PENGLIBATAN PELAJAR WANITA TAHUN AKHIR FAKULTI … · wanita terlibat dalam sukan seperti kekangan...
Transcript of PENGLIBATAN PELAJAR WANITA TAHUN AKHIR FAKULTI … · wanita terlibat dalam sukan seperti kekangan...
PENGLIBATAN PELAJAR WANITA TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN DALAM AKTIVITI SUKAN DI UTM
NORERVINA BTE JAILANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya NORERVINA BINTI JAILANI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
(NAMA PENYELIA) Tarikh: 30 April 2009 Tarikh: 30 April 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PENGLIBATAN PELAJAR WANITA TAHUN AKHIR
FAKULTI PENDIDIKAN DALAM AKTIVITI SUKAN
DI UTM
(HURUF BESAR)
PROF.MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT NO. 108 KG. PT. TENGAH 82200 BENUT, PONTIAN, JOHOR
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”.
Tandatangan : …………………..……................................
Penyelia : PROF.MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT
Tarikh : 30 APRIL 2009
PENGLIBATAN PELAJAR WANITA TAHUN AKHIR FAKULTI
PENDIDIKAN DALAM AKTIVITI SUKAN DI UTM
NORERVINA BTE JAILANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL , 2009
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ................................................. Nama Penulis : NORERVINA BTE JAILANI Tarikh : 30 APRIL 2007
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku yang tersayang,
Jailani B. Hj. Kasri
Miskiah Bte Hj. Bakeron
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kekanda serta adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha
mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan Taufik Dan HidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Yahya B.
Buntat selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan
nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini. Beliau adalah
seorang yang profesional terhadap tugasnya.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar wanita fakulti
pendidikan kerana telah memberikan kerjasama dalam membantu menyempurnakan
soal selidik bagi menjayakan projek ini. Seterusnya kepada rakan-rakan di atas
bantuan , dorongan dan tunjuk ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan
projek ini.
Sekian Terima kasih.
v
ABSTRAK
Sukan merupakan aktiviti yang penting dan boleh menyumbangkan kepada
kesihatan seseorang. Sehubungan itu, pengkaji telah menjalankan kajian bagi
meninjau penglibatan pelajar wanita tahun akhir fakulti pendidikan dalam aktiviti
sukan di UTM. Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat minat terhadap sukan,
kepentingan bersukan, persepsi pelajar wanita dalam sukan, faktor yang mendorong
dan faktor yang menghalang penglibatan dalam sukan. Kajian ini dijalankan di
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dengan menggunakan sampel
kajian seramai 92 orang. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan
kaedah tinjauan deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk
soal selidik. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5
untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji
dengan Cronbach’s Alpha di mana nilai keseluruhan ialah 0.886. Dapatan yang
diperolehi menunjukkan bahawa pelajar wanita berminat terhadap aktiviti sukan.
Pelajar wanita juga menyedari akan kepentingan bersukan boleh menyihatkan tubuh
badan dan menghindarkan daripada penyakit. Persepsi pelajar wanita terhadap sukan
juga menunjukkan persepsi yang positif. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang
mendorong wanita dalam sukan seperti untuk menjaga kesihatan, pengaruh dari
keluarga dan rakan sebaya serta minat. Terdapat juga faktor-faktor halangan untuk
wanita terlibat dalam sukan seperti kekangan masa, ibu bapa dan bebanan kerja.
Beberapa cadangan telah dibuat untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Hasil kajian ini diharapkan dapat
dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mengatasi masalah
tersebut.
vi
ABSTRACT
Sport is an interesting and a vital activity as it helps to contribute a healthy
lifestyle. Researcher has done a research to survey the involvement of final year
female students in education faculty of UTM in sport activity. The aim of the
research is to study the interest towards sport, the importance of sport, the perception
of female students towards sport, factors that encourage and factors that prohibit the
involvement in sport. These descriptive researches were distributed to 92 women
students from Faculty of Education under Department of Technical And Vocational,
University Technology Malaysia as samples. The research instrument was a set of
questionnaire. All of the collected data were analyzed by using Statistical Package
for Social Science (SPSS) computer software for Windows Version 11.5 to find
frequency, percentage and mean. The reliability of questionnaire was tested by using
the Cronbach’s Alpha with the value was 0.886. The outcome shows that female
students are interested in sport activities. Female students also realized the
importance of doing sport activities that can make healthier body and avoid sickness.
Perception of female students towards sport also shows positive perception. Other
than that, there are some factors that encourage women to participate in sports
namely health, influence from the family and peer group and interest. There are also
factors prohibit women from involving in the sports as time constraint, parents and
work pressure. Some suggestions have been made to overcome the problems faced
by female students to get involve in sport activities. The outcome of the research is
hopefully can be a guide to overcome the problem.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-xi
SENARAI JADUAL xii-xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Tempat Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
viii
1.9.1 Kesedaran 9
1.9.2 Faktor 10
1.9.3 Minat 10
1.9.4 Pelajar 10
1.9.5 Wanita 11
1.9.6 Aktiviti 11
1.9.7 Sukan 11
1.10 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTON KAJIAN 2.1 Pengenalan 13
2.2 Minat Terhadap Sukan 13
2.3 Kepentingan Bersukan 15
2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Sukan 21
2.5 Faktor Yang Mendorong Penglibatan Pelajar 24
Wanita Dalam Sukan
2.5.1 Faktor Keluarga 25
2.5.2 Faktor Rakan Sebaya 26
2.5.3 Faktor Situasi dan Persekitaran 27
2.5.4 Faktor Diri Sendiri 28
2.6 Faktor Yang Menghalang Penglibatan Pelajar 29
Wanita Dalam Sukan
2.6.1 Ketiadaan Masa dan Kekurangan Tenaga 30
2.6.2 Faktor Ibu Bapa 31
2.6.3 Kurang Motivasi 32
2.7 Kajian-Kajian Lepas 33
2.8 Kesimpulan 34
ix
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat kajian 36
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.5.1 Bahagian A 39
3.5.2 Bahagian B 39
3.6 Prosedur Kajian 41
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Kesahan Kajian 44
3.9 Analisis Data 44
3.10 Batasan Kajian 45
3.11 Kesimpulan 46
BAB 4 ANALISIS DAPATAN DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Umur 48
4.2.2 Kursus 48
4.2.3 Bangsa 49
4.2.4 Pernah Melibatkan Diri Dalam Sukan 49
4.2.5 Peringkat Penglibatan Dalam Sukan 50
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 51
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 54
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 57
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 59
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 62
x
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 65
4.5 Kesimpulan 67
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 68
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 69
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian 70
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 71
5.3.1 Perbincangan Bahagian A 71
5.3.2 Perbincangan Bahagian B 73
5.3.2.1 Minat Pelajar Wanita JPTK Fakulti 73
Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan
Di UTM
5.3.2.2 Kesedaran Pelajar Wanita JPTK 74
Fakulti Pendidikan Tentang
Kepentingan Melibatkan Diri Dalam
Aktiviti Sukan Di UTM
5.3.2.3 Persepsi Pelajar Wanita JPTK Fakulti 76
Pendidikan Terhadap Sukan Di UTM
5.3.2.4 Faktor Yang Mendorong Pelajar 77
Wanita JPTK Fakulti Pendidikan
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan
Di UTM
5.3.2.5 Faktor Yang Menghalang Pelajar 79
Wanita JPTK Fakulti Pendidikan
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan
Di UTM
5.4 Kesimpulan 81
5.5 Cadangan 83
xi
5.5.1 Individu 83
5.5.2 Ibu Bapa dan Keluarga 83
5.5.3 Pihak Universiti dan Institusi Pendidikan 84
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.7 Penutup 85
RUJUKAN 87-89 LAMPIRAN 90-99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jumlah Populasi dan Sampel Bagi Setiap 37
Kursus
3.2 Taburan Item-Item Bahagian B Borang 40
Soal Selidik
3.3 Skor Skala Likert Untuk Setiap Item 41
3.4 Nilai Kolerasi dan Interpretasi 44
3.5 Julat Skor Min 45
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 48
Mengikut Umur
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 48
Mengikut Kursus
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 49
Mengikut Kursus
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 50
Pernah Melibatkan Diri Dalam Sukan
4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 50
Mengikut Peringkat Penglibatan Dalam
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 52
Dan Min Bagi Minat Pelajar Wanita JPTK Fakulti
Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 54
Dan Min Bagi Kesedaran Pelajar Wanita JPTK
Fakulti Pendidikan Tentang Kepentingan Sukan
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 57
Dan Min Bagi Persepsi Pelajar Wanita JPTK
xiii
Fakulti Pendidikan Terhadap Aktiviti Sukan
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 60
Dan Min Bagi Faktor Yang Mendorong Pelajar
Wanita JPTK Fakulti Pendidikan Melibatkan Diri
Dalam Aktiviti Sukan
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus 62
Dan Min Bagi Faktor Yang Menghalang Pelajar
Wanita JPTK Fakulti Pendidikan Melibatkan Diri
Dalam Aktiviti Sukan
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan 66
Kajian
xiv
SENARAI SINGKATAN JPTK : Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
SPH : Pendidikan Kemahiran Hidup
SPJ : Pendidikan Kejuruteraan Jentera
SPE : Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPA : Pendidikan Kejuruteraan Awam
WHO : Pertubuhan Kesihatan Dunia
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
TP : Tidak Pasti
S : Setuju
SS : Sangat Setuju
SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences
BIL : Bilangan
No : Nombor
% : Peratus
ƒ : Frekuensi
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti 90
Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia
B Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan 91
Data Awal
C Surat Pengesahan Pensyarah 92
D Reliability Kajian Rintis 93
E Borang Soal Selidik 94
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi telah
memberikan tanggungjawab kepada bahagian institusi-institusi pengajian tinggi bagi
melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap universiti di
seluruh Negara. Sehubungan dengan itu, di setiap Institusi-Institusi Pengajian Tinggi
terdapat unit-unit khas yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan
penyelarasan aktiviti kokurikulum tersebut dan salah satu kegiatan yang perlu ada
pada setiap institusi-institusi pengajian tinggi samaada awam atau swasta ialah
aktiviti sukan.
Oleh itu, kegiatan bersukan adalah salah satu bahagian dalam kokurikulum.
Kegiatan sukan ini merupakan daya penggerak (motivation force) yang boleh
merangsang proses pembelajaran di setiap institusi-institusi pengajian tinggi. Hal ini
juga telah diperkatakan oleh Teng Boon Tong (1993), berhubung dengan daya
penggerak dalam pembelajaran seperti berikut: “Melalui latihan yang teratur,
beransur maju, seronok, proses penguasaan kemahiran asas akan lebih berkesan dan
dapat meningkatkan minat serta keyakinan pelajar. Lagipun penguasaan kemahiran
asas dalam pelbagai bidang sukan akan melengkapkan seseorang pelajar dengan
pelbagai jenis kemahiran psikomotor”.
2
Selanjutnya, beliau menyatakan bahawa pengajaran dan penguasaan
kemahiran asas adalah bertujuan untuk membantu perkembangan psikomotor dan
perkembangan kognetif. Perkembangan yang dinyatakan di atas akan dapat di capai
melalui situasi perkembangan dan latihan yang sesuai.
Melalui kegiatan dan aktiviti bersukan sifat dan sikap sosial yang positif
seseorang pelajar dan individu boleh di lihat melalui latih tubi dan permainan.
Kegiatan sukan juga dikatakan amat bermanfaat bukan sahaja menjaga kesihatan
badan tetapi juga memupuk semangat kekitaan antara individu dan semangat
cintakan Negara. Malah pernah dikatakan bahawa seseorang yang aktif dan juga
jaguh dalam bidang sukan akan mudah mendapat tempat dikalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, banyak badan awam dan swasta menggalakkan kakitangan
supaya bergiat aktif dalam sukan. Menurut Vasedevan T. Arasoo (1993), telah
menyatakan bahawa ada antara badan-badan sukan semasa pemilihan untuk
pengambilan kakitangan baru.
Menurut perspektif islam “Wanita dan Sukan”, dalam kajian Noripah Abd.
Karim (1998), sukan merupakan suatu aktiviti yang memiliki banyak kelebihan tidak
hanya terhad kepada kebaikan daripada segi fizikal dan sosial malahan juga dari segi
psikologi. Kebaikan-kebaikan ini adalah sebagai satu ‘keperluan asas’ bagi kedua-
dua gender sebagai satu kaedah bagi memastikan tahap kesihatan fizikal mahupun
emosi berada di dalam keadaan yang terbaik.
Menurut pandangan islam pula dalam kajian Siti Norlee Md. Nasir (2007),
kegiatan sukan juga digalakkan untuk menjadikan tubuh badan sihat dan cergas. Ini
bertujuan untuk menyediakan individu yang sentiasa bersedia untuk melakukan amal
ibadat sama ada ibadat personal atau ibadat yang melibatkan masyarakat seperti
berjihad di medan perang melawan musuh-musuh islam. Ini kerana dengan kegiatan
sukan dapat membantu menjaga kesihatan seperti yang telah dibuktikan melalui
kajian yang telah dijalankan.
3
Menurut satu riwayat oleh Iman Al- Bukhari, pada suatu waktu Nabi S.A.W.
sedang berjalan-jalan, baginda menjumpai satu kumpulan sahabat yang sedang
bertanding memanah lalu baginda memberi dorongan “ Lemparkanlah panahmu dan
aku bersama-sama mu”. Dalam konteks ini memanah bukan sahaja sekadar satu
pertandingan untuk menentukan siapa yang lebih jaguh dalam sukan memanah tetapi
lebih jauh lagi sebagai satu latihan peperangan atau latihan pertahankan diri.
Manakala Saidina Umar Al-Khatab pernah menyarankan agar setiap orang muslim
mengajar anak-anak mereka berenang, memanah dan menunggang kuda.
Menurut Vasedevan T. Arasoo (1988), berpendapat sukan dapat memperbaiki
keadaan fizikal atau kesihatan para peserta. Tubuh yang sihat, berfungsi paling baik
dengan otak yang aktif. Melalui latihan perlaziman, peserta-peserta berpeluang
mencapai satu tingkat pencapaian yang lebih baik dari segi mental dan juga fizikal.
Di sini dapat disimpulkan bahawa kegiatan bersukan adalah sangat penting
dalam menjaga kesihatan diri. Menurut Prof Madya Syed Omar Syed Agil (dalam
Siti Norlee Md. Nasir, 2000), pernah mengatakan bahawa ‘akal yang sihat adalah
dari badan yang sihat’. Ini kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang
sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas,
kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada
kecemerlangan dalam kehidupan seseorang muslim samada dia seorang pelajar atau
apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan
terserlah dan akan meningkat dari masa ke semasa di sebabkan dia mempunyai tubuh
badan yang sihat dan memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sukan merupakan segala aktiviti jasmani berbentuk riadah dan rekreasi yang
bertujuan untuk mengeluarkan peluh serta menjaga kesihatan, islam menggalakkan
umatnya supaya bersukan dan berolahraga kerana ianya dapat membantu
perkembangan peribadi, akal dan jiwa yang sihat. Sejak dulu hingga hari ini, sukan
4
tidak pernah ditinggalkan dalam masyarakat. Sebagaimana slogan “sukan untuk
kesihatan” pada dasarnya ia tidaklah bertentangan dengan islam kerana islam amat
mengambil berat tentang kesihatan sama ada kesihatan jasmani atau rohani.
Penglibatan wanita dalam sukan kini semakin berkurangan. Ini adalah kerana
ramai wanita beranggapan bahawa bersukan boleh memudaratkan mereka. Menurut
Omardin Ashaari (1998), menyatakan bahawa dalam tahun 1896, Sukan Olimpik
Moden yang pertama telah berlangsung di Athens, Greece. Pada masa itu atlit wanita
telah tidak dibenarkan untuk memasuki dalam sebarang acara sukan. Adalah
dipercayai bahawa menggunakan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan
alat peranakan wanita. Metos dan kepercayaan ini merupakan antara sebab kaum
wanita lambat mengambil bahagian dalam dunia sukan. Oleh itu, adalah mustahak
untuk mengkaji secara dekat tentang metos dan fakta yang sebenarnya.
Jika dilihat dari sudut kesihatan dan faedahnya pula, sukan amat penting
dalam kehidupan seseorang. Prof Dr. Shalaby (2001) berpendapat sukan yang
mencergaskan tubuh badan dan akal fikiran manusia adalah perkara-perkara yang
perlu bagi setiap manusia dan ia merupakan unsur-unsur terpenting dalam hidup.
Seorang pekerja misalnya, berhak mendapat hiburan. Orang yang rajin berusaha dan
bertungkus-lumus berhak mendapat kerehatan. Sarjana-sarjana pendidikan berkata
sukan boleh mendatangkan banyak faedah kepada pekerjaan. Pekerja yang bekerja
dan bersukan lebih banyak keberhasilannya daripada pekerja yang semata-mata
bekerja tanpa ada had masa untuk bersukan.
Menyentuh tentang bentuk dan jenis-jenis riadah atau sukan, Rasulullah
S.A.W juga mengamalkan aktiviti riadah, antaranya memanah dan menunggang
kuda. Pada hari ini, kita lihat terdapat bermacam-macam jenis aktiviti sukan.
Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan bahkan ia juga
dapat menghilangkan rasa bosan dan stress. Namun pada hari ini, terdapat segelintir
masyarakat yang menjadikan sukan bukan sahaja aktiviti masa lapang tetapi ia juga
dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan dan pencarian bagi individu yang
mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang sukan ini. Malahan, selain dari
tujuan mendapat kerehatan dan menjaga kesihatan dalam masa yang sama ia juga
5
merupakan satu pekerjaan professional. Sehingga kini kepentingannya juga dapat
dilihat dari segi pendidikan dimana dalam sistem pelajaran dimasukkan berbagai-
bagai rancangan sukan dan permainan.
Pada hari ini, sukan bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang boleh menjaga
kesihatan badan bahkan ia juga dilihat sebagai satu orientasi pertandingan dan
perlawanan. Pertandingan memaksa individu atau pasukan yang terlibat bermati-
matian dalam perlawanan demi mendapatkan kemenangan. Sikap berlumba untuk
mendapatkan kemenangan ini kadang-kadang menujukkan bahawa muhibbah dan
semangat kesukanan tidak lagi wujud tetapi yang timbul hanyalah pergaduhan di atas
ketidakpuasan hati peserta pertandingan. Disini kita dapat lihat bahawa sukan juga
mempunyai kekurangannya jika ia disalahguna.
Agama tidak melarang umatnya menjalankan aktiviti sukan asalkan menjaga
batas-batas aurat dan pergaulan yang diharuskan serta tidak terpengaruh kepada
kerosakan moral dan maksiat. Namun demikian, jika dilihat kepada masyarakat kita
pada hari ini, saranan agama ini kurang diberi perhatian kerana pada tanggapan
mereka masyarakat islam adalah masyarakat yang taat dalam beribadah. Oleh yang
demikian, masyarakat islam hanya sibuk dengan amal ibadat dan tidak mempunyai
waktu untuk bermain-main.
Menurut Nur Amirah Mohd Rashid, et al. (2005 dalam Norlee Md. Nasir,
2007), dalam kajiannya menyatakan bahawa semasa menjalani aktiviti sukan,
keselesaan adalah merupakan perkara utama yang dititikberatkan contohnya
keselesaan dari segi pemakaian. Sewaktu menjalani aktiviti sukan atau rekreasi,
pakaian merupakan elemen penting yang perlu diambil perhatian supaya individu
terlibat berada dalam keadaan selesa dan tidak terganggu dengan pakaian yang
dipakai. Namun terdapat aktiviti sukan di zaman globalisasi ini tidak menepati
tuntutan syarak dimana pakaian khususnya bagi kaum wanita tidak menutup aurat.
Ini juga menjadi punca kepada kurangnya penglibatan wanita dalam aktiviti sukan.
6
1.3 Penyataan Masalah
Dewasa ini, sukan kurang mendapat sambutan terutama dari kalangan
pelajar-pelajar wanita. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor-faktor
yang tertentu sama ada ia berpunca daripada faktor-faktor dalaman atau persekitaran
wanita itu sendiri. Kajian ini dilakukan adalah bagi maksud mengenalpasti
sejauhmana penglibatan pelajar wanita tahun akhir Fakulti Pendidikan di bawah
Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) dalam aktiviti sukan berdasarkan
beberapa faktor tertentu. Antara faktor yang hendak dikaji ialah minat pelajar wanita
dalam aktiviti sukan, tahap kesedaran pelajar-pelajar wanita tentang kepentingan
sukan, persepsi pelajar wanita tentang sukan, faktor yang mendorong pelajar wanita
dalam sukan dan faktor yang menghalang pelajar wanita dalam sukan. Aspek ini
juga merupakan salah satu sebab kurangnya penyertaan pelajar wanita dalam aktiviti
sukan.
Kemudahan peralatan dan fizikal juga memainkan peranan yang sangat
penting untuk menggalakkan pelajar-pelajar wanita menyertai kegiatan sukan.
Tanpa sokongan ini, pelajar-pelajar wanita tersebut tidak akan dapat menyertai
kegiatan sukan dengan sempurna dan seterusnya mematikan minat pelajar-pelajar
wanita tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti minat pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal
dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan dalam aktiviti sukan.
1.4.2 Mengenalpasti kesedaran pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan tentang kepentingan sukan.
7
1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti sukan.
1.4.4 Mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar wanita tahun akhir Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan melibatkan diri
dalam aktiviti sukan.
1.4.5 Mengenalpasti faktor yang menghalang pelajar wanita tahun akhir Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan melibatkan diri
dalam aktiviti sukan.
1.5 Persoalan Kajian
Secara ringkasnya persoalan bagi kajian yang dijalankan ini ialah:
1.5.1 Apakah pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan Fakulti Pendidikan mempunyai minat dalam aktiviti sukan?
1.5.2 Apakah pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan Fakulti Pendidikan menyedari tentang kepentingan sukan
kepada mereka?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar wanita tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan Fakulti Pendidikan terhadap aktiviti sukan?
1.5.4 Apakah faktor yang mendorong pelajar wanita tahun akhir Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan melibatkan diri
dalam aktiviti sukan?