Prinsip Landskap (1)
-
Upload
roslan-mustaffa -
Category
Documents
-
view
202 -
download
6
Transcript of Prinsip Landskap (1)
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
PERANCANGAN& PEMBANGUNAN LANDSKAP
DEFINISI: Menurut Laurie (1975): Senibina Landskap bermaksud:
“Perancangan dan reka bentuk tanah & air untuk kegunaan awam”.
“Perancangan” : “Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu diurus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat”.
“Rekabentuk”: “Pengurusan dan pengaturan sekeping tanah yang telah ditentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi”.
DEFINISI LANDSKAP: Menurut Hubbard dan Kimball (1917), Senibina
landskap merupakan:
“Seni halus” di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara”.
Menurut Garrett Eckbo (1950), Senibina landskap merupakan:
“sebahagian landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan).
SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG Masyarakat secara umumnya mengkaitkan bidang
senibina landskap sebagai: “Mereka-mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan” – tukang kebun
Istilah “Arkitek landskap” (landscape architect) telah di cipta oleh Frederick Law Olmstead pada tahun 1958. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.
Bidang kerja arkitek landskap biasanya mempunyai hubungan kait dengan bidang-bidang lain seperti senibina, kejuruteraan, perancang dan juga pengurusan taman-taman.
KOMPONEN-KOMPONEN PRAKTIS (PRACTICE) DALAM SENIBINA LANDSKAP
MODEN
1. Perancangan dan penilaian landskap 2. Perancangan tapak 3. Rekabentuk landskap
SEJARAH SENIBINA LANDSKAP
Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah seni taman/landskap perlu dikaji atas 2 sebab:
1. Perhubungan manusia & persekitaran 2. Taman-taman silam mempengaruhi rekabentuk taman- taman masa
kini dan masa hadapan
Mengkaji sejarah perkembangan seni taman, membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran untuk keperluan:
a. Fizikalb. Sosial c. Ekonomi
Fakta-fakta fizikal termasuk:
a. Iklimb. Geografi
Fakta-fakta sosial termasuk:
i. Kepercayaan: kepercayaan agama kepercayaan tradisi dan amalan falsafah dan kesenian
ii. Sejarah dan penyatuan kebudayaan: penjajahan perdagangan peperangan
iii. Fakta Ekonomi:
- lambang kemewahan
HUBUNG KAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAP
Landskap dan pertanian mempunyai perkaitan yang jelas dan penting.
Kawasan pertanian dapat digunakan sebagai kawasan landskap dan sebaliknya.
Perkaitan ini mencakupi kehendak serampang dua mata iaitu:
a) Mendapatkan hasil yang lumayan daripada pengusahaan tanaman ekonomi
b) Memenuhi keperluan menghayati dan menikmati nilai estetika
HUBUNGKAIT PERTANIAN DENGAN LANDSKAP
Kawasan yang diusahakan untuk pertanian bukan sahaja mampu memberikan hasil yang lumayan, malah sekiranya dirancang dengan baik, kawasan pertanian ini turut mempunyai nilai estetika.
Tanaman seperti kelapa sawit dan getah misalnya ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu supaya penggunaan kawasan dapat dioptimumkan. Susunan ini secara tidak langsung memberikan pemandangan yang menarik dan turut menyokong sektor agrotourism.
KEPENTINGAN LANDSKAP Sangat penting dlm kehidupan manusia. Manusia blh menjalani kehidupan dgn lebih selesa dan
berharmoni melalui susunan dan gabungan landskap yg menarik. Blh diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pelandskapan
iaitu, merancang, merekabentuk, membangun dan menyenggara sesuatu ruang atau kawasan.
Ianya dpt dicapai dengan menggunakan elemen-elemen landskap ciptaan tuhan dan binaan manusia.
LANDSKAP DI MALAYSIA Perkataan landskap hanya diketahui oleh rakyat
Malaysia pada hujung tahun 70an, walaupun telah mempraktikkan konsep, proses dan prinsip reka bentuk landskap sejak awal sejarah negara lagi
Landskap sesebuah negara wujud kerana keperluan penduduknya sebagai pengguna yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, umur, jantina dan kebudayaan
Penggunaan landskap bergantung kepada keadaan sekeliling seperti bentuk muka bumi, iklim, tumbuhan, lokasi dan pemandangan kawasan persekitaran
Tanaman yang berbau dan berwarna warni yang digemari oleh orang melayu
LANDSKAP DI MALAYSIA Landskap berkait rapat dengan cara hidup orang Melayu,
Cina dan India. Ini boleh dilihat melalui cara pemilihan tanaman di sekeliling
kawasan rumah Contohnya : Di kawasan rumah orang Melayu banyak ditanam
dengan tanaman bauan, ulaman, herba dan ubatan. Antaranya canangium odoratum (kenanga), Jasminum sambac (Melur), Vallaris glabra (kesidang), cosmos violaceace (ulam raja), Cymbopogon nardus (serai), Languas galanga (lengkuas), Curcuma domestica (kunyit) dan lawsonia inermis (inai)
Canangium odoratum
Vallaris glabra
Jasminum sambac
Cosmos violaceace
Curcuma domestica
lawsonia inermis
LANDSKAP DI MALAYSIA Orang Cina gemarkan tanaman berwarna merah dan
kuning. Cth: pokok adenium obesum (desert rose) kerana
percaya warna merah dpt memberi lebih rezeki dan wang.
Adenium obesum
Crossandra undulaefolia
Adenium obesum
Ervatamia divaricata
LANDSKAP DI MALAYSIA Orang India pula gemar pada jenis bunga harum yang
berwarna-warni – digunakan sebagai hiasan sanggul / upacara keraian / keagamaan.
Cth: melor, krosandra (crossandra undulaefolia) dan susun kelapa (ervatamia divaricata)
Ervatamia divaricata
LANDSKAP DALAM KEHIDUPAN ORANG
MELAYU Orang melayu menghayati dan menghargai keindahan taman
di halaman rumah / istana yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan terutamanya jenis bauan sering digambarkan di dalam buku sastera klasik melayu seperti Hikayat Malim Deman
Berdasarkan maklumat tersebut, kita mengetahui bahawa halaman dan taman yang ada dalam kehidupan orang melayu dipenuhi dengan pelbagai unsur landskap seperti air, struktur keras, pagaran, jalan, ukiran dan juga unsur reka bentuk seperti bentuk, tekstur warna dan garisan.
Bentuk rumah Malaysia di Taman Mini ASEAN, Melaka yang menunjukkan cara pelandskapan di kawasan rumah.
Landskap halaman rumah di kawasan FELDA yang telah diubahsuai daripada bentuk asal.
Pemandangan landskap kediaman dalam suasana perkampungan
Terminologi Landskap:1. Landskap
a. Rupa daratan yang meliputi apa sahaja yang dapat dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang dan sebagainya.
b. Pemandangan di atas daratan (bumi) yg mengandungi unsur-unsur ciptaan Tuhan dan bahan binaan manusia, termasuk bentuk muka
bumi, bangunan, jalan raya dan tumbuh-tumbuhan.
Cth landskap ialah spt pemandangan di kampung, bandar, pergunungan, persisiran pantai, sungai, hutan rimba, padang pasir dll pemandangan di atas bumi.
Terminologi Landskap:2. Pelandskapan
i. Satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia di samping mewujudkan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi.
ii. Merujuk kegiatan merancang, merekabentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.
Terminologi (samb...)3. Reka bentuk landskap
memilih dan menyusun atur elemen landskap seperti tumbuhan, struktur, air, batu batan untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran (luar bangunan).
merupakan satu seni mengubah dan menyusun elemen landskap berasaskan prinsip reka bentuk.
4. Pereka bentuk landskap individu yang mereka bentuk
landskap.
Terminologi (samb...)
5. Arkitek landskap seorang profesional yang bertauliah
dalam bidang seni bina landskap untuk menjalankan kerja merancang dan mereka bentuk landskap.
6. Kontraktor landskap seorang peniaga yang membuat
kerja-kerja pembinaan landskap.
Tanaman ditanam untuk memainkan pelbagai fungsi bergantung kepada keadaan tapak atau lokasi.
Setiap tapak atau lokasi biasanya mempunyai masalah yang tertentu.
Antara objektif dan fungsi penanaman adalah untuk mengurangkan atau mengatasi masalah- masalah di tapak atau lokasi yang berkenaan.
Prinsip-
prinsip
rekabent
uk
landskap
Prinsip Reka Bentuk Landskap Prinsip reka bentuk landskap adalah tatacara
menyusun dan mengolah elemen-elemen landskap terutamanya tumbuh-tumbuhan dalam satu kombinasi yang sesuai, menarik dan berfungsi.
Dalam reka bentuk landskap, satu atau beberapa prinsip digunakan bagi -menggabungkan elemen-elemen landskap dalam satu-satu kawasan.
PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP
Terdapat 5 prinsip landskap: i. Ukuran/Skala ii. Keringkasan iii. Keanekaan iv. Keseimbangan v. Turutan/Ulangan
Prinsip Reka Bentuk Landskapi. Ukuran/Skala
Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang ada serta perbandingan saiz di antara manusia dan persekitarannya.
Penggunaan elemen-elemen yang besar dalam ruang yang sempit akan menampakkan kawasan menjadi lebih kecil daripada sebenarnya.
Sementara penggunaan elemen-elemen yang kecil dalam ruang yang luas akan menampakkan kawasan menjadi lebih besar daripada saiz sebenarnya.
Prinsip Reka Bentuk Landskapi. Ukuran/Skala
Ukuran/skala menggambarkan perbandingan antara saiz elemen dengan tanaman dalam landskap.
Pemilihan elemen landskap, reka bentuk dan tanaman perlu sesuai dengan saiz rumah dan luas kawasan.
Pemilihan ukuran akan mencetuskan perasaan / persepsi tentang saiz sesuatu ruang.
Contoh: untuk kawasan/ruang yang sempit – sesuai ditanam dengan pokok yang berdaun kecil (bertekstur halus) dan berbunga sederhana besar.
Prinsip Reka Bentuk Landskapi. Ukuran/Skala
Pokok naungan jenis besar / pokok renek jenis rendah tidak sesuai ditanam berhampiran dengan rumah.
Warna juga dapat memberi ukuran kepada ruang.
Contoh: Ruang yang ditanam dengan pokok jenis daun akan kelihatan sempit berbanding dengan ruang yang ditanam dengan tanaman yang berwarna cerah.
Dalam landskap, ukuran bermaksud dimensi sesuatu ruang atau saiz sesuatu elemen/objek. Ukuran boleh dikira dalam bentuk mutlak.
Pokok hiasan yang terlalu besar menyebabkan rumah kelihatan kecil.
Pokok hiasan yang terlalu kecil menyebabkan rumah kelihatan terlalu besar dan tidak seimbang
Ukuran atau skala yang tidak sebanding (ukuran mutlak).
Ukuran atau skala yang sebanding (ukuran mutlak).
Ukuran atau skala yang sebanding (ukuran relatif)
Ukuran atau skala tidak sebanding (ukuran relatif)
Prinsip Reka Bentuk Landskapi. Ukuran/Skala
- Merujuk kepada perkaitan antara elemen-elemen landskap:
a. Pokok dan bangunan.
b. Pokok dan pokok
c. Pokok dan manusia
Skala…
Skala…
Skala…
Skala
Skala…
Skala…
Skala
Prinsip Reka Bentuk Landskapii. Keringkasan
Penggunaan beberapa jenis elemen sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air dan struktur binaan dalam bentuk yang mudah dan ringkas.
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah terhad (tidak banyak spesis digunakan) dengan satu atau dua ciri tumbuhan diketengahkan.
Namun, pengggunaan elemen yang terhad perlulah menarik bagi mengurangkan kebosanan pada keringkasan.
Prinsip Reka Bentuk Landskapii. Keringkasan
Untuk memudahkan penyenggaraan dan pengurusan landskap, sebaiknya unsur landskap dan tanaman yg terpenting sahaja digunakan dlm gubahan. Ini blh dicapai dgn mengulangi beberapa bentuk, tekstur dan warna utk beberapa tempat.
Landskap yg ringkas blh meningkatkan daya tarikan jika pengurusan dan penyenggaraan dijalankan dgn rapi
Terlalu banyak keanekaan dari segi jenis, bentuk, tekstur dan ukuran tanaman boleh mengelirukan.
Susunan yang ringkas daripada tiga jenis bentuk dan ukuran tanaman boleh memberi daya tarikan dalam landskap.
Susunan yang ringkas boleh memberi daya tarikan.
Susunan berkelompok yang ringkas seperti ini boleh memberikan daya tarikan jika tanaman sentiasa subur dan dijaga dengan rapi.
Landscape Design Principles
Keringkasan
Simplicity…
Simplicity…
Simplic
ity…
Simplicity…
Sim
plicity…
Prinsip Reka Bentuk Landskapiii.Keanekaan
Penggunaan pelbagai jenis elemen yang digabungkan dalam satu komposisi yang harmoni dalam landskap.
Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuh-tumbuhan landskap dari segi kepelbagaian saiz, bentuk, warna dan tekstur.
Prinsip Reka Bentuk Landskapiii.Keanekaan
Keanekaan susunan, gubahan, warna, bentuk, tekstur dan saiz tanaman serta elemen landskap blh mengelakkan rasa bosan terutamanya kepada pemandangan.
Dalam rekabentuk landskap, prinsip keanekaan digunakan utk mempelbagaikan elemen pertentangan dan kontras.
Banyak atau sedikitnya keanekaan yg digunakan dlm landskap bergantung kepada cara menggunakan bentuk, tekstur dan warna.
Apabila menggunakan prinsip keanekaan, sekurang-kurangnya tiga unsur rekabentuk perlu dikaitkan pada satu gabungan:
a. campuran tiga warnab. campuran 3 teksturc. campuran 3 ukuran
Penanaman yang sama jenis boleh menimbulkan kebosanan
Keanekaan dari segala warna, jenis dan bentuk tanaman boleh memberikan pemandangan yang menarik.
Keanekaan tanaman dari segi jenis, ukuran dan tekstur boleh menambahkan daya tarikan.
Untuk kawasan sudut, keanekaan susunan dan campuran pelbagai ukuran, tekstur dan warna boleh memberi daya tarikan selain tujuan mengadang
Variety…
Variety…
Variety…
Variety…
Prinsip Reka Bentuk Landskapiv. Keseimbangan
Pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar yang diwujudkan dalam landskap.
Keseimbangan tidak terhad kepada pembahagian saiz ruang, malah keseimbangan dari segi ketinggian dan bentuk sesuatu elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan landskap.
Keseimbangan adalah popular dari segi visual untuk mendapatkan pemandangan yang menarik.
Prinsip Reka Bentuk Landskapiv.Keseimbangan (Samb....)
gubahan dan susunan tanaman dlm landskap blh dibahagikan kepada dua cara iaitu:
i. Susunan seimbang memberi persepsi yg formal lantaran tanaman dan
elemen landskap diatur sama bentuk, sama bilangan, sama warna, sama ukuran dan sama tekstur samada di bahagian kiri atau kanan kawasan.
Selalunya didapati di taman formal spt di Perancis dan negara Islam.
ii. Susunan tidak seimbang memberikan persepsi yg selesa, nyaman dan tenang.
Prinsip Reka Bentuk Landskapiv.Keseimbangan (Samb....)
Keseimbangan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:a. Keseimbangan antara kedua-dua bahagian garisan (kiri-
kanan) Diatur secara formal dgn kedua-dua bahagian garisan mempunyai
aturan yg sebentuk atau ukuran yg kontras antara kiri dan kanan.
b. Keseimbangan perspektif Meliputi keseimbangan bahagian depan, tengah dan belakang. Susunan tanaman dlm keseimbangan ini selalunya melibatkan
penanaman pokok jenis hiasan dibahagian belakang, jenis renek ditengah dan jenis penutup bumi di hadapan.
Tanaman blh dipilih berdasarkan tekstur dan warna (menggunakan tanaman yg bertektur kasar, sederhana dan halus utk menampakkan kawasan atau ruang yg luas dan sebaliknya.
Pemilihan warna pula, bahagian belakang haruslah berwarna lebih cerah drpd kawasan tengah atau hadapan.
Susunan tanaman mengikut keseimbangan perspektif, iaitu rendah di bahagian depan, sederhana tinggi di tengah dan tinggi di belakang.
Keseimbangan simetri
Keseimbangan tidak simetri
Susunan seimbang
Susunan tidak seimbang
Susunan yang seimbang. Bilangan tanaman sama di bahagian kiri dan kanan
Susunan yang tidak seimbang dari segi persepsi (ukuran pokok)
Pokok renek ditanam di dalam bekas yang disusun seimbang di tepi tangga untuk menghiasi dan melembutkan garisan bucu tangga.
Pokok renek ditanam di dalam palung yang disusun seimbang berdekatan pintu, sebagai penandaan arah pintu masuk.
Landscape Design Principles
Keseimbangan
Balance…
Balance…
Balance…
Balance…
Prinsip Reka Bentuk Landskapv. Turutan / ulangan
Penggunaan elemen terutamanya tumbuh-tumbuhan adalah berulang-ulang.
Ulangan selalunya dalam bentuk linear (memanjang) atau barisan.
Prinsip turutan akan memberikan pemandangan yang bersambungan dan berterusan dalam sesuatu kawasan.
Prinsip ini biasanya digunakan bagi membahagikan kawasan, menunjukkan sempadan kawasan atau menunjuk arah bagi laluan-laluan tertentu seperti di tepi jalan.
Prinsip Reka Bentuk Landskapv. Turutan / ulangan
Turutan daripada satu gubahan dan susunan tanaman kpd satu gubahan dan susunan tanaman yang lain mengikut perubahan bentuk, warna, tekstur, ukuran dan jarak tanaman.
Penanaman pokok dgn jarak yg berbeza blh memberi pandangan yg harmoni, terutamanya apabila turutan jarak dari sebatang pokok ke jarak gabungan pokok-pokok.
Susunan mengikut turutan jarak ini blh memberi tumpuan atau daya tarikan dalam landskap.
Prinsip Reka Bentuk Landskapv. Turutan / ulangan
Tujuan menyusun tanaman secara berturutan adalah utk menentukan arah pandangan dlm sesuatu kawasan landskap kelihatan lebih menarik.
Gabungan tanaman mengikut turutan warna dan tekstur blh meningkatkan keharmonian dan nilai
estetik landskap.
Turutan mengikut perubahan warna
Turutan mengikut perubahan tekstur dan ukuran.
Turutan mengikut perubahan bentuk dan ukuran
vi. Ulangan Utk mendapatkan susunan yg teratur, penggunaan
elemen landskap dan penanaman pokok jenis renek dan penutup bumi perlu diulang dlm beberapa bahagian kawasan landskap.
Apabila menggunakan prinsip ulangan, tentukan elemen yg agak unik dan elemen rekabentuk spt garisan, warna, bentuk dan tekstur sahaja perlu dipertimbangkan.
Terlalu banyak elemen landskap atau terlalu sedikit mengulangi elemen landskap blh merosakkan kesatuan atau keharmonian landskap.
Untuk kawasan yang luas, tanaman gabungan boleh diulang supaya kelihatan lebih berkesan dan menarik.
Landscape Design PrinciplesTurutan/Ulangan
Repetition…
Repeti
tion…
Repeti
tion…
“Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalamsebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang”.