Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
-
Upload
bdrul-hsham -
Category
Documents
-
view
261 -
download
0
Transcript of Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
1/22
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan,ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaanyang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi ceritadan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
2. Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :a). Mudah mempercayai benda-benda tahyulb). Kecetekan ilmu agamac). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
AKIDAH Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umatkerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmufardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.
Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islamterpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurundaripada nenek moyang terdahulu.
Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gusmenjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosayang tidak diampuni Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirikmempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yanglain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapayang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telahmelakukan dosa besar." Surah al-Nisa, ayat 48)
Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global
supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidahdi samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan denganperkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karutmarut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita samaada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan ataukepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama adadaripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaankarut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam;berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkandan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokokdan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
2/22
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam,memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagimenebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yangkononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenekmoyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial,bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memujakampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah danberkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah danmembuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannyajelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malamdikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adatmelenggang perut.
Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbidalam setiap sendi masyarakat Islam.
Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskanbahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatuperkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apayang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan
pahala)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada AllahYang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermaknakepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa
selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.
Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan RasulullahSAW melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: "Bukan darigolongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenungnasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayatTabrani)
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
3/22
Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan olehbomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jinseperti tukang sihir dan tukang tenung.
Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucianakidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yangmenyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslimdaripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dankesejahteraan hidup dunia akhirat.
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang laindari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidakmendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka
jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)."(Surah Yunus, ayat 106)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik danmenanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya,maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadisriwayat Ahmad dan Hakim)
Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan,adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.
Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidahseseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memeliharakesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalankhurafat yang menyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslimdaripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dankesejahteraan hidup dunia akhirat.
Khurafat dari segi bahasa bermaksud karut. Dari segi istilah bermaksud kepercayaan karutyang bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah serta bertentangan dengan akal.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
4/22
KHURAFAT MENURUT ISLAM:
PENGARUH DAN KESANNYA KEPADA AQIDAH UMAT ISLAM
PENDAHULUAN
Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Nusantara mempunyai pegangan dan keyakinan
tentang adanya kuasa ghaib yang mereka tidak nampak tapi dapat mereka rasai kesannya.
DINAMISME
Kepercayaan adanya tenaga yang tak berperibadi dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-
tumbuhan, benda-benda dan kata-kata.
Tenaga yang tak berperibadi 'MANA' Prestasi yang luar biasa yang dipunyai pemiliknya, Kulit
Limau Besar, Daun Silat, Inggu, Besi Berani, Keris dll.
ANAMISM
Kepercayaan adanya jiwa dan ruh yang dapat mempengaruhi alam manusia
1. Ruh atau anasir halus yang mempunyai kekuatan dan kehendak .
2. Kesenangan ruh perlu dijaga dan dipelihara.
3. Ruh org mati,gunung,sungai,batu dll.
HINDU
Kepercayaan kepada dewa-dewa
1. Dewa lebih berkuasa, lebih tinggi & mulia.
2. Penyembahan dewa lebih umum
3. Mempunyai pekerjaan-pekerjaan tertentu
DEFINISI KHURAFAT
Kamus Bahasa Arab:
(al-Mujam al-Wasit) Cerita-cerita yang mempesonakan yang dicampuradukkan dengan perkaradusta
(al-Marbawi) Cerita karut (karut marut)
Kamus Dewan:
KHURAFAT
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
5/22
Kepercayaan karut yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-
kejadian alam yang berlaku.
Kesimpulannya
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidah akidah
Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah sallallahu alaihi
wasallam.
CIRI-CIRI KHURAFAT
1. Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam.
2. Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
3. Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
4. Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
5. Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
6. Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus .
BENTUK-BENTUK KHURAFAT
Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu, telaga, batu, bukit, tongkat dan
sebagainya.
KERAMAT
1. Perkara yang luar biasa.
2. Anugerah Allah kepada hambanya yang salih.
3. Terjadi daripada orang salih.
4. Bukan dari benda-benda seperti tembikar, kubur, pokok dll.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
6/22
5. Bukan dari orang fasik.
6. Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan
sebagainya.
7. Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja
kampung, adat merenjis tepung tawar adat pantai dan sebagainya
TIDAK ADA SANGKAAN SIAL DLM ISLAM
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
Tidak ada burung, tidak ada penyakit menular dan tidak ada sial.
Anggapan sial itu adalah syirik. (ini diucapkan oleh Nabi sebanyak 3 kali)
JIN
1. Makhluk alam ghaib yang berakal, berkehendak, sedar dan ada kewajipan.
2. Ia berjasad halus dan hidup bersama-sama manusia di dunia ini.
3. Jin dicipta lebih dahulu daripada manusia.
4. Ia dicipta daripada api. Firman Allah dlm Al-Hijr 15: 26-27 yang bermaksud
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah liat yg kering (yang berasal)
dari Lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami menciptakan jin, sebelum itu, dari. api yg
sangat panas.
Firman Allah:
Maksudnya
Dan sesungguhnya ada beberapa orang di antara manusia meminta perlindungan kepada
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
7/22
beberapa orang di antara jin, maka jin-jin itu menambah dosa dan kesalahan bagi mereka. (Al-
Jin 72: 6)
Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi
yang dilakukan oleh petani-petani seperti bersemah (memuja semangat padi) dan membuang
ancak di sungai dan laut dan bermain pantai.
Rezeki Pemberian Allah
Firman-Nya Yg Bermaksud: Kamilah Yg Memberi Rezeki (Hud : 6)
Hendaklah Berusaha Banyak / Sedikit Ketentuan Allah
Kepercayaan kepada petanda-petanda, pantang larang dan mimpi. Contohnya seperti tidak bolehkeluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan sebagainya.
Sabda rasululullah s.a.w yang bermaksud: mimpi ada t iga jenis: mimpi yg datang dari allah,
mimpi kesedihan yang datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati
seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi.
Memuja objek-objek tertentu, pohon, roh nenek moyang, kubur-kubur yang dianggap wali dan
sebagainya.
Percaya kepada ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu.
Sabda Rasulullah s.a.w
Janganlah Engkau jadikan kuburanku sebagai berhala yang disembah. Sangat murka Allah
terhadap orang-orang yang membuat makam-makam para nabi sebagai tempat ibadat.
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal
seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah
http://www.facebook.com/share.php?u=http://halaqah.net/v10/index.php?topic=11886.msg154432 -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
8/22
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di
dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan
sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda
berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah
membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu
wa Ta'ala.
Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkanmanfaat kepadamu dan juga t idak dapat memberi mudharat kepadamu. Sekiranya engkau
mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri
sendiri dengan perbuatan syirik itu)
Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasa sial atau meminta diramalkan kesialannya atau
merenung nasib atau minta ditenungkan atau mensihirkan atau meminta disihirkan.
Sabda Rasulullah
Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan guna-guna itu syirik.
Sesiapa yang memakai tangkal, maka ia telah melakukan kesyirikan.
KESAN KHURAFAT TERHADAP UMAT ISLAM
1. MEROSAKAN AKIDAH
2. MENAMBAHKAN AMALAN BID'AH
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
9/22
3. HILANG KEPERCAYAAN KEPADA QADA DAN QADAR
4. HILANG SIKAP BERUSAHA
5. MUDAH BERPUTUS ASA
TIDAK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
Bahaya yang paling besar akan dihadapi umat Islam jika mempercayai khurafat dan beramal
dengannya ialah terjerumus ke lembah kesyirikan.
contoh kurafat:
1. tangkal azimat (pakai lilit kat pinggang, ikat di pergelangan tangan, ikat di leher, gantung di
depan pintu, alang rumah, )
selalu juga saya tengok bayi2 dipakaikan dgn benang hitam yang dijampi di pergelangan tangan
atau leher (kononnye utk menghalau roh jahat)
2. gagak bertenggek di rumah, maknenye ada petande buruk. (mempercayai haiwan tertentu
membawa sial)3. membuang ancak rumah utk menghalau hantu
4. mengunjungi kubur yang dianggap keramat
dll..
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-40 yang
bersidang pada 9 Aug 1996 telah membincangkan Khurafat Dan Azimat Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah
memutuskan bahawa bersetuju dengan garis panduan yang telah disediakan untuk dijadikan panduan kepada orang
ramai :
1. Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-
ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita
dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta.
2. Azimat ialah satu bentuk permohonan untuk mendapatkan pertolongan atau bantuan bagi manfaat diri sendiri
atau untuk memudharatkan orang lain dengan menggunakan objek-objek dan ayat-ayat tertentu yang dianggap
mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja.
3. Islam sangat menitikberatkan soal akidah dan syariat. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak
berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, hadith, ijmak dan qias adalah ditolak oleh
Islam.
4. Amalan memuja dan memohon pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh setengah bomoh dan
dukun adalah syirik dan menyesatkan orang-orang yang bersahabat dan menggunakan jin dan tukang sihir dan
tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.
5. Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu
pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan
menyeleweng dari ajaran Islam.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
10/22
Khurafat(Bahasa Arab:) ialahkepercayaankarut atautahyulyang diada-adakan
berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.
Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu:
1. Bertawasulkepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si matiterutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
2. Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu dibawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati
PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT
Kejahilan
Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan
syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri
dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.
Kepentingan peribadi
Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupunterpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.
Niat yang jahat
Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang
jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.
Pergaulan
Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan amalan
khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black Metal.
Keadaan sekeliling
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arabhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepercayaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepercayaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepercayaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tahyul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tahyul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tahyul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tawasul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tawasul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tawasul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tawasul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tahyul&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepercayaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Arab -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
11/22
Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor berleluasanya
jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh masyarakat Muslim
atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling masyarakat yang mendorong ke
arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.
Adat kebiasaan
Factor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat dalam
kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat, anggota masyarakat begitu
bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya mengadakan upacara
bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.
Kepercayaan Karut
Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan kepelbagaian
fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit demi sedikit amalan
tersebut.
Pengaruh politik
Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk terlibat
dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP sebagaimana
yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan ajaran-ajaran
khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes ajaran Taslim dan kes
ayah Pin di Terengganu)
Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-
1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka mudah
terpesong.
2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama.
3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk tujuan
pemujaan.
4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus berlaku
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
12/22
Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan
Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131)
Arab jahiliah taksub khurafat
18Mac
Patung Hubal yang diperbuat daripada batu akek merah dan berbentuk manusia tidak sahaja
memulakan tradisi penyembahan berhala di kalangan masyarakat Arab di zaman pra-Islam
malah patung itu turut berjaya merendahkan taraf pemikiran masyarakat itu.
Tidak cukup mereka mengadu nasib dan hal kepada berhala, masyarakat Arab itu juga
melakukan pelbagai cara untuk meramal nasib.
Iaitu animisme atau khurafat yang begitu kuat berakar umbi dalam pemikiran dan kuat menjadi
amalan.
Antara yang popular, mereka meramal nasib dengan azlam, iaitu anak panah yang belumdipasangkan bulunya yang digunakan ketika mereka hendak bermusafir, berkahwin dansebagainya berdasarkan.
Jika anak panah yang dilepaskan mengenai perkataan ya atau tidak semua itu nanti akanmempengaruhi perbuatan mereka.
Mereka juga percaya kepada kepakaran individu yang dikenali sebagai kahin, arraf danmunajjim, iaitu bagi menentukan perbuatan dan cara gaya hidup mereka tanpa sebarang
keraguan untuk mereka mempercayainya.
Ini apabila Kahin merupakan individu yang mempunyai kepakaran memberitahu mengenaiberita-berita alam semesta yang akan berlaku pada masa akan datang. Kahin juga mendakwa
mengetahui banyak perkara ghaib dan rahsia sebagaimana yang diberitahu oleh jin yang menjadi
sahabat si Kahin itu.
Arraf pula tidak ubahnya seperti pawang atau bomoh yang tempat mengadu kepada pelbagaimasalah termasuk bantuan mencari barang yang hilang atau dicuri.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
13/22
Munajjim pula yang meramalkan nasib seseorang itu menerusi ilmu-ilmu bintang. Namun yang
lebih teruk lagi masyarakat Arab Jahiliah ini sangat mempercayai Al Yiyarah iaitu menganggap
sial. Sehinggakan jika perjalanan mereka dipintas atau dihalang oleh binatang liar seperti ulardan sebagainya mereka menganggap ada kesialan dan menyebabkan mereka tidak meneruskan
perjalanan.
Segala kepercayaan karut dan amalan-amalan khurafat dan tahyul oleh masyarakat Arab ini
menjadi penyakit yang sukar disembuhkan. Menyebabkan turunnya banyak ayat dari Allah agar
ramalan atau merenung nasib diharamkan dan menjadi sebahagian ajaran penting Islam agarumat ini tidak mempercayai khurafat.
Namun kehadiran agama lain terutamanya, Kristian (Nasrani atau Masihi), Yahudi, Majusi danSabiah memberikan lagi kepelbagaian rupa dan wajah masyarakat Arab.
Kemasukan agama-agama itu dan menjadi anutan kepada sebahagian masyarakat Arab dengansebahagian lagi mengekalkan amalan menyembah berhala di samping ada sebahagian lagi
mempertahankan agama Ibrahim dan sebagainya menjadi naluri mempercayai tuhan ada dalamsetiap sanubari masyarakat ini.
Sesuatu yang agak positif walaupun sering terpesong. Mereka menyedari keterbatasan sebagai
manusia yang memerlukan yang paling di atas untuk menyempurnakan kehidupan danmemberikan kepada mereka perlindungan.
Agama Kristian berada di tanah Arab khususnya tertumpu di Wilayah Yaman akibat yang dijajaholeh Habsyah (kini Sudan) dengan bantuan tentera Rom pada tahun 340 (SM). Ini menyebabkan
gerakan penyebaran Kristian turut meresapi wilayah itu terutama ke Najran.
Dikatakan mereka tertarik memeluk agama Masihi atas faktor seorang lelaki Kristian yangbernama Pabimion yang dikatakan mempunyai pelbagai karamah menyebabkan ajakan beliau
untuk memeluk Kristian dapat diterima oleh penduduk Najran.
Apabila Yaman kemudiannya di bawah pemerintahan Yusuf Dhu Nuwas tragedi menimpa umat
Kristian. Semasa pemerintahan Dhu Nuwas inilah sebagai seorang penganut Yahudi beliau telahbertindak ganas membunuh penganut-penganut Kristian Najran. Iaitu setelah seruan beliau
supaya mereka memeluk agama Yahudi enggan diterima oleh penduduk Najran.
Akibat enggan, beliau telah menggali beberapa batang parit yang besar yang dinyalakan api di
dalamnya. Beliau kemudiannya menghumban penganut agama Nasrani itu ke dalam parit yang
sedang menyala-nyala api. Lalu meratah sehingga hangus setiap mereka, tanpa mengira mangsa,termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan orang tua habis kesemuanya dibakar di dalam parit itu.
Dalam peristiwa ini dikatakan seramai 20 hingga 30,000 penganut Kristian mati di tanganpenguasa kejam yang beragama Yahudi ini. Peristiwa disebut dalam surah al Buruj ayat 14,
melalui firman Allah yang bermaksud; Celakalah kaum yang menggali parit.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
14/22
Akibatnya, saki baki pengikut Kristian yang ada mengadukan tragedi yang menimpa mereka itu
kepada pemimpin-pemimpin atau Maharaja Rom supaya membalas perbuatan Yahudi itu. Sekali
lagi bala tentera dari Habsyah yang terdiri daripada hampir 70,000 armada lautnya menyerangYaman buat kali kedua. Akhirnya mereka menawan wilayah itu pada tahun 525 (SM).
Raja Najashi (Habsyah) meletakkan Ariyat sebagai pemerintah Yaman sehinggalah beliauberjaya dibunuh oleh Abrahah, yang merupakan salah seorang dari panglima perangnya.
Abrahah yang kemudiannya mendapat perkenan daripada Raja Najashi kemudiannya membinabangunan yang hampir serupa seperti Kaabah. Ia bagi mengalihkan tumpuan orang ramai ke
Kaabah di Kota Mekah kepada binaannya itu. Namun usahanya gagal kerana penduduk Arab
tetap tidak berganjak dari tumpuan yang mereka berikan kepada Kaabah.
Ini menyebabkan Abrahah mengepalai bala tentera yang besar, iaitu terdiri dari tentera bergajah
(Ashabul Fil Angkatan Bergajah) untuk menyerang Kota Mekah. Peristiwa ini seperti yangdiketahui umum, Abrahah bukan sahaja gagal menawan malah kalah dengan teruk.
Selain Hasbyah, pengaruh Kristian turut datangnya dari Mesir dan Syria (Syam) ke Tanah Arab.
Namun seperti yang diceritakan kisah sepupu Siti Khadijah Khuwailid (isteri Rasulullah) iaitu
Waraqah Bin Naufal. Dia memeluk Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Beliauyang mengesahkan mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagaimana beliau temui dalam
Kitab Injil.
Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Nabi Muhammad, dia tidak pernah memeluk
agama Islam. Selepas kematiannya, Nabi Muhammad dikatakan telah bermimpi melihat
Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Dalam masa yang singkat, iaitu di zaman pra-Islam itu, tidak dinafikan Kristian berjaya menjadi
agama utama di Timur Tengah. Namun dikatakan ajarannya telah dipenuhi ajaran yangdiperbaharui mengikut kepentingan pemimpin agama dan pengikutnya. Ini yang telah
melahirkan kelompok-kelompok Kristian yang saling bertentangan antara satu sama lain, iaitu
Katolik (Ortodoks), Anglican, Methodist dan Protestan.
Ramai yang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak
berpeluang membaca Al-kitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isuyang diperdebatkan
Ikuti bagaimana Yahudi melebarkan pengaruhnya sehingga terdapat banyak kabilah di TanahArab yang memeluk Yahudi. Adakah benar mereka Yahudi sedangkan agama itu merupakan
agama bangsa (Bani Israel).
Pengenalan
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksudjahil dantidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islamuntuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
15/22
masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arabdalam jangka masa selepas runtuhnyaEmpangan MaaribdiSabak. Jangka masa Zaman Jahiliah iniadalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam cartamasa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidakmengikut ajaran paranabidanrasulsebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,NabiMusa,Nabi Isa dan lain-lain.
Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakatBadwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu dibahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantaiSemenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidaklangsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat ArabJahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina danmeminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehinggamabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakatpulaadalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapamereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas
lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuanakan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yangboleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orangwanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Amalan Bidaah Dan Khurafat Safar
Posted 26/12/2011 by Shafi-Q inARTIKEL,Safar. Tagged:Kelebihan Dan Fadhilat Bulan
Safar,Khurafat Di Bulan Safar,Tiada Kesialan Pada Bulan Safar.1 Comment
http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maaribhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maaribhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maaribhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanitahttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanitahttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanitahttp://shafiqolbu.wordpress.com/category/artikel/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/artikel/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/artikel/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/bulan-islam/safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/bulan-islam/safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/bulan-islam/safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/khurafat-di-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/khurafat-di-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/khurafat-di-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/tiada-kesialan-pada-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/tiada-kesialan-pada-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/tiada-kesialan-pada-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/26/amalan-bidaah-dan-khurafat-safar/#commentshttp://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/26/amalan-bidaah-dan-khurafat-safar/#commentshttp://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/26/amalan-bidaah-dan-khurafat-safar/#commentshttp://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/26/amalan-bidaah-dan-khurafat-safar/#commentshttp://shafiqolbu.wordpress.com/tag/tiada-kesialan-pada-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/khurafat-di-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/kelebihan-dan-fadhilat-bulan-safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/bulan-islam/safar/http://shafiqolbu.wordpress.com/category/artikel/http://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#wanitahttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Rasulhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#Nabihttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#sabakhttp://smklsb.tripod.com/arb_jahiliah.htm#empangan%20maarib -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
16/22
Dalam bulan ini masih terdapat di kalangan masyarakat yang melakukan perkara bidaah dankhurafat yang jelas bercanggah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kepercayaan karut
tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitusebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang
bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh
amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang Islam..
Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat kesialan pada bulan Safar.
Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman iniakibat lemahnya keimanan dalam jiwa dan kejahilan mereka terhadap ilmu tauhid. Mereka
beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah menurunkan kemarahan dan hukuman
ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana terjadi, khususnya pada hari Rabu terakhir
bulan Safar..
Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan
bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yangtercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang
mempengaruhi keputusan-Nya.
.Firman Allah SWT:
Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan
tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131)Oleh itu bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur (ramalan buruk
kerana sesuatu), maka dia telah terjebak dalam lembah kesyirikkan.
.
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/khurafat-bulan-safar.pnghttp://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/khurafat-bulan-safar.png -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
17/22
Daripada Abdullah ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu)
maka dia telah berbuat syirik. (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748)
.
Daripada Abdullah Ibnu Masud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
.Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga
kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-
Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.(Hadis riwayat ImamAbu Dawud, no: 3411)
.
.
.
KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA ARAB
Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar
melainkan terdapat keperluan yang mendesak.
Sebagai contoh dalam kitab al-Futuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk
menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekattersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu.
Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syaikh tarekat tersebut Abdullah Faiz Daghestaniberkata: Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia.Sesiapa yang mengekalkan adab tersebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi
oleh Allah yang Maha Kuasa.
.
Perkara yang disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkanoleh sesuatu perkara adalah sinonim dengan masyarakat jahiliyah. Contohnya;
.
1. Sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan mereka akan melihat pergerakan sesetengah
jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri, ke kanan,ke atas atau ke bawah. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi
keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/burung-merpati.jpg -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
18/22
tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka
membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut.
.2. Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafirakan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka
mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, makamereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, bagindamenyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.Riwayat Abu Nuaim al-Asfahanidi dalam Hilyah al-Auliya.
.
Islam menyelar budaya tathayyur ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yangmencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara
selain daripada Allah SWT dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudharat atau
manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendakdan kekuasaan-Nya semata-mata.
.
Firman Allah SWT:
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkankami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang
beriman bertawakal. (At-Taubah 9: 51).
.
.
KEPERCAYAAN KHURAFAT DUNIA MELAYU
Masyarakat Melayu juga turut mempercayai bahawa bulan Safar ini merupakan bulan turunnya
bala bencana dan malapetaka. Lantaran itu beberapa amalan bidaah telah dicipta sempena bulanSafar bagi menghindari sebarang bentuk malapetaka yang berkaitan dengan kedatangan bulan
tersebut. Setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai suatu cara untuk
menolak bala.
Antara amalan khurafat yang popular ialah;.
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
19/22
1. Pesta Mandi SafarMasyarakat terutamanya yang tinggal berhampiran sungai atau pantai akan mengadakan upacara
mandi beramai-ramai dan bersuka ria dengan kepercayaan perbuatan berkenaan kononnya boleh
menghapuskan dosa dan menolak bala.Mereka berarak menuju ke destinasi terpilih diiringi dengan alunan muzik, nyanyian, jampi
serapah dan alunan zikir tertentu. Setelah itu mereka mambaca jampi tertentu atau menulis ayat-
ayat tertentu di atas kertas lalu memasukkannya ke dalam bekas berisi air dan mandi dengannya.Sebenarnya amalan mandi Safar ini diwarisi dari budaya Hindu.
Sebaliknya pesta berkenaan menambah dosa kerana ada yang tergamak melakukan perbuatan
terkutuk di sisi syarak dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas, malah
mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri..
2. Menulis Azimat
Berdasarkan kepercayaan karut itu ada yang menulis ayat wifiq pada
kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletakkan dalam tempayan, kolam, perigi atausungai untuk diminum atau mandi dengan airnya konon untuk mendapat perlindungan daripada
bala buruk pada hari berkenaan..
3. Majlis PerkahwinanKebanyakan masyarakat Islam terutama orang-orang tua tidak mahu mengadakan majlisperkahwinan dan keramaian dalam bulan Safar kerana mereka khuatir bahawa kedua-dua
pengantin tidak bahagia dan akan susah atau tidak mendapat zuriat dan mempercayai jodoh
pasangan pengantin tersebut tidak akan berkekalan.
.
4. Nasib MalangAda juga yang beranggapan bayi yang lahir pada bulan Safar bernasib malang dan hendaklah
dijalankan satu upacara khas untuk membuang nasib malang tersebut.
Bagi masyarakat Bajau di Sabah pula, mereka mempercayai bayi yang lahir pada bulan Safartidak bernasib baik. Lantaran itu, untuk mengelak sebarang kecelakaan ke atas bayi tersebut,
pada masa menyambut Maulud Nabi, bayi itu akan dibawa ke masjid untuk ditimbang.
http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/mandi-safar-azimat-crop.jpghttp://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/mandi-safar-1.jpghttp://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/mandi-safar-azimat-crop.jpghttp://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/12/mandi-safar-1.jpg -
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
20/22
Simboliknya ialah untuk meminta pertimbangan daripada Allah agar tidak memburukkan nasib
bayi tersebut.
.
5. KorbanTerdapat juga segelintir pihak yang beranggapan dianjurkan untuk mengerjakan ibadah korban
pada tarikh 27 Safar. .Kesemua ini merupakan perkara-perkara tahyul dan khurafat yang harus dibanteras sehingga ke
akar umbi. Lantaran itu hendaklah seluruh umat Islam menghindarkan diri dari melakukan
amalan-amalan bidaah tersebut.Allah SWT berfirman:
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihatkepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan
sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
(Surah Luqman 31: 13)...
.
TIDAK PERNAH DIAMALKAN
Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah
oleh Rasulullah SAW serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yangmengamalkannya.
Sabda Rasulullah SAW:Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitanagama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam al-
Bukhari, no: 2697)
Sesiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkaraberkaitan agama), maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 1718)
.
.
.
TIADA KEMUDARATAN
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulanyang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Baginda SAW sering
berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan
memberikan peringatan supaya jangan sekali-kali umat Islam beriktikad sial atau nahas Safarberupaya memudaratkan kehidupan manusia.
.Rasulullah SAW bersabda; Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak adathiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
21/22
tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar. (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu
Dawud, dan Ahmad r.a.)
.Rasulullah SAW bersabda; Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tigakali). Lalu beliau bersabda, Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial.
Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal.(HR. Abu Dawud) .Hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara
yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana ianya termasuk dalam kategori
amalan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah SWT tidak akanmengampunkan golongan yang mengsyirikannya melainkan bagi mereka yang bertaubat.
.
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya.Sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telahsesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa 4: 116).
.
Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah SWT kerana semuawaktu itu adalah ciptaan Allah SWT. Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya
dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang
baik dan penuh keberkatan. Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang
lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkanseperti bulan-bulan lain.
.
Allah SWT berfirman:
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin
Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima
apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahuiakan tiap-tiapsesuatu. (al-Taghaabun 64: 11).
Yakinlah bahawa Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT jadikan sebagai
kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat. Menganggap Safar sebagai bulan
pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik kerana tidak ada yang mampu memberikanmanfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT; sebagaimana firmannya;
-
7/30/2019 Pengertian Khurafat Dalam Islam Ialah Semua Cerita Sama Ada Rekaan Atau Khayalan
22/22
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya
kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia
memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah
Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Surah Yunus :107)