“Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini...
Transcript of “Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada ...€¦iv “Saya akui bahawa karya ini...
ii
“Saya mengakui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia: AHMAD MARZUKI BIN MOHAMED
Tarikh : __ APRIL 2008
iii
PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
BERASASKAN WEB : PENGURUSAN JENAZAH
ROSLAN BIN TANGAH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
“Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja saya sendiri melainkan
nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : ROSLAN BIN TANGAH
Tarikh : 20 APRIL 2008
v
DEDIKASI
Sekalung Sekalung Sekalung Sekalung budibudibudibudi……………………
Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Buat Ust Wan Hassan & Ust Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,Ahmad Marzuki ,
Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana Bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan projek sarjana
muda ini.muda ini.muda ini.muda ini.
Teristimewa....Teristimewa....Teristimewa....Teristimewa....
Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...Ayahanda dan bonda...
Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,Jasa dan pengorbanan serta berkat doa untuk anak mu ini,
Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.Akan ku balas segala pengorbanan ini.
Dan terindah...Dan terindah...Dan terindah...Dan terindah...
Buat sahaba yaBuat sahaba yaBuat sahaba yaBuat sahaba yang diingati,ng diingati,ng diingati,ng diingati,
Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,Perjuangan bersama kalian tidak bisa unuk dilupakan,
Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.Sahabat selamanya.
vi
PENGHARGAAN
لرحيمابسم اهللا الرمحن
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurnia-Nya, mampu laporan dan projek laman web untuk Projek Sarjana Muda
ini disiapkan. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad
s.a.w. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berjasa
Ustaz Wan Hassan dan Usztaz Ahmad Marzuki selaku penyelia dan pembimbing
kerana sanggup meluangkan masa keemasan dan memberi tunjuk ajar sepanjang
proses projek ini dibangunkan. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah dihargai dan disanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta kawan-
kawan yang tidak jemu memberi sokongan dan idea dalam menjayakan projek ini.
Juga, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar, berkongsi idea dan
kerjasama dalam menyalurkan pelbagai bentuk maklumat. Semoga segala apa yang
dilakukan diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah
dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.
Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Pembangunan laman web dalam bidang pendidikan telah menjadi kaedah
pembelajaran pada masa kini. Ekoran daripada perkembangan yang pesat dalam
multimedia, maka wujudlah konsep Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
berasaskan laman web. Walaupun terdapat pelbagai sumber lain, laman web
merupakan medan yang terkini namun untuk mendapatkan maklumat melalui
internet mengenai pengurusan jenazah dalam perihal tindakan awal kematian,
memandikan, mengkapankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah
adalah terhad. Sehubungan dengan itu, Pembangunan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) Berasaskan Web: Pengurusan Jenazah akan menambahkan lagi
metod untuk mendapatkan maklumat dan menyalurkan maklumat. Laman web ini
dibangunkan dengan menggabungkan beberapa perisian lain seperti MS-Frontpage
2003, Adobe Dreamweaver CS3, Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk
Max dan Sony Sound Forge 8. Laman web ini telah dimuat naik ke hosting yang
disediakan oleh pembangun. Projek pembangunan laman web ini boleh diakses dari
internet di mana jua terdapat talian internet. Justeru, pembangun telah menyediakan
video di atas talian bagi memudahkan pengendali jenazah mengetahui cara yang
betul dalam menguruskan jenazah. Semoga dengan laman web yang dibangunkan
ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan di
negara kita dan membantu umat Islam menunaikan tuntutan fardhu kifayah.
viii
ABSTRACT
Website development in the educational field has become the latest teaching and
learning method. The quick development in multimedia has resulted the concept of
web based computer assisted learning. Although there are other sources, websites are
considered the latest tool to access information however information such as
management of corpses using the internet, and also planning ahead before the
demise, cleaning, “mengkapan”, pray for and to bury the corpse is limited. With that,
Web Based Computer Assisted Learning (PBK): Corpse Management will add more
methods to access information and provide information. This website was developed
with a combination of software’s such as Frontpage 2003, Adobe Dreamweaver CS3,
Adobe Flash CS3, Adobe Photoshop CS3, Swisk Max dan Sony Sound Forge 8. This
website was also uploaded onto the developer’s very own hosting. This project can
be accessed from any place which has internet access. Therefore, the developer has
provided an online video to ease the understanding of the corpse manager to be able
to know the correct method in managing the corpse. I hope that the development of
this website will be a meaningful contribution to the educational field in our country
and will help our fellow Muslims to fulfil the fardhu kifayah.
ix
BAHAGIAN SATU
BAB 1
BAB 1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Projek 5
1.4 Kepentingan Projek 6
1.5 Skop Projek 7
1.6 Definisi Istilah 7
1.6.1 Membangunkan Laman Web 7
1.6.2 Pembelajaran Berbantukan 8
Komputer (PPBK)
1.6.3 Multimedia 8
1.6.4 Interaktif 8
1.6.5 Teks 8
1.6.6 Grafik 9
1.6.7 Audio 9
1.6.8 Video 10
1.6.9 Animasi 10
1.6.10 Internet 10
1.6.11 World Wide Web (WWW) atau Web 11
x
1.6.12 Laman Web 11
1.6.13 HTML (Hypertext Markup Language) 11
BAHAGIAN DUA
BAB 2
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 12
2.0 Pengenalan 12
2.1 Sejarah PBK 13
2.2 Perkembangan PBK di Malaysia 13
2.3 Keberkesanan PBK Dalam Pendidikan 17
2.4 Kajian-Kajian Lepas 18
2.4.1 Perisian : Modul Pengurusan Jenazah
(Lelaki) Berpandukan Modul Kursus
Pengurusan Jenazah Masjid Sultan Ismail
UTM 19
2.4.2 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) : Penilaian Asas Fardhu Ain Bab
Bersuci (Wuduk) dan Solat 19
2.4.3 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) Pendidikan Islam Tingkatan Tiga, Di
Bawah Tajuk Solat Ketika Sakit, Berdasarkan
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) 20
xi
2.4.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
: Perkara-Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam 20
2.4.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Akidah Tingkatan Satu 20
2.4.6 Pembangunan Perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) : Wuduk
Dan Tayamum Berdasarkan Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) 21
2.4.7 Bimbingan Menyempurnakan Jenazah 21
2.4.8 Persoalan Kematian Dan Pengurusan Jenazah 22
2.4.9 Panduan Lengkap Mengurus Jenazah 22
2.4.10 Panduan Mengurus Jenazah 22
2.5 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 23
2.5.1 Aspek Pedagogi 23
2.5.2 Aspek Psikologi 25
2.5.3 Aspek Teknologi 28
2.6 Fungsi Media Dalam Pengajaran Dan 28
Pembelajaran
2.6.1 Menerangkan sesuatu konsep 29
2.6.2 Merangsang minat pelajar 29
2.6.3 Mempelbagai aktiviti pengajaran dan 30
Pembelajaran
2.6.4 Menjimatkan masa untuk pengajaran 30
2.6.5 Melibatkan pelajar secara aktif 30
2.6.6 Menyediakan pengalaman sebenar 30
2.6.7 Mempertajamkan deria pelajar 31
xii
2.7 Pendekatan yang digunakan dalam Pembelajaran
Berbantukan Komputer 31
2.8 Teori Pembelajaran 33
2.8.1 Teori Tingkahlaku 34
2.8.2 Teori Kognitif 35
2.8.3 Teori Behaviorisme 36
2.8.4 Teori Konstruktivisme 37
2.9 Aplikasi Teori Dalam Reka Bentuk Perisian PBK 38
2.10 Pembelajaran Bestari 39
2.11 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem Dalam
Pembangunan Laman Web PBK 40
2.12 Model Hanaffin & Peck 42
2.12.1 Analisa Keperluan 43
2.12.2 Fasa Reka Bentuk 43
2.12.3 Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan 43
2.13 Elemen Multimedia 44
2.13.1 Teks 44
2.13.2 Grafik 45
2.13.3 Video 45
2.13.4 Audio 46
2.13.5 Animasi 46
2.14 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran 46
2.14.1 Penglibatan pelajar secara aktif 46
2.14.2 Merangsangkan Pembelajaran 47
2.14.3 Kawalan Pembelajaran 47
xiii
2.14.4 Kebolehulangan 47
2.14.5 Interaktif 48
2.14.6 Mudah alih 48
2.15 Keberkesanan Multimedia dalam Pendidikan 48
2.16 Pembinaan Laman Web Multimedia Pendidikan 49
2.16.1 Analisa 49
2.16.2 Rekabentuk 51
2.16.3 Pembangunan 52
2.16.4 Pelaksanaan 52
2.16.5 Penilaian 52
BAHAGIAN TIGA
BAB 3
BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN LAMAN WEB PBK 53
3.0 Pendahuluan 51
3.1 Pengenalan 54
3.2 Model Reka Bentuk Laman Web 54
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 55
3.2.1.1 Mengenalpasti Kumpulan 55
Sasaran
3.2.1.2 Mengenalpasti Ciri-ciri 56
Pengguna
xiv
3.2.1.3 Menentukan Objektif 56
Pembangunan Laman Web
3.2.1.4 Menentukan Perkakasan 57
Komputer Yang Akan
Digunakan
3.2.1.5 Menentukan Perisian Bahasa 57
Pengarangan Yang Akan
Digunakan
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 58
3.2.2.1 Menyatakan Objektif 59
Pembelajaran
3.2.2.2 Menentukan Isi Kandungan 59
3.2.2.3 Reka Bentuk muka web 60
3.2.2.4 Paparan Antara Muka 60
3.2.2.5 Carta Alir Bentuk Laman Web 60
3.2.3 Fasa Pembangunan Dan Perlaksanaan 63
3.2.3.1 Kaedah Pengajaran 64
3.2.3.2 Kaedah Penyampaian 64
3.2.4 Fasa Penilaian Dan Pengulangan 65
3.3 Perancangan Pengujian 66
xv
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4
BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB 68
4.1 Pengenalan 68
4.2 Muat Naik Laman Web 68
4.3 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 69
4.4 Reka Bentuk Visual Laman Web 74
4.5 Strategi Pembelajaran Web 76
4.5.1 Capaian Video Streaming 76
4.5.2 Pembinaan Pengetahuan Secara Kolaboratif 77
4.6 Penilaian Pakar 78
4.7 Penutup 78
BAHAGIAN LIMA
BAB 5
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 80
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Faktor Kekurangan Kepakaran 81
xvi
5.2.2 Faktor Masa 81
5.3 Kelebihan 82
5.4 Kelemahan 83
5.5 Rumusan 84
5.6 Cadangan Lanjutan 85
BIBLIOGRAFI 87
xvii
SENARAI SINGKATAN
CD - Compact Disk
PBK Pengajaran Berbantukan Komputer
PPBK - Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer
MPV Mata Pelajaran Vokasional
CAL Computer Assisted Learning
CAI Computer Aided Instruction
CBI Computer Basic Instrustion
CBL Computer Basic Learning
USM Universiti Sains Malaysia
BTP Bahagian Teknologi Pendidikan
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
BBM Bahan Bantu Mengajar
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
xviii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Alat-Alat Pengajaran Yang Menunjukan Kaedah, Teknik Dan 25
Aktiviti Pengajaran
2.2 Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence Theory) 27
3.1 Skala Pemeringkatan Likert 66
4.1 Penerangan Pautan Utama Yang Digunakan Dalam Setiap 70
Paparan Laman Web Yang Dibangunkan
xix
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Reka Bentuk Hanaffin & Peek 42
3.1 Carta Alir Peringkat Kandungan 61
3.2 Carta Alir Peringkat Kandungan (Menu Utama) 63
4.1 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 69
4.2 Paparan Montaj Pengenalan Laman Web 70
4.3 Reka Bentuk Antara Muka Laman Web 71
4.4 Reka Bentuk Halaman Panduan Awal 71
4.5 Reka Bentuk Halaman Mandi Mayat 72
4.6 Reka Bentuk Halaman Kafan Jenazah 73
4.7 Reka Bentuk Solat Jenazah 73
4.8 Reka Bentuk Halam Mengkebumikan Jenazah 74
4.9 Halaman Menu Video 75
4.10 Halaman Video Praktikal Pengendalian Jenazah 76
4.11 Paparan Halaman Video Streaming 77
4.12 Paparan Forum 78
xx
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
Lampiran A Penilaian Pakar 93
21
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Perkembangan arus perdana yang pesat juga turut sama mengheret
perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi maklumat di
Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan. Dengan adanya teknologi terkini
kehidupan manusia juga turut berubah dari pelbagai sudut. Secara langsung umum
mengetahui bahawa teknologi yang ada sebenarnya dicipta untuk memberikan
kemakmuran kepada manusia dan memudahkan kehidupan harian manusia.
Pelbagai aspek juga turut berubah dengan perkembangan arus teknologi pada
masa kini. Pelbagai sistem turut berubah termasuk perbankan, sistem perkhidmatan
pelanggan, aduan perkhidmatan dan lain-lain lagi begitu juga bidang pendidikan.
Banyak perkembangan yang berkaitan dengan teknologi pendidikan antaranya banyak
sekolah yang telah menerima kemudahan komputer yang bukan hanya bagi tujuan
pentadbiran malah untuk kegunaan pelajar secara amnya.
Bagi komputer multimedia yang lebih dikenali dengan CD-ROM, telah
membolehkan kita mencapai maklumat dalam berbagai bentuk media seperti teks,
22
grafik bunyi, animasi dan video hanya melalui sebuah alat. Seperkara lagi yang
menjadikan multimedia sungguh berkesan penggunaannya dalam pembelajaran ialah
pertautannya dengan hypermedia yang bermaksud jalinan semua rangkaian maklumat
multimedia bagi memudahkan para pelajar menjana apa jua maklumat yang
diingininya yang berkaitan dengan pembelajaran tanpa bantuan dari guru (student
centre). Hypermedia dapat membantu pembelajaran dengan lebih berkesan dengan
mewujudkan situasi sebenar di mana pelajar dapat melihat di skrin teori dan praktikal
dalam satu masa, seolah-olah mereka berada di dalam situasi tersebut ketika proses
PBK berjalan.
Melalui Internet pula, pembelajaran dapat dijalankan secara langsung dengan
begitu selesa tanpa mengira masa, tempat dan juga tanpa membayar kos yang tinggi
melalui aktiviti seperti e-mel ataupun World Wide Web (WWW) yang membolehkan
pelajar mencapai maklumat dan menjana bahan pembelajaran asli seperti surat
khabar, majalah, artikel, ulasan buku atau filem dalam masa yang sungguh singkat..
Baharuddin Aris (1995), mengatakan bahawa penggunaan teknologi
pendidikan dapat menyampaikan pengertian atau informasi dengancara yang lebih
konkrit atau lebih nyata daripada yang dapat disampaikan oleh ungkapan kata-kata
yang diucap, dicetak mahupun ditulis. Oleh yang demikain, teknologi pendidikan
akan membuat suatu pengertian atau informasi itu menjadi lebih bermakna. Seseorang
itu akan lebih mudah atau lebih cepat belajar dengan melihat video, relia atau model.
Ini akan dapat menghindarkan keraguan atau salah pengertian secara lebih efektif.
Justeru, ada sesetengah sekolah mengamalkan pendidikan berbantukan
komputer (PBK). Pelbagai sumber yang digunakan dalam PBK ini antaranya ialah
sumber ilmu dari CD, laman web tertentu dan lain-lain lagi. Yang mana pada masa
akan datang mungkin buku teks digantikan dengan CD, kerja rumah dibuat, di simpan
di dalam pen drive ataupun disket dan boleh diakses dari talian internet.
23
Dengan kaedah pengajaran berbantukan komputer ini, diharapkan kaedah akan
lebih menarik minat pelajar dalam mempelajari matapelajaran tersebut kerana pelajar
akan dapat melihat gambaran sebenar keadaan bagi sesuatu pekara. PBK yang bersifat
mengajar ini diyakini dapat meningkatkan tahap pemikiran dan merangsangkan minda
pelajar terhadap matapelajaran yang dipelajarinya. Gabungan unsur teks, grafik,
audio, video dan animasi disepadukan di dalam perisian yang bertujuan
merangsangkan minda dan menarik minat pelajar. Secara tidak langsung, pengajaran
berbantukan komputer dapat menambahkan lagi rakyat negara kita yang celik IT
1.1 Latar Belakang Masalah
Apabila dilihat secara dekat pada falsafah pendidikan negara, dapat dilihat
bahawa perhatian kepada pendidikan yang berterusan iaitu ‘Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan’. Justeru, untuk merealisasikan impian ini maka beberapa
usaha haruslah dilakukan.
Untuk merealisasikannya beberapa usaha haruslah dijalankan antaranya ialah
dengan menggunakan teknologi dalam bidang pendidikan. Teknologi ini tidak
semestinya tertumpu pada bidang pentadbiran malahan teknologi yang digunakan
adalah untuk menyampaikan isi pelajaran adalah kepada pelajar. Penekanan dalam
mengaplikasi teknologi pendidikan semakin berubah dari semasa ke semasa. Apabila
dilihat pada zaman dahulu, pengajaran dan pembelajaran hanya menggunakan kapur
dan papan hitam. Pada masa tersebut pengajaran dan pembelajaran adalah
berpusatkan pada guru. Gaya pembelajaran yang begini menyebabkan pelajar merasa
bosan dan hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat mengikuti isi pelajaran yang
disampaikan.
24
Menurut Esah Sulaiman (2003), individu memang berbeza antara satu sama
lain daripada segi kecerdasannya. Perbezaan kecerdasan daripada pelbagai aspek
menjadikan pelajar berfikir dan belajar dengan cara yang berbeza. Ada pelajar lebih
suka dan mudah memahami sesuatu jika pembelajaran banyak dibantu dengan
gambar, rajah, benda-benda yang konkrit. Sementara ada yang mudah belajar jika ada
muzik menenangkan fikiran.
Penggunaan teknologi dalam pendidikan memberikan sumbangan dalam
meningkatkan lagi mutu pendidikan dalam melaksanakan kurikulum bagi mencapai
sesuatu objektif dengan lebih mudah. Dalam suasana teknologi sekarang memang
banyak perubahan persekitaran berlaku. Oleh yang demikian pengunaan teknologi
amat diperlukan bagi menyimbangkan dengan suasana persekitaran.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer adalah penggunaan
komputer yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan. Ia melibatkan interaktiviti antara pelajar dengan komputer dengan
guru berfungsi sebagai fasilitator. (Burke, 1982).
Di mana salah satu bahan yang digunakan ialah dengan menggunakan laman
web. Laman web yang digunakan mengandungi gabungan teks, gambar, bunyi dan
animasi mampu menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik dalam sesuatu
matapelajaran lantas sesuatu objektif matapelajaran tercapai.
Selain daripada itu ada juga faedah kepada golongan pendidik yang
menggunakan pendekatan pengajaran begini iaitu memudahkan serta menjimatkan
masa di mana golongan pendidik tidak perlu menulis di papan hitam. Ianya cuma
perlu memasukkan disket ataupun CD ataupun pen drive. Secara tidak langsung kelas
menjadi lebih terkawal dan lebih menarik dengan bahan yang dipaparkan. Perisian
yang dibina mestilah mampu menarik minat pelajar dan kerkonsepkan pedagogi agar
matlamat atau objekif sesuatu matapelajaran tercapai dengan jayanya
25
1.2 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikaji. Kajian ini bertujuan untuk
membangunkan sebuah laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
berasaskan laman web dalam bidang pengurusan jenazah.
Dengan adanya laman web ini akan memudahkan para pengendali jenazah
Islam mempelajari dan memantapkan pemahaman mereka untuk menguruskan
jenazah mengikut lunas-lunas syariat yang betul memandangkan masih ramai lagi
yang tidak faham dan berani terlibat dalam pengurusan jenazah walaupun mereka
tahu ia merupakan salah satu daripada tuntutan fardhu kifayah bagi setiap orang
Islam.
1.3 Objektif Projek
Objektif utama pembangunan projek berasaskan laman web ini adalah untuk
menghasilkan satu PBK bagi mata pelajaran pendidikan Islam yang berasaskan web
bagi membantu murid dan juga khalayak untuk mendapatkan sumber infomasi dari
dalam talian (online).
1.3.1. Menghasilkan satu PBK yang interaktif bagi memudahkan murid, guru dan
orang awam berinteraksi secara dalam talian.
26
1.3.2. Menghasilkan satu perisian PBK yang menarik supaya murid, guru dan orang
awam berani untuk mendalami bidang pengurusan jenazah.
1.3.3. Membantu memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran yang hendak
disampaikan melalui laman web.
1.3.4. Memberikan alternatif penyebaran bahan pembelajaran dan pengajaran kepada
murid, guru dan orang awam selain ia disebarkan melalui CD-ROM dan buku
rujukan.
1.4 Kepentingan Projek
Adalah menjadi hasrat supaya projek PBK berasaskan web ini mempunyai
kepentingan kepada kesemua pihak sama ada murid, guru dan orang awam untuk:
1.4.1 Mempelbagaikan serta memberikan pilihan kaedah penyampaian dalam
proses pembelajaran.
1.4.2. Membantu murid, guru dan orang awam sebagai sumber inspirasi dan
motivasi bagi menarik minat terhadap bidang pengurusan jenazah.
1.4.3. Memberi peluang kepada murid, guru dan orang awam belajar mengikut
kehendak, keupayaan dan minat mereka sendiri.
1.4.4 Membantu kepada proses pengajaran supaya lebih berkesan.