Pembelajaran Secara Berkumpulan

2
Pembelajaran Secara Berkumpulan Kaedah yang melibatkan lebih dari dua orang murid dalam satu sesi pembelajaran. Mereka akan bekerjasama merancang corak pembelajaran terhadap latihan ya diberikan guru serta bersediamemberikan maklum balas tentangpembelajaran. Pembelajaran jenis ini sesuai dijalankan oleh murid-murid yang pandai. Namun dal keadaan tertentu pula, pembelajaran ini juga sesuai dijalankan kepada murid yang mempunyai kecerdasan yang berbeza, iaitu murid pandai dikehendaki membantu untuk membimbing murid yang lemah. Ciri Pembelajaran Secara Berkumpulan Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara hingga ! orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. "ni memberi peluan setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin tinggi. "ni merangkumi ketepatan masa, serta si#at bekerjasama yang baik. Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersam untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara akt dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja. Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan #aktor yang pentinguntuk menentukan keberkesanan proses belajar. $ilikdarjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. %angguan kebisingan haruslah dijauhi. Pemilihan waktu: Pemilihan &aktu adalah bergantung kepada kesesuaian &ak anggota kumpulan. 'alau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada cuti hujung minggu memandangkan masanya agak panjang.(gak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi ) jam pada satu-satu ket (dalah dikhuatiri jika jangka &aktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

description

RUJUKAN

Transcript of Pembelajaran Secara Berkumpulan

Pembelajaran Secara BerkumpulanKaedah yang melibatkan lebih dari dua orang murid dalam satu sesi pembelajaran. Mereka akan bekerjasama merancang corak pembelajaran terhadap latihan yang diberikan guru serta bersedia memberikan maklum balas tentang pembelajaran. Pembelajaran jenis ini sesuai dijalankan oleh murid-murid yang pandai. Namun dalam keadaan tertentu pula, pembelajaran ini juga sesuai dijalankan kepada murid yang mempunyai kecerdasan yang berbeza, iaitu murid pandai dikehendaki membantu untuk membimbing murid yang lemah.Ciri Pembelajaran Secara BerkumpulanPemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Gangguan kebisingan haruslah dijauhi.Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada cuti hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikhuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Bahan latihan dari ADaP Program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) adalah contoh yang baik untuk murid berbincang. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.Kebaikan Pembelajaran Secara Berkumpulani. Memberikan peluang kepada murid-murid belajar mengikut kemampuan masing-masing.ii. Murid dapat menilai kebolehan masing-masing.iii. Mengikis sikap ego dan mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid.iv. melahirkan semangat berlumba-lumba secara sihat.v. Penglibatan semua murid dalam aktiviti terancang.Kelemahan Pembelajaran Secara Berkumpulani. Sesuai untuk kumpulan murid yang pandai sahaja.ii. Sukar mengawal murid: sekiranya mempunyai ahli yang ramai.iii. Aktiviti yang pelbagai aras kesukaran jika ahli kumpulan terdiri daripada murid yang lemah dan pandai.