Program Bersepadu Sekolah Sihat
-
Upload
ayiezairee -
Category
Documents
-
view
356 -
download
14
Transcript of Program Bersepadu Sekolah Sihat
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
1/20
1
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
1. PENDAHULUAN
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967. Dalam tempoh
tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak
perubahan dari aspek kesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS
dikaji semula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih
komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School" ( HPS
) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini
adalah berdasarkan konsep "HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (
WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan
Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan
Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan
menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.
2. RASIONAL
Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS ) adalah
berdasarkan rasional berikut :
Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawahsatu program bersepadu
Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjuruskepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa
Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaandan komitmen di kalangan warga sekolah
Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak sertadapat dinilai keberkesanannya
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
2/20
2
Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolahdan masyarakat dalam menangani isu kesihatan Satu usaha yang teratur dan berfokus ke
arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap
sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat
yang sihat, produktif dan berkualiti
3. MATLAMAT PBSS
Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah
pencapaian wawasan negara.
4. VISI PBSS
Generasi yang berilmu, sihat dan progresif
5. MISI PBSS
Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan
6. OBJEKTIF PBSS
Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat
Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah
Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria , selamat dan sihat Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengankesihatan supaya
setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga
dan masyarakat
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
3/20
3
Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi Menilai taraf kesihatan murid Memberi khidmat rawatan dan rujukan Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan
murid
Memberi penjagaan / rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di sekolah Mencegah dan mengawal kejadian penyakit Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya
7. TERAS UTAMA PBSS
Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan bersepadu di
antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat adalah
seperti berikut:
Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan kesihatan Persekitaran Fizikal Sekolah Persekitaran Sosial Sekolah Penglibatan Komuniti Kemahiran Kesihatan Diri Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
8. PELAKSANAAN
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat. Dalampelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan secara formal atau tidak
formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang
baik.Warga sekolah hendaklah memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat
dijalankan dan dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah
dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
4/20
4
9. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya, pemantauan dan
penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah yang digunakan :
Rekod Kesihatan Murid Rekod Rancangan Makanan Tambahan Laporan Bulanan Laporan Tahunan Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di kalangan warga
sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai cita-cita warisan budaya negara.
Setiap warga sekolah bertanggungjawab mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini
diharap akan lahir masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
5/20
5
KERTAS KERJA GOTONG ROYONG AMAL PERINGKAT SEKOLAH
Anjuran: Sekolah Kebangsaan Bubul II, Semporna Dengan Kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan
Guru
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan
persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh
sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan
sekolah melalui pettandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,
Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong
Amal bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada
pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik
darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Semporna yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan fogging` atau
menyembur asap di sekitar sekolah.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
6/20
6
Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta murid-murid SK ladang
Segaria akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai
matlamat yang disasarkan.
2.0 OBJEKTIF
Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,indah, selamat dan ceria.
Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadapkebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesananaktiviti.
3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN
Tarikh cadangan : 17 April 2014 ( Khamis )
Tempat : Kawasan sekitar SK Bubul II
Masa : 8.00 pagi1.00 Petang
Pakaian : Pakaian sukan
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
7/20
7
4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS
4.1 Pembersihan Longkang
Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yangmelalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk
menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada
pelajar khususnya yang berada di sekolah.
4.2 Kantin
Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah disekitarnya.
4.3.Mengecat dan Memasang papan tanda dan tiang bendera
Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga disekitar pondok keselamatan , tianng bendera dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan
warna-warna yang terang.
4.4 Surau
Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokokbunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung
(sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).
4.5 Kelas
Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping akandibantu oleh beberapa kumpulan pelajar dari beberapa kelas untuk membersih dan
menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan
4.6. Padang
Tugasan di padang mengharapkan agar rumput dipotong pendek dan sampah sarapdikutip. Ini akan dibuat oleh pekerja pembersihan swasta dan wakil PIBG.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
8/20
8
4.7. Bilik Pentadbiran
Memastikan bilik pentadbiran tersusun kemas, tanpa habuk dan sampah.4.8. Pra sekolah,pemulihan dan bilik buku teks
Memastikan kelas bersih, tersusun kemas, tanpa habuk dan sampah.4.9. Tandas
Tandas mesti dalam keadaan bersih dan selamat.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
9/20
9
5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN
BIL KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG
TERLIBAT
1 Longkang 1. PK Kokum
2. PIBG
3. Murid-murid tahun 4
2 Kantin 1. PK HEM
2. PIBG
3. Murid-murid tahun 5
3 Mengecat dan Memasang papan tanda
dan tiang bendera
1. Guru-guru Bahasa Inggeris
2. PIBG
3. Murid-murid tahun 6
4 Surau 1. Guru-Guru Agama
2. PIBG
5 Kelas 1. PK Pentadbiran
2.Guru-Guru kelas
3. Murid-murid kelas masing-masing
6 Padang 1. Guru-guru PJK
2. Kontrak pembersihan
3. PIBG
7 Bilik Pentadbiran 1. Guru Besar
2. Anggota kakitangan pelaksana
8 Pra sekolah,pemulihan dan bilik buku
teks
1. Guru yang bertanggung jawab
2. murid-murid tahap 2
9 Tandas 1. Kontrak pembersihan
2. PIBG
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
10/20
10
6.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
7.00 pagi Ketibaan guru-guru,ibu bapa dan murid-murid
7.20 pagi Taklimat dan agihan tugas
8.00 pagi Gotong Royong bermula
10.00 pagi Berhenti rehat
10.30 pagi Gotong Royong disambung semula
12.30 tengahari Ucapan penutupan dan jamuan makan .
1.00 Petang Bersurai
7.0. SUMBER KEWANGAN
7.1. Guru-guru : RM 450.00
7.2. PIBG : RM 500.00
7.3. Perseorangan : RM 500.00
7.4. Kantin Sekolah : RM 200.00
Jumlah : RM 1650.00
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
11/20
11
8.0 ANGGARAN BELANJA
8.1.Minum pagi RM2.00 x 200 orang: RM 400.00
Mee goreng Air Sirap Kuih 2 jenis
8.2.Makan tengahari RM 5.00 x 200 orang : RM 1,000.00
Nasi Kuning + lauk + acar Air sirap Air mineral Buah
8.3Pembelian peralatan RM250.00
Penyapu Cat Berus cat Plastik sampah
Jumlah keseluruhan Perbelanjaan : RM 1650.00
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
12/20
12
9.JAWATANKUASA AKTIVITI
Penaung : En Haji Tawakal Bin Haji Sipaan
Penasihat : En Abd Halus Bin Haji Baggok
Pn Maznah Bt MP Kechil
Pn Hajah Naharah Bt Haji Lakim
Pengerusi : En Sharidun Bin Suriansah
Penyelaras : En Mohammad Gazali Bin haji Mohd Yunus
Bendahari : Pn Rashidah Bt Hamzah
Juruacara : Cik Shafawati Bt Ariffin
Makanan : Pn Dewi Sa`ayah Bt Khalil
Cik Maizatun Bt Salleh
Anggota kakitangan Pelaksana
Peralatan :En Shahril B Abd Manaf
Kontrak Pembersihan
AJK : Guru-guru
Ibu Bapa
Disediakan Oleh :
En Mohammad Gazali Bin Haji Mohd Yunus
Penyelaras Program Gotong Royong
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
13/20
13
LAPORAN DAN PEMANTAUAN
Sekolah Kebangsaan Bubul II telah mengadakan mengadakan Gotong-Royong Amal
sempena Lawatan Kerja YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II yang dianjurkan oleh
pihak sekolah melibatkan semua warga sekolah termasuklah pihak PIBG. Acara tersebut yang
bermula seawal jam 7.30 pagi melibatkan semua guru ,staf , PIBG dan murid-murid SK ladang
Segaria telah dimulakan dengan satu sesi taklimat kerja oleh Penyelaras Program. Dalam
taklimatnya, beliau memaklumkan para hadirin tentang pembahagian kumpulan kerja yang telah
dilakukan dan dalam edaran yang diberikan kepada semua yang hadir.
Selepas taklimat, para hadirin mula bergerak ke kawasan kerja masing-masing, di mana
semua guru ,staf dan murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan
membersihkan dan menceriakan zon yang telah diperuntukkan kepada kumpulan masing-
masing..Aktiviti dimulakan tepat jam 8.00 pagi di mana semua yang terlibat mula membersihkan
kawasan masing-masing termasuklah menyapu, mengutip dan membakar sampah-sarap,
menanam bunga, menebang pokok, mengecat, mengelap kawasan berhabuk, menyusun atur dan
mencuci kawasan-kawasan yang dipikirkan perlu.Acara kemudiannya berehat pada jam 10.00
pagi di mana semua yang hadir telah disajikan dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak
sekolah. Seterusnya, gotong royong dimulakan semula pada jam 10.30 pagi.
Pada jam 11.00 Pejabat kesihatan Daerah tiba untuk menyembur asap fogging kawasan
sekitar sekolah yang telah dibersihkan. Tepat jam 12.30, penyelaras memaklumkan aktiviti
gotong royong ditamatkan. Semua yang terlibat berkumpul di dewan serbaguna sekolah untuk
mendegra ucapan penutup yang dsampaikan oleh guru besar dan seterusnya semua hadirin
dijamu dengan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Program Gotong
Royong Amal ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.00 petang dan semua hadirin bersurai.
SK Bubul II mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan dan
menjayakan Program Gotong-Royong Amal pada kali ini, juga kepada murid-murid yang turut
menyumbangkan masa dan tenaga. Semoga semangat kerjasama dan keceriaan yang ditunjukkan
pada hari ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
14/20
14
Gambar-Gambar Aktiviti Program Gotong Royong Amal
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
15/20
15
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
16/20
16
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
17/20
17
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
18/20
18
KESIMPULAN
Kita memang mengetahui amalan nilai kebersihan masih belum menjadi budaya
masyarakat Malaysia. Amalan nilai kebersihan ini tidak boleh diambil mudah kerana ia akan
memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Terdapat beberapa cara untukmemupuk amalan nilai kebersihan.
Salah Satu cara memupuk amalan nilai kebersihan ialah dengan aktiviti gotong royong.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau
dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis
perkahwinan berlangsung gotong-royong yang dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk
kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untukmajlis perkahwinan. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang
dilakukan.
Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga.
Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan
oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun
demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja.
Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan
tenaga.
Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan
kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan
suasana hormat-menghormati. Secara tidak langsung dengan adanya persefahaman maka sekolah
akan mendapat impaknya dari segi memperkasa prestasi akademik secara tidak langsung.
Di samping itu juga, tujuan utama gotong royong diadakan ialah untuk memastikan
kebersihan kawasan dan persekitaran sekolah agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan
sumber penyakit dari bawaan vector. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang penting.
Sebahagian dari kehidupan murid adalah berada di sekolah. Justeru adalah menjadi
tanggungjawab semua warga pendidik untuk memastikan sekolah dan sekitarnya merupakan
tempat yang bersih dan selamat.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
19/20
19
Konsep PIBG pula membantu sekolah dan bermatlamat meringankan dan melicinkan
perlaksanaan Program Pendidikan Sekolah dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan
budaya sekolah termasuk pembangunan infrastruktur (Prasarana fizikal).
Bidang tugas PIBG sepatutnya merangkumi perkara-perkara berikut:-
Memberi perkhidmatan untuk kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah. Membantu menambah usaha sekolah memenuhi keperluan dan kehendak kebendaan
murid-murid dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, budaya sekolah dan bidang yang
difikir perlu.
Ibu bapa dan guru di sekolah boleh bertukar-tukar fikiran dan maklumat serta berundingdalam suasana muhibbah mengenai usaha meningkatkan taraf pelajaran murid-murid
sama ada di rumah atau di sekolah.
Bergotong-royong menyediakan kemudahan untuk faedah murid-murid. Menentukan murid-murid mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan
membuat kerja-kerja sekolah mereka dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah.
Membantu mewujudkan persekitaran sekolah (budaya sekolah) yang boleh mendorong kearah perkembangan pengajaran dan pembelajaran untuk perkembangan jasmani rohani,
emosi dan intelek murid secara menyeluruh dan bersepadu.
Membantu pembangunan fizikal (infrstruktur) sekolah yang diperlukan dengan serta-merta.
Justeru kerjasama antara kedua-dua pihak iaitu sekolah dan ibu bapa amatlah penting dan satu
perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak. Banyak manfaat yang diperolehi
daripada kerjasama yang diwujudkan ini. Usaha sebegini harus disokong oleh semua kerana
lesan yang diingini hasil daripada kerjasama ini tidak akan dapat dilihat tanpa kesungguhan
semua pihak dalam menyokong pelaksanaan rancangan kerjasama sekolah dan ibu bapa.
-
5/23/2018 Program Bersepadu Sekolah Sihat
20/20
20
BIBLIOGRAFI
Amir Azlan Muhammad (2002). Penglibatan Ibu Bapa / Penjaga Dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guruguru (PIBG) Di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Skudai Johor. Univerisiti
Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,
Yusof Boon, Abdul Rahim
Arpah Hj. Mohamad. (1991) :Kesihatan Sekolah - peranan dan tanggungjawab Guru Besar dan
Guru.
Ee, Ah Meng (1996).Pendidikan Di Malaysia 1 : Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah. Shah
Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Md Razak Bin Hj Ali (1998). Satu Tinjauan Mengenai Pandangan Masyarakat Terhadap
Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru Dalam Meningkatkan Pencapaian Akademik Di
Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Univerisiti Teknologi
Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Kementerian Pendidikan Malaysia (1987) : Buku Panduan Program Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1992) : Peningkatan Kebersihan dan Alam Sekitar Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) : Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) : Panduan Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah
Sihat.
Surat Pekeliling Ikhtisas No 4/1981: 16 September 1981 : Kebersihan Di Sekolah-Sekolah