Assiment Corak Dan Rekaan
-
Upload
anizan-che-mat -
Category
Documents
-
view
1.461 -
download
1
description
Transcript of Assiment Corak Dan Rekaan
FAKULTI :PENDIDIKKAN DAN BAHASA
SEMESTER / TAHUN JANUARI / 2013
KOD KURSUSHBAE2103SMP
TAJUK KURSUSCORAK DAN REKAAN
TUTOR :EN. NOR ANUWAR BIN HAMAT
DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT
NO. MATRIKULASI : 770805035800001
NO. KAD PENGNEALAN: 770805035800
NO. TELEFON : 0129601122
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING
CENTRE
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
1.0 PENGENALAN
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni
visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan
kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan
penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek
yang terdapat di sekeliling mereka. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini
melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka
bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan
ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama
iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara
umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala
tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah
menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan
sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak
murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah
transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi
guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan
oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran “jurutera masyarakat” yang diberikan
kepada golongan pendidik dewasa ini.
CORAK & REKAAN~1~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial
training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak
melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang
sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini
bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni
yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni
mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai
pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan
lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan.
Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah
penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce,
B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah
meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak
akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini
bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah
difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan?
Bagi meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan
melukis dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk
meluahkan emosi.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam tugasan kali ini akan dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap
perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid dalam satu aktiviti membuat corak kepada 4
atau 5 orang murid yang sebaya umurnya. Murid-murid yang dipilih ialah seramai lima orang
iaitu terdiri murid-murid tahun lima yang mana pada peringkat ini murid telah dapat melukis
figura dalam saiz yang sebenar.
Perkembangan estetika boleh diamati menerusi aktiviti kreatif seperti visual, emosi, jiwa
CORAK & REKAAN~2~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
dan pemikiran kanak-kanak. Tugasan kali ini ialah guru perlu berbual dan bertanya kepada
kanak-kanak semasa aktiviti pendidikan seni kerana melalui pergerakan badan, guru dapat
memahami maksud di sebalik pergerakan dan perlakuan yang ditunjukkan. Pergerakan badan
menjadi refleksi pada perkembangan estetika kanak-kanak. Komunikasi lisan dan bukan lisan
memberi isyarat visual yang menggambarkan emosi dalaman kanak-kanak. Pada umur 6 tahun,
gerak geri menunjukkan elemen psikologi. Contohnya apabila sedih, mereka menundukkan
muka manakala jika berfikir, mereka menongkat dagu. Perlakuan ini dilakukan secara spontan.
Perkembangan artistik kanak-kanak berlaku mengikut transisi perkembangan iaitu daripada
contengan hingga perwakilan sebenar.
Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada
bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik
dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan
motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia
boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Rekaan
dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya,
tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan
tidak terhasil.
Menurut Modul OUM HBAE 2103, Membuat Corak dan Rekaan, ada menyatakan
bahawa definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu,
corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk
daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak
dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah:
1. Corak ulang sekata
2. Corak berpusat
3. Corak cerminan
CORAK & REKAAN~3~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
4. Corak bertindih
5. Corak selang – seli
6. Corak batu – bata
Tujuan utama membuat corak dan rekaan dalam kursus ini ialah dapat membentuk
perlakuan, persepsi dan pengetahuan budaya murid selaras dengan matlamat tersebut. Berikut
dijelaskan secara terperinci tujuan membuat corak dan rekaan berdasarkan hasil karya yang telah
dibuat oleh lima orang pelajar tahun 5 Amanah.
Sebelum murid menghasilkan karya masing-masing, guru terlebih dahulu menetapkan
tajuk, motif, teknik dan bidang. Yang lain terpulang kepada pelajar mengikut kreativiti mereka.
Guru telah mendedahkan corak-corak yang terdapat dalam bidang mencorak ini.
Kriteria seperti di bawah:
Bidang : membuat corak dan rekaan
Tajuk : membuat pembalut hadiah
Motif : alam Flora/alam semula jadi
Teknik : Capan dan Catan
2.1 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Perlakuan
Berdasarkan pemerhatian terhadap lima orang pelajar tahun 5, didapati kelima-lima
pelajar tersebut dapat memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Warna
memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Warna merupakan unsur yang sangat penting
dalam karya seni.Warna dapat diperolehi dimana-mana sahaja.Warna juga mempengaruhi
personaliti dan psikologi seseorang. Personaliti seseorang itu dapat ditonjolkan melalui warna
kegemarannya.
Dalam bidang psikologi seni,warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.Warna yang
terang dan cerah dapat menimbulkan perasaan riang dan gembira. Manakala warna yang gelap
dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. Dalam seni visual,warna dijadikan alat
komunikasi yang sangat berkesan.Selain itu warna juga boleh menjadikan sesuatu gubahan itu
CORAK & REKAAN~4~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
menarik. Warna dihasilkan oleh cahaya, tanpa cahaya warna tidak akan wujud.Warna dihasilkan
apabila cahaya dibalikkan dari permukaan sesuatu objek.
Berdasarkan hasil corak tiga pelajar ini di
dapati pelajar banyak memilih warna-warna yang
lembut seperti warna biru, kuning cair sebagai warna latar corak mereka. Warna biru
menggambarkan ketenangan dan kedamaian manakala pelajar B banyak menggunakan warna-
warna terang seperti hijau dan jingga yang menggambarkan kesegaran, alam sekitar,
kematangan dan kegembiraan.
Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni dan mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran merupakan perlakuan
dalam tujuan membuat corak dan rekaan. Pelajar-pelajar tahun 5 ini telah memilih bahan-bahan
dari alam semulajadi seperti kacang panjang, bendi, batang betik, lobak merah, petola, sayur
sawi, kobis, bawang dan ubi kentang untuk menghasilkan corak mereka. Daripada bahan-bahan
ini murid dapat mengolah dan mengubahsuai untuk dijadikan satu corak yang menarik. Biasanya
corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan
rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Motif terdiri daripada motif flora, fauna,
geometrical dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-
CORAK & REKAAN
Pelajar A
Pelajar B
Pelajar C
~5~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengar adalah seperti corak
bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. Pelajar biasanya melihat jenis-
jenis corak ini berdasarkan pemerhatian di sekeliling mereka seperti corak di kain batik ibu
mereka, corak di wau dan juga corak di kertas pembalut hadiah. Berikut ialah corak yang
dihasilkan oleh pelajar yang terdiri daripada bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka.
Selain itu, membuat corak dan rekaan juga dapat memberikan pelajar mempunyai
pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya kordinasi mata dan tangan yang baik untuk
menghasilkan karya seni mereka. Pelajar dapat membuat pengamatan dengan membuat
penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. Melalui corak, pelajar belajar
mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu hasil kerja iaitu mengetahui sesuatu proses
penghasilan hasil seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Tujuan penghasilan
corak kalau kita nilai dari sudut kognitif adalah memberi peluang kepada pelajar menjana idea
mereka. Penghasilan mengikut tema yang sesuai banyak membantu mereka meningkatkan
kemahiran berfikir mereka. Corak apa dan bahan apa yang perlu digunakan dan teknik yang
sesuai dan menarik. Seterusnya kita lihat daru sudut fizikal pula. Corak dan rekaan melatih
pelajar dari segi psikomotor mereka terutama motor – tangan mereka. Ini kerana mereka akan
membentuk corak daripada bahan semulajadi seperti ubi kentang, lobak dan sebagainya untuk
menghasilkan corak yang menarik.
CORAK & REKAAN
Pelajar D
Penggunaan bahan semulajadi, seperti kobis yang di potong segitiga menyerupai corak pucuk rebung yang mereka biasa lihat pada kain batik sarung ibu mereka.
~6~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
2.2 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Persepsi
Persepsi merupakan tanggapan seseorang tentang sesuatu perkara setelah orang itu
mengalami perkara yang dimaksudkan. Setelah membuat analisis sama ada secara spontan atau
sebaliknya, satu idea terbentuk di dalam pemikirannya tentang perkara berkenaan. Persepsi tidak
semestinya betul atau salah secara mutlak. Baird (1986) menganggap perbezaan persepsi adalah
sesuatu yang dijangkakan. Persepsi adalah satu proses kognitif yang dilakukan oleh seorang
individu untuk memberi makna kepada persekitarannya.
Hasil corak dan rekaan yang dibuat oleh lima orang pelajar tahun lima, di dapati pelajar
tersebut secara tidak langsung menggunakan prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni,
penegasan, kepelbagaian, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak. Harmoni merujuk
kepada susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara tertentu sama seimbang atau
berhubung kait. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada
sesuatu objek ataupun imej yang dihasilkan. Selain itu ianya memberi gambaran yang kemas,
selesa, sempurna, menyeronokkan dan seimbang. Dalam istilah bahasa harmoni membawa
maksud aman dan damai. Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur
seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna. Harmoni
tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah.
CORAK & REKAAN
Harmoni dari segi bentuk dan susunan corak.
~7~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni
yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu
gubahan. Fungsi kontra ialah untuk menarik
perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan
dan kesan pergerakan. Kontra dapat dihasilkan
melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan
yang berlainan.
Melalui gambar corak murid yang disertakan di atas, jelas kelihatan bahawa unsur dan
objek yang dapat memberi gambaran sebenar tentang prinsip penegasan melalui penghasilan
warna garang ( warna merah ) yang terdapat pada objek bunga tumbuhan tersebut.Bunga yang
sedia ada mempunyai warna yang kontra jika dibandingkan dengan daun, dan ini menunjukkan
wujudnya unsur penegasan. Oleh yang demikian, dalam sesuatu hasil karya yang baik,
penggunaan warna yang betul serta sesuai dapat memberi unsur penegasan terhadap objek yang
dihasilkan di samping kedudukan objek yang diletakkan pada bahagian hadapan.
Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan.
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a. Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah
(garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
b. Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi
mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
Kepelbagaian wujud hasil penggunaan
pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza
dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat
memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan
dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian dapat
CORAK & REKAAN
Kontra dari segi bentuk dan warna
~8~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai
dalam sesuatu gubahan.
Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik,
berpandukan grid berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas,
teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan kesatuan.
Selain daripada menyedari prinsip seni reka, Corak dan rekaan juga meningkatkan daya
kreativiti di kalangan murid-murid. Corak dan rekaan banyak membantu pelajar mencipta dan
mencetuskan idea mereka masing – masing. Kebebasan menggambarkan corak mereka sedikit
sebanyak membantu mereka melahirkan idea mereka. Pemilihan warna yang sesuai, teknik
yang sesuai dan menarik membantu mereka menghasilkan corak yang menarik mengikut
kreativiti mereka. Maka, boleh dikatakan di sini bahawa antara tujuan adan fungsi corak adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar meluahkan idea mereka menerusi corak dan rekaan
warna mengikut kebebasan mereka. Mereka juga dapat belajar dan membuat peniruan dengan
keadaan yang sebenar, mengolah dan menghasilkan corak mengikut gaya dan kreativiti mereka
sendiri.
Melalui kemahiran membuat corak dan rekaan, kita membantu kanak-kanak
meningkatkan pengamatan mereka apabila mereka meneliti corak-corak yang dihasilkan melalui
motif-motif yang diminta. Kanak-kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara
motif-motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat dilihat
andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika ditugaskan
mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat melihat bagaimana
mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuah motif dan hasil tersebut adalah
berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora. Contoh yang lain pula ialah apabila
sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan hidupan laut, maka, kepekaan kanak-kanak kepada
hidupan laut dapat ditonjolkan seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk
tersebut adalah berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang
menarik. Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran membuat corak dan rekaan amat
CORAK & REKAAN~9~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
membantu kanak-kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk menghasilkan corak yang
lebih menarik dan kreatif.
Melalui jenis-jenis susunan corak, ia membantu murid untuk membuat corak yang
menarik berdasarkan susunan terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka.
Pemikiran mereka dapat dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam
melaksanakan aktiviti mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti
tersebut, kanak-kanak akan membuat penerokaan serta mengkaji motif-motif yang ingin
digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk dijadikan corak dan
seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran pula mereka membuat keputusan
yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat sesuatu rekaan.
2.3 Tujuan Membuat Corak Dan Rekaan Dari Segi Pengetahuan Budaya
Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak-corak terhasil adalah daripada
pengamatan pereka-perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak-corak dari alam flora
seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua adalah berdasarkan pengamatan
orang dulu-dulu didalam membuat sesuatu corak dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi
bahawa mempelajari seni corak dan rekaan amat membantu kanak-kanak di dalam meningkatkan
kepekaan pengamatan mereka.
Brown (1980),OUM HBAE 1103(2006) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak
dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka
dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan-perbezaan setiap objek
atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik
yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.
Dalam penghasilan corak dan rekaan, unsur utama yang menjadi corak itu unik adalah
dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan
sempurna dengan kreatif. Motif-mo tif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi
dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan
CORAK & REKAAN~10~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
geometri. Pelajar-pelajar biasa melihat contoh corak daripada pemerhatian dan pengalaman
mereka seperti kain batik sarung, kain tenunan songket, corak di wau dan sebagainya. Daripada
pemerhatian dan pengalaman ini, pelajar dapat mengenal dan membuat corak-corak tradisional
mudah dan seterusnya mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraftradisional.
Sebagai contoh, dalam susunan reka corak kain songket terdapat tiga jenis kumpulan
iaitu susunan bunga penuh, susunan bunga bertabur dan juga susunan bercorak. Hasil corak dan
rekaan murid ini walaupun tidak sepenuhnya mengikut susunan reka corak kain songket tetapi
ada motif-motif yang diselitkan seperti batu bata dan ulangan selang seli. Selain itu susunan
bercorak juga ada diselitkan seperti ruang zig-zag disebut corak siku keluang, bahagian berpetak
disebut corak disebut tapak catur dan ruang tegak disebut corak berdiri.
Dengan mengenal dan menghayati corak-corak tradisional mudah ini, pelajar seterusnya
dapat menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
3.0 Maklumat Sokongan ( Hasil Kajian )
Kajian ini telah dilakukan kepada 5 orang murid tahun 5 Amanah iaitu 2 orang murid
lelaki dan 3 orang murid perempuan. Guru telah menetapkan jenis corak yang akan dibuat iaitu
corak terancang yang menggunakan teknik capan. Capan adalah satu teknik menghasilkan karya
dari imej yang sedia ada. Teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan.
Teknik capan ialah cara untuk menghasil karya dengan menggunakan bahan yang disapukan
warna ( cat air / cat poster ) dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Melalui teknik capan,
berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan.
CORAK & REKAAN~11~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayur-sayuran)
dan juga capan bahan buatan manusia seperti garfu, tudung pen, duit syiling dan sebagainya.
Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi berbagai-bagai jalinan pada hasil capan.
Sebelum menghasilkan corak dan rekaan menggunakan teknik capan ini, guru dan murid
telah berbual-bual tentang corak dan rekaan yang mereka tahu dan faham. Hasil daripada
perbualan itu, murid lelaki menyatakan pernah tengok corak dan bunga-bunga kerawang di wau
bulan dan juga di kain batik sarung ibu mereka. Bagi murid perempuan pula, mereka menyatakan
kefahaman mereka tentang corak ialah seperti corak yang ada pada kain batik sarung ibu mereka,
baju batik yang di pakai oleh guru, kertas pembalut dan kesan corak di kain tudung yang di pakai
oleh kakak-kakak, ibu-ibu dan guru-guru perempuan di sekolah. Di sini jelas menunjukkan
bahawa sebelum murid meneroka dan membuat corak, murid telah ada pengetahuan sedia ada
mengenai corak dan rekaan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman mereka.
Seterusnya guru meminta murid menyenaraikan bahan-bahan yang boleh digunakan
untuk menghasilkan corak menggunakan teknik capan. Antara bahan-bahan yang disenaraikan
ialah batang pelepah pisang, batang pelepah betik, bendi, ubi kentang, lobak merah dan buah
belimbing. Guru juga mencadangkan beberapa jenis bahan-bahan lagi iaitu kacang panjang,
bawang merah, bawang besar dan kobis. Daripada hasil bahan-bahan yang disenaraikan ini,
guru meminta murid meneroka bentuk-bentuk yang boleh dihasilkan.
Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu
karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun
yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk
kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini
bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak
terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak
terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan
memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Walau
bagaimana pun, corak dan rekaan kanak-kanak dikaitkan dengan makna dan simbol.
CORAK & REKAAN~12~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
Simbol dalam karya seni adalah makna yang terkandung dalam sebuah karya seni. Ia
boleh wujud berupa garisan, bidang, ruang dan warna.
Daripada pemerhatian yang telah dibuat pada hasil karya murid, didapati murid-murid ini
menyukai warna yang terang seperti warna merah, kuning dan oren. Warna juga mempunyai
komposisi tertentu sebagai peranan dalam berkarya. Dalam perkembangan dunia seni lukis barat,
pelukis menggunakan warna sebagai menimbulkan objek yang dilukis. Dalam catan relisma
warna digunakan sebagai memperkenalkan objek yang dilukis agar menepati bentuk asal,
misalnya melukis buah-buahan, warna-warna di campur agar menimbulkan rupa objek sebenar.
Warna juga digunakan sebagai alat representasi pelukis dalam menterjemahkan makna. Oleh
yang demikian, warna mempunyai peranan sebagai menentukan komposisi artistik dalam
sesebuah karya. Antara lain tujuan warna ialah:
1. Memberi kualiti ruang dalam satah gambar dalam karya seni.
2. Menghasilkan kesan suasana dan idea yang tersirat.
3. Memberi kesan ekspresi dari perasaan dan emosi diri pelukis.
4. Untuk menarik perhatian secara langsung terhadap penumpuan objek dari segi
komposisi dan organisasi pengkaryaan.
5. Bagi menimbulkan kesan nilai estetik melalui penggunaan antara warna.
6. Memberi kesan penampilan objek yang dilukis.
Kepentingan warna dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian manusia. Misalnya
warna digunakan di dalam seni bina bagi meningkatkan kesan ruang (Azhar et. al,
2004). Menurut Ryan dan Conover (2004) warna dapat berkomunikasi dengan serentak dalam
pelbagai cara seperti estetika, budaya, emosi dan persendirian.
Dalam kehidupan kita seharian warna mempunyai peranan yang sangat penting iaitu:
1. Warna sebagai warna
2. Warna sebagai representasi alam
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/simbol.
1. Warna sebagai warna
CORAK & REKAAN~13~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
- memberi maksud bahawa penglihatan warna pada sesuatu yang dijadikan oleh Allah itu
adalah seadanya. Warna daun Hijau, warna langit biru, warna awan putih.
2. Warna sebagai represtasi alam
-bermaksud penggunaan warna dikaitkan dengan alam sekitar. Misalnya warna hijau
dikaitkan dengan kesuburan tumbuh-tumbuhan seperti daun, rumput dan pokok. Warna
Biru dikaitkan dengan keluasan dan kejauhan seperi langit, gunung-ganang. Kebiasaan
pengkarya naturalis dan realis menggunakan idea ini.
3. Warna sebagai tanda/makna/lambang/ simbol menjurus pada makna dan konsep warna
tersebut.
- Dalam warna dan budaya masyarakat Melayu banyak tanda-tanda warna antara kuning
langsat, kelabu tahi anjing dan sebagainya. warna juga dikaitkan dengan makna atau
simbol tertentu misalnya;
a) warna merah: marah, ghairah, darah, berani, cinta yang membara
b) warna Putih: suci, tidak berdosa, setia, alim
c) warna Kuning: kecewa, pengecut, sakit hati, duka, mistri
d) warna Biru: perpaduan, keagungan, keriangan
e) warna Hijau: kesuburan, kedamaian, kerukunan, cemburu, sejuk
f) warna Hitam: Kematian, kecewa, kegelaapan dan lain-lain
Secara umumnya peranan warna dalam pengkaryaan seni visual sangat penting dan dititik
beratkan. selain perkara yang dibincangkan, paling penting mengetahui tentang teori warna dan
psikologi warna. Walau bagaimana pun manusia mempunyai latar budaya yang berbeza
mengikut budaya masing-masing (Silayoi dan Speech, 2004). Misalnya, merah dikaitkan dengan
kebudayaan orang-orang Cina dan hijau mempunyai perkaitan dengan Islam (Azhar et al, 2004).
Dalam corak dan rekaan murid, simbol garis digunakan. Garisan adalah cantuman satu
siri titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu. Terdapat banyak
CORAK & REKAAN~14~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
jenis garisan yang menarik di alam sekeliling, pada objek alam semula jadi dan juga benda
buatan manusia. Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan
corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan. Garisan dapat memberikan kesan
pergerakan dan simbol tertentu.
Menurut D’zul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang terbentuk akan memberi
makna. Pucuk rebung yang terdapat dalam karya pelajar amat sinonim dengan kepercayaan
apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan masalah apabila
dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut dan akan menjadi keras apabila
menjadi buluh.
Corak geometri juga boleh diaplikasikan dengan falsafah dan maksud yang tersirat seperti
contoh, bentuk bulatan. Ia dikaitkan dengan maksud tiada permulaan dan tiada pengakhiran
CORAK & REKAAN
Garisan menegak
menimbulkan perasaan
teguh dan stabil.
Garisan melintang
memberi kesan
ketenangan, kedamaian
dan hal yang tak
bergerak
Garis tegak yeng
membengkok
memberikan kesan sedih,
lesu dan duka.
Horizontal berirama
memberikan kesan
malas,
dan ketenangan
menyenangkan.
Garis-garis memancar
memberi kesan
pemusatan, letusan tiba-
tiba, bertenaga
Garis lengkung memberi
makna
gerakan mengembang
~15~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
ataupun sebagai simbol keabadian. Bulatan merupakan bentuk asas kepada bentuk poligon yang
lain.
4.0 KESIMPULAN.
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif
terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.
Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee
(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan
respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa
harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang
seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu
yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan
seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan
seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak langsung
menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam
pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
CORAK & REKAAN~16~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Baha Zain, Dr Zakaria Ali, Nur Hanim Khairuddim, Sharifah Zuriah AlJeffri dan
Rosihan Juara ( 1997 ), Alam, Seni dan Perjalanan – Pekan Seni Ipoh. Perak :
Yayasan Kesenian Perak.
CORAK & REKAAN~17~
ANIZAN BT CHE MAT
770805035800~HBAE2103SMP~
Haslinda Madon ( 2007 ), HBAE 1403 Menggambar. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn.
Bhd.
Kathleen Chee (2004) .Fokus e-masteri SPM Pendidikan Seni Visual, Bangi,
Selangor : Penerbitan pelangi Sdn Bhd.
Mohd Zaihidee Hj Arshad ( 2011 ), HBAE 2103 Corak Dan Rekaan. Selangor :
Meteor Doc. Sdn. Bhd
Teeart (2009), Corak Terancang, (atas talian), http://www.images.teearts.multiply.com
(08.03.2009).
http://bangdey.blogspot.com/2009/11/unsur-unsur-seni.html
http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/04/capan.html
CORAK & REKAAN~18~