PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan...
Transcript of PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS … · sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan...
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM
KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAUZIAH BINTI MD. SALEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010 Saya FAUZIAH BINTI MD. SALEH
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
NAMA PENYELIA
Tarikh: April 2010 Tarikh: April 2010
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(HURUF BESAR)
TUAN HAJI MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN
NO 48, BELAKANG TAMAN ASYRAF, KG SEBERANG MERBAU, REPEK, 17070 PASIR MAS, KELANTAN
√
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………………………….
Nama Penyelia: TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDIN
Tarikh : ………………………………………………………
PENGUASAAN AMALAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS DALAM
KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAUZIAH BINTI MD. SALEH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………..
Nama Penulis : FAUZIAH BINTI MD. SALEH
Tarikh : ………………………………..
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah….
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana memberi
kekuatan kepada diriku dalam menyiapkan kajian ini..
Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta yang sentiasa
menyokong perjuanganku dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..
Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas segala ilmu yang
diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan..
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat di
hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya kajian ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang. Sekalung
penghargaan kepada penyelia penyelidikan, En Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang
banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar, panduan dan nasihat tanpa
kenal erti jemu. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik yang
dicurahkan.
Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada pelajar-pelajar
tahun akhir, pengkhususan Pendidikan Sains yang terlibat secara langsung dengan
penyelidikan ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan kerana
sentiasa memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman
hanya Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.
Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Khalawiah Binti
Yusoff yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Md.
Saleh Bin Awang Long, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi
dengan aman di dunia sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala
dorongan, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.
v
ABSTRAK
Sebahagian besar daripada proses pengajaran dan pembelajaran sains di
sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Pelajar mudah terdedah kepada bahaya
sekiranya faktor keselamatan diabaikan. Penguasaan amalan keselamatan makmal
sains dapat mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku, selain dapat
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan
berkesan. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti penguasaan pelajar tahun
akhir terhadap amalan keselamatan di dalam makmal sains. Seramai 80 orang
responden dalam kalangan pelajar tahun akhir pengkhususan pendidikan sains telah
dipilih menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah dan rawak
kelompok. Semua data dikumpul dengan menggunakan satu set soal selidik
berbentuk aneka pilihan jawapan yang menguji penguasaan amalan keselamatan
makmal sains dari lima aspek iaitu aspek peraturan am, pengendalian bahan kimia,
penyimpanan bahan kimia dan peralatan, keadaan persekitaran makmal sains dan
prosedur pertolongan cemas. Data yang diperolehi diproses menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science Version 15.0 (SPSS V15.0 for Windows) dan
dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian
menunjukkan penguasaan bakal guru sains dari aspek peraturan am adalah baik
(79.3%), pengendalian bahan kimia adalah cemerlang (81.5%), penyimpanan bahan
kimia dan peralatan adalah sederhana (63.8%), keadaan persekitaran makmal adalah
baik (73.8%), dan prosedur pertolongan cemas adalah baik (65.0%). Beberapa
implikasi dan cadangan kajian telah dikemukakan pada akhir laporan kajian.
vi
ABSTRACT
Teaching and learning science process in schools are normally carried out in
the science laboratory. Thus, students are exposed to dangers if safety factors were
ignored. Mastery in science laboratory safety practices can reduce the risk of
accidents. This will ensure that teaching and learning process can be carried out in
science laboratory safely and effectively. The purpose of this study is to identify the
mastery level of safety practice among the final year students in the science
laboratory. Eighty respondents of final year students from science education were
chosen by simple random sampling and cluster sampling. A set of multiple choice
questionnaires was used to test the mastery level of safety practice in five elements
which are general rule, chemical handling, storage of chemical and equipments,
environmental and first aid procedures. Data was analyzed using Statistical Package
for Social Science Version 15.0 (SPSS V15.0 for Windows) and presented in the
form of frequencies and percentages. The research findings indicate that the level of
students mastery in general rules is good (79.3%), handling of chemicals is excellent
(81.5%), storage of chemicals and equipment is moderate (63.8%), environmental
element is good (73.8%), and first aid procedures is good (65.0%). Some
implications and suggestions were given at the end of this report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Definisi istilah 10
1.9.1 Penguasaan 10
1.9.2 Amalan keselamatan 11
1.9.3 Keselamatan makmal 11
1.9.4 Makmal sains 12
1.9.5 Amali 12
1.9.6 Kemalangan 12
1.9.7 Pelajar-pelajar tahun akhir 13
viii
1.10 Penutup 13
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepentingan amalan keselamatan 15
makmal sains
2.3 Peranan guru terhadap amalan 17
keselamatan makmal sains
2.4 Disiplin dan sikap pelajar terhadap 20
amalan keselamatan makmal sains
2.5 Peraturan am terhadap amalan 22
keselamatan makmal sains
2.6 Penyimpanan bahan kimia dan peralatan 24
2.7 Keadaan persekitaran makmal sains 26
2.8 Pertolongan cemas dalam makmal sains 29
2.9 Penutup 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 32
3.2 Reka bentuk kajian 32
3.3 Lokasi kajian 33
3.4 Populasi dan sampel kajian 34
3.5 Instrumen kajian 35
3.6 Kajian rintis 36
3.7 Prosedur kajian 37
3.8 Analisis data 38
3.9 Penutup 39
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 40
ix
4.2 Analisis data 41
4.2.1 Latar belakang responden 41
4.2.2 Keputusan amalan keselamatan makmal 42
sains secara keseluruhan
4.2.3 Penguasaan amalan keselamatan makmal 43
daripada aspek peraturan am
4.2.4 Penguasaan amalan keselamatan makmal 45
daripada aspek pengendalian bahan kimia
4.2.5 Penguasaan amalan keselamatan makmal 48
daripada aspek penyimpanan bahan kimia
dan peralatan
4.2.6 Penguasaan amalan keselamatan makmal 50
daripada aspek keadaan persekitaran
makmal
4.2.7 Penguasaan amalan keselamatan makmal 52
daripada aspek prosedur pertolongan cemas
4.4 Penutup 55
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 56
5.2.1 Keseluruhan 57
5.2.2 Peraturan Am 57
5.2.3 Pengendalian bahan kimia 58
5.2.4 Penyimpanan bahan kimia dan peralatan 58
5.2.5 Keadaan persekitaran makmal sains 59
5.2.6 Prosedur pertolongan cemas 60
5.3 Implikasi kajian 61
5.4 Cadangan tindakan 63
5.5 Cadangan kajian lanjutan 64
5.6 Penutup 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN 73
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan populasi pelajar-pelajar tahun akhir 35
kursus pendidikan sains bagi sesi 2009/2010
3.2 Jumlah pembahagian saiz sampel di pilih 35
secara rawak
3.3 Taburan item soal selidik mengikut aspek 36
kajian
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan 38
peratus
4.1 Tahap penilaian responden berdasarkan 40
peratus
4.2 Bilangan dan peratus responden mengikut 41
kursus
4.3 Keputusan keseluruhan dalam peratusan bagi 42
setiap aspek kajian
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 43
keselamatan makmal sains daripada aspek
peraturan am
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 46
keselamatan makmal sains daripada aspek
pengendalian bahan kimia
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 49
keselamatan makmal sains daripada aspek
penyimpanan bahan kimia dan peralatan
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 51
keselamatan makmal sains daripada aspek
keadaan persekitaran makmal
4.8 Taburan kekerapan dan peratusan amalan 53
keselamatan makmal sains daripada aspek
prosedur pertolongan cemas
xi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKNA
IKKPN/ NIOSH - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara
KSKM - Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPK Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan
(Kimia)
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
SPN - Sarjana Muda Pendidikan Sains
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPSS - Statistical Package for Social Science
f - Kekerapan
% - Peratusan
& - Dan
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Peraturan makmal sains bagi pelajar 73
B Pengelasan dan suhu takat kilat bagi 75
cecair mudah terbakar
C Jadual Krejcie dan Morgan 76
D Set soal selidik 77
E Pengesahan set soal selidik 86
F Analisis data tentang keputusan keseluruhan 87
dalam peratusan terhadap penguasaan bagi
setiap aspek kajian
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia sedang membangun dan berazam untuk terus berkembang pesat
bagi mencapai wawasan 2020. Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu
bidang yang berpotensi menjadi pengerak kepada pertumbuhan ekonomi dan
kemajuan negara (Mahathir, 1991). Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun
1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan Malaysia menjelang
abad ke dua puluh satu. Ke arah mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara maju pada tahun 2020, penggunaan sains dan teknologi secara pesat
amat diperlukan (Mahathir, 1991). Selain itu, Malaysia juga perlu melahirkan
tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap
profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.
Oleh yang demikian, pendidikan sains negara mengambil kira perkembangan
dunia sains dan teknologi masa kini. Bagi memastikan bidang sains ini diajar selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tumpuan kepada perkembangan individu
yang dinamik, tangkas, berdaya saing dan berdaya tahan seimbang seharuslah
ditekankan. Selaras dengan perkembangan dunia hari ini, pendidikan sains di
Malaysia juga mengalami perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006), mata pelajaran sains memberi
tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperluaskan untuk mengkaji sains
sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Oleh itu,
persediaan awal haruslah dipraktikkan oleh setiap guru sains untuk memastikan
2
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kurikulum sains yang
baru memberi lebih penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan saintifik di
samping aspek kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan penerapan nilai-nilai
murni (Abu Hassan, 2004).
Kepentingan pendidikan sains dan teknologi di Malaysia sememengnya telah
diakui dan diterima oleh semua pihak. Ini terbukti dalam kesemua Rancangan
Malaysia di mana pendidikan sains dan teknologi diberi penekanan yang penting.
Pendidikan sains memberi penekanan kepada pemerolehan ilmu dan juga memberi
penekanan khusus kepada keselamatan di dalam makmal sains. Amali sains
merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Aspek keselamatan juga merupakan sesuatu aspek yang harus diajar dan diterapkan
dalam diri setiap pelajar. Menurut Abu Hassan (2004), bagi memastikan aktiviti
amali ini menyeronokkan, pelajar harus diterapkan dengan sikap saintifik dan nilai-
nilai murni dalam diri setiap pelajar.
Aspek keselamatan makmal sains hendaklah diberi perhatian oleh semua
pihak dalam mengendalikan makmal bagi memastikan ianya mempunyai ciri-ciri
kebersihan, keceriaan, dan keselamatan. Keadaan ini akan menjadikan makmal sains
tempat yang kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Selain itu, dengan keadaan ini juga ia akan menjadikan makmal sains salah satu
tempat yang selamat untuk menjalankan aktiviti amali. Kemalangan mungkin akan
berlaku sekiranya makmal sains berada dalam keadaan yang tidak teratur. Antara
bahaya atau kemalangan yang mungkin berlaku di dalam makmal sains adalah
kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia.
Misalnya, kes yang berlaku di makmal sains Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh
(Utusan Malaysia, 2004), menyaksikan 19 orang pelajar tercedera akibat paip gas
makmal sains di sekolah meletup. Dua orang daripada mereka dirujuk kepada pakar
mata Hospital Ipoh kerana dipercayai terkena serpihan letupan berkenaan manakala
yang lainnya mengalami pedih mata dan pedih hidung. Mereka juga mengalami
gatal tekak di samping terkejut dengan kejadian berkenaan. Pengarah Pelajaran
Perak, Datuk Adnan Ibrahim berkata, peristiwa itu berlaku ketika 44 orang pelajar
tingkatan satu sedang menjalankan uji kaji menggunakan penunu bunsen di makmal
3
berkenaan. Menurut pengesahan pihak bomba, kejadian itu berlaku disebabkan paip
gas berkenaan telah bocor akibat dimakan usia.
Oleh itu, semua pihak harus sedar tentang kepentingan aspek keselamatan
semasa menggunakan makmal sains terutamanya pelajar di mana mereka merupakan
golongan yang sentiasa berhadapan dengan risiko kemalangan yang tertinggi. Ini
kerana, mereka kurang pengalaman dan kurang yakin terhadap apa yang mereka
hendak lakukan di dalam makmal sains. Guru sains, pembantu makmal dan pihak
pengurusan sekolah memainkan peranan yang penting bagi mengelak kemalangan
berlaku. Maka kesedaran tentang aspek keselamatan diri dan amalan peraturan
keselamatan makmal haruslah dipraktikkan bagi mengelak berlakunya kemalangan
semasa menjalankan aktiviti amali di dalam makmal sains.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak
dijangka ketika menjalankan eksperimen di dalam makmal sains. Kemalangan dapat
dielakkan sekiranya semua pihak tahu tanggungjawab masing-masing ketika berada
di dalam makmal sains. Oleh itu, semasa menjalankan eksperimen di dalam makmal
semua pelajar, guru dan pembantu makmal sains perlu mematuhi peraturan
keselamatan makmal (Halimaton dan Zaitun, 1994). Walaupun peraturan
dikuatkuasakan, namum kemalangan masih lagi berlaku di dalam makmal. Masalah
atau isu keselamatan di makmal telah dipertikaikan oleh Kesatuan Sekerja
Kakitangan Makmal (KSKM) di mana KSKM menggesa Kementerian Pendidikan
supaya lebih serius terhadap aspek keselamatan di makmal sains sekolah-sekolah
menengah seluruh negara (Utusan Malaysia, 2001).
Berdasarkan rencana tersebut, presiden KSKM iaitu Roslan Kassim berkata,
hasil kajian yang melibatkan 1,500 buah sekolah menengah mendapati kira-kira
separuh daripadanya, terutama sekolah lama mempunyai kebuk wasap yang tidak
berfungsi dan tidak selamat untuk digunakan. Keadaan ini membahayakan kepada
4
semua pihak yang menggunakan makmal tersebut, terutamanya kepada kakitangan
makmal yang sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang merbahaya. Pada masa
yang sama, guru serta pelajar juga terdedah kepada bahaya sekiranya melakukan
amali yang melibatkan penggunaan kebuk wasap tersebut. Ini kerana bahan kimia
mempunyai pelbagai sifat seperti wapnya beracun, menghakis, mudah terbakar dan
sebagainya. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kebuk wasap yang dipasang tidak
mengikut spesikasi yang telah ditetapkan untuk kegunaan makmal kimia sehingga ia
boleh menjadi perangkap maut kepada penggunanya. Isu ini juga menimbulkan rasa
khuatir kepada ahli Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal kerana sehingga tarikh
tersebut iaitu 24 September 2001, seramai 20 orang kakitangan makmal yang
bertugas di makmal kimia telah meninggal dunia akibat kanser yang dikhuatiri
berpunca daripada tugas-tugas di makmal tersebut.
Kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara yang tidak
dijangka. Kecuaian adalah salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan boleh
berlaku di dalam makmal sains. Misalnya, kes yang berlaku di makmal sains di
Sekolah Tinggi Kem Nasional Lapu-Lapu, Apas (Cebu Online, 2008) menyaksikan
seorang pelajar yang berusia 15 tahun tercedera akibat luka terbakar ketika menjalani
eksperimen pada 17 September 2008 lepas. Penasihat pelajar tersebut telah meminta
pengetua sekolah untuk mengambil tindakan dengan secepat yang mungkin dalam
memastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi. Mangsa mengatakan
bahawa punca api merebak bermula setelah salah seorang rakan sekelasnya
menuangkan alkohol ke dalam bara api ketika mereka membuat eksperimen bahan
api. Keadaan ini menyebabkan kulitnya menjadi biru dan rambutnya terbakar.
Selain itu, satu kemalangan telah terjadi di dalam makmal kimia di mana
seorang pelajar telah tercedera ketika memanaskan kelalang kon. Kejadian ini
terjadi ketika mangsa sedang mengacau larutan trimetilsilietuna yang dimasukkan di
dalam kelalang kon dan kelalang kon tersebut telah pecah akibat terlalu panas (The
Tech Online Edition, 1995). Kejadian ini dapat dielakkan sekiranya pengetahuan
tentang amalan keselamatan makmal di patuhi oleh semua pihak. Oleh itu, amalan
keselamatan di dalam makmal sains perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan diri
daripada berlakunya kemalangan.
5
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam mengelak kemalangan
yang mungkin akan berlaku dalam makmal sains. Guru-guru yang leka di hadapan
kelas tanpa memerhatikan pelajar-pelajarnya menjalankan eksperimen akan
menyumbangkan kepada kebarangkalian untuk berlakunya kemalangan di dalam
makmal sains. Guru seharusnya menerangkan ciri-ciri sesuatu bahan kimia yang
merbahaya kepada pelajar-pelajar seperti bahan kimia mudah meruap, mudah
meletup dan mudah bertindak balas apabila didekatkan pada sumber api yang boleh
menyebabkan berlakunya letupan. Terdapat banyak kes yang berlaku akibat
kecuaian guru dalam mengawasi pelajar-pelajarnya ketika menjalankan aktiviti
amali di dalam makmal sains. Sebagai contoh, kemalangan di mana lima pelajar dari
Sekolah Tinggi Bishop Kelley, Tulsa, telah mencampurkan kalium diklorat ke dalam
satu bekas yang mengandungi sulfur dan menyebabkan letupan. Mereka mengalami
kecederaan serius dan telah dihantar ke hospital (The Pantagraph, 2002). Antara
kemalangan lain yang berlaku disebabkan kecuaian guru adalah kejadian yang
berlaku di Sekolah Tinggi Genoa-Kingston, Genoa. Kejadian ini berlaku disebabkan
oleh tindakbalas bahan kimia iaitu metanol dengan garam menghasilkan letupan.
Kejadian ini telah mengakibatkan tujuh pelajar tercedera manakala tiga pelajar
berada dalam keadaan kritikal (The Pantagraph, 2001).
Kemalangan bukan sahaja berlaku disebabkan oleh kecuaian tetapi
kemalangan juga boleh berlaku disebabkan oleh kerosakan peralatan eksperimen.
Penggunaan instrumen-instrumen atau alatan yang rosak mestilah dielakkan bagi
mengelak kecelakaan, contohnya seperti salur getah gas bocor atau alat radas yang
retak. Menerusi rencana surat khabar Utusan Malaysia yang bertarikh 2 Julai 2004,
satu letupan telah terjadi di makmal sains. Kejadian ini terjadi berpunca daripada
paip gas yang bocor akibat daripada kerosakan paip gas tersebut yang terlalu lama
digunakan. Berikutan kemalangan sentiasa berlaku di mana-mana sahaja, maka
keselamatan makmal sains adalah perlu dititikberatkan untuk mengelak kemalangan
ketika berada di dalam makmal sains.
Oleh itu, sekiranya semua pihak dapat menguasai semua amalan keselamatan
makmal sains, ini dapat mengurangkan risiko terjadinya kecelakaan di dalam
makmal sains. Pengetahuan yang luas tentang amalan keselamatan makmal sains
6
perlulah dititikberatkan sepenuhnya oleh semua guru sains, pembantu makmal
mahupun para pelajar. Ini bertujuan untuk menghindarkan diri dan individu lain
daripada mengalami kemalangan. Semua pihak juga perlu tahu cara mengatasi dan
mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya berlaku kecemasan. Guru yang
lemah dalam menguasai pengetahuan ini akan menyebabkan banyak masalah
berlaku. Sepatutnya, sebelum suatu eksperimen dijalankan dalam sesi pengajaran,
guru perlulah memastikan diri mereka lengkap dengan pengetahuan dalam mengatasi
sesuatu masalah sekiranya kemalangan berlaku di dalam makmal sains.
Terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang amalan keselamatan
makmal sains. Menurut hasil kajian Mohd Afnizam (2003), mendapati pengetahuan
responden berkaitan dengan teknik pengendalian radas dan bahan kimia berada pada
tahap yang sederhana. Kajian dilakukan ke atas 80 orang pelajar tingkatan empat
aliran sains di beberapa buah sekolah sekitar kawasan Johor Bahru. Kajian ini,
hanya menekankan satu aspek sahaja di mana ia tidak boleh menggambarkan
penguasaan amalan keselamatan makmal sains yang sebenar. Begitu juga dengan
kajian Mohd Dom (2003), yang hanya menekankan satu aspek sahaja iaitu tahap
pengetahuan responden tentang teknik-teknik kimia. Kajian ini dilakukan ke atas
kakitangan sokongan makmal dan hasil kajian mendapati bahawa kakitangan
sokongan makmal mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang teknik-teknik
kimia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan menekankan lima aspek untuk
menggambarkan penguasaan sebenar responden tentang amalan keselamatan
makmal sains. Aspek-aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah peraturan am,
pengendalian bahan kimia, penyimpanan bahan kimia dan peralatan, keadaan
persekitaran makmal, dan prosedur pertolongan cemas. Kelima-lima aspek ini akan
menggambarkan penguasaan sebenar responden tentang amalan keselamatan
makmal sains berbanding dengan kajian-kajian lepas yang hanya menekankan
kepada satu aspek sahaja.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pihak kerajaan bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan peralatan
makmal sains sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih
berkesan. Selain itu, pihak kerajaan dan sekolah juga bertanggungjawab
menyediakan peraturan yang berkaitan dengan aspek keselamatan di dalam makmal
sains. Ia bertujuan untuk memberi perlindungan dan garis panduan yang perlu diikut
oleh setiap pelajar, guru serta pihak pengurusan sekolah sebelum, semasa dan
selepas menjalankan aktiviti di dalam makmal sains. Sebagai contoh surat pekeliling
ikhtisas tentang keselamatan makmal (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1974),
yang harus di patuhi oleh pelajar bagi mengelak berlakunya sebarang risiko
kemalangan. Selain itu, pekeliling ini juga menjelaskan tentang keperluan yang
perlu ada bagi sesebuah makmal sains sekolah. Walau bagaimanapun, kemalangan
tetap boleh berlaku sekiranya wujud unsur-unsur kecuaian dan kejadian di luar
kawalan manusia.
Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH),
kejadian kemalangan yang berkaitan dengan makmal sains tetap berlaku walaupun
kemudahan keselamatan disediakan secukupnya. Hal ini disebabkan oleh,
kurangnya penguasaan tentang amalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas
menjalani aktiviti di makmal sains. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat
penguasaan amalan keselamatan makmal sains dalam kalangan pelajar-pelajar tahun
akhir, iaitu bakal guru sains dalam mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan
berlaku.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan amalan
keselamatan makmal sains dalam kalangan pelajar-pelajar tahun akhir daripada
aspek:
8
i. Peraturan am
ii. Pengendalian bahan kimia
iii. Penyimpanan bahan kimia dan peralatan
iv. Keadaan persekitaran makmal
v. Prosedur pertolongan cemas
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah ditetapkan, terdapat
beberapa persoalan kajian. Persoalan kajian ini ialah apakah penguasaan pelajar-
pelajar tahun akhir terhadap amalan keselamatan makmal sains daripada aspek:
i. Peraturan am
ii. Pengendalian bahan kimia
iii. Penyimpanan bahan kimia dan peralatan
iv. Keadaan persekitaran makmal
v. Prosedur pertolongan cemas
1.6 Kepentingan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah, ia dapat menyalurkan
pengetahuan kepada pelajar-pelajar tahun akhir betapa pentingnya sikap
mengutamakan keselamatan semasa berada di dalam makmal sains supaya kejadian
yang tidak diingini dapat dielakkan. Seterusnya, kajian ini diharapkan dapat
dijadikan sebagai garis panduan kepada pelajar-pelajar tahun akhir iaitu bakal guru
sains dalam mengendalikan makmal sains dengan selamat. Dengan adanya kajian
ini, diharap bakal guru sains akan dapat meningkatkan budaya kerja yang lebih baik,
serta membimbing para pelajar mengamalkan budaya kerja yang selamat. Selain itu,
hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai petunjuk terhadap keberkesanan
pendidikan keselamatan makmal bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap