Sek Bestari vs Cluster
-
Upload
ummieahyar -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
Transcript of Sek Bestari vs Cluster
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
1/22
INOVASI DALAM PENDIDIKAN;SEKOLAH CLUSTER
Oleh:
ILYANA KAMAL BASHAH
Pengenalan
Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat penting
dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan
kemampuan amalannya ke tahap kauliti yang tingggi dan cemerlang agar dapat
menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya
dan politik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh
menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asas
kukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya
koperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki
tradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan
terlalu sengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan
sesuatu institusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan
persekolahan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi
pada landasannya untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan
politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu
sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal
dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran
tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.
Justeru itu perubahan tersebut, sama ada secara langsung atau tidak, merupakan
faktor pendorong kepada institusi pendidikan untuk melakukan perubahan bagi
1
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
2/22
memastikan sekolah akan dapat terus memainkan peranannya dengan berkesan
untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian bagi menghadapi perubahan
tersebut. Negara Malaysia yang harus bersaing dengan negara-negara maju dalam
pelbagai segi menuntut pelbagai inovasi pendidikan agar negara dapat bersaing di
peringkat global standing dengan negara-negara maju yang lain.
Kementerian Pendidikan melalui cetusan idea Menteri Pendidikan pada masa itu
iaitu Tan Sri Musa Muhammad telah secara tidak langsung mencadangkan
gabungan falsafah konservatif dan liberal dalam pedagogi. Ini dapat dilihat dengan
cadangan beliau untuk memberikan sedikit kelonggaran bagi sekolah untuk
menguruskan sendiri premis mereka dan menggalakkan sekolah memperkenalkan
unsur-unsur ketrampilan/kemahiran dalam akademik. Selain itu konsep-konsep
terkini seperti Sekolah Bestari dan yang terkini sekolah cluster.
Sekolah Bestari merupakan salah satu 'flagship' dalam Koridor Raya Multimedia
(MSC) yang dilaksanakan pada tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90
buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian
biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan
tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.
Sekolah Bestari membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.
Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari
bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai
potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya
pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer membolehkan kepelbagaian
dibina dalam sistem pendidikan.
Latar Belakang dan Konsep Sekolah Bestari
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep
Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan
kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep
2
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
3/22
Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada
Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dan segi proses pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah
untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran-
pembelajaran, iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan
bahan pengajaran-pembelajaran, direka semula untuk membantu murid belajar
dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari mendorong murid mengamalkan
pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran
sendiri.
Sekolah Bestari adalah satu institusi pembelajaran yang menyediakan murid untuk
zaman maklumat. Maka, institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar
sepanjang hayat dengan mengembangkan kemahiran generik yang membolehkan
pelajar memperoleh, menganalisis, menilai, mentafsir, mensintesis dan menyampai
atau menyebar maklumat.
Pengurus Sekolah Bestari dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila
fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu,
ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan telah
memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semuapihak ini sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan
berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.
Objektif Penubuhan Sekolah
Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, dan terdiri daripada yang berikut:
Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
Mendemokrasikan pendidikan
Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
Memupuk perkembangan menyeluruh individu
Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu.
3
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
4/22
Syarikat Usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd.
Syarikat usahasama, Telekom Smart School Sdn. Bhd, terdiri daripada tujuh (7)
syarikat tempatan. Selain itu, tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam
Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa
tersebut ialah seperti berikut:
BT Multimedia (Malaysia) Sdn. Bhd.
Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn. Bhd.
NIIT Malaysia Sdn. Bhd.
Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari
Komponen utama dalam Penyelesaikan Bersepadu Sekolah Bestari yang disediakan
dan dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn. Bhd. adalah seperti berikut:
Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan
bercetakuntuk empat mata pelajaran yang berikut:
o Bahasa Melayu
o Bahasa lnggeris
o Sains
o Matematik
Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisian untuk
fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:
o Governan Sekolah
o Pengurusan Hal-Ehwal Murid
o Pengurusan Sumber Pendidikan
o Pengurusan Kewangan
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pengurusan Sumber Luar
o Pengurusan Kemudahan
o Pengurusan Teknologi
4
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
5/22
o Pengurusan Asrama
Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian sistem,
dan peralatan bukan-IT
Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut:
o antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran, dan lnfrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan
Pusat Data,
o antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan
Pengajaran-Pembelajarano integriti data dan persekitaran selamat
antara Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain
dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia
o Perkhidmatan Sokongan, iaitu perkhidmatan Meja Bantuan dan
Penyenggaraan dan Sokongan.
Bagi memastikan projek Sekolah Bestari ini berjalan dengan baik, satu projek rintis
bagi Sekolah Bestari telah diadakan. Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari,
melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM3OO,000,000.0O),
dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263
untuk Operating Expenditure. Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui
kerjasama ini, ialah tiga (3) tahun mulai dari tarikh tandatangan Perjanjian antara
Kerajaan degan Telekom Smart School Sdn. Bhd.
Teori dan Model Pembelajaran Sekolah Bestari
Bagi memahami ciri-ciri pelajar, Sekolah Bestari mengaplikasikan pelbagai
pendekatan pembelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Model utama
gaya pembelajaran pelajar ialah Model Dunn dan Dunn dan Model VAK iaitu
kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar. Model Dunn
5
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
6/22
dan Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur yang disukainya di bawah lima stimulus berikut:
1) Alam sekitar: Bunyi, Cahaya, Suhu, Pola (contoh: susunan kelas)
2)Emosi: Motivasi, ketabahan (jangka masa belajar), tanggungjawab (dengan atau
tanpa bimbingan guru), struktur (contoh: suka ikut jadual waktu).
3) Sosiologi: sendiri, pasangan, rakan sebaya, pasukan, guru, pelbagai cara.
4) Fizikal: Persepsi (belajar melalui pengalaman/benda maujud), makan, waktu,
gerakan.
5) Psikologi: global atau analitik (menyeluruh/ikut urutan), otak kiri/kanan (kanan-
suka belajar secara keseluruhan, mencipta), Impulsif atau reflektif (impulsive-bertindak secara spontan, reflektif- berfikir sebelum bertindak)
Secara ringkas, Model VAK adalah seperti berikut;
1) Visual: belajar lebih baik dengan melihat sesuatu.
2) Audio: belajar lebih baik dengan mendengar.
3) Kinestetik: belajar lebih baik melalui pengalaman dan penglibatan secara fizikal/
hands-on.
Di antara pendekatan-pendekatan pembelajaran yang sesuai diguna bagi
memastikan perkembangan kemahiran generik pelajar yang diaplikasikan dalam
pembelajaran sekolah Bestari ialah:
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (Student-Centred Learning)
Pembelajaran Bersifat Individu (Individualized Learning):
Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)
Pembelajaran Kadar Kendiri (Self-paced Learning)
Pembelajaran Akses Kendiri (Self-access Learning)
Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning)
6
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
7/22
Pembelajaran Berfikrah (Thoughtful Learning)
Pembelajaran Berbantukan Teknologi (Technology aided learning)
Pembelajaran Berasaskan Otak (Brain-based Learning)
Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning)
Selain itu Sekolah Bestari yang mementingkan pembangunan dan perkembangan
menyeluruh pelajar memilih model Kecerdasan Pelbagai daripada Howard Gardner
(1983). Menurut beliau manusia mempunyai pelbagai kecerdasan seperti berikut;
o Verbal Linguistik berkaitan dengan penggunaan + penguasaan bahasa
o
Logik Matematik berkaitan dengan pengiraan/penaakulan
o Visual-ruang - berkaitan dengan ruang + visualisasi
o Kinestetik - berkaitan dengan pergerakan badan
o Muzik - berkaitan dengan ritma dan melodi
o Interpersonal - berkaitan dengan interaksi dan hubungan dengan orang
lain
o Intrapersonal - berkaitan dengan memahami diri secara lebih dalam
dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri.
o Naturalis - berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahan alam
semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.
Bagi mengenalpasti kecerdasan pelbagai pelajar Sekolah Bestari, guru-guru Sekolah
Bestari menilai pelajar berdasarkan pemerhatian tingkah laku murid semasa
belajar, aktiviti murid semasa lapang, laporan prestasi murid, profil Kecerdasan
Murid dan juga soal selidik/ Checklist (Multiple Intelligence Checklist for Adults-
MICA).
7
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
8/22
Selain pendekatan-pendekatan tersebut, terdapat strategi-strategi pengajaran
pembelajaran yang sesuai digunakan untuk memastikan perkembangan kemahiran
generik pelajar yang diaplikasikan di sekolah bestari seperti directive, pemerhatian,
Mediatif, Generatif, Koperatif dan Kolaboratif, Konteks Luar, Metakognitif,
Kontekstual dan kajian masa depan.
Penilaian dan pentaksiran Sekolah Bestari adalah secara rujukan kriteria, penilaian
secara on-line, autentik atau performance-based dan fleksibel.
Pentaksiran di Sekolah Bestari lebih berbentuk tidak formal, berterusan dan
berfungsi sebagai pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Fokusnya ialah untuk mendapat maklumat berkaitan dengan perkembangan pelajar
untuk memudahkan tindakan susulan
Pelbagai alat pentaksiran dan bentuk soalan berdasarkan tujuan pentaksiran dan
objektif matapelajaran diutamakan. Prestasi pelajar dilaporkan menerusi kriteria
yang menerangkan tahap pencapaian pelajar. Tumpuan pentaksiran ialah perkara
atau elemen yang ingin dibentuk dalam diri pelajar menerusi hasrat dan kandungan
kurikulum.
Terdapat beberapa perbezaan penilaian sekarang dengan penilaian bestari seperti
berikut:
Sekarang Bestari
Berfokuskan pencapaian Holistik
Berasaskan subjek Berasaskan elemen
Merujuk norma Merujuk criteria
Berpusatkan system Berpusatkan pelajar
Berpusat Pelbagai bentuk
Terminal Berterusan
Tertumpu Ujian Panca Instrumen
8
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
9/22
Off-line On-line
Sekolah kluster
Pengenalan
Sekolah Kluster ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang
dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kukorukulum, sahsiah
serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche area) yang
menggambarkan watak sekolah. Idea mewujudkan Kelompok Sekolah Cemerlang
(KSC) di negara telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran dalam Mesyuarat
Karenah Birokrasi Bil. 2/2006 pada 3 April 2006. Pelancaran Pelancaran Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan pada 16 Januari 2007 menunjukkan kesungguhan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merealisasikan idea kewujudan KCS.
Pewujudan Sekolah Kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua PIPP yang
menyatakan, Mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan
sistem pendidikan negara di mata dunia. (PIPP, 2006, ms. 31).
Tinjauan literatur menunjukkan amalan mengelompokkan sekolah
dilaksanakan untuk peningkatan kualiti pendidikan.
Berasaskan Lokaliti:
School Learning Cell di Filipina
Association of School di Colorado, As
Ruapehu Cluster di New Zealand
9
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
10/22
Berasaskan Kecemerlangan
Pockets of Educational Excellence di New Jersey, As
Sekolah Kluster Cemerlang UK; Scunthorpe Excellence School Cluster, Halifax
Excellence Cluster, Lancaster Schools Excellence Cluster Cluster Schools Gifted Education di Hong Kong
Kecemerlangan sekolah berasaskan bidang kebitaraannya di Singapura
Tujuan Penubuhan Sekolah Kluster
Sekolah kluster diwujudkan adalah bertujuan untuk melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia. Pada masa yang sama
sekolah kluster dapat membangunkan sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah
dalam kelompok yang sama dan sekolah lain di luar kelompok. Selain itu, sekolah
kluster juga dijadikan sebagai showcase di peringkat antarabangsa.
Agen Penggerak
Jawatankuasa Pemilihan Sekolah Kluster
Pengerusi: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Panel Penasihat:
YBHG. TAN SRI DATO SERI DR. ABDUL RAHMAN BIN ARSHAD
YBHG. TAN SRI DATUK DR. NG LAY SWEE
YBHG. TAN SRI DATO CHAN CHOONG TAK
YBHG. TAN SRI NURAIZAH BT ABD HAMID
YBHG. PROF EMERITUS DATO DR. KHOO KAY KIM
YBHG. DATUK DR. DENISON JAYASOORIA
YBHG. DATO AZMAN BIN MOKHTAR
YBHG. DATO HJ. SALLEH MOHD. HUSEIN
YBHG. PROF. DR. ZAKARIA BIN KASA
PN. MARY YAP KAIN CHING
EN. BADLISHAM BIN GHAZALI
10
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
11/22
Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Jabatan Sekolah
Ahli:
Bahagian Sekolah
Bhgn Perancangan Peny. Dasar Pendidikan
Jemaah Nazir Sekolah
Institut Aminuddin Baki
Jabatan Pendidikan Teknikal
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pendidikan Jasmani Sukan
Pusat Perkembangan Kurikulum
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Bahagian Kewangan
Bahagian Sumber Manusia
Bahagian Audit Sekolah
Penasihat Undang-undang
Kelompok Sekolah Kluster
1. Sekolah Rendah
Sekolah Kebangsaan (SK)
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Sekolah Orang Asli
2. Sekolah Menengah
SBP, SMT, SMKA,
Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun,
Sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya,
Sekolah Model Khas
11
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
12/22
*(PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
3. Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK)
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV)
4.Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
5.Institut Lepasan Menengah (Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru)
*(PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
Pemilihan Sekolah Kluster
Kriteria pemilihan sekolah kluster adalah berdasarkan pengukuran standard
sekolah. Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurang taraf cemerlang berdasarkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).Kemudian perkara yang dilihat adalah
kecemerlangan kurikulum sesebuah sekolah. Gred Purata Sekolah (GPS)untuk
peperiksaan awam PMR dan SPM tiga tahun berturut-turut tidak melebihi:
Sekolah Berasrama Penuh : GPS 2.5
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama : GPS 3.0
Sekolah Menengah Teknik : GPS 4.0
Sekolah Menengah Harian : GPS 4.0
Sekolah Rendah harian pula mestilah 80 peratus dan ke atas murid lulus semua
mata pelajaran dalam UPSR atau peratus kelulusan menunjukkan peningkatan atau
GPS UPSR pula tidak melebihi 2.0. Sesebuah sekolah yang akan dipilih sebagai
sekolah kluster harus mempunyai pelajar yang cemerlang dari aspek akademik,
12
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
13/22
kokurikulum dan sahsiah. Pengurusan sekolah juga perlu ditekankan iaitu sekolah
yang berwawasan dan berkesan.
Di samping itu, pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
Pembangunan sumber dari aspek guru, kewangan dan kemudahan. Pemimpin
sekolah kluster mestilah mengamalkan kepimpinan yang berkualiti agar memandu
sekolah ke arah membentuk sekolah yang cemerlang. Aspek pengurusan
pengajaran dan pembelajaran juga dititikberatkan dalam pemilihan sesebuah
sekolah menjadi sekolah kluster. Sekolah yang dipilih perlu mengamalkan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bagi menghasilkan
pelajar yang berkualiti maka iklim sekolah yang kondusif menyumbangkan kepada
pembangunan modal insan. Sekolah kluster juga perlu melaksanakan segala
program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah kluster jugamerupakan sebuah sekolah yang berwatak mengikut bidang kebitarannya (niche
areas). Permohonan sekolah kluster adalah terbuka kepada semua sekolah kerajaan
dan sekolah bantuan kerajaan.
Kuasa Autonomi Sekolah Kluster
Sekolah kluster diberi kuasa, ruang atau fleksibiliti oleh KPM untuk mengurus
program dan kegiatan dalam bidang autonomi yang ditetapkan. Senarai autonomi
sekolah kluster adalah dari aspek pengurusan sekolah, pengurusan sumber
manusia, pengurusan sumber kewangan dan sumber fizikal, pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum dan pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum. Kuasa
autonomi yang diberi tertakluk kepada pematuhan piawai yang berikut:
Akta Pendidikan 1996
Sistem Pendidikan Kebangsaan
Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan
dan Surat-surat Siaran
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Dasar, undang-undang dan arahan berkaitan penjawatan awam
13
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
14/22
1. Pengurusan Sekolah Kluster
Pelaksanaan Sekolah Kluster dengan amalan pengurusan berasaskan sekolah
(PBS) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan satu daripada usaha
untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan seperti yang termaktub
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006). Perubahan amalan birokrasi kepada PBS merupakan satu usaha
untuk mengagih autonomi dengan melakukan pemindahan kuasa pembuatan
keputusan kepada pihak sekolah berkaitan dan melibatkan seluruh sistem
organisasi sama ada pada peringkat sekolah mahupun peringkat daerah. Keadaan
ini lazimnya diikuti dengan perubahan peranan personel di sekolah serta
penyertaan yang meluas dalam membuat keputusan pada peringkat sekolah
(Oswald, 1995).
Perubahan amalan birokrasi kepada PBS merupakan satu usaha ke arah
menemukan amalan pengurusan yang berkesan untuk meningkatkan keberkesanan
sekolah dan kualiti pendidikan yang menjadi landasan kepada reformasi pendidikan
(Cheng, 1996). Manakala Murphy dan Beck (1995) berpendapat, PBS merupakan
alat untuk penambahbaikan kualiti pendidikan melalui desentralisasi dalam
membuat keputusan. Justeru, pelaksanaan amalan PBS ini memerlukan pasukankerja atau pasukan kepemimpinan yang akan bersama-sama menjayakan amalan
tersebut. Pasukan kepemimpinan ini perlu dibina dan disokong dengan situasi
kondusif yang membolehkannya belajar bersama untuk mempertingkat
keberkesanan pelaksanaan PBS di sekolah kluster. Keadaan yang kondusif ini dapat
menjamin pasukan kepemimpinan yang diwujudkan menjadi lebih mapan dan
efisyen.
Pemimpin di sekolah kluster mestilah pengetua / guru besar yang
mempunyai gred yang lebih tinggi daripada amalan biasa. Di samping itu pemimpin
yang dipilih juga mesti memenuhi syarat pemimpin yang cemerlang dan sistem
jawatan di sekolah adalah school based post. Di sekolah kluster guru berpotensi
mencapai kriteria Guru Cemerlang kerana pendedahan yang diberikan sepanjang
14
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
15/22
masa akan membentuk guru ke arah yang dedikasi. Pengetua / guru besar boleh
menentukan kedudukan guru di sesebuah sekolah kluster. Hal ini kerana prestasi
guru akan menetukan sama ada mereka kekal mengajar di sekolah kluster bagi
menjamin kualiti sekolah tersebut akan berkekalan. Sekirannaya sekolah kluster
kekurangan guru / jurulatih yang pakar dalam sesuatu bidang maka sekolah diberi
kuasa untuk mendapt perkhidmatan pakar mengikut kebitaraan sekolah dalam
bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan.
Pihak pengurusan sekolah kluster mempunyai kuasa dalam pengambilan
pelajar. Sekolah boleh menetapkan kriteria kemasukkan pelajar ke sekolah
tersebut. Pada masa yang sama sekolah diberi kuasa mengambil pelajar tidak lebih
daripada 10% murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah. Setiap sekolah
mempunyai bidang kebitaraan masing-masing. Untuk memastikan kualiti sekolah
kluster adalah terjamin maka setiap sekolah kluster akan menyediakan key
performance indicator (KPI) masing-masing. KPI yang akan dibuat oleh sekolah
mesti merujuk kepada panduan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pengurusan Sumber Manusia
Sekolah kluster mempunyai kuasa untuk menerima dan memindahkan guru
di bawah pengurusan. Ia bergantung kepada pencapaian KPI sesebuah sekolah.
Selain itu, pengetua / guru besar sekolah kluster mempunyai kuasa autonomi untuk
mengambil staf mengikut kepakaran yang berkaitan. Contohnya, sekiranya
sesebuah sekolah tersebut kekurangan kepakaran dalam sesuatu bidang maka
pengurusan sekolah boleh memohon atau mengambil guru pakar yang berkaitan
agar ia tidak menjejaskan matlamat sekolah tersebut. Pada masa yang sama
sekolah kluster boleh menentukan dasar latihan dan perkembangan staf masing-masing dengan kerjasama IAB dan BPG yang berterusan mengikut keperluan.
3. Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
15
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
16/22
Pengurusan sumber kewangan sekolah kluster boleh mencari sumber
kewangan sendiri selain menerima sumber kewangan daripada kerajaan. Setelah
berjaya memperoleh peruntukkan dan kewangan maka pihak pengurusan sekolah
kluster berkeupayaan untuk membuat keputusan berkaitan peruntukan dan
perbelanjaan sekolah tersebut. Hal ini bermakna sekolah boleh merancang
pendapatan dan perbelanjaan mereka sendiri. Sekiranya perbelanjaan sekolah
kluster melebihi peruntukan maka sekolah boleh memohon peruntukan tambahan
mengikut KPI yang telah ditetapkan.
4. Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
Sekolah kluster mempunyai autonomi dalam mengurus dan melaksanakankurikulum sekolah. Hal ini memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menawarkan
mata pelajaran selain mata pelajaran teras kurikulum kebangsaan seperti LCCI, CAT
dan ABRSM. Oleh itu pelajar di sekolah kluster boleh menambah pengetahuan
dengan mempelajari sesuatu mata pelajaran yang jarang sekali diperkenalkan di
mana-mana sekolah kerajaan. Apabila pihak pengurusan sekolah berkuasa
menentukan mata pelajaran yang ditawarkan maka secara tidak langsung pihak
pengurusan sekolah akan menentukan waktu persekolahan dan interaksi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dilaksanakan di sekolah berkenaan.Sekolah kluster juga berkuasa menentukan penggunaan Bahasa Inggeris dalam
beberapa mata pelajaran tertentu selain mata pelajaran yang wajib diajar dengan
menggunakan bahasa Inggeris.
5. Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di sekolah kluster juga berbeza.
Sekolah kluster mempunyai kuasa autonomi dalam mentukan corak pengurusan
kokurikulum mereka. Kebanyakan sekolah harian guru merupakan guru penasihat
dan juru latih kepada aktiviti kokurikulum sekolah. Namun begitu, sekolah kluster
mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan khidmat jurulatih berkelayakan bagi
meningkatkan prestasi kokurikulum. Contohnya, guru di sekolah tidak mempunyai
16
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
17/22
kepakaran dalam melatih pelajar dalam kegiatan kokurikulum taekwondo maka
pihak pengurusan sekolah berhak untuk mengupah jurulatih taekwando dari agensi
luar. Hal ini bertujuan memastikan pelajar di sekolah kluster mendapat bimbingan
dan latihan yang sesuai dan betul dari jurulatih yang berkelayakan. Apabila pelajar
telah dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan maka pihak pengurusan sekolah
mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri penyertaan pertandingan sehingga ke
peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung dapat mengharumkan nama baik
sekolah.
Sumbangan Sekolah Kluster
Antara sumbangan sekolah kluster ialah menjadi model kepada sekolahberhampiran. Selain itu sekolah kluster juga menjadi enabler kepada
pembangunan pendidikan sekolah berhampiran dan berkongsi kemudahan fizikal
sekolah dengan sekolah berhampiran. Para pelajar lepasan sekolah kluster akan
diterima melanjutkan pelajaran ke universiti ternama di luar negara. Pada masa
yang sama agensi kerajaan dan badan koporat berkeyakinan untuk menaja mereka.
Hal ini akan melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan menyumbangkan
kepada pembangunan negara kelak. Sekolah kluster juga diharapkan akan
melahirkan guru yang cemerlang dan terbilang.
Model SWOT
Model ini digunakan untuk memastikan pengurusan sekolah kluster adalah
berkualiti. Setiap sekolah yang dipilih sebagai sekolah kluster mempunyai bidang
kebitaraan atau niche area. Bagi mengenalpasti kebitaraan sekolah masing-masing maka model SWOT digunakan. Ia merupakan model pengurusan strategik.
Menurut Mintzberg, model SWOT digunakan di Design School untuk
mengenalpasti antara kekuatan dan kelemahan dalam sesebuah organisasi
berdasarkan peluang dan ancaman daripada persekitaran. Ia digunakan untuk
menganalisis pengurusan dalaman dan luaran pengurusan sesebuah organisasi.
17
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
18/22
Objektif model SWOT adalah untuk merancang strategi untuk menghadapi sebarang
cabaran yang akan dialami oleh sesebuah organisasi.
S = Strengths
W = Weaknesses
O = Opportunities
T = Threats
Selepas menganalisis SWOT dalam sesebuah sekolah maka kekuatan yangdikenalpasti dalam sesebuah sekolah akan dijadikan bidang kebitaraan. Maka
sekolah akan merancang strategi untuk melonjakkan nama sekolah menerusi
kekuatan atau kelebihan tersebut. Kelemahan yang dikenalpasti akan cuba diatasi
dengan melaksanakan perlabagai program tersebut. Pada masa yang sama
peluang-peluang yang dikenalpasti akan digunakan sepenuhnya untuk membantu
meningkatkan prestasi atau kualiti pengurusan sesebuah sekolah tersebut.
Kerangka Konseptual Sekolah Kluster
Perbandingan antara Sekolah Kluster dan Sekolah Bestari
SEKOLAH KLUSTER SEKOLAH BESTARI
1. Tujuan
Bertujuan untuk melahirkan murid
yang holistik dalam aspek akademik,
kokurikulum, sahsiah serta
Bertujuan untuk melengkapkan pelajar
supaya boleh belajar sepanjang hayat
dengan mengembangkan kemahiran
18
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
19/22
penampilan diri. generik yang membolehkan pelajar
memperolehi, menganalisis, menilai,
mentafsir, mensintesis dan menyampai
atau menyebarkan maklumat.
2. Prosedur Pemilihan Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengenalpasti sekolah-sekolah yang
telah mencapai tahap cemerlang
untuk mempertahankan dan
mempertingkatkan
kecemerlangannya.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengenalpasti sekolah-sekolah yang telah
mencapai tahap cemerlang untuk
mempertahankan dan mempertingkatkan
kecemerlangannya.
3. Sumbangan
1. Sekolah kluster akan
menjadi model dan dijadikan
sebagai penanda aras bagi
kepada sekolah-sekolah
berhampirannya.
2. Sekolah kluster juga
dijadikan sebagai kemudahan
kepada pembangunan
pendidikan sekolah berhampiran
dan dapat berkongsi kemudahan
fizikal sekolah dengan sekolah
berhampiran.
1. Sekolah bestari akan menjadi
model kepada sekolah lain dalam
meningkatkan prestasi pelajar dengan
mengupayakan penggunaan ICT.
2. Sekolah bestari menjadi
kemudahan kepada pembangunan
pendidikan yang berteraskan
penggunaan ICT kepada sekolah
berhampiran.
4. Pelaksanaan
Sekolah kluster mempunyai
kebitaraan bagi membentuk
kecemerlangan sekolah berasaskan
akademik, kokurikulum, sukan dan
bidang-bidang khusus (niche area)
Pelaksanaan sekolah bestari menekankan
penggunaan ICT sebagai pengupaya
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, pedagogi dan pengurusan
19
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
20/22
yang menggambarkan watak sekolah
tersebut. Oleh yang demikian dalam
pelaksanaan kurikulum, boleh
menawarkan mata pelajaran selain
mata pelajaran teras. Waktu
persekolahan juga boleh ditentukan
sendiri oleh pihak sekolah.
Dalam pelaksanaan kokurikulum
pula, pihak sekolah boleh
mendapatkan jurulatih berkelayakan
bagi meningkatkan prestasi
kokurikulum.
sekolah.
Oleh yang demikian, bahan pengajaran
dan pembelajaran adalah dalam bentuk
perisian kursus dan bahan bercetak untuk
empat mata pelajaran yang berikut;
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains
dan Matematik. Sistem pengurusan
sekolah bestari juga terdiri daripada
perisian untuk fungsi pengurusan dan
pentadbiran.
5. Penilaian
Penilaian adalah berdasarkan Key
Performance Indicator (KPI) yang
disediakan sendiri oleh pihak sekolah.
Walau bagaimanapun, KPI yang
disedikan oleh pihak sekolah mestilah
merujuk kepada panduan KPI
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekolah bestari merupakan sekolah yang
mengupayakan penggunaan ICT bagi
mendorong murid mengamalkan
pembelajarna akses kendiri dan terarah
kendiri, serta mengikut kadar
pembelajaran sendiri. Oleh yang
demikian, penilaian bagi sekolah ini
adalah secara rujukan kriteria, penilaian
secara on line, authentik atau
performance based dan fleksibel.
6. Model
Sekolah kluster bakal melahirkan
pelajar cemerlang dalam bidang
yang telah dikhususkan. Oleh yang
demikian peningkatan personal
kendiri amat penting kepada pelajar
untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang khusus mereka.
1. The Personel Influence
Sekolah bestari pula membantu pelajar
belajar dengan lebih berkesan dengan
cara mendorong pelajar mengamalkan
pembelajaran akses kendiri dan kendiri
terarah, serta mengikut kadar
pembelajaran sendiri. Oleh yang
demikian, bagi memahami ciri-ciri pelajar
ini, sekolah bestari mengaplikasikan
20
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
21/22
Model (Duncan, 1999). Model ini
merupakan model yang
berkaitan dengan kompetensi
individu pelajar. Berdasarkan
model ini, seseorang individu
boleh meningkatkan kompetensi
diri masing-masing ke arah
kecemerlangan.
Manakala pihak sekolah pula
menggunakan untuk Konsep SWOT
untuk mempertahankan danmeningkatkan kecemerlangan
sekolah.
2. Pengurusan strategik
pihak pengurusan adalah
berdasarkan Konsep SWOT.
pelbagai pendekatan pembelajaran dan
strategi pengajaran dan pembelajaran.
1. Model Dunn & Dunn dan Model VAK
merupakan model gaya pembelajaran
iaitu kecerdasan pelbagai pelajar dan
kompetensi kecerdasan emosi pelajar.
Sekolah bestari juga mementingkan
pembangunan menyeluruh pelajar
dengan mengenalpasti kecerdasan
pelbagai pelajar.
2. Model Kecerdasan Pelbagai
(Howard Gardner, 1983).
Bibliografi
Fullan, C. (1993). Change forces: Probing the depths of educational reform. London:
Fahner.
Fullan, C., & Miles, M. (1992). Getting reform right: What works and what doesn't.
Phi
Delta Kappan, 73(10),744-752.
Fuller, E (1969). Concerns of teachers: A developmental coceptualization.American
Educational Research Journal, 85,281-314.
Modul Sekolah Kluster. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008
21
-
8/8/2019 Sek Bestari vs Cluster
22/22
22