SDP Amali M9
description
Transcript of SDP Amali M9
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Amali M9 :Merancang aktiviti dengan mengaplikasikan elemen seni visual dalam mata
pelajaran lain.
- Mengaplikasikan Asas Seni Reka dalam mana-mana mata pelajaran sekolah
rendah.
Asas Seni
Mata Pelajaran
Bahasa
Inggeri
Matematik
Dunia Sains dan
Teknol
Bahasa
Melay
Pendidikan
Moral
Sejarah
Bidang 1: Menggambar
Bidang 2: Membuat corak dan
rekaan
Bidang 4: Mengenal
Kraf Tradisional
Bidang 3: Membentuk
dan membuat binaan
PROSES INTEGRASI
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 1
Mata Pelajaran : Matematik
Tahun : 2
Tajuk : Nombor dan Operasi – Wang hingga RM100
Aktiviti : "Pengguna yang Bijaksana"
Penerapan Asas Seni Reka : Garisan, Jalinan, Rupa, Warna, Harmoni, Kesatuan
Bidang Seni Visual : Menggambar
Nilai-nilai Murni : Kejujuran, Kerjasama, Kesederhaan, Rasional
Alat dan Bahan : Warna poster, Berus, Gunting, BBM 1-Kantin, BBM 2-
Koperasi.
Langkah-langkah : -
1. Guru mengulangkaji dengan murid-murid tentang topik operasi tolak dan
tambah yang dipelajari dalam kelas yang lepas.
2. Guru meminta kerjasama daripada murid-murid sebelum menjalankan aktiviti
"Pengguna yang Bijaksana" yang dapat mengukuhkan penguasaan konsep
operasi tolak dan tambah dalam kalangan murid-murid.
3. Sebelum bermula, guru membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan
yang sama rata.
4. Guru menerangkan peraturan aktiviti ini kepada semua murid dengan jelas.
5. Aktiviti ini melibatkan murid-murid untuk menghasilkan wang dengan cara
mengecap jari dengan menggunakan warna poster, kemudian murid-murid
perlu membeli makanan dan alat tulis yang terdapat di Kantin dan Koperasi.
6. Guru mempamerkan Kantin dan Koperasi agar murid-murid melihat jenis-
jenis makanan dan alat tulis serta senarai harga setiap item. (rujuk Lampiran
1 & 2)
7. Sebelum membuat pembelian, murid-murid perlu menghasilkan wang dengan
menyapu warna poster pada permukaan jari kemudian mengecap pada
Wang Kertas yang disediakan. (rujuk Lampiran 3)
8. Setiap warna mewakili nilai wang yang berbeza. (rujuk Lampiran 4)
9. Setiap kumpulan hanya boleh menghasilkan jumlah wang RM20.00.
10. Setiap kumpulan perlu membeli makanan dan alat tulis yang terdapat di
Kantin dan Koperasi dengan sebanyak mungkin.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
11. Setiap kumpulan tidak boleh hanya membeli makanan, tetapi tidak membeli
alat tulis. Atau membeli alat tulis, tetapi tidak membeli alat tulis.
12. Semua kumpulan dikehendaki bermula untuk membeli makanan dan alat tulis
sebaik sahaja guru meniup wisel.
13. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk membuat pembelian.
14. Guru meniup wisel selepas 10 minit menandakan murid-murid tidak boleh lagi
membuat pembelian.
15. Setiap kumpulan diminta untuk menunjukkan item-item yang dibeli dan baki
wang yang ada.
16. Kumpulan yang dapat membeli makanan atau alat tulis yang paling banyak
dan mempunyai baki yang paling banyak adalah pemenang iaitu pengguna
yang paling bijaksana.
17. Guru bersama murid-murid membuat rumusan terhadap aktiviti tadi.
18. Guru mengucapkan terima kasih kerana murid-murid memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti tadi.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 1 – Kantin
Menu Kantin Sekolah Pintar
NASI – RM0.85
BURGER – RM2.50
MUFFIN – RM1.20
MI SUP – RM2.40
SALAD – RM2.00
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 2 – Koperasi
Koperasi Sekolah Pintar
PEMANDAN – RM0.50PENSIL – RM0.80
KRAYON – RM3.50PEMBARIS – RM0.75
KLIP KERTAS – RM0.25
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 3 – Wang Kertas
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 4 – Nilai Wang
RM 0.05 RM 0.10 RM 0.20
RM 0.50 RM 1.00 RM 5.00
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 2
Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris
Tahun : 3
Tajuk : Unit 10 – A ride in the Safari Park
Aktiviti : "My diary"
Penerapan Asas Seni Reka : Rupa, Jalinan, Warna, Ruang, Harmoni dan Kesatuan
Bidang Seni Visual : Menggambar
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, Rasional
Alat dan Bahan : Majalah, surat khabar, gam, kertas warna dan gunting
Langkah-langkah :
1. Guru memberi penerangan agar dapat meningkatkan pemahaman murid-
murid terhadap diari.
2. Sebelum bermula, guru membahagikan murid-murid kepada tujuh orang
murid dalam satu kumpulan .
3. Guru menerangkan peraturan aktiviti ini kepada semua murid dengan jelas.
4. Murid-murid dikehendaki menggunting gambar dan perkataan yang ada pada
majalah dan surat khabar dalam tempoh masa lima minit.
5. Seterusnya, murid-murid perlu menghasilkan satu diari dengan menggunakan
gambar dan perkataan yang telah dipotong daripada surat khabar ataupun
majalah untuk melekatkan pada kertas yang disediakan mengikut kreativiti
kumpulan masing-masing. (Rujuk Lampiran 1)
6. Semasa dalam proses menghasilkan diari, murid-murid perlu berbincang
dengan ahli kumpulan supaya dapat menghasilkan cerita yang menarik
dalam tempoh masa 10 minit.
7. Selepas mereka berjaya menghasilkan diari yang istimewa, salah satu wakil
perlulah berdiri di hadapan untuk mempamerkan hasilan kumpulan dan
menceritakan isi kandungan yang terdapat pada diari.
8. Guru akan memberi pujian kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan
diari.
9. Guru membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan tadi.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 1 – Contoh karya Montaj
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 3
Mata Pelajaran : Sejarah
Tahun : 4
Tajuk : Petempatan Pra Sejarah
Aktiviti : Pembinaan Petempatan Pra Sejarah
Penerapan Asas Seni Reka : Bentuk, Warna, Ruang dan Kepelbagaian
Bidang Seni Visual : Membentuk dan Membuat Binaan
Nilai-nilai Murni : Bekerjasama, Kreativiti, Keterbukaan, Rasional,
Bertanggungjawab, Cinta kepada Negara
Alat dan Bahan : Powerpoint, surat akhbar, warna poster, gunting,
pisau, gum, air, kertas A4 dan penutup kotak.
Langkah-langkah : -
1. Guru memberi arahan supaya murid membuka buku teks yang bertajuk Pra
Sejarah.
2. Guru akan menjelaskan kandungan ”Pra Sejarah” kepada murid-murid.
3. Guru akan meminta beberapa murid untuk mengulangi kandungan yang
diajar.
4. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dengan sebutan 1,2,3,4.
5. Murid yang mendapat no. 1 akan masuk ke kumpulan 1 dan diikuti dengan
2,3,4.
6. Guru akan memberi tajuk zaman tertentu kepada setiap kumpulan.
7. Guru memberi arahan bahawa setiap kumpulan perlu menghasilkan bentuk
binaan berdasarkan tajuk kumpulan masing-masing.
8. Guru akan membahagikan alat dan bahan kepada setiap kumpulan seperti
surat akhbar, gunting, pisau dan lain-lain.
9. Guru akan menayangkan Powerpoint yang mempunyai gambar tentang
Contoh model bentuk binaan gua supaya murid-murid mempunyai gambaran
untuk menghasilkan binaan-binaan. (rujuk Lampiran 1)
10. Guru akan menerangkan ciri-ciri yang akan ada pada setiap zaman.
11. Guru memberi penerangan tentang peraturan aktiviti.
i. Murid dikehendaki mendapatkan bahan-bahan di kawasan sekeliling
seperti kayu, daun bunga dan lain-lain.
ii. Murid diberi 5 minit untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
iii. Murid dikehendaki balik ke tempat berkumpul selepas wisel
dituipkan.
iv. Binaan bentuk dimulakan selepas bahan dikumpul.
v. Murid mempunyai selama 25 minit untuk menghabiskan binaan
bentuk berdasarkan kreativiti sendiri.
vi. Murid hendaklah saling bekerjasama supaya dapat menghasilkan
binaan bentuk yang cantik.
vii. Murid dikehendaki menghantar satu wakil untuk membentangkan
binaan bentuk masing-masing.
12. Selepas pembentangan, setiap kumpulan akan diberi empat keping kertas
kecil yang mempunyai warna berlainan. (rujuk Lampiran 2)
13. Setiap kumpulan mempunyai empat peluang untuk membuat undian terhadap
binaan bentuk yang dirasai paling cantik atau menarik.
14. Ahli kumpulan adalah dilarang mengundi kumpulan masing-masing.
15. Kumpulan yang mendapat undian paling banyak dianggap sebagai
pemenang.
16. Ahli kumpulan yang kalah dikehendaki menyanyi dan menari di dalam kelas.
17. Guru membincang dengan murid tentang nilai dan pengajaran yang
diperolehi melalui aktivitipada hari tersebut.
Lampiran 1 – Contoh Model Bentuk Binaaan Gua
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Contoh model bentuk binaan gua
Lampiran 2 – Kertas Undian
”LIKE” bagi bentuk binaan yang disukai
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 4 (contoh tambahan)
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 2
Tajuk : Unit 4 - Hargailah Keluarga Kita
Aktiviti : "Kad Hari Ibu”
Penerapan Asas Seni Reka : Garisan, Warna, Ruang, Harmoni dan Kontra
Bidang seni visual : Menggambar
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, bertanggungjawab, hormat - menghormati
dan kasih sayang
Alat dan Bahan : Kertas, pensil warna, gunting, gam dan kertas warna
Langkah-langkah : -
1. Guru membincangkan beberapa cara menghargai ahli keluarga dengan
murid.
2. Sempena Hari Ibu yang akan datang, guru meminta murid-murid untuk
menghasilkan kad buatan tangan yang istimewa kepada ibu masing-masing.
3. Untuk menghasilkan Kad Hari Ibu, guru tidak menyekat kebebasan murid-
murid untuk merekacipta mana-mana jenis bentuk yang murid sukai.
4. Contohnya, murid melukis dengan pensil, menampal guntingan pada kad dan
sebagainya mengikut kreativiti murid-murid.
5. Guru memberi masa kepada murid-murid selama 15 minit untuk menyiapkan
kad tersebut.
6. Selepas murid-murid sudah siap, guru memilih beberapa orang untuk
berkongsi pengalaman masing-masing dalam penghasilan Kad Hari Ibu.
7. Guru membuat rumusan dengan mengingati murid-murid supaya taat
terhadap ibu bapa terutamanya ibu yang telah melahirkan kita. Kita perlu
menghargai setiap pengorbanan ibu yang sangat mulia.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 5 (contoh tambahan)
Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi
Tahun : 3
Tajuk : Unit 4 - Tumbuhan
Aktiviti : " Kenali Bahagian Tumbuhan "
Penerapan Asas Seni Reka : Warna, Bentuk, Rupa dan Kesatuan
Bidang seni visual : Membuat Corak dan Rekaan
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, bertanggungjawab, hormat - menghormati
dan keberanian
Alat dan Bahan : Kertas mahjong, daun, dan gam
Langkah-langkah : -
8. Guru memperkenalkan jenis-jenis urat daun dengan memberi peluang
kepada murid-murid memerhati ciri-ciri luaran tumbuhan.
9. Masa akan diberi selama 5 minit untuk berjalan dan menghayati tumbuhan
sambil mengumpul jenis-jenis urat daun sebanyak mungkin di dalam
kawasan sekolah.
10. Selepas murid-murid berjaya mengumpulkan urat daun, murid-murid perlu
duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan.
11. Setiap kumpulan perlu memilih seorang ketua untuk mencabut jenis
pergerakan yang akan diaplikasikan nanti seperti berjalan dengan
melakonkan gaya robot berjalan, gaya gorila berjalan, gaya gajah berjalan
dan gaya kucing berjalan.
12. Semua kumpulan akan berdiri di garisan permulaan dan berjalan mengikut
gaya yang dicabut tadi satu demi satu sampai ke garisan penamat untuk
menghasilkan corak yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 1)
13. Apabila murid telah sampai ke garisan penamat, murid hanya diberi peluang
untuk melekatkan daun ke atas kertas lukisan sekali sahaja.
14. Kemudian, murid yang seterusnya akan mengulangi langkah yang sama
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
untuk menghasilkan corak yang telah ditetapkan.
15. Semua ahli kumpulan yang berjaya tiba di garisan penamat serta
menghasilkan corak yang paling serupa dengan corak yang diminta dalam
masa yang paling singkat dikira menang.
16. Guru membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan tadi sebagai
penamat.
17. Guru mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang mengambil
bahagian.
Lampiran 1 – Contoh corak
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Aktiviti 6 (contoh tambahan)
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tahun : 5
Tajuk : Keluarga Berwawasan
Aktiviti : ”Rumah impian”
Penerapan Asas Seni Reka : Garisan, Jalinan, Rupa, Warna, Harmoni, Kesatuan
Bidang Seni Visual : Menggambar
Nilai-nilai Murni : Bekerjasama, Kreativiti, Keterbukaan, Rasional,
Bertanggungjawab
Alat dan Bahan : Powerpoint, kertas A4, pensil warna
Langkah-langkah : -
1. Guru akan meminta murid mengeluarkan buku teks bahasa Malaysia, tema
1.
2. Guru akan membaca teks ”Kebahagiaan Keluarga” dan diikuti oleh murid.
3. Guru akan bertanya soalan yang berkaitan dengan kandungan ini.
4. Guru akan menayangkan gambar-gambar mengenai rumah impian seperti
jenis rumah, lanskap, kawasan dan lain-lain. (rujuk Lampiran 1)
5. Guru akan membahagikan A4 paper kepada setiap murid dan juga pensil
warna untuk berkongsi bersama-sama.
6. Guru akan memberi penerangan arahan kepada murid-murid.
i. Murid dikehendaki melukis rumah impian mengikut kreativiti sendiri di
atas kertas A4 yang disediakan.
ii. Semasa melukis, murid-murid perlu mengelakkan membuat bising
atau berbincang yang akan mempengaruhi murid-murid lain.
iii. Murid-murid perlulah berkongsi pensil berwarna yang disediakan oleg
guru.
iv. Selepas melukis, guru akan meminta beberapa orang murid untuk
membentangkan lukisan mereka.
7. Guru akan meminta murid-murid melekat lukisan mereka pada papan
kenyataan sebagai peneguhan positif.
Kumpulan 9ONG SHEUE JING, PUA SHWU TYNG, THEA XUE HONG
Lampiran 1 – Rumah Impian
RUMAH IMPIAN