geodesi amali

15
PENGENALAN Ukur aras jitu digunakan untuk mendapatkan aras tinggi muktamad, ‘monitoring’ struktur kejuruteraan, penentuan perbezaan Aras Purata Laut diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut (STAPS ) dan penentuan datum pugak kebangsaan JUPEM . Pada dasarnya kaedah aras jitu ini sama seperti ukur aras kejuruteraan cumanya ianya melibatkan jarak yang jauh, kejituan yang lebih tinggi dan alatan yang lebih sensitif. Prosedur cerapan tertentu digunakan untuk mengelakkan pengumpulan selisih. Kami ditugaskan untuk menjalankan kerja ukur aras jitu bermula dari makmal ukur sehingga ke pintu utama Politeknik Merlimau Melaka.Tempoh yang diberikan untuk menyelesaikan kerja tersebut ialah selama dua minggu. Pengukuran aras jitu adalah merupakan satu latihan amali yang telahdiberi tugas oleh pensyarah kami bagi memenuhi syarat bagi penilaian berterusan yang akan kami jalankan bagi semester ini. Dengan menjalankan pengukuran ini, apa yang kami harapkan pelajar-pelajar bukan sahaja dapat memahami teori secara jelas mengenai pengukuranyang dijalankan tetapi dapat mempraktikkan segala yang dipelajari di padang

description

pengukuran dalam geodesi

Transcript of geodesi amali

Page 1: geodesi amali

PENGENALAN

Ukur aras jitu digunakan untuk mendapatkan aras tinggi muktamad, ‘monitoring’ struktur

kejuruteraan, penentuan perbezaan Aras Purata Laut diantara Stesen Tolok Air Pasang Surut

(STAPS ) dan penentuan datum pugak kebangsaan JUPEM . Pada dasarnya kaedah aras jitu ini

sama seperti ukur aras kejuruteraan cumanya ianya melibatkan jarak yang jauh, kejituan yang

lebih tinggi dan alatan yang lebih sensitif. Prosedur cerapan tertentu digunakan untuk

mengelakkan pengumpulan selisih.

Kami ditugaskan untuk menjalankan kerja ukur aras jitu bermula dari makmal ukur

sehingga ke pintu utama Politeknik Merlimau Melaka.Tempoh yang diberikan untuk

menyelesaikan kerja tersebut ialah selama dua minggu.

Pengukuran aras jitu adalah merupakan satu latihan amali yang telahdiberi tugas oleh

pensyarah kami bagi memenuhi syarat bagi penilaian berterusan yang akan kami jalankan bagi

semester ini.

Dengan menjalankan pengukuran ini, apa yang kami harapkan pelajar-pelajar bukan

sahaja dapat memahami teori secara jelas mengenai pengukuranyang dijalankan tetapi dapat

mempraktikkan segala yang dipelajari di padang

Page 2: geodesi amali

PERALATAN

ALATAN NAMA

PL1S Precise Tilting level

tripod

Setaf invar

Page 3: geodesi amali

KRITERIA – KRITERIA ALAT ARAS JITU YANG DIGUNAKAN :

Daripada jenis jongket yang mempunyai skru jongkit yang diapasangkan kepada

micrometer jitu.

Teropongnya mempunyai kuasa pembesaran yang tinggi iaitu lebih kurang 40x dengan

bahan logam diperbuat daripada campuran logam yang angkali pengembangannya sama

seperti kaca.

Tiub gelembong sensitive dan mempunyai kelengkungan yang seragam.

Alat dilengkapi dengan pelit selari agar alat mampu membaca dengan tepat kepada

bahagian sengatan pada setaf.

Page 4: geodesi amali

PROSEDUR CERAPAN ARAS JITU

Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara berikut :

i. Jarak maksima garis cerapan ialah 100m,walaupun demikian selalunya jarak ini tidak

digunakan.

ii. Semasa cerapan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf hadapan dan alat aras

dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi 1 m yang ditentukan dengan pita ukur

dan disemak dengan bacaan stadia.

iii. Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak kurang ¾ meter.

iv. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau ketika alat

dipindahkan.

v. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf.

vi. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tidak stabil.

vii. Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras tetap, cerapan

mestilah dibuat pada sekurang-kurangnya dua batu aras sementara yang stabil. Bila

menyambung semula kerja,batu aras sementara ini perlulah disemak.

viii. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan,manakala untuk elak

selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap

batu aras yang tetap.

ix. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik.

Page 5: geodesi amali

PROSEDUR KERJA LUAR UKUR ARAS JITU :

1) Bacaan dibuat apabila gelembung U berada dalam keadaan aras.

2) Aturcara membaca setaf adalah seperti yang diamalkan oleh Bahagian Ukur Topografi,

JUPEM seperti berikut :

a) Bacaan untuk setaf dikedudukan ganjil ( belakang ) – skil kiri

- Stadia atas

- Stadia bawah

- Stadia tengah

b) Bacaan untuk setaf dikedudukan genap ( hadapan ) – skil kiri

- Stadia tengah

- Stadia atas

- Stadia bawah

c) Bacaan untuk setaf dikedudukan genap ( hadapan ) –skil kiri

- Stadia tengah

d) Bacaan untuk setaf dikedudukan ganjil – skil kanan

- Stadia tengah

Page 6: geodesi amali

3) Jangkamasa antara bacaan-bacaan stadia tengah antara setaf dikedudukanngenap dan

ganjil bagi skil kiri hendaklah seberapa singkat yang dapat bagi skil kanan.

4) Skru kaki digunakan untuk melaras alat pada permulaan dirisiap sahaja.Bilamana proses

pencerapan telah dimulakan,penggunaan skru kaki dilarang sama sekali dan untuk

melaraskan kali kedua jika berlaku ketidakarasan,skru gradimeter digunakan untuk

melaraskan gelembung U.

5) Setaf yang sama digunakan pada setiap kali bacaan ke batu aras.

6) Bacaan hendaklah kepada 0.0001 meter dengan membuat anggaran pada

micrometer.Pembacaan semula perlu dibuat jika :

a) Jumlah bacaan stadia berbeza dengan jumlah dua bacaan aras pada setaf yang sama

melebihi 0.005 meter.

b) Beza ketinggian di antara setaf hadapan dan belakang yang didapati dari skil kiri dan

kanan melebihi 0.0006 meter.

7) Kedudukan setaf dan alat mestilah ditentukan dengan baik supaya bacaan aras mestilah

lebih 0.3 meter dari permukaan tanah.

8) Jarak pandangan biasa adalah dalam lingkungan 40-50 meter’walaubagaimanapun

bergantung kepada keadaan topografi bumi.

9) Titik pindah dimana setaf hendak didirikan mestilah disediakan sekurang kurangnya

setengah jam sebelum cerapan dilakukan.

10) Kerja pengukuran hendaklah ditutup pada Batu Aras atau tanda-tanda yang kekal dan

stabil untuk disambung pada hari berikutnya.

11) Setiap bahagian hendaklah diukur melalui dua hala pergi balik yang berbeza waktunya

iaitu pagi pergi dan petang balik.

12) Sela waktu antara cerapan pandangan hadapan dan belakang hendaklah diminimakan

untuk elakkan selisih biasan.

13) Setelah sampai pada batu aras tetap,jumlah jarak stadia pandangan hadapan hendaklah

disemak dengan jumlah jarak stadia pandangan belakang ( disemak bila jaringan diikat

pada batu aras ).

Page 7: geodesi amali

PENGUKURAN ARAS JITU MENGGUNAKAN ALAT

ARAS DIGITAL :

ALATAN NAMA

Topcon Electronic Digital Level DL-101C/102C

tripod

Setaf invar

Page 8: geodesi amali

PROSEDUR UKUR ARAS JITU :

( ALAT ARAS DIGITAL )

1. Kerja ukur aras bermula dan berakhir di stesen pada batu aras yang telah ditentukan.

2. Semua garisan diukur secara bebas dengan menggunakan kaedah cerapan

arah ke hadapan dan cerapan belakang iaitu dalam dua hala.

3. Batu aras yang sedia ada dihubungkan dengan pengukuran aras jitu yang dijalankan.

Biasanya terdapat dua batu aras yang tetap iaitu batu aras asas dalam jarak 40-60 km

yang terletak dikawasan stabil dan batu aras piawai dalam anggaran jarak lebih kurang 2

km.

4. Jarak yang sesuai dalam pengukuran adalah kurang daripada 30m untuk kejituan data

yang dicerap.

Prosedur cerapan dibuat meliputi perkara-perkara

berikut:

Page 9: geodesi amali

I. Jarak maksima garis cerapan ialah 30 m.

II. Semasa cerapan, semakan perbezaan jarak antara alat aras dengan setaf hadapan dan alat

aras dengan setaf belakang hendaklah tidak melebihi 1m yang ditentukan dengan pita

ukur dan disemak dengan bacaan stadia.

III. Garis cerapan jangan terlalu hampir dengan permukaan bumi iaitu tidak kurang ¾ m.

IV. Alat aras perlu dilindungi dari sinaran matahari semasa cerapan atau ketika alat

dipindahkan

V. Kestabilan setaf perlu diawasi dengan menggunakan pelit setaf.

VI. Alat didirisiapkan dengan kukuh dan jauh dari kawasan tak stabil.

VII. Jika pengukuran terpaksa diberhentikan sebelum sampai pada batu aras tetap.cerapan

mestilah buat pada sekurang-kurangnya dua batu aras sementara yang stabil. Bila

menyambung semula kerja, batu arassementara ini perlulah disemak.

VIII. Untuk mengelakkan selisih bacaan setaf yang sama perlu digunakan,manakala untuk

selisih sifar pula setaf yang sama hendaklah digunakan apabila cerapan dibuat pada setiap

batu aras yang tetap.

IX. Langkah kerja cerapan dan catatan serta maklumat perlulah sistematik

Page 10: geodesi amali

MASALAH YANG DIHADAPI :

1. Alat terlalu sensitif cuaca menyebabkan akan mengambil masa yang lama untuk

menyiapkan kerja luar.

2. Keadaan muka bumi yang tidak rata menyebabkan alat sentiasa berubah tempat

seterusnya melambatkan kerja pengukuran.

3. Kestabilan staf yang sentiasa perlu diawasi.

4. Tiub gelembung yang sensitif.

5. Peralatan alat aras yang tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa

berkongsi alat menyebabkan kerja-kerja mengambil masa yang lama

LAMPIRAN UKUR ARAS JITU :

Menggunakan alat aras digital ( Topcon Electronic Digital Level DL-101C/102C )

Menggunakan alat aras jongkit ( PL1S Precise Tilting level )

Page 11: geodesi amali