Persetiaan Dan Undang

3
Persetiaan dan undang-undang pertubuhan Menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-dua : perjanjianyg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia. setia (adjektif ) 1. Bersinonim dengan teguh hati :tetap hati , cekal , tabah , bulat hati , bulat tekad , bulat fikiran . 2. Bersinonimdengan patuh : taat , tawaduk , patih , boleh diharap , tunak . Undang-undang Pengasas Palang Merah berpendirian undang-undang dapat digunakan dalam peperangan.Ia mampu memberi pelindungan sewajarnyakepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya. •Konvensyen Geneva Pertama bagi membantudan menyelamatkan anggota tentera yangcedera dan sakit di medan perang dihasilkanpada tahun 1864 Konvensyen 1 & 2(luka dan cedera di darat atau di laut) Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jikaditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuhmenjaga anggota mereka sendiri yang cedera. •Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakanseberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yangcedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya. • Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikanatau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri merekahendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supayasaudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan merekatidak boleh dicuri. Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan

description

Unit beruniform

Transcript of Persetiaan Dan Undang

Persetiaan dan undang-undang pertubuhanMenurut Kamus Pelajar Edisi Ke-dua : perjanjianyg dibuat utk bersetia; perjanjian mengaku setia.setia (adjektif)1. Bersinonim dengan teguh hati:tetap hati, cekal, tabah, bulat hati, bulat tekad, bulat fikiran.2. Bersinonimdengan patuh: taat, tawaduk, patih, boleh diharap, tunak.

Undang-undangPengasas Palang Merah berpendirian undang-undang dapat digunakan dalam peperangan.Ia mampu memberi pelindungan sewajarnyakepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya.

Konvensyen Geneva Pertama bagi membantudan menyelamatkan anggota tentera yangcedera dan sakit di medan perang dihasilkanpada tahun 1864

Konvensyen 1 & 2(luka dan cedera di darat atau di laut)Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidakboleh diserang. Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jikaditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuhmenjaga anggota mereka sendiri yang cedera.

Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakanseberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yangcedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya.

Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikanatau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri merekahendaklah diberi kepada agensi-agensi yang berkenaan supayasaudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan merekatidak boleh dicuri.

Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Konvensyen 3(tawanan perang) Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan.Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran.Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan perang berada dalam keadaan yang selesa. Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka.

Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll). Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan

Konvensyen 4(orang-orang awam) Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah dipindahkan dari kawasan pertempuran. Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan juga keperluan bagi tujuan keagamaan. Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperang diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk mendapatkan maklumat. Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah.

Peraturan dan Undang-Undang Persatuan Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli sepenuhnya Ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib akan di ambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan\peraturan semasa Tindakan disiplin adalah mengikut Amaran Lisan dan Amaran Bertulis Ahli yang tidak berpuashati terhadap tindakan keatasnya,boleh membuat surat rayuan dan semakan salahlaku melalui guru penasihat dan keputusan berikutnya adalah muktamad.