PELAN STRATEGIK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN...
Transcript of PELAN STRATEGIK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN...
0
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) ARAS 25-29, NO 51, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62100 PUTRAJAYA
PELAN STRATEGIK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT) TAHUN 2016 – 2020
FINAL 28 APRIL 2017
1
PELAN STRATEGIK
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN (JKT)
TAHUN 2016 – 2020
KANDUNGAN
MUKA SURAT PERUTUSAN KETUA PENGARAH JKT 02 PENGENALAN
PENJAJARAN DENGAN PELAN NASIONAL 04 LATAR BELAKANG JKT 08 CARTA ORGANISASI 11 PUNCA KUASA 12 PERANAN 13 PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PELANGGAN 14 VISI 15 MISI 15 NILAI MURNI 15
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
TERAS STRATEGIK 18 TERAS DAN STRATEGI 19
PELAN TINDAKAN 20
TERAS 1 TERAS 2 TERAS 3 TERAS 4 TERAS 5 TERAS 6
PENUTUP 29
2
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Syukur ke hadrat Allah, dengan limpah dan kurnia-Nya, Pelan Strategik
Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Tahun 2016-2020 ini telah berjaya
disediakan dan dibukukan.
Pelan Strategik JKT 2016-2020 merupakan satu dokumen rujukan utama
kerana mengandungi objektif, hala tuju dan perancangan strategik
Jabatan dalam melaksanakan program dan aktiviti bagi
mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) yang lebih baik kepada rakyat. Adalah menjadi
tanggungjawab utama JKT untuk terus berusaha membuat
penambahbaikan dalam pelbagai aspek dengan memanfaatkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bersama dengan PBT
agar proses dan prosedur kerja menjadi efisien dan efektif.
Pelan Strategik yang dibangunkan ini adalah bersifat praktikal kerana
dirangka melalui pendekatan perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan yang mana ianya bersesuaian dengan salah satu core
business JKT iaitu bertindak sebagai pakar runding dan penasihat kepada
PBT bagi menghasilkan output dan hasil yang dikehendaki. Ianya boleh
disesuaikan dengan perubahan persekitaran semasa dan dilaksanakan
bagi memastikan rakyat memperoleh kepuasan perkhidmatan yang
maksimum dari PBT.
3
Selain itu, Pelan Strategik ini akan menjadi dokumen rujukan bagi JKT
untuk terus memberi jaminan kualiti perundingan dan kepakaran,
memudahkan PBT dan rakyat memahami proses dan prosedur kerja,
bersifat inklusif dan mengutamakan nilai perkongsian.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang bersama-sama
menjayakan dan melaksanakan Pelan Strategik JKT 2016-2020 ini.
Semoga kerjasama, sokongan dan cita-cita kita, kekal ke arah kebaikan
bersama.
Sekian.
HAJI ABU BAKAR BIN JOHAR
4
PENJAJARAN DENGAN PELAN NASIONAL
Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11)
Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11), 2016-2020 merupakan
rancangan pembangunan lima tahun dan merupakan yang terakhir ke
arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Pelan RMKe-11 bertemakan
“Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat” bagi memenuhi aspirasi rakyat.
RMKe-11 menggariskan 6 Teras Strategik bagi merealisasikan matlamat
Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020 iaitu:
Teras Strategik 1:
Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.
Teras Strategik 2:
Meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Teras Strategik 3:
Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju.
Teras Strategik 4:
Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan
daya tahan.
Teras Strategik 5:
Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Teras Strategik 6:
Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.
5
Bagi menyokong pelaksanaan 6 Teras Strategik ini, Transformasi
Perkhidmatan Awam menjadi asas Kerajaan supaya lebih berpaksikan
rakyat serta meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan. Bagi mencapai matlamat ini, 5 Bidang
Fokus telah dikenalpasti seperti berikut:
Bidang Fokus 1:
Mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan bertumpukan rakyat.
Bidang Fokus 2:
Merasionalisasikan institusi sektor awam untuk meningkatkan produktiviti
dan prestasi.
Bidang Fokus 3:
Memperkukuh pengurusan bakat untuk perkhidmatan awam masa
hadapan.
Bidang Fokus 4:
Mempertingkatkan pengurusan projek untuk menghasilkan outcome yang
lebih baik dan cepat.
Bidang Fokus 5:
Memanfaatkan pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan
perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.
6
PELAN STRATEGIK KPKT 2016-2020
Pelan Strategik KPKT 2016-2020 adalah kesinambungan daripada pelan
strategik sebelumnya. Secara dasarnya, pelan ini mendukung visi dan
misi Kerajaan sepertimana dalam Program Transformasi Kerajaan,
Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMKe-11). Di dalam Pelan Strategik KPKT 2016-2020, 5 Teras
Strategik telah dirangka untuk dilaksanakan iaitu:
Teras Strategik 1:
Meningkatkan Pembangunan Perumahan Berkualiti, Kawal Selia Dan
Penyelesaian Pertikaian Perumahan Yang Cekap Dan Berkesan Ke Arah
Masyarakat Yang Sejahtera
Teras Strategik 2:
Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Kebombaan Dan
Penyelamatan Yang Berkesan Untuk Kesejahteraan Rakyat
Teras Strategik 3:
Merekayasa Pertumbuhan Persekitaran Yang Mampan Bagi
Meningkatkan Daya Huni
Teras Strategik 4:
Mengukuhkan Pembangunan Inklusif Ke Arah Masyarakat Bandar Yang
Saksama
Teras Strategik 5:
Membangunkan Modal Insan Yang Berintegriti Bagi Memantapkan Tadbir
Urus
7
PELAN TRANSFORMASI PBT
Pelan Transformasi PBT dirangka sebagai satu rancangan strategik untuk
membolehkan PBT melihat, menilai keupayaan seterusnya merancang
strategi menangani cabaran perubahan persekitaran dan ekspektasi
rakyat terhadap kualiti penyampaian perkhidmatan di peringkat Kerajaan
Tempatan. Dasar dan panduan RMKe-11 digunapakai untuk
menghasilkan tadbir urus PBT yang profesional bagi meningkatkan
kesejahteraan hidup rakyat melalui 6 Teras yang dapat
mentransformasikan PBT iaitu:
Teras 1: Pembangunan Modal Insan
Teras 2: Kecekapan Perkhidmatan
Teras 3: Pengukuhan Kewangan
Teras 4: Kesejahteraan Rakyat
Teras 5: Penglibatan Rakyat
Teras 6: Komunikasi Berkesan
8
LATAR BELAKANG JKT
Jabatan Kerajaan Tempatan atau JKT telah ditubuhkan pada 24 Mei 1964
yang pada waktu itu dikenali sebagai Bahagian Kerajaan Tempatan di
bawah Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan.
Berikutan penyusunan semula Kabinet pada 15 Mei 2013, nama
Kementerian telah diubah kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jabatan ini sejak penubuhannya telah beroperasi di Pusat Bandar
Damansara, Kuala Lumpur dan kini telah berpindah ke Putrajaya
semenjak pada 3 Ogos 2011.
Kedudukan JKT Dalam Struktur Pentadbiran Kerajaan Dan
Hubungkait Dengan Kerajaan Tempatan
Berdasarkan struktur pentadbiran Kerajaan Malaysia, JKT merupakan
penghubung di antara Kerajaan Pusat dan agensi-agensi Kerajaan lain
dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Di bawah Butiran 4, Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan, Kerajaan Tempatan adalah di bawah bidang kuasa
Kerajaan Negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.
Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Parlimen boleh bagi maksud menentukan persamaan undang-undang
dan dasar membuat undang-undang mengenai Kerjaaan Tempatan.
9
Perkara 95(A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai
penubuhan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) bagi
menentukan dasar negara untuk menggerak, memaju serta mengawal
Kerajaan Tempatan.
Sehingga kini terdapat sejumlah 154 PBT telah diwujudkan di seluruh
negara dengan pecahan 99 PBT di Semenanjung, 24 PBT di Sabah dan
26 PBT di Sarawak termasuk 5 modified PBT iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Labuan, Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Johor, PBT
Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Kedah dan Lembaga Pembangunan
Tioman, Pahang.
Daripada jumlah tersebut, 13 adalah di bawah kategori Dewan/ Majlis
Bandaraya, 38 Majlis Perbandaran dan 98 Majlis Daerah. adalah
diharapkan, dengan adanya PBT-PBT ini, segala cadangan dan
perancangan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan bagi
memastikan undang-undang dan dasar yang digubal dikuatkuasakan
sepenuhnya.
10
Kerajaan Persekutuan (Jemaah Menteri)
MNKT
KPKT
JKT
Kerajaan Negeri
Dewan / Majlis Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
Struktur Dan Peranan JKT, Kerajaan Pusat Dan Agensi-Agensi
Kerajaan Lain Dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
11
Ketua Pengarah
Jusa B
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan)
Jusa C
Bahagian Pembangunan
M54
Bahagian Dasar dan Pengurusan Strategik
M54
Bahagian Khidmat Pengurusan
M52
Bahagian Pengurusan Maklumat
F52
Timbalan Ketua Pengarah (Teknikal dan Perundangan)
Jusa C
Perunding Kesihatan Persekitaran
U54
Perunding Kejuruteraan Awam
J54
Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum
J54
Perunding Kawalan Pemajuan
J54
Unit Integriti
M44/41
CARTA ORGANISASI
12
PUNCA KUASA
1. Butiran 4, Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan
Kerajaan Tempatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri
kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
2. Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan
Kuasa Parlimen menentukan keseragaman undang-undang dan
dasar Kerajaan Tempatan.
3. Perkara 95(A) Perlembagaan Persekutuan
Penubuhan Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT)
4. Perkara 156 Perlembagaan Persekutuan
Bangunan-bangunan yang diduduki oleh Kerajaan Persekutuan
dalam kawasan PBT
5. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
6. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
7. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
8. Akta Pemberian Kepada Negeri 1981 (Akta 245)
9. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
10. Undang-Undang Kecil di bawah Akta 171
11. Akta-Akta Kesihatan Awam
13
PERANAN
JKT memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dalam
memastikan kehendak pihak berkepentingan dan pelanggan dapat
dicapai dan dipersetujui agar pelaksanaannya dapat memberi kebaikan
kepada kedua-dua belah pihak dan manfaatnya dapat dinikmati rakyat
dan negara. Sebagai pemudah cara ini, JKT melaksanakan 6 peranan
utama iaitu:
1. Merangka, mengkaji semula dan menyeragam undang-undang
berkaitan PBT;
2. Mengawal selia pelaksanaan undang-undang di PBT;
3. Memberi khidmat nasihat dan perundingan teknikal;
4. Membimbing PBT menyediakan perkhidmatan perbandaran
yang berkualiti.
Membantu membimbing dan menggalakkan PBT dalam
merancang, mengawal dan melaksanakan program-program
pembangunan sosio-ekonomi dan perkhidmatan perbandaran ke
arah pembentukan masyarakat makmur, sejahtera dan berdaya
maju selaras dengan matlamat pembangunan negara; dan
5. Membantu PBT menjadi Kerajaan Tempatan yang cekap.
Membentuk dan menjadikan PBT sebagai pihak berkuasa
perancangan yang berkesan, berkebolehan dan cekap dalam
menjalankan tugas dengan sempurna di peringkat tempatan dengan
mengikut perancangan yang baik dan sistematik bagi mengawal
aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar
melalui kaedah-kaedah yang telah ditetapkan.
14
PELANGGAN
RAKYAT
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI /
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) / CBO DAN PEMAIN
INDUSTRI
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
PIHAK BERKEPENTINGAN
JEMAAH MENTERIMAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN
BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
PIHAK BERKEPENTINGAN DAN PELANGGAN
15
VISI
Ke arah mewujudkan PBT yang berdaya saing, dinamik dan mampan
dalam memberikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti.
MISI
Menyediakan keperluan dan khidmat sokongan bagi PBT meningkatkan
kualiti pengurusan serta membudayakan tadbir urus yang baik
NILAI MURNI
Jabatan Kerajaan Tempatan menitik beratkan nilai murni untuk diamalkan
oleh warganya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Justeru, JKT telah menggariskan 6 Nilai Teras dan Amalan 10B bagi
memantapkan seluruh anggota perkhidmatan awam khususnya di JKT
dan menjadi sebahagian dari kod etika kerja harian. Nilai Teras dan
Amalan yang dimaksudkan adalah:
16
6 NILAI TERAS
1. Amanah
Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh
tanggungjawab dan ikhlas.
2. Benar
Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan
kebenaran, undang-undang dan peraturan.
3. Bijaksana
Setiap tugas dan tanggungjawab hendaklah dilaksana secara
bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme
yang tinggi.
4. Adil
Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap
tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan,
keutamaan dan fakta yang lengkap dan tepat.
5. Telus
Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses
yang telus dan maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang
berhak selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan
peraturan.
6. Bersyukur
Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan,
pencapaian dan anugerah yang diperoleh serta kepuasan terhadap
nikmat yang diterima.
17
AMALAN 10B
1. Bertaqwa
Bekerja sebagai ibadah.
2. Bertanggungjawab
Bersedia menerima tanggungjawab yang diamanahkan.
3. Berkerjasama
Bersikap tolong menolong antara satu sama lain.
4. Bertoleransi
Sabar, tabah dan sedia menerima teguran.
5. Berdikari
Mampu bertindak tanpa bantuan.
6. Berdisplin
Patuh segala arahan.
7. Berwibawa
Cekap, cepat dan cermat dalam menjalankan tugas.
8. Berbudi pekerti mulia
Berhemah dan berbudi bahasa dalam menjalankan tugas.
9. Berkebolehan
Kreatif, inovatif dan proaktif.
10. Berkeupayaan
Sanggup menghadapi cabaran.
18
6 TERAS STRATEGIK
JKT
Teras 1 : Pembangunan Modal Insan
Teras 2 : Kecekapan
Perkhidmatan
Teras 3 : Pengukuhan Kewangan
Teras 4 : Kesejahteraan
Penduduk
Teras 5 : Penglibatan
Rakyat
Teras 6 : Komunikasi
Berkesan
TERAS STRATEGIK
Hala tuju strategik JKT hendaklah seiring dengan hala tuju yang telah
ditetapkan oleh KPKT. Justeru itu, bagi membantu JKT merealisasikan
hala tuju, Visi dan Misi yang telah ditetapkan, 6 Teras Strategik telah
dikenalpasti iaitu:
19
TERAS DAN STRATEGI
Teras 1: Pembangunan Modal Insan
Strategi 1: Memperkasa sumber manusia selaras dengan Pelan Strategik
Sumber Manusia KPKT
Strategi 2: Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
Strategi 3: Memantapkan dan memperkasakan nilai-nilai murni dan integriti
perkhidmatan JKT
Teras 2: Kecekapan Perkhidmatan
Strategi 1: Memperkasa imej korporat
Strategi 2: Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Strategi 3: Memperkasa budaya dan tadbir urus kerja
Strategi 4: Memperkasa hubungan antara agensi
Teras 3: Pemberian Kerajaan Persekutuan Kepada PBT
Strategi 1: Membantu PBT dalam menyediakan infrastruktur dan
kemudahan awam
Strategi 2: Membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan operasi PBT
Teras 4: Kesejahteraan Penduduk
Strategi 1: Meningkatkan mutu persekitaran di kawasan PBT
Strategi 2: Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera
Teras 5: Kolaborasi Bersama PBT
Strategi 1: Menyeragamkan undang-undang dan dasar mengenai Kerajaan
Tempatan
Strategi 2: Memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan PBT
Teras 6: Komunikasi Berkesan
Strategi 1: Penyampaian maklumat yang inovatif
Strategi 2: memperkasa pengurusan aduan melalui aplikasi ICT
20
PELAN TINDAKAN
Teras 1: Pembangunan Modal Insan
Strategi 1: Memperkasa sumber manusia selaras dengan Pelan
Strategik Sumber Manusia KPKT
Strategi 2: Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif
Strategi 3: Memantapkan dan memperkasakan nilai-nilai murni dan
integriti perkhidmatan JKT
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
1
Memperkasa
sumber manusia
selaras dengan
Pelan Strategik
Sumber
Manusia KPKT
Menganjurkan /
menghantar pegawai dan
kakitangan JKT menghadiri
latihan generik dan
functional yang
bersesuaian dengan tugas.
Bilangan hari
kursus functional
setahun
Peningkatan
kemahiran dan
kepakaran
pegawai dan
kakitangan JKT
2016-2020
Penglibatan pegawai dan
kakitangan JKT dalam
seminar / forum /
persidangan dalam dan
luar Negara.
Bilangan
penyertaan /
pembentangan
Peningkatan
pengetahuan
dan kompetensi
2016-2020
Menyediakan modul latihan
dan training of trainers
kepada pegawai dan
kakitangan JKT dalam
bidang yang berkaitan
Bilangan
dokumen modul
disediakan
Peningkatan
kemahiran,
pengetahuan
dan kompetensi
pegawai dan
kakitangan JKT
2016-2020
21
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
Program Cross Fertilization
antara JKT, PBT, JKR dan
lain-lain agensi
Bilangan
pegawai dan
kakitangan yang
terlibat
Perkongsian
pengalaman
dan kepakaran
dari agensi
pakar
2016-2020
2 Menyediakan
persekitaran
kerja yang
kondusif
Menambahbaik
pelaksanaan 5S kepada
Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA)
Pensijilan EKSA
daripada
MAMPU
Peningkatan
produktiviti dan
tahap efisyensi
pegawai dan
kakitangan JKT
2016-2020
Memastikan peralatan
pejabat disediakan dengan
baik untuk pegawai dan
kakitangan JKT
Peningkatan
Indeks Kepuasan
Pekerja
3 Memantapkan
dan
memperkasakan
nilai-nilai murni
dan integriti
perkhidmatan
JKT
Program ceramah /
kempen / lawatan sambil
belajar ke agensi lain /
perkongsian kes / taklimat
peringatan mengenai
rasuah / integrity dan
sebagainya.
Peningkatan
Indeks Audit Nilai
Imej Jabatan
meningkat
2016-2020
22
Teras 2: Kecekapan Perkhidmatan
Strategi 1: Memperkasa imej korporat
Strategi 2: Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Strategi 3: Memperkasa budaya dan tadbir urus kerja
Strategi 4: Memperkasa hubungan antara agensi
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi
Utama (KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
1 Memperkasa imej
korporat
Penjenamaan Semula
(Rebranding) JKT
Bilangan pakar
bidang (SME)
yang wujud
Meningkatkan
pemahaman dan
mengurangkan
persepsi negatif
Kompetensi PBT
sebagai pihak
berkuasa
perancangan
tempatan
meningkat dalam
semua bidang
Mengurangkan
kekeliruan dan
salah tafsir
terhadap undang-
undang
2016-2020
Pemantapan pemahaman
Undang-undang
Bilangan
penglibatan
dalam program
/ projek hand-
holding
2016-2020
Promosi perkhidmatan
JKT dan PBT kepada PBT
Negeri dan pihak
berkepentingan
Bilangan
promosi
2016-2020
Mengadakan kolaborasi
dan memorandum
perjanjian (MOA) bersama
IPTA dan lain-lain agensi
Terlibat
sebagai tenaga
pengajar bagi
kursus jangka
pendek yang
berkaitan
2016-2020
23
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi
Utama (KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
Pasukan Tindakan Khas
JKT
Mewujudkan
pasukan
tindakan khas
melibatkan
semua pihak
berkepentingan
bagi isu-isu
khas/ kritikal
2016-2020
2 Meningkatkan
mutu
penyampaian
perkhidmatan
Menghasilkan inovasi Bilangan
inovasi yang
dihasilkan
terbukti
memberi
faedah dan
praktikal
dilaksanakan
Meningkatkan
kecekapan
2016–2020
Pematuhan kepada
objektif kualiti
Bilangan
program
berjaya
dilaksanakan
Mencapai sasaran
dan impak
program/ projek
dapat dilihat
2016–2020
Penyediaan garis
panduan atau standard
operating procedure
(SOP) bagi memastikan
kualiti dan peningkatan
kandungan di dalam
laman web PBT
Bilangan garis
panduan atau
SOP yang
dihasilkan
Maklumat yang
sahih
2016–2020
Memperkasa pengurusan
aduan
Tempoh aduan
diselesaikan
mengikut
kategori aduan
Aduan pengguna
dapat diselesaikan
dengan segera,
cepat dan tepat
2016–2020
24
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi
Utama (KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
3 Memperkasa
budaya dan tadbir
urus kerja
Pelaksanaan mesyuarat
berkala yang melibatkan
pihak berkepentingan
Bilangan
mesyuarat
yang
dianjurkan
Ketelusan dan
pemahaman yang
seragam
mengenai peranan
dan hubungan
Jabatan dengan
semua pihak
berkepentingan
2016–2020
4 Memperkasa
hubungan antara
agensi
Menyelaras program-
program dengan
penglibatan pihak
tempatan dan
antarabangsa
Bilangan
program/
showcase
projek
Peningkatan
pemahaman
antara agensi dan
penganjur
program
Program dapat
dijalankan dengan
lancar
2016–2020
25
Teras 3: Pemberian Kerajaan Persekutuan Kepada PBT
Strategi 1: Membantu PBT dalam menyediakan infrastruktur dan
kemudahan awam
Strategi 2: Membantu meningkatkan kualiti pengurusan dan operasi PBT
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
1 Membantu PBT
dalam
menyediakan
infrastruktur dan
kemudahan awam
Bantuan kewangan bagi
projek-projek
pembangunan di
kawasan PBT (BP.1)
Bilangan projek
diluluskan
Peratus
perbelanjaan
Infrastruktur
dan
kemudahan
awam di
kawasan PBT
meningkat
2016-2020
2 Membantu
meningkatkan
kualiti pengurusan
dan operasi PBT
Penyaluran bantuan
kewangan berbentuk
Geran Tahunan,
Sumbangan Membantu
Kadar (SMK) dan
peruntukan untuk
program kesihatan
persekitaran
Jumlah
peruntukan
yang disalurkan
Pengurusan
dan operasi
PBT menepati
kehendak
rakyat
2016-2020
Semakan dan
pemantauan laporan
perbelanjaan
berdasarkan senarai
semak JKT
Jumlah
semakan dan
laporan
2016-2020
26
Teras 4: Kesejahteraan Penduduk
Strategi 1: Meningkatkan mutu persekitaran di kawasan PBT
Strategi 2: Mewujudkan persekitaran yang selamat dan sejahtera
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi Utama
(KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
1 Meningkatkan mutu
persekitaran di
kawasan PBT
Mengeluarkan Garis
Panduan dan SOP
berkaitan fungsi PBT
Bilangan Garis
Panduan dan
SOP dikeluarkan
Persekitaran
PBT yang lebih
bersih, selesa
dan selamat
2016-2020
Program kesedaran
kesihatan persekitaran di
pelbagai peringkat
masyarakat
Bilangan program
/ persidangan
kesihatan / aktiviti
diadakan
Kesedaran
terhadap amalan
budaya bersih,
sihat dan
selamat
meningkat
2016-2020
Menaiktaraf dan
membaikpulih
kemudahan awam di
kawasan PBT
Bilangan
kemudahan
awam yang
dinaiktaraf dan
dibaikpulih
Kemudahan
awam yang lebih
selesa dan
selamat
2016-2020
2 Mewujudkan
persekitaran yang
selamat dan
sejahtera
Penilaian, pemantauan
dan kajian keberkesanan
pengurusan fungsi PBT
Bilangan
penilaian/
pemantauan/
kajian
keberkesanan
yang diadakan
Persekitaran
yang kondusif
memberi
keselesaan dan
keselamatan
kepada rakyat
2016-2020
Menyediakan infrastruktur
dan kemudahan
masyarakat yang sesuai
Bilangan
infrastruktur dan
kemudahan yang
disediakan
2016-2020
27
Teras 5: Kolaborasi Bersama PBT
Strategi 1: Menyeragamkan undang-undang dan dasar mengenai
Kerajaan Tempatan
Strategi 2: Memperkasakan kualiti penyampaian perkhidmatan PBT
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk
Prestasi
Utama (KPI)
Outcome Tahun
Sasaran
1 Menyeragamkan
undang-undang
dan dasar
mengenai Kerajaan
Tempatan
Jawatankuasa
Perundingan Pihak
Berkuasa Tempatan
Bilangan isu /
perkara /
undang-
undang / dasar
/ kertas / yang
dipersetujui di
mesyuarat
Meningkatkan
pemahaman Kerajaan
Negeri dan PBT
terhadap dasar-dasar
serta program-
program yang
dilaksanakan oleh
Kerajaan Pusat bagi
membolehkan PBT
memberi
perkhidmatan yang
lebih efektif kepada
penduduk setempat
2016-2020
2 Memperkasakan
kualiti penyampaian
perkhidmatan PBT
Pelaksanaan program di
bawah tanggungjawab
JKT dalam Pelan
Transformasi PBT
Bilangan
program yang
dilaksanakan
Kualiti penyampaian
perkhidmatan PBT
dan kesejahteraan
hidup rakyat
meningkat
2016-2020
28
Teras 6: Komunikasi Berkesan
Strategi 1: Penyampaian maklumat yang inovatif
Strategi 2: memperkasa pengurusan aduan melalui aplikasi ICT
Bil. Strategi Program/Aktiviti/
Inisiatif
Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) Outcome
Tahun
Sasaran
1 Penyampaian
maklumat yang
inovatif
Memantapkan promosi
dan kandungan
hebahan saluran Radio
JKT - “Saluran PBT
Anda”
Bilangan hits sebulan Hebahan program
kepada orang awam
meningkat
2016-2020
Meningkatkan kualiti
kandungan Portal
Rasmi JKT secara
interaktif
Jumlah bintang yang
diperoleh dalam
penarafan portal oleh
MDEC
Maklumat terkini
disalurkan dengan
mudah dan pantas
2016-2020
Program Live
Streaming Pihak
Berkuasa Tempatan
Bilangan PBT
melaksanakan
Program Live
Streaming
Kepercayaan orang
awam kepada PBT
meningkat
2016-2020
Aplikasi mobile
ePantau
Peratus jumlah
projek yang didaftar
dapat diketahui
statusnya dalam
masa tidak lebih 1
minit
Status projek dapat
diperoleh di mana-
mana secara masa
sebenara (real time)
2016-2020
2 Memperkasa
pengurusan
aduan melalui
aplikasi ICT
Memperkasa aplikasi
iKEPOH sebagai
saluran aduan yang
berkesan
Bilangan PBT
menggunakan
iKEPOH
Aduan rakyat dapat
disalurkan dengan
mudah dan pantas
2016-2020
Aplikasi bantuan
teknikal ICT (helpdesk)
untuk keperluan JKT
dan PBT
Bilangan modul
dibangunkan
Saluran bantuan
teknikal ICT
setempat
2016-2017
29
PENUTUP
JKT sebagai penghubungcara antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri akan terus berusaha mentransformasikan PBT. Sistem
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat hendaklah dimantapkan dari
segenap segi bagi merealisasikan hasrat Kerajaan, “Rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan”. Pendekatan dan pemikiran positif perlu
sentiasa segar dalam pelaksanaan agar setiap penambahbaikan dan
pembaharuan yang dibuat adalah efisien, cepat, tepat dan menepati
kehendak rakyat. Justeru, diharap dokumen Pelan Strategik JKT 2016-
2020 dilaksanakan melalui pelan tindakan yang telah digariskan bagi
tempoh sehingga 2020 memberi panduan dan halatuju Jabatan ke arah
transformasi PBT.