SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera S · PDF filesama ada melalui pengamatan,...
Transcript of SASTERA PENGGERAK BAHASA Bicara Karya Sastera S · PDF filesama ada melalui pengamatan,...
Oleh Rusdi Abd. Rahman
“NOVEL satira yang menggarap aspek kecemerlangan kepimpinan
dan perpaduan ini merupakan sebuah karya unggul yang boleh diangkat sebagai bahan rujukan, khususnya kepada para pemimpin agar memimpin organisasi dengan cemerlang. Kepimpinan yang dijelmakan dalam novel ini bukan sekadar suatu manifestasi pengarang sematamata tetapi mampu menjadi petunjuk kepada pemimpin untuk menjana ketamadunan dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bangsa. Keupayaan pengarang menerapkan idea dan etika kepimpinan yang berfalsafah tinggi ini mampu membina suatu pemikiran baharu dan anjakan paradigma kepada pemimpin negara.” Demikianlah antara kekuatan novel Lang Budi karya Mohd. Khairy Hj. Halimi, terbitan DBP pada tahun 2006 sehingga dipilih untuk dibicarakan oleh Munsyi Dewan, Azhar Salleh dalam Majlis Bicara Karya Sastera Negeri Johor. Majlis anjuran bersama DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) diadakan pada 25 Februari lalu di Muar, Johor.
Selain itu, buku yang turut dibicarakan dalam majlis ini ialah antologi cerpen abad ke20 karya penulis mapan yang prolifik, Zaharah Nawawi yang berjudul Orang Perjuangan. Dalam majlis ini, Siti Aishah Murad membicarakan aspek Wanita di Tangan Pengarang Wanita dalam Orang Perjuangan. Ratarata cerpen yang terkandung di dalam antologi ini digarap berdasarkan psikologi, biologi, bahasa dan budaya wanita kerana hanya wanita sahaja yang memahami pergolakan jiwa
wanita. Sikap wanita yang berani berjuang di tengahtengah kaum lelaki diketengahkan dalam cerpen Gegak Membakar manakala ketabahan wanita yang menjadi pendidik anak bangsa pula menjadi fokus cerita Cikgu Murni. Melalui cerpen Emak Tak Marah Lagi, pengarang mengangkat peranan ibu sebagai pendidik yang membentuk akhlak anakanak, khususnya anak perempuan.
Sementara itu, sikap wanita yang angkuh dan suka menunjuknunjuk apabila melakukan kebaikan digambarkan melalui watak Hajah Khairiah dalam cerpen Al-Kibriah.
Sementara itu, Mohamad Shahidan pula membicarakan antologi puisi Semoga Cepat Sembuh karya Aminah Mokhtar menggunakan pendekatan semiotik, iaitu kajian tentang tanda dan lambang terutamanya hubungan antara tanda dan lambang dengan benda atau idea yang dimaksudkan. Kajian mendapati penghayatan penyair dalam bidang Sains dan Agama Islam begitu mendalam dan berpendirian keduaduanya saling melengkapi dalam kehidupan.
Program ini diadakan dengan tujuan untuk mengetengahkan karya sastera anak negeri Johor
serta meningkatkan apresiasi sastera merentasi pelbagai genre. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman pembaca tentang teori sastera mutakhir dan proses penghasilan sesebuah karya sastera. Majlis yang dirasmikan oleh Pengarah DBP Wilayah Selatan, Encik Abdul Nasir Mohd Razali berjaya mengajak ratusan masyarakat setempat yang terdiri daripada guru bahasa dan sastera seluruh daerah Muar, Persatuan Penulis Johor, penulis dan penggiat sastera negeri Johor, AJK IPM dan PENAMA Melaka turut serta dalam majlis tersebut.
Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Isnin, 20 Mac 2006
PEDOMAN SASTERA
SASTERA PENGGERAK BAHASA KUIZ SASTERA SIRI 10
JAWAPAN KUIZ SASTERA SIRI 9
Bicara Karya SasteraNegeri Johor
SILA lengkapkan maksud pan-tun klasik di bawah ini dan nyatakan jenisnya. Pemenang
akan menerima wang tunai RM50.00 daripada KLIK DBP.
Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki;
.................................................., ...................................................
Jenis : ……………………………… Dua puluh lima nabi terbilang,
Nabi Muhammad Rasul pilihan; ..................................................,
...................................................
Jenis : …………………………….. Bandar baru Seberang Perai,
Gunung Daik bercabang tiga; ..................................................,
................................................... Jenis : ……………………………..
Syarat Penyertaan:
Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan 10 April 2006. Keputusan muktamad. Hantarkan jawapan berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat kepada :
Ketua Editor Klik DBP, Kuiz Sastera Siri 10,
Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu,
Tingkat 25, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.
Faksimile: 03-2142 2029E- mel: [email protected]
Bagaimanakah Menulis Karya Kreatif?Oleh Siti Aisah Murad
BAGAIMANAKAH hendak menghasilkan penulisan kreatif seperti cerpen,
sebenarnya tidak dapat diajar. Walau bagaimanapun, antara kriteria penting yang harus ada pada penulis ialah bakat, minat, iltizam yang tinggi serta tidak mudah berputus asa.
Bakat merupakan anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Sasterawan Negara (SN) Keris Mas, misalnya menyebutkan bakat sangat penting tetapi SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan
minat itu lebih penting. Apabila ada minat, maka ada keinginan atau citacita untuk menulis. Citacita akan menjadi pendorong.
Pergaulan dengan temanteman yang meminati bidang penulisan juga merupakan satu dorongan untuk terus berkarya dan menimba pengalaman.
Selain itu, seseorang itu juga harus rajin membaca karyakarya pengarang yang terkenal. Hal ini diakui oleh Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim. Pembacaan akan mencetuskan idea untuk menulis persoalan yang lain. Pembacaan juga akan melibatkan pengamatan dan akan menimbulkan idea pertama.
Individu yang berhasrat untuk menjadi penulis juga harus rajin berlatih menulis. Dengan rajin menulis, seseorang itu dengan sendirinya belajar untuk meningkatkan kebolehan berkarya. Melaluinya juga akan terserlah potensinya dalam menyalurkan perasaannya melalui bahasa yang indah. Ia juga merupakan jalan permulaan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca dan sebagai satu proses komunikasi yang menggunakan proses kreatif.
Apakah pula yang dikatakan proses kreatif itu? Proses kreatif merupakan perjalanan penciptaan sesebuah karya. Pertamanya, penulis harus
ada idea pertama, iaitu apa yang mahu ditulis. Ia diperoleh sama ada melalui pengamatan, pendengaran, pengalaman atau pengetahuan. Ia boleh sahaja bersumberkan bacaan, kajian, penyelidikan dan yang seumpamanya.
Idea pertama ini biasanya tidak terus ditulis, sebaliknya terlebih dahulu melalui proses “pengeraman”, penjernihan, dan penapisan sehingga idea itu dirasakan sudah mantap barulah ditulis dalam bentuk karya.
Karya yang ditulis ini pula disemak dan disunting beberapa kali sehingga seseorang pengarang itu berasa puas dengan hasil ciptaan kreatifnya itu.
Tidur malam hamba mengigau, Rasanya emas dilarikan orang.
Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.
Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.
Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.
Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
PEMENANG
Encik Mohd Fairuz b. Shamsuddin,Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang, Selangor.No. K. P.: 830817-10-5353
Encik Ahmad Zainoor b. Ismail, Bukit Beruntung 3, Rawang, Selangor. No. K. P.: 720319-01-6107
Puan Mas Hasifah bt. Hamin,Chaah, Segamat, Johor.No. K. P.: 680512-01-5356