Simpulan Bahasa sekolah rendah
-
Upload
anonymous-w6pe4z0p -
Category
Documents
-
view
108 -
download
21
description
Transcript of Simpulan Bahasa sekolah rendah
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
PERIBAHASA /SIMPULAN BAHASA/PERUMPAMAAN
Isi tempat kosong dengan peribahasa, simpulan bahasa dan perumpamaan yang sesuai
1 Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat
___________ bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan pintas
C jalan belakang
D jalan tengah
2 Oleh sebab Siti seorang yang sangat teliti, dia ________ untuk menyiapkan kerja
sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil berkat
C mengambil langkah
D mengambil masa
3 Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu ___________
sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B rambang mata
C putih mata
D rabun mata
4 Budak yang _____________ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami
pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B cekal hati
C sampai hati
D ada hati
952
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
5 Rahman merupakan ___________ pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala
kemahuannya dituruti.
A tulang belakang
B ringan tulang
C keras tulang
D tulang empat kerat
6 Sahabat yang baik tidak patut __________ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka mulut
C membuka langkah
D membuka mata
7 Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut ______ , nanti kita juga yang akan
menyesal.
A darah gemuruh
B darah muda
C darah daging
D darah dingin
8 Amran berkata, "Inilah __________ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ".
A kata sepakat
B kata dua
C kata hikmat
D kata putus
9 Mat Deris begitu ___________ menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah
lama terbiar.
A ada hati
B kecil hati
C cekal hati
D rendah hati
953
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
10 Sejak peristiwa itu Puan Salwa ________ untuk membenarkan anaknya menyertai
perlawanan bola sepak.
A jauh hati
B berat hati
C kecil hati
D patah hati
11 Encik Hamidon seorang yang _________ . Beliau sentiasa menghormati dan melayani
pekerja - pekerjanya.
A rendah diri
B pilih kasih
C mata duitan
D hidung tinggi
12 Pemuda teksi itu tidak sanggup ___________ dengan penumpangnya yang kurang
sopan.
A berhati batu
B bertegur sapa
C berhati perut
D bertikam lidah
13 Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ____________
A cepat tangan
B tangan sejuk
C bekas tangan
D tangan terbuka
14 Ahmad dan Aisyah sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum mendapat
___________954
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
A anak tiri
B anak angkat
C anak emas
D cahaya mata
15 Kita hendaklah memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya kerana ___________
A masa itu emas
B membaca itu jambatan ilmu
C biar lambat asal selamat
D sabar itu separuh daripada iman
16 Kereta yang memecut laju seperti ____________itu membahayakan pengguna jalan
raya.
A cacing kepanasan
B kera dapat bunga
C lipas kudang
D kera sumbang
17 Sikap Encik Dahlan yang _____________ itu tidak disenangi oleh penduduk
kampung.
A tangkai jering
B ringan tulang
C kaki bangku
D ulat buku
18 Emak membawa __________kepada Mak Cik Rogayah yang berada di wad.
A buah hati
B buah tangan
C buah mulut
D buah kaki
19 Sikap Rosli dan Sabri yang suka bergaduh itu tak ubah seperti ____________.
A anjing dan bayang-bayang
B anjing dengan kucing955
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
C kacang lupakan kulit
D katak bawah tempurung
20 Belum___________ lagi penoreh getah itu sudah berada di kebunnya untuk menoreh.
A terang tanah
B terang hati
C buka mata
D putih mata
21 Encik Linggam membawa isteri dan anak-anaknya __________di Pulau Langkawi.
A naik angin
B khabar angin
C makan angin
D kepala angin
22 Mereka bertiga digelar ___________ kerana tidak pandai bermain bola sepak.
A kaki botol
B kaki angkat
C kaki bangku
D kaki buli
23 Nizam adalah ____________ dalam pasukan bola sepak sekolahnya.
A ayam tambatan
B rabun ayam
C cakar ayam
D ajak ayam
24 “Saya akan pergi ______________ ke Kuala Lumpur”. Kata Chua kepada Bong.
A makan suap
B makan angin
C makan besar956
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D makan hati
25 Pesawah itu saling membantu satu sama lain ibarat_______________.
A seperti aur dan tebing
B seperti menatang minyak yang penuh
C seperti api dalam sekam
D seperti gunting dalam lipatan
26 Dia diibaratkan seperti _______________ kerana tidak bergual dengan masyarakat.
A kera sumbang
B cacing kepanasan
C lipas kudung
D kera dapat bunga
27 Kamu perlu ___________ sebelum memohon jawatan tinggi itu.
A lagi murah, lagi tawar
B rosak tapai kerana ragi
C ukur baju di badan sendiri
D hilang kabus teduh hujan
28 Tetamu yang baru dikenali itu diterima oleh keluarganya dengan ____________
A cepat tangan
B bekas tangan
C tangan sejuk
D tangan terbuka
29 Tuan doktor, kami berdua sudah lima tahun berkahwin, tetapi masih belum
mendapat_______.
A anak tiri
B anak angkat
C anak emas957
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D cahaya mata
30 Kawan-kawan sekalian, kita mestilah _________ dengan kejayaan mereka kalau
mereka boleh mengapa kita tak boleh.
A ambil hati
B cekal hati
C iri hati
D besar hati
31 Puan Eda baharu pulang dari Jepun. Mari kita pergi jumpa dia. Kalau nasib kita baik
kita akan dapat __________ .
A bekas tangan
B buah hati
C tanda mata
D mengadu nasib
32 Urusan __________ kereta Proton Satria itu diserahkan kepada Syarikat Sinar Baru.
A campur tangan
B temu janji
C guna tenaga
D jual beli
33 Barangan yang dijual dengan ______________itu tidak boleh ditawarkan lagi oleh
pengguna.
A harga mati
B naik harga
C jual mahal
D potong harga958
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
34 Harapan pemuda-pemuda kampung itu seperti __________ kerana puteri raja itu tidak
mungkin menjejakkan kaki ke kampung mereka.
A enggang sama enggang, pipit sama pipit
B biar mati anak, jangan mati adat
C alah sabung, menang sorak
D menanti kucing bertanduk
35 Pelanggan-pelanggan di warung Pak Mat Noor berbual-bual dengan tidak menentu
dan membuang masa sahaja.
A cakap besar
B omong kosong
C khabar angin
D mengado domba
36 Pakcik Ismail tidak akan mendengar walaupun kita bercakap kuat dengannya kerana
dia_____________.
A telinga lintah
B pekak tuli
C telinga pekak
D pekak badak
37 Sewaktu berada di pusat membeli-belah itu saya menjadi_____________kerana
terlalu banyak barang yang menarik.
A gelap mata
B pening kepala
C rambang mata
D rambang hati
959
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
38 Kakinya luka terpijak paku kerana tabiatnya yang gemar ___________ apabila
merayau di belakang rumah.
A berkaki bangku
B berkaki botol
C berkaki ayam
D berkaki bola
39 Walaupun Puan Rogayah __________ , namun dia sangat disayangi oleh anak-anak
Encik Zali kerana tingkah lakunya yang baik.
A ibu angkat
B buah hati
C anak emas
D ibu tiri
40 Sejak tamat sekolah, kerjanya cuma __________ di rumah. Dia sedikitpun tidak mahu
berusaha mencari kerja.
A makan angin
B makan tidur
C memilih bulu
D bermain mata
41 Walaupun badannya kecil tetapi dia berlari laju macam __________.
A rusa masuk kampung
B kuda belang
C beruang dalam belukur
D lipas kudung
42 Jika kita pertama kali ke Kuala Lumpur kita akan tercengang-cengang seperti_______
A rusa masuk kampung
B ayam kehilangan anak
C anjing menyalak bukit
D burung dalam sangkar
960
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
43 Pasukan Bola Sepak Selangor tidak puas hati dengan keputusan pengadil itu. Mereka
mendakwa pengadil itu ______________.
A berat perut
B berat mata
C berat badan
D berat sebelah
44 Kawasan sekolah itu semak-samun kerana pekerjanya suka ____________
A curi hati
B curi ayam
C curi tulang
D curi kerja
45 " ____________apabila saya mengajar !" kata Cikgu Amid dengan keras.
A Dengar telinga
B Pasang telinga
C Dengar lihat
D Pasang mata
46 Pasangan pengantin sama padan seperti__________________.
A sirih pulang ke ganggang
B cincin belah rotan
C pinang dibelah dua
D kucing dengan anjing
47 Orang gaji Puan Tan _________ orangnya.Dia cekap melakukan kerja-kerja rumah.
A naik lemak
B panjang tangan
C ringan tulang
D berat perut
48 Kami meminta maaf kepada Awaludin kerana _____________ tanpa mengetahui 961
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
perkara perkara yang sebenarnya.
A curi tulang
B senampang bambu
C buruk siku
D serkap jarang
49 Najihah digelar _________ oleh rakan-rakannya kerana setiap masa berkepit dengan
buku.
A ulat buku
B ulat daun
C kutu embun
D otak kering
50 Kakak jiran di sebelah rumah saya pemurah orangnya tetapi dia suka
menceritakan hal orang lain.
A buah mulut
B mulut besar
C murah mulut
D bawa mulut
51 Fatimah bergaduh dengan Chua adalah disebabkan Tijah menjadi ____________ nya.
A hati batu
B batu keras
C kepala batu
D batu api
52 Encik Kadir mendapat sokongan _____________dari guru-guru untuk menjadi
pengerusi kebajikan.
A sepenuh hati
B sebulat suara
C sepenuh suara
D sepenuh isi
962
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
53 Mak Cik Ara adalah seorang yang _________ sebab itu dia sangat disukai oleh
penduduk Kampung Berata.
A panjang tangan
B buah mulut
C ringan tulang
D buah tangan
54 Emak selalu membawa ___________ untuk kami apabila pulang dari luar negeri.
A buah-buahan
B buah tangan
C buah hati
D ringan tulang
55 Akibat sikapnya yang _______________ itu, dia sanggup membunuh abangnya
sendiri.
A panas baran
B gila pangkat
C buta tuli
D naik angin
56 Akibat sikap yang tidak bertanggungjawab, habis dinding-dinding tandas awam
diconteng oleh remaja-remaja yang__________.
A gatal tangan
B lepas tangan
B panjang tangan
D buah tangan
57 Razak adalah satu-satunya anak Encik Bosri. Oleh sebab itu dia ditatang seperti ____
A minyak wangi 963
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B minyak yang penuh
C minyak hampir penuh
D minyak masak
58 Orang yang _______________ biasanya dia tidak ada kawan.
A panjang tangan
B berat tangan
C buah tangan
D depa tangan
59 _________ yang didengarnya dari orang-orang kampung menyebabkan dia sentiasa
bersedih dan tidak lalu makan.
A Makan angin
B Khabar angin
C Naik angin
D Mulut tempayan
60 Ain berasa ................. kerana tidak dapat mejawab semua soalan peperiksaan dengan
baik.
A senang hati
B buta hati
C terang hati
D susah hati
61 Chua _________ apabila rnelihat wang yang begitu banyak di atas mejanya.
A cari jalan
B besar hati
C sua muka
D gelap mata
62 _______________ yang dilakukan oleh pihak pemberontak itu dapat menawan dua
puluh orang duta dari negara luar.
A Serkap jarang 964
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B Panjang tangan
C Serang hendap
D Pukul curi
63 "Nampaknya, tahun ini padi kita __________ ". kata Wak Seman kepada isterinya.
A kurang manis
B kurang jadi
C kurang umur
D kurang tua
64 Dia suka membeli barang-barang yang berjenama mahal, maklumlah
A makan hati berulam jantung.
B besar periuk, besarlah keraknya.
C sudah jatuh ditimpa tangga
D beringat-ingat sebelum kena.
65 Hasanol memang ______________ sehingga sekarang pun dia masih belum tahu
membaca dan menulis.
A otak udang
B otak kancil
C otak cair
D otak-otak
66 Beberapa orang ________ yang mengatur perlawanan bola sepak itu telah diberkas
polis.
A kaki bangku
B kaki ayam
C kaki minum
D kaki judi
67 Berita tentang kejayaannya mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi
___________jiran tetanggannya.
A buah mulut
B buah tangan 965
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
C buah hati
D anak buah
68 "Kamu jangan cuba jadi __________, nanti buruk padahnya," kata Asri kepada Jamil.
A batu api
B angkat bakul
C cakar ayam
D ayam tambatan
69 Ibu dan ayah saya tidak pernah __________ terhadap kami adik-beradik.
A pilih kasih
B makan angin
C sampai hati
D campur tangan
70 Kami menerima cadangan itu dengan __________ demi kebaikan bersama.
A tebal telinga
B ringan tangan
C keras kepala
D tangan terbuka
71. Keputusan Doktor Hasbulah untuk pulang ke kampungnya dan membuka sebuah
klinik di situ bagai __________.
A ayam dimakan tangau
B telur di hujung tanduk
C sirih pulang ke gagang
966
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D mendukung biawak hidup
72 Puan Aminah __________ setelah suaminya meninggal dunia.
A batu api
B pekak badak
C patah kandar
D masuk akal
73 "Janganlah kamu __________ dengan kejayaan orang lain," pesan Cikgu
Hisham kepada anak muridnya.
A berat hati
B iri hati
C ada hati
D isi hati
74 Mak Tom selalu __________ sejak kematian anak tunggalnya itu.
A naik tangan
B senyum kambing
C pasang telinga
D berendam air mata
75 Anak gadis Pak Hamid itu __________. Ramai pemuda yang menaruh hati
terhadapnya.
A cantik seperti raja
B cantik seperti berlian
C cantik seperti merak
D cantik seperti bidadari
76 Jika kita banyak membaca, __________ kita akan bertambah kuat dan matang.
A daya fikir
B otak udang
C mulut murai967
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D muka tembok
77 "Kamu mesti membayar __________ atas kehilangan duit itu," kata Ah Seng kepada
Rajan.
A cari jalan
B ganti rugi
C durian runtuh
D langkah kanan
78 Pekerjaannya di restoran itu sebagai _________ ke arah membuka perniagaannya
sendiri pada suatu masa nanti.
A batu api
B lepas tangan
C dapat terpijak
D batu loncatan
79 Sebagai anak perempuan tunggal, Aminah menjadi ______________ keluarga Encik
Atan. Segala permintaannya dipenuhi termasuk dibelikan barang-barang mewah.
A anak angkat
B anak emas
C anak buah
D anak pungut
80 Pelajar yang _____________ itu menjawab semua soalan Matematik dalam masa
20 minit sahaja.
A telinga lintah
B tawar hati
968
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
C malu-malu kucing
D tajam akal
81 ``Nampaknya saya ______________, sampai-sampai saja makanan enak sudah
terhidang di atas meja,’’ kata Ahmad kepada Haji Karim.
A makan angin
B langkah kanan
C tangakai jering
D durian runtuh
82 ``Makan ______________ sahaja, ketika waktu pejabat awak tidur, cukup bulan
tuntut gaji lebih,’’ herdik majikan itu kepada pekerjanya.
A makan angin
B banyak mulut
C gaji buta
D panas hati
83 Amirul _________ ketika menunggu gilirannya untuk menerima suntikan.
A seperti lipas kudung
B seperti kucing miang
C seperti cacing kepanasan
D seperti anjing kedahuluan
84 Halimah dan suaminya kini hidup gembira selepas dikurniakan seorang
____________ baru-baru ini.
A cahaya mata
B mata air
C sakit mata
969
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D putih mata
85 Kes itu telah menjatuhkan _______________nya, apatah lagi selepas tuduhan oleh
penduduk kampung ke atasnya dilakukan secara ________________.
A air mata, bidan terjun
B air mata, tangkai jering
C air muka, serkap jarang
D air muka, rambang mata
86 Setelah lima kali gagal dalam ujian itu, Shahdan mula ___________ untuk mencuba
buat sekian kalinya, apatah lagi kini dia sedang menghadapi masalah kewangan
A putih mata
B tawar hati
C ringan mulut
D jatuh hati
87 Jangan ___________ dengan kejayaan rakan-rakan kerana kalau kita rajin berusaha,
tentu kita juga akan berjaya.
A jatuh hati
B isi hati
C iri hati
D harga diri
88 Sejak menjadi ___________ kepada keluarga kaya itu, dia mula _____________ dan
enggan mendengar nasihat kawan-kawan serta guru-guru di sekolahnya.
A anak angkat, besar kepala
970
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B anak emas, serkap jarang
C anak angkat, banyak mulut
D anak buah, malu-malu kucing
89 Murid baru itu _____________ hendak menjadi ketua kelas.
A ada angin
B ada hati
C ada bakat
D ada sengat
90 Saya tidak mahu ikut bersama-sama May Tan kerana saya tahu dia hanya
____________.
A ambil mudah
B angkat bahu
C ajak-ajak ayam
D alas cakap
91 _______________ Encik Farizal akan melangsungkan perkahwinannya pada minggu
hadapan.
A Anak dagang
B Anak bulan
C Anak jantan
D Anak buah
92 Lyana menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai ____________ untuk
memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
A batu loncatan
971
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
B durian runtuh
C batu api
D tanda mata
93 Saya ____________ untuk pergi ke rumah Pak Lang pada malam ini.
A berat mata
B berat hati
C berat mulut
D berat tulang
94 Amira bukanlah seorang murid yang sombong tetapi dia hanya _____________.
A berat mulut
B berat hati
C berat mata
D berat tulang
95 Nizam __________kerana dia akan mengambil balik apa-apa pemberian yang
diberikan.
A busuk hati
B ganti tikar
C ada sengat
D buruk siku
96 “Tuntutlah ilmu walau di mana sahaja kamu berada kerana _____________”
A bukit sama didaki, lurah sama dituruni
B hilang bahasa lenyaplah bangsa
C ilmu itu penyuluh hidup
972
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
D hidup adalah suatu perlumbaan
96 Mat Jenin seperti___________. Sudahlah cedera, diberhentikan kerja pula oleh
majikannya.
A bumi mana tidak ditimpa hujan
B kera menjadi monyet
C sudah jatuh ditimpa tangga
D lidah tidak bertulang
97 Ramai tetamu memuji pasangan pengantin yang ______________ itu.
A bagai pungguk merindukan bulan
B bagai pinang dibelah dua
C bagai menelan mestika embun
D bagai sumur di tepi rawa
98 Kita jangan bersikap tamak kerana nanti ________________.
A nasi sudah menjadi bubur
B yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran
C memulang paku buah keras
D lambat laga asalkan menang
99 Jangan hampiri budak-budak nakal itu, nanti kamu yang susah. Bak kata bidalan
A jangan diajar anak harimau makan daging
B sarang tebuan jangan dijolok
C biar titik, jangan tumpah
D ditolak tak tumbang
973
Panel Perunding Bahasa Melayu Daerah Pontian
100 Sikap Ana dan emaknya ____________sahaja kerana kedua-duanya suka mengumpat.
A dua kali lima
B ada rotan, ada duri
C lain lubuk, lain ikan
D alang sabung, menang sorak
974