PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU · 2016. 3. 30. · PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU ===== Pameran Manuskrip...
Transcript of PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU · 2016. 3. 30. · PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU ===== Pameran Manuskrip...
-
PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU ============================
Pameran Manuskrip Melayu ini adalah pameran yang
julung-julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Negara di
Muzium Negara secara besar-besaran walaupun manuskrip-manuskrip
Melayu pernah dipamer sebelum ini oleh Perpustakaan Negara
sendiri, institusi-institusi dan persatuan-persatuan yang lain.
Manuskrip-manuskrip Melayu dar.i Arkib Negara, Dewan Bahasa &
Pustaka, Pusat Penyelidikan Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Malaya adalah termasuk dalam Pameran in!.
Pameran Manuskrip Melayu ini dianjurkan bertujuan
menumpukan perhatian negara terhadap manuskrip Melayu dan
mengumumkan penubuhan Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu
di Perpustakaan Negara. Di samping itu, pameran ini diadakan
dengan tujuan menyedarkan orang awam tentang betapa nilainya
manuskrip Melayu sebagai warisan budaya dan betapa perlunya
langkah-langkah diambil bagi pendokumentasian serta pemuliharaannya.
Adalah juga menjadi hasrat kami, melalui pameran ini, menarik
perhatian penyelidik-penyelidik, para penulis dan orang-orang
awam kepada sumber-sumber manuskrip Melayu yang terdapat di
dalam negara.
Pada 10 Oktober, 1983 di Pertemuan Manuskrip
Melayu, anjuranDewan Bahasa dan Pustaka, Y.B. Menteri telah
mengumumkan bahawa Perpustakaan Negara telah dinamakan
sebagai Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu di dalam negara.
Bertujuan memperkukuhkan kedudukan Pusat Manuskrip Melayu di
Perpustakaan Negara, peruntukan p~rupdangan telah pun dibuat
dalam deraf Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) yang dijangka
akan dibentangkan diParlimen pada tahun ini. Butir-butir
lanjut tentang organisasi · Pusat ini sedang diusahakan.
Petikan ucapan oleh i Dr. D.E.K. Wijasuriya, .Pemangku Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di Majlis Perasmian Pameran Manuskrip Melayu di Muzium Negara, ·29hb. Mac, 1984.
1
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
Sement·ara itu, Perpustakaan Negara telah
meningkatkan lagi programnya dalam perolehan, pendokumentasian
dan pemuliharaan manuskrip Melayu. Koleksi manuskrip Melayu di
Perpustakaan Negara kini melebihi 400 judul termasuk 63 manuskrip
dalam bentuk asal. Walaupun prioriti di~ri kepada kerja-kerja
pemuliharaan manuskrip Melayu di dalam koleksinya, Perpustakaan
Negara juga telah menerima manuskrip Melayu kepunyaan institusi-
institusi lain atau o,ang perseorangan bagi tujuan pemuliharaan.
Dalam hal ini, ingin saya sebut di sini bahawa sebanyak 28 naskah
manuskrip Melayu dari Muzium Sarawak telah dibawa ke Perpustakaan
Negara pada bulan November, 1983 bagi tujuan pemuliharaan. Selepas
dokumen-dokumen ini selesai diperbaiki dan dipulihkan, ianya akan
dikembalikan ke Muzium Sarawak, tetapi sebelum itu salinan-salinan
akan dibuat untuk penyimpanan di Perpustakaan Negara. Contoh-
contoh lain termasuk senaskah Al-Quran yang dipercayai berusia
lebih dari 380 tahun dari Pulau Tiga, Perak. Al-Quran ini telah
diperbaiki dan dipemuli~kan oleh Perpustakaan Negara dan kini turut
dipamerkan.
Makmal pemuliharaan Perpustakaan Negara pada masa
ini adalah merupakan satu unit yang kecil denga·n 7 orang kakitangan
yang memberi penumpuan sepenuhnya kepada kerj.a-kerja pemuliharaan.
Kerja-kerja pemuliharaan ini adalah merupakan kerja yang perlu di-
jalankan secara cermat, teliti dan berhati-hati dengan demikian
banyak memakan masa. Bertujuan meningkatkan lag.i kemudahan
pemuliharaan ini, bantu an seorang pakar pemuliharaan dari UNESCO
telah pun diminta di bawah " Participation Programme • dan saya
telah difahamkan bahawa ianya akan diluluskan tidak lama lagi.
Latihan lanjut bagi kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja
pemuliharaan kertas telah pun dimasukkan ke dalam. program latihan
kami. Namun demikian, ianya mungkin mengambil masa untuk memberi
hasil yang diharapkan. Adalah perlu juga untuk mengujudkan beberapa
jawatan tambahan untuk mengendalikan kerja awe tan yang semakin
bertambah. Kemudahan pemuliharaan dari segi kelengkapan dan bahan-
bahan perlu juga ditingkatkan lagi. Dalam hal ini, apa yang di-
perlukan ialah sokongan dan kelulusan oleh agensi-agensi pusat
2
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
sernasa perner·iksaan anggaranbelanjawan tahunan agar warisan kita
turun-temurun yang tidak ternilai ini tidak dibiar rnenguning,
rapuh dan akhirnya musnah sarna sekali. Beberapa manuskrip Melayu
dalam keadaan rosak ini juga dipamirkan untuk menggambarkan betapa
bur uk dan rumit kerja-kerja pemuliharaan itu dan bukan bertujuan
memberi gambaran yang tidak baik terhadap institusi yang mempunyai-
nya.
Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu di Perpustakaan
Negara akan memberi prioriti kepada fungsi-fungsi berikut:-
(i) Perolehan dalam bentuk asal, faksimili,
salinan mikro atau foto manuskrip-manuskrip
Melayu yang terdapat di institusi-institusi
luar negeri dan dari koleksi-koleksi
persendirian samada di dalam atau luar negeri.
(ii) Pendokumentasian manuskrip-manuskrip Melayu,
yang tersimpan di dalam negara, samada di
institusi-institusi atau pun koleksi
persendirian dan penerbitan bibliografi dan
katalog induk dari masa ke semasa.
[iii) Pemuliharaan manuskrip Melayu, bukan
sahaja yang terdapat di koleksi Perpustakaan
Negara sendiri tetapi juga dari institusi-
institusi tempatan atau koleksi persendirian
yang mungkin dirujuk ke Perpustakaan Negara
bagi awe tan. dan pemuliharaan.
(iv) Penyediaan kemudphan-kemudahan bagi
penyimpanan dan penggunaan manuskrip Melayu
di dalam Perpustakaan Negara atau pun
pembekalan salinan-salinan manus.kr ip dalam
bentuk mikro, foto atau bentuk yang lain
berasaskan permintaan institusi-institusi
atau individu.
3
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
Usaha perolehan manuskrip Melayu akan .banyak bergantung
kepada nasihat dan pandangan para cerdik pandai tempatan. Oleh
yang demikian, satu mekanisme yang sesuai dalam bentuk satu
Jawatankuasa eerdik-pandai atau Panel Pakar-pakar kini dalam
pertimbangan.
Saya juga ingin menggunakan peluang pagi ini untuk
menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk bertindak supaya
manuskrip Melayu kepunyaan badan-badan berkanun dipindahkan ke
Perpustakaan Negara. Faedah dari langkah ini pada masa sekarang
adalah amat keeil. Perkara seperti ini mungkin boleh dipertimbangkan
di masa depan sekiranya keadaan memerlukannya. Walau bagaimanapun,
Perpustakaan Negara akan berusaha memperolehi salinan manuskrip
manuskrip Melayu dari institusi tersebut supaya bahan-bahan ini
dapat dirujuk di Pusat Manuskrip Melayu di mana Koleksi Kebangsaan
Manuskrip terkumpul.
Sungguhpun usaha-usaha memperolehi manuskrip Melayu
telah dimul~kan sejak awal tahun enam puluhan, sehingga kini
hanya sebanyak 500 naskah asal telah diperolehi. Bilangan ini
adalah tersangat keeil berbanding dengan lebih kurang 6,000 naskah
yang dipereayai terdapat di berbagai kOleksi manuskrip di luar
negeri. Setakat ini iaitu selepas 2 dekad aktiviti perolehan ini,
peneapaian kita bersama adalah hanya 8.3%. Ini bermakna bahawa
92\ manuskrip Melayu masih lagi ditempatkan di repositori-repositori
luar negeri. Adalah ditegaskan di sini bahawa warisan nusantara
ini hanya boleh dibawa balik ke negara kita sekurang-kurangnya dalam
bentuk salinan faksimili, jika semua pihak yang berkenaan sanggup
berusaha sama seeara kolektif dan tidak bersaing-saing antara satu
sama lain dalam perkara ini. Adalah penting juga usaha seperti ini
mendapat sokongan sepenuhnya, bukan sahaja dari segi kewangan
tetapi juga menerusi perjanjian dua hala antara Kerajaan sekiranya
perlu.
Usaha-usaha perolehan, pendokumentasian dan pemuliharaan
manuskrip Melayu seharusnya membawa kepada penggunaan bahan-bahan
4
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia
-
seperti ini dengan lebih luas lagi bukan sabaj;A setakat
penyelidikan oleh cerdik-pandai tetapi juga oleh orang aWa!D