Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan
-
Upload
syahirah-sharum -
Category
Documents
-
view
1.450 -
download
17
Transcript of Pengajian Perniagaan 2: Strategi Memulakan Perniagaan
BAB 2: KEUSAHAWAN
2.5 STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN
D. Perniagaan Francais
Francais- kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan oleh sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut berlandaskan kaedah tertentu di lokasi atau kawasan yang ditetapkan dan dalam jangka masa yang ditentukan.Mempunyai 3 ciri asas @ sistem 3S yang perlu dipatuhi iaitu system (sistem), specialization (pengkhususan) dan standardization (keseragaman perniagaan) oleh francaisi kerana sistem tersebut telah ditetapkan oleh francaisor.
Sistem francais dikatakan membuka jalan termudah sebagai francaisi kerana
Mendapat bantuan kepakaran dan idea rancangan untuk membangunkan perniagaan.Mendapat pinjaman kewangan daripada institusi kewangan.Mudah mendapat khidmat nasihat dalam mencari jalan penyelesaian. (wujudnya hubungan francaisi dan francaisor yang berasaskan perniagaan yang sama)
Kaedah atau bentuk perniagaan francis boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori:
Pemegang Francais Berformat.Kaedah yang paling digalakkan di mana francaisi mendapat lesen untuk buat dan pasarkan barangan daripada francaisor.Francaisor tawarkan format perniagaan seperti hak penggunaan harta intelektual (logo, jenama, goodwill), strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan kepada francaisi.
Prinsip 5C dalam kaedah francais jenis ini:
Prinsip 5C Keterangan
Keseragaman (consistency)
~ punya imej yang sama dari segi tanda logo, produk dan keseluruhan sistem pengurusan tidak kira di negara tuan rumah mahupun di seluruh dunia.
Kelebihan persaingan (competitiveness)
~ buat pengusaha kerana francaisor boleh membeli bahan mentah, mesin dan peralatan secara pukal (dapat diskaun bahan yang besar) lalu dijualkan kepada francaisi pada harga yang berpatutan.
Prinsip 5C Keterangan
~ aktiviti pengiklanan dan promosi secara komperhensif dapat dilakukan apabila premis francaisi di seluruh tempat membayar peratus yuran yang dikumpulkan.
Keselesaan (convenience)
~ ciri reka bentuk premis yang menarik memberi keselesaan kepada pelanggan.
Kebersihan (cleanliness)
~ menjadi amalan utama dari segi imej, penyediaan produk dan persekitaran premis. (ada manual penjagaan kebersihan yang sistematik; pekerja dilatih untuk urus premis perniagaan)
Prinsip 5C Keterangan
Kesopanan (courtesy)
~ pekerja diajar cara melayan dan menjaga kesopanan apabila berurusan dengan pelanggan.
Francais Pengilangan ProdukFrancaisor – memberi lesen kepada francaisi untuk kilangkan barangan mengikut formula, resipi atau reka bentuk lalu memasarkan barangan tersebut dengan menggunakan sistem pemasaran.Contohnya, pembotolan Pepsi Cola.
Lesen Bertanda Dagang/Jenama.Pelbagai jenis barangan berlesen yang dibuat oleh francaisor. Francaisi diberi lesen untuk menjual barangan itu lalu diberi ganjaran yang berbentuk komisen.Contohnya, watak² Walt Disney, Garfield, Pierre Cardin dan Dunhill.
Francais Wakil Pengedar.Francaisi wajib pasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan serta diberi monopoli di kawasan geografi tertentu. Contoh: stesen perkhidmatan minyak dan pengedaran kereta =Petronas, Pusat Perkhidmatan EON.
Penganjur.Francaisi sebagai penganjur kepada francaisor. Barangan dibeli daripada dan nama syarikat² francaisi adalah sama. Penglibatan francaisor dalam perniagaan syarikat adalah mendalam daripada modal, bahan mentah, kepakaran, pengurusan dan pemasaran.Contohnya, PERNAS EDAR (Kedai G-Mart)
Kebaikan perniagaan francaisBerisiko rendah kerana kebanyakan produk yang tersenarai telah lama bertapak dalam bidang perniagaan dan mendapat tempat di hati pengguna.Berpeluang memperdagangkan/memasarkan produk/perkhidmatan yang sudah terkenal jenamanya.
Francaisor yang kekurangan modal boleh memperluas pasaran.Memperoleh faedah ekonomi bidangan daripada produk serta pembelian bekalan bahan mentah dan keperluan lain secara pukal.Francaisi berpeluang menjalankan perniagaan dengan kaedah pengurusan yang telah terbukti kejayaannya.Usahawan yang tidak berpengalaman akan mendapat panduan lengkap dari segi pengurusan, nasihat, modal dan bantuan kewangan daripada francaisor.Mudah diaplikasikan kerana mempunyai sistem yang lengkap dan terbukti keberkesanannya.
Kelemahan perniagaan francaisBayaran terlalu besar bagi mendapatkan hak ke atas jenama produk dan pakej yang disediakan oleh francaisor.Francais tertakluk kepada peraturan dan kaedah pengoperasian perniagaan yang ditetapkan oleh francaisor.Francaisi perlu berhati-hati dalam memilih francaisor untuk mengelakkan penipuan kerana kemungkinan francaisor mengambil alih perniagaan francais apabila perniagaan tersebut sudah maju.Tiada maklumat terkini yang lengkap mengenai industri francais terutama di Malaysia.
Tiada akta untuk mengawasi, sistem kawal selia terhadap taraf kualiti sesuatu sistem francais yang memasuki pasaran dan kurang insentif diberikan kepada usahawan yang berminat.
Beberapa contoh perniagaan francais yang berjaya di Malaysia:
Edaran Otomobil Nasional Berhad. (EON)Goodyear Malaysia Berhad.
Ditubuhkan pada
16/5/1984
Tujuan: Edarkankereta nasional
ke pasaran
Pengedar keretaPROTON dan
francaisor tempatan terbesar
103 buah francaisipusat jualan
65 BP, 38 bukan BP
96 buah fraincaissedia perkhidmatan
dan alat ganti
EON
Faktor yang menentukan kejayaan sistem francais EON:
Mempunyai produk yang berjaya dan berkualiti.Mempunyai pasaran yang inovatif.Memberi penekanan kepada khidmat selepas jualan.Mempunyai sistem pengurusan yang baik.Melihat francaisor sebagai rakan kongsi.
Senarai produk francais yang berpotensi dalam program pembangunan:
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan
Modal
1 McDonalds Makanan Segera
RM 800 000 -RM 1 Juta
2 Mary Brown Fried Chicken
Makanan Segera
RM 250 000 – RM 500 000
3 The Little Gym Program Pembanguna
n Kanak²
RM 250 000
4 Kinderland Pra-Sekolah dan Pusat
Jagaan Kanak²
RM 85 000
5 Kodak Express Kedai Gambar
RM 215 000
6 Singer Barangan Elektrik
RM 30 000
7 Fuji Image Plaza Kedai Gambar
RM 175 000
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan
Modal
8 Kit Loong Tayaria Perkhidmatan Kenderaan dan
Jualan Tayar
RM 175 000
9 Goodyear Service
Centre/Servitaker
Perkhidmatan Kenderaan dan
Jualan Tayar
RM 250 000 – RM 300 000
10 Sign Express Membuat Papan Tanda
RM 250 000
11 Pharmacare Medicine Shoppe
Kedai Ubat RM 200 000 – RM 250 000
12 Bonia Menjual Pakaian dan Barang Kulit
RM 200 000
13 Habib Jewel Kedai Emas RM 500 000 – RM 1 Juta
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
14 Farmasi Dewma
Kedai Ubat RM 230 000 – RM 250 000
15 Hotel Seri Malaysia
Kos Sederhana RM 500 000 – RM 1.4 Juta
16 Mobikom Shoppe
Telefon Bimbit dan Aksesori
RM 188 000 – RM 220 000
17 Eye Master Perkhidmatan Pemeriksaan dan
Jual Cermin Mata/Contact
Lense
RM 210 000 -RM 250 000
18 Avon Kosmetik, Toiletries,
Jewellers dll
RM 83 000 – RM 100 000
19 Sugar Bun Makanan Segera RM 500 000
Bil Francais Induk Jenis Perniagaan Modal
20 MPH Bookstores
Kedai Buku dan Alat Tulis
RM 400 000
21 Popular Bookstores
Kedai Buku dan Alat Tulis
RM 250 000
22 Arastu Barangan Elektrik dan
Perabot
RM 70 000
23 Sabar Express Perkhidmatan Kurier dan
Penghantaran Cepat
RM 50 000
24 Caserini Pakaian RM 165 000
25 Deli Giant Pakaian RM 210 000
26 Academic of Learning
Pembelajaran Komputer
RM 200 000
E. Perikatan Strategik
Persekutuan atau penggabungan bersama dua atau lebih firma yang bertujuan untuk mempelajari dan mendapatkan teknologi, produk, kemahiran dan pengetahuan antara satu sama lain.Mekanisme perikatan ini termasuklah perlesenan, pengeluaran bersama, usahasama atau konsortium. Contoh perikatan strategik: United Engineering Malaysia (UEM), PNSB, Ho Hup, Teka Neka, Sato dan Mitsui dan sebagainya.
Beberapa cabaran dalam perikatan strategik: Menetapkan wawasan strategik yang jelas.
Cabaran pertama : bentuk logik yang kuat dan kukuh mengapa perikatan perlu dilaksanakan. Firma yang bakal membuat perikatan mesti berupaya mengenal pasti faedah yang besar iaitu capai kos yang rendah dan anjal dan punya potensi yang lebih khusus. Alasannya:
mencapai pasaran baru memperoleh teknologi dan kemahiran mencapai tahap ekonomi bidangan menyebarkan risiko mengurangkan persaingan
Mencari rakan kongsi yang sesuai.Faktor yang diambil kira bagi memastikan kesesuaian perikatan strategik
Saiz dan stail organisasi. Stail dan kecepatan pembuatan keputusan.Proses penyelesaian sesuatu isu.Sikap pihak pengurusan dan halangan².Persefahaman budaya.
Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang mungkin timbul dengan memperkenalkan:
Pembangunan pengurusan bersamaMenterjemahkan budaya dan bahasa korporatMembangunkan sistem pengurusan yang komperhensif dan berpadananProjek bersama atau integrasi secara selektif
Rancang, rancang dan rancang semula. Kedua-dua pihak perlu lebih proaktif dan meletakkan fokus yang berterusan ke atas keperluan komersial dan perhubungan mereka.
Perkara yang perlu dirancang dengan teliti – perjanjian secara formal tentang cara berhadapan dengan suasana persaingan, liabiliti percukaian dan aspek kewangan.
Kemungkinan kedua-dua pihak ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap jumlah nilai sumbangan setiap pihak dalam perkongsian tersebut atau jumlah nilai yang boleh dihasilkan tanpa perikatan.
Menyemak semula secara berterusan perhubungan yang dibentuk.
Tidak boleh dilakukan berdasarkan logik awal terhadap keperluan kepada persekutuan bersama dan kemudiannya dibiarkan.Semakan semula secara berterusan adalah perlu kerana sasaran dan arah tuju perikatan boleh berubah ikut perubahan, masa dan perubahan persekitaran.
SEKIAN TERIMA KASIH
PEMBENTANG: NUR RIFAH SYAHIRAH SHARUM