Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
-
Upload
ymeenchia2793 -
Category
Self Improvement
-
view
158 -
download
1
Transcript of Pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan
PROGRAM INTERNATIONAL CULTURE NIGHT 2014
SEMESTER 1 SESI 2014/2015
SET 6 HHHC 9501
KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH
DAN PENDEKATAN
PENSYARAH:
ENCIK MOHD RADZUAN BIN RAHID
PELAJAR:
CHIA YEE MEEN A143530
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Surat Kelulusan PPMPA
KERTAS CADANGAN
PROJEK
INTERNATIONAL CULTURE NIGHT 2014
5 DISEMBER 2014
ANJURAN
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ IBU ZAIN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Kelab Kebudayan Cina, Kolej Ibu Zain (KIZ) merupakan salah satu entiti di bawah
naungan Bahagian Integrasi dan Perpaduan kaum, Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain (KIZ).
Kelab kebudayaan Cina telah berjaya menganjurkan aktiviti tahunan yang berimpak seperti
Night Of Kung Fu. Namun, Kelab ini masih tidak pernah menganjurkan aktiviti
memperkenalkan budaya negara lain.
Walaupun pelajar-pelajar dapat menyebutkan nama dan kedudukan negara yang ada di
negara ini tetapi mereka tidak mengenali kebudayaan mereka. Kebudayaan didefinisikan sebagai
satu keseluruhan gagasan yang meliputi cara hidup, amalan, adat dan segala aktiviti yang
dijalankan oleh sesebuah masyarakat.
Persefahaman kebudayaan bukan sahaja penting dalam negara kita yang berbilang kaum,
tetapi juga penting di persada antarabangsa kerana melalui persefahaman kebudayaan,
peperangan dan bencana buatan manusia dapat dielakkan. Program ini juga memberi peluang
kepada pelajar-pelajar UKM mempelajari budaya negara lain.
Di samping itu, kami berharap pelajar tempatan dapat berinteraksi dengan pelajar
antarabangsa dari pelbagai aspek seperti budaya, adat dan pelajaran. Memandangkan program
pertukaran pelajar amat terhad dan tidak dapat melibatkan banyak pelajar, kami berharap pelajar
yang tidak berpeluang menyertai program mobiliti dapat mengenali pelajar antarabangsa.
Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta
bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni UKM dan Kolej Ibu
Zain (KIZ) untuk mengadakan program INTERNATIONAL CULTURE NIGHT 2014, yang akan
diadakan pada 5 Disember 2014 di DATARAN PANGGUNG SENI, UKM.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk kesefahaman antarabangsa dalam kalangan pelajar dengan menggalakkan
pertukaran budaya antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan di UKM.
2.2 Menerapkan nilai-nilai etika yang dapat ditunjukkan melalui International Culture Night
2014 seperti disiplin diri, mencapai keseimbangan diri dan sebagainya.
2.3 Meningkatkan kemahiran kepimpinan mahasiswa/i dan bekerja secara berpasukan serta
memantapkan kemahiran insaniah mahasiswa/i seperti kemahiran pengurusan dan
keusahawanan pelajar dalam menjayakan program ini.
2.4 Memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk bergaul dan bekerjasama dengan pelajar
antarabangsa untuk menghasilkan persembahan.
2.5 Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan antara pelajar tempatan dengan pelajar
antarabangsa untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek.
3.0 TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh : 6 Disember 2014 (Sabtu)
Tempat: Dewan Anuwar Mahmud, UKM
4.0 TEMA
”Diversity is the essence of beauty. ”
5.0 KAEDAH PELAKSANAAN
5.1 Persembahan – Wakil daripada pelajar antarabangsa UKM dan IPTA yang lain akan
membuat persembahan.
5.2 Pameran – Pameran tentang adat dan kebudayaan Malaysia dan luar negara.
5.3 Pertunjukan fashion- Pakaian luar negara yang unik akan ditunjukkan oleh wakil-wakil
dari negara masing-masing.
6.0 STRUKTUR ORGANISASI
Penaung
Ybhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan bin Ghazali
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Ybhg. Prof. Datin Noor Aziah Hj Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
Penyelaras
Ybhg. Tuan Hj. Abdul Aziz Abu Bakar
Timbalan Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar (HEP), UKM
Penasihat
En. Anuar Ahmad
Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
En. Nik Mohd. Noor Faizul bin Md Saad
Timbalan Pengetua Kolej Ibu Zain (KIZ)
Felo Penasihat
Cik Phoon Li Juan @ Roovasini
Felo Penasihat Bahagian Integrasi dan Perpaduan Kaum
SEKRETARIAT
Ketua PengarahHew Huei Min A146827 FEP/ 2
Timbalan Ketua PengarahChia Yee Meen A143530 FEP/ 2
SetiausahaKong Ching Ting A145885 FST/ 2
Timbalan SetiausahaNurul Zafirah Bt Amran A148306 FSSK/ 1
BendahariTan Jia Mei A151484 FST/ 1
Ketua PenyelarasOng Yi Min A145375 FSSK/ 2
Penyelaras ProtokolTracy Lau Fang Ting A144080 FKAB/ 2Wong Cing Yii A148486 FST/ 1
Penyelaras ProgramYeo Siew Ting A147888 FEP/ 1Phe Yeong Kiang A152076 FTSM/ 1
Penyelaras PemasaranLeow Cheok Yeow A147665 FST/ 1Ramakrishnan A/L Ramachandran A145994 FST/ 2
Penyelaras PublisitiKong Lie Mee A147632 FEP/ 1Koay Ivy A148613 FSSK/ 1
Penyelaras Teknikal dan Tugas-tugas KhasArnold Yamil A146730 FKAB/ 2Shari L. Raji A142803 FKAB/ 3
Penyelaras PameranThessalonesa Anak Antija A145179 FSSK/ 2Raman A/L Karuppiah A144073 FKAB/ 2Penyelaras JamuanShaz’wani Afiqah Binti Shafei A151573 FSSK/ 1
7.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Perkara
6.30petang-8.00malam Lawatan pameran
8.00malam-9.00malam
8.00 malam
8.30malam
8.35 malam
8.45 malam
8.50 malam
Majlis perasmian :
Ketibaan tetamu jemputan
Ketibaan VIP, VVIP
Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’
Ucapan pengarah program
Ucapan perasmian oleh perasmi
Penyampaian cenderamata keada perasmi
9.00 malam- 10.30 malam
9.00 malam
9.10 malam
9.20 malam
9.30 malam
9.40 malam
9.50 malam
10.00 malam
10.10 malam
10.20 malam
Jamuan dan persembahan:
Persembahan 1
Persembahan 2
Persembahan 3
Persembahan 4
Persembahan 5
Persembahan 6
Persembahan 7
Persembahan 8
Persembahan 9
10.30 malam Penyampaian hadiah dan cenderamata
10.40 malam Bersurai
8.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Perincian Sumber Dana
Bil Perkara RM
1.
2.
3.
4.
5.
Peruntukan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPEL)
Tabungan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Ibu Zain
Penjualan ticket (RM 8 x 250 )
Jualan Makanan
Kutipan Derma
300
200
2000
300
1500
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN 4300
Perincian Perbelanjaan
BIL PERKARA RM
1.
2.
Cenderamata & Protokol
-hadiah VIP (RM40 x 2 orang)
-kad jemputan (RM1 x 30)
-Cabutan Bertuah
Jamuan
-air mineral (RM 15x10 kotak)
-makanan untuk VIP (RM 10 x 20 orang)
-makanan untuk peserta persembahan (RM 5
x100orang)
80
30
400
150
200
500
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Publisiti
-banner (RM 30x2)
-poster (RM 1 x 30 helai)
-alat tulis
Program
-jemputan persembahan (RM 250x6 persembahan)
-alat-alat untuk persembahan
-sewaan*
Teknikal
-sewa kamera (RM 20x2)
Tugas-tugas Khas dan Keselamatan
-tag nama (RM 0.50 x 40)
-sewaan
Pameran
-risalah (RM 0.20 x 100)
-”backdrop”
-peralatan
Rencam
60
30
50
1500
200
270
40
20
200
20
100
100
350
JUMLAH PERBELANJAAN KESULURAHAN 4300
9.0 PENUTUP
Diharap pihak pentadbiran Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni UKM mempertimbang
dan meluluskan kertas cadangan program ini, seterusnya memberi bantuan kewangan untuk
menjayakan program ini. Di samping itu juga diharap program ini akan mencapai sasaran,
matlamat dan objektifnya. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbiran
Kolej Kediaman Ibu Zain (KIZ). Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, pihak kami sedia
untuk dihubungi pada talian 018-5702593 (HEW HUEI MIN). Semoga kerjasama yang terjalin
akan dapat menjayakan penganjuran program ini .
Salah satu minit mesyuarat:
MINIT MESYUARAT
PROGRAM INTERNATIONAL CULTURAL NIGHT
BIL. 6/2014
KOLEJ IBU ZAIN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
Tarikh : 26 November 2014
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat KIZ, UKM
Hadir:
1. Hew Huei Min Ketua Pengarah
2. Chia Yee Meen Timbalan Ketua Pengarah
3. Kong Ching Ting Setiausaha
4. Tan Jia Mei Bendahari
5. Ong Yi Min Ketua Penyelaras
6. Phe Yeong Kiang Penyelaras Program
7. Wong Cing Yii Penyelaras Protokol
8. Tracy Lau Fang Ting Penyelaras Protokol
9. Arnold Yamil Penyelaras Teknikal dan TTK
10. Shari L. Raji Penyelaras Teknikal dan TTK
11. Ooi Zhe Yong Ajk Teknikal dan TTK12. Iswaran A/L Krishnan Ajk Teknikal dan TTK
13. Leow Cheok Yeow Penyelaras Pemasaran
14. Ramakrishnan A/L Ramachandran Penyelaras Pemasaran
15. Saravanam A/L Sathiaseelan Ajk Pemasaran
16. Thessalonesa Anak Antija Penyelaras Pameran
17. Raman A/L Karuppiah Penyelaras Pameran
18. Kong Lie Mee Penyelaras Publisiti dan Perhubungan Awan
19. Ang Min Zhee Ajk Publisiti dan Perhubungan Awan
20. Koay Ivy Penyelaras Publisiti dan Perhubungan Awan
21. Shaz’wani Afiqah Bt Shafe’i Penyelaras Jamuan
Turut Hadir:
1. En. Ong Chang Ee Felo
Tidak Hadir:
1. Nurul Zafirah Bt Amran Timbalan Setiausaha
2. Yeo Siew Ting Penyelaras Program
3. Nurul Zafirah Bt Zulkifli Ajk Program
4. Chen Jing Tyng Ajk Program
5. Go Pei Shan Ajk Protokol
6. Devakumar A/L Roopa Das Ajk Teknikal dan TTK
7. Nurul Ain Binti Omar Ajk Teknikal dan TTK
8. Mizuki Hori Ajk Pameran
9. Wahidah Bt Abd Rahman Ajk Publisiti dan Perhubungan Awan
10. Sameena Barvin Bt Mohamed Sickandar Ajk Jamuan
11. Fatin Zaynab Bt Faizol Azham Ajk Jamuan
1. ALU-ALUAN PENGARAH
Pengarah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang sudi menghadirkan
diri ke mesyuarat. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan persiapan program
International Cultural Night 2014 yang akan diadakan pada 6 Disember 2014.
2. IDEA-IDEA YANG DIBINCANGKAN
2.1 Bahagian Protokol
2.1.1 Seorang calon pengacara majlis iaitu Devakumar Roopa Das telah diganti oleh Justin,
oleh itu, 3 orang pengacara majlis telah ditentukan, iaitu 2 orang pengacara majlis
formal (Sih Hui Woon dan Asheeq Ali) dan 2 orang pengacara majlis tidak formal
(Asheeq Ali dan Justin).
2.1.2 3 orang usher sahaja yang telah ditentukan, akan menentukan 3 orang usher lagi
secepat mungkin.
2.1.3 Kad jemputan dan surat jemputan perasmi telah dihasilkan, akan diberi kepada semua
VVIP dan VIP pada Khamis (27/11/14).
2.1.4 Skrip pengacara majlis, salutasi, tagging, dan aturcara pentadbiran sedang diproses.
2.1.5 Telah menentukan reka bentuk upacara perasmian, iaitu menampalkan bendera-
bendera negara lain di atas papan pameran dan satu tempat kosong akan disediakan di
tengah-tengah papan tersebut manakala nama program terletak di bahagian atas
papan pameran akan ditutup oleh sehelai kain. Perasmi akan menampalkan Jalur
Gemilang di tempat kosong dan pada masa yang sama usher akan membuka kain yang
menutup nama program tersebut.
2.2 Bahagian Program
2.2.1 Persembahan yang telah dipastikan ialah:
i. Taekwondo UKM (10 orang) – RM130
ii. Orkestra tradisional UKM (20 orang) – RM120
iii. Tarian “Hip Hop” dan “New Jazz” New Tune UKM (8 orang) – RM200
iv. Tarian samba (2 orang) – RM150
v. Tarian India (10-12 orang) – RM100
vi. Diabolo (15 orang) – RM200
vii. Silap Mata (3 orang) – RM400
viii. Tarian Jepun (3-5 orang) – RM60
ix. “Fashion Show” (10 orang AJK)
2.2.2 Akan mengadakan Sesi Soal dan Jawab, penonton yang berjaya menjawab soalan akan
diberi hadiah. Bujet untuk hadiah ialah RM50.
2.2.3 Deposit pakaian Jepun (Tarian Jepun) adalah sebanyak RM180.
2.2.4 Jumlah perbelanjaan ialah RM1640.
2.2.5 Bilangan bungkusan makanan yang perlu disediakan untuk ahli persembah adalah
sebanyak 77 bungkus.
2.2.6 Perlu menyediakan sijil penghargaan pihak persembah Diabolo dan Orkestra tradisional
UKM.
2.2.7 Perlu menyediakan satu bilik persediaan untuk ahli persembah “Magic Show”.
MASA PERKARA TEMPAT
6.30malam Pameran & Gerai Makanan LUAR DAM
8.00malam Ketibaan penonton
DAM
8.30malam Ketibaan VIP,VVIP
8.40malam Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Varsiti Kita”
8.50malam Ucapan Ketua Pengarah Program
9.00malam Ucapan Perasmi
9.10malam Upacara perasmian
9.15malam Penyampaian cenderamata kepada perasmi
9.20malam Persembahan Multimedia
9.25malam Persembahan Tarian India
9.30malam Persembahan Diabolo
9.40malam Persembahan Tarian Jepun
9.50malam Persembahan New Jazz + Hip Hop
10.00malam Cabutan Bertuah I
10.10malam Persembahan Orkestra Tradisional
10.15malam Persembahan Tarian Samba
10.25malam Persembahan Taekwondo
10.30malam Persembahan Silap Mata
10.40malam Pertunjukan Fesyen
10.50malam Cabutan Bertuah II
11.00malam Jamuan
11.05malam Majlis bersurai
Bahagian Publisiti Telah mencetak
2.2.8 flyer, poster, banner dan tiket, dan backdrop.
2.2.9 Setiap AJK diminta menjual 10 keping tiket.
2.2.10 Akan memohon untuk menggantungkan banner di luar PTSL, memohon papan digital
board, serta mendapat chop untuk poster dan banner dari Wisma Aman pada Khamis
(27/11/14).
2.2.11 Poster akan ditampal di setiap kolej, fakulti dan tempat-tempat yang sesuai.
2.3 Bahagian Teknikal, Tugas-tugas Khas dan Keselamatan
2.3.1 MMS sedang diproses.
2.3.2 Telah menghantar Borang Permohonan Peralatan dan Kemudahan Majlis ke JPPel, akan
memastikan peralatan-peralatan yang berjaya dipinjam pada Isnin (1/12/14)
2.3.3 Akan menyewa sistem lampu dari pihak luar dengan harga RM500.
2.3.4 Akan menyewa sistem PA daripada pihak luar dengan bujet RM1300.
2.3.5 Sedang mengumpul musik persembahan daripada ahli persembah, akan menyediakan
skrip teknikal secepat mungkin.
2.3.6 Telah dapat meminjam 6 walkie talkie daripada JPPel.
2.4 Bahagian Pameran
2.4.1 Akan siapkan semua hiasan pameran pada hari Jumaat (29/11/14).
2.5 Bahagian Pemasaran
2.5.1 Syarikat- syarikat menolak tawaran untuk memberi sponsor.
2.6 Bahagian Jamuan
2.6.1 Telah menempah 117 bungkusan makanan untuk semua AJK dan ahli persembahan
3. TUGASAN KUMPULAN BAHAGIAN
3.1 Penyelaras protokol diminta untuk menentukan 3 orang usher serta menyiapkan
skrip pengacara majlis, buku program, cenderamata, upacara perasmian dan atur
cara pentadbiran.
3.2 Penyelaras publisiti perlu mengagihkan poster dan flyer kepada semua ahli secepat
mungkin.
3.3 Penyelaras program diminta untuk menyelia latihan AJK yang terlibat dalam
persembahan-persembahan seperti tarian India, tarian Jepun, dan “Fashion Show”.
3.4 Penyelaras teknikal dan TTK diminta membuat skrip teknikal dan menyiapkan MMS.
3.5 Penyelaras jamuan diminta memastikan gerai-gerai makanan akan mula beroperasi
tepat pada pukul 6.30 petang pada hari program.
Tindakan: Semua Ahli
4. KATA-KATA DARIPADA FELO PENASIHAT DAN PENASIHAT
4.1 Felo penasihat menyaran penyelaras protokol untuk meminjam dulang dan
gelas daripada pejabat kolej.
4.2 Felo penasihat menyaran penyelaras program untuk memastikan bilangan
sijil yang perlu disediakan untuk ahli persembah.
4.3 Penasihat menyaran penyelaras teknikal untuk mengambil lagu-lagu yang
hendak diguna dalam persembahan daripada bahagian program dan MMS
mesti siap dibuat sebelum mesyuarat minggu depan (2/12/14). Penyelaras
teknikal juga perlu memastikan walkie talkie dan mikrofon mempunyai
bateri, serta menyediakan tempat letak kereta khas untuk VVIP.
4.4 Penyelaras pameran diminta untuk memuat naik semua lakaran pameran di
FB.
4.5 Penyelaras jamuan diminta menyediakan plastik hitam untuk mengumpul
sampah.
Tindakan: Semua Ahli
5. HAL – HAL LAIN
5.1 Majlis Tertinggi telah menentukan hadiah cabutan bertuah, hadiah pertama
ialah telefon pintar berjenama Xiaomi, kedua ialah cakera keras, ketiga ialah
bag berjenama Adidas.
5.2 Mesyuarat telah mentukan bahawa mesyuarat pada sesi akan datang adalah
pada 2/12/2014 di bilik mesyuarat pada pukul 9.00 malam.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 malam dengan ucapan terima kasih oleh Ketua pengarah.
Disediakan oleh :
Kong Ching Ting
Setiausaha (Program International Cultural Night 2014)
Kelab Kebudayaan Cina
Kolej Ibu Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia
28 November 2014
Disahkan oleh :
Hew Huei Min
Ketua Pengarah (Program International Cultural Night 2014)
Kelab Kebudayaan Cina
Kolej Ibu Zain
Universiti Kebangsaan Malaysia
29 November 2014
Gambar-Gambar
Refleksi Kendiri
Dalam program International Cultural Night 2014 (ICN), saya telah diberi peluang untuk
memegang jawatan sebagai timbalan ketua pengarah. Selain daripada jawatan saya sebagai
majlis tertinggi, saya juga merupakan penyelaran bagi kumpulan jamuan, teknikal dan tugas-
tugas khas. Di samping itu, saya merupakan ketua penyelaras keseluruhan (flow manager)
sempena majlis program. Saya mendapati semua jawatan yang dipegang memang mencabar
memandangkan ini merupakan kali pertama bagi saya untuk menjawat ketiga-tiga jawatan yang
berat. Namun, saya juga mendapat banyak pengalaman daripada program ini dan yang paling
penting saya telah belajar untuk berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah.
Kami telah menyediakan kertas cadangan pada sem yang lepas iaitu sem ketiga. Pada
mulanya, kami telah menghadapi masalah kerana kekurangan idea yang bernas untuk tema
program kami. Namun, saya telah berpeluang untuk berbual-bual dengan seorang mahasiswa
yang sekarang sedang mengambil saujana di kolej saya. Dia telah bertanya tentang perayaan
yang ada di Malaysia dan amat berminat untuk memahami kebudayaan dan perayaan di
Malaysia. Hal ini telah mencetuskan idea saya untuk menganjurkan satu program di mana
interaksi antara kebudayaan luar dan kebudayaan tempatan adalah ditekankan. Saya berharap
agar pelajar Malaysia dapat bekerjasama dengan pelajar antarabangsa untuk menghasilkan
sebuah program. Pada pendapat saya, selama ini program-program ajuran kolej hanya setakat
memperkenalkan kebudayaan berbilang kaum di Malaysia iaitu kebudayaan Melayu, Cina, India,
orang asli, dan kaum yang lain di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya ingin program saya ini lebih
luar biasa dan membawa mesej yang baru kepada warga UKM iaitu batasan antara negara ini
sebenarnya boleh juga diatasi walaupun bahasa yang digunakan itu amatlah berbeza. Selain itu,
saya juga berharap ini boleh menjadikan sesuatu tarikan kepada pelajar tempatan dan juga
pelajar antarabangsa yang selama ini kurang penglibatan dalam program anjuran peringkat kolej.
Jadi, lahirnya program ICN yang bertemakan ’Diversity is the essence of beauty’. Bagi saya,
kemahiran think out of the box inilah sesuatu yang ditekankan dan boleh dikaitkan dengan
kemahiran pemikiran kritikal. Sepanjang kerja penyediaan selama dua bulan untuk ICN, banyak
masalah yang telah berlaku. Kebanyakan masalah boleh dikaitkan dengan sistem pengurusan
UKM yang baru berubah pada tahun ini dan juga kekurangan dana untuk program. Sebagai
timbalan ketua pengarah, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh semua kumpulan terutamanya kumpulan yang di bawah penyelarasan saya
iaitu kumpulan jamuan, teknikal dan TTK. Di sini saya cuma menekankan tentang cara
penyelesaian kami sebagai majlis tertinggi untuk masalah kekurangan dana.
Pada mulanya, kami telah menyuruh supaya ahli kumpulan boleh mencari dana masing-
masing waktu mereka balik ke kampung masing-masing. Cara ini tidaklah berkesan apabila
segelintir ahli yang langsung tidak mendapat dana selepas cuti semester. Hal ini menjadi sesuatu
krisis kewangan kepada program memandangkan banyak kumpulan yang memerlukan dana
untuk tugas mereka. Kami telah kekurangan dana sebanyak RM3500 untuk meneruskan
program. Selepas mesyuarat, majlis tertinggi telah menwajibkan pelaksanaan beberapa alternatif
seperti menjalankan MO ( marketing operation) secara kumpulan di Pasar Borong Selanyang dan
Pasar Borong Kuala Lumpur, jualan bag recycle di kawasan Kepong, dana daripada MCA dan
jualan botol di UKM. Kami telah membuat selidik untuk mendapatkan kos barang jualan yang
rendah untuk menjamin keuntungan yang maksimum. Akhirnya, kami telah mencapai target
kami dengan mendapat RM3969 melalui MO di kawasan luar dan berjaya menyelesaiakan
masalah kewangan yang dihadapi.
Pada malam Internationl Culture Night, kami mendapati bahawa persembahan kami telah
berlalu terlalu cepat sehingga program kami akan berakhir 30 minit lebih awal. Namun, masalah
yang dihadapi ialah ahli persembahan untuk persembahan silap mata telah menelefon dan
memantau kerja setiap kumpulanmembantu dalam membuat keputusan berkaitan dengan program.mempengerusi mesyuarat sekiranya ketua pengarah ada urusan. menyelesaikan masalah yang berlaku sepanjang kerja penyediaan untuk program.
Timbalan Ketua Pengarah
Membahagikan tugas-tugas untuk setiap ahli.Menyelaras dan mengkordinasi setiap bahagian. Membuat keputusan apabila sesuatu kejadian yang tidak dijangka berlaku pada malam InternationalCultural Night.
Ketua Penyelaras Keseluruhan
memberitahu kami bahawa mereka akan lewat sampai ke UKM. Ini menandakan kami
kekurangan persembahan untuk dipersembahkan dalam masa selama 45 minit sementara
menunggu ketibaan ahli persembahan silap mata. Jadi kami telah menjalankan backup plan iaitu
menyuruh ahli program untuk menari tarian Thai. Namun ini adalah tidak mencukupi untuk masa
45 minit. Kami telah mendapat pertolongan daripada ahli orkestra tradisional dan tarian Rhumba
untuk persembahan tambahan . Selain itu, saya telah mengalakkan supaya MC menambahkan
interaksi dengan penonton. Tambahan pula, kami telah membuat perubahan pada pertunjukkan
fashion. Semua yang dinyatakan adalah lebih susah dipraktik. Sebagai ketua penyelaras
keseluruhan, saya harus menyelaras semua kumpulan seperti kumpulan teknikal, cahaya pentas
ahli program, ahli jamuan supaya mereka boleh melakukan tugas mereka mengikut timing yang
betul. Ini merupakan tugas yang memang mencabar untuk saya dan telah melatih saya untuk
menyelesaikan masalah secara bijak dan spontan.
Semasa bekerja, saya lebih suka merancang awal-awal dan bekerja mengikut apa-apa
yang telah dirancangkan. Selepas program ini, saya dapat belajar untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku di luar jangkaan dan bertindak secara spontan. Manusia memang sentiasa
berhadapan dengan pelbagai masalah yang tidak semestinya boleh diramalkan. Kita seharuslah
sentiasa berfikir secara kritikal dan mengatasi masalah dengan hati yang tenang. Walaupun
kadang-kadang saya berasa letih, marah kerana ahli yang tidak beranggungjawab, risau namun
saya amat menghargai peluang yang diberi kepada saya ini untuk menjadikan saya seorang yang
lebih tabah.