PENILAIAN DALAM SAINS.docx
-
Upload
aishah-harun -
Category
Documents
-
view
261 -
download
2
Transcript of PENILAIAN DALAM SAINS.docx
Bahagian 1 :
Jadual Perbezaan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran
Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran
Definisi Satu prosedur yang
sistematik untuk
melihat perlakuan
atau perubahan
dalam sesuatu aspek
tingkah laku murid
dalam pengajajaran
dan pembelajaran
Proses untuk
membezakan dan
mengelaskan murid
melalui perubahan
dalam tingkah laku
atau ciri-ciri yang
ditakrifkan
Sebuah proses yang
sistematik semasa
mengumpul dan
menganalisis data
bagi menentukan
samaada sesuatu
objektif yang
ditetapkan tercapai
Proses
mendapatkan
maklumat dan
menggunakannya
untuk membuat
keputusan tentang
pelajar, kurikulum,
program atau dasar.
Tujuan Menentukan
pencapaian terhadap
sesuatu pembelajaran
Membuat
pengelasan bagi
pencapaian dan
kedudukan dalam
pelajaran melalui
bukti yang tepat
Memberikan
maklumat tentang
pencapaian objektif
pembelajaran
melalui kaedah
pengajaran yang
dijalankan.
Memberikan
penjelasan melalui
formatif, sumatif,
dignostik atau
penerokaan melalui
pencapaian dan
kedudukan murid
dalam pelajaran
Proses Persediaan soalan
ujian, pentadbiran
ujian, dan
pemeriksaan kertas
ujian
Merekod markah
dan pemberian gred
Mengumpul data
dan membuat
analisis data yang
diperolehi
Berlaku secara
formal atau tidak
formal sepanjang
proses pengajaran
dan pembelajaran.
Bentuk Pemerhatian, ujian,
bertulis
Sebelum, semasa
atau selepas
sesuatu kemshirsn
secara formatif dan
sumatif
Lebih bersifat
komfrehensif,meliputi
pengukuran yang
melibatkan markah
atau gred atau
kedua-duanya
Secara fomal atau
tidak formal
sepanjang proses
pengajaran dan
pembelajaran
1
Aspek Pengujian Pengukuran Penilaian Pentaksiran
Jenis Ujian pencapaian,
ujian kecerdasan,
ujian prestasi, ujian
diagnostik, ujian bakat
dan personaliti
Penggunaan skala
atau pencerapan
dalam skala
pemeringkatan
Mengukur
pencapaian melalui
data secara
kuantitatif
Secara lisan, tulisan
pemerhatian,
pertimbangan
professional, atau
portfolio
Masa Selepas sesuatu
kemahiran atau
pelajaran
Selepas sesuatu
kemahiran atau sesi
pelajaran
Selepas sesuatu
pelajaran
Sepanjang
pengajaran dan
pembelajaran
Sifat Secara formal dan
tidak formal dan melui
perubahan tingkah
laku yang diperolehi
atau diperhatikan.
membezakan dan
mengelaskan orang
perseorangan
berbanding dengan
sesuatu tingkah laku
atau ciri-ciri yang
ditakrifkan
Memberikan
penghakimantentang
kebaikan atau
kelemahan sesuatu
rancangan
pengajaran dan
pembelajaran
Formal dan tidak
formal sepanjang
proses pengajaran
dan pembelajaran
Contoh Ujian formatif,
lembaran latihan
selepas suatu topik
Melalui markah
dalam ujian yang
dijalankan.
Ujian bulanan, ujian
dalam bilik darjah,
ujian lisan atau
secara tidak formal
Ujian sumatif, ujian
formatif
1.1. Perancangan Pentaksiran dalam Sains
Pentaksiran adalah sebahagian aktiviti yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran adalah penting untuk membantu murid untuk menguasai
isi kandungan pelajaran. Pentaksiran boleh dijalankan dalam bentuk bertulis atau
secara lisan.
a) Pentaksiran dalam bidang pengetahuan sains
Pentaksiran dijalankan bagi mengenalpasi tahap pencapaian murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sehinggalah peperiksaan yang
dilakukan secara formal. Pentaksiran murid melibatkan pelbagai proses dan prosedur
tertentu. Pentaksiran boleh dijalankan menggunakan pelbagai aktiviti sama ada secara
formal atau tidak formal dengan sistematik berdasarkan hasil pembelajaran yang telah
2
ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Melalui proses pentaksiran yang dijalankan, guru
akan dapat mengenalpasti pencapaian murid dan seterusnya boleh memperbaiki
kelemahan atau masalah yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran. Pentaksiran yang
dijalankan juga akan dapat memberi maklumat kepada guru tentang minat, pencapaian,
kelemahan dan seterusnya akan membantu guru untuk menyampaikan pengajaran
dengan berkesan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk melihat kesesuaian sesuatu bahan yang diajar
atau kaedah yang digunakan di dalam kelas. Pentaksiran juga dijalankan untuk memberi
maklum balas kepada murid tentang pencapaian atau kemajuannya dalam pelajaran dan
sebagai maluk balik kepada guru tentang sejauh mana keberkesanan pengajaran
seseorang guru. Pentaksiran juga penting untuk mengenal pasti permasalahan yang
dihadapi murid tentang sesuatu konsep serta sejauh manakah kesediaan murid untuk
meneruskan pembelajarannya
Pentaksiran yang hendak dijalankan adalah seperti berikut;
Tema : Alam bahan Tahun 4.
Tajuk : Sifat-sifat Bahan
Standard Pembelajaran :
7.1.1. Menjelaskan melalui contoh sumber asas bagi bahan yang digunakan
untuk membuat objek
7.1.2. Mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.
7.1.3. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Objektif Pembelajaran :
i. Menyatakan bahan untuk membuat objek.
ii. Memadankan bahan dengan sumber asasnya.
iii. Mengelaskan objek berdasarkan sumber asas.
Setelah meneliti objektif pembelajaran bagi tajuk Sifat-sifat bahan, aktiviti yang akan
dijalankan untuk mentaksir tahap penguasaaan murid adalah dengan menjalankan
ujian berbentuk subjektif iaitu melalui lembaran kerja atau latihan yang diberikan.
Contoh latihan yang hendak diberikan untuk menguji tahap keupayan murid adalah
3
seperti dalam lampiran . Berdasarkan lembaran 1 yang diberikan, murid akan
menjawab soalan mengenai konsep sumber asas yang perlu diketahui oleh murid
dalam tajuk ini. Pada mulanya, murid ditunjukkan beberapa objek seperti tayar,
cermin mata dan gunting. Perbincangan dijalankan. Selain lembaran kerja, murid
akan diberikan kuiz secara bertulis. Murid menjawab 5 soalan kuiz diakhir
pengajaran. Soalan yang diberikan berbentuk objektif. Murid akan menjawab soalan
dengan siapa yang cepat dan betul jawapan akan diberi hadiah. Kuiz akan dapat
memberikan maklum balas yang cepat untuk mengetahui tahap pengetahuan murid.
Selain itu, melalui lembaran kerja juga akan dapat menilai sejauh manakah murid
memahami pengetahuan yang diperolehi dalam bidang pengetahuan sains.
Penyediaan instrumen yang sesuai dengan tajuk adalah penting agar pencapaian
murid akan dapat dikesan dari mula lagi.
b) Kemahiran Saintifik
Kemahiran Saintifik yang terlibat dalam pentaksiran ini ialah kemahiran memerhati,
kemahiran mengelas dan kemahiran berkomunikasi. Penyiasatan dijalankan untuk
meningkatkan kefahaman murid terhadap tajuk yang dipelajari. Murid dibahagikan
kepada kumpulan berempat. Setiap kumpulan diberikan 10 jenis objek di dalam
bakul. Secara berkumpulan, murid akan menjalankan penyiasatan dan perbincangan
dalam kumpulan. Murid menjalankan pemerhatian dan membuat pengkelasan
mengikut sumber asas bagi objek yang diperhatikan. Murid membina jadual
pengkelasan seperti contoh jadual yang ditinjukkan oleh guru.
Bagi menguji kemahiran memerhati, antara kriteria yang boleh diperhatikan
adalah murid boleh menyatakan sifat-sifat objek dan situasi dengan betul
menggunakan salah satu deria antara lima deria. Contohnya cermin mata. Apabila
murid dapat menyatakan bahan untuk membuat cermin mata adalah kaca dan
plastik, maka murid ini telah menguasai kemahiran memerhati.
Kemahiran mengelas merupakan KPS yang kedua. Terdapat 4 kriteria yang
dinilai dalam kemahiran ini iaitu
K1 : Mengumpulkan objek atau peristiwaa mengikut urutan dalam kategori
berdasarkan satu sifat sepunya atau kriteria.
K2 : Menyatakan perbezaan dan persamaan sifat-sifat fizikal atau kriteria.
K3 : Menyatakan sifat-sifat sepunya atau kriteria yang digunakan dalam setiap
peringkat pengelasan.
K4 : Mengumpulkan objek-objek atau peristiwa mengikut urutan dalam kategori
berdasarkan sifat-sifat atau kriteria sehingga peringkat terakhir atau aras
yang paling tinggi.
4
Sekiranya keempat-empat kriteria dapat dilaksanakan, maka murid akan mendapat
jumlah skor iaitu 4. Sekiranya hanya 3 kriteria murid mendapat skor 3, sekiranya
hanya 2 kriteria,murid mendapat skor 1. Dan jika hanya K1, maka murid ini biasanya
mendapat skor 1 dengan bimbingan guru. Dalam penyiasatan yang
dijalankan,sekiranya murid berupaya mengelas objek yang disediakan mengikut
kumpulan sumber asas iaitu daripada tumbuhan, haiwan, batu, besi, atau petroleum.
Semasa membuat pemerhatian, murid dikira telah menguasai kemahiran mengelas
apabila dapat menyatakan perbezaan dan persamaan sesuatu objek.
Dalam penyiasatan ini juga, murid dinilai dalam KPS keempat iaitu
Kemahiran Berkomunikasi. Kriteria yang dinilai dalam KPS ini ialah
K1 : Merekod data atau maklumat daripada suatu penyiasatan.
K2 : Mempersembahkan data atau maklumat dengan menggunakan lukisan,
jadual atau graf yang sesuai.
K3 : Menjelaskan idea (lisan atau tulisan)
K4 : Menulis laporan eksperimen dengan sistematik ( dengan bimbingan atau
tanpa bimbingan.
Murid dinilai semasa mereka merekod data yang diperolehi dan mempersembahkan
maklumat yang diperolehi menggunakan jadual. Kemudian jika murid dapat
menceritakan semula jadual yang diperolehi seterusnya menulis laporan eksperimen
dengan sistematik, maka murid ini mendapat skor 4. Skor diberi berdasarkan
bilangan kriteria yang berjaya dikuasai oleh murid.
Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang boleh dinilai dalam penyiasatan ini
adalah KMS yang ke lima iaitu Menyimpan radas dan bahan-bahan. Dalam KMS ini
selepas murid menjalankan penyiasatan, murid perlu menyimpan radas atau bahan
dengan baik dan kemas serta selamat di tempat yang diarahkan oleh guru. KMS
tidak banyak diuji dalam topik ini kerana murid tidak banyak menggunakan alatan
atau radas dari makmal.
Guru boleh menggunakan borang Penilaian Kerja Amali Sains(PEKA)
sebagai panduan untuk membuat pentaksiran kepada murid. Murid perlu diingatkan
supaya sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan sebarang aktiviti pembelajaran
sama ada di dalam atau di luar kelas. Murid juga perlu tahu dan diberitahu proses
pentaksiran akan dijalankan supaya mereka sentiasa bersedia untuk ditaksir.
5
c) Sikap dan nilai murni
Semasa menjalankan pentaksiran, bidang yang boleh dinilai adalah sikap dan nilai
murni. Pengalaman semasa pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai
positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif dalam pembelajaran sains di sekolah
meliputi sikap saintifik dan nilai murni. Antara sikap dan nilai saintifik yang boleh
dinilai dalam topik ini adalah
Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.
Menyedari bahawa sains merupakan satu cara untuk memahami alam
Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
Menghargai sumbangan sains dan teknologi
Bekerjasama , berfikir secara rasional, yakin dan berdikari, sistematik serta
berani mencuba.
Pentaksiran nilai murni dan sikap saintifik ini dinilai sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran secara berterusan. Contohnya semasa
pembelajaran melibatkan kerja amali, guru akan sentiasa mengingatkan murid
supaya menjalankan penyiasatan dengan cermat, berhati-hati, dengan teliti,
sentiasa bekerjasama dalam kumpulan, sabar dan jujur semasa menjalankan
kajian supaya murid mendapat hasil yang sepatutnya. Guru akan memerhati
sikap yang berjaya ditonjolkan oleh murid-murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
Pentaksiran sikap saintifik dan nilai murni tidak mempunyai borang penilaian
skor yang tepat seperti PEKA. Guru boleh menyediakan borang yang sesuai
untuk membuat pentaksiran tentang sikap saintifik dan nilai murni.
Sesungguhnya guru memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid
dapat mempelajari dan mengetahui ilmu sains dengan mendalam dan murid
bersungguh-sungguh dalam mempelajari sains kerana sains amat rapat dengan
kehidupan manusia.
6
3. Analisis Skor Ujian
Ujian merupakan salah satu alat yang sering digunakan untuk mengenalpasti
tahap pengetahuan atau kemahiran yang telah dikuasai oleh murid. Daripada kertas
jawapan murid, maka analisis item dijalankan bagi mengukur tahap pencapaian
murid dalam bidang yang telah dipelajari oleh murid. Item yang baik adalah item
yang dapat dijawab dengan baik oleh murid yang berada dalam kategori cerdik. Ujian
telah dijalankan kepada 30 orang murid dalam sebuah kelas . Murid-murid ini
merupakan murid yang berada dalam kategori kumpulan yang agak cerdik kerana
mereka merupakan kelas yang ketiga daripada 8 kelas di tahun 5. Seramai 30 orang
murid telah dipilih untuk menjalankan ujian ini.
Berdasarkan skor ujian yang telah dijalankan, maklumat digunakan untuk
mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi setiap item ujian yang telah
dijalankan. Analisis item bagi ujian yang telah diperolehi oleh murid-murid tersebut
boleh dilihat dalam Jadual 1. Pada Jadual 2, calon disusun mengikut skor yang
paling tinggi kepada skor yang paling rendah.
a) Indeks kesukaran ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item. Jika
ramai calon dapat menjawab dengan betul,maka item tersebut dikira senang, dan
sekiranya hanya sedikit calon dapat menjawab sesuatu item, maka soalan
tersebut adalah sukar. Indeks kesukaran mempunyai nilai indeks antara 0.0
hingga 1.0. Indeks yang bernilai tinggi menunjukkan item itu senang dan indeks
yang bernilai rendah menunjukkan item itu sukar. Formula yang boleh digunakan
untuk mengira indeks kesukaran ialah seperti berikut;
Indeks Kesukaran, p = bilangan calon yang menjawab betul
Jumlah calon yang menjawab item tersebut
= NT + NR
N
NT : bilangan menjawab betul dalam kumpulan calon pencapaian tinggi
NR : bilangan menjawab betul dalam kumpulan berpencapaian rendah.
N : Jumlah calon menjawab suatu item
Pengiraan Indeks kesukaran item 1, p1 = NT + NR = 12 + 7 = 0.63
N 30
Berdasarkan pengiraan indekas kesukaran tersebut, item 1 menunjukkan
tahap kesukaran mudah kerana 63% daripada 30 orang murid dapat menjawab
7
soalan tersebut dengan betul. Pengiraan Indeks kesukaran yang lain dapat
dirujuk pada Jadual 3.
Jadual 3: Pengiraan Indeks Kesukaran Bagi setiap Item
ITEM
BIL CPT
YANG
BETUL
(T)
BIL CPR
YANG
BETUL(
R)
JUMLAH
SOALAN
BETUL
T+RN
INDEKS
KESUKARAN
ITEMS
ARAS
KESUKARAN
1 12 7 1912+730
0.63 Mudah
2 13 9 2213+930
0.73 Mudah
3 14 13 2714+1330
0.90 Terlalu mudah
4 15 13 2815+1330
0.93 Terlalu mudah
5 3 1 43+130
0.13 Terlalu sukar
6 14 14 2814+1430
0.93 Terlalu mudah
7 8 3 118+330
0.37 Sukar
8 10 9 1910+930
0.63 Mudah
9 8 1 98+130
0.30 Sukar
10 15 14 2915+1430
0.97 Terlalu mudah
11 8 5 138+530
0.43Sederhana
sukar
12 13 7 2013+730
0.67 Mudah
13 12 12 2412+1230
0.80 Mudah
14 11 10 2111+1030
0.70 Mudah
15 12 8 2012+830
0.67 Mudah
8
16 15 15 3015+1530
1.00
Terlalu mudah
ITEM
BIL CPT
YANG
BETUL
(T)
BIL CPR
YANG
BETUL(
R)
JUMLAH
SOALAN
BETUL
T+RN
INDEKS
KESUKARAN
ITEMS
ARAS
KESUKARAN
17 6 4 106+430
0.33 Sukar
18 11 6 1711+630
0.57Sederhana
sukar
19 13 14 2713+1430
0.90 Terlalu mudah
20 12 10 2212+1030
0.73 Mudah
Indeks diskriminasi ialah item yang berupaya mengenalpasti dan membezakan
calon berpencapaian tinggi (CPT) daripada calon berpencapaian rendah(CPR).
Jika kedua-dua kumpulan calon dapat menjawab dengan jumlah betul yang
hampir sama, maka item tersebut kurang diskriminasi.
Formula pengiraan bagi indeks diskriminasi adalah seperti berikut;
T - R
Indeks Diskriminasi, D = --------------
NR
T : Jumlah calon menjawab betul dari kumpulan berpencapaian tinggi
R : Jumlah calon menjawab betul dari kumpulan berpencapaian rendah.
NR : ½ daripada kumpulan berpencapaian tinggi –tolak kumpulan
berpencapaian rendah.
Contoh pengiraan indeks Diskriminasi bagi item 1 = 12 – 7 = 0.33
12
(15 +15 )
9
Berdasarkan indeks diskriminasi bagi item 1, maka item ini berada dalam
kelompok soalan yang senang iaitu 0.33 dan tidak perlu dibuat pengubahsuaian
kerana item ini berada dalam julat antara 0.2 hingg 0.4. Oleh itu item ini boleh
dikekalkan. Pengiraan bagi item seterusnya dapat diperhatikan dalam Jadual 4 di
bawah.
Jadual 4 menunjukkan pengiraan Indeks diskriminasi bagi setiap item.
JADUAL 4 : Pengiraan Indeks Diskriminasi Bagi Setiap Item
ITEM
BIL CPT
YANG
BETUL
(T)
BIL CPR
YANG
BETUL
(R)
Indeks
Diskriminasi =
T−R12(NT+NR)
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
1 12 712−7
12(15+15) 0.33 Baik
2 13 912−9
12(15+15) 0.27 Baik
3 14 1314−1312(15+15) 0.07 Rendah
4 15 1315−1312(15+15) 0.13 Rendah
5 3 13−1
12(15+15) 0.13 Rendah
6 14 1414−1412(15+15) 0.00
Tiada kuasa
diskriminasi
7 8 38−3
12(15+15) 0.33 Baik
8 10 910−9
12(15+15) 0.07 Rendah
10
9 8 18−1
12(15+15) 0.47 Tinggi
10 15 1415−1412(15+15) 0.07 Rendah
11 8 58−5
12(15+15) 0.20
Baik
ITEM
BIL CPT
YANG
BETUL
(T)
BIL CPR
YANG
BETUL
(R)
Indeks
Diskriminasi =
T−R12(NT+NR)
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
12 13 713−7
12(15+15) 0.40 Tinggi
13 12 1212−1212(15+15) 0.00
Tiada kuasa
diskriminasi
14 11 1011−1012(15+15) 0.07 Rendah
15 12 812−8
12(15+15) 0.27 Baik
16 15 1515−5
12(15+15) 0.00
Tiada kuasa
diskriminasi
17 6 46−4
12(15+15) 0.13 Rendah
18 11 611−6
12(15+15) 0.33 Baik
19 13 1413−4
12(15+15) -0.07
Diskriminasi
songsang Perlu
diubahsuai
11
20 12 1012−1012(15+15) 0.13 Rendah
Nilai indeks kesukaran (p) Pengkelasan item
0.00 – 0.20 Terlalu sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu mudah
Jadual 5 : Tafsiran Indeks kesukaran
Jadual 6 : Tafsiran Indeks Diskriminasi
Nilai indeks Diskriminasi Tafsiran
0.4 – 1.0 Kuasa diskriminasi tinggi , sangat baik
0.2 – 0.39 Kuasa diskriminasi baik
0.01 – 0.19 Kuasa diskriminasi lemah, perlu
pengubahsuaian
0.0 Tiada kuasa diskriminasi
Negatif Diskriminasi songsang dimana lebih ramai CPR
darpd CPT yang jawab betul Perlu dubahsuai/
gubal semula
b) Penjelasan bagi setiap item untuk dikekalkan, diperbaiki atau digugurkan.
Penjelasan bagi setiap item adalah berpandukan kepada jadual perbandingan
antara indeks kesukaran dan indeks diskriminasi seperti dalam Jadual 7 di
bawah;
12
JADUAL 7: Jadual Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
1 0.63 Mudah 0.33 baik
2 0.73 Mudah 0.27 baik
3 0.90 Terlalu mudah 0.07 Rendah
4 0.93 Terlalu mudah 0.13 Rendah
5 0.13 Terlalu sukar 0.13 Rendah
6 0.93 Terlalu mudah 0.00Tiada kuasa
diskriminasi
7 0.37 Sukar 0.33 baik
8 0.63 Mudah 0.07 Rendah
9 0.30 Sukar 0.47 Tinggi
10 0.97 Terlalu mudah 0.07 Rendah
11 0.43 Sederhana sukar 0.20 baik
12 0.67 Mudah 0.40 Tinggi
13 0.80 Mudah 0.00Tiada kuasa
diskriminasi
14 0.70 Mudah 0.07 Rendah
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
15 0.67 Mudah 0.27 baik
16 1.00 Terlalu mudah 0.00Tiada kuasa
diskriminasi
17 0.33 Sukar 0.13 Rendah
18 0.57 Sederhana sukar 0.33 baik
19 0.90 Terlalu mudah -0.07
Diskriminasi
songsang Perlu
diubahsuai
20 0.73 Mudah 0.13 Rendah
ITEMINDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
13
1 0.63 Mudah 0.33 Sederhana
Jadual 8 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 1
Bagi item 1, indeks kesukaran adalah 0.63 yang menunjukkan 63% murid dapat
menjawab soalan ini. Item ini diterima kerana masih berada dalam julat indeks
manakala indeks diskriminasi pula ialah 0.33. Indeks ini berada dalam
lingkungan yang baik dan item ini dikekalkan. Ini kerana jumlah murid yang
dapat menjawab soalan ini dari kumpulan berpencapaian tinggi adalah seramai
12 orang berbanding hanya 7 orang boleh menjawab soalan dalam kumpulan
berpencapaian rendah. Oleh itu soalan ini dikekalkan.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
2 0.73 Mudah 0.27 Sederhana
Jadual 9 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 2
Bagi item 2 pula, indeks kesukaran adalah 0.73 yang menunjukkan 73% murid
atau 22 orang murid dapat menjawab soalan dengan betul. Bagi indeks
diskriminasi pula adalah 0.27. Item ini dikekalkan kerana berdasarkan indeks
diskriminasi, seramai 13 orang dari murid berpencapaian tinggi dan 9 orang dari
kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab . Oleh item 2, dikekalkan kerana
berada dalam indeks kesukaran yang baik.
ITEM
INDEKS
KESUKARANARAS KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran
indeks
3 0.90 Terlalu mudah 0.07 Rendah
4 0.93 Terlalu mudah 0.13 Rendah
Jadual 10 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 3 dan 4
Berdasarkan Jadual 10, Dapat diperhatikan indeks kesukaran bagi item 3 dan 4
adalah hampir sama iaitu masing-masing 0.9 dan 0.93. Indeks diskriminasi pula
masing-masing 0.07 dan 0.13. Berdasarkan kedua-dua indeks menunjukkan
bahawa item 3 dan 4 adalah terlalu mudah dan mempunyai diskriminasi yang
rendah. Kedua-dua soalan ini perlu diubahsuai atau digugurkan dan diganti
dengan soalan yang lain.
14
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran
indeks
5 0.13 Terlalu sukar 0.13 Rendah
6 0.93 Terlalu mudah 0.00Tiada kuasa
diskriminasi
Jadual 10 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 5 dan 6
Item 5 mempunyai indeks kesukaran 0.13 dan indeks diskriminasi juga adalah
rendah. Item ini akan digugurkan kerana aras yang sukar dan tidak ramai murid
dari kumpulan berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan
dengan betul. Bagi kumpulan berpencapaian tinggi, hanya 3 orang yang betul
dan murid dari kumpulan berpencapaian rendah hanya seorang dapat menjawab
dengan betul. Oleh itu item 5 akan dipermudahkan.
Bagi item 6 pula, soalan terlalu mudah. Hampir semua murid dapat menjawab
soalan yang diberikan. Indeks kesukarannya ialah 0.93 atau 93% murid dapat
menjawab soalan dengan betul. Seramai 28 orang dapat menjawab soalan
dengan betul dengan 14 orang dari kumpulan pencapaian tinggi dan 14 orang
juga dari kumpulan berpencapaian rendah. Ini menjadikan indeks diskriminasi
adalah 0. Oleh yang demikian, item 6 akan digantikan dengan soalan yang baru.
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASITafsiran indeks
7 0.37 Sukar 0.33 baik
Jadual 11 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 7
Bagi item 7, item ini dikekalkan. Ini kerana indeks kesukaran adalah 0.37 dan
indeks diskriminasinya hampir sama iaitu 0.33. Jika indeks berada dalam julat 0.2
hingga 0.3 adalah baik. Jumlah yang dapat enjawab soalan ini juga adalah
seramai 8 orang dari kumpulan tinggi dan 3 orang dari kumpulan rendah. Oleh itu
item 7 ini dikekalkan.
ITE
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
15
M
8 0.63 Mudah 0.07 Rendah
Jadual 12 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 8
Item 8 menunjukkan indeks kesukaran 0.63 yang menunjukkan aras kesukaran
yang mudah. Seramai 19 orang dapat menjawab dengan betul. Namun begitu
bagi indeks diskriminasi pula indeks disriminasi adalah 0.07 yang menunjukkan
indeks yang rendah. Soalan ini akan diubahsuai agar lebih ramai murid dapat
menjawab soalan dan dapat membezakan tahap pencapai murid yang
berpencapaian tiggi dan rendah.
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
9 0.30 Sukar 0.47 Tinggi
Jadual 13 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 9
Bagi item 9, indeks diskriminasi adalah 0.30 berada dalam indeks yang sukar.
Indeks diskriminasi item ini adalah 0.47. Ini menunjukkan item berada dalam
indeks diskriminasi yang tinggi. Item ini dikekalkan kerana dapat membezakan
murid berpencapaian tinggi dengan murid berpencapaian rendah.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
10 0.97 Terlalu mudah 0.07 Rendah
Jadual 14 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 10
Item 10 perlu digugurkan kerana jika dilihat daripada indeks kesukaran
menunjukkan hampir semua murid dapat menjawab soalan tersebut iaitu dengan
indeks kesukaran 0.97 atau 97% calon dapat menjawab item 10. Begitu juga
dengan indeks diskriminasi yang hanya 0.07 yang menunjukkan hanya seorang
murid dari kumpulan rendah pencapaian tidak dapat menjawab item 10. Item ini
tidak dapat membezakan tahap pencapaian murid pencapaian tinggi dengan
murid berpencapaian rendah.
16
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
11 0.43 Sederhana sukar 0.20 baik
Jadual 15 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 11
Indeks kesukaran bagi item 11 menunjukkan soalan ini boleh dikekalkan di mana
indeks kesukaran adala 0.43. Manakala indeks diskriminasi pula adalah 0.2. Jika
dilihat bilangan calon pula, kumpulan berpencapaian tinggi dapat menjawab
seramai 8 berbanding 5 orang dalam kumpulan pencapaian rendah dapat
menjawab dengan betul. Oleh itu soalan ini dikekalkan.
ITEM
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
12 0.67 Mudah 0.40 Tinggi
Jadual 16 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 12
Berdasarkan jadual 15, dapat diperhatikan indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi adalah baik. Indeks kesukaran adalah 0.67 manakala indeks
diskriminasi pula 0.40. Jumlah murid dapat menjawab item 12 ialah seramai
20 orang dan 13 orang adalah dari kumpulan berpencapaian tinggi. Oleh itu
soalan ini dikekalkan.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
13 0.80 Mudah 0.00 Tiada kuasa
diskriminasi
Jadual 17: Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 13
Bagi item 13 pula, indeks kesukaran adalah 0.80. Jumlah murid yang dapat
menjawab dari kedua-dua kumpulan adalah sama banyak iaitu 12 orang. Ini
menjadikan indeks diskriminasi adalah 0.00. Item ini tidak dapat membezakan
tahap pencapaian murid dari kedua-dua kumpulan. Oleh itu soalan ini
digugurkan.
17
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
14 0.70 Mudah 0.07 Rendah
Jadual 18: Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 14
Bagi item 14, indeks diskriminasi adalah 0.70 berada dalam aras mudah. Namun
iatidak dapat membezakan pencapaian murid apabila indeks diskriminasi hanya
0.07. Oleh itu soalan ini perlu diubahsuai.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
15 0.67 Mudah 0.27 baik
Jadual 19 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 15
Bagi item 15, indeks kesukaran adalah 0.67 menunjukkan soalan ini berada pada
aras yang mudah Jika dilihat pada indeks diskriminasi pula indeks diskriminasi
adalah 0.27 menunjukkan item ini boleh membezakan tahap pencapaian murid
dari 2 kumpulan. Oleh itu item 15 dikekalkan.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
16 1.00 Terlalu mudah 0.00 Tiada kuasa
diskriminasi
Jadual 20 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 16
Item 16 digugurkan kerana jika dilihat indeks kesukaran adalah 1.00 semua
murid dapat menjawab soalan dengan betul. Ini menyebabkan indeks
diskriminasi juga menjadi 0.00 . Oleh itu soalan ini akan digantikan dengan
soalan lain.
18
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
17 0.33 Sukar 0.13 Rendah
Jadual 21 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 17
Berdasarkan Jadual 21, didapati indeks kesukaran bagi item 17 ialah 0.33,
manakala indeks diskriminasi adalah 0.13. Item ini akan diubahsuai supaya
dapat membezakan murid berpencapaian tinggi dengan murid berpencapaian
rendah.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
18 0.57 Sederhana sukar 0.33 baik
Jadual 22 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 18
Indeks kesukaran bagi item 18 ialah 0.57 yang berada pada aras kesukaran yang
sederhana. Manakala indeks diskriminasi adalah 0.33. Oleh itu item 18
dikekalkan kerana berada pada indeks yang baik.
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
19 0.90 Terlalu mudah -0.07 Diskriminasi songsang
Perlu diubahsuai
Jadual 23 : Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 19
Berdasarkan Jadual 23, indeks kesukaran adalah 0.90 yang menunjukkan item
ini dapat dijawab oleh kebanyakan murid. Seramai 27 orang murid dapat
menjawab dengan betul. Jika dilihat pula padda indeks diskriminasi, yang
nilainya negatif menunjukkan item ini boleh dijawab oleh lebih ramai murid dari
kumpulan rendah pencapaian. Oleh itu soalan ini akan digugurkan dan diganti
dengan soalan lain.
19
ITE
M
INDEKS
KESUKARAN
ARAS
KESUKARAN
INDEKS
DISKRIMINASI
Tafsiran indeks
20 0.73 Mudah 0.13 Rendah
Jadual 24: Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 20
Berdasarkan jadual di atas, indeks kesukaran adalah 0.73 menunjukkan bahawa
ramai murid dapat menjawab item ini. Ini menunjukkan item ini berada pada aras
yang mudah. Jika dilihat pada indeks diskriminasi, item ini berada pada indeks
yang rendah iaitu 0.13. Item ini perlu dibuat sedikit pengubahsuaian.
C) Kualiti soalan sains boleh ditingkatkan dengan membuat pengubahsuaian pada
beberapa soalan yang mudah dan indeks diskriminasi yang rendah. Soalan yang
perlu diubahsuai adalah item 3, 4, 6, 10, 16 dan 19. Indeks kesukaran adalah
indeks melebihi 0.8. ini menunjukkan item-item ini perlu diubahsuai kerana
hampir semua murid dapat menjawab soalan dengan betul. Indeks diskriminasi
juga perlu diubah kerana indeks diskriminasi berada bawah 0.2 menyebabkan ia
tidak dapat membezakan kumpulan berpencapaian rendah dengan kumpulan
berpencapaian tinggi.
Di sini disertakan item ke 10 yanga baru sebagai contoh pengubahsuaian
dijalankan. Gambar rajah bagi soalan masih sama. Tetapi mentol dilabelkan
dengan Mentol 1 dan mentol 2. Pokok soalan dan jawapan diubah suai supaya
murid perlu berfikir dahulu sebelum menjawab soalan.
Item 10 diubah suai seperti berikut;
10 Rajah 4 menunjukkan satu litar elektrik dengan dua biji mentol yang sama.
20
Pernyataan yang manakah yang menerangkan tentang rajah 4.
A Litar ini merupakan litar selari.
B Mentol 1 menyala lebih cerah daripada mentol 2.
C Jika mentol 1 terbakar, maka mentol 2 tidak akan menyala.
D Kedua-dua mentol mendapat kuantiti tenaga elektrik yang tidak
sama.
Item yang mempunyai indeks kesukaran bawah daripada 0.2 adalah item
5.Indeks diskriminasi juga di bawah 0.13. Pada pandangan saya, item ini
tidak perlu diubah suai kerana soalan ini sebenarnya tidak terlalu sukar. Murid
kurang didedahkan dengan pengetahuan pengawalan nyamuk melalui
kaedah biologi. Oleh itu soalan ini dikekalkan walaupun tidak ramai murid
dapat menjawab dengan betul.
Bagi item 13 dan 16 juga perlu diubahsuai kerana indeks diskriminasi adalah
sifar. Soalan ini tidak sukar sebenarnya. Murid mungkin tidak faham konsep
bahan mengembang apabila dipanaskan. Oleh itu mereka tidak dapat
menjawab dengan betul. Bagi item 13, soalan dimudahkan dengan murid
perlu memilih dua objek yang menunjukkan pemindahan tenaga kimia kepada
tenaga cahaya ?
Contoh pengubahsuaian bagi item 13 seperti berikut;
13 Pernyataan berikut adalah tentang empat aktiviti J, K, L dan M.
21
Mentol 1
Mentol 2
P Menggunakan pembakar roti
Q Menyalakan lilin
R Meninggikan bunyi radio
S Menghidupkan lampu suluh
Aktiviti manakah yang menunjukkan pemindahan tenaga kimia
kepada tenaga cahaya ?
A P dan R
B Q dan R
C Q dan S
D P dan S
Bagi item ke 19 pula berlaku diskriminasi songsang. Soalan ini juga soalan
yang mudah dengan 90% murid dapat menjawab dengan betul. Terdapat
murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat meneka jawapan dengan
betul. Oleh itu item 19 akan digantikan dengan soalan baru dalam topik alam
bahan.
Item 19; Cecair M boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada
merah. Apakah cecair M?
A Cuka
B Susu
C Minyak masak
D Larutan sabun
Item yang baik dan dikekalkan adalah item 1, 2, 7,8,9, 11, 12, 14, 15, 17, 18,
dan item 20. Item-item ini mempunyai indeks kesukaran dan indeks
diskriminasi antara 0.2 hingga 0.8.
22