Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

10
1 Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baru 1. Pengenalan Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan. Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi. (Lim, 2009) Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol. Bahagian ini selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat merupakan Perdana Menteri, maka

description

Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

Transcript of Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

Page 1: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

1

Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baru

1. Pengenalan

Teks ucapan alu-aluan ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tuan rumah dalam sesuatu

majlis. Teks ucapan ini selalunya ditulis dengan ringkas tetapi ada juga yang panjang bergantung

pada kehendak pihak penganjur majlis. Teks ucapan ini mengandungi ucapan alu-aluan selamat

datang dan ucapan terima kasih kepada tamu kehormat dan para jemputan.

Selain itu, dalam teks ucapan alu-aluan juga akan disampaikan harapan pihak penganjur, objektif

majlis dan penghargaan kepada orang yang membantu melaksanakan majlis. Kadangkala dalam

teks ucapan alu-aluan juga turut dimasukkan laporan kejayaan sesuatu organisasi atau institusi.

(Lim, 2009)

Dalam bahagian kata alu-aluan, senarai panggilan mestilah mengikut protokol. Bahagian ini

selalunya dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada saudara Pengacara Majlis dan

kemudiannya tamu kehormat barulah diikuti senarai nama yang lain. Panggilan hormat bagi

tamu kehormat bergantung pada gelaran atau pangkat individu tersebut. Jika tamu kehormat

merupakan Perdana Menteri, maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Amat Berhormat.

Namun, jika tamu kehormat merupakan pegawai kerajaan yang berjawatan atau berpangkat,

maka panggilan hormat yang sesuai ialah Yang Berbahagia. Begitu juga sekiranya majlis yang

diadakan bertujuan meraikan pegawai bawahan, maka panggilan hormat yang digunakan ialah

Yang Diraikan.(Nazlyrahim, 2010)

Page 2: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

2

Kata alu-aluan 1: Kata alu-aluan disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli jawatan kuasa yang terlibat kerana berjaya

melaksanakan Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini dengan jayanya dalam satu

pemuafakatan yang jitu bagi menzahirkan sebuah komuniti pengurusan sumber manusia yang

berpengetahuan dan bersatu dalam menangani pelbagai isu semasa yang perlukan kerjasama

yang erat untuk diselesaikan.

Seminar Pengurusan dari masa kesemasa dijalankan bagi pelbagai sektor dalam perkhidmatan

awam dan jugak sektor swasta bagi memantapkan lagi pelaksanaan pelbagai fungsi organisasi.

Seminar kali ini memberi penekanan khusus kepada sektor sumber manusia sebagai salah satu

bidang utama dalam pengurusan organisasi dan juga memberi penekanan kepada perkembangan

terbaru dalam alaf baharu ini.

Dengan memahami perkembangan dan pembaharuan yang berlaku dari segi perubahan sistem

dan juga pengunaan aplikasi baru dalam pentadbiran secara amnya dan pengurusan sumber

manusia secara khususnya pihak pentadbiran dapat memastikan pengurusan yang mantap dan

tersusun.

Kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan pihak pengurusan

secara keseluruhan dan peranan pentadbir sumber manusia yang memastikan segala pelaksanaan

dan pengurusan dijalakan secara tepat dan teratur.

Akhir kata, saya berharap agar Seminar Pengurusan Sumber Manusia akan menjadi platform

bagi pihak pentadbir mengenali dan memahami aplikasi dan cara pengurusan terbaru yang

diperkenalkan serta menjayakan pengunaanya di peringkat masing-masing

Page 3: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

3

Kata alu-aluan 2: Kata alu-aluan disampaikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Sumber

Manusia

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera,

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi

kesempatan merakamkan sepatah dua kata di dalam buku cenderamata Seminar Pengurusan

Sumber Manusia Alaf Baharu ini. Saya dan semua warga Kementerian Sumber Manusia ingin

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan pihak penganjur dalam

menyatukan pelbagai agensi kerajaan dan juga swasta dalam Seminar yang julung kali diadakan

ini.

Seminar ini pada dasarnya bertujuan memperkenalkan sistem pengurusan Sumber Manusia yang

dipelopori dibawah inisiatif Bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad. Program

“Human Resource Information System” (HRMIS) atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber

Manusia, yang ditandatangani pada tahun 1999 antara Kerajaan Malaysia dan MSC Malaysia.

Selepas pelbagai proses percubaan dan penilaian yang terperinci, program ini telah dilaksanakan

dengan jayanya, tetapai ada pelbagai lagi kegunaan dan isu isu berbangkit yang perlu

diselesaikan, bagi tujuan tersebut Kementerian telah mendapat kerjasama pakar sumber manusia

bersama dengan pakar IT dan sistem HRMIS dari MSC untuk bersama membincang dan

membentangkan idea untuk kita bersama sama menambah baik dan menilai keberkesanan sistem

HRMIS.

Semoga daripada Seminar ini, kita dapat menambah baik bukan sahaja HRMIS tetapi jugak cara

pengendalian Sumber Manusia di pihak kerajaan dan juga pengurusan sumber manusia pihak

swasta.

Page 4: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

4

Kata alu-aluan 3: Kata alu-aluan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kementerian

Sumber Manusia (Operasi)

Srategi pengurusan sumber manusia dalam perkhidmatan awam hari ini secara langsung

memerlukan setiap penjawat awam terus melakukan perubahan minda dan cara bekerja yang

lebih baik. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penjawat

awam telah menerima hakikat bahawa kemudahan teknologi maklumat merupakan keutamaan

kepada penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. Walau bagaimanapun mereka perlu melalui

proses pembelajaran, latihan serta komitmen yang tinggi untuk menjayakan sistem yang

disediakan.

Saya dapat nyatakan dengan bangganya, bahawa aplikasi “Human Resource Management

Information System” (HRMIS) atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia telah

berjaya membawa sistem pengurusan sumber manusia sektor awam ke arah satu tahap yang

lebih efisien dan sistematik.

Pelaksanaan Projek HRMIS telah menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang berterusan

di kalangan warga perkhidmatan awam. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah

memastikan kejayaan aplikasi HRMIS selama ini.Sehubungan itu, adalah diharapkan agar

Seminar HRMIS ini dapat menjadi pemankin kepada Transformasi Pengurusan Sumber Manusia

Sektor Awam Malaysia Abad ke-21

Akhir kata, marilah kita terus menabur sumbangan dan usaha ke arah memberikan perkhidmatan

yang terbaik untuk rakyat. Sememangnya, saya menyimpan harapan yang tinggi kepada setiap

anggota perkhidmatan awam untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menambah baik sistem

perkhidmatan Kerajaan selaras dengan arus pembangunan negara.

Page 5: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

5

Kata alu-aluan 4: Kata alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Kementerian Sumber Manusia

Bahagian Utara

Assalamualakum w.b.t / salam sejahtera kepada pesrta-peserta Seminar Pengurusan Sumber

Manusia Alaf Baharu, setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian kepada Allah s.w.t. kerana

menganugerahi saya ruang dan masa untuk menghulurkan sekalung ucapan tahniah dan selamat

datang kepada anda semua ke seminar ini.

Dengan komitmen dari pihak tuan puan dapat memberi input yang penting bagi menambah baik

dan juga memahami aplikasi dan pelaksanaan sistem HRMIS. Semoga anda semua dapat

memanfaatkan sepenuhnya peluang keemasan ini untuk mengenali dan mendalami pelaksanaan

sistem ini di sektor awam. Melalui seminar ini juga diharapkan dapat melibatkan sama pihak

swasta dalam menentukan cara terbaik untuk melaksanakan sistem ini di organisasi swasta di

Malaysia.

Sepanjang seminar ini berlangsung semua usul serta cadangan yang dibentangkan akan dikumpul

dan dibawa ke meja perundingan HRMIS yang bersedia membuat penambah baikan yang bagi

memastikan keberkesanan dan kejayaan sistem ini semamsa digunakan di pelbagai peringkat

kerajaan dan organisasi organisasi lain yang terlibat.

Akhir kata, saya mewakili semua warga kementerian dan badan penganjur sekali lagi ingin

mengucapkan selamat datang kepada peserta Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu.

Saya percaya kerjasama berterusan antara pihak kerajaan dan swasta dalam bidang pengurusan

sumber manusia akan meningkatkan usaha ke arah kejayaan dan kecemerlangan pengurusan

sumber manusia. Terima kasih. Wassalam.

Page 6: Seminar Pengurusan Sumber Manusia - BM Pengurusan

6

Kata alu-aluan 5: Kata alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Jawatakuasa Induk pelaksanaan

projek HRMIS

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia,

Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurniaNya, Seminar Pengurusan Sumber Manusia

Alaf Baharu, yang julung kali dianjurkan dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Jutaan tahniah dan syabas buat seisi warga jawatankuasa

pelaksanaan HRMIS dan jawatankuasa kerja seminar ini.

Ucapan terima kasih juga saya titipkan atas kerjasama berterusan yang diberikan oleh MSC

Malaysia Bhd dalam meneliti dan menjayakan menzahirkan Visi mantan Perdana Menteri Tun

Dr.Mahathir Mohammad dalam mewujudkan satu sistem pengurusan maklumat sumber manusia

yang holistic dan mudah diurus dari semua peringkat. Usaha ini membolehkan sistem

pengurusan kerajaan Malaysia yang luas di integrasikan di peringkat pusat dan memudahkan

pemantauan. Selain memantau dan memastikan kualiti kerja di semua peringkat diselaraskan,

HRMIS membantu Kerajaan memberi perhatian kepada setiap keperluan pekerja dalam

perkhidmatan kerajaan dari segi latihan, pembangunan sumber manusia mahupun pemberian

insentif kewangan.

Mengakhiri ucapan disini, saya mewakili semua warga jawatankuasa Induk pelaksanaan Seminar

Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu dan badan penganjur sekali lagi ingin mengucapkan

selamat datang kepada peserta seminar. Saya percaya kerjasama berterusan antara pihak kerajaan

dan swasta dalam bidang pengurusan sumber manusia akan meningkatkan usaha ke arah

kejayaan dan kecemerlangan pengurusan sumber manusia. Terima kasih. Wassalam.