ppik1 sce3119sem5

download ppik1 sce3119sem5

of 4

Transcript of ppik1 sce3119sem5

SCE 3109 : TENAGA DALAM KIMIAPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGANAKTIVITI PPIK 1 : Menyiasat perubahan tenagaLaksanakan aktiviti-aktiviti berikut dan nyatakan perubahan tenaganya: :a) Pasangkan lampu mejab) Nyalakan lilinc) Buka kalkolator yang menggunakan tenaga solard) Masukkan dua bateri dalam kereta mainan dan pasangnyae) Tarik satu gelang getahf) Memerhati telefon yang berbunyi

Perbincangan: Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti diatas, hukum pertama Termodinamik atau Pemuliharaan Tenaga dapat dibuktikan. Hukum pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimansuhkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.1. Apabila lampu meja dinyalakan, perubahan tenaga yang berlaku ialah tenaga elektrik berpindah kepada tenaga cahaya yang menyebabkan lampu menyala dan seterusnya berpindah kepada tenaga haba apabila lampu panas setelah menyala beberapa minit. Tenaga haba yang dihasilkan ini tidak dimusnahkan tetapi ianya hilang ke persekitaran.

2. Apabila lilin dinyalakan, tenaga cahaya bertukar kepada tenaga haba dan tenaga haba dibebaskan persekitaran. Apabila kalkulator yang menggunakan tenaga solar dibuka, perubahan tenaga yang berlaku adalah daripada tenaga solar kepada tenaga kimia kepada tenaga elektrik dan seterusnya kepada tenaga bunyi. Apabila gelung getah diregangkan, perubahan tenaga yang berlaku adalah tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.

Soalan:1) Apa yang telah anda pelajari daripada aktiviti ini?Dalam aktiviti ini saya telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai. Iaitu bagaimana untuk membuktikan Hukum pertama Termodinamik menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimansuhkan tetapi boleh ditukarkan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Melalui aktiviti ini juga, saya boleh mengesan beberapa miskonsepsi yang mungkin terjadi di kalangan murid dan pertanyaan-pertanyaan yang mungkin akan ditanya oleh murid apabila saya mengajar tajuk ini kelak. Oleh yang demikian, saya boleh mempersiapkan diri lebih awal dan berusaha untuk memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin akan berlaku kelak. Disamping itu juga, saya telah mempelajari bagaimana untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan. Saya boleh melakukan aktiviti seperti ini sebagai set induksi atau eksperimen apabila mengajar topik ini.

2) Dimanakah tajuk ini berada dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah?Tahun 5 dibawah Tema: Menyiasat Alam Fizikal.Topik: Memahami bahawa tenaga boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.

3) Bincangkan bagaimana anda boleh menggunakan aktiviti seperti ini dalam pengajaran dan pembelajaran? Aktiviti seperti ini boleh digunakan sebagai set-induksi di awal pengajaran. Ini dapat menarik minat murid dan mencungkil perasaan ingin tahu tentang apa isi pelajaran yang akan disampaikan. Oleh yang demikian, pengajaran akan lebih terkawal kerana murid akan memberi perhatian kepada apa yang akan disampaikan guru.

Selain itu, aktiviti ini boleh digunakan dalam isi kandungan pelajaran dalam bentuk menjalankan eksperimen bagi membuktikan bahawa tenaga itu boleh berubah bentuk di mana murid menjalankan penyiasatan secara berkumpulan dengan bimbingan guru. Murid menyatakan hasil dapatan mereka secara perbincangan dan membentngkan kepada kelas untuk mendapat maklum balas sama ada hasil dapatan mereka adalah sama dengan kumpulan yang lain.

Guru juga boleh menggunakan aktiviti ini untuk demostrasi. Disamping dapat menarik perhatian murid dan menjadikan pengajaran lebih bermakna, aktiviti seperti ini juga boleh memperbetulkan miskonsepsi yang mungkin berlaku. Segala penerangan guru dapat dibuktikan dengan menjalankan aktiviti seperti ini. Murid dapat memahami konsep ini dengan lebih baik kerana didedahkan dengan contoh yang konkrit.u

4.Apakah peranan guru dalam aktiviti seperti ini? Peranan guru dalam aktiviti seperti ini adalah sebagai penunjuk cara. Guru yang akan menunjukkan cara menjalankan eksperimen dengan betul dalam aktiviti seperti ini dan murid akan merujuk kepada guru.

Jika ingin melaksanakan demostrasi, guru bertindak sebagai penunjuk cara dengan melakukan dan menunjukkan kepada semua murid bagaimana aktiviti ini dijalankan. Disamping itu, guru juga bertindak sebagai penyampai maklumat. Guru menyampaikan maklumat kepada murid, memberi penerangan dan menjawab soalan-soalan dari murid.

Guru juga berperanan sebagai pembimbing. Semasa murid menjalankan eksperimen yang menggunakan aktiviti seperti ini, guru membimbing murid agar murid dapat melaksanakan eksperimen ini dengan baik. Guru juga membimbing murid dengan menjawab persoalan-persoalan yang ditanya dan memberi penerangan dengan baik agar tidak berlaku miskonsepsi dan murid dapat memahami tajuk yang diajar dengan baik.

4