penentu kepimpinan berorientasikan pekerja dan tugas terhadap ...
PERUBAHAN DALAM KESINAMBUNGAN...Program Pelawat 2019 Buat julung kalinya, Wisma Putra menganjurkan...
Transcript of PERUBAHAN DALAM KESINAMBUNGAN...Program Pelawat 2019 Buat julung kalinya, Wisma Putra menganjurkan...
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
www.kln.gov.my
PENCAPAIAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PERUBAHAN DALAM
KESINAMBUNGAN
TAHUN 2019
Wisma Putra MalaysiaMFA mofamalaysia
PE
NC
AP
AIA
N K
EM
EN
TE
RIA
N L
UA
R N
EG
ER
I 2
01
9
Pelancaran Kerangka Dasar Luar Negeri Malaysia Baharu oleh YAB Perdana Menteri, 18 September 2019
2 Penyerahan Penghujahan Separa oleh Malaysia kepada Suruhanjaya Mengenai Batas-Batas Pelantar Benua (CLCS)
3
Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa antara Malaysia (Sabah & Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara & Kalimantan Barat)
4 Singapura: Fasa Kedua Perjanjian Air, Had Sempadan Pelabuhan Johor dan Seletar
Diplomasi Awam
6 Pengerusi bagi Jawatankuasa Persediaan Triti Ketidakcambahan Senjata Nuklear 2019
Program Pelawat 2019
8 Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
HALA TUJU, PENDEKATAN DAN PENEKANAN BAHARU DASAR LUAR
Pensarjanaan Diplomat
Jawatankuasa Pemilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa
Universal Periodic Review (UPR)
Pemilihan Semula sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)
PEMERKASAAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PENGUKUHAN KERJASAMA ANTARA AGENSI
PENINGKATAN KERJASAMA KERAJAAN DAN MASYARAKAT
MADANI
01/ 13
1
5
7
9
10
11
12
HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
02/ 13
1 Pelancaran Kerangka Dasar Luar Negeri Malaysia Baharu
oleh YAB Perdana Menteri, 18 September 2019
Kerangka Dasar Luar adalah manifestasi reformasi dari sebuah negara
yang ‘government-centric’ kepada ‘people-centric’. Kerangka ini
dipersiapkan melalui proses rundingan yang melibatkan, antaranya,
Jemaah Menteri, pemimpin Pakatan Harapan, pegawai kanan
Kementerian Luar Negeri, ahli Parlimen, ahli akademik, mantan diplomat
Malaysia, para usahawan, wakil-wakil korporat, golongan profesional
serta ahli-ahli masyarakat madani (CSO) termasuk golongan belia.
03/ 13
2 Penyerahan Penghujahan Separa oleh Malaysia kepada Suruhanjaya Mengenai Batas-Batas Pelantar Benua (CLCS)
Malaysia telah mengemukakan penghujahan kepada Setiausaha Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 12 Disember 2019 tentang
tuntutan terhadap baki kawasan pelantar benua Malaysia di bahagian
Utara Dangerous Ground di Laut China Selatan (Tuntutan Kawasan Batas
-Batas Pelantar Benua Malaysia Fasa II). Ini memastikan kedaulatan
sempadan perairan negara dilindungi dan terpelihara berdasarkan data
teknikal dan saintifik yang disertakan. HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
04/ 13
3 Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa antara Malaysia (Sabah & Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara & Kalimantan Barat)
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai
Penandaan dan Pengukuran Sempadan Antarabangsa antara
Malaysia (Sabah & Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan Utara &
Kalimantan Barat) telah diadakan pada 21 November 2019. Ia
diperlihatkan sebagai suatu lonjakan penting dalam hubungan dua
hala antara kedua-dua negara dalam menyelesaikan isu sempadan
yang telah berlarutan sekian lama (melangkaui rundingan selama 40
tahun). HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
05/ 13
4 Singapura: Fasa Kedua Perjanjian Air, Had Sempadan Pelabuhan Johor dan Seletar
Perbincangan awal yang positif antara Malaysia dan Singapura telah
bermula mengenai Perjanjian Air 1962. Malaysia dan Singapura juga
telah berjaya menubuhkan satu jawatankuasa had persempadanan
maritim (Malaysia – Singapore Committee on Maritime Boundary
Delimitation) khususnya bagi merundingkan bahagian barat Selat
Singapura berhampiran Tanjung Piai dan Tuas.
HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
06/ 13
5 Diplomasi Awam
Ke arah merakyatkan Dasar Luar Negeri, Kementerian senantiasa
memastikan penglibatan orang awam dari pelbagai peringkat seperti
organisasi masyarakat madani (CSOs), institusi pengajian tinggi,
golongan pemikir serta akademia melalui program-program seperti,
a. Hari Terbuka anjuran Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
(IDFR) dan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah
Keganasan (SEARCCT);
b. Lawatan Akademik ke Kementerian;
c. Program Seranta, dan
d. Sesi Dialog berkenaan Dasar Luar.
Kementerian juga telah mengambil pendekatan proaktif untuk
memperkasakan kempen kesedaran awam berkenaan isu-isu Konsular
untuk paparan di media sosial Kementerian dan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Malaysia.
HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
07/ 13
6 Pengerusi bagi Jawatankuasa Persediaan Triti Ketidakcambahan Senjata Nuklear 2019
Malaysia melalui Wisma Putra telah mempengerusi dan mengetuai
perbincangan Jawatankuasa Persediaan (PrepCom) bagi Persidangan
Semakan Semula Triti Ketidakkcambahan Senjata Nuklear dengan
jayanya dari 29 April – 10 Mei 2019. Mesyuarat tersebut
membincangkan persediaan bagi penganjuran Persidangan Kajian
Semula Ketidakcambahan Senjata Nuklear yang akan diadakan pada
tahun 2020. HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
08/ 13
7 Program Pelawat 2019
Buat julung kalinya, Wisma Putra menganjurkan program kepimpinan
berorientasikan belia dari 4 - 8 November 2019 yang dihadiri oleh
peserta dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam,
sebagai satu platform untuk pemimpin muda dan masa hadapan dari
rantau ASEAN dan negara-negara Selatan.
HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
09/ 13
8 Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
Wisma Putra menjadi antara tonggak dalam persediaan Sidang
Kemuncak Kuala Lumpur 2019. Lima (5) Memorandum Persefahaman
(MoU) telah dimuktamadkan bersama entiti swasta negara-negara
utama yang menyertai Sidang Kemuncak tersebut, merangkumi
bidang tenusu berskala besar. Urus setia Sidang Kemuncak KL (Dialog
Perdana) dijangka akan mengambil langkah susulan terhadap semua
keputusan yang dicapai dan MoU yang dimeterai semasa Sidang
Kemuncak tersebut.
HA
LA T
UJU
, PEN
DEK
ATA
N D
AN
PEN
EK
AN
AN
BA
HA
RU
DA
SA
R L
UA
R
10/ 13
9 Pensarjanaan Diplomat
Program akademik untuk pegawai Wisma Putra melanjutkan
pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dengan
objektif utama dalam melahirkan pakar bidang terutamanya dalam
bidang strategik dasar luar negeri.
PEM
ER
KA
SA
AN
KEM
EN
TER
IAN
LU
AR
NEG
ER
I
11/ 13
10 Pemilihan Semula sebagai ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)
Wisma Putra bekerjasama erat dengan Kementerian Pengangkutan
dalam proses pemilihan semula Malaysia sebagai ahli Majlis Pertubuhan
Maritim Antarabangsa (IMO) di bawah Kategori C bagi penggal 2020-
2021. Kerjasama ini telah menyumbang kepada pemilihan Malaysia
dengan undian ketiga tertinggi, iaitu 142 daripada 174 negara-negara
anggota IMO.
PEN
GU
KU
HA
N K
ER
JA
SA
MA
AN
TAR
A A
GEN
SI
12/ 13
11 Universal Periodic Review (UPR)
Wisma Putra telah menginstitusikan mesyuarat berkala dengan agensi-
agensi kerajaan dan masyarakat madani (CSO) sebanyak dua kali
setahun bagi memantau dan melaksanakan cadangan dari UPR
pusingan ke-tiga.
Hasil kerjasama erat antara Wisma Putra, UN Country Team,
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan masyarakat
madani (CSO), satu pangkalan data / matriks UPR yang bersifat rentas
isu telah dibangunkan buat pertama kali yang juga memantau
pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), triti-triti berkenaan
dan Pelan Nasional Hak Asasi Manusia. PEN
ING
KA
TAN
KER
JA
SA
MA
KER
AJA
AN
DA
N M
ASY
AR
AK
AT
MA
DA
NI
13/ 13
12 Jawatankuasa Pemilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa
Penubuhan Jawatankuasa ini telah diperakukan oleh Dewan Rakyat
yang turut meluluskan pelantikan tujuh (7) orang ahli Parlimen untuk
menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut pada 5 Disember
2019. Kementerian akan membantu Jawatankuasa ini dalam
menyediakan input yang relevan dan mengalu-alukan sebarang idea
bagi menambah baik dasar kerajaan.
PEN
ING
KA
TAN
KER
JA
SA
MA
KER
AJA
AN
DA
N M
ASY
AR
AK
AT
MA
DA
NI