PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi...
Transcript of PENGGUNAAN ICT DI KALANGAN GURU PELATIH · PDF fileICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi...
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK
FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
MOHD AIZUDDIN B. MOHMED @ MOHAMED ZAHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH
MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya MOHD AIZUDDIN BIN MOHMED @ MOHAMED ZAHARI mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, _____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 2294 TAMAN TELOK BARU DR.M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN JLN GUCHIL 15200 K.BHARU Nama Penyelia KELANTAN. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Dr. M. Al Muz-Zammil bin Yasin
Tarikh : ...................................................
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN GURU PELATIH MATEMATIK FAKULTI PENDIDIKAN, UTM.
MOHD AIZUDDIN B. MOHMED @ MOHAMED ZAHARI
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : MOHD AIZUDDIN BIN MOHMED @ MOHAMED ZAHARI
Tarikh : ........................................................
iii
DEDIKASI
Buat Ayah Dan Ibu
Hj. Mohamed Zahari bin Omar dan Hjh. Nik Yah bt. Mat
Atas Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai
Terima Kasih Atas Segalanya
Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Hingga Ke Menara Gading....
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur
kepada Allah s.w.t kerana dapat saya sempurnakan Projek Sarjana Muda dengan
jayanya.
Di kesempatan ini, ingin Saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih buat Dr. M.Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku penyelia
Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar
serta idea sehingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Di samping itu, terima kasih juga kepada para pensyarah dan kakitangan
Fakulti Pendidikan UTM yang telah memberikan kerjasama yang penuh kepada saya
dan tidak lupa juga kepada para pelajar SPM, SPT, SPK dan SPF yang sudi menjadi
responden dalam kajian ini serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan
banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Semoga segala pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah
s.w.t.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat masalah dalam penggunaan ICT
dalam kalangan guru-guru pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia Skudai Johor. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang guru
pelatih Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik (SPM) dan Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik (SPT) yang telah menjalani latihan
mengajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan soal selidik yang
mengandungi 32 soalan. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan
perisian “Statitiscal Package for Sosial Sciences” (SPSS) Version 13.0 untuk menilai
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah
yang wujud dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berkaitan dengan
ICT (min 3.43), aspek peralatan dan perkakasan ICT (min 3.23), aspek pengendalian
peralatan ICT (min 3.54), dan aspek penggunaan perisian PBK (min 3.67). Ini
bermakna hasil kajian menunjukkan kesemua aspek yang dikaji berada pada tahap
bermasalah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah diberikan untuk
meningkatkan lagi penggunaan ICT di kalangan guru pelatih di sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate the problems in ICT usage
among 50 Mathematics teacher trainees at the Faculty of Education, Universiti
Technologi Malaysia, Skudai who had just finished their teaching practicum. The
instrument used for this study was a set of questionnaire, which consists of 32 items.
The data gathered was analyzed using the Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) software (Version 13.0) to evaluate the percentages and means. The results
of the study showed that there were several problems related to administration and
management of ICT (mean 3.43), ICT tools and hardware (mean 3.23), operation of
ICT (mean 3.54), and problems related to the use of Computer Based Learning
software (mean 3.67). The findings showed that all of the aspects studied were at
problematic level. Based on the findings, several suggestions are provided to
improve the use of ICT among teacher trainees in the school.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Information and Comunication Technology 12
2.3 Kepentingan ICT Dalam Pendidikan 13
2.4 Penggunaan ICT dalam Pendidikan 15
2.5 Pengurusan Dan Pentadbiran ICT 16
Di Sekolah
2.6 Peralatan Dan Perkakasan ICT Di Sekolah 18
2.7 Kemahiran Mengendalikan Peralatan ICT 19
Di Sekolah
2.8 Perisian Pembelajaran Berasaskan 21
Komputer (PBK) Di Sekolah
2.9 Kesimpulan 23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Kebolehpercayaan Soal Selidik 33
3.8 Prosedur Kajian 35
3.9 Analisis Data 37
3.10 Ringkasan 39
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Maklum Balas Soal Selidik 40
4.3 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 41
4.4 Analisis Responden Bahagian A 42
4.4.1 Jantina 43
4.4.2 Umur 43
ix
4.4.3 Pengkhususan Guru Pelatih 44
4.4.4 PNGK Semasa 44
4.4.5 Sesi latihan Mengajar Guru 45
Pelatih
4.4.6 Pengalaman Menggunakan Komputer 45
4.4.7 Pemilikan Komputer 46
4.5 Analisis Responden Bahagian B 46
4.5.1 Masalah Penggunaan ICT Dalam 47
Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek
Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
4.5.2 Masalah Penggunaan ICT Dalam 49
Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek
Peralatan dan Perkakasan
4.5.3 Masalah Penggunaan ICT Dalam 51
Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek
Kemahiran Mengendalikan Peralatan
ICT
4.5.4 Masalah Penggunaan ICT Dalam 53
Kalangan Guru Pelatih Dalam Aspek
Penggunaan Perisian PBK
4.6 Ringkasan Analisis Dapatan Kajian 55
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 57
5.2 Perbincangan 58
5.2.1 Latar Belakang Responden 58
5.2.2 Apakah Masalah Penggunaan Peralatan 59
ICT oleh Guru Pelatih dari Aspek
Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Semasa Menjalani Program Latihan
Mengajar ?
x
5.2.3 Apakah Masalah Yang Dihadapi Guru 62
Pelatih Dalam Menggunakan Peralatan
ICT Dari Aspek Peralatan Atau
Perkakasan ICT ?
5.2.4 Adakah Masalah Yang Dihadapi Guru 64
Pelatih Dalam Aspek Kemahiran
Mengendalikan Peralatan ICT ?
5.2.5 Adakah Masalah Kepada Guru Pelatih 67
Dalam Menggunakan Perisian Yang
Dibekalkan Oleh KPM Kepada
Pihak Sekolah ?
5.3 Rumusan Kajian 69
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
RUJUKAN 72
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan Item Soal Selidik 30
3.2 Jadual Perubahan Item Soal Selidik 31
3.3 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha 34
Cronbach (Kajian Rintis)
3.4 Pengelasan skala Likert lima peringkat 37
3.5 Jadual Pemeringkatan Min 38
4.1 Perbandingan Nilai Pekali Kebolehpercayaan 42
Alpha Cronbach Kajian Rintis Dengan Kajian
Sebenar
4.2 Taburan Jantina Responden 43
4.3 Taburan Umur Responden 43
4.4 Taburan Mengikut Pengkhususan Guru 44
Pelatih Matematik
4.5 Taburan PNGK Semasa Guru Pelatih 44
Matematik
4.6 Pengalaman Pelatih Menggunakan 46
Komputer Mengikut Tahun
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 48
Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT
Dalam Aspek Pengurusan dan
Pentadbiran Sekolah
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 50
Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT
Dalam Aspek Peralatan Dan Perkakasan
xii
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 52
Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT
Dalam Aspek Kemahiran Mengendalikan
Peralatan ICT
4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 54
Responden Bagi Masalah Penggunaan ICT
Dalam Aspek Penggunaan Perisian PBK
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan 56
Kajian Dengan Tahap Masalah
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Prosedur Kajian 35
xiv
SENARAI SINGKATAN
ETeMS = English for Teaching Mathematics
and Science
ICT = Information and Communication
Technology
IPTA = Institusi pengajian Tinggi Awam
LCD = Liquid Crystal Display
MSC = Multimedia Super Corridor
KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P = Pengajaran dan pembelajaran
PBK = Pembelajaran Berasaskan Komputer
PC = Personal Computer
PIPP = Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PNGK = Purata Nilai Gred Kumulatif
PPSMI = Pengajaran Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris
RRJP3 = Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
SPM = Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Matematik
SPT = Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan Matematik
SPSS = Statistical Package Of Sciences
TMK = Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal selidik (Kajian Rintis) 77
B Soal selidik (Kajian Sebenar) 80
C Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 84
Cronbach Kajian Rintis (Keseluruhan)
D Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha 86
Cronbach Kajian Sebenar (Keseluruhan)
E Nilai Taburan Setiap Item 88
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (ICT) telah menjadi
satu fenomena biasa dalam sesebuah kehidupan manusia pada ketika ini. Setiap hari
masyarakat di merata-rata tempat sudah semestinya menggunakan kemajuan
teknologi ini untuk menguruskan kehidupan mereka secara lebih teratur. Menurut
Zainuddin , M. Rashid, M. Ali , Nur Husna dan Zainuddin (2008b), secara umumnya
ICT bermaksud peralatan komunikasi yang digunakan untuk memperoleh maklumat
dengan lebih luas seperti melalui telefon, internet, komputer, teknologi satelit dan
lain-lain alat komunikasi.
Pengajaran berasaskan ICT di sekolah telah wujud sejajar perkembangan
Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC) . Sejajar dengan
pembangunan MSC, pengajaran secara bestari juga telah diterapkan di sekolah-
sekolah. Penggunaan peralatan ICT juga digunakan selaras dengan program
Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah bermula
pada tahun 2003. Sehubungan dengan itu guru pelatih perlu mengusai kemahiran
ICT dalam menjamin pengajaran yang berkesan. Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001), penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
2
Menurut Ahamad Sipon (2006), Walaupun ICT seringkali dianggap sebagai
pengupaya kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan
tetapi ia memerlukan penguasaan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran
berfikir, kemahiran belajar dan kemahiran pemudahcaraan bagi memberi makna
yang lebih lengkap terhadap penggunaannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian
ICT dalam pendidikan hendaklah merangkumi pemupukan kemahiran-kemahiran
tersebut. Justeru penganjuran kursus dan konvensyen untuk guru-guru sentiasa
diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan guru terhadap kemahiran ICT.
Menurut Tan (1998), buat masa sekarang boleh dikatakan bahawa gambaran
tentang tahap pengetahuan dan kemahiran komputer guru-guru serta sikap guru-guru
terhadap komputer masih samar-samar. Oleh itu adalah sangat penting bagi kita
menjalankan lebih banyak kajian untuk menentukan tahap pengetahuan dan
kemahiran komputer serta sikap para pendidik terhadap komputer sebelum rancangan
untuk memperkenalkan komputer dilaksanakan.
Apabila komputer mula diperkenalkan ke dalam bilik darjah, literasi
komputer sudah memadai untuk mendidik guru dan pelajar tentang perkakasan dan
perisian komputer. Kini sekolah dan masyarakat telah menerima teknologi komputer
dan keperluan pendidikan telah menjangkaui lebih dari penguasaan literasi komputer.
Guru-guru perlulah mendalami dan menguasai kemahiran teknologi maklumat untuk
menghasilkan persekitaran pembelajaran multidimensi dengan komputer sebagai
komponen integral kurikulum (Hong, 2002).
Sejajar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020 seperti
yang dirancangkan dalam Wawasan 2020, maka dunia pendidikan di Malaysia tidak
terlepas dalam arus pemodenan pendidikan melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, (PIPP). Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada
globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menyediakan
program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia selaras dengan pemodenan
negara (PIPP 2006-2010, 2006).
3
1.2 Latar Belakang Masalah Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadi suatu keperluan
kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dalam segenap bidang seperti
perniagaan, pentadbiran kerajaan, perubatan dan tidak terkecuali bidang pendidikan.
Pendedahan dan pemantapan kemahiran kepada pendidik amat perlu untuk
melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran global. Oleh itu warga
pendidik perlulah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT
dalam menyahut cabaran era globalisasi.
Dalam arus pemodenan dunia globalisasi ini, penggunaan komputer khususnya
teknologi maklumat dan telekomunikasi dalam bidang pendidikan bukan lagi sesuatu
perkara yang asing lagi bagi sesebuah negara membangun dan negara maju. Menurut
Zainuddin et al. (2008b), terdapat dua perkara yang mempengaruhi kejayaan
penggunaan ICT dalam pendidikan iaitu aspek guru dan perkakasan. Aspek guru
meliputi perkara seperti pengetahuan dan kemahiran ICT, minat dan sikap yang positif
terhadap ICT. Aspek perkakasan merangkumi perkara seperti kemudahan dan
kebolehcapaian ICT di sekolah, penggunaan serta pengaplikasian terhadap perkakasan
ICT. Menurut Law (2006), pengagihan masa yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran serta pengajar mendapat galakan sepenuhnya daripada pentadbir sekolah
sememangnya amat diperlukan.
Kemahiran dan pengetahuan guru dalam menguruskan dan mengendalikan
peralatan ICT menjadi tunggak kepada kejayaan untuk pembestarian pengajaran.
Guru masa kini perlulah semakin berpengetahuan dan sentiasa peka dalam
persediaan menggunakan ICT semasa pengajaran dan pembelajaran. Menurut
Balakrishnan, Borhan, Chong , Hj Md Din dan Lim (2004), tidak dinafikan bahawa
guru yang mengajar dengan komputer terpaksa mendapat sokongan dari pelbagai
pihak, antaranya mereka mendapat sokongan dari rakan sejawat yang pernah
menghadiri kursus komputer dan sokongan lain seperti pihak pentadbir yang sentiasa
mengambil berat terhadap kompeten guru dalam mengendalikan ICT.
4
Selain itu, wujud juga faktor penghalang dalam usaha guru untuk
menggunakan kelengkapan peralatan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan dari kajian Law (2006), faktor-faktor penghalang yang
mempengaruhi pengajar menggunakan kelengkapan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah pengajar sukar mendapat bantuan juruteknik luar sekolah selain
berkait rapat dengan sikap pengajar yang belum bersedia untuk menggunakan
kelengkapan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna
kesediaan guru adalah penting dalam memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berlaku dengan baik ketika menggunakan kelengkapan dan
peralatan ICT.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam
membangunkan bidang pendidikan sebagai salah satu agenda utama negara untuk
memastikan hasrat mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan celik IT. Namun
wujud cabaran-cabaran dalam merealisasikannya, satu daripada cabaran yang
dihadapi oleh KPM adalah untuk membekalkan kemudahan ICT yang cukup dan
terkini dengan rangkaian internet kepada semua peringkat organisasi pendidikan bagi
memperluas penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
pendidikan. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, KPM perlu menyediakan kemudahan
peralatan yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke
arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan ( KPM, 2003).
Menurut Ahmad Sipon (2006), peluasan penggunaan dan kemajuan yang
telah dicapai setakat ini dalam bidang ICT di Malaysia adalah sesuatu yang boleh
dibanggakan. Langkah Kerajaan melaksanakan pelbagai projek dan program ICT
dalam pendidikan seperti Projek Makmal Komputer, Program Sekolah Bestari,
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, dan
Projek SchoolNet telah berjaya menggerakkan minat warga pendidik melibatkan diri
dalam ICT dan bukan lagi menjadi sesuatu perkara yang asing bagi warga pendidik
mahupun murid di sekolah. Apa yang perlu diberi perhatian adalah aspek
membudayakan ICT sebagai budaya kerja guru. Pembudayaan ICT memerlukan
masa. Gaya hidup masa sekarang yang antara lain melibatkan peluasan penggunaan
5
teknologi wayarles sama ada melalui telefon bimbit mahupun komputer riba telah
menyemarakkan minat dalam menggunakan ICT dalam kalangan warga pendidik dan
masyarakat amnya. Ini merupakan suatu perkembangan baru yang wajar
dieksploitasikan untuk faedah pendidikan.
Penguasaan dan pengetahuan asas dalam bidang komputer juga dapat
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ini jelas
kerana pengetahuan dan kemahiran baik dalam ICT dapat meningkatkan keyakinan
guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian Wan Mohamad,
Hazlina, Zakaria, Zari dan Hj Ismail (2002), menunjukkan bahawa lebih daripada
80% guru-guru memberi persepsi yang positif terhadap ICT berhubung dengan
profesion keguruan. Namun masih wujud halangan yang membantutkan penggunaan
ICT dalam pengajaran mereka. Halangan utama penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah ramai di kalangan guru-guru yang masih ‘tidak celik ICT’.
Untuk itu, pengurusan pendidikan haruslah memberi perhatian dengan mengadakan
bengkel dan kursus bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-
guru sekolah.
Menurut Megat Aman, Baharudin, Jamaluddin dan Mohd Zolkifli (2007),
masih terdapat pelajar yang masih kekurangan kemahiran terutama dalam aspek
pengendalian peralatan dan perkakasan ICT serta didalam aspek pengesanan
masalah alatan atau perisian ICT namum mereka menyatakan bahawa pelajar-pelajar
yang menjalankan latihan mengajar pada sesi 2007/2008 di UTM mempunyai tahap
kemahiran ICT yang tinggi dalam aspek pengendalian perisian pemproses kata dan
perisian persembahan seperti Microsoft Word dan Microsoft Power Point.
Menurut kajian Jamaluddin, Tajularipin dan Sidek (2008), guru pelatih
didapati kurang mahir menjalankan pengajaran berbantukan komputer. Kemahiran
mengajar berbantukan komputer merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai
guru pelatih kerana kebolehan guru menggunakan komputer dalam pengajaran akan
dapat membantu pelajar berfikir lebih kreatif dan inovatif serta lebih bersedia
meneroka kaedah baru dalam proses pembelajaran. Kajian beliau juga menunjukkan
tahap kemahiran penggunaan ICT guru-guru pelatih masih sederhana. Ini bermakna
6
guru-guru pelatih perlu meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan ICT
bagi membantu proses pengajaran mereka. Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001), guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai
kemahiran asas ICT seperti pengetahuan kemahiran asas pengendalian komputer dan
sistem pengoperasian komputer, asas perisian pemproses kata, asas perisian
persembahan dan juga grafik.
1.3 Pernyataan Masalah
Semua pihak sedia maklum bahawa semua sekolah kini dibekalkan peralatan
ICT seperti komputer peribadi (PC), pemancar LCD, perisian Pembelajaran
Berasaskan Komputer (PBK) serta beberapa peralatan lain dalam melengkapkan
pengajaran ke arah pembelajaran bestari. Sekolah juga turut dilengkapkan dengan
makmal komputer melalui projek schooolnet untuk memudahkan pelajar dan guru
menggunakan peralatan ICT serta mendapatkan maklumat melalui internet. Selain
itu, perbekalan peralatan ICT juga diperluaskan lagi kepada semua sekolah melalui
projek PPSMI yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Namun wujud kekangan di
mana terdapat guru-guru pelatih masih berhadapan dengan masalah mengendalikan
peralatan ICT, tahap pengetahuan dan penguasaan kemahiran ICT yang sederhana,
kegagalan untuk mengaplikasikan perisian berbantukan komputer dan masalah
pengurusan di antara pihak pentadbiran sekolah dengan guru. Oleh itu kajian ini
dijalankan untuk mengetahui sejauh mana permasalahan penggunaan ICT dalam
aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah, peralatan dan perkakasan, kemahiran
mengendalikan peralatan dan juga aspek perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK). Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan UTM di mana
respondennya terdiri dari pelajar tahun akhir Pendidikan Matematik yang telah
menjalani latihan mengajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya kajian ini mempunyai objektif seperti berikut:
i. Mengenalpasti masalah penggunaan peralatan ICT yang
timbul dari aspek pengurusan serta pentadbiran sekolah.
ii. Mengenalpasti masalah penggunaan peralatan ICT dalam
aspek peralatan atau perkakasan ICT.
iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam
kemahiran mengendalikan peralatan ICT di sekolah
iv. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam
menggunakan perisian PBK yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Secara khususnya kajian ini mempunyai persoalan kajian seperti berikut:
i. Apakah masalah penggunaan peralatan ICT oleh guru pelatih
dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah semasa mereka
menjalani program latihan mengajar?
ii. Apakah masalah yang dihadapi guru pelatih dalam
menggunakan peralatan ICT dari aspek peralatan atau
perkakasan ICT?