RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan...
Transcript of RANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileii “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan...
C
CATATAN:
BO JUDUL:
Saya
mengaku mUniversiti T 1. Tesis ad2. Perpusta
pengajia3. Perpusta
institusi4. **Sila t
√
_________
(TAN
Alamat Tetap
JUMAYA
LOT 26, K
71800 NIL
Tarikh: 16
* Potong yang** Jika tesi
berkuasa/dikelaskan
♦ Tesis dimpenyelidikLaporan P
ORANG KEMAHIRA
DALAM KAL
membenarkan teknologi Mala
dalah hakmilik akaan Universan sahaja. akaan dibenari pengajian tingandakan ( )
SULIT
TERHAD
TIDAK TE
_____________
NDATANGAN
p:
AH BINTI YU
KG JIJAN TE
LAI, N.S.
6 APRIL 2010
g tidak berkenaanis ini SULIT/organisasi berken sebagai SULITmaksudkan sebkan, atau disertProjek Sarjana M
PENGEAN PENGAJ
LANGAN BA
SESI PENGA
JU(H
esis (PSM/Saraysia dengan sy
Universiti Teksiti Teknologi
rkan membuatggi.
(MekepeAK (Meoleh
ERHAD
____________
N PENULIS)
USOF
ENGAH,
0
n. T atau TERHenaan dengan mT atau TERHAD
bagai tesis bagtasi bagi pengaj
Muda (PSM).
ESAHANJARAN DAN
AKAL GURU
AJIAN: 200
UMAYAH BINHURUF BESA
rjana/Doktor Fyarat-syarat keg
knologi MalaysMalaysia dib
t salinan tesi
engandungi maentingan Malay
KTA RAHSIA R
engandungi mah organisasi/ba
___ ____
Tarikh
HAD, sila lammenyatakan sekalD. i Ijazah Dokto
ajian secara kerj
N STATUN KESELAM
09/2010
NTI YUSOFAR)
Falsafah)* ini gunaan seperti
sia. benarkan mem
s ini sebagai
aklumat yang ysia seperti yanRASMI 1972)
aklumat TERHadan di mana p
Dis
_____________
(TANDATA
DR HJ MO
RAHMAN
Nam
h: 16 APRIL
mpirkan surat li sebab dan tem
or Falsafah daja kursus dan p
US TESIMATAN DI
disimpan di P berikut:
mbuat salinan u
bahan pertuk
berdarjah keseng termaktub d
HAD yang telpenyelidikan dij
sahkan oleh
____________
ANGAN PENY
OHD ANUAR
ma Penyelia
L 2010
daripada pihmpoh tesis ini per
an Sarjana secapenyelidikan, at
IS♦
MAKMAL
Perpustakaan
untuk tujuan
karan antara
elamatan atau di dalam
ah ditentukan jalankan)
___________
YELIA)
B. ABDUL
hak rlu
ara tau
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan : ………………………………………...................
Nama Penyelia : DR HJ MOHD ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh : 16 APRIL 2010
iii
KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN KESELAMATAN DI MAKMAL DALAM KALANGAN BAKAL GURU
JUMAYAH BINTI YUSOF
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
“Saya akui
T
N
T
karya ini ad
petikan yan
Tandatangan
Nama Penye
Tarikh
dalah hasil ke
ng setiap satu
n : ……
elia : JUM
: 16 A
erja dan usah
unya telah sa
………………
MAYAH BIN
APRIL 2010
ha saya send
aya jelaskan
……………
NTI YUSOF
diri kecuali r
sumbernya.
F
ringkasan da
.”
iv
an
v
DEDIKASI
BAPAK DAN MAK
(Hj Yousof B Esa dan Esah Bt Ismail)
Terima kasih di atas segala dorongan, nasihat dan doa-doa kalian
yang sentiasa mengiringi diri ini.
ABANG DAN KAKAK
(Azahari dan Hamsaton )
Terima kasih di atas segala bantuan yang diberikan,
nasihat dan tunjuk ajar darimu.
RAKAN DAN TEMAN
(rakan-rakan SPP terutamanya Shafiyah Mohamed dan Norhashimah Hassim serta
rakan seperjuangan pelajar Fakulti Pendidikan dan tidak dilupakan teman istimewa
Wan Mohd Fuad Hanif)
Terima kasih di atas segala kerjasama dan pertolongan serta dorongan
yang sentiasa kalian berikan ketika suka duka melakukan tesis ini dan juga
sepanjang menjalani kehidupan di UTM.
vi
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran kepada Illahi di atas kurnia dan
inayahNYA. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
pendukung saya di waktu buntu dan saat sukar iaitu pensyarah penyelia saya DR
Mohd Anuar B Abdul Rahman yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, nasihat dan
motivasi yang tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya setiap ilmu dan titik peluh
yang dicurahkan tidak mampu saya balas. Penghargaan yang tidak terkira juga
kepada pensyarah-pensyarah fakulti pendidikan yang membantu dan sentiasa
memberi panduan. Kepada rakan-rakan sepejuangan yang sentiasa memberi idea,
kerjasama dan pandangan dalam menghasilkan tesis ini. Tidak lupa kepada mereka
yang tidak saya kenali kena sudi memberi kerjasama menjawab soal selidik yang
diedarkan. Jutaan terima kasih diatas sokongan kalian. Hanya Allah mampu
membalas jasa dan pengorbanan kalian.
vii
ABSTRAK
Komponen kemahiran pengajaran dan kemahiran keselamatan di makmal
adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains. Kajian ini
dilakukan bertujuan mengenalpasti tahap kemahiran pengajaran (strategi mengajar,
kemahiran ketika di makmal, kemahiran pengurusan makmal) dan kemahiran
keselamatan (kemahiran am, kemahiran mengenai alatan kemahiran mengendalikan
bahan kimia). Di samping itu, kajian ini juga bertujuan melihat perbezaan
kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal berdasarkan jantina, dan kursus.
Sampel kajian terdiri daripada 127 orang bakal guru dari pelajar tahun tiga dan tahun
empat Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan, UTM dan pemilihan sampel
dilakukan secara rawak mudah. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Hasil
kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Croncach soal selidik
adalah tinggi, aspek kemahiran pengajaran (0.9668) dan aspek kemahiran
keselamatan (0.9669). Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan peratusan, min, ujian-t dan korelasi.
Dapatan menunjukkan tahap kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal
adalah di tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan kemahiran pengajaran di makmal
berdasarkan jantina dan kursus. Manakala terdapat perbezaan dalam aspek
kemahiran keselamatan di makmal berdasarkan jantina tetapi tidak terdapat
perbezaan kemahiran keselamatan antara kursus. Hasil kajian juga menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran pengajaran dan kemahiran
keselamatan di makmal. Akhir sekali dicadangkan menambahkan silibus pelajaran
mengenai kemahiran penyelesaian masalah agar pelajar dapat berfikir secara kreatif
dan kritis Manakala aspek kemahiran keselamatan pula, senarai-senarai bahan kimia
dan nilai ambang ditampal dalam setiap makmal.
viii
ABSTRACT
Teaching and safety skills are important components in science instruction.
The purpose of this study is to investigate the level of the teaching skills (teaching
strategy, laboratory skills and laboratory management skills) and safety awareness
(general skills, skills on recognizing apparatus and skill on handling chemical
substance). This study also investigates discrepancies of the skills with regards to
gender and course specifications. A total of 127 third and fourth year students from
department of science and mathematics, Faculty of Education, UTM were selected
randomly as respondents. The research instrument administered is in the form of
questionnaires. The reliability of the alpha Croncach value is 0.9668 for teaching
skills and 0.9669 for safety awareness. The collected data was analysed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) and the result were presented in the
percentage, mean, t-test and correlation. Result was showed levels of teaching and
safety skills respondent have high. There is no difference in teaching skills based on
gender and course specifications. As for safety skills, no deference is recorded for
comparison between courses but there is a significant difference when it is compared
between genders. The study also showed that there is significant relationship
between teaching and safety skills in laboratory. The suggestion for this study in
teaching skills is the syllabus on safety awareness in laboratory needs to add in
problem solving skills so that students can develop their creative and critical
thinking. Moreover, for safety skills the list of the chemical substance and threshold
value need to display in every laboratory.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 6
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Hipotesis kajian 8
x
1.7 Rasional Kajian 8
1.8 Kepentingan kajian 9
1.9 Skop dan batasan kajian 9
1.10 kerangka kajian 10
1.11 Definisi istilah 11
1.12 Rumusan 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kemahiran Pengajaran Di makmal 14
2.2.1 Kemahiran Menggunakan Strategi Mengajar
14
2.2.2 Kemahiran Ketika Di Makmal 16
2.2.3 Kemahiran Pengurusan Makmal 18
2. 3 Kemahiran Keselamatan di Makmal 19
2.3.1 Kemahiran Am Keselamatan Di Makmal
19
2.3.2 Kemahiran Mengenai Alatan Makmal
22
2.3.3 Kemahiran Mengendalikan Bahan Kimia
26
2.4 Rumusan 28
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk kajian 29
3.3 Persampelan 30
xi
3.4 Instrumen kajian 31
3.5 Kajian rintis 32
3.6 Prosedur kajian 33
3.7 Kaedah Analisis data 34
3.8 Rumusan 35
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Latar Belakang Responden 36
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian.
38
4.3.1 Tahap Kemahiran Pengajaran Di Makmal.
38
4.3.2 Tahap Kemahiran Keselamatan di Makmal.
43
4.4 Analisis Berdasarkan Hipotesis 49
4.4.1 Perbezaan Kemahiran Pengajaran Di Makmal Berdasarkan Jantina 49
4.4.2 Perbezaan Kemahiran Keselamatan di Makmal Berdasarkan Jantina
50
4.3.3 Perbezaan Kemahiran Pengajaran di Makmal Berdasarkan Kursus
50
4.3.4 Perbezaan Kemahiran keselamatan di Makmal Berdasarkan Kursus
51
4.4 Hubungan Antara Kemahiran Pengajaran dan Keselamatan di Makmal
53
4.5 Rumusan 53
xii
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan Kajian 54
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 56
5.3.1 Kemahiran Pengajaran di Makmal 56
5.3.2 Kemahiran Keselamatan di Makmal 59
5.3.3 Hubungan Antara Kemahiran Pengajaran dan Keselamatan Di Makmal dalam Kalangan Bakal Guru 61
5.4 Cadangan Kajian 62 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 63 5.6 Penutup 63 RUJUKAN 65
LAMPIRAN 69
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Langkah pertolongan cemas semasa di makmal 24
2.2 Kelas pemadam api jenis A, B dan C 25
2.3 Contoh bahan merbahaya 27
3.1 Bilangan pelajar setiap kursus 30
3.2 Nilai Alpha Cronbach pada setiap konstruk 32
3.3 Skala Min 34
3.4 Kekuatan hubungan dalam kaedah korelasi 35
4.1 Bilangan responden lelaki dan perempuan 36
4.2 Bilangan responden mengikut kursus 37
4.4 Jadual perbandingan antara konstruk
kemahiran pengajaran di makmal
38
4.5 Taburan respon dalam aspek kemahiran
menggunakan strategi mengajar
39
4.6 Taburan respon dalam aspek kemahiran dalam
makmal
41
4.7 Taburan respon dalam aspek kemahiran
pengurusan makmal
42
4.8 Jadual perbandingan antara konstruk
kemahiran keselamatan di makmal
43
4.9 Taburan respon dalam aspek kemahiran am di
makmal.
45
xiv
4.10 Taburan respon dalam aspek kemahiran
mengenai alatan makmal
46
4.11 Taburan respon dalam aspek kemahiran
mengendali bahan kimia
48
4.12 Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Kemahiran
Pengajaran berdasarkan Jantina
49
4.13 Ujian-t Menunjukkan Perbezaan Kemahiran
keselamatan di makmal berdasarkan Jantina
50
4.14 Keputusan ujian hipotesis analisis varian
(ANOVA) Kemahiran Pengajaran di Makmal
berdasarkan Kursus.
50
4.15 Perbandingan Min Dapatan Kemahiran
Pengajaran di Makmal berdasarkan Kursus
51
4.16 Keputusan ujian hipotesis analisis varian
(ANOVA) Kemahiran Keselamatan di
Makmal berdasarkan Kursus
52
4.17 Perbandingan Min Dapatan Kemahiran
Keselamatan di Makmal berdasarkan Kursus.
52
4.18 Analisis Korelasi 53
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
1.0 Kerangka Kajian
10
3.2 Prosedur kajian
33
xvi
SENARAI SINGKATAN
KPM Kementerian Pengajian Malaysia
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
SPC Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Kimia
SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik
SPN Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
SPK Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan Kimia
SPP Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan Fizik
SPSS Statistical Package for the Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Soal selidik kajian 69
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Makmal sains telah mempunyai peranan tersendiri dalam pendidikan sains
terdapat pelbagai faedah dan manfaat dalam pembelajaran dan pengajaran di makmal.
Keadaan ini sejajar dengan pendidikan di Malaysia yang kini sedang mengalami
transformasi menyebabkan pelbagai elemen cuba dimasukkan dalam kurikulum
pendidikan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelektual dan sahsiah. Oleh itu, dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang
mencukupi serta memiliki kemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajar untuk
menyertai bidang sains perlu dipertingkatkan dan penguasaan kognitif pelajar dalam
disiplin tersebut perlu diperbaiki. ( Zanaton et. al, 2006)
Menurut ahli psikologi Piaget, J (1896-1980) dalam Slavin (2006), matlamat
asas dalam pendidikan ialah menghasilkan manusia yang mampu menghasilkan benda
baru iaitu minda yang kritis, yang boleh mengenalpasti dan menilai bukan menerima
sacara bulat-bulat. Dengan melakukan amali di makmal dapat membantu mereka
memahami dan berbincang untuk memperjelaskan penemuan mereka semasa
mempelajarinya secara teori (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006). Oleh itu, secara
umum, menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), amali sains disebut sebagai
eksperimen, uji kaji atau kerja amali sains. Kaedah amali ini berupaya memberikan
2
pengalaman konkrit dan kemahiran saintifik kepada pelajar semasa menjalani aktiviti di
makmal.
Kemahiran saintifik diperolehi pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di
makmal sains seperti kemahiran uji kaji dan pengendalian alat radas. Menurut Avi
Hofstein and Vincent, (2003). aktiviti makmal memberikan pengalaman yang baik
untuk memupuk kemahiran mengendalikan alat radas di samping memberi peluang
kepada mereka untuk berjaya dalam sains. Pengajaran sains memberikan makna
mengenai prinsip, strategi, kaedah, teknik dan pelbagai kaedah untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang efektif (Nor Hasniza, 2006). Pengajaran dan
pembelajaran di lakukan di makmal supaya pelajar dapat memahami pelajaran yang di
pelajari secara teori dengan mengaplikasikan di makmal sewaktu amali. Oleh itu,
kemahiran pengajaran di makmal perlu di kuasai oleh guru-guru sains agar berupaya
membimbing pelajar-pelajar meminati sains dan berasa seperti menjadi saintis yang
semasa melakukan aktivti di makmal.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim, (2006), mata pelajaran sains memberi
tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai
satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Jadi Kemahiran
pengajaran di makmal merupakan aspek yang penting dalam mengawal keadaan semasa
di makmal dan ketika pelajar melakukan amali sains. Jadi pengajaran di makmal
memerlukan konsep pembelajaran secara koperatif iaitu pelajar-pelajar diberikan
kumpulan yang kecil dan meraka bekerjasama untuk melakukan amali dan pelajar
melakukan amali menggunakan konsep “discovery learning” kerana semasa uji kaji
atau amali dijalankan pelajar-pelajar akan diberi kebebasan dan mereka berupaya
membina kefahaman mereka sendiri.
Selain aspek kemahiran pengajaran, keselamatan adalah aspek yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran di makmal. Kesedaran tentang betapa pentingnya
keselamatan dalam makmal patut ada dan ditanam didalam jiwa pengguna (Azhari,
1992 dalam Zainal 2008). Oleh itu, guru dan pelajar seharusnya peka dalam aspek
3
keselamatan di makmal dan menjadi tanggungjawab kepada semua pihak bukan hanya
terletak pada seorang guru dan pembantu makmal sahaja. Ini sejajar dengan pernyataan
Halimaton dan Zaiton (1994), semua pihak yang terlibat dalam aktiviti di makmal
mestilah mengutamakan keselamatan diri, tempat bekerja, persekitaran dan individu
lain yang bekerja bersama mereka.
Semasa pelajar melakukan aktiviti amali di makmal berkemungkinan
kemalangan akan terjadi. Oleh itu, guru dan pelajar harus memahami tentang peraturan
ketika di makmal dan mengambil langkah-langkah pencegahan kemalangan semasa
melakukan amali. Menurut Hassan (1997) dalam Zainal (2008), langkah-langkah
keselamatan adalah menjadi tanggungjawab semua dan guru perlu menyediakan
langkah-langkah keselamatan seperti menggunakan carta keselamatan yang sesuai.
Oleh itu, keselamatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam pengurusan
makmal sains kerana jika guru dan pelajar alpa, ia boleh mengundang maut (Halimaton
dan Zaiton, 1994).
Sebelum melakukan amali sains guru seharusnya menerangkan kepada pelajar
tentang langkah keselamatan, peraturan dan teknik pengunaan alat radas. menurut
Zainal, (2008). pelajar yang sentiasa didedah dan ditekankan dengan peraturan mudah
mengikut peraturan keselamatan di makmal. Kemalangan lebih kerap berlaku dalam
makmal yang semak dan tidak tersusun (Ooi Chong Beng dan Khairuddin, 1982). Oleh
itu, semua guru sains mesti pandai mentadbir makmal sains, dan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran tentang keselamatan makmal agar menjadi tempat yang
kondusif dan selamat
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemahiran pengajaran dan keselamatan di makmal dalam kalangan guru pelatih
merupakan aspek yang penting kerana guru pelatih tidak mempunyai pengalaman dalam
megendalikan makmal menyebabkan guru pelatih berasa kurang yakin pada diri dan takut
4
dalam mengendalikan aktiviti amali dan menjadikan aktiviti di makmal berpusatkan guru.
Aspek ini sejajar dengan pernyataan Hodson (1990) dalam Hart et al (2000), pelajar
menyatakan aktiviti di makmal membosankan dan terlalu berpusatkan guru
menyebabkan pelajar gagal mengaitkan hubungan aktiviti di makmal dengan
pembelajarannya.
Guru kurang kemahiran keselamatan dan pengetahuan asas mengenai teknik-
teknik pengendalian alat radas menyebabkan pelajar lebih terdedah dengan risiko
kemalangan. Menurut Mohamed Rahmat et al (1995) dalam Siti Suhaila dan Umaimah
(2006), salah satu masalah utama dalam melaksanakan mata pelajaran sains ialah
kekurangan kemahiran dalam mengendalikan peralatan sains. Oleh itu, pengendalian
alat radas di makmal sains perlu agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondusif dan selamat.
Menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), individu yang melakukan ujikaji
lebih berisiko kemalangan akibat dari kecuaian pengguna itu sendiri. Kecuaian manusia
adalah faktor utama yang menyebabkan kemalangan di dalam makmal (Nasri, 2000
dalam Mohd Nasir, 2002). Oleh itu, Guru perlu mengingatkan pelajar dengan
menampal pada dinding makmal iaitu “Utamakan Keselamatan” kerana menurut Zainal
(2008), pelajar mudah mengikuti dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal
sekiranya mereka sering diingati dan didedahkan dengan peraturan keselamatan.
Namun begitu, pelajar yang melakukan amali kimia lebih berisiko mengalami
kemalangan kerana mereka terdedah dengan bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti
cecair yang berasid dan beralkali. Menurut Kong Meow San (1984), di makmal sains
kini terdapat banyak bahan kimia yang merbahaya. Jadi langkah-langkah keselamatan
perlu dititik beratkan semasa melakukan ujikaji di makmal. Guru tidak mahir tentang
cara memberi pertolongan cemas semasa berlaku kecemasan ketika di makmal
menyebabkan kecederaan mangsa bertambah parah. Menurut Halimaton dan Zaiton
(1994), pengetahuan dan penggunaan peralatan yang betul dan langkah-langkah bagi
mengelakkan berlaku kemalangan mesti dipelajari oleh semua individu.
5
Selain daripada masalah keselamatan, pengajaran di makmal juga memerlukan
kemahiran pengajaran. Bakal-bakal guru sains perlu memahami pedagogi sains bagi
membantu pelajar membina kefahaman mereka sendiri dan mengingati aktiviti amali
tersebut kerana mereka dapat mengalami keadaan sebenar serta akan berkecenderungan
untuk menyelidiki pembelajaran sains yang seterusnya (NSTA, 2003 dalam Nor
Hasniza, 2006). Menurut Nor Hasniza (2006) lagi, bakal guru kurang cekap dalam
membahagikan masa dengan baik, kawalan kelas, penggunaan bahan bantu mengajar
dan teknik pengajaran tetapi mereka merasakan mereka berkeupayaan dalam
menguruskan masa semasa menyampaikan sesi pengajaran sains di dalam kelas.
Kemahiran pengurusan masa adalah elemen yang penting dalam kemahiran pengajaran
di makmal kerana dalam dapatan kajian Nor Hasniza (2006) dalam catatan refleksi guru
pelatih sains menyatakan mereka tidak dapat pengurusan masa dengan baik dan
menurut Behets (1997) dalam Nor Hasniza (2006), guru yang efektif adalah mereka
yang dapat menghabiskan masa secara aktif dan berkesan semasa pengajaran.
Selain itu, pembinaan bahan bantu mangajar yang tidak menarik dan tidak
sempurna menyebabkan pelajar kurang berminat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut catatan refleksi guru pelatih sains dalam Nor Hasniza (2006), menyatakan guru
pelatih sains tidak berupaya menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik.
Pengurusan makmal juga elemen penting dalam kemahiran pengajaran di makmal.
Bakal guru perlu dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan pengurusan di makmal
kerana menurut catatan refleksi guru pelatih sains dalam Nor Hasniza (2006),
menyatakan mereka tidak dapat menguruskan makmal dengan baik dan selamat
digunakan. Kenyataan ini menunjukkan guru bakal guru tidak mahir dalam
menguruskan makmal. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan
penyelenggaraan makmal sains merupakan aspek yang perlu dikuasai oleh setiap guru
sains bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta
mengelak berlakunya sebarang kecelakaan.
6
1.3 Pernyataan masalah
Menurut Nor Hasniza (2006), pengajaran sains yang berkesan, guru sains perlu
menguasai isi kandungan yang baik, mempunyai sikap dan ciri ahli sains yang baik,
mempunyai pelbagai kemahiran, teknik dan strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains. Justeru itu menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), startegi
pengajaran dan pembelajaran sains harus berteraskan pembelajaran menerusi
pengalaman seperti pendekatan konstruktivisme dan inkuiri. Melalui pendekatan ini
pelajar boleh meluaskan pengalaman pembelajaran meraka dan memperkukuhkan
kefahaman dan ingatan mereka. Menurut Freedman (1996), dalam aspek persekitaran
pembelajaran, makmal adalah faktor yang mempengaruhi pelajar dalam pembentukkan
sikap positif terhadap sains. Oleh itu, kemahiran pengajaran di makmal perlu bagi
memupuk sikap pelajar terhadap matapelajaran yang melibatkan pembelajaran dan
pengajaran di makmal.
Kemahiran keselamatan merupakan aspek yang penting kerana aspek ini sering
dibimbangi oleh ibubapa pelajar agar anak mereka sentiasa berada dalam keadaan
selamat. Pelajar-pelajar perlu sentiasa diingatkan akan peraturan dan keselamatan
makmal sebelum dan semasa berada dimakmal bagi mengelakkan berlaku kemalangan
dalam makmal. Menurut Siti Suhaila dan Umaimah (2006), kemalangan lebih mudah
berlaku kepada individu yang melakukan ujikaji kerana tidak menitik berat tentang
keselamatan diri sendiri. Justeru itu, bakal guru perlu mahir mengenai aspek
keselamatan di makmal serta menimbulkan persekitaran yang selamat dan
menggalakkan pembelajaran.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai kemahiran guru-guru pelatih sains
UTM yang telah menjalani latihan mengajar iaitu pelajar tahun tiga dan empat bagi
7
kursus SPP, SPF, SPC, SPK dan SPN tentang kemahiran pengajaran dan keselamatan
makmal yang harus diketahui dan dipraktikkan. Oleh itu objektif kajian ini adalah:
1.4.1 Mengenal pasti tahap kemahiran pengajaran di makmal dalam kalangan bakal
guru
1.4.2 Mengenal pasti tahap kemahiran keselamatan di makmal dalam kalangan bakal
guru
1.4.3 Mengenal pasti perbezaan kemahiran pengajaran di makmal di berdasarkan
jantina dan kursus.
1.4.4 Mengenal pasti perbezaan kemahiran keselamatan makmal berdasarkan jantina
dan kursus.
1.4.5 Mengenal pasti hubungan antara kemahiran pengajaran dan keselamatan di
makmal makmal dalam kalangan bakal guru.
1.5 Persoalan kajian
Berdasarkan pernyataan masalah terdapat beberapa persoalan kajian bagi kajian
ini adalah:
1.5.1 Apakah tahap kemahiran pelajar tentang kemahiran pengajaran di makmal?
1.5.2 Apakah tahap kemahiran pelajar tentang keselamatan di makmal?
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan signifikan kemahiran pengajaran di makmal
berdasarkan jantina dan kursus?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan signifikan kemahiran keselamatan di makmal
berdasarkan jantina dan kursus?
1.5.5 Adakah terdapat hubungan signifikan antara kemahiran pengajaran dan
keselamatan di makmal makmal dalam kalangan bakal guru?