi, undang-undang dan peraturan yang berkenaan yang mengawal hubungan antara pelanggan dan pembekal kerajaan. Anda tidak harus memberi hadiah, bayaran atau perkhidmatan kepada mana-mana pegawai, pekerja atau orang yang dilantik kerajaan tanpa berunding dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer terlebih dahulu. Lihat “Rasuah, Hadiah dan Hiburan” di atas. Memberi wang atau item berharga kepada pegawai asing atau calon politik bagi tujuan mempengaruhi kerajaan asing dilarang sama sekali. Lihat “Akta Amalan-Amalan Rasuah Asing” di atas. Undang-undang A.S. juga melarang pemberian “sogokan,” iaitu, penawaran atau penerimaan apa jua yang bernilai kepada mana-mana pekerja kerajaan asing atau A.S. atau pekerja kontraktor dari peringkat lebih tinggi kepada A.S, atau mana-mana kerajaan asing bagi tujuan mendapatkan layanan yang baik berhubung dengan kontrak kerajaan. Anda tidak boleh membuat bayaran yang dilarang, walaupun jika kegagalan membayar mengurangkan kebersaingan PerkinElmer atau anda beroperasi di negara di mana rasuah atau hadiah kepada pegawai kerajaan adalah satu kebiasaan. Jika anda tidak pasti sama ada bayaran yang dikehendaki adalah sah di sisi undang-undang dan wajar, sentiasa dapatkan nasihat daripada Jabatan Undang-Undang PerkinElmer.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 15

PERLINDUNGAN ASET PERKINELMER Umum Anda bertanggungjawab memelihara aset PerkinElmer, termasuk aset fizikal seperti kemudahan, peralatan dan inventori, dan aset tak ketara seperti paten, hak cipta dan rahsia perdagangan. Ini menghendaki anda melindungi sebarang peralatan milik Syarikat yang diperuntukkan kepada anda atau sebarang peralatan milik sebarang pembekal atau pelanggan yang diamanahkan kepada PerkinElmer. Gunakan dan selenggarakan aset-aset ini dengan cermat dan baik, dan elakkan daripada pembaziran, penyalahgunaan, pencurian atau kelalaian. Anda harus mementingkan kos dan cepat menyedari adanya peluang-peluang untuk memperbaiki prestasi sementara mengurangkan kos. Aset PerkinElmer hanya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan yang sah. Penggunaan harta, kemudahan, peralatan, dan maklumat PerkinElmer yang bukan untuk tujuan PerkinElmer, diizinkan hanya dengan kelulusan daripada pengurus-pengurus yang diberi kuasa untuk mengizinkan penggunaan yang demikian. Anda bertanggungjawab mematuhi keperluan lesen-lesen hak cipta perisian yang digunakan dalam memenuhi keperluan tugas dan memastikan salinan-salinan tanpa kebenaran perisian komputer yang berlesen tidak dibuat. Merekodkan dan Melaporkan Maklumat Para pekerja, pegawai dan pengarah hendaklah melaporkan semua urusan perniagaan dengan jujur, lengkap dan tepat. Anda bertanggungjawab bagi rekod dan laporan yang lengkap dan tepat. Maklumat yang tepat dan lengkap penting bagi keupayaan Syarikat untuk memenuhi kewajipan undang-undang dan peraturan. Semua buku, rekod dan akaun Syarikat akan diselenggarakan menurut semua peraturan dan standard yang berkenaan, dan dasar kewangan dan perakaunan PerkinElmer, dan mesti mencerminkan dengan tepat sifat sebenar urus niaga yang mereka catatkan. Ini adalah mandatori, tanpa mengambil kira sama ada rekod-rekod ini akan mendedahkan hasil yang kurang memuaskan atau kegagalan dalam memenuhi tahap keuntungan yang dijangkakan. Apa-apa tindakan untuk cuba menyembunyikan hasil operasi dengan membentang hasil, belanja, aset atau liabiliti yang tidak tepat, dilarang sama sekali dan tidak akan diterima. Penyata kewangan Syarikat akan mematuhi peraturan-peraturan perakaunan yang diterima umum dan dasar-dasar perakaunan Syarikat. Tiada akaun atau dana yang tidak didedahkan atau yang tidak direkodkan boleh diwujudkan untuk apa jua tujuan. Tiada entri palsu atau mengelirukan seharusnya dibuat di dalam buku-buku atau rekod-rekod Syarikat untuk apa jua tujuan, dan tiada pembayaran balik dana syarikat atau harta syarikat lain akan dibuat tanpa pendokumenan sokongan yang mencukupi. Dasar Syarikat adalah memberi pendedahan yang lengkap, adil, tepat, tepat pada masanya dan boleh difahami dalam laporan dan dokumen yang didaftarkan dengan, atau dihantarkan kepada, Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran dan dalam komunikasi awam lain.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 16

Ramai daripada anda yang diminta merekodkan masa yang dihabiskan setiap hari untuk setiap tugas yang anda lakukan. Rekod ini adalah sangat penting. Ia seharusnya rekod yang benar dan jujur tentang masa yang anda habiskan untuk sesuatu tugas. Di samping menjadi rekod kehadiran anda dan masa kerja anda bagi tujuan mengira gaji anda, rekod masa juga merupakan dasar bagi mengenakan bayaran kepada pelanggan kita. Memalsukan rekod adalah satu penipuan, dan boleh mengakibatkan liabiliti sivil atau jenayah. Belanja perniagaan harus didokumenkan dengan resit, seperti yang dikehendaki oleh peraturan Syarikat dan hanya belanja perniagaan yang sah boleh dimasukkan di dalam rekod belanja anda. Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan setiap rekod dan laporan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan sistem penyimpanan rekod masa anda, sila berunding dengan pengurus anda dengan segera. Berurusan dengan Juruaudit Bebas Tiada pekerja, pegawai atau pengarah yang boleh, sama ada secara langsung atau tak langsung, membuat sebarang kenyataan penting yang palsu atau mengelirukan atau tidak menyatakan sebarang fakta penting kepada seorang akauntan berhubung dengan sebarang audit, kajian semula atau pemeriksaan penyata kewangan PerkinElmer atau persediaan atau pemfailan sebarang dokumen atau laporan dengan SEC. Selain itu, tiada pekerja, pegawai atau pengarah yang boleh, sama ada secara langsung atau tak langsung, mengambil sebarang tindakan untuk memaksa, memanipulasi, mengelirukan atau mempengaruhi melalui penipuan mana-mana akauntan awam bebas atau yang diperakui yang sedang melaksanakan audit atau kajian semula penyata kewangan PerkinElmer. Privasi Pekerja PerkinElmer menghormati privasi anda. Rekod-rekod personel atau perubatan, gaji, faedah sampingan, atau syarat pekerjaan dianggap sulit dan pemerolehan maklumat yang demikian adalah terbatas. Maklumat peribadi biasanya diberi kepada pihak luar hanya dengan kebenaran daripada pekerja yang terlibat, kecuali PerkinElmer dan orang-orang yang diberi kuasa juga boleh mengeluarkan maklumat peribadi untuk mengesahkan pekerjaan, bagi memenuhi keperluan sesebuah syarikat atau entiti lain yang dibenarkan, yang sedang memperoleh sebahagian daripada operasi perniagaan PerkinElmer, atau bagi sebab-sebab penyiasatan, perniagaan atau undang-undang yang sewajarnya. Barang-barang, mesej atau maklumat peribadi yang anda anggap sulit tidak seharusnya diletakkan atau disimpan di mana-mana di tempat kerja PerkinElmer, seperti di dalam sistem telefon, sistem komputer, meja atau pejabat. Pihak pengurusan PerkinElmer berhak memasuki bahagian-bahagian ini dan sebarang kemudahan PerkinElmer yang lain. Para pekerja, bagaimanapun, tidak boleh memasuki ruang kerja pekerja lain, termasuk melihat fail-fail elektronik, tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 17

Maklumat Empunya PerkinElmer melindungi maklumat empunya dan sulit yang lain, termasuk rahsia perdagangan, dan anda bertanggungjawab melindungi aset-aset ini. Ini semua adalah harta Syarikat yang tidak boleh didedahkan atau diberikan kepada orang di luar Syarikat walaupun selepas anda tidak lagi bekerja dengan PerkinElmer. “Maklumat empunya dan maklumat sulit yang lain” termasuk perkara-perkara seperti: maklumat teknikal atau saintifik PerkinElmer berhubung dengan produk, perkhidmatan atau penyelidikan semasa dan masa hadapan; rancangan atau unjuran perniagaan atau pemasaran; pendapatan dan data kewangan lain; maklumat mengenai pelanggan atau penjual; dan maklumat yang diberi oleh pelanggan atau penjual. Untuk mengelakkan pendedahan yang tidak disengajakan, anda harus jangan sekali-kali membincangkan dengan sebarang orang yang tidak diberi kuasa, maklumat yang dianggap oleh PerkinElmer sebagai sulit atau yang belum diumumkan oleh PerkinElmer. Selanjutnya, anda tidak harus membincangkan maklumat yang demikian sekali pun dengan pekerja-pekerja PerkinElmer yang diberi kuasa jika orang lain yang tidak diberi kuasa ada bersama-sama anda. Anda juga tidak harus membincangkan maklumat yang demikian dengan ahli keluarga atau teman-teman, yang mungkin menyampaikan maklumat itu kepada orang lain tanpa bermaksud untuk berbuat demikian atau dengan tidak disengajakan. Maklumat empunya yang diterima daripada pelanggan dan pembekal harus juga dilindungi. Jika anda datang ke PerkinElmer dari syarikat lain, kami mengharapkan anda mempunyai pertimbangan yang sama bagi rahsia perdagangan bekas majikan anda. PerkinElmer menghormati bekas majikan anda dan hak rahsia perdagangannya. Kami mengharapkan anda tidak mendedahkan apa-apa yang hampir-hampir merupakan produk atau proses empunya untuk sebab-sebab yang sama kami mengharapkan anda membantu memastikan hak-hak PerkinElmer kekal eksklusif. Jika terdapat sebarang sekatan ke atas kegiatan anda disebabkan pekerjaan anda yang sebelumnya, ia harus didedahkan secara bertulis kepada pengurus anda apabila anda mula berkhidmat dengan PerkinElmer. Jangan sekali-kali memberi maklumat sulit mengenai PerkinElmer kepada sebarang pihak luar atau menerima maklumat yang demikian daripada sesiapa pun kecuali PerkinElmer mempunyai persetujuan sulit dengan pihak tersebut. Apabila anda mempunyai pengetahuan tentang maklumat sulit yang dimiliki oleh PerkinElmer atau syarikat lain, anda harus merahsiakannya. Ia tidak harus didedahkan walaupun kepada kakitangan PerkinElmer, kecuali dibenarkan di bawah persetujuan itu dan kecuali ia perlu bagi tujuan persetujuan tersebut.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 18

Hak Harta Intelektual PerkinElmer Pekerja-pekerja PerkinElmer dibayar untuk melakukan perkara-perkara yang antaranya termasuk memikirkan tentang tugas-tugas mereka, iaitu memikirkan tentang bagaimana untuk menyediakan produk-produk yang bermutu lebih baik, tahan lebih lama, atau mempunyai kos yang lebih rendah. Sesetengah pekerja ditugaskan khas untuk menghasilkan produk-produk baru atau kaedah-kaedah baru. Kadang kala, beberapa produk, kaedah, atau idea baru untuk perbaikan akan boleh dipatenkan. Apabila anda menyertai PerkinElmer, anda dikehendaki menandatangani satu persetujuan dan di bawah persetujuan ini anda, sebagai pekerja PerkinElmer, menerima kewajipan-kewajipan yang khusus berhubung dengan harta intelektual serta pengolahan maklumat sulit. Antara perkara-perkara lain di dalam persetujuan tersebut ialah, anda memberikan semua hak, hak milik, dan kepentingan anda dalam harta intelektual yang anda hasilkan semasa anda menjalankan tugas tertentu. Harta intelektual yang anda berikan termasuk perkara-perkara seperti idea, ciptaan, program komputer dan dokumen yang berhubung dengan perniagaan, penyelidikan atau pembangunan PerkinElmer atau yang ditunjukkan oleh, atau terhasil daripada, kerja pada tugas yang anda dilaksanakan untuk, atau bagi pihak, PerkinElmer. Harta intelektual itu harus dilaporkan kepada PerkinElmer, dan harta itu harus dilindungi seperti sebarang maklumat empunya lain milik PerkinElmer. Semua permohonan paten berhubung dengan harta intektual hendaklah difailkan oleh atau diluluskan oleh Jabatan Undang-undang PerkinElmer. Bagaimanapun, jika anda percaya bahawa idea, ciptaan atau program komputer anda tidak termasuk dalam bidang kepentingan perniagaan PerkinElmer yang sebenar atau yang dijangka, mahu pun terhasil atau dicadangkan oleh, sebarang tugas yang anda lakukan di PerkinElmer, anda harus membincangkan ia dengan Jabatan Undang-Undang PerkinElmer. URUS NIAGA DENGAN KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT Umum Etika perniagaan yang baik, produk-produk yang bermutu dan integriti dalam memenuhi komitmen adalah penting kepada kedua-dua perniagaan kerajaan dan perdagangan. Bagaimanapun, pembekal-pembekal kepada agensi kerajaan mempunyai keperluan tambahan yang biasanya tidak terdapat dalam urus niaga perdagangan biasa. Adalah menjadi dasar PerkinElmer untuk mematuhi semua undang-undang, peraturan dan syarat kontrak A.S. yang berkaitan. Beberapa bahagian yang memerlukan perhatian adalah seperti berikut.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 19

Kos Dalam urus niaga perdagangan, biasanya kos yang dikaitkan dengan produk atau perkhidmatan tidak perlu dijustifikasikan kepada pelanggan sama ada sebelum harga dirundingkan atau selepas urus niaga selesai. Bagaimanapun, dalam perniagaan kerajaan terunding, harga tetap atau sebaliknya, kerajaan biasanya berhak mengaudit anggaran-anggaran yang digunakan dalam menentukan harga cadangan serta kos yang ditanggung dalam melaksanakan kontrak. Tambahan pula, sekatan-sekataan tertentu dikenakan pada kos yang dibenarkan bagi kontrak kerajaan yang tidak dikenakan pada urus niaga perniagaan biasa. Hanya kos yang dibenarkan, yang dicaj dengan sewajarnya kepada suatu kontrak boleh dibil atau dibayar balik oleh Kerajaan A.S., dan hanya bahagian kos yang berhubung secara spesifik kepada kerja kerajaan yang terbabit boleh diserahkan. Contoh-contoh mengecaj kos dengan cara yang salah termasuk data palsu atau salah dalam kategori-kategori berikut: caj subkontraktor, pengelasan kos antara kategori langsung dan tak langsung, penyerahan akaun belanja,dan mengecaj untuk masa dan bahan. Harap maklum bahawa peruntukan kos yang betul adalah sepenting mengelak dari pembilan secara berlebihan. Di samping itu, maklumat kita hanya boleh diserahkan jika ia dilindungi dengan sempurna daripada pendedahan tidak wajar oleh suatu agensi kerajaan atau kontraktor pada peringkat yang lebih tinggi. Cadangan dan Kos atau Data Penentuan Harga Selain keperluan umum yang menghendaki data yang diserahkan kepada Kerajaan Amerika Syarikat bukanlah data palsu atau mengelirukan, terdapat keperluan-keperluan khusus berhubung dengan penyerahan dan pendedahan data kos atau penentuan harga yang menyokong cadangan dan rundingan kontrak. PerkinElmer yang terlibat, secara langsung atau tak langsung, dalam persiapan sesuatu cadangan mestilah mengabil langkah berjaga-jaga yang secukupnya bagi memastikan bahawa data kos atau penentuan harga adalah mutakhir, tepat dan lengkap, didedahkan dengan betul kepada wakil-wakil kerajaan, dan disimpan untuk jangka masa yang sewajarnya. Terdapat juga sekatan-sekatan yang meluas dalam semua perolehan federal mengenai pemilikan, percubaan untuk memperoleh, dan pendedahan maklumat pemilihan sumber kerajaan dan maklumat empunya syarikat. Maklumat kerajaan boleh diperoleh hanya sebagai keluaran yang dibenarkan oleh agensi kerajaan yang terlibat. Integriti Produk Penyelewangan daripada spesifikasi kontrak yang berkaitan yang melibatkan produk, komponen, bahan, pengujian, atau penyelewengan lain, tanpa kebenaran kerajaan secara bertulis, adalah dilarang.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 20

Hubungan dengan Pekerja Kerajaan Setiap agensi Kerajaan A.S. mempunyai peraturan-peraturan yang melarang kakitangan agensi tersebut daripada menerima hiburan, hadiah, ganjaran, bayaran atau lain-lain adat perniagaan yang mungkin boleh diterima dalam sektor perdagangan, walaupun hanya bernilai nominal. Apa yang tersurat di dalam peraturan-peraturan tersebut dan tujuannya harus difahami dan dipatuhi oleh PerkinElmer dan pekerja-pekerjanya. Pengambilan Bekas Pekerja Kerajaan dan Tawaran Pekerjaan kepada Pekerja Kerajaan Semasa Semua peraturan yang merangkumi penggajian bekas pekerja kerajaan oleh PerkinElmer harus dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan percanggahan kepentingan. Peraturan ini mungkin melarang penggajian atau mengehadkan tugas yang diberikan kepada atau dilaksanakan oleh orang tersebut. Dalam hal sesetengah pegawai perolehan kerajaan yang tertentu, PerkinElmer malah tidak boleh membincangkan penggajian atau peluang perniagaan dengan mereka semasa tempoh-tempoh tertentu, seperti semasa mereka sedang mempertimbangkan atau mempunyai kuasa untuk mempengaruhi suatu keputusan yang memberi kesan terhadap PerkinElmer. Adalah tanggungjawab pekerja-pekerja PerkinElmer yang bertanggungjawab mengambil mereka bekerja untuk memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengambilan bekas pekerja kerajaan. Semua sekatan ke atas pemberian tugas atau kegiatan bagi pihak PerkinElmer, yang dikenakan disebabkan pekerjaan dahulu dalam kerajaan atau di tempat lain, harus didedahkan secara bertulis sebelum penggajian. Adalah tanggungjawab calon kerja untuk mendedahkan hubungan ini kepada PerkinElmer dan untuk memastikan tiada tugas yang dijalankan untuk PerkinElmer yang akan bercanggah dengan peraturan-peraturan kerajaan. PerkinElmer tidak akan memberikan tugas-tugas yang demikian dengan sengaja. Maklumat Keselamatan Kerajaan Tiap-tiap seorang daripada kita yang boleh memperoleh maklumat sulit kerajaan terikat untuk melindungi keselamatan maklumat tersebut. Ini bermakna bahawa kerja tersebut hanya boleh dibincangkan dengan orang-orang yang mempunyai kelulusan keselamatan kerajaan yang sewajarnya dan keperluan yang jelas dan bona fide untuk membincangkan kerja tersebut. Anda mestilah mematuhi prosedur keselamatan untuk melindungi daripada akses ke data lain yang tidak dibenarkan, seperti data yang disimpan secara elektronik dan boleh diakses dari intranet atau yang disimpan dalam bentuk fizikal. Pelanggaran peraturan keselamatan adalah kesalahan yang serius. Pengurus anda akan menerangkan kepada anda prosedur dan dasar keselamatan yang harus dipatuhi di lokasi anda. Sila berunding dengan pengurus anda jika, pada bila-bila masa, anda keliru tentang peraturan keselamatan, atau tentang sama ada anda boleh membincangkan kerja anda dengan seseorang.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 21

Walaupun kebanyakan maklumat sulit yang diterima oleh PerkinElmer adalah daripada Kerajaan Amerika Syarikat atau kontraktor-kontraktornya, tanggungjawab-tanggungjawab ini merangkumi maklumat sulit yang diamanahkan kepada PerkinElmer oleh semua kerajaan dan kontraktor-kontraktornya. Kita juga harus menghormati peraturan-peraturan ketat kerajaan berhubung dengan mereka yang dibenarkan memperoleh, dan memiliki, salinan-salinan data sulit atau data sensitif pertahanan lain. HUBUNGAN PELABUR DAN KOMUNIKASI SYARIKAT PerkinElmer ialah sebuah syarikat dagangan awam dan undang-undang sekuriti mengawal komunikasi dengan pemegang-pemegang saham PerkinElmer. Komunikasi daripada sebarang pemegang saham atau penasihat pelaburan meminta maklumat yang berhubung dengan PerkinElmer harus diajukan kepada Jabatan Hubungan Pelabur PerkinElmer bagi pengendalian yang wajar. Seorang pekerja yang diminta memberi sebarang kenyataan oleh seorang anggota media juga harus merujuk permintaan tersebut kepada Jabatan Komunikasi Syarikat PerkinElmer. Adalah menjadi dasar PerkinElmer untuk tidak mengulas atau menjawab pertanyaan atau khabar angin mengenai perkembangan atau urus niaga syarikat yang prospektif sehingga tiba masanya satu pengumuman formal telah dibuat. PENGUATKUASAAN STANDARD KELAKUAN PERNIAGAAN Sebagai seorang pengarah, pegawai atau pekerja PerkinElmer, anda mempunyai obligasi terhadap PerkinElmer untuk melaporkan secara jujur, kelakuan yang anda percaya melanggar undang-undang, peraturan, Standard ini, atau dasar PerkinElmer, termasuk perkara-perkara mengenai perakaunan dan audit. Laporan ini boleh dibuat tanpa pendedahan nama. Para pekerja tidak akan menerima tindakan balas kerana melaporkan, secara jujur, tindakan-tindakan yang mereka rasa melanggar undang-undang, peraturan atau Standard ini. PerkinElmer tidak akan mendisiplin, membeza-bezakan atau mengambil tindakan balas terhadap seorang pekerja yang melaporkan sesuatu aduan atau keprihatinan, kecuali dapat ditentukan bahawa laporan tersebut dibuat sedang kepalsuannya diketahui. Kita semua bertanggungjawab terhadap kelakuan perniagaan kita dan menghadapi risiko kehilangan pekerjaan jika kita gagal, walaupun buat pertama kalinya, untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan dengan perniagaan kita, dan berpegang pada standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini. Hakikat bahawa persaingan kita mungkin berkelakuan dengan cara lain bukanlah alasan bagi kegagalan memenuhi tahap kelakuan perniagaan yang dikehendaki daripada pekerja PerkinElmer. Kita tidak menjejaskan tanggungjawab ini demi memenuhi rancangan kewangan atau memaksimumkan keuntungan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 22

Prosedur Membuat Laporan PerkinElmer menggalakkan para pekerja supaya berbincang dengan pengurus mereka tentang kemusykilan dalam pentafsiran dan pengamalan Standard-standard ini dan untuk melaporkan sebarang pelanggaran yang disyaki kepada pengurus anda. Setiap pengurus PerkinElmer mempunyai tanggungjawab khas untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang menggalakkan kelakuan beretika dan komunikasi terbuka berhubung dengan isu dan keprihatinan etika. Anda dipelawa untuk membincangkan semua soalan atau keprihatinan secara terus-terang dengan mana-mana pengurus PerkinElmer. Walau bagaimana pun, jika anda kurang selesa bertemu pengurus anda atau jika soalan-soalan atau keprihatinan anda tidak ditangani dengan cara yang memuaskan oleh pengurus anda, anda boleh:

• Hubungi ketua Kewangan atau Sumber Manusia tempatan anda. • Hubungi secara terus satu daripada sumber–sumber yang dirujuk dalam dokumen

ini atau individu dan jabatan yang disenaraikan di belakang dokumen ini. • Hubungi dan tinggalkan mesej di telefon Talian Etika PerkinElmer:

Amerika Syarikat: 866-723-0561 Luar Amerika Syarikat: (+1) 781-663-6905

Panggilan ini adalah percuma di Amerika Syarikat, tetapi adalah panggilan tol di

luar Amerika Syarikat. • Hantar mesej melalui mel elektronik ke [email protected].

Kedua-dua talian Hotline dan petak mel elektronik diawasi oleh Jabatan Undang-undang PerkinElmer dan akses kepada maklumat yang diserahkan terhad kepada mereka yang perlu mengetahui maklumat tersebut. Jika perlanggaran yang dilaporkan melibatkan seorang ahli Jabatan Undang-undang PerkinElmer atau anda sebaliknya mahu melaporkan kepada seorang di Jabatan Undang-undang, anda boleh menghubungi Naib Presiden –Audit Dalaman di nombor telefon yang disenaraikan di penghujung dokumen ini. Sekiranya anda percaya bahawa tuduhan pelanggaran undang-undang, peraturan atau Standard ini melibatkan seorang pegawai atau pengarah syarikat atau adalah cukup serius dan wajar mendapatkan perhatian Lembaga Pengarah, anda boleh menggunakan mana-mana antara saluran membuat laporan yang digariskan di atas atau anda boleh menghubungi Ketua Lembaga Pengarah PerkinElmer dengan menghantarkan maklumat kepada Lead Director, c/o Office of the General Counsel, 940 Winter Street, Waltham, MA 02451. Anda boleh menyediakan maklumat tersebut tanpa nama sekiranya anda mahu berbuat demikian. Harap maklum bahawa lazimnya lebih sukar untuk menyiasat sesuatu isu sepenuhnya jika ia isu itu diajukan tanpa nama dan anda mungkin tidak dapat mengetahui tentang hasil penyiasatan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 23

Dalam melancarkan prosedur untuk membuat laporan, PerkinElmer berikhtiar untuk mematuhi undang-undang luar negara, dan tidak pengehadan terhadap perundangan perlindungan data bagi Kesatuan Eropah dan negara-negara ahlinya. Prosedur Penyiasatan Jika PerkinElmer menerima maklumat mengenai pelanggaran undang-undang, peraturan atau Standard-standard ini, Penasihat Besar (atau wakilnya) akan, sewajarnya, dengan bermuafakat dengan ahli-ahli pihak pengurusan kanan yang lain dan Audit Dalaman: (a) menilai maklumat demikian, (b) jika pelanggaran yang dikatakan itu melibatkan seorang pegawai atau pengarah eksekutif, memberitahu Ketua Pegawai Eksekutif dan Lembaga Pengarah mengenai pelanggaran yang dikatakan itu, (c) menentukan sama ada siasatan tidak rasmi atau siasatan rasmi perlu dijalankan dan, jika demikian, memulakan siasatan yang demikian dan (d) hasil siasatan bagi penyiasatan sedemikian, beserta dengan saranan tentang pelupusan hal tersebut, dilaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, atau jika pelanggaran yang dikatakan itu melibatkan seorang pegawai atau pengarah eksekutif, melaporkan hasil siasatan yang demikian kepada Lembaga Pengarah atau jawatankuasanya. Para pekerja, pegawai dan pengarah dikehendaki bekerjasama sepenuhnya dengan sebarang siasatan oleh PerkinElmer mengenai pelanggaran Standard yang dikatakan. Kegagalan untuk bekerjasama dengan siasatan yang demikian boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pembuangan.

PerkinElmer akan menentukan sama ada pelanggaran Standards telah berlaku dan, jika demikian, akan menentukan langkah-langkah disiplin yang akan diambil terhadap seorang pekerja yang telah melanggar Standard. Sekiranya pelanggaran yang dikatakan itu melibatkan seorang pegawai atau pengarah eksekutif, Lembaga Pengarah akan menentukan sama ada pelanggaran Standard-standard telah berlaku, dan, jika demikian, akan menentukan langkah-langkah disiplin yang akan diambil terhadap pegawai atau pengarah eksekutif tersebut. Harap maklum bahawa jika seseorang yang melaporkan suatu perlanggaran undang-undang, peraturan atau Standard-standard ini, walau pun laporan itu bernama, pelapor tersebut mungkin tidak akan diberitahu sama ada penyiasatan sedang dijalankan atau telah selesai, atau pun tentang hasil penyiasatan tersebut.

Kegagalan mematuhi Standard akan mengakibatkan tindakan disiplin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, teguran, amaran, percubaan atau penggantungan tanpa gaji, penurunan pangkat, pengurangan gaji, pembuangan dan restitusi. Pelanggaran-pelanggaran tertentu mungkin menghendaki PerkinElmer merujuk perkara tersebut kepada penguasa kerajaan atau pengawal selia bagi siasatan atau pendakwaan. Tambahan pula, seorang penyelia yang mengarahkan atau meluluskan sebarang kelakuan yang melanggar Standard, atau yang mengetahui tentang kelakuan demikian dan tidak melaporkannya dengan segera, juga akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pembuangan.

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 24

Pengecualian dan Penepian Sementara sesetengah dasar yang terkandung dalam Standard ini mestilah dipatuhi dengan ketat dan tiada kekecualian boleh dibenarkan, dalam kes-kes lain kekecualian mungkin wajar. Seorang pekerja yang percaya bahawa suatu kekecualian daripada dasar ini adalah wajar dalam kesnya harus terlebih dahulu menghubungi penyelia terdekatnya. Jika penyelia tersebut bersetuju bahawa pengecualian adalah wajar, kelulusan Penasihat Besar harus diperoleh terlebih dahulu. Penasihat Besar akan bertanggungjawab menyelenggarakan rekod bagi semua permintaan untuk kekecualian daripada sebarang dasar ini dan pelupusan permintaan-permintaan demikian. Seorang pegawai atau pengarah eksekutif yang menginginkan kekecualian daripada sebarang dasar ini harus menghubungi Penasihat Besar. Sebarang penepian Standard ini bagi pegawai atau pengarah eksekutif atau sebarang perubahan pada Standard ini yang berkaitan dengan pegawai atau pengarah eksekutif hanya boleh dibuat oleh Lembaga Pengarah PerkinElmer dan akan didedahkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan pasaran saham.

PENYEBARAN DAN PEMBETULAN Standard-standard ini akan diterjemahkan ke berbilang bahasa dan sedia ada kepada pekerja PerkinElmer di tapak web intranet PerkinElmer. Maklumat mengenai cara mengakses atau mendapatkan salinan Standard akan diberikan kepada setiap pekerja, pegawai dan pengarah baru PerkinElmer semasa mereka digajikan atau hubungan lainnya dengan PerkinElmer bermula. Standard juga akan dapat diperoleh oleh orang ramai menerusi tapak web luar PerkinElmer di www.perkinelmer.com.

PerkinElmer mempunyai hak untuk membetulkan, mengubah atau menamatkan Standard pada bila-bila masa atas sebarang sebab. Dokumen ini bukanlah kontrak pekerjaan antara PerkinElmer dan sebarang pekerja, pegawai atau pengarahnya. UNTUK MAKLUMAT LANJUT Untuk panduan tambahan, sumber-sumber PerkinElmer yang berikut juga tersedia untuk anda. Ketua Pegawai Eksekutif: 781-663-6114 Ketua Pegawai Kewangan: 781-663-5654 Penasihat Besar, Hah Ehwal Undang-undang dan Peraturan:

781-663-5775

Hal Ehwal Undang-undang: 781-663-5777 Pegawai Pengawal & Ketua Perakaunan: 781-663-5661 Audit Dalaman: 781-663-5657 Komunikasi Korporat: 781-663-5701 Perhubungan Pelaburan: 781-663-5677 Sumber Manusia: 781-663-5700

Standard Kelakuan Perniagaan PerkinElmer, Inc. – Semakan 25 Oktober 2006 – Ms 25