Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
-
Upload
nagarajan-aboy -
Category
Education
-
view
2.761 -
download
19
description
Transcript of Rancangan pengajaran bahasa arab komunikasi
RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
MATA
PELAJARAN
BAHASA ARAB
KELAS 3 BESTARI
TARIKH 08 FEBRUARI 2013
MASA 10.30 PAGI – 11.30 (1 JAM)
BILANGAN
MURID
25 MURID
TAJUK PAKAIAN
STANDARD
KANDUNGAN
3. Mendengar perkataan dan ayat yang mudah
6. Menyebut kalimah dan ayat yang mudah
8. Membaca kalimah dan ayat yang mudah
STANDARD
PEMBELAJARAN
3.1 Boleh mendengar perkataan dan ayat serta mengulanginya.
6.1 Boleh menyebut kalimah-kalimah dan ayat yang mudah dengan betul.
6.8 Boleh menamakan sesuatu
8.1 Boleh membaca perkataan atau kalimah
PENGETAHUAN
SEDIA ADA
Murid pernah belajar, menyebut huruf-huruf hijaiyyah, kalimah-kalimah
dan ayat yang mudah dalam pelajaran sebelum ini.
HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Mengenali dan menyebut istilah pakaian dalam bahasa Arab
2. Membaca dan mengeja istilah bahasa Arab terhadap pakaian
3. Menulis perkataan dengan huruf jawi.
KEMAHIRAN
BERFIKIR
1. Membuat ramalan berkenaan dengan gambar yang dilihat
2. Menyebut kalimah dan ayat yang mudah
GABUNG JALIN Mendengar, menyebut, menama, membaca dan menulis
PENERAPAN
NILAI
Rajin berusaha, kebersihan diri, kesihatan diri
BAHAN BANTU
MENGAJAR
Gambar, kad imbasan, computer, lcd projector, kotak, muzik
LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
CATATAN /
ALAT
PENDAHULUAN
(2 minit)
Doa sebelum belajar Guru meminta murid
supaya bersama-sama
menadah tangan untuk
membaca doa sebelum
belajar secara kelas
dengan bimbingan guru.
Kaedah :
Membaca secara
kelas
SET INDUKSI
(4 minit)
Gambar
1. Kemeja
2. Baju gaun
1. Guru menunjukkan
gambar kemeja dan
gambar baju gaun
kepada murid
menggunakan
komputer.
2. Guru meminta murid
menyebut apakah
yang murid lihat di
papan layar.
3. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan
tajuk pelajaran
BBM :
1. Gambar
2. Komputer
3. Lcd
projektor
Kemahiran
Berfikir :
Membuat ramalan
Mengenali dan menyebut 1. Guru menunjukkan
LANGKAH 1
(20 minit)
istilah bahasa Arab
1. Komisun = Kemeja
2. Fustanun = Baju gaun
3. Hizaun = Kasut
4. Bantholunun = Seluar
panjang
5. Hizamun = Tali pinggang
6. Kolansuwatun = Songkok
gambar pakaian dalam
istilah bahasa Arab
kepada murid dengan
menggunakan
komputer.
2. Guru membaca istilah
bahasa Arab
berdasarkan gambar
pakaian tersebut.
3. Murid mengikut
bacaan guru secara
kelas, kumpulan dan
individu.
4. Guru mengeja istilah
bahasa Arab
berdasarkan gambar
pakaian tersebut.
5. Murid mengeja secara
latih tubi mengikut
bacaan guru secara
kelas, kumpulan dan
individu.
BBM :
1. Gambar
2. Komputer
3. Lcd
projektor
Hasil
Pembelajaran 1 :
Murid dapat
mengenali dan
menyebut pakaian
dalam istilah
bahasa Arab.
Kemahiran
Berfikir :
Membanding beza
istilah pakaian
dalam bahasa
Arab.
Kemahiran
Mengeja :
Murid dapat
mengeja istilah
bahasa Arab setiap
gambar yang telah
diberikan.
7. Buluzatun = Blaus
8. Jaurobun = Sarung kaki
Kemahiran
Menghafal :
Murid dapat
menghafal istilah
bahasa Arab setiap
gambar yang telah
diberikan.
LANGKAH 2
(12 minit)
Memadankan istilah bahasa
Arab
Tidak tersusun
1. Guru melekatkan
gambar dan perkataan
kad imbasan yang tidak
tersusun di papan
putih.
2. Murid memadankan
gambar dengan
perkataan kad imbasan
istilah bahasa Arab.
3. Guru meminta murid
membaca setiap istilah
bahasa Arab tersebut.
BBM :
1. Gambar
2. Kad imbasan
Hasil
Pembelajaran 2 :
Murid menyebut,
membaca dan
mengeja pakaian
dalam istilah
bahasa Arab.
Setelah dipadankan oleh
murid
LANGKAH 3
(13 minit)
Permainan kotak beracun 1. Guru menyediakan
kotak beracun dan
muzik.
2. Kotak beracun itu
harus dihentikan
apabila muzik
berhenti.
3. Dalam kotak beracun
itu terdapat kad
gambar pakaian.
BBM :
1. Kotak beracun
2. Kad imbasan
3. Muzik
4. Komputer
Hasil
Pembelajaran 1 :
Murid menyebut,
dalam istilah
bahasa Arab.
4. Murid mengambil
kad gambar dalam
kotak beracun itu.
5. Permainan tersebut
memerlukan murid
menyebut istilah
pakaian dalam bahasa
Arab bagi kad
gambar yang telah
diambil.
PENGUKUHAN /
PENUTUP
(9 minit)
Lembaran Kerja
Bernasyid
1. Guru mengulangi
beberapa istilah
pakaian dalam bahasa
Arab yang dipelajari
sebentar tadi.
2. Guru mengedarkan
lembaran kerja
kepada murid.
3. Murid membuat
lembaran kerja
tersebut dan
menampal di dalam
buku latihan.
Lembaran Kerja :
1. Memadankan
gambar dan
istilah yang
diberi.
2. Menulis semula
perkataan dalam
huruf jawi.
Hasil
Pembelajaran 3 :
Menulis perkataan
dalam huruf jawi.
4. Guru mengajak
murid bernasyid lagu
pakaian dengan
istilah bahasa Arab.
5. Murid menyanyi
secara kelas dan
kumpulan.
Hasil
Pembelajaran 1 :
Murid menyebut,
dalam istilah
bahasa Arab.
Nama : _____________________________
Kelas : _____________________________
Hari / Tarikh : _____________________________
Padankan gambar tersebut dengan istilah bahasa Arab yang betul.
1.
2.
3.
4.
5.
Salin semula istilah bahasa Arab dengan huruf jawi.
KAEDAH PENGAJARAN
Kaedah pengajaran yang telah dipilih ialah melalui Kaedah Nasyid dan Kaedah Permainan. Ini
adalah kerana kedua-dua kaedah tersebut sangat menarik dan menyeronokkan lebih-lebih lagi
kepada murid sekolah rendah.
KAEDAH NASYID
Kaedah nasyid ini merupakan antara kaedah yang banyak digunakan di kalangan guru Bahasa
Arab. Tidak kurang juga nasyid boleh dikaitkan dengan nyanyian. Murid memang menyukai
hiburan. Apatah lagi nasyid boleh membuatkan seseorang murid itu lebih berdaya kreatif. Tidak
hairanlah jika masa kini, unsur didik hibur perlu ada dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah nasyid dapat memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran,
sebutan, pernafasan dan teknik pengeluaran suara.
Nasyid juga dapat membantu meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Nasyid yang
melibatkan bahasa dapat merangsang minda murid-murid, menguasai dan membantu mereka
menambah perbendaharaan kata. Sebagai contoh, melalui kaedah nasyid umum. Kaedah nasyid
umum ini dapat menyampaikan tema dan matlamat dengan teknik yang tersendiri. Kebiasaannya,
nasyid yang disediakan mempunyai perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Di
samping itu, nasyid berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid dalam memahami
bentuk gaya bahasa Arab. Melalui kaedah ini, aspek perkembangan bahasa murid-murid dapat
dipertingkatkan.
Di bawah merupakan antara kebaikan kaedah nasyid yang boleh digunakan oleh guru.
RASIONAL KAEDAH NASYID
1. Memberi keseronokan dalam didik hibur
Nasyid adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan kepada murid-murid. Murid-murid
akan berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Nasyid
merupakan salah satu aktiviti didik hibur yang mesti dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap
nyanyian atau nasyid, lakonan, bercerita, puisi dan sebagainya.
2. Suara sebagai alat muzik semulajadi
Suara juga dapat dijadikan satu alat muzik semulajadi. Apabila sesuatu lagu dicipta, ia dapat
memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid menggunakan
suara sebagai alat muzik membuat melodi tertentu.
3. Murid dapat memberi respon
Melalui nasyid, murid dapat memberi respon kepada pelbagai aspek sebagai contoh ekspresi,
bentuk, melodi dan persembahan. Ia memberi peluang kepada murid-murid untuk
menonjolkan diri mereka ketika bernasyid melalui persembahan. Murid-murid dapat
membuat pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik
seperti cara nyanyiannya.
4. Penerapan nilai-nilai murni
Penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri serta kerjasama dapat
dipupuk. Penerapan nilai-nilai murni dapat dipupuk menerusi lirik nasyid. Jika lirik yang
dicipta itu berunsurkan keagamaan, maka nilai-nilai murni yang dipupuk mempunyai unsur
ketuhanan, keagamaan, kedamaian dan sebagainya. Jika lirik itu berunsurkan kasih sayang,
maka nilai murni yang dapat dipupuk mempunyai unsur kasih sayang, percintaan, baik hati,
dan sebagainya.
5. Murid meneroka mengenal istilah
Murid-murid dapat meneroka dan mengenal istilah yang digunakan dalam nasyid. Nasyid
dapat membantu perkembangan bahasa murid dan merangsang minda mereka serta
menambahkan perbendaharaan kata. Dengan adanya kegiatan ini, murid-murid dapat melatih
mendengar dan bernasyid. Selain daripada itu, nasyid juga dapat meningkatkan penggunaan
bahasa kerana ia mudah diingati dan difahami oleh murid-murid. Semasa murid bernasyid,
murid dapat meniru perwatakan benda atau orang-orang di sekeliling mereka. Sebagai contoh
buku, pakaian, guru, anggota polis, binatang atau sebagainya yang terkandung di dalam lirik
nasyid tersebut.
6. Murid dapat mengekspresikan perasaan
Melalui kaedah nasyid, murid-murid akan mengekspresikan perasaan mereka samada suka,
gembira, sedih atau sebagainya. Ia memberikan ruang kepada guru untuk memberi
perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan murid-murid
berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.
7. Meningkatkan perkembangan sosial murid
Melalui nasyid, ia dapat meningkatkan perkembangan sosial murid-murid di mana
perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.
Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah kemahiran menarik
perhatian orang lain, berkongsi, memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji
atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara murid-murid berinteraksi dengan murid-
murid yang lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah
berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nasyid dijalankan.
8. Menggalakkan murid bergaul dengan rakan
Nasyid dapat menggalakkan murid-murid bergaul dengan rakan. Secara langsung membantu
perkembangan sosial mereka. Semasa murid bernasyid dengan rakan lain, murid akan
mencuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana
penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisai murid-murid.
KAEDAH PERMAINAN
Kaedah permainan juga mempunyai unsur hiburan dan dapat menarik perhatian murid-murid.
Kaedah ini juga menyeronokkan. Kaedah permainan kebiasaannya sesuai digunakan dalam sesi
pengukuhan. Permainan dalam pengajaran dan pembelajaran mengandungi objektif-objektifnya
yang ingin dicapai dan bukan sahaja permainan.
Terdapat beberapa garis panduan untuk melakukan kaedah permainan ini. Antaranya ialah:
1. Permainan mestilah mudah diterangkan
2. Permainan mestilah mudah dilakukan
3. Permainan boleh diubahsuai
4. Peralatan yang mudah
5. Memilih waktu yang sesuai
6. Ganjaran kepada pemenang
Kaedah permainan berkesan dalam meningkatkan pencapaian dan minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Kaedah permainan ini dapat memberikan satu pengalaman baharu
kepada murid-murid dalam mempelajari Bahasa Arab selain daripada pengajaran berpusatkan
guru yang berteraskan kaedah tradisional. Selain daripada berteraskan kepada kaedah bermain
semata-mata, gabungan unsur-unsur lain seperti warna, lukisan, binaan dan sebagainya turut
digunakan agar pengajaran Bahasa Arab lebih menarik.
RASIONAL KAEDAH PERMAINAN
1. Merangsang komunikasi murid
Di dalam permainan yang dijalankan, murid akan diminta untuk memberi respon atau
mempraktikkan istilah-istilah tertentu. Murid juga berperanan untuk memberi kerjasama
kepada guru dalam menjayakan sesi permainan tersebut. Semua murid perlu terlibat secara
aktif. Murid yang passif juga akan bergiat aktif melalui kaedah permainan ini. Manakala guru
memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga murid bersedia apabila diminta
bercakap mengenai sesuatu tajuk. Murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi
antara satu sama lain di dalam kumpulan. Apabila situasi sebegini terjadi, maka, akan
terhasillah suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru
bertindak sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin kelas supaya proses pembelajaran
berjalan dengan lancar dan berkesan. Murid bebas bergerak, berlakon, menyanyi dan
sebagainya tetapi terkawal.
2. Menambah keyakinan dan kefahaman murid
Permainan yang dipilih haruslah bersesuaian dengan matlamat dan objektif supaya ia dapat
mempertingkatkan keyakinan dan kefahaman murid. Sesi pembelajaran akan lebih seronok
jika murid berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung,
mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka terhadap sesuatu pembelajaran.
Pada masa yang sama, guru berperanan sebagai pemberi maklumat. Murid akan bebas
bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logic tetapi terkawal untuk memberikan
satu persembahan yang menarik.
3. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada murid
Kaedah permainan ini dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid jika
dibandingkan dengan kaedah penyoalan. Permainan berkonsepkan santai dan berhibur. Di
mana, ia dapat memberikan satu keadaan pembelajaran yang positif. Secara realiti, murid
akan menunggu untuk melalui sesi hari berikutnya.
4. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik
Murid akan lebih peka jika suatu sesi pembelajaran itu penuh dengan pelbagai aktiviti yang
menarik. Aktiviti didik hibur seperti banya menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Sebagai contoh, dalam aktiviti permainan, aktiviti nyanyian, lakonan atau main peranan juga
boleh diselitkan. Ini menggalakkan penglibatan semua murid. Arahan daripada guru mestilah
jelas, terang, mudah difahami dan ringkas. Guru juga disarankan untuk menggunakan
peralatan ICT dan bahan bantu mengajar.
RASIONAL TERHADAP KAEDAH NASYID DAN KAEDAH PERMAINAN
Kedua-dua kaedah iaitu kaedah nasyid dan kaedah permainan dapat memberikan satu
pendekatan yang positif kepada murid. Kaedah-kaedah ini mempunyai logiknya yang tersendiri.
Apabila kedua-dua kaedah ini digunakan dan dilaksanakan, ia akan dapat memberikan satu hasil
pengajaran dan pembelajaran yang menarik bukan lagi pengajaran yang berpusatkan guru, malah
dapat ditransformasikan menjadi pengajaran yang berpusatkan murid.
Terdapat beberapa faktor kejayaan pelaksanaan dalam didik hibur menerusi kaedah nasyid dan
permainan. Antaranya ialah :
1. Guru
Dalam kaedah ini, guru bolehlah dikatakan sebagai pengurus atau penganjur aktiviti yang
baik. Di mana, guru boleh bernasyid, boleh melakonkan pelbagai watak, boleh membuat
pelbagai suara, boleh memberikan arahan dengan tepat dan menarik, seorang yang prihatin
dan peka serta tajam daya pemerhatian, boleh menukar atau melakukan penyesuaian
mendadak dan yang paling penting ialag guru sebagai fasilitator yang fleksibel.
2. Aktiviti
Aktiviti yang hendak dijalan mestilah bersesuaian dengan tahap murid yang hendak diajar.
Dengan bernasyid, murid di tahap yang rendah lebih seronok menjalankan aktiviti
berbanding dengan murid di tahap yang tinggi. Ini kerana, semulajadi sifat malu dan
kematangan sudah berada di dalam diri mereka lebih-lebih lagi murid di tahap yang tinggi.
Aktiviti yang hendak dijalankan memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai. Aktiviti mestilah boleh diselesaikan tanpa banyak halangan dan
masalah. Jika aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan dengan baik, ia akan memberi
kepuasan kepada murid yang menyertainya serta boleh disertai seramai mungkin murid.
KEBAIKAN KAEDAH NASYID DAN KAEDAH PERMAINAN
Antara kebaikan kaedah nasyid dan kaedah permainan yang dapat memberi manfaat kepada
murid yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah :
1. Memberi keseronokan dalam didik hibur
Situasi realiti
- Murid dapat bernasyid dan bermain bersama rakan-rakan. Ini dapat menambahkan
keseronokan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Kegembiraan dan keseronokan dapat dilihat melalui respon, ekspresi muka dan cara
mereka berkomunikasi dengan rakan mereka dan juga guru.
- Kebiasaannya, mereka akan berasa tidak sabar untuk memulakan sesuatu aktiviti dan
mereka tidak boleh duduk diam selagi guru belum memberikan arahan.
- Murid akan menginginkan aktiviti seumpama itu pada masa akan datang.
- Antara temubual yang dapat dijalankan ialah untuk mendapatkan respon mengenai
aktiviti “Kotak Beracun”.
-
Cikgu : Baiklah, macam mana permainan kotak beracun tadi? Seronok tak?
Amirah: Seronok cikgu! Saya tahu kemeja dalam bahasa Arab (sambil tersenyum dan
gembira)
Adam : Cikgu, bila kita boleh main lagi?
Cikgu : Kalau nak main kotak beracun lagi, kamu mesti pandai istilah bahasa Arab, kalau
tak, susahlah nak main.
Siti : Yeay! Esok main lagi! (melompat gembira)
2. Murid dapat memberi respon
Situasi realiti
- Apabila murid bergiat secara aktif, sekaligus murid akan dapat memberi respon kepada
guru. Sebagai contoh semasa bernasyid guru akan membuat pengulangan nasyid. Guru
meminta murid untuk menyatakan istilah-istilah bahasa Arab yang telah murid ketahui.
Jadi, murid akan memberi respon kepada guru tentang istilah-istilah bahasa Arab itu.
- Semasa permainan kotak beracun, lagu akan dihentikan sementara waktu. Kotak beracun
itu turut sama berhenti apabila muzik dihentikan. Murid yang memegang kotak beracun
itu sewaktu lagu itu dihentikan dikehendaki mengambil sesuatu dalam kotak tersebut.
Murid diarahkan untuk mengambil kad gambar di dalam kotak beracun itu.
- Murid diarahkan untuk menyebut istilah gambar tertera pada kad gambar dengan bahasa
Arab. Sebagai contoh jawapan “KOMISUN”.
- Murid juga akan memberi respon atau jawapan kepada rakan sekelas dan juga guru. Dari
situasi tersebut akan menggalakkan proses pembelajaran kepada murid-murid.
- Guru memberi pujian kepada murid yang menjawab betul dan meminta murid mencuba
menjawab sekali lagi jika jawapan kurang tepat.
3. Penerapan nilai-nilai murni
Situasi realiti
- Sebelum murid bernasyid, guru memberikan arahan kepada murid supaya bernasyid
dengan bersungguh-sungguh, mengikut intonasi yang betul dan dengan istilah bahasa
Arab yang betul.
- Jika topik yang hendak dibincangkan adalah mengenai pakaian atau hiasan peralatan diri,
guru boleh mencipta lirik nasyid dalam bahasa Arab yang sesuai.
- Justeru, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti aspek kebersihan,
bertanggungjawab, tolong menolong dan sebagainya dalam topik tersebut seperti :
- Nilai-nilai murni seperti contoh di atas boleh sama sekali diterapkan kepada murid.
- Jadi, murid akan lebih mengetahui bahawa pakaian dikaitkan dengan kebersihan.
4. Murid meneroka mengenal istilah
Situasi realiti
- Apabila murid berada di dalam aktiviti permainan, murid akan dapat meneroka sendiri
istilah-istilah bahasa Arab yang telah guru jelaskan di awal sesi pembelajaran.
- Sebagai contoh :
"Pakaian hendaklah bersih dan kemas"
"Kebersihan tanggungjjawab kita bersama"
"Pakaian mencerminkan diri"
- Istilah-istilah bahasa Arab :
= kemeja
= baju gaun
= kasut
= seluar panjang
= tali pinggang
= songkok
= tudung
= blaus
= sarung kaki
- Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat mengenali istilah-istilah
bahasa Arab seperti di atas.
- Semasa aktiviti permainan kotak beracun, istilah-istilah bahasa Arab dikeluarkan semula
untuk tujuan pengukuhan kepada murid. Supaya murid lebih ingat dan difahami.
5. Murid dapat mengekspresikan perasaan
Situasi realiti
- Gambar di bawah menunjukkan sekumpulan murid sedang bernasyid. Kelihatan murid
sedang bersungguh-sungguh untuk bernasyid bersama guru mereka.
- Gambar di bawah menunjukkan murid sedang bermain kotak beracun. Kelihatan murid
tersebut sungguh gembira.
- Apabila guru melihat ekspresi muka anak murid kelihatan ceria dan aktif, maka guru
boleh membuat andaian bahawa murid tersebut sedang seronok melakukan aktiviti.
Manakala, jika murid tersebut kelihatan lesu, bosan, tidak aktif, maka guru boleh
membuat andaian bahawa murid itu tidak seronok melakukan aktiviti.
6. Meningkatkan perkembangan sosial murid
Situasi realiti
- Melalui kaedah permainan, dapat dijelaskan di sini bahawa cara interaksi antara murid
dengan rakan-rakannya atau dengan guru dapat meningkatkan perkembangan sosial
murid.
- Perkembangan sosial murid merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan
murid berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu
masyarakat serta budaya. Atau dengan kata lain, perkembangan sosial murid melibatkan
proses sosialisasi yang membolehkan murid mempelajari tingkah laku sosial atau
melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.
- Secara amnya, perkembangan sosial murid dapat dikaji melalui beberapa aspek
sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti permainan,
perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya.
7. Menggalakkan murid bergaul dengan rakan
Situasi realiti
- Dalam pergaulan murid di sekolah, rakannya menjadi sahabat yang setia dan boleh
dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.
- Murid yang mempunyai kawan rapat membolehkan murid itu belajar dan melihat sesuatu
perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada murid tersebut di
mana murid akan menanamkan sikap menitikberatkan perasaan orang lain.
- Di dalam proses pembelajaran, ada murid yang tidak dapat menyebut beberapa istilah
bahasa Arab. Sebagai contoh :
Mungkin ada murid yang menyebut “BANTOLUN”. Jadi di sini, peranan rakan murid di
situ ialah untuk membetulkan sebetuan murid tadi. Dan jawapan yang betul adalah
“BANTOLUNUN”. Murid akan berbisik sesama mereka untuk memberitahu kepada
kawannya jawapan yang betul.
- Di sinilah pergaulan antara rakan akan berlaku secara tidak langsung.
8. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan kepada murid
Situasi realiti
- Kaedah pembelajaran menerusi kaedah nasyid dan kaedah permainan membantu murid
mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan. Ada antara murid yang takut apabila
disoal oleh guru. Dengan bernasyid secara berkumpulan, dapat mengurangkan
kebimbingan dan ketakutan murid tersebut.
- Penggunaan bahan bantu mengajar yang dilekatkan di papan hitam juga dapat
mengurangkan ketakutan murid ketika menjawab soalan. Bahan bantu mengajar itu dapat
dijadikan panduan oleh murid.
- Sebagai contoh :
Jika gambar kemeja dan huruf dilekatkan di papan hitam, murid dapat melihat dan
mengetahui bahawa kemeja di dalam istilah bahasa Arab ialah “KOMISUN”.
- Sebagai panduan dan bimbingan kepada murid, kebimbangan dan ketakutan murid akan
dapat diatasi.
9. Menambah keyakinan dan kefahaman murid
Situasi realiti
- Melalui kaedah nasyid dan permainan, dapat memberi peneguhan terhadap sesuatu topik
yang dipelajari kepada murid. Di samping ditambahkan lagi aktiviti penyoalan.
- Apabila pengulangan pembacaan istilah bahasa Arab dapat dilakukan, maka murid akan
dapat menambah keyakinan mereka justeru meningkatkan kefahaman murid.
- Soalan atau latihan diberikan kepada murid untuk melihat pencapaian dan kebolehan
mereka.
- Apabila teknik penyoalan dilakukan, bahan bantu mengajar dilekatkan di papan hitam,
aktiviti bernasyid dijalankan dan permainan kotak beracun dilakukan, sekaligus akan
menambahkan keyakinan murid dalam menjawab soalan. Lebih-lebih lagi ditambahkan
pula dengan aktiviti pengulangan istilah-istilah bahasa Arab tersebut.
10. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik
Situasi realiti
- Jika guru melaksanakan didik hibur dengan menggunakan kaedah nasyid dan permainan
sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek,
pasti ianya akan berjaya.
- Ia bertujuan agar sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok di
kalangan murid-murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pendekatan kaedah nasyid dan kaedah permainan merupakan satu pendekatan
yang baik. Ini adalah kerana, ia dapat menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik
dan praktikal. Ianya sesuai bagi guru yang inovatif dan kreatif justeru memberikan pelbagai
proses pembelajaran supaya nampak lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui kaedah ini,
dapat memberikan motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka
mengingati tajuk yang diajar oleh guru. Kaedah permainan akan sentiasa dinanti-nantikan oleh
murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan.