BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan,...
Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileict untuk pengajaran dan pembelajaran: keperluan,...
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: ICT UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KEPERLUAN,
TAHAP KEMAHIRAN DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR
KEJURUTERAAN UTM SKUDAI
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NURHASHIMAH BINTI HASSIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( � )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
D4, PAKR PADANG SETENGE, JLN
JENAGOR, 21700 KUALA BERANG,
HULU TERENGGANU, TERENGGANU
DARUL IMAN
ENCIK ABDUL RAZAK B. IDRIS
Nama Penyelia
Tarikh: 16 APRIL 2010 Tarikh: 16 APRIL 2010
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan : …………………………..
Nama penyelia : Encik Abdul Razak bin Idris
Tarikh : 16 April 2010
ICT UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KEPERLUAN, TAHAP
KEMAHIRAN DAN SOKONGAN KEPADA PELAJAR KEJURUTERAAN UTM
SKUDAI
NURHASHIMAH BINTI HASSIM
Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………..
Nama penulis : Nurhashimah Binti Hassim
Tarikh : 16 Mac 2010
v
DEDIKASI
Untuk ayahanda…
Hassim bin Mohamad
Bonda tersayang...
Rohani binti Mahmood
Terima Kasih di atas pengorbanan dan doa untukku...
Ketabahanmu mengajarku erti kepayahan...
Buat adik-adikku...
Nur Hidayah, Nur Hasliza, Mohd Hasrul Hakim,
Allahyarhamah Nur Ashikin, Nurul Fadzilah, Nurul Fazlin,
dan Nurul Fathaniah
Kalianlah pembakar semangatku...
Jadikan kejayaanku pendorong buatmu semua...
Terima Kasih...
Buat semua ahli keluarga...
Untuk rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi...
Terima Kasih di atas persahabatan dan sokonganmu...
Semoga segalanya mendapat rahmat dari
Allah S.W.T.
vi
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah Subhanahuwa Ta’ala, Tuhan semesta alam, yang
sentiasa mencurahkan salawat dan salam atas kekasihNya, Rasullulah
Shallallahu’alaihi Wasallam, beserta keluarganya, sahabatnya, dan orang-orang yang
mengikuti sunnahnya hingga hari kebangkitan.
Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas saya kalungkan khas buat penyelia projek,
Encik Abdul Razak bin Idris kerana telah memberikan tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang proses penghasilan projek ilmiah ini. Segala panduan dan bimbingan yang
beliau curahkan banyak membantu saya untuk melakukan yang terbaik.
Perhargaan yang tidak terhingga juga saya kalungkan buat keluarga tersayang
– ayah, emak, dan adik-beradik di atas sokongan moral dan doa kalian selama ini.
Ribuan terima kasih juga buat responden-responden yang telah memberikan
kerjasama dan komitmen dalam menyempurnakan projek ini.
Seterusnya, terima kasih juga diucapkan buat rakan-rakan seperjuangan yang
membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan menyiapkan projek ilimiah ini. Sekian, terima kasih.
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah berdasarkan tiga objektif kajian iaitu
mengenalpasti keperluan ICT pelajar dalam P&P untuk meneruskan pengajian
(Bahagian B), mengenalpasti tahap kemahiran ICT pelajar terhadap keperluan ICT
pelajar (Bahagian C), dan mengenalpasti kemudahan ICT dalam menyokong
keperluan ICT pelajar (Bahagian D). Responden kajian terdiri daripada pelajar-
pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Pelajar-pelajar adalah
dari empat fakulti kejuruteraan iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti
Kejuruteraan Elektrikal, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli,
dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan jumlah keseluruhan seramai 366 orang
pelajar. Penyelidik telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 65
item berbentuk soalan objektif sebagai alat kajian bagi mendapatkan data. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.8425 bagi Bahagian B, α = 0.8606 bagi
Bahagian C, dan α = 0.8367 bagi Bahagian D. Data yang telah dikumpul dianalisis
secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min serta dipersembahkan
dalam bentuk jadual. Dapatan kajian mendapati pelajar-pelajar memerlukan
keperluan ICT yang disenaraikan iaitu internet, portal universiti, email, rangkaian
sosial, dan komputer. Selain itu, pelajar-pelajar didapati berkemahiran tinggi dalam
ICT serta berpuashati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is based on three objectives which were to identify
the ICT needs of students in teaching and learning (Part B), to identify students’ level
of ICT skills towards their ICT needs (Part C), and to identify the ICT facilities that
support students’ ICT needs (Part D). Research respondent constitute of engineering
students at Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Students were from four faculty of
engineering namely Faculty of Civil Engineering, Faculty of Electrical Engineering,
Faculty of Chemical and Natural Resource Engineering, and Faculty of Mechanical
Engineering with total amount as many as 366 students. Researcher had used
questionnaire form which contains 65 items shaped in objective question as research
tool to get data. Reliability value of the instrument were α = 0.8425 for Part B, α =
0.8606 for Part C, and α = 0.8367 for Part D. The collected data were descriptively
analyzed in frequency form, percentage, and mean and were presented in tables.
Study found that students need ICT's need listed namely internet, university portal,
email, social network, and computer. Apart from that, students found high skilled in
ICT and satisfied with those facilities provided by university.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARAMUKA
SURAT
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop dan Had kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Penutup 9
x
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Keperluan ICT Pelajar-Pelajar Dalam P&P 12
2.3 Kemahiran ICT Pelajar-Pelajar 13
2.4 Kemudahan ICT yang Menyokong
Keperluan ICT Pelajar-Pelajar 15
2.5 Kesimpulan 16
2.6 Penutup 16
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 17
3.2 Rekabentuk Kajian 17
3.3 Prosedur Kajian 18
3.4 Persampelan 19
3.5 Instrumen Kajian 21
3.6 Kajian Rintis 23
3.7 Analisis Data 23
3.8 Penutup 25
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 26
4.2 Analisis Latar Belakang Pelajar (Bahagian
A)26
4.2.1 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jantina 27
4.2.2 Latar Belakang Pelajar Mengikut Fakulti 27
4.2.3 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jenis
Akaun Rangkaian Sosial28
4.2.4 Latar Belakang Pelajar Mengikut Jenis
Medium untuk Mengakses Internet29
xi
4.2.5 Latar Belakang Pelajar Mengikut Pemilikan
Dekstop/Laptop30
4.3 Analisis Keperluan ICT Pelajar-Pelajar
Dalam P&P (Bahagian B)30
4.4 Analisis Tahap kemahiran ICT Pelajar-
Pelajar (Bahagian C)34
4.5 Analisis Kemudahan yang Menyokong
Keperluan ICT Pelajar-Pelajar (Bahagian D)39
4.6 Penutup 40
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbincangan 42
5.2.1 Keperluan ICT Pelajar dalam P&P dalam
Pengajian di UTM42
5.2.2 Tahap Kemahiran ICT Pelajar dalam P&P
dalam Pengajian di UTM45
5.2.3 Kemudahan ICT yang Disediakan oleh
UTM Mampu Menyokong Keperluan ICT
pelajar
46
5.3 Kesimpulan 47
5.4 Cadangan 48
5.5 Cadangan Kajian Lanjut 48
5.6 Penutup 49
RUJUKAN 50
LAMPIRAN 53
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Senarai pihak yang bekerjasama semasa
menjalankan kajian
18
3.2 Langkah-langkah penyelidikan 19
3.3 Jadual populasi dan sampel responden 20
3.4 Pembahagian item mengikut Skala Likert
(Bahagian B dan D)
22
3.5 Pembahagian item mengikut Skala Likert
(Bahagian C)
23
3.6 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi
soalan Bahagian B
24
3.7 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi
soalan Bahagian C
24
3.8 Skala pemeringkatan Likert untuk min bagi
soalan Bahagian D
24
3.9 Klasifikasi analisis min 25
4.1 Taburan demografi pelajar mengikut jantina 27
4.2 Taburan demografi pelajar mengikut fakulti 27
4.3 Taburan demografi pelajar mengikut jenis
akaun
28
4.4 Taburan demografi pelajar mengikut jenis
kemudahan mengakses internet
29
4.5 Taburan pelajar mengikut pemilikan
desktop/laptop
30
xiii
4.6 Rumusan kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawaian bagi keperluan ICT pelajar
dalam P&P dan kehidupan sosial
30
4.7 Rumusan kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawaian bagi tahap kemahiran ICT
pelajar dalam P&P dan kehidupan sosial
34
4.8 Rumusan kekerapan, peratus, min dan
sisihan piawaian bagi Kemudahan ICT
yang disediakan oleh UTM
39
xiv
SENARAI SIMBOL
α Alfa
% Peratus
& Dan
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Soal selidik kajian 53
B Surat memohon kebenaran mendapatkan
maklumat
60
C Data SPSS Bahagian B 61
D Data SPSS Bahagian C 62
E Data SPSS Bahagian D 63
xvi
SENARAI SINGKATAN
ICT Information and Communication
Technology
ITUCE Unit Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan
Awam
KM Kurang Mahir
KPM Kementerian Pengajian Malaysia
KS Kurang Setuju
M Mahir
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
S Setuju
SM Sangat Mahir
SPSS Statistical Package for the Social Science
SS Sangat Setuju
STM Sangat Tidak mahir
TM Tidak Mahir
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia kini semakin pantas berlaku
seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT). Justeru itu, negara mengalami paradigma yang besar dengan mengaplikasikan
penggunaan ICT dalam sistem pendidikan. Peranan ICT dalam sistem pendidikan
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Para pelajar di institusi pendidikan
seharusnya mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT yang
sememangnya diperlukan untuk mencapai kecemerlangan. Pengetahuan dan
kemahiran ICT dapat membantu para pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan ICT dalam sistem pendidikan masa kini sememangnya tidak dapat
menggantikan kaedah tradisional dalam P&P, namun penggunaannya amat ketara
sebagai bantuan tambahan dalam P&P kerana ICT juga merupakan salah satu cara
untuk pengukuhkan pengetahuan pelajar (Barak dan Dori, 2005). Dengan
menggunakan ICT, pemprosesan maklumat dan penyelesaian masalah dapat
diimplementasikan ke dalam kurikulum (Barak, 2007).
Penggunaan ICT yang meluas dalam P&P di institusi pengajian tinggi
memberi kesan terhadap tahap pencapaian pelajar. Justeru itu, pelajar yang
menggunakan ICT dilihat lebih cemerlang dalam akademik jika dibandingkan
dengan pelajar yang tidak menggunakan kemudahan ICT. Ini kerana dengan ICT,
mutu bahan P&P dapat ditingkatkan dan lebih interaktif. Ini menarik perhatian para
pelajar untuk fokus terhadap sesi P&P. Davies, Szabo dan Montgomerie (2002)
2
dalam Reginald Gregoire inc. et al. (1996) bersetuju mengatakan ICT menyumbang
dalam P&P. ICT dilihat dapat meningkatkan motivasi pelajar, mendorong
pembelajaran secara lebih mendalam dalam sesuatu subjek, meningkatkan kerjasama
dan semangat berpasukan, dapat membekalkan suasana P&P yang nyata,
meningkatkan pengawasan guru and interaksi dua hala, kepelbagaian kaedah
penilaian, guru dapat mengakses sumber P&P dengan mudah, dan meningkatkan
kerjasama secara professional. Oleh itu, ICT perlu dalam P&P di mana ICT
memberi impak positif dalam pendidikan.
Selain penggunaan ICT dalam sesi P&P, penggunaannya juga dapat dilihat
dalam aktiviti sosial para pelajar. Internet dapat menghubungkan mereka antara satu
sama lain dengan mudah, cepat dan menjimatkan kos. Contohnya dengan
penggunaan Facebook, Tagged, Friendster dan sebagainya. Oleh itu, pelajar-pelajar
memerlukan kemahiran untuk menggunakan ICT. Kemahiran-kemahiran ICT tidak
hanya tertumpu kepada aktiviti sosial, namun perlu juga dalam aktiviti akademik.
Contohnya pencarian maklumat dengan berbantukan ICT. Barista dan Martinez
(2008) menyatakan bahawa pelajar-pelajar menggunakan ICT bagi kedua-dua
keperluan mereka iaitu untuk proses P&P dan sosial. Ini mengukuhkan lagi
pernyataan bahawa ICT amat penting bagi pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah.
Penggunaan ICT dalam P&P sememangnya dapat membantu proses
penyampaian maklumat kepada pelajar seterusnya meningkatkan pemahaman
pelajar. Kenyataan ini tidak dapat disangkal lagi berikutan perluasan penggunaannya
dalam sistem pendidikan negara. ICT dilihat dapat mengembangkan tahap dan taraf
pendidikan negara ini. Justeru itu, KPM menekankan pembangunan ICT, contohnya
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, pendidik dan
individu dan menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P. Oleh itu, bersesuaian
dengan tujuan memartabatkan sistem pendidikan Malaysia di mata dunia, tiga dasar
telah digubal oleh KPM (2003) iaitu:
3
Dasar pertama
Mengaplikasikan literasi ICT untuk semua pelajar, iaitu pelajar memperoleh
kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
Dasar kedua
Menggunakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat
P&P
Dasar ketiga
Menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan sistem pengurusan.
Dalam kajian ini, penyelidik hanya memfokuskan kepada tiga topik ICT
dalam P&P pelajar-pelajar kejuruteraan di kampus UTM Skudai. Topik pertama
yang dibicarakan ialah tentang tahap penguasaan pelajar dalam ICT. Sememangnya
tidak dinafikan penggunaan ICT diaplikasikan dalam P&P terutamanya dalam
pendidikan tinggi. Pelajar-pelajar didedahkan dengan begitu banyak teknologi ICT
yang kini mengawal kehidupan seharian mereka sebagai pelajar. Contohnya,
penggunaan telefon bimbit dan internet. Kedua-duanya amat penting untuk
penyebaran maklumat, menyokong aktiviti P&P dan aktiviti sosial. Melalui telefon
bimbit dan internet, segala maklumat yang ingin disebarkan dapat disampaikan
dengan cepat dan mudah. Kenyataan ini disokong oleh Bunford (2004) yang
menyatakan bahawa pelajar-pelajar memerlukan IT untuk menyokong P&P mereka.
Kemudahan internet memudahkan pelajar-pelajar berbincang secara online dan
mengakses kebanyakan bahan P&P. Pelajar-pelajar berinteraksi dengan kemudahan
ICT untuk mencapai matlamat P&P. Davies, Szabo dan Montgomerie (2002) dalam
Reginald Gregoire inc. et al. (1996) mengatakan ICT dapat meningkatkan motivasi
pelajar-pelajar. Dengan motivasi yang tinggi, tidak mustahil pelajar-pelajar
cemerlang dalam akademik mereka. Namun begitu, sejauh manakah pelajar-pelajar
ini menguasai ICT untuk membantu P&P mereka walhal ICT diaplikasikan dalam
kehidupan harian mereka. Ini disokong dengan kenyataan Riddle dan Howell
(2008), pelajar universiti menggunakan dengan meluas kemudahan ICT tetapi,
adakah kemahiran yang dimiliki oleh pelajar-pelajar dapat membantu keperluan ICT
4
yang diperlukan.
Walaubagaimanapun, apakah keperluan ICT yang diperlukan oleh pelajar-
pelajar kejuruteraan ini? Ini disebabkan, keperluan ICT amat penting dalam menjana
kemahiran ICT yang diperlukan oleh pelajar. Keperluan ICT yang diperlukan oleh
pelajar-pelajar kejuruteraan ini haruslah berkaitan dengan keperluan mereka dalam
bidang pekerjaan. Antara keperluan ICT adalah pemprosesan maklumat, pencarian
maklumat, pengaturcaraan komputer, dan sebagainya. Keperluan-keperluan ini
termasuk dalam kurikulum dan silibus P&P. Baharin, Mohd Nur Asmawisham,
Mohd Zulkifli dan Mohd Zamri (2004) daripada Unit Teknologi Maklumat
Kejuruteraan Awam, ITUCE menyatakan bahawa kurikulum dan silibus P&P
sentiasa mengambil kira keperluan industri bagi memastikan ianya selari dengan
keperluan dan aspirasi negara dalam bidang kejuruteraan awam. Ini menunjukkan
bahawa keperluan ICT pelajar-pelajar amat penting sehingga negara memandang
serius tentaang keperluan-keperluan ini dengan menetapkan silibus yang sentiasa
terkini. Ini ditambah pula dengan arus pembangunan ICT di samping perubahan
halatuju ekonomi ke arah era ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi)
menyebabkan ilmu menjadi aset penting.
Sehingga kini pelajar-pelajar dilihat dapat mengadaptasikan diri dengan
pengunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka sebagai seorang pelajar. Adakah
pelajar-pelajar ini menghadiri kelas formal berkaitan ICT ataupun hanya dengan
mengeksplorasi ICT itu sendiri. Di universiti,lazimnya terdapat bengkel-bengkel
yang menyediakan latihan tentang penggunaan ICT untuk membantu pelajar-pelajar.
Oleh itu, pelajar-pelajar tidak lagi memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan
kemahiran ICT yang diperlukan. Mereka juga tidak perlu berjalan jauh semata-mata
bagi tujuan ini walhal bengkel-bengkel yang disediakan masih berada di Malaysia.
Pihak universiti juga telah menyediakan infrastruktur ICT seperti kemudahan
wireless, pusat komputer, dan pusat sumber. Contohnya Fakulti Kejuruteraan Awam
di kampus UTM Skudai telah menubuhkan Unit Teknologi Maklumat Kejuruteraan
Awam, ITUCE pada tahun 1997 yang menyediakan infrastruktur ICT bagi
menyokong P&P. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah smart classroom,
makmal komputer, perisian komputer, sistem rangkaian dan e-mail, dan pusat
5
sumber. Kemudahan-kemudahan ini seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin
oleh pelajar-pelajar, namun adakah ianya mencukupi untuk menampung jumlah
pelajar yang agak ramai. Adakah kemudahan-kemudahan ini juga sesuai dengan
tahap penguasaan dan keperluan ICT pelajar-pelajar, sedangkan berjuta-juta ringgit
telah dilaburkan untuk menyediakan infrastruktur ICT oleh pihak universiti.
1.3 Pernyataan Masalah
Penggunaan ICT yang meluas dalam P&P dapat dilihat terutamanya dalam
sistem pendidikan di peringkat tinggi di mana pelajar-pelajar institusi pengajian
tinggi menggunakan ICT dalam kehidupan mereka untuk menyokong pembelajaran
mereka. ICT digunakan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan selain untuk
berkomunikasi dan menyokong P&P. Oleh itu, pelajar-pelajar perlu memahirkan diri
mereka untuk menggunakan ICT. Namun, kemudahan-kemudahan ICT juga perlu
bagi menjamin keperluan ICT pelajar-pelajar di samping kemahiran ICT yang
diperlukan.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah berdasarkan tiga objektif kajian
berikut terhadap pelajar-pelajar kejuruteraan di kampus UTM Skudai:
1.4.1 Mengenalpasti keperluan ICT pelajar dalam P&P untuk meneruskan
pengajian
1.4.2 Mengenalpasti tahap kemahiran ICT pelajar sesuai terhadap keperluan ICT
pelajar
1.4.3 Mengenalpasti kemudahan ICT dalam membantu proses P&P