rph buat binaan

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Tahun : 1 Modul : Membentuk dan Membuat Binaan Aktiviti : Model Tema : Alam Benda Tajuk : Rumah Masa : 60 minit Media : Alat : gunting Bahan :Kertas warna, gam, kotak, magic pen dan pensel Bahan Bantu Mengajar : Contoh model yang sedia ada, gambar rumah, carta alir membuat model EMK : Elemen Kreativiti dan Inovasi TMK STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan model

description

RPH PSV

Transcript of rph buat binaan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUALTahun : 1Modul : Membentuk dan Membuat BinaanAktiviti : ModelTema : Alam BendaTajuk : RumahMasa : 60 minitMedia : Alat : gunting Bahan :Kertas warna, gam, kotak, magic pen dan penselBahan Bantu Mengajar : Contoh model yang sedia ada, gambar rumah, carta alir membuat modelEMK : Elemen Kreativiti dan Inovasi TMKSTANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan : rupa, bentuk, warna dan imbangan) yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan model.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan model3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan model4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasaseni visual yang ada pada karya seni3.1.1 Unsur seni3.1.1.1 Rupa geometri3.1.1.2 Bentuk 3D (konkrit)3.1.1.3 Warna primer dan sekunder3.1.2 Prinsip rekaan3.1.2.1 Imbangan simetri

3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa senivisual dalam menghasilkan karya seni.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat gunting3.2.1.2 Bahan kertas warna, gam, kotak, magic pen3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan3.2.2.1 Teknik membentuk

3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dankemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karyaseni 3D3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya

3.4 Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri danrakan berpandukan bahasa seni visual3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan3.4.3 Mengetahui kaitan seni visual dengan mata pelajaran lain3.4.4 Menghargai karya sendiri dan rakan

LANGKAHSTANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Set induksi(10 minit)Persepsi Estetik Guru menyanyikan lagu Rumah Ku yang telah diubahsuai daripada lagu Bapaku Pulang dari Kota.. Bapaku kerja arkitek, kerja bapaku bina rumah, rumah dibina rumah besar, itulah banglo namanya. Yeah, yeah, yeah, yeah Bapaku pindah rumah baru, marilah kawan mari masuk, dapatlah tengok rumah aku Guru menunjukkan beberapa contoh-contoh model rumah seperti rumah teres, banglo, papan, dan lain-lain Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan bahawa bentuk boleh dijadikan model rumah Guru menyatakan ciri-ciri sebuah model rumahKaedah: NyanyianStrategi: KonstruktivismePendekatan: KBSR

Langkah 1(15 minit)Aplikasi Seni Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model rumah Guru menayangkan video cara membuat model rumah menggunakan kotak dan kertas warnaKaedah: Tunjuk caraStrategi: KonstruktivismePendekatan: KBSR

Langkah 2(25 minit)Ekspresi Kreatif Murid menghasilkan model rumah dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut:

Langkah 1 Meratakan gam dan membalut kotak berbentuk kubus menggunakan kertas warna yang pertama

Langkah 2 Melakarkan tingkap dan pintu rumah menggunakan pensel pada kertas warna yang kedua Menindih lakaran menggunakan magic pen Menggunting dan menampal pada badan rumah

Langkah 3 Membuat bumbung dengan kotak terpakai. Melukis bentuk bumbung di kotak Mengunting dan lekatkan pada badan rumah.

Langkah 4 Membuat kekemasan secara kreatif dengan menambah aksesori padan badan rumah dan bumbung seperti kain langsir.Kaedah: Tunjuk CaraStrategi: KonstruktivismePendekatan: KBSR

Penutup (10 minit)Apresiasi Seni Guru meminta salah seorang murid untuk mempamerkan karya tersebut Guru menyuruh murid menceritakan pengalaman semasa murid menghasilkan karya tersebut Murid memberikan pendapat tentang karya rakan Guru menyuruh murid membuat lakonan ketika berada di rumah Guru juga menerapkan nilai murni kepada murid seperti sayangi binatang.Kaedah: LakonanStrategi: KonstruktivismePendekatan: KBSR