PENDEKATAN BERSEPADU
Transcript of PENDEKATAN BERSEPADU
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH(KE 3104)
PENDEKATAN BERSEPADU
KUMPULAN 7
NAMA NO. I/C
WAN KHAIRULFAIRUZ BIN WAN KHALID
870227-11-5013
MOHD HISAAMUDIN BIN SA'ADON 880109-23-6083
MOHD BULIAMI BIN ABDULLAH 880425-03-5101
Apakah pendekatan bersepadu?
Enam teras utama telah digariskan bagi mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara warga sekolah. PIBG, sektor awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta masyarakat setempat ke arah melahirkan sekolah yang sihat.
1. Polisi Kesihatan Sekolah
2. Persekitaran Fizikal Sekolah yang sihat dan Selamat
3. Persekitaran Sosial Sekolah yang sihat dan Selamat
4. Penglibatan Komuniti
5. Kemahiran Kesihatan Diri
6. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Teras-teras ini hendaklah diterjemahkan kepada strategi-strategi dan kaedah pelaksanaan yang lebih khusus agar ianya mudah difahami dan dapat dilaksanakan oleh semua warga sekolah.
Ciri-ciri promosi kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat.
Pendekatan Bersepadu memberi ruang untuk tindakan bersepadu yang mengambil kira:
1. Kurikulum sekolah
2. Keadaan fizikal dan sosial sekolah
3. Perkhidmatan kesihatan sekolah
4. Peraturan dan garis panduan yang
memberi impak kepada kesihatan.
Ianya melibatkan semua warga sekolah termasuk:
Pentadbir sekolah
Guru
Pekerja
Masyarakat setempat
Seterusnya menjadi asas dalam membentuk satu negara yang sihat.
Pendekatan Bersepadu dapat menyokong dan meningkatkan pendidikan dan kesihatan seluruh warga sekolah.
Untuk ke arah pencapaian wawasan negara.
Matlamat Pendekatan BersepaduMelahirkan warga
sekolah danpersekitarannya yang:
SihatSelamat
Berkualiti
1. Memastikan agar setiap sekolah dapat:
2. Menetapkan polisi kesihatan sekolah.
3. Memelihara dan menigkatkan persekitaran
sekolah yang bersih, ceria dan selamat.
4. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang
menggalakkan amalan cara hidup sihat.
5. Meningkat kerjasama dan penglibatan komuniti
di dalam program kesihatan sekolah.
Objektif Pendekatan Bersepadu
6. Memberi pengetahuan serta memupuk sikap dan
amalan kesihatan yang baik agar setiap warga
sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan
kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
7. Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah dari
aspek:
• Penilaian taraf kesihatan murid
• Khidmat rawatan (termasuk rawatan
kecemasan), rujukan, bimbingan dan
kaunseling
8. Pengawalan dan pencegahan kejadian penyakit
9. Mengenal pasti, merujuk dan membantu dalam
penempatan kanak-kanak kurang upaya.
Pendekatan Bersepadu
KEBAIKAN KEPENTINGAN
Pendekatan Bersepadu ini memberi beberapa kebaikan dan kepentingan seperti:
1. Ia mempergunakan model kesihatan holistik
yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial
dan persekitaran. Ini mempastikan satu
persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan
membuka peluang kepada kanak-kanak untuk
mengamalkan tabiat kesihatan yang baik.
2. Ia menggalakkan penglibatan keluarga dalam
perkembangan pengetahuan dan kemahiran
kesihatan kanak-kanak.
3. Ia juga memberi penekanan kepada pentingnya
persekitaran fizikal seperti bangunan, sanitasi,
bekalan air dan padang permainan kanak-kanak
yang mempengaruhi kesihatan kanak-kanak.
4. Ia juga mengenal pasti kepentingan iklim sosial
sekolah di dalam membantu suasana
pembelajaran yang positif.
5. Ia menghubungkaitkan
sekolah dengan
perkhidmatan kesihatan
daerah dan kawasan bagi
menyelesaikan masalah
kesihatan tertentu di
kalangan kanak-kanak.
6. Ia memberi penekanan
kepada penglibatan pelajar
secara aktif di dalam
kurikulum formal untuk
membentuk satu siri
pengetahuan dan juga
kemahiran berkaitan
kesihatan.
7. Ia memperkemaskan perseimbangan di antara pendidikan dan
kesihatan di dalam meningkatkan keupayaan kesihatan bagi
kanakkanak perempuan dan wanita dalam komuniti.
8. Ia memberikan satu persekitaran kerja yang menggalakkan dan
positif kepada warga sekolah.
9. Ia memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat
setempat bagi bekerjasama dalam inisiatif kesihatan yang
membawa faedah kepada pelajar, keluarga dan anggota
masyarakat.
Guru merupakan penggerak utama untuk memastikan kejayaan pendekatan ini. Penerangan yang jelas mengenaipendekatan bersepadu hendaklah diberi bagi membolehkan perancangan dan pelaksanaan berkesan aktiviti pendekatan bersepadu.
PERANAN GURU
Antara peranan guru ialah:
1. Memahami teras utama PBSS.
2. Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-
aktiviti Pendekatan Bersepadu yang dirancang oleh
Jawatankuasa peringkat sekolah.
3. Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti
boleh dilaksanakan oleh Jawatankuasa peringkat
sekolah.
4. Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara
hidup sihat.
5. Menggalakkan murid menyertai aktiviti Pendekatan
Bersepadu dengan aktif.
6. Memberi penerangan kepada Ibu bapa dan mesyarakat
setempat mengenai Pendekatan Bersepadu.
Objektif UmumMemberi pengetahuan warga sekolah untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam aspek-aspek kesihatan fizikal, mental dan sosial.
Pendekatan Bersepadu + Sekolah = Program Bersepadu
Sekolah Sihat
(PBSS)
Objektif Khusus
Pada akhir program, pelajar atau murid
seharusnya dapat:
1. Mewujudkan warga sekolah yang faham dan
melaksanakan aspek-aspek kesihatan fizikal
iaitu:
• kebersihan diri (gigi, kuku, rambut dan
pakaian)
• Makanan yang sihat
2. Meningkatkan kemahiran guru, PRS dan
pelajar tentang perkara-perkara berkaitan:
• aspek perkembangan mental dan sosial
• cara-cara mengatasi masalah mental dan
sosial
• tekanan
SEKIAN TERIMA KASIH