Bab 4: Pemikiran tentang Sains Islam oleh Beberapa Pemikir Islam ...
6.1 · Web viewTerdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa...
Transcript of 6.1 · Web viewTerdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa...
HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN
KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATA
(Set5)
Laporan Program “Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor”NamaPelajar: TING CHEE KANG
No. Matrik: A 145949
TahunPengajian: Tahun 1 (2013/14)
Fakulti: FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
Program: Oleokimia
Pensyarah: Dr. MOHD. AMIR RADHI BIN OTHMAN
Projek: Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor
Jawatan / PerananDalamProjek: EXCO PROGRAM/FASILITATOR
TEMPAT PROGRAM : SJK(C) SIN MING, SEMENYIH, SELANGOR
TEMPOH PROGRAM : 25April hingga 27 April 2014
TEMA : Time is Gold
1.0DEFINISI
Kemahiran Pemikiran Kritikal merupakan kemahiran yang sangat penting bagi semua
profesion.Untuk mengetahui tahap pemikiran kritikal memerlukan alat ukur yang jitu dari
segi kesahankonstruk dan kebolehpercayaan.
Pemikiran kritis ialah orang yang berfikir secara reaktif. Seseorang yang mempunyai
pemikiran kritikal dikatakan pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam dan membuat
kepintaran kritikal dan bukan kepintaran kreatif.
Perkataan “critical” dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Greek
“kritikos” yang bermaksud “kritik”, yang bererti menyoal untuk mempertingkatkan
pemahaman. Seseorang yang kritis adalah seorang yang sentiasa bertanya kepada diri
sendiri, memberi makna kepada sesuatu dan menganalisis keadaan sekeliling. Pemikiran
kritikal ini merupakan satu proses pemikiran yang logik, waras, dan reflektif yang
memberi fokus kepada sesuatu tindakan yang perlu diambil samada menerima atau
melakukan sesuatu. Pemikiran kritikal melibatkan kecenderungan dan kebolehan
individu.
Terdapat pelbagai tafsiran tentang pemikiran kritikal. Berikut dikemukakan beberapa
definisi pemikiran kritikal oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:
1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritikal adalah kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritikal
sebagai kebolehan individu untuk melakukan perkara-perkara berikut:
mengenalpasti isu-isu utama dan membuat andaian untuk dibahaskan,
mengenalpasti hubungan penting berkaitan isu-isu yang dibincangkan, membuat
inferensi dan rumusan yang tepat daripada maklumat dan data yang ada, dan
seterusnya menginterpretasi kesimpulan serta menilai bukti.
3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritikal adalah manifestasi pemikiran reflektif.
Ia termasuklah penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang
sihat, dan mengamalkan pemikiran terbuka.
4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis
sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan
kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Umumnya. kebanyakan ahli fikir bersetuju bahawa pemikiran kritikal dapat dikaitkan
dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Ini bermakna, pemikiran kritikal ialah satu proses intelektual yang melibatkan
pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai
informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi,
pentaakulan, atau komunikasi sebagai landasan kepada satu keyakinan dan tindakan. Ini
adalah selari dengan pendapat Dr. Richard Paul, Pengasas dan Pengarah kepada The
Center for Critical Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dalam
pemikiran kritis di Amerika Syarikat. Seterusnya, Facione (2007) dalam essei beliau
Critical Thinking: What Is It and Why It Counts telah mengemukakan definisi pemikiran
kritikal yang dirumuskan daripada pendapat sekumpulan pakar. Definisi tersebut adalah
hasil kajian yang beliau lakukan pada tahun 1990 dan dikemukakan dalam Laporan
Delphi (The Delphi Report).
Pakar merumuskan bahawa konsep asas yang terpenting dalam pemikiran
kritikal ialah kebolehan menginterpretasi (interpretation), membuat analisis, menilai,
membuat inferensi, menghuraikan dan kawalan kendiri (self- regulation).
2.0 PENGENALAN
Urusetia merupakan sebuah persatuan yang sentiasa aktif menjayakan pelbagai program
termasuk program-program berbentuk amal dan perkhidmatan sosial.
Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran para pelajar sekolah rendah
tentang kepentingan menuntut ilmu pada masa kini. Hal ini turut mendorong pelajar
UKM untuk menyertai program yang dapat membina jati diri selain daripada berprestasi
tinggi dalam bidang akademik.
Selain itu, mahasiswa/i juga boleh menjadi model yang baik kepada para pelajar
sekolah rendah dalam aktiviti berkumpulan ini. Dengan usaha dan kerjasama para
urusetia, program kita baru dapat berjalan dengan lancar.
3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1. Memperkenalkan UKM dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan memupuk
rasa cinta akan universiti sebagai institusi yang bukan sahaja menumpukan
kepada bidang akademik , tetapi juga menyumbang kepada pembangunan
masyarakat.
2. Memupuk sifat kekitaan, meningkatkan kemahiran komunikasi serta di samping
mengasah bakat kepimpinan dalam diri setiap individu yang terlibat dengan
program ini.
3. Memberi pendedahan dan pengalaman tentang pengurusan organisasi dan
program serta memupuk semangat penghargaan.
4. Membina keyakinan, memupuk nilai murni kepada pelajar sekolah rendah.
4.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Ketua ProjekLim Shen Jie A141097 FKAB/2
Timbalan Ketua ProjekSeet Shao Leong A139976 FUU/2
Timbalan Pengarah ITan Yee Tung A143017 FEP/1Timbalan Pengarah IIGun Ee Wei A143454 FEP/1
SetiausahaLer Ann Joe A141177 FST/1Timbalan Setiausaha ITeo Jing Xin A140304 FST/2Timbalan Setiausaha IINorhafizah Binti Abdul Aziz A136300 FEP/3
BendahariNeoh Pui Ging A143353 FEP/1Timbalan BendahariWoo Si Kuan A135986 FEP /3
EXCO PROGRAM:1) CHIN YEONG SHERN2) LOW QIN HUI3) IVAN SIO KHEN LIONG4) CHAI YIOW FEI5) ALEX LEE WEN JIE6) CHEONG CHOOI MEI7) BRENDA GAN YIT YEE8) YEW LING SIN9) CHAN SIAT LING10) HAU YIN TING11) LIM CIA SYIN13) TING CHEE KANG14) YEAP PHEI INN15) LUM FONG YI16) TANG YI YING17) LOO HUI MIN18) TAN CHENG YING19) LYDIA ONG HUI CHI20) LIM YANG EE 21) NIGEL TAY TZE HUNG22) TAN YING YEW
EXCO TUGAS-TUGAS KHAS DAN JAMUAN:1) ONG JIN YIN2) SHIRLY WONG LIN LEE4) WONG SONG WEN5) CHUA SIAW WEI6) LING XIN JING7) LEONG LI SAN9) LIEW WAI WERN 10) SOH YONG CHEE11) KHOR YEN YI12) LIU CHEN HUI13) CUI XIAO FAN14) MA LIN LIN
15) JIANG LI WEN16) XU HUI MIN18) MAH KEI LEE
5.0 PENDAHULUAN
Kami menjalankan program ini agar boleh meningkatkan penglibatan mahasiswa/i
Universiti Kebangsaan Malaysia dalam perkhidmatan sosial dan meningkatkan
perasaan prihatin para mahasiswa/i terhadap pembangunan sosial dan isu-isu yang
dihadapi oleh masyarakat pada masa terkini. Sebagai contohnya, melalui program ini,
nama Universiti Kebangsaan Malaysia akan ditahui oleh orang ramai kerana program
ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang baik daripada pihak ibubapa
dan pihak sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa dan exco program ini dapat
mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian seperti
bertanggungjawab, amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan mereka
dalam merancang dan melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya, program
ini dapat meningkatkan kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Hal ini
boleh menjamin kualiti mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia terjamin dan
secara langsungnya meningkatkan lagi imej Universiti Kebangsaan Malaysia.
6.0 Pelaksanaan
6.1 TakwinPelaksanaanAktiviti
Tarikh : 25April hingga 27 April 2014Tempat : SJK(C) SIN MING, SEMENYIH, SELANGOR
6.2 PelaporanAktiviti
Dalam aktiviti ini,
saya mempunyai 4 tanggungjawab dan peranan sepanjang perancangan dan
pelaksanaan aktivitu ini. 1. Exco program. 2. Pengerolah “camp Fire” 3. Fasilitator. 4.
Master permainan station.
Sebelum tarikh pelaksanaan aktiviti,
saya merupakan antara seorang exco program yang bertanggungjawab untuk
berfikir, merancang, menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk program
pada hari Perkhemahan kami ini. Kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat
dan perjumpaan beberapa bulan sebelum perkhemahan ini untuk membuat
persediaan kerana perlu membuat “brainstorming” , memilih dan membuat
keputusan program yang hendak dijalankan. Selain itu, saya juga dilantikan bersama
3 orang rakan untuk bertanggungjawab terhadap “camp fire” iaitu satu bahagian di
dalam perkhemahan kami ini. Semasa perlaksanaan “camp fire” ,kami akan
menjemput pihak sekolah untuk menyaksikan moment tersebut. Sebelum camp fire
berlangsung, kami mengadakan satu masa untuk mengambil gambar kumpulan, dan
meminta pelajar untuk membawa lilin dari satu tempat ke tempat mengambil
gambar serta meletakannya pada letak yang ditetapkan supaya dapat menyusun lilin
dalam satu bentuk perkataan “ 感 恩 有 你 ” iaitu bermaksud “bersyukur kerana
mempunyai kamu” untuk memupuk kesyukuran di antara kanak-kanak.
Semasa tarikh perkhemahan,
Sepanjang tiga hari perkhemahan ini, saya telah ditugaskan bersama seorang
rakan perempuan untuk menjadi fasilitator. Saya bertanggungjawab seperti seorang
ayah yang memimpin anak kumpulan saya ketiga-tiga hari iaitu semasa permainan,
activiti dan juga termaksud waktu tidur mereka. Saya perlu memberi cadangan,
mengajar, menyelaras kerjasama antara kumpulan tersebut.
Semasa bermain dengan permainan station, saya telah ditugaskan untuk
menjadi master station untuk menjaga staion tersebut. Saya perlu menjaga pada
station tersebut dan memberikan arahan terhadap kanak-kanak supaya mereka
dapat menghabiskan permainan tersebut dengan mendapat markah yang tertinggi.
7.0 Hasil Pembelajaran
Dalam program ini, saya telah banyak memerlukan dan menggunakan
kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan.
Sebagai seorang exco program, saya perlu berfikir secara kritikal iaitu
memikirkan program yang berpatutan iaitu kebaikan menjalankan program
tersebut, jika kebaikannya adalah kurang sesuai dengan kanak-kanak, maka
program tersebut akan ditimbang semula adakah perlu dimasukkan dalam program
kami. Selain itu, kami juga perlu pertimbangkan bilangan pelajar, tempat,
keselamatan dan juga masa adakah sesuai untuk dilakukan(pagi, petang atau
malam). Pada akhirnya, kami juga mendapatkan penyelesaian atau pemilihan yang
terbaik untuk permainan tersebut. Saya juga mengamalkan pemikiran kritikal
dalam membuat bahan-bahan yang diperlukan iaitu memilih bahan yang paling
murah dan mudah didapati untuk mengadakan program yang telah dirancangkan
untuk mengurangkan belanjawan kami serta mengajar kanak-kanak tentang isu-isu
kebaziran dan juga mencintai alan sekitar dengan menggunakan bahan-bahana
yang dapat dikitar semula.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap “camp fire”, saya perlu
mencari maklumat dan berfikir cara untuk membina camp fire yang dapat
berfungsi. Ini adalah agak susah kerana memerlukan imaginasi yang banyak kerana
adalah sukar untuk membuat eksperimen banyak kali kerana memerlukan kos yang
sederhana. Selain itu, kami juga pertimbangan keselamatan pelajar dan
keberkesanan “camp fire” tersebut kerana menjemput orang yang berhormat pada
waktu tersebut.
Semasa menjadi seorang fasilitator, saya berasa peranan ini adalah antara
peranan yang paling sukar, kerana perlu memimpin 14 orang kanak-kanak yang
berumur pada 10-12 yang masih berada di kalangan nakal dan kurang matang.
Oleh itu, ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan pemikiran yang tajam supaya
dapat menarik minat serta mendapatkan kepercayaan daripada kanak-kanak. Waktu
malam, sebagai fasilitator perlu tidur bersama kanak-kanak supaya mereka tidak
mengganggu rakan mereka dan tidur awal supaya hari seterusnya mendapat tenaga
yang mencukupi.
Sebagai seorang master permainan station, saya perlu berkomunikasi dengan
memberikan arahan dengan jelas supaya pelajar faham dengan cara permainan
station saya.
8.0 KESIMPULAN
Melalui program ini, nama Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditahui oleh
orang ramai kerana program ini dijalankan dengan lancar dan mendapat balasan yang
baik daripada pihak ibubapa dan pihak sekolah. Selain itu, ahli jawatankuasa dan exco
program ini dapat mempelajari nilai-nilai yang amat berguna dalam kehidupan harian
seperti bertanggungjawab, amanah, kreatif dan juga dapat meningkatkan kebolehan
mereka dalam merancang dan melancarkan sesuatu program. Secara keseluruhannya,
program ini telah meningkatkan kebolehan ahli-ahli dalam melancarkan program. Di
samping itu, sebagai seorang mahasiswa/i UKM, kita perlu memberi teladan yang
baik kepada orang lain terutamanya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Dalam menyertai program ini, saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan yang tidak
saya ajar dalam buku teks. Saya berasa bersyukur kerana saya telah menyertai
program ini.
LAMPIRAN A
ATURCARA PROGRAM
Tarikh dan Masa Perkara Tempat
21 Mac 2014
( Jumaat)
2.00 – 3.00 petang
3.00 – 3.30 petang
3.30 – 4.00 petang
4.00 – 4.30 petang
4.30 – 5.30 petang
5.30 – 6.00 petang
6.00 – 7.00 malam
7.00 – 8.00 malam
8.00 – 10.30 malam
10.30 – 11.00 malam
Pendaftaran Peserta
Ice Breaking
Majilis Perasmian
Oleh: Saudara Lim Shen Jie
Ketua Projek Perkhemahan Integrasi Pelajar Sekolah Rendah Peringkat Selangor
Permainan Bahasa Isyarat
Misi Kesihatan
Penerangan Talent Show
Perbincangan Kumpulan
Makan Malam
Permainan Malam
Makan Lewat
Tidur
SJK(C)
Sin Min
11.00 malam
22 Mac 2014
(Sabtu)
6.0 – 7.00 pagi
7.00– 8.00 pagi
8.00– 9.00 pagi
9.00 – 10.00 pagi
10.00 – 1.00 petang
1.00 – 2.00 petang
2.00 – 3.00 petang
3.00 – 3.30 petang
3.30 – 5.00 petang
5.00 – 7.00 malam
7.00 – 8.00 malam
8.00 – 9.30 malam
9.30 – 10.30 malam
Kemas diri
Senamrobik
Sarapan
Ceramah
Station Game
Makan Tengah Hari
Perbincangan Kumpulan
Permainan Bahasa Isyarat
Ceramah
Perbincangan Kumpulan & Mandi
Makan Malam
Talent Show
Camp Fire
11.00 – 11.30 malam
11.30 malam
Makan Lewat
Tidur
23 Mac 2014
( Ahad )
6.00 – 7.00 pagi
7.30 – 8.00 pagi
8.00 – 9.00 pagi
9.00 – 12.00 petang
12.00– 2.00 petang
Kemas diri
Senamrobik
Sarapan
Group PK
Majlis Penutupan
Penyampaian sijil dan hadiah
Gotong-royong
Sesi pengambaran dan bersurai
SJK(C)
Sin Min
LAMPIRAN B
GAMBAR – GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
Pengambilan Gambar Kumpulan Sebelum Camp
Fire, berkataan “感恩有你”(bersyukur kerana
mempunyai kamu). Lilin yang disusun oleh pelajar dibantu oleh fasilitator-fasilitator.
Camp Fire