Proposal Tabla
-
Upload
ariputhiran-narayanan -
Category
Documents
-
view
1.462 -
download
4
Transcript of Proposal Tabla
CADANGAN PENYELIDIKAN
UKP 6013 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
PENSYARAH: PROF MADYA ZAHARUL LAILIDIN SAIDON
TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :
MEMBANGUNKAN BUKU PANDUAN BERMAIN TABLA UNTUK
GURU-GURU MUZIK, PELAJAR-PELAJAR IPTA, PELAJAR-PELAJAR IPGM
DAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NAMA: ARIPUTHIRAN A/L NARAYANAN
NO.MATRIK: M20091000402
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN MUZIK
FAKULTI SENI DAN MUZIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Kandungan
Mukasurat
Bab 1 Pendahuluan
1.1 Pengenalan dan latarbelakang masalah 3
1.2 Penyataan masalah ` 5
1.3 Tujuan Projek 6
1.4 Kepentingan Projek 7
1.5 Persoalan Projek 8
1.6 Batasan Projek 8
1.7 Definisi Operasi 9
Bab 2 Tinjauan Literatur 12
Bab 3 Metodologi Projek 16
4. Cadangan Jadual Kerja 21
5. Rujukan dan bibliografi 22
2
Bab 1 Pendahuluan
1.1 Pengenalan dan latarbelakang masalah
Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program
muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal barat.
Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan
dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat
dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini menyebabkan sistem muzik
selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak penting oleh golongan
pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Zaharul Lailidin Saidon (14:2009)
menyatakan, “ amalan pendidikan muzik di Malaysia masih berorientasikan dan berkisar
secara eksklusif sekitar tradisi muzik klasikal barat. Ini dapat diperhatikan di semua peringkat
institusi pembelajaran muzik formal, daripada rekabentuk kurikulum sehinggalah ke
pendekatan pengajaran yang digunakan di bilik darjah atau dewan kuliah”.
Walaubagaimanapun, pada masa kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzim
tempatan yang kaya dengan pelbagai budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan
pendidik. Pelbagai kajian dan projek telah dijalankan mengenai muzik etnik di tanahair kita
oleh pengkaji-pengkaji seperti Patricia Matusky, Tan Sooi Beng dan Ghouse Nasaruddin.
Mereka telah menghasilkan literatur yang terbanyak dalam muzik tempatan. Menurut Prof.
Tan Sooi Beng,
“Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their own
traditional music ( including the music of minorities) as well as the music of South East Asia
and other part of the world to the young through the music curriculum.” (Dr.Tan Sooi Beng,
3
2008 : A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music and
Multiculturalism in Malaysian Education. Education In The Asia Pasific Region: Issues,
Concerns And Prospects, volume 11, Chapter 18, 249)
Usaha ini patut disanjungi dan dipuji oleh pendidik-pendidik muzik di Negara kita
kerana usaha tersebut telah meningkatkan muzik etnik berbilang kaum di tanahair kita di
persada dunia.
Latarbelakang masalah
Menurut objektif Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Menengah, pelajar dapat
“berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik
konvensional dan tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul” (2003:iii). Objektif
tersebut sejajar dengan usaha untuk memelihara warisan muzik tradisional tanahair kita.
Terdapat banyak buku dan video untuk mengajar muzik-muzik tempatan. Banyak bahan
rujukan ensembel tradisional kompang, gamelan dan caklempong telah dibangunkan dalam
bentuk buku panduan, audio dan video. Selain daripada ensembel muzik tradisional tempatan,
tiada buku panduan, audio ataupun video bagaimana cara untuk belajar dan mengajar
ensembel muzik tradisional lain, khususnya ensembel muzik tradisional India. Dimana, kaum
India merupakan salah satu kaum utama dalam masyarakat Malaysia yang kaya dalam nilai
seni, muzik dan budaya.
Terdapat kekosongan besar atau dalam erti kata lain tiada bahan-bahan pengajaran
dan pembelajaran ensembel muzik tradisional lain di Malaysia, khasnya ensembel muzik
Cina dan India. Kekosongan ini tidak seharusnya berlaku dalam pendidikan muzik tradisional
lain di Malaysia. Malah muzik tradisional lain, khususnya muzik Cina dan India menerima
4
nasib yang sama seperti muzik tradisional Melayu yang hanya menjadi bahan kajian,
penyelidikan dan persembahan untuk tujuan akademik sahaja. Seperti kata Johan Othman,
“While ethnic music, especially of the Malays [Makyong for example] is mostly
confined within the academia [for study, research and practical performance] and function
within the tourism industry as a showcase product, Chinese and Indian sacred and secular
music are performed at various rituals and temple rite.” (Johan Othman, 2002: Wacana Seni,
Cultural Decentralization Within A Post-Colonial Territory: Movements In Malaysian
Musical Culture, Jilid 1,84)
Oleh kerana itu dirasakan projek yang berkaitan dengan bagaimana belajar bermain
Tabla, iaitu salah sebuah alat perkusi dalam ensembel muzik tradisional India sangat releven
dibangunkan untuk meningkat dan memperkayakan lagi warisan muzik tempatan kita.
1.2 Penyataan masalah
Kurikulum muzik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2003, menggalakkan sekolah
memilih ensembel pilihan seperti gamelan, caklempong dan sebagainya,
“2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, 2.3.1 Ensembel Muzik
Tradisional, pelbagai jenis lagu dan irama dalam emsembel berikut: Emsembel Muzik
Tradisional lain di Malaysia (7) Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel
Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel India dan ensembel muzik tempatan yang
tiada kaitan dengan pemujaan” (Aspek 2, Pengalaman Muzikal, Sukatan Pelajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah:2003)
5
Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada
anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional
lain selain daripada alat muzik konvensional iaitu muzik Barat. Namun demikian, guru-
guru muzik di sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan kurang
berpengetahuan dan kemahiran dalam mengajar alat-alat muzik tradisional India selain
daripada gamelan, caklempong dan kompang. Zaharul Lailidin Saidon (2009:18)
menyatakan,
“penonjolan tradisi muzik pelbagai kaum merupakan sesuatu yang digalakkan sebagai
manifestasi prinsip bersatu dalam kepelbagaian (unity in diversity) yang didokong oleh
kerajaan. Oleh itu, kurikulum pendidikan muzik di institusi pendidikan formal perlu turut
menjelmakan dan mempraktikkan perinsip yang sama.”
Oleh yang demikian, projek yang dicadangkan dapat memenuhi manifestasi kerajaan
dan membantu mengisi kekosongan dalam bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
alat-alat ensembel muzik India di tanahair kita.
1.3 Tujuan Projek
Tujuan projek yang dicadangkan ini adalah untuk menghasilkan sebuah buku panduan
bermain ‘Tabla’. Ini kerana sehingga kini tiada buku panduan barmain ‘Tabla’ yang
dihasilkan dalam Bahasa Melayu untuk memenuhi keperluan sebagai bahan pengajaran
dan pembelajaran bagi muzik ensembel India dalam Pendidikan Muzik di Malaysia.
Secara khususnya, objektif projek ini adalah seperti berikut:
6
i. Menyediakan sebuah buku panduan untuk mempelajari elemen irama melalui
permainan Tabla untuk guru-guru muzik yang boleh diakses secara pembelajaran
kendiri.
ii. Menyediakan sebuah buku panduan bermain Tabla yang boleh digunapakai
oleh guru-guru muzik sebagai bahan bantu mengajar (BBM)
iii. Meninjau respon guru-guru muzik terhadap buku panduan bermain Tabla yang
akan dibangunkan.
1.4 Kepentingan Projek.
Hasil projek Buku Panduan Bermain Tabla ini diharap akan dapat :
i. Membantu guru-guru muzik, pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar IPGM dan
pelajar-pelajar sekolah menengah belajar bermain Tabla dan juga dapat digunakan
sebagai sumber rujukan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Membantu dan menjadi pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah
yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM.
iii. Membolehkan guru-guru muzik mempelbagaikan bahan pengajaran untuk
mengajar elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang
dibekalkan sajaha.
iv. Menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Dimana, guru-guru dan
pelajar-pelajar akan memartabatkan permainan muzik tradisional dalam
pengajaran dan pembelajaran.
7
1.5 Persoalan projek
Tabla ialah sejenis alat perkusi dalam ensembel muzik tradisional India yang
dimainkan untuk mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. Malah, ia juga telah
mengambil tempat yang penting dalam muzik tradisional Melayu. Hakikat ini dapat
disokong oleh Mastor Hj Jarkaseh bahawa “ Tabla dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh
pedagang-pedagang India. Hari ini Tabla digunakan dalam ensembel Ghazal yang
popular di Johor.” (Asas Pendidikan Muzik 1, 2007:122).
Oleh yang demikian, projek ini diharap akan dapat menjawab persoalan kajian seperti
berikut:
i. Apakah respon guru-guru muzik, pelajar-pelajar IPTA, pelajar-pelajar IPGM
dan pelajar-pelajar sekolah menengah terhadap latihan dan aktiviti bermain
Tabla?
1.6 Batasan Projek
Projek ini adalah untuk menghasilkan sebuah buku panduan bermain Tabla. Buku
panduan ini akan mengandungi organologi dan bahagian-bahagian Tabla serta cara dan
teknik yang betul untuk mendapatkan bunyi (bol) Tabla. Seterusnya, menyediakan
beberapa pola rentak Tabla yang sesuai untuk irama tempatan. Projek akan dibina melalui
adunan visual dan teks dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS4, Microsoft
Word dan lain-lain lagi.
8
1.7 Definisi Operasi
Muzik
Pengertian muzik dalam konteks tradisional ialah bunyi-bunyi yang berterusan yang
dihasilkan dengan perlakuan tiupan, gesekan, pukulan dan paluan yang dihasilkan oleh alat-
alat tertentu. Apabila bunyi-bunyi tersebut disusun dengan indah, maka lahirlah muzik.
Menurut Mastor Hj Jarkaseh (2007), “muzik adalah bunyi-bunyi yang disusun secara logic
supaya menjadi karya yang indah didengar.”
Dalam konteks projek ini, muzik membawa maksud bunyi (bol) yang dihasilkan
melalui pukulan, paluan atau permainan Tabla. Aktiviti muzik yang akan diaplikasikan dalam
‘Buku Panduan Bermain Tabla’ bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran
dalam memainkan sesuatu pola rentak.
Irama
Irama adalah salah satu elemen asas dalam muzik. Ianya terhasil daripada susunan dan
ulangan bunyi. Dalam elemen irama terdapat factor-faktor tempo masa (duration), tekanan
detik dan tempo. Gabungan not-not dan tanda rehat yang tersusun akan menghasilkan pola
irama atau corak irama yang tertentu.
Dalam konteks projek ini, pelbagai pola rentak yang sesuai untuk irama tempatan akan
dimuatkan dalam Buku Panduan Bermain Tabla.
9
Pengajaran
“Proses pengajaran melibatkan aktiviti-aktiviti seperti penghuraian, penggunaan alat bantu
mengajar dan bersoal jawab. Secara umumnya proses pengajaran dalam pendidikan
melibatkan tiga komponen penting iaitu perancangan, penyampaian dan penilaian.” (Mok,
1993)
Dalam konteks projek ini, pengajaran membawa maksud aktiviti atau proses yang
diaplikasikan dalam pembangunan Buku Panduan Bermain Tabla yang bertujuan untuk
memberi pengetahuan dan pemahaman bermain Tabla.
Pembelajaran
Pembelajaran ialah suatu proses yang kompleks. Pembelajaran adalah hasil usaha setiap
individu untuk mencapai keperluan-keperluannya sama ada keperluan jasmani atau keperluan
psikologi. Ia mungkin member kesan atau perubahan pada bentuk umum perlakuannya.
Dengan lain perkataan, pembelajaran merupakan pembinaan pengalaman-pengalaman baru.
(Musa bin Daia, 1992: Kaedah Dan Teknik Pengajaran, 32 dan 33)
Dalam konteks projek ini, pembelajaran berlaku apabila guru-guru dan pelajar-pelajar
mendapat pengalaman dan pengetahuan dengan menggunakan Buku Panduan Bermain Tabla.
10
Tabla
“The north Indian counterpart of the mridangam is the Tabla, a pair of single headed drums
played by one performer. The right-hand drum is generally tuned to the tonic note, and the
left-hand drum functions as a bass drum. These drums, which are played with the hands and
fingers, can produce a wide variety of pitches and tone colors. The table is vital to north
Indian concerts and is used for solos as well as accompaniments.” (Roger Kamien, Music An
Appreciation,2002:397)
Dalam konteks projek ini, Tabla dimaksudkan ialah sejenis alat perkusi dalam ensembel
muzik tradisional India yang dimainkan solo atau untuk mengiringi nyanyian dan muzik
instrumental.
Rumusan
Secara keseluruhannya, bab pengenalan ini menghuraikan latar belakang projek, penyataan
masalah, tujuan projek, kepentingan projek, batasan projek dan definisi operasi projek.
Penghasilan projek ini akan dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan bahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik tradisional India. Khususnya
pelajar-pelajar dan gudru-guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam
permainan Tabla. Diharapkan buku panduan bermain Tabla ini dapat dijadikan panduan
kepada pendidik muzik yang ingin mengaplikasikan ensembel muzik tradisional India di
sekolah masing-masing.
11
Bab 2
Tinjauan Literatur
Tabla merupakan alat muzik warisan kaum India yang ketiga terbesar di Malaysia.
Literatur sedia ada mengenai Tabla diletakkan di bawah ‘multicultural music and world
music in the classroom’, Justeru itu, tinjauan literature ini membincangkan topic muzik
pelbagai budaya (multicultural music) dan muzik dunia (world music) dalam konteks senario
pendidikan muzik di Malaysia.
Pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model
program muzik Eropah yang hanya fokuskan teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal Barat.
Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita bermain alat perkusi, alat tiupan
dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam, orkestra dan nyanyian koir barat
dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini telah menyebabkan sistem
muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dianggap tidak penting oleh
golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri. Walaubagaimanapun, pada masa
kini kesedaran tentang kepentingan warisan muzik tempatan yang kaya dengan pelbagai
budaya (multicultural) telah wujud dalam kalangan pendidik. Menurut Dr.Tan Sooi Beng,
(2008:249-260)
“Increasing numbers of educators realize that there is a need to introduce their own
traditional music (including the music of minorities) as well as the music of South East Asia
and other parts of the world to the young through the music curriculum.”(Traditional Music
and Multiculturalism in Malaysian Education: Chapter 18)
Untuk memartabatkan warisan muzikal tradisional dan pelbagai budaya di negara
kita, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah yang bijak dengan memberi
12
kepentingan kepada Muzik Tradisional dan Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam
kurikulum sekolah menengah. Dalam objektif sukatan pelajaran sekolah menengah,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan target pencapaian pelajar seperti berikut:
“setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah, pelajar berkebolehan
bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensemble muzik konvensional dan
tradisional dengan mengamalkan teknik yang betul”( Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik
Sekolah Menengah, 2003)
Objektif Kurikulum Pendidikan Muzik yang tersebut telah memberi peluang kepada
anak-anak kita mengenali dan bergiat aktif dalam permainan alat-alat muzik tradisional dan
tradisional lain selain daripada muzik konvensional iaitu muzik Barat. Usaha ini telah
memberi pengiktirafan kepada muzik tradisional tempatan amnya, dan muzik tradisional lain
khususnya muzik taradisional etnik-ernik lain di Malaysia seperti ensemble muzik Cina dan
ensemble muzik India. Dengan erti kata lain KPM telah memberi peluang kepada anak-anak
kita mengenali dan mempelajari muzik tradisional tempatan yang teridiri daripada pelbagai
budaya dan pelbagai etnik. Ini telah diterakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik
Sekolah Menengah seperti berikut:
2.3 PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL
2.3.1 Penyertaan Dalam Ensembel Muzik Tradisional
Memainkan pelbagai jenis lagu dan irama dalam ensembel berikut:
- Ensembel Kompang
- Ensembel Gamelan
- Ensembel Muzik Tradisional lain di Malaysia 7.
(Rujuk LAMPIRAN A)
13
( 6 ) Ensembel seperti Orkestra, Brassband, Wind-ensemble, Drum Corps, Trumpet Corps,
Combo dan Ensembel Muzik Kamar
( 7 ) Pilihan sekolah seperti Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak,
Orkestra Cina, Ensembel Muzik India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan
dengan pemujaan.
(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,Pendidikan Muzik Menengah
Atas Tingkatan IV-V,Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia,
7:2003)
Tujuan ini selaras dengan impian dan seruan ‘1 MALAYSIA’ oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri kita. Dalam mencapai matlamat satu Malaysia, perpaduan
menjadi akar umbi yang tidak boleh diketepikan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai
budaya, bahasa dan etnik. Ke arah mencapai tujuan tersebut, pemahaman dan penghayatan
setiap elemen budaya sangatlah penting dalam masyarakat Malaysia. Tetapi matlamat
tersebut menjadi tandatanya kerana masih terdapat pelbagai halangan untuk mewujudkan
satu masyarakat Malaysia yang betul-betul tahu dan faham tentang budaya setiap etnik dan
kaum di Negara kita. Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan ,
sejauhmanakah matlamat kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di Negara kita
yang belum mengenal dan faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Ketidaksefahaman
inilah yang menjadi punca kepada pergolakan yang sekali-sekala melanda di Negara kita.
Menurut Dr.Suseela Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Pendidikan, Polisi Dan
Perancangan, Universiti Malaya,
“It’s because of people’s poor understanding of other culture and lack of learning
from each other that misunderstanding occur”( New Sunday Times, 1 Mar 2009)
14
Kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui
pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita. Seruan ‘1 Malaysia’
ini hanya akan menjadi kenyataan apabila wujud persefahaman dan perpaduan di antara
berbilang kaum dan pelbagai budaya (multicultural) di Negara kita. Muzik merupakan satu
media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat dan dapat merentasi
sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya. Jadi, pengetahuan dan pengalaman
tentang muzik pelbagai budaya harus diperkembangkan lagi untuk memahami dan
mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.
“ Studying the music of other cultures can be broden the students sound base,
enabling them to be more open and tolerant of new musical sounds.” (Terese M. Volk,
Music, Education and Multiculturalism, 1998:6)
Pembelajaran muzik pelbagai budaya, dapat menambahkan sikap toleransi yang
tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di Malaysia. Sikap toleransi inilah
yang menjadi akarumbi kepada perpaduan yang diidam-idamkan oleh pemimpin negara dan
masyarakat. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran muzik pelbagai budaya
khususnya permainan Tabla sangat relevan diaplikasikan dalam bilik darjah dan dewan
kuliah.
15
Bab 3
Metodologi Projek
Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian untuk membangunkan projek
Buku Panduan Bermain Tabla. Secara umumnya prosedur kerja yang akan dilalui untuk
membangunkan projek ini adalah seperi berikut:
i. Mendapatkan dan mengumpul maklumat atau data berkaitan Tabla dan
permainan Tabla.
ii. Mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema
dan kategori.
iii. Menetapkan bab berdasarkan tema dan kategori.
iv. Menulis maklumat dan data mengikut kategori atau kandungan bab yang akan
ditetapkan.
v. Mengedit maklumat dan data mengikut kategori atau kandungan yang akan
ditetapkan.
Mendapatkan dan Mengumpulkan maklumat dan Data Berkaitan Tabla dan
Permainan Tabla.
Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan dan mengumpul maklumat bagi tujuan
membangunkan produk Buku Panduan Bermain Tabla. Kaedah yang akan digunakan untuk
mendapatkan maklumat ialah kaedah temubual, pemerhatian dan turut serta. Semua
maklumat atau data akan didirekodkan dalam bentuk catatan, fotografi dan rakaman audio.
Kaedah ini sesuai kerana penulis akan menyelidiki satu unit sosial yang kecil seperti individu
ataupun keluarga.
16
Temubual
“Temubual adalah salah satu jenis kaedah soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data
kajian. Oleh itu, kadangkala ia dirupakan sebagai kaedah soal selidik melalui temubual”
(Mok Soon Sang, 2009:211)
Temubual akan dijalankan dengan beberapa orang penggiat seni ensembel muzik
India dari Kumpulan Orkestra Inbatamil di Tanjung Rambutan, Perak iaitu pemain Tabla
Encik Surendran. Temubual juga akan dibuat dengan pemain Tabla Encik R.B.Kumar di
Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor. Disamping itu satu lagi temubual akan dibuat dengan
salah seorang guru muzik tradisional India Encik Kalaiselvan dari Sri Kalashetra Music
Academy.
Soalan-soalan temubual akan berbentuk ‘semistructured’ kepada semua informan
kerana dirasakan lebih sesuai, relevan, berfokus dan fleksibel untuk menghasilkan projek ini.
Temubual ini bertujuan untuk memastikan maklumat yang disampaikan oleh sampel
mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Soalan-soalan yang akan
dikemukakan dalam temubual adalah berfokuskan kepada:
i. Sejarah dan asal usul Tabla
ii. Etika persembahan Tabla
iii. Teknik permainan Tabla
iv. Bol yang dihasilkan oleh Tabla
17
Pemerhatian
“Observations are an inherent part of many types of research;” (John D.Brewer, Ethnography,
2000:59)
Pemerhatian merupakan salah satu kaedah soal selidik yang digunakan untuk
memungut data kajian. Tujuan pemerhatian ini adalah untuk memerhati dan mendengar
permaianan Tabla dan penerangan penggiat-penggiat Tabla secara lebih dekat dan teliti lagi.
Turut serta
“Without access to the field, the research could not be done. Ethnographers gain entry to the
field in a variety of different ways, which vary from case to case, meaning that practitioner
must remain flexible. (John D.Brewer, Ethnography,2000:82)
Dalam konteks ini pengkaji telah pun mempunyai akses untuk mendampingi dan
menemuramah penggiat-penggiat seni Tabla. Pengkaji juga seorang pemain Tabla dan pernah
memberi ceramah tentang ensembel muzik India kepada pelajar-pelajar seni muzik India dan
komuniti India.
Mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema dan
kategori.
Menghasilkan buku panduan bermain Tabla merupakan satu tugas yang agak mencabar
kerana proses pengahsilannya memerlukan perancangan yang sistematik.. Perancangan merupakan
perkara yang amat penting untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.
Langkah seterusnya untuk menghasilkan ‘Buku Panduan Bermain Tabla’ ialah pengkaji akan
mengklasifikasikan maklumat ataupun data yang diperolehi mengikut tema. Dalam konteks ini setiap
18
maklumat ataupun data yang diperolehi akan dipecahkan mengikut tema dan kategori. Ini akan
memudahkan aktiviti untuk menentukan bab berdasarkan tema dan kategori.
Analisis Data
“data analysis is simultaneous with data collection. Huberman and Miles (1998:180) define
data analysis as involving three sub-processses: data reduction (selecting units of the data
from the total universe of data); data display (assembling the information in some format);
and conclusion drawing (interpretation of the findings).” (John D.Brewer,2000:107)
Dalam konteks analisis data, pengkaji akan, mendengar temubual, menimbang unit-
unit yang bermakna, mengeluarkan data berlebihan, mengklasifikasi, mengkategori dan
menyusun urutan unit-unit dengan bermakna, menstruktur deskripsi kandungan temubual,
menginterpretasi data temubual mengenai Tabla dan permainan Tabla.
19
Rajah 1 menunjukkan model kerangka kerja untuk menghasilkan ‘Buku Panduan Bermain
Tabla’. Arrows dua arah menunjukkan penilaian dan pengulangan yang akan dibuat secara berterusan
untuk menghasilkan satu projek yang menepati matlamatnya.
Rajah 1: Model kerangka kerja menghasilkan projek
20
PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN
Buku Panduan Bermain Tabla
MENGUMPUL DATA
MENGKLASIFIKASI/TULIS DATA
MENYUNTING DATA
ANALISA
KEPERLUAN
REKABENTUK
4. Cadangan Jadual Kerja
Berikut merupakan cadangan jadual kerja bagi projek akhir yang bermula pada Semester 1
Sesi 2010/2011
Bulan
Cadangan
J F M A M J J O S O N D
Hantar Proposal X X
Mengumpul maklumat dan data
berkaitan Tabla X X X
Mengklasifikasikan maklumat dan data
X X
Menetapkan bab berdasarkan tema dan
kategori X X
Menulis maklumat dan data mengikut
kategori atau kandungan bab yang
ditetapkan
X X
Mengedit maklumat dan data mengikut
kategori atau kandungan yang
ditetapkan
X X
Penulisan Bab 1, 2 dan 3 X X
Penulisan Bab 4 dan 5 X X
Penambahbaikan penulisan dan Buku
Panduan X X
Serah laporan X X
21
5. Bibliografi
Ee Ah Meng, (1995). Sekolah Dan Perkembangan Kanak-kanak (Asas Pendidikan 4).Kuala
Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Johami Abdullah,(1997).Pendidikan Muzik Semasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Johan Othman,(2002). Cultural Decentralization Within a Post-Colonial Territory:
Movements in Malaysia’s Musical Culture.Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Jil./Vol.1,79-86.
John D.Brewer, (2000). Ethnography. Buckingham:Open University Press.
Klitgaard.S.A.,(1983). Author’s Habdbook-Guide for Writers in Developing Countries
[Pegangan Pengarang Petua dan Proses] Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Louis Cohen & Lawrence Manion,(1994). Research Methods In Education.New
York:Routledge.
Mastor Hj Jarkaseh, (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Selangor: Produksi Tabuh Emas.
Mok Soon Sang,(2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Musa Bin Daia, (1992). Kaedah Dan Teknik Pengajaran.Johor: Badan Bookstore Sdn.Bhd
22
Publication Manual (5th ed).(2007).Wshington DC: American Psychological Association.
Pusat Perkembangan Kurikulum(2003).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Roger Kamien,(2002). Music An Appreciation. New York: McGraw-Hill.
Tan Sooi Beng,( 2008). A Paradigm Shift in teaching Music In Schools, Traditional Music
and Multiculturalism in Malaysian Education. Approches in Music Appreciation Classes,
volume 11, Chapter 18)
Terese M.Volk,(1998). Music, Education, and Multicultralism Foundations and Principles.
New York: Oxford University Press.
Zaharul Lailidin Bin Saidon,(2009). Wacana Pendidikan Muzik. Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti.
23
24