PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia...
-
Upload
phungthien -
Category
Documents
-
view
261 -
download
0
Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA … · Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kimia...
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA FEBRUARI 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
12 FEBRUARI 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan Februari 2018
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
warga kerja Bahagian Kesihatan
Alam Sekitar (KAS) kerana telah
mengatur dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
5
3. Saya ingin mengucapkan Selamat
Tahun Baru Cina & “Gong Xi Fa Cai”
kepada sahabat-sahabat kita yang
berbangsa Tionghoa. Tahun ini
merupakan Tahun Anjing Tanah
dalam kalendar Cina. Tahun Baru
Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Kebetulan dengan warna
merah yang kita kenakan hari ini, yang
juga merupakan simbolik warna Tahun
Baru Cina, diharap akan turut
memberi semangat kepada semua
6
warga Kimia Malaysia bagi
memperkuatkan tekad untuk terus
memajukan nama Jabatan Kimia
Malaysia.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEGAWAI KEMBALI KE
RAHMATULLAH]
4. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Pulau Pinang telah kehilangan
seorang Pembantu Makmal, C22 iaitu
Encik Mohamad Sazmin bin Said yang
7
telah kembali ke rahmatullah pada 2
Februari yang lepas. Semoga roh nya
dicucuri rahmat dan ditempatkan di
kalangan mereka yang soleh dan
beriman. Al-Fatihah...
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN]
5. Seperti semua sedia maklum, Tuan
Haji Halmi bin Ahmad, Pengarah
Bahagian IKTD Pegawai Sains Gred
Utama C (VU7) telah bersara pada 2
Februari yang lepas. Terima kasih
8
atas jasa bakti dan sumbangan tuan
pada Jabatan Kimia Malaysia selama
ini.
[KENAIKAN PANGKAT]
6. Pada bulan Februari ini, seramai 7
orang Pembantu Makmal Gred C19
telah dinaikkan pangkat
(pemangkuan) ke Gred C22. Mereka
adalah seperti berikut:
Puan Azilla binti Mat Issa (dari
Jabatan Pertanian Kelantan ke
Forensik)
9
Puan Edrien Justin (dari Forensik
ke Forensik)
Puan Nor Hafezah binti Mohd Zain
(dari Kelantan ke Forensik)
Puan Nurul Farhan binti Ruslan
(dari KAS ke KAS)
Puan Nur Izianty binti Ruslan (dari
KAS ke KAS)
Puan Kamazatul Hayati binti
Kamaruddin (dari JKMC Perak ke
KAS)
Encik Ahmad Sabri bin Mohamed
(dari JKMC Johor ke PMT)
10
7. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[KIMIA RUN 2018]
8. Untuk makluman semua, program
Kimia Run 2018, anjuran Jabatan
Kimia Malaysia, Sabah akan diadakan
pada 11 Mac 2018. Saya menyeru
agar anda semua sebagai warga
KIMIA dapat memberikan sokongan
11
kepada program tersebut, samada
menyertai program tersebut di Sabah
pada 11 Mac nanti atau anda juga
boleh menyertai program tersebut
sebagai peserta Virtual Run.
9. Walau dimaklumkan tarikh tutup
pendaftaran adalah pada 11 Februari
(semalam), tetapi anda semua boleh
sahaja mendaftar paling lewat pada
pukul 5 petang esok (13 Februari).
10. Saya amat berharap agar semua
warga Kimia memberi sokongan yang
padu kepada sahabat kita di Sabah.
12
Tuan/Puan,
[PERTANDINGAN BOWLING]
11. Pada 20 Januari yang lepas, suatu
Pertandingan Bowling Tertutup
Jabatan Kimia Malaysia 2018 anjuran
Kelab Sukan & Kebajikan Kimia
Malaysia telah diadakan di Pusat
Bowling Mega Lanes, Endah Parade
Sri Petaling.
12. Kalah menang buat keutamaan, yang
penting aktiviti riadah ini dapat
mengeratkan tali silaturahim sesama
kita warga Jabatan Kimia Malaysia.
13
13. Tahniah & syabas saya ucapkan buat
para pemenang.
Johan Kategori Berkumpulan Terbuka:
Encik Azham bin Abd Latib
Encik Mohd Irwan bin Wahab
Encik Amirudin bin A Aziz
Puan Noor Aiin Hidayati binti
Wahab
Johan Berkumpulan VIP:
Tuan Haji Halmi bin Ahmad
Encik Harun bin Ahmad
Encik Shaari bin Desa
Puan Rusnah binti Rohani
14
Jatuhan pin tertinggi Lelaki:
Encik Razali bin Mamat
Jatuhan pin tertinggi Wanita:
Puan Nur Azreena binti Zainudin
[FAMILY FUN DAY @ KIMIA]
14. Seperti semua sedia maklum, pada 3
Februari yang lalu, Family Fun Day @
Kimia telah diadakan di sini, di
bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kimia
Malaysia. Secara keseluruhan, saya
amat berpuas hati dengan program
tersebut.
15
15. Walau hanya diadakan di bangunan
ini, tanpa perlu diadakan di luar,
namun impaknya sangat besar.
Terutamanya aktiviti ‘Scientist For A
Day’, yang membawa anak-anak kita
merasai pengalaman sendiri bekerja
sebagai Ahli Kimia.
16. Tahniah diucapkan kepada semua ahli
jawatankuasa yang menjayakan
program tersebut. Ianya bukan sahaja
melibatkan gabungan Kelab Sukan
dan Kebajikan, PUSPANITA dan
Pemurni Jabatan Kimia Malaysia,
16
malah kerjasama erat seluruh warga
Kimia Malaysia. Tahniah diucapkan
sekali lagi.
[MAJLIS AMANAT 2018 YB MENTERI]
17. Pada 6 Februari yang lalu, pihak
MOSTI telah mengadakan Majlis
Amanat 2018 YB Menteri MOSTI di
Dewan Sri Siantan, Putrajaya. Saya
akan bacakan serba sedikit amanat
YB Menteri MOSTI semasa majlis
tersebut.
17
18. Negaraku Berinovasi telah dipilih
sebagai agenda MOSTI untuk tahun
2018. Tema ini diharap dapat
dilaksanakan berlandaskan
transformasi berterusan, ke arah
meletakkan MOSTI ke satu persada
penting dalam fasa pembangunan
negara, dan kesejahteraan rakyat
berlandaskan Sains Teknologi &
Inovasi.
18
Cabaran Era Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR)
19. Dalam menuju ke arah menjadi
sebuah negara yang progresif dan
berpendapatan tinggi, kita hendaklah
mempunyai keupayaan untuk maju
dalam bidang sains dan teknologi
serta berdaya cipta tinggi
20. Sejajar dengan ini, MOSTI sebagai
peneraju agenda Sains, Teknologi dan
Inovasi (STI) negara perlu terus
berusaha untuk memperkukuhkan
ekosistem STI supaya dapat bergerak
19
seiringan dengan Transformasi
Nasional 2050 (TN50) serta dalam
mengharungi cabaran era Revolusi
Perindustrian Ke-4 (4IR).
21. Sebagai persediaan, MOSTI telah
melaksanakan Kajian Semula Dasar
Sains, Teknologi dan Inovasi
(DSTIN) dan menggubal Pelan Induk
STI Negara 2020 - 2030. Kedua-
dua kajian ini dijangka siap pada akhir
tahun ini. Ia akan menjadi pemangkin
dan menyediakan `policy platform’
kepada pelaksanaan 4IR di negara ini.
20
Tahun Pemerkasaan Wanita
22. Untuk makluman semua, Kerajaan
telah mengisytiharkan tahun ini
sebagai Tahun Pemerkasaan Wanita.
Dalam hubungan ini, warga KIMIA
juga hendaklah mengorak langkah
seiringan dengan hasrat Kerajaan
untuk membangunkan keupayaan
kaum wanita dengan menggadakan
pelbagai program yang berteraskan
STI.
21
Pembangunan Bakat STI
23. Pembangunan bakat STI yang
memenuhi keperluan industri masa
hadapan adalah penting untuk
memastikan negara kita berupaya
menjadi sebuah negara maju yang
berasaskan ilmu pengetahuan dan
inovasi.
24. Sejajar dengan ini, MOSTI telah
mengambil tindakan proaktif untuk
menggubal Pelan Tindakan Strategik
22
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) Kebangsaan bagi
meningkatkan minat pelajar dalam
bidang STEM melalui pelaksanaan
pelbagai strategi dan inisiatif.
Komunikasi STI
25. Evolusi teknologi mudah alih yang
kian rancak juga menyebabkan isu-
isu semasa disebarkan dengan
pantas. Oleh itu, pengurusan persepsi
melalui pelan komunikasi yang
23
berkesan adalah penting dalam
menangkis persepsi negatif rakyat.
26. Ke arah ini, strategi komunikasi yang
sesuai perlukan dirangka supaya
mesej dapat disampaikan kepada
kumpulan sasar dengan jelas dan
mudah difahami.
[PENUTUP]
27. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang
24
umur dan murah rezeki kepada warga
KIMIA yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan Februari ini.
28. Saya jangka ramai yang akan bercuti
panjang untuk balik ke kampung atau
bercuti bersama keluarga. Suka saya
ingatkan agar semua berhati-hati
semasa memandu dan ingatlah insan
tersayang.
Sampan berkolek di Selat Melaka, Tersusun wajah seri nyonya, Indah muhibah dirai bersama,
Selamat menyambut tahun baru cina...