Simpulan bahasa tahun 3

5
BAHASA MELAYU TAHUN 3 Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas. SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT. 1. ada hati Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan. Ayat : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu. 2. akal kancil Maksud : tipu daya yang licin Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak. 3. alas perut Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut. 4. alim-alim kucing Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan. Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya. 5. anak angkat Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman. 6. anak bongsu Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong. 7. anak emas Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya. Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan. 8. anak kandung Maksud : anak sendiri Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah. 9. angkat bakul Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri. Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya. 1

Transcript of Simpulan bahasa tahun 3

Page 1: Simpulan bahasa tahun 3

BAHASA MELAYU TAHUN 3

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.1. ada hati   Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.   Ayat      : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil   Maksud : tipu daya yang licin   Ayat      : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang banyak.

3. alas perut   Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu   Ayat      : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing   Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.   Ayat      : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat   Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri   Ayat      : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.  6. anak bongsu   Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga   Ayat      : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas   Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.   Ayat      : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.

8. anak kandung   Maksud : anak sendiri   Ayat      : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul   Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.   Ayat      : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.

1

Page 2: Simpulan bahasa tahun 3

10. atas angin     Maksud : Negara-negara barat     Ayat      : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut     Maksud : orang yang suka bercakap     Ayat      : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

12. batu api     Maksud : penghasut     Ayat      : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan     Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan     Ayat      : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan     Maksud : hasil kerja tangan seseorang     Ayat      : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa     Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu     Ayat      : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsakebakaran.

16. buah mulut     Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan     Ayat      : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut seluruh kampung.

17. buah tangan     Maksud : pemberian     Ayat      : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

18. bulat kata     Maksud : sepakat, sehati     Ayat      : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh     Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.

2

Page 3: Simpulan bahasa tahun 3

     Ayat      : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.

20. gaji buta     Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh     Ayat      : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut     Maksud : mengurangkan makan kerana susah     Ayat      : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampumemberikan wang saku kepadanya.

22. iri hati    Maksud : perasaan cemburu     Ayat      : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu     Maksud : tidak mendapat kata sepakat     Ayat      : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.  24. keras kepala     Maksud : tidak mahu mengalah     Ayat      : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.

25. khabar angin     Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.     Ayat      : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.

26. langkah kanan     Maksud : mujur atau bernasib baik     Ayat      : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu     Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut     Ayat      : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.

28. mandi peluh     Maksud : basah dengan peluh     Ayat      : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

3

Page 4: Simpulan bahasa tahun 3

29. mata duitan     Maksud : orang yang mementingkan wang saja     Ayat      : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.

30. pilih kasih     Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi     Ayat      : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.

31. rambang mata     Maksud : sukar untuk membuat pilihan     Ayat      : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan     Maksud : suka menolong orang     Ayat      : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang     Maksud : rajin bekerja     Ayat      : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.

34. sampai hajat     Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati     Ayat      : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru     Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam     Ayat      : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi. 36. senyum kambing     Maksud : senyum mengejek     Ayat      : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata     Maksud : hadiah kenang-kenangan     Ayat      : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka     Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan     Ayat      : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.

39. tangkai jering     Maksud : orang yang kedekut

4

Page 5: Simpulan bahasa tahun 3

     Ayat      : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku     Maksud : orang yang tekun membaca     Ayat      : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.

5