rep0t sbE yatiE

download rep0t sbE yatiE

of 21

Transcript of rep0t sbE yatiE

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    1/21

    LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

    AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

    1.0 PENDAHULUAN

    Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar daripada kumpulan Program

    Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun (PPPR-P4T) telah diberi

    tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk

    menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang

    telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada 21 Mac hingga 25 Mac 2010.

    Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PPPR-P4T dan merupakan PBS

    pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS

    adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang

    persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif

    terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki

    mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik

    untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    2/21

    Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu,

    Kelantan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya

    memilih sekolah ini kerana saya merupakan bekas pelajar di sekolah itu dari

    tahun 1997 hingga 2002. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang mencapai

    tempat kedua terbaik pada peringkat daerah dalam Ujian Penilaian Sekolah

    Rendah (UPSR) setiap tahun.

    Sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1991 dan kini, sekolah ini diteraju oleh

    Puan Wan Normah bt Wan Mustapha. Telah banyak kejayaan yang dicipta oleh

    sekolah ini, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum sejak dahulu

    lagi. Walaubagaimanapun, Puan Wan Normah bt Wan Mustapha mempunyai misi

    tersendiri iaitu inginmenceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan lagi

    prestasikurikulum dan kokurikulum di sekolah ini.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    3/21

    2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

    2.1 Guru Besar

    Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah

    sekolah. Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi

    jawatankuasa tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala

    aktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,

    kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.

    Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung

    dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan

    yang sangat penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau

    sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum

    sahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan

    prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai

    program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi.

    Antara program-program yang dijalankan ialah program peningkatan akademik.

    Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda,

    program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding ang

    using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen malam

    diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan

    Guru (PIBG).Kelas tuisyen ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap bulan.

    Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu

    turut diterapkan dalam diri setiap murid.

    Melalui pemerhatian saya di sekolahtersebut, pada majlis perhimpunan pagi

    pada hari Isnin, Guru Besar akanmemberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris kepada

    murid-murid. Perkataan perkataan ini akan disoal semula pada majlis perhimpunan pagi

    pada mingguyang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut diterapkan. Ini

    dapatdilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa penerang

    hatisebelum memulakan sesi persekolahan.Walaupun bidang kurikulum merupakan

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    4/21

    bidang tugas yang utama bagibeliau, namun pencapaian dalam bidang kokurikulum

    tidak pernah diabaikan.

    Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani,

    emosi dan sosial juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau

    telah melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah.

    Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit

    beruniform, kelab serta suka dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan

    secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam.

    Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat

    memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, mereka dapat

    menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab yang

    disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit

    beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan

    lancar, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga

    berperanan dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum

    dapat dijalankan dengan baik.

    Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai

    usaha telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah

    bagi memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan

    bersih. Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok

    bunga. Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan

    tentangnya seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai

    usaha untuk menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di

    samping itu, bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai

    salah satu strategi beliau untuk menceriakan sekolah.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    5/21

    Mural-mural yang terdapat di SK Islah

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    6/21

    Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung

    menghiasi kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi

    peringatan kepada murid-murid. Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan

    wakaf-wakaf kecil. Terdapat bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf

    tersebut agar dapat memupuk budaya ilmu di dalam diri setiap murid.

    Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang

    memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan

    dalam perhimpunan hari Isnin.

    Kata-kata hikmah

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    7/21

    2.2 Guru Penolong Kanan Pentadbiran

    Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) merupakan orang yang kedua

    terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran di

    sekolah ini ialah Encik Rawi bin Mohd Ali. Beliau bertanggungjawab kepada

    keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum.

    Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru

    Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi

    jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS),

    menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum

    dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan

    berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.

    Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong

    Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran

    dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan

    ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit akan diganti oleh

    guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan

    pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan

    peperiksaan. Contohnya, menyemak item ujian serta skema pemarkahan yang

    disediakan oleh Guru Panitia. Tujuannya adalah supaya penilaian dan

    peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang

    terkini.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    8/21

    2.3 Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

    Antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ialah

    mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi

    memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong

    Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Puan Siti Rugayah bt Yaacub, bidang kokurikulum

    merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek

    jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri

    setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat.

    Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani

    muridmurid,sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan

    kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan.

    Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan

    pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam

    unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan,

    simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat

    diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat

    diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini.

    Selain itu juga, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan

    potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk

    melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara

    tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang

    berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    9/21

    Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum

    Mereka kemudiannya akan diberikan latihan yang berterusan sebagai

    strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri.

    Seterusnya, kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah pula dapat melatih

    murid-murid untuk menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang

    diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid

    perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai

    potensi yang menyeluruh dan bersepadu.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    10/21

    2.4 Guru Kelas

    Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal

    merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan,

    Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga

    perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan

    hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan

    pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas,

    kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk

    kemudahan murid-murid.

    Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam

    kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi,

    berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga

    kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan biasanya

    diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak

    menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

    Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program yang telah

    dirancang oleh pihak sekolah seperti G-BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6,

    kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan sebagainya.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    11/21

    3.0 PRASARANA

    Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan

    keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai

    kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah

    berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara

    kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber,

    makmal Sains, makmal komputer, kantin, dewan, pavilion, bilik rawatan, bilik

    Kemahiran Hidup, surau, padang dan sebagainya.

    Dewan: tempat murid-murid dan guru-guru berkumpul

    Padang permainan: badminton

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    12/21

    Perpustakaan

    Kantin

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    13/21

    Bagi membentuk murid-murid yang berilmu pengetahuan, pihak

    pengurusan pusat sumber sekolah telah mengadakan Program NILAM.

    Penghargaan akan diberikan kepada murid-murid yang membaca bilangan buku

    yang paling banyak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid

    membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan falsafah

    pendidikan yang ingin membentuk rakyat yang dapat memanfaatkan ilmu untuk

    kebaikan diri sendiri dan orang lain. Melalui program ini secara tidak langsung

    dapat memupuk sikap suka membaca dan sikap berlumba-lumba untuk

    membaca buku untuk mendapatkan penghargaan tersebut.

    Dari segi kemudahan dalam bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai

    sebuah padang yang luas untuk kegunaan murid-murid. Pada setiap petang,

    murid-murid terutama sekali yang tinggal di asrama sering melakukan aktiviti

    seperti bermain bola sepak di padang tersebut. Aktiviti kokurikulum iaitu

    permainan juga dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kerana keluasan

    padang di sekolah ini dapat menampung bilangan murid yang ramai. Oleh sebab

    itu juga, sekolah ini sering dijadikan tuan rumah bagi kejohanan sukan antara

    sekolah-sekolah.

    Padang sekolah

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    14/21

    Sekolah ini juga mempunyai stor sukan yang dilengkapi dengan pelbagai

    peralatan sukan yang mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti riadah

    yang berfaedah serta dapat memanfaatkan masa lapang di samping

    meningkatkan kecergasan jasmani mereka.

    Stor sukan

    Selain itu juga, sekolah ini mempunyai makmal Sains yang dilengkapi

    dengan kemudahan komputer serta LCD untuk proses pengajaran dan

    pembelajaran. Kemudahan ini adalah bertepatan dengan strategi Kementerian

    Pendidikan yang memberi penekanan terhadap penyediaan sistem penyampaian

    yang berkesan dalam bidang sains dan teknologi.

    Makmal Sains

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    15/21

    Di sekolah ini juga terdapat bilik Bimbingan dan Kaunseling. Bagi

    mengurangkan dan mengatasi masalah disiplin yang serius dikalangan muridmurid,

    sekolah ini telah menubuhkan jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.

    Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin atau dalam pelajaran boleh

    merujuk kepada kaunselor sekolah. Kebiasaannya, murid-murid yang

    dikenalpasti akan dipanggil dan diberikan kaunseling serta bimbingan.

    Bilik Bimbingan dan Kaunseling

    Kemudahan bilik Kemahiran Hidup juga turut disediakan di sekolah ini.

    dengan adanya kemudahan ini, proses pembelajaran secara praktikal dapat

    dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu juga dapat mencungkil potensi

    murid-murid dalam bidang tersebut. Selain itu sekolah ini turut mempunyai

    makmal komputer yang besar. Tetapi malangnya makmal komputer di sekolah

    tersebut sedang dalam proses pembaikpulih dan tidak dapat digunakan oleh

    murid-murid lagi.

    Bilik Kemahiran Hidup

    Makmal computer

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    16/21

    4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

    Motto Sekolah Kebangsaan Islah ialah ialah Membentuk modal insan terbilang .

    Selarasdengan visi sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Islah

    sebuah sekolah terbilang di negeri Kelantan menjelang 2020, pelbagai usaha telah

    dirancang dan dijalankan bagi memperkembangkan aspek-aspek intelek,

    jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Program atau aktiviti yang

    dijalankan terbahagi kepada dua iaitu dalam bidang kurikulum serta kokurikulum.

    Dalam bidang kurikulum, pihak sekolah ini telah menjalankan programprogram

    bagi meningkatkan prestasi murid-murid.

    Antara program yangdijalankan ialah Program Peningkatan Akademik serta

    Program PeningkatanUPSR 2008.Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi murid-

    murid, pihaksekolah telah merancang program-program mengikut kumpulan sasaran

    yangtelah ditetapkan.Program Peningkatan Akademik merangkumi semua kumpulan

    pelajariaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6.Program ini adalah dibawah

    tanggungjawabdan tindakan guru-guru mata pelajaran serta Guru Penolong Kanan 1.

    Dalamjadual perancangan yang didapati dari buku takwim sekolah, terdapat banyak

    program-program yang disediakan.

    Antara program utama ialah Program NotaPoket, Peta Minda, Bijak Sifir,

    Pembelajaran Koperatif, Latihtubi Terancang,Understanding and Using English

    Grammar, Vocabulary Building, ReadingProgramme, Buku Skrap (daripada Portal

    Pendidikan), Galeri Sains serta TamanSains (Taman Alam Semesta). Selain itu juga,

    terdapat program sokongan yangdirancangkan seperti program agihan kelas mengikut

    pencapaian murid bagisetiap murid, program orientasi bagi murid Tahun 1 dan Tahun 6,

    ProgramMotivasi Kendiri, Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 6.

    Selain itu juga kelas tuisyen malam (dengan kerjasama PIBG) dijalankan

    bagi murid yang berada di Tahap 2.

    Pihak pengurusan sekolah ini juga telahmerancang program sampingan bagi

    Program Peningkatan Akademik dalamusaha memperkembangkan potensi individu

    yang terpendam.Antara program-programyang telah dirancang adalah seperti Karnival

    Sains dan Matematik sertaaktiviti persatuan akademik bagi murid-murid Tahap 2.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    17/21

    Melalui program ini,murid-murid dapat menambahkan pengetahuan baru yang

    tidak terdapat didalam proses pembelajaran serta pemahaman yang lebih mendalam

    apabilasubjek Sains dan Matematik dapat diaplikasikan dalam program tersebut.

    Selainitu juga pihak sekolah mengadakan Kempen Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa

    Inggeris, Laluan Bahasa Inggeris serta pertandingan kokurikulum akademik

    untuk semua pelajar. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai

    Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua dalam proses pembelajaran di

    sekolah.

    Dalam usaha mengekalkan pencapaian UPSR berada di tangga kedua

    terbaik pada peringkat daerah setiap tahun, pihak pengurusan sekolah telah

    merancang Program Peningkatan UPSR 2008. program ini telah dijalankan sejak

    cuti sekolah setiap akhir tahun. Pihak sekolah telah mengadakan kelas tuisyen

    cuti sekolah selama 4 minggu kepada murid-murid Tahun 5. Murid-murid juga

    telah dikelaskan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun. Mereka

    dikelaskan ke dalam 6 kelas yang berlainan iaitu, 6 Khas untuk murid cemerlang

    mengikut mata pelajaran Bahasa Arab, 6 Merah untuk murid cemerlang, 6

    Kuning untuk murid potensi cemerlang, 6 Hijau dan Biru untuk murid sederhana

    serta 6 Ungu bagi murid galus.

    Selain itu, pencapaian murid-murid juga dikenalpasti oleh guru-guru kelas

    dengan cara membuat Headcountdan ETR (Expected Target). Program ini

    bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid Tahun 6 serta

    membuat target untuk pencapaian UPSR. Pihak sekolah telah mengadakan

    program motivasi dan program suaikenal pada setiap awal tahun. Ini bertujuan

    bagi mengembalikan serta menaikkan semangat murid-murid Tahun 6 yang akan

    menduduki peperiksaan UPSR.

    Selain itu juga, program akademik yang dilaksanakan di sekolah ialahprogram

    KIA2M. Bertepatan dengan piagam pelanggan sekolah ini yang inginmemastikan

    semua anak didik di sekolah ini dapat menguasai kemahiran 3M

    pada akhir Tahun 6 iaitu sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.

    Pemilihan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini adalah berdasarkan

    maklumat prestasi murid yang diperolehi daripada guru kelas, Guru Besar atau

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    18/21

    ibubapa. Murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah ini akan

    ditempatkan di sebuah bilik khas pada waktu pengajaran subjek Bahasa Melayu,

    Bahasa Inggeris dan Matematik. Bilik tersebut dilengkapi dengan bahan

    pengajaran yang menarik supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif

    serta menimbulkan minat kepada murid-murid tersebut. Di situ mereka akan

    diajar sehingga mereka boleh menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

    Selain itu juga, sekolah ini mengadakan program G-BUDDYKlinik UPSR

    untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid

    dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan akan mengadakan

    perbincangan bergantung kepada kesesuaian masa. Murid-murid yang

    mempunyai tahap prestasi yang berbeza dicampurkan dalam satu kumpulan.

    Fungsinya agar murid yang cemerlang dapat membimbing rakan-rakannya yang

    lemah.

    Pihak sekolah turut melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan

    Dadah (PPDa). Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan,

    kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pendidikan dan

    ibu bapa tentang bahaya dadah. Ini bertujuan agar mereka dapat menjauhinya

    dan berupaya menentang ancaman dadah serta meletakkan sasaran Sekolah

    Bebas Dadah Tahun 2012. Setiap guru perlu memainkan peranan yang penting

    untuk mencapai matlamat ini. Guru-guru bertanggungjawab untuk memberi

    penerangan dan pendedahan kepada murid-murid sebelum memulakan proses

    pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran dalam program yang

    dinamakan Program Cuma 5 minit Anti Dadah. Mesej jauhi dadah juga

    diberikan semasa perhimpunan setiap minggu. Mesej ini secara tidak langsung

    dapat memberi peringatan kepada murid-murid serta guru-guru tentang padah

    dan bahayanya dadah.

    Selain itu juga, dalam usaha mencapai matlamattersebut, turut diadakan

    Ceramah Anti Dadah bagi murid-murid Tahap 2.Dalamaktiviti kokurikulum pula, pihak

    sekolah telah menubuhkan satu pasukan boriasekolah, dan pernah mendapat tempat

    ketiga peringkat negeri dalampertandingan Boria Anti Dadah. Aktiviti lain seperti

    mengadakan poster antidadah, deklamasi sajak serta pertandingan mewarna anti

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    19/21

    dadah. Dari aspekpemantapan sahsiah murid-murid juga, kaunseling PPDa diberikan

    kepadaindividu atau murid-murid yang dirujuk mahupun yang datang secara sukarela.

    Tindakan ini dijalankan agar murid-murid tersebut sedar dan dapat ketahanan diri

    yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa.

    Antara aktiviti lain yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam

    memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid ialah Kejohanan

    Sukan Tahunan. Pada 14 Mac 2010 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan

    Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Melalui aktiviti ini murid-murid bukan

    sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah mereka juga

    dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial.

    Dari segi emosi,murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan,

    muhibbah,kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan

    sukanberlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk

    hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk

    mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan ini juga dapat

    melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain.

    Dari segi sosial,murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang

    berlainan kaum.Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum masing-

    masingdan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Justeru

    akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka.Selain program-program yang

    dijalankan di sekolah dalam bidangakademik mahupun kokurikulum, program bagi

    murid-murid yang tinggal diasrama juga turut dijalankan untuk memperkembangkan

    potensi murid-muridserta membentuk insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta

    mengamalkannilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

    Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankansepanjang tahun adalah gotong-royong,

    latihan kawad, Bengkel Permainan AlatMuzik Kompang, Sambutan Kemerdekaan,

    Sambutan Majlis Maulidur Rasul,lawatan serta kelas tambahan. Menurut Pembantu

    Pengurusan Murid (asrama)ini, telah banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-

    murid di asrama iniperingkat sekolah-sekolah negeri Kelantan.

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    20/21

    Antaranya ialah AnugerahKecemerlangan Akademik, kokurikulum, Anugerah

    Bitara Tokoh PemimpinPelapis Asrama dan sebagainya.Asrama sekolah ini turut

    mencapai AnugerahAsrama Cemerlang Negeri Kelantan 2006 dan mewakili negeri

    Kelantan padaperingkat kebangsaan dalam Anugerah Asrama BITARA pada tahun ini.

    4.0 RUMUSAN

  • 8/7/2019 rep0t sbE yatiE

    21/21

    Seperti yang diketahui, Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring

    dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembang potensi

    pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem

    pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf

    antarabangsa. Sehubungan dengan itu, guru-guru haruslah merealisasikan

    strategi Kementerian Pendidikan yang menumpukan aspek-aspek perlaksanaan

    kurikulum serta kokurikulum yang dapat memperkembangkan potensi pelajarpelajar

    dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani secara keseluruhan dan

    bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Justeru itu,guru-guru perlu melengkapkan diri supaya dapat menjadi model

    ataupun contohkepada pelajar-pelajar.Selain itu juga, pihak pengurusan dan

    pentadbiran perlumelengkapkan prasarana agar kemudahan pengajaran dan

    pembelajaran dapatdigunakan secara optimum serta dalam keadaan baik dan selamat.

    Melalui pemerhatian saya selama seminggu menjalankan PBS di SekolahKebangsaan

    Islah, dapat saya simpulkan bahawa sekolah inimenjadikan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan sebagai asas dan panduan dalammenentukan hala tuju kecemerlangan

    para pelajar iaitu dalam bidang kurikulummahupun kokurikulum.

    Pencapaian-pencapaian sekolah yang membanggakanmembuatkan saya yakin

    bahawa sekolah ni sememangnya memegang hasratpendidikan negara dalam urusan

    pentadbiran di sekolah ini.Selain itu warga sekolah ini turut mengamalkan nilai-nilai

    murni dalamkonteks perhubungan seharian samada dikalangan guru dengan pihak

    pengurusan sekolah mahupun dalam kalangan murid-murid dengan warga

    sekolah yang lain. Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk

    dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar di samping menunjukkan

    contoh teladan yang baik kepada mereka. Melalui tindakan ini, guru dapat

    membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dalam kalangan pelajar.