Pengenalan kepada penulisan korporat
-
Upload
syahremie-teja -
Category
Education
-
view
326 -
download
8
Transcript of Pengenalan kepada penulisan korporat
![Page 1: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/1.jpg)
PENGENALAN KEPADA PENULISAN KORPORAT
![Page 2: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/2.jpg)
*Objektif Bab
Memahami definasi penulisan korporatMemahami konsep asas penulisan korporatMenjelaskan jenis-jenis penulisan korporatMemahami tanggungjawab utama penulis korporat dan
jenis-jenis penulisan korporatMenjelaskan prinsip-prinsip asas penulisan dalam
penulisan korporat
![Page 3: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/3.jpg)
*Pengenalan (1)
Dalam bab ini akan menyentuh mengenai bidang penulisan dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat.
Apa itu perhubungan awam atau komunikasi korporat?
Perhubungan awam atau komunikasi korporat adalah satu proses komunikasi strategik yang membina hubungan yang saling “menang-menang” antara organisasi dengan orang awam mereka.
![Page 4: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/4.jpg)
*Pengenalan (2)
Tujuan utama penulisan korporat: meningkatkan imej, reputasi dan
membuat publisiti untuk organisasi.
Menyampaikan maklumat kepada khalayak mengenai organisasi sama ada dalam bentuk media cetak ataupun media elektronik.
![Page 5: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/5.jpg)
*Pengenalan (3)
Peranan penulisan korporat adalah sebagai satu usaha untuk menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan/orang awam dan pekerja melalui medium penulisan.
![Page 6: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/6.jpg)
* Konsep Asas Penulisan Korporat (1)
Konsep asas penulisan korporat dalam bidang perhubungan awam ini sangat menekankan keupayaan menulis dan berkomunikasi yang baik.
Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu mempunyai kemahiran bahasa, merancang, mengkoordinasi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta mempunyai keupayaan menulis yang cukup baik.
![Page 7: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/7.jpg)
* Konsep Asas Penulisan Korporat (2)
Keperluan konsep asas penulisan korporat adalah:i. Fungsi penulisan – untuk
menyampaikan mesej dan maklumat kepada sasaran yang betul
ii. Memahami objektif/tujuan penulisan – untuk menulis dengan baik, penting bagi kita untuk memahami terlebih dahulu tentang tujuan penulisan itu dibuat
![Page 8: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/8.jpg)
* Konsep Asas Penulisan Korporat (3)
iii. Sikap dan pemahaman mengenai perkara yang akan ditulis – untuk menulis kita perlulah memastikan diri sendiri faham dan arif mengenai apa yang hendak ditulis.
iv. Menggarap idea untuk penulisan – penulisan yang baik juga menitikberatkan idea yang dijana dan adakah idea itu sudah mencukupi, baik dan boleh diterima oleh semua pihak.
![Page 9: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/9.jpg)
*Konsep Asas Penulisan
Korporat (4)
v. Mencari bahan untuk menulis – idea yang bernas akan diperoleh melalui bahan yang telah dikumpulkan oleh penulis.
vi. Bertanggungjawab dengan penulisan sendiri – seorang penulis yang baik ialah mereka yang bertanggungjawab dengan setiap penulisan mereka.
![Page 10: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/10.jpg)
*Tanggungjawab Penulis Korporat
(1)
Terdapat beberapa tanggungjawab utama seorang pegawai perhubungan awam di dalam penulisan korporat:
i. Berpengetahuan dalam banyak perkara – setiap penulis korporat perlulah mempunyai pengetahuan yang luas.
ii. Memahirkan diri dan memahami keperluan asas penulisan – menjadi tanggungjawab bagi seorang penulis korporat untuk meningkatkan kemahiran menulis sebelum terbabit dengan apa-apa projek anjuran organisasi.
![Page 11: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/11.jpg)
*Tanggungjawab Penulis Korporat
(2)
iii. Memberi penjelasan dan menyebarkan maklumat – setiap penulis korporat mempunyai tanggungjawab sebagai pusat untuk menyampaikan berita atau mendapatkan maklumat mengenai organisasi.
iv. Menyediakan penerbitan organisasi – penulis korporat juga perlu menyediakan pelbagai bentuk penulisan untuk tujuan penerbitan organisasi seperti menyediakan teks ucapan bagi ketua organisasi.
![Page 12: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/12.jpg)
*Tanggungjawab Penulis Korporat
(3)
v. Mengetahui kepentingan sesuatu media – menjadi tanggungjawab seorang pegawai perhubungan awam untuk memahami kegunaan, kepentingan dan perbezaan setiap masa.
vi. Mengaplikasikan media yang berteraskan teknologi – mampu menggunakan aplikasi teknologi terutamanya.
![Page 13: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/13.jpg)
*Tanggungjawab Penulis Korporat
(4)
vii.Membuat persediaan seperti menjalankan penyelidikan – keperluan penyelidikan sangat penting dan ini merupakan salah satu tanggungjawab yang tidak harus diabaikan.
![Page 14: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/14.jpg)
TUJUANMENULIS
Ketenangan
Wang
amal
Naluri
TugasBakat
Pengetahuan
![Page 15: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/15.jpg)
Langkah Menulis
15
1. Tentukan majalah.2. Teliti maklumat yang diperoleh.3. Buat kerangka penulisan – peta minda.4. Draf penulisan.5. Ambil masa berehat – contohnya semalaman, baca
draf dengan kuat, untuk mengesan kesalahan tatabahasa dan ejaan.
6. Dapatkan kritikan yang membina daripada rakan, ahli keluarga.
7. Rehat dan baca sekali lagi. Baca pruf, tiga kali! Periksa setiap baris, gunakan jari untuk memeriksa baris demi baris.
![Page 16: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/16.jpg)
UNTUK MENULI
SANDA
PERLU ...
Tahu Akta
Celik IT
GemarBertanya
Peminat Fakta Pendengar
yang Baik
Pembaca Teliti
MinatBahasa
Tekad
![Page 17: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/17.jpg)
1. Disiplin diri kuat – menulis setiap hari.2. Rajin membaca pelbagai bidang ilmu/
penguasaan sumber.3. Tidak mudah putus asa.4. Tidak cepat berpuas hati jika karya
tersiar.5. Bercita-cita menghasilkan karya terbaik. 6. Sifat ingin tahu.7. Imaginasi tinggi8. Menguasai bahasa, seni dan sastera. 9. Ketajaman fikiran/kreatif/analitis.10.Sertai bengkel penulisan.
17
* TIP Menjadi Penulis Hebat
![Page 18: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/18.jpg)
Merujuk kembali bahan kajian
Selepas rehat - tenangkan diri –
Ingat tujuan menulis.
Fikir berlawanan dari sepatutnya - jika mati
idea, kreatif
Jangan paksa menulis cepat. Elak
tekanan
Jika tiada mod untuk mula menulis, terapkan
imaginasi
Minda berputar ketika menulis - elak ayat kaku- bermain dengan kata-kata
SENI MENCARI IDEA
![Page 19: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/19.jpg)
1. Gunakan semua deria deria lihat deria dengar deria sentuh deria rasa deria bau gerak hati
2. Tulis apa yang anda fikir.
3. Banyakkan membaca.
SENI MENCARI IDEA
![Page 20: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/20.jpg)
* Ciri Penulisan yang Baik
Jelas• Ayat/
perkataan mudah difahami
Padat• Tulis yang
sepatutnya sahaja
Berdasarkan fakta• Fakta
menguatkan hujah
• Tidak emosi
Kepelbagaian • Tidak
menjemukan
• Peribahasa
Langsung• Terus kepada
isi• Tidak berbelit-
belit, berbunga-bunga
![Page 21: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/21.jpg)
ASPEK BAHASA
21
1. Perkataan - kesalahan ejaan
2. Ayat - kesalahan ayat, kemurnian ayat
3. Pemerengganan – Pembahagian isi, kesinambungan ayat.
4. Kesalahan umum – Inden, tajuk tidak gramatis, isi tidak kuat, kesalahan fakta atau data.
![Page 22: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/22.jpg)
CARA MEMBINA DAN MENYUSUN IDEA
Apa?• Perkara yang
hendak disampaikan
Bagaimana?• Pendedahan/
Penerangan• Pemujukan
(meyakinkan pembaca)
• Penceritaan (kreatif / fiksyen)
Siapa?• Khalayak/Pembaca
sasaran (kanak-kanak, remaja, dewasa)
Bila?• Sesuatu peristiwa
yang berlaku (timely, timeless)
Di mana? Mengapa?
![Page 23: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/23.jpg)
Tip Menulis
23
1. Tajuk – menarik/gempak2. Struktur penulisan yang mudah dibaca dan
difahami. 3. Fakta mudah difahami dan dicari.4. Boleh menggunakan sub tajuk, perenggan kecil dan
tanda bulat.5. Pastikan makalah ada nilai dan bermaklumat.6. Kesimpulan ringkas dan menarik serta boleh
diingati.
![Page 24: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/24.jpg)
24
Petua Meningkatkan Gaya Penulisan
Ketahui pembaca – mematuhi prinsip tatabahasa baku dan boleh diterima.
Meneladani karya penulis terkenal.Letak diri sebagai penulis berkualiti tetapi
bertolak ansur dengan kehendak penulis dan pembaca lain.
Ambil iktibar bahawa gaya penulisan yang baik dapat menampung kesalahan tatabahasa.
Meminta orang mahir tatabahasa menyemak karya.
![Page 25: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/25.jpg)
*Jenis-jenis Penulisan
Korporat (1)
*Menyediakan penulisan yang terdiri daripada:
i. Siaran berita atau siaran media – siaran berita yang dikeluarkan oleh organisasi yang mahu membuat promosi, memberitahu mengenai produk terbaru organisasi atau mengenai pemegang saham dan banyak lagi.
ii. Biografi – melibatkan penulisan latar belakang pengarah urusan dan sebagainya
![Page 26: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/26.jpg)
*Jenis-jenis Penulisan
Korporat (2)
iii. Penulisan rencana yang ditulis oleh konsultan yang dijemput dari organisasi. Merupakan salah satu platform kepada penulis korporat untuk mempromosikan organisasi mereka.
iv. Kertas latar atau fact sheet – rumusan berita daripada penulisan siaran berita yang disediakan oleh penulis korporat.
v. Menyediakan teks ucapan untuk ketua organisasi.
![Page 27: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/27.jpg)
*Jenis-jenis Penulisan
Korporat (3)
vi. Menghasilkan penulisan iklan khususnya iklan untuk media cetak dan elektronik. Bekerjasama dengan seorang pereka bentuk grafik untuk menghasilkan konsep iklan dan penulisan kapi yang baik untuk organisasi.
vii. Penulisan laporan berbentuk penulisan yang panjang serta memerlukan masa dan kemahiran menganalisis. Menghasilkan risalah, buletin (surat berita) akhbar mahupun buku.
![Page 28: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/28.jpg)
*Jenis-jenis Penulisan
Korporat (4)
Penulis korporat juga seharusnya menitikberatkan aspek-aspek perundangan dan etika penulisan.
![Page 29: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/29.jpg)
*Sumber idea penulisan1. Orang perseorangan.2. Bahan penerbitan lain.3. Siaran berita.4. Laporan rasmi kerajaan.5. Periklanan.6. Direktori/brosur tentang produk dan
perkhidmatan.7. Diri anda sendiri.
![Page 30: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/30.jpg)
*Prinsip-prinsip Asas Penulisan
Korporat (1)
*Penulisan berpandukan kepada asas penulisan 5W dan 1H.*WHO/SIAPA*WHAT/APA*WHEN/BILA*WHERE/DIMANA*WHY/MENGAPA*HOW/BAGAIMANA
![Page 31: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/31.jpg)
*Prinsip-prinsip Asas Penulisan
Korporat (2)
Penulis korporat yang memahami prinsip asas ini akan memudahkan penulisan beliau.
Menurut Itule dan Anderson (2007), Robert Gunning seorang konsultan kepada lebih 100 akhbar harian telah mencadangkan sepuluh prinsip penulisan yang jelas.
![Page 32: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/32.jpg)
*Prinsip-prinsip Asas Penulisan
Korporat (3)
i. Pastikan ayat pendek untuk menggelakkan pembaca merasa bosan.
ii. Lebih kepada ayat yang mudah (simple) dan kepada ayat yang kompleks (rumit) perlu menjelaskan ekspresi penulis dengan lebih baik.
iii. Gemar menggunakan ayat yang selalu digunakan – penulis perlu kreatif dan belajar menggunakan ayat yang tinggi
![Page 33: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/33.jpg)
*Prinsip-prinsip Asas Penulisan
Korporat (4)
iv. Elak menggunakan ayat yang tidak sesuai dan jarang didengar.
v. Menggunakan kata kerja di dalam ayat – menggunakan ayat aktif dan elakkan daripada menggunakan ayat pasif.
vi. Menulis seperti mana anda bercakap – elakkan daripada menggunakan ayat terlalu formal
![Page 34: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/34.jpg)
*Prinsip-prinsip Asas Penulisan
Korporat (5)
vii.Gunakan ungkapan atau perkataan yang pembaca boleh gambarkan. Elakkan dari menggunakan ayat yang akan membuat pembaca keliru dan tidak jelas.
viii.Kaitkan penulisan dengan pengalaman pembaca
ix. Menggunakan kepelbagaianx. Menulis untuk menyampaikan bukan
untuk mengagumkan pembaca.
![Page 35: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/35.jpg)
*Tumpuan Penulisan Korporat
* Surat dan Memo*Laporan dan Kertas Cadangan*Berita dan Rencana*Periklanan*Buletin/ Surat Berita*Laporan Tahunan*Teks ucapan
![Page 36: Pengenalan kepada penulisan korporat](https://reader033.fdocument.pub/reader033/viewer/2022061318/587ae6f61a28ab7f378b486b/html5/thumbnails/36.jpg)
*RUMUSAN
*Seorang penulis korporat perlu memahirkan diri dengan asas penulisan yang baik seperti kemahiran bahasa, pemupukan idea, penyediaan draf, mengaplikasikan pendekatan penulisan yang mengandungi maklumat yang jelas, bertujuan dan bersasaran.