PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 -...
Transcript of PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 -...
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 1 TERHAD
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 2 TERHAD
PRAKATA PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU 3
PRAKATA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PENDAFTARAN) 4
PENGHARGAAN 5
RINGKASAN EKSEKUTIF 6
1.0 PENGENALAN 9
2.0 CARTA ORGANISASI PTG TERENGGANU 2012 - 2015 11
3.0 METODOLOGI PEMBANGUNAN PSICT PTG TERENGGANU 2012 – 2015
13
4.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PTG TERENGGANU 15
5.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 17
6.0 STRATEGI DAN PROGRAM ICT PTG TERENGGANU 19
7.0 HUBUNGKAIT TERAS STRATEGIK ICT DENGAN TERAS STRATEGIK BISNES PTG TERENGGANU
23
8.0 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 24
9.0 PELAN PELAKSANAAN 30
10.0 STRATEGI PELAKSANAAN 31
11.0 FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL 34
12.0 PENUTUP 36
ISI KANDUNGAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 3 TERHAD
KATA ALUAN
PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU
Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia Salam 1 Terengganu.
Pertama-tamanya saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan
Innayah-Nya, penat lelah kakitangan PTG Tengganu akhirnya telah berjaya menyiapkan Pelan Strategik
ICT PTG Terengganu bagi tempoh 2012-2015.
Di sini saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembangunan
Pelan Strategik ICT PTG yang telah menjadikan impian sebagai satu realiti. Pelan ini diharap akan
membawa Pejabat ini sebagai salah satu pemacu utama di dalam peneraju ICT di dalam pentadbiran
tanah negeri Terengganu.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada MAMPU yang telah memimpin PTG untuk
menyiapkan Pelan ini di dalam tempoh empat bulan iaitu dari bulan April hingga Julai 2012 secara
dalaman.
Akhir kata, saya berharap Pelan ini menjadi pelengkap kepada Pelan Strategik PTG yang sedia ada bagi
menyokong visi, misi dan objektif strategik jabatan. Sekian, Terima Kasih.
Y. Bhg. Dato’ Tuan Mamat Bin Tuan Ngah
D.P.M.T., A.S.M., P.J.C., P.J.K., B.L.B.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu
PRAKATA
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 4 TERHAD
KATA-KATA ALUAN
TIMBALAN PENGARAH (PENDAFTARAN)
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU
Bersyukur saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana Pelan Strategik ICT PTG bagi tahun 2012–2015 telah
berjaya disiapkan.Saya selaku Pegawai Maklumat ingin mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan
kepada semua kakitangan yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam menyiapkan Pelan
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada MAMPU yang telah membimbing pasukan dalam
proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik jabatan.
Terdapat empat Teras strategik yang dikenal pasti iaitu Pemantapan Tadbir Urus, Pengukuhan Aplikasi,
Pengukuhan Infra Struktur dan Keselamatan dan Pengukuhan Pembudayaan dan Pengurusan Dalam ICT.
Sesungguhnya bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan di dalam pelan ini, saya menyeru setiap
daripada kita perlu bijak merancang dan menyumbang kekuatan sedia ada.Sumber yang meliputi
tenaga, pengalaman, kemahiran dan sumber kewangan yang perlu dioptimumkan penggunaannya.
Pelan ini memerlukan komitmen semua Warga PTG bagi merealisasikan Teras yang telah dikenal pasti.
Sekian, terima kasih.
Wan Mohd Anuar Bin Wan Endut
PJK.
Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran)
PRAKATA
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 5 TERHAD
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Perunding MAMPU, Pasukan PSICT Terengganu di atas
sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pembangunan PSICT ini.
Pasukan Perunding MAMPU :
Y.Bhg. Dato’ Dr. Zahari Othman, Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU
Pn. Norhayati binti Yaacob, Ketua Projek
Pn. Sukhaila binti Angsor, Penolong Ketua Projek
Jawatankuasa Pemandu Jabatan :
Y.Bhg. Dato’ Tuan Mamat bin Tuan Ngah, Pengerusi
Encik Mohd Elias bin Nik, Timbalan
Pengurus Projek:
En. Wan Mohd Anuar bin Wan Endut
Pasukan Pembangunan PSTM :
Pejabat Pengurusan Projek (PMO)
Pasukan Pengurusan Perubahan dan Pembudayaan ICT
Pasukan Aplikasi, Integrasi Sistem dan Pangkalan Data
Pasukan Infrastruktur Dan Keselamatan ICT
PENGHARGAAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 6 TERHAD
Pelan Strategik ICT (PSICT) PTG Terengganu telah didokumenkan dan ianya adalah selaras
dengan Pelan Strategik PTG Terengganu 2009-2015. Fungsi PSICT adalah untuk memastikan
pelaksanaan prasanrana ICT dalam menyokong objektif dan fungsi utama PTG Terengganu agar
ianya dapat dilaksankan dengan teratur, cekap, berkesan dan kos efektif.
Pembangunan PSICT melibatkan proses pengumpulan maklumat, menganalisa dan
mengenalpasti status persekitaran ICT sedia ada yang meliputi kelemahan, isu dan cabaran serta
mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dan seterusnya membentuk rangka
kerja strategik dan pelan tindakan ICT. Rangka kerja dan pelan tindakan ICT merupakan asas
kepada transformasi yang akan dilaksanakan untuk tempoh empat tahun dan ianya berdasarkan
kepada penggunaan aplikasi, infrastruktur ICT dan tadbir urus ICT yang meliputi modal insan dan
proses kerja.
Penilaian ke atas ketiga-tiga perkara tersebut telah menunjukkan terdapat pelbagai peluang
yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan aplikasi sebagai salah satu elemen terpenting
dalam pelaksaaan proses kerja di PTG Terengganu. Manakala pengukuhan infrastruktur ICT yang
merangkumi rangkaian, internet, emel, keselamatan maklumat serta inventori perkakasan dan
perisian serta meningkatkan perkhidmatan dan Tadbir Urus ICT disamping membudayakan ICT
di kalangan warga PTG Terengganu merupakan pemasu transformasi ke arah menjadikan
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu sebagai jabatan kerajaan yang terbaik di
Malaysia menjelang 2015.
RINGKASAN EKSEKUTIF
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 7 TERHAD
Empat teras strategik ICT yang telah dikenalpasti iaitu :
Bagi menjayakan teras strategic tersebut, PSICT PTG Terengganu 2012-2015 telah menggariskan
beberapa strategi pelaksanaan bagi setiap aktiviti mengikut teras yang meliputi sasaran/objektif,
factor kejayaan kritikal, tempoh masa, pemilik proses, anggaran kos, KPI, dan keutamaan bagi
setiap projek yang dirancang. PElbagai projek ICT telah dikenalpasti dan disusun mengikut
keutamaan dalam satu pelan yang komprehensif yang dikenali sebagai PElan Tindakan ICT. Pelan
ini mengandungi 8 strategi dan 19 program yang akan dilaksanakn sepanjang tempoh PSICT ini.
Ianya mengandungi keterangan terperinci berkaintan pelaksanaan setiap projek beserta
anggaran kos dan factor yang menetukan kejayaan projek tersebut.
PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN
APLIKASI
PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR
DAN KESELAMATAN ICT SECARA
DINAMIK DAN SISTEMATIK
PEMANTAPAN BUDAYA ICT PTG
PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 8 TERHAD
Dokumen PSICT merupakan blueprint ICT yang terpenting bagi PTG Terengganu dalam
merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan projek pengkomputeran ICT
secara keseluruhan di PTG Terengganu. PSICT juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa
berdasrkan perubahan dan keperluan bisnes PTG Terengganu agar ianya selari dengan strategi
ICT Sektor Awam dan sentiasa relevan dalam memenuhi kehendak pelanggan.
Pembangunan PSICT melibatkan pasukan pembangunan yang terdiri daripada warga kerja PTG
Terengganu di semua peringkat dan dibantu oleh Subject Matter Expert yang diwakili oleh
semua bahagian dan perkhidmatan PTG Terengganu dengan dibantu oleh Pasukan Perunding
Strategik ICT MAMPU.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 9 TERHAD
Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu ini
digubal oleh Pasukan Pembangunan PSICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG
Terengganu) yang telah dilantik dan terdiri daripada warga kerja PTG Terengganu di semua
peringkat dengan kerjasama Pasukan Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU.
Pembangunan PSICT PTG Terengganu mengambil masa selama empat bulan untuk dibangunkan
dan digubal sepenuhnya iaitu bermula April - Julai 2012. Beberapa siri perbincangan dan
bengkel telah diadakan sepanjang tempoh tersebut bagi mengumpul maklumat yang diperlukan
sehinggalah ia siap sepenuhnya.
PSICT (2012 – 2015) telah disediakan sebagai panduan dan halatuju PTG Terengganu dalam
melaksanakan program dan aktiviti yang merangkumi sembilan bahagian utama seperti berikut:
a) Khidmat Pengurusan
b) Pembangunan
c) Penguatkuasaan Teknikal
d) Pendaftaran Hakmilik
e) Hakmilik Strata
f) Hasil
g) Perundangan
1.0 PENGENALAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 10 TERHAD
h) Audit Pengurusan
i) Teknologi Maklumat
Manakala Skop PSICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merangkumi perkara
seperti berikut:
i) Keperluan ICT PTG Terengganu melibatkan pengguna, rangkaian, peralatan ICT, sistem
aplikasi dan pembangunan kandungan serta tadbir urus ICT;
ii) PSICT ini mengambilkira keperluan penggunaan implementasi ICT PTG Terengganu dan
Pejabat Tanah Daerah;
iii) Meneruskan pelaksanaan projek di bawah RMK-9 dan untuk RMK-10 dengan pendekatan
yang bersesuaian dan bajet tahunan yang disediakan; dan
iv) Pembangunan PSICT dilaksanakan secara dalaman dengan kerjasama khidmat perunding
daripada pihak MAMPU.
Pembangunan PSICT PTG Terengganu melibatkan empat peringkat iaitu Penilaian
Persekitaran Semasa Bisnes dan ICT, Pembagunan Strategi ICT, Pembangunan Pelan
Pelaksanaan dan penyediaan dokumentasi.
PSICT berperanan dalam mengenalpasti strategi-strategi ICT yang disokong oleh pembangunan
dan pengukuhan aplikasi, pengukuhan infrastruktur dan keselamatan ICT, budaya ICT dan tadbir
urus ICT bagi mencapai visi, misis dan objektif jabatan. Program-program ICT yang digariskan di
dalam PSICT ini adlah selaras dengan keutamaan dan keperluan Pelan Strategik PTG Terengganu
(2009 - 2015).
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 11 TERHAD
Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan pembangunan PSICT ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Pembangunan PSICT ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai
Maklumat/Chief Information Officer (CIO) PTG Terengganu. Ahli Pasukan Projek dan
Jawatankuasa yang terlibat adalah terdiri daripada Perunding, Jawatankuasa Pemandu
Pelan Strategik ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Pengurus
Projek, Pasukan Projek dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO). Carta Organisasi
Pasukan Projek PSICT PTG Terengganu adalah seperti di Rajah 1-1
2.0 CARTA ORGANISASI PSICT PTG TERENGGANU 2012-2015
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 12 TERHAD
Rajah 1-1: Carta Organisasi Pasukan Projek PSICT PTG Terengganu 2012-2015
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 13 TERHAD
Metodologi ASF digunapakai untuk mengetahui keperluan bisnes agensi dan diterjemahkan bagi
menentukan keperluan ICT PTG Terengganu bagi tempoh empat tahun (2012- 2015).
Rajah 1-2: Metodologi ASF
Berpandukan metodologi ini, perkara pertama yang dilakukan ialah penubuhan Pasukan
Pembangunan PSICT yang dilantik di kalangan pegawai PTG Terengganu daripada pelbagai
peringkat. Seterusnya penyediaan kertas kerja disediakan untuk mendapatkan kelulusan
daripada Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi/Kanan PTG
Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.
3.0 METODOLOGI PEMBANGUNAN PSICT PTG TERENGGANU 2012-2015
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 14 TERHAD
Inisiatif pembangunan PSICT dimulakan dengan membuat analisis berhubung persekitaran
bisnes dan ICT di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. Hasil analisis digunakan untuk
menghasilkan Teras Strategik ICT PTG Terengganu dan seterusnya menyusun pelan tindakan
berpandukan teras strategik yang telah dikenal pasti. Kaedah yang digunakan untuk
membangunkan PSICT ini adalah melalui sesi perbincangan di antara Pasukan Perunding
MAMPU dan Pasukan Pembangunan PSICT PTG Terengganu, dan dua siri bengkel perbincangan.
Pembangunan PSICT ini melibatkan tiga peringkat seperti berikut:
i) Penilaian Persekitaran Semasa Bisnes dan ICT
ii) Pembangunan Strategi ICT
iii) Pembangunan Pelan Pelaksanaan
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 15 TERHAD
VISI
Untuk Menjadikan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu sebagai jabatan
kerajaan yang terbaik di Malaysia menjelang 2015.
MISI
Menguruskan sistem pentadbiran tanah yang dinamik, cekap dan berkesan.
OBJEKTIF
i) Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah bagi kemakmuran
negeri;
ii) Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan
kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan;
iii) Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai
murni ke arah kecemerlangan organisasi; dan
iv) Mempertingkatkan keselamatan untuk menjamin keutuhan dalam
pentadbiran tanah.
4.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PTG TERENGGANU
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 16 TERHAD
NILAI TERAS WARGA PTG TERENGGANU
Nilai-nilai teras juga sentiasa dipupuk dan diamalkan di kalangan warga PTG kerana kejayaan
sesebuah organisasi adalah bergantung kepada etika terpuji yang diamalkan adalah warganya.
Nilai-nilai teras tersebut ialah amanah, bersyukur, adil, bijaksana, benar dan telus.
FUNGSI UTAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU
PTG Terengganu memainkan peranan penting dalam pentadbiran tanah di Negeri Terengganu.
Fungsi utama PTG Terengganu adalah seperti berikut:
i) Sebagai penyelaras permohonan-permohonan mengenai tanah daripada semua
Pejabat Tanah bagi mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri;
ii) Bertanggungjawab dalam menggubal arahan-arahan PTG Terengganu;
iii) Jabatan ini juga menjalankan salah satu fungsi Pejabat Tanah iaitu Pendaftaran
hakmilik, urusniaga, bukan urusniaga dan urusan tanah.
iv) PTG Terengganu bertindak sebagai penasihat mengenai hal-hal pentadbiran
tanah di seluruh Negeri Terengganu;
v) PTG Terengganu memberi khidmat asas menerima dan memproses permohonan
tanah serta mewujud dan menyelenggara rekod pegangan tanah.
vi) PTG Terengganu juga menerima dan memproses permohonan berkaitan
pembangunan dan urusan tanah serta mengutip cukai dan hasil tanah serta
mengambil tindakan penguatkuasaan.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 17 TERHAD
Beberapa proses telah dijalankan dalam membentuk Strategi dan Pelan Tindakan ICT PTG
Terengganu. Bagi membentuk Visi dan Misi ICT PTG Terengganu, proses sintesis visi dan misi
ICT telah dilaksanakan. Penetapan Visi dan Misi ICT untuk PTG Terengganu adalah seperti
Rajah 1-3.
Rajah 1-3: Visi dan Misi ICT PTG Terengganu
5.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU
Memperkasa
dan membudaya
ICT kearah
penyampaian
perkhidmatan
yang holistik,
dinamik dan
inovatif
Transformasi ICT
dalam menerajui
kecemerlanganp
entadbiran dan
pengurusan
tanah secara
mapan
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 18 TERHAD
PTG Terengganu juga telah menetapkan empat teras strategik ICT untuk memacu hala tuju ICT
sebagaimana yang ditetapkan menerusi Visi dan Misi ICT PTG Terengganu. Teras Strategik ICT
berserta objektifnya adalah seperti Rajah 1-4.
Rajah 1-4: Teras Strategik ICT PTG Terengganu dan Objektif
Teras 1 : Pembangunan Dan
Pengukuhan Aplikasi
Memantapkan aplikasi ICT ke arah
perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efektif
Memantapkan pangkalan data
pentadbiran tanah bagi meningkatkan
integriti dan integrasi maklumat
Teras 2 : Pengukuhan
Infrastruktur Dan Keselamatan ICT
Secara Dinamik Dan Sistematik
Mengukuhkan infrastruktur dan keselamatan ICT
secara optimum bagi meningkatkan
kebolehcapaian maklumat
Teras 3 :
Pemantapan Budaya ICT PTG
Memupuk kesedaran dan meningkatkan kemahiran ICT bagi
memberikan perkhidmatan yang
berkualiti
Teras 4 : Pemantapan Tadbir
Urus ICT
Memperkukuhkan polisi ICT selaras dengan undang-
undang dan dasar tanah sedia ada
Meningkatkan kecekapan
perkhidmatan menerusi
pemantapan Pengurusan ICT
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 19 TERHAD
TERAS 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI
Terdapat dua tumpuan yang perlu diberikan terhadap pelaksanaan sIstem aplikasi ini, iaitu
memantapkan aplikasi ICT kearah perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efektif serta
memantapkan pangkalan data pentadbiran tanah bagi meningkatkan intergriti dan integrasi
maklumat. Beberapa aplikasi telah dikenalpasti bagi menyokong objektif strategik PTG
Terengganu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pembangunan sistem baru diperlukan untuk menambahbaik perkhidmatan sistem yang
sediaada. Pengwujudan sistem baru boleh meningkatkan produktiviti dan prestasi PTG
seperti Aplikasi Carian Persendirian (e-CP), Aplikasi e-Alih, Sistem Pecah Sempadan dan
e-Pengambilan.
Selain itu penambahbaikan sistem sedia ada dan pengukuhan aplikasi berdasarkan
perubahan teknologi dan keperluan pengguna akan dilaksanakan bagi memenuhi
keperluan Pihak Berkuasa Negeri, kakitangan PTG dan juga pelanggan. Sistem–sistem
sedia ada akan dinaiktarafkan supaya memantapkan lagi sistem yang ada sekarang.
Sebanyak empat sistem yang perlu dinaiktaraf iaitu iSOLAR, pengintegrasian aplikasi
SELAMAT dengan SPTB, menaiktaraf Laman Web PTG dan penambahbaikan sistem
e-Masa.
6.0 STRATEGI DAN PROGRAM ICT PTG TERENGGANU
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 20 TERHAD
TERAS 2 : STRATEGI PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT
Beberapa strategi yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan
kesediaan infrastruktur ICT di PTG Terengganu. Strategi ini menumpukan kepada dua komponen
utama iaitu:
i) Pengukuhan Keupayaan Infrastruktur ICT; dan
ii) Pemantapan Keselamatan ICT.
Pengukuhan keupayaan infrastruktur ICT merupakan komponen pertama di dalam
strategi ini dimana, aspek-aspek seperti perkakasan ICT, pengurusan rangkaian dan
pangkalan data berpusat ditekankan. Bagi tujuan ini sebanyak empat program telah
dirancang iaitu:
i) Kajiankeperluanperkakasan ICT;
ii) Naiktarafkeupayaanperkakasan ICT;
iii) Penyediaanrangkaianalternatif; dan
iv) Pelaksanaanpangkalan data berpusat.
Pemantapan keselamatan ICT merupakan komponen kedua di dalam strategi ini dimana,
aspek-aspek seperti penilaian risiko, antivirus dan keselamatan ICT di tekankan. Bagi
tujuan ini sebanyak tiga program telah dirancang iaitu:
i) Penilaian risiko terhadap keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT secara berkala;
ii) Pelaksanaan antivirus secara berpusat di PTG Terengganu; dan
iii) Sistem Pengurusan Keselamatan ICT (iSMS).
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 21 TERHAD
TERAS 3 : STRATEGI PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN ICT
Strategi bagi memantapkan organisasi dan pengurusan ICT memastikan pelaksanaan ICT di PTG
Terengganu dapat dilaksanakan dengan lancar, aspek tadbirurus serta pembudayaan ICT
perlulah juga diberi penekanan. Bagi memenuhi objektif ini, perkara-perkara teras perlulah
dimantap dan diperkukuhkan seperti pengukuhan pengurusan ICT dan penyelarasan polisi dan
dan prosedur ICT.
Sebanyak dua program telah dirancang dalam pengukuhan pengurusan ICT iaitu Pemantauan
Pelaksanaan PSICT dan Penstrukturan semula bahagian Teknologi Maklumat.
Penyelarasan polisi dan prosedur ICT adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan
pentadbiran ICT PTG Terengganu. Peraturan yang dikeluarkan hendaklah dipatuhi dan perlu
sentiasa dikaji untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Bagi memantapkan
pelaksanaan ICT di PTG Terengganu, polisi dan prosedur ICT baru perlu diwujudkan. Polisi dan
prosedur ICT yang akan dibangunkan adalah Pelan Pemulihan Bencana, Prosedur Kawalan Akses
Sistem dan Dasar Keselamatan ICT.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 22 TERHAD
TERAS 4 : PEMANTAPAN BUDAYA ICT
Dua strategi utama telah dirancang untuk memantapkan budaya ICT di kalangan warga PTG
Terengganu iaitu peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT warga kerja dan pemantapan
pembudayaan ICT secara bersepadu.
Peningkatan kemahiran dan pengetahuan ICT warga PTG Terengganu perlu melibatkan
kakitangan ICT dan bukan ICT. Oleh itu, dua program latihan telah dirancang dan akan
dilaksanakan mengikut keutamaan seperti berikut :
i) Penambahbaikan Pelan Operasi Latihan (POL)
ii) Pelaksanaan Program Latihan ICT Kepada Warga Kerja
Sebanyak tiga program pemantapan pembudayaan ICT secara bersepadu telah
dikenalpasti seperti berikut:
i) Program Hari ICT Jabatan;
ii) Taklimat kesedaran ICT wargajabatan; dan
iii) Promosi ICT untuk pelanggan.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 23 TERHAD
Teras Strategik ICT PTG Terengganu perlulah sejajar dengan Objektif Strategik PTG Terengganu
yang dinyatakan dalam Pelan Strategik PTG Terengganu 2009-2015. Hubungan antara Objektif
Strategik dan Teras Strategik ICT PTG Terengganu ditunjukkan seperti Rajah 1-5.
Rajah 1-5: Penjajaran Objektif Strategik PTG Terengganu dengan Teras Strategik ICT PTG Terengganu
7.0 HUBUNGKAIT TERAS STRATEGIK ICT DENGAN TERAS STRATEGI BISNES
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 24 TERHAD
Berpandukan empat teras strategik ICT yang dibentuk, sebanyak lapan strategi ICT dan 19
program ICT telah dikenalpasti. Strategi ini adalah selari dengan perancangan pelaksanaan ICT
untuk mengatasi isu ICT semasa dan pemacu kearah kecemerlangan sistem penyampaian PTG
Terengganu berteraskan ICT. Strategi dan program ICT serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
mengikut teras adalah seperti di Jadual 1-1 hingga Jadual 1-4
Jadual 1-1: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 1
TERAS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI
Strategi Program KPI
1) Pembangunan sistem baru. a) Sistem pentadbiran tanah PTG
i. In-house - e-cp (Carian Persendirian)
Jul 2012 Pelaksanaan
i. Outsource
- e-Alih (memantau pemilikan tanah)
Jun 2013 Perlantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan
- Sistem pecah sempadan Feb 2014 Kajian diluluskan Mac 2014 Perlantikan pembekal
8.0 PELAN TINDAKAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 25 TERHAD
Dis 2014 Pelaksanaan
TERAS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI
Strategi Program KPI
- e-Pengambilan Feb 2015 Kajian diluluskan Mac 2015 Perlantikan pembekal Dis 2015 Pelaksanaan
2) Pengintergrasian dan penambahbaikan sistem sedia ada.
a) Sistem Pentadbiran Tanah PTG
i.Outsource
- iSOLAR
Feb 2013 Kajian diluluskan Apr 2013 Pelantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan
- Pengintegrasian Aplikasi SELAMAT bagi SPTB
Feb 2013 Kajiandiluluskan Apr 2013 Pelantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 26 TERHAD
b) Sistem pentadbiran pejabat i. Outsource
- Menaiktaraf laman web PTG
Jan 2011 Kajian diluluskan Feb 2011 Pelantikan pembekal Apr 2011 Pelaksanaan
- e-Masa Feb 2014 Kajian diluluskan Apr 2014 Pelantikan pembekal Dis 2014 Pelaksanaan
Jadual 1-2: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 2
TERAS 2: INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT
Strategi Program KPI
1) Pengukuhan keupayaan infrastruktur ICT.
a) Kajian keperluan perkakasan ICT Mac 2013 Laporan kajian diluluskan
b) Naiktaraf keupayaan perkakasan ICT i. Server ii. Perisian iii. Perkakasan ICT
Dis 2013 Server e-Convert
dinaiktaraf Perolehan 30% Dis 2014 Perolehan 70% Dis 2015 Perolehan 100%.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 27 TERHAD
c) Penyediaan rangkaian alternative bagi menyokong dan meningkat capaian rangkaian sediaada
Apr 2013 Mendapat kelulusan pengurusan Okt 2013 Perlantikan pembekal Okt 2014 Pelaksanaan rangkaian alternatif
d) Pelaksanaan pangkalan data berpusat bagi Sistem Pungutan Hasil (iSolar) di PTG
Ogos 2013 Kertas kajian diluluskan Jan 2014 Perlantikan pembekal Dis 2014 Pangkalan Data Berpusat siap dilaksanakan
2) Pemantapan Keselamatan ICT. a) Penilaian risiko terhadap keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT secara berkala.
Mac 2014 Menyediakan laporan kajian penilaian risiko
b) Pelaksanaan antivirus secara berpusat
Mei setiaptahun Pembaharuan perisian lesen antivirus
c) Sistem Pengurusan Keselamatan ICT (iSMS)
Dis 2015 Pelaksanaan iSMS
Jadual 1-3: Strategi, Program danPetunjukPrestasiUtamaMengikutTeras 3
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 28 TERHAD
TERAS 3 : PEMANTAPAN BUDAYA ICT PTG
Strategi Program KPI
1) Peningkatan pengetahuan dgn kemahiran ICT wargakerja.
a) Penambahbaikan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan dengan menambah kursus-kursus ICT kepada kakitangan.
Dis 2012 Satu laporan penambahbaikan Pelan Operas Latihan (POL) yang diluluskan
b) Pelaksanaan Program Latihan ICT - Menganjurkan kursus
dalaman
- Menghantar kakitangan berkursus di luar
SetiapTahun Kursus Dalaman Sekurang-kurangnya empat kursus ICT secara dalaman Setiaptahun Sekurang-kurangnya 10 orang kakitangan berkursus ICT di luar
2) Pemantapan pembudayaan ICT secara bersepadu.
a) Program Hari ICTJabatan. - Kuiz ICT
- Ceramah ICT
- Pameran ICT
-
Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua Program Hari ICT Jabatan
b) Program kesedaran ICT wargajabatan. - Prosedur ICT
- Dasar keselamatan ICT
Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua program kesedaran ICT
c) Promosi ICT untuk pelanggan Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua promosi ICT
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 29 TERHAD
Jadual 1-4: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 4
TERAS 4 : PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT
Strategi Program KPI
1) Pengukuhan pengurusan ICT. a) Pemantauan Pelaksanaan PSICT SetiapTahun Dua laporan aktiviti jawatankuasa
b) Penstrukturan semula bahagian Teknologi Maklumat
Mac 2013 Kertas Cadangan diluluskan di peringkat pengurusan jabatan Mei 2013 Kelulusan SUK Nov 2013 Kelulusan JPA Jun 2014 Pengisian jawatan
2) Penyelarasan polisi dan prosedur ICT.
a) Pewujudan polisi dan prosedur ICT.
i. Pelan Pemulihan Bencana (Data Recovery Plan - DRP)
ii. Prosedur kawalan akses kepada sistem-sistem
Mac 2013 Proses kawalan akses sistem diluluskan. Jun 2014 Laporan Pelan Pemulihan Bencana diluluskan. Okt 2014 Pengujian DRP Dis 2014 Pelaksanaan DRP
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 30 TERHAD
Pelaksanaan projek ICT ini dirancang bagi tempoh empat tahun bermula tahun 2012 hingga
2015 dan iainya melibatkan empat teras strategic ICT dan strategi ICT serta program-program
ICT berdasarkan tahun pelaksanaan. Secara ringkas, pelan pelaksanaan program ICT
berdasarkan strategi ICT diterangkan dalam Rajah 1-6.
Rajah 1-6: Pelan Pelaksanaan Mengikut Tahun
9.0 PELAN PELAKSANAAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 31 TERHAD
Program-program ICT yang dirancang untuk dilaksanakan dalam PSICT PTG Terengganu bagi
tempoh 4 tahun mulai 2012 adalah berdasarkan keperluan dan hala tuju strategik PTG
Terengganu. Keutamaan pelaksanaan program-program ICT ditentukan berdasarkan kepada
factor-faktor seperti kepentingan mengatasi isu semasa, impak yang tinggi kepada sistem
penyampaian perkhidmatan serta keupayaan dari segi sumber manusia sedia ada dan sumber
kewangan.
Strategi pelaksanaan program ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu bagi program
yang telah dirancang dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2012 hingga 2015 dikenal pasti
dan perlulah berpandukan kepada beberapa aspek. Antaranya adalah :
i. Pemilik dan Keutamaan Program ICT
Pemilik sebagai subject matter expert akan dapat menentukan hala tuju pelaksanaan
bagi setiap program ICT yang dirancang manakala keutamaan untuk setiap program ICT
adalah berdasarkan kepada kriteria Urgency untuk mengatasi isu semasa, kepentingan
dan faedah kepada bisnes PTG Terengganu, keupayaan sumber manusia sedia ada dan
sumber kewangan yang mencukupi.
10.0 STRATEGI PELAKSANAAN
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 32 TERHAD
ii. Pelaksanaan Secara Quick Wins, Outsource dan Inhouse
Program Quick Wins PSICT disenaraikan mengikut program yang boleh dilaksanakan
seawal enam bulan hingga setahun setengah bermula Jun 2012 sehingga Jun 2013.
Pelaksanaan secara outsource dan inhouse pula dikenalpasti dengan mengambil kira
beberapa faktor seperti keupayaan dan kesediaan sumber manusia sedia ada, sumber
peruntukan yang mencukupi dan kepentingan yang tinggi bagi business teras PTG
Terengganu.
Manakala Pelan Tindakan dan anggaran kos bagi setiap program ICT yang dirancang telah
dikompilasikan menjadi satu jadual Pelan Pelaksanaan. Pelan Pelaksanaan ini akan
memudahkan pihak Pengurusan Tertinggi PTG Terengganu dan pemilik program ICT memantau
program dan aktiviti yang akan atau belum dilaksanakan pada tahun semasa.
Implikasi kewangan merupakan kos jangkaan untuk projek yang akan dilaksanakan oleh PTG
Terengganu bagi tempoh 2012 - 2015. PTG Terengganu perlu memastikan sumber kewangan
adalah mencukupi untuk membangun, melaksana dan menyelenggara projek tersebut bagi
memudahkan pelaksanaan projek yang dicadangkan. Asas pertimbangan untuk anggaran kos
merangkumi perisian, perkakasan, pengubahsuaian, integrasi, kos penyelengaraan, pengurusan
projek dan perunding, latihan dan juga bengkel. Manakala anggaran kos keseluruhan projek ICT
telah ditentukan bagi program-program dan aktiviti yang dirangka. Komponen kos melibatkan
kos one-off dan kos berulang. Pemetaan perancangan pelaksanaan strategi ICT PTG
Terengganu dengan Rangka Kerja ISP Sektor Awam adalah seperti di Rajah 1-7.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 33 TERHAD
Rajah 1-7: Pemetaan Strategi ICT PTG Terengganu Dengan Rangka Kerja ISP Sektor Awam
HAB PENGURUSAN ILMU
SALURAN
TRANSFORMASI ICT
DALAM MENERAJUI KECEMERLANGAN PENTADBIRAN
DAN PENGURUSAN TANAH SECARA MAPAN
PERNIAGAAN KERAJAAN RAKYAT LAIN-LAIN
INISIATIF TANPA KERTAS
APLIKASI BACK OFFICE
MEDIA BARU TEKNOLOGI
MUDAH ALIH KAUNTER
National
Single Window
Portal
myGovernment
INFRASTRUKTUR DAN
PIAWAIAN
1. PengukuhanKeupayaanInfrastruktur ICT
PENYELIDIKAN,
PEMBANGUNAN DAN INOVASI
1. Pembangunan SistemBaru
2. PengintegrasiandanPenamb
ahbaikanSistemSedia Ada
SUMBER MANUSIA DAN
PEMBUDAYAAN
1. PeningkatanPengetahua
n Dan Kemahiran ICT
WargaKerja
2. PemantauanPembudaya
an ICT SecaraBersepadu
POLISI / PERUNDANGAN
1. PenyelarasanPolisi
Dan Prosedur ICT
2. PemantapanKeselama
tan ICT HARTA INTELEKTUAL
KEPIMPINAN DAN
KOORDINASI
1. PengukuhanPengurusan ICT
TAD
BIR
UR
US
ICT
PEN
GU
RU
SAN
PER
UB
AH
AN
SistemPecahSempadan
e-Pengambilan
e-Alih
SELAMAT e-Masa
LALUAN
PERKHIDMATAN
ATAS TALIAN
e-CP
SMS WEB
Portal PTG
Terengganu
PERSEKITARAN
PEMBOLEH-DAYA
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 34 TERHAD
Faktor Kejayaan Kritikal merupakan salah satu kriteria yang penting dalam pelaksanaan PSICT
PTG Terengganu. Bagi memastikan setiap pelaksanaan tercapai, kriteria seperti di bawah perlu
diambil kira oleh setiap bahagian dan personel yang terlibat. Faktor yang telah dikenal pasti
adalah seperti berikut :
i. Kerjasama daripada pihak yang terlibat
Setiap bahagian dan unit yang terlibat dalam pelaksanaan PSICT ini perlu memberikan
kerjasama dan bersedia memberi maklumbalas berkaitan dengan pelaksanaan strategi
ICT. Ini kerana maklumat yang diperolehi akan menentukan kejayaan atau kegagalan
sesuatu pelaksanaan strategi tersebut.
ii. Kewangan
Perancangan teliti bagi mendapatkan peruntukan kewangan perlu dilakukan supaya
hasil yang diperoleh dapat membiayai perancangan PSICT yang telah ditetapkan. Ini
memerlukan kerjasama daripada pihak atasan dan bahagian yang berkaitan. Peruntukan
kewangan ini adalah bagi memenuhi aktiviti dan program yang telah diatur mengikut
keutamaan jabatan serta visi dan misi jabatan. Ia meliputi dari peringkat kajian sehingga
pelaksanaan program.
11.0 FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 35 TERHAD
iii. Kelulusan Jawatankuasa
Kelulusan daripada jawatankuasa di peringkat jabatan diperlukan dalam pelaksanaan
infrastruktur dan pembangunan aplikasi. Oleh itu perancangan serta penyediaan kertas
cadangan yang lengkap perlu disediakan bagi tujuan berkenaan. Ini bagi memastikan
pelaksanaan projek dilakukan dalam masa yang telah dirancang.
iv. Kemahiran dan Keupayaan Personel ICT
Bagi program dan aktiviti yang dirancang dalam fasa pembangunan, ia
dilaksanakan secara dalaman (in-house) atau pembekal. Oleh itu, kemahiran
personel ICT merupakan perkara yang amat penting. Faktorsepertibilangan
personel sedia ada, bebanan kerja serta kemahiran yang diperlukan juga perlu
diambil kira. Kemahiran personel dan pembekal yang tinggi amat diperlukan
untuk pelaksanaan infrastruktur dan pembangunan aplikasi.
v. Pengurusan Projek Yang Cekap
Bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, ia perlu diketuai oleh
pengurus projek yang cekap. Penglibatan jawatankuasa yang terdiri daripada pihak
atasan, bahagian ICT dan bahagian yang terlibat amat penting bagi memastikan projek
dilaksanakan tanpa sebarang masalah serta mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Status terkini pelaksanaan perlu direkod secara bertulis dan perbincangan dilakukan
secara berkala.
vi. Kesediaan Pengurusan Perubahan
Bagi melaksanakan PSICT, warga kerja PTG perlu bersedia terhadap sebarang perubahan
yang akan dilakukan. Pelaksanaan program bagi tujuan berkenaan dilakukan secara
berperingkat yang merangkumi golongan Pengurusan dan Profesional, Sokongan 1 dan
Sokongan 2. Langkah ini diambil bagi memastikan warga kerja dapat menerima
perubahan dengan lebih cepat dan berkesan.
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015
RINGKASAN EKSEKUTIF 36 TERHAD
Pelan Strategik Teknologi Maklumat PTG Terengganu (2012-2015) merupakan satu dokumen
blue print bagi untuk membangun dan mengoptimakan (optimise) penggunaan ICT dalam
mencapai hala tuju dan objektif strategiknya. Dokumen yang telah dirangka ini akan menjadi
rujukan penting sebagai garis panduan dalam melaksanakan setiap strategi berasaskan ICT di
PTG Terengganu.
Penetapan empat teras strategik akan menjadi pemagkin kepada kecemerlangan ICT di PTG
Terengganu. Dengan adanya penyediaan polisi dalam pengurusan ICT yang cekap, adalah
diharapkan segala perancangan pelan dapat dilaksanakan seperti yang telah digariskan. Dalam
penyediaan pelan ini semua aspek berkaitan ICT telah diambilkira merangkumi aplikasi,
peralatan, rangkaian, keselamatan dan latihan kepada kakitangan. PSICT ini dharap dapat
menigktakan kecekapan integrasi sistem maklumat dan rangkaian komunikasi dengan lebih
efisien.
Pelan strategik ini hendaklah dipantau dari masa ke semasa dan dikaji semula jika perlu, supaya
ICT akan terus menjadi pemangkin kecemerlangan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan
dalam pentadbiran tanah yang terbaik serta berdaya saing selaras dalam menjayakan misi dan
visi PTG Terengganu sebagai Jabatan Kerajaan yang terbaik menjelang 2015.
12.0 PENUTUP