Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN...
Transcript of Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN...
4 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 5
44
Perutusan Ketua Pegawai
Eksekutif
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia pada 18 Oktober 2018 bertujuan untuk mereformasi dasar sedia ada dan menggariskan
sasaran sosioekonomi yang disemak semula bagi tempoh 2018-2020.
Enam (6) tonggak keutamaan dan penekanan baharu telah digariskan dalam pelan tersebut iaitu:
Pertama: Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.
Kedua: Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.
Ketiga: Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang.
Keempat: Memperkasa modal insan.
Kelima: Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau.
Keenam: Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.
Visi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul Yang
Menyumbang Kepada Pembangunan Negara adalah selari dengan aspirasi kerajaan memerintah dalam
meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Visi LHDNM ini
menjadi panduan buat Hasilian dalam mengemudi organisasi ini untuk terus mara ke hadapan berdasarkan
prinsip kecemerlangan LHDNM, iaitu:
Pertama: Kepimpinan dan kompetensi.
Kedua: Budaya kerja.
Ketiga: Proses kerja.
Keempat: Business model dan struktur organisasi.
Justeru, selari dengan semakan semula RMK-11, LHDNM telah menyusun semula Pelan Korporat LHDNM 2016-
2020 agar ia seiring dengan keutamaan dan penekanan baharu kerajaan dalam mensejahterakan rakyat dan
memakmurkan negara.
LHDNM menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia agar ia kembali dikenali
sebagai Harimau Asia seperti pada era 1980an dan 1990an. Sungguhpun adanya cabaran dalam mencapai
matlamat ini, saya yakin dengan adanya Semakan Semula Separuh Penggal Pelan Korporat LHDNM 2016-2020,
dapat menjadi landasan terbaik bagi memastikan kutipan cukai yang sepatutnya dikutip dan dalam masa yang
sama memberi impak kepada tahap pematuhan cukai dan pertumbuhan ekonomi negara.
Dato’ Sri Sabin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 7
tu
8
Satu penyataan aspirasi dan hala tuju LHDNM kepada
Hasilian dalam usaha menjadikan LHDNM sebuah
organisasi berprestasi tinggi (high performance
organization) melalui visi dan misi yang
telah ditetapkan
1
5 Tujuan 2 Dokumen Pelan
Korporat LHDNM
2016-2020
4 3
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
Carta Organisasi
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
9
Punca Kuasa
Dalam usaha menjadikan LHDNM peneraju perkhidmatan percukaian negara,
pelaksanaan dan pematuhan undang-undang serta peraturan sedia ada
merupakan aspek penting dalam menjayakan misi tersebut. Dengan kuasa yang
diperuntukkan, peranan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
UNDANG-UNDANG
• Perlembagaan Persekutuan
1957
AKTA
• Akta Cukai
Pendapatan 1967
• Akta Cukai
Keuntungan Harta Tanah
1976
ENAKMEN
• Kanun Tanah
• Akta Penggalakan Pelaburan
1986 • Akta Setem 1949
Negara 1965
• Kanun Acara Jenayah
(Akta 593)
• Kanun Keseksaan
(Akta 574)
• Kaedah-kaedah
Penggulungan Syarikat
1972
PUNCA
KUASA
LHDNM
• Akta Petroleum (Cukai
Pendapatan) 1967
• Akta Cukai Aktiviti
Perniagaan Labuan
1990
• Akta Tafsiran 1948 dan
1967
• Akta Had Masa 1953
• Kaedah-kaedah
Mahkamah 2012
• Enakmen Duti
Harta Pesaka
1941
• Akta Mahkamah
Kehakiman 1964
• Akta Syarikat 1965
• Akta Kebankrapan 1967
• Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat
Berasaskan Tanah) 1984 (Akta 310)
• Akta Pencegahan Pengubahan
Wang Haram dan Pencegahan
Pembiayaan Keganasan
2001
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 10
Visi
Pentadbir cukai terunggul
yang menyumbang kepada
pembangunan negara
Misi
Memberi perkhidmatan percukaian
yang cemerlang dengan:
• Melaksanakan sistem percukaian
berintegrasi dan telus • Meningkatkan keberkesanan
operasi melalui inovasi proses
dan teknologi maklumat
• Mempertingkatkan pematuhan sukarela
• Memantapkan tenaga kerja
yang kompeten
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 11
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
12
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 13
Nilai Teras Hasilian berpegang kepada prinsip-
prinsip moral yang ditetapkan oleh
organisasi berdasarkan nilai-nilai yang
sesuai dengan lunas undang-undang
negara, sistem masyarakat setempat
dan peraturan-peraturan tertentu
yang ditetapkan untuk mencapai
aspirasi organisasi.
appy
Membudayakan happy at work dapat menaikkan
semangat Hasilian meningkatkan produktiviti
organisasi.
Menerapkan dan mengamalkan budaya mesra
serta saling hormat menghormati ke arah
mewujudkan organisasi penyayang dan harmoni.
Managing people dengan etika dan tata susila
yang baik dan sewajarnya.
Te mwork
Kerjasama yang utuh diterapkan dalam diri
setiap Hasilian menjadikan setiap perancangan,
Mewujudkan komitmen secara sukarela untuk
bersama-sama mencapai matlamat/KPI Korporat
yang telah ditetapkan.
keputusan dan tindakan yang dilaksanakan
lebih teratur, menjimatkan masa, cekap dan
menghasilkan produktiviti yang tinggi. Hasilian
akan lebih gemilang jika setiap sesuatu perkara
dilaksanakan secara berpasukan.
Profe sionalism
Hasilian mempunyai semangat yang tinggi
untuk menghasilkan yang terbaik dalam setiap
urusan pentadbiran percukaian ke arah
menjana pendapatan negara. Selain itu, setiap
urusan ditadbir dan diuruskan secara
profesional dan cekap.
ntegrity
Integriti dibudayakan di setiap peringkat
pegawai LHDNM selari dengan matlamat untuk
melahirkan modal insan yang kompeten,
berintegriti dan komited.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
Exce lence
Hasilian berusaha untuk menjalankan
tanggungjawab dengan cemerlang bagi
menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan
berprestasi tinggi ke arah pentadbir cukai
terunggul yang menyumbang kepada
pembangunan negara.
14
HAS L
MW
ORK
SIO
NALIS
M
NTEG
RIT
Y
APPY
LEN
CE
TE
PRO
FE
EXCE
keputusan dan tindakan yang dilaksanakan lebih teratur, menjimatkan masa, cekap dan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Hasilian akan lebih gemilang jika setiap sesuatu perkara dilaksanakan secara berpasukan.
HAPPY
Hasil sentiasa ceria
dan seronok
TEAMWORK
Bekerja dalam satu
pasukan
PROFESSIONALISM
Dengan profesional
INTEGRITY
Berteraskan integriti
EXCELLENCE
Untuk mencapai
kecemerlangan
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 15
HD
16 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
Hubung Kait Teras Strategik,
Bidang Keberhasilan &
Objektif Strategik
PENTADBIR SISTEM
PERCUKAIAN YANG
DIYAKINI RAKYAT
SISTEM DAN
PROSEDUR KERJA
YANG CEKAP DAN
BERKESAN
PENYUMBANG UTAMA
KEMAKMURAN NEGARA
DAN KESEJAHTERAAN
RAKYAT
ORGANISASI
YANG DINAMIK
BIDANG KEBERHASILAN (KRA)
Fokus Pelanggan Kecemerlangan Operasi Pematuhan Sukarela
Institusi Mampan
OBJEKTIF STRATEGIK
• Memastikan keadilan
sistem percukaian
• Meningkatkan
penyampaian
perkhidmatan
kepada pelanggan
• Memastikan
keselamatan aset
dan maklumat
percukaian
• Memelihara reputasi
dan imej korporat
• Membangunkan dan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi
• Meningkatkan
kecekapan dan
keberkesanan kos
• Menambahbaik
prosedur kerja
• Membudayakan
pengurusan risiko dan integriti
• Meningkatkan
pematuhan cukai
secara sukarela
• Mengurangkan
ketirisan hasil
• Memantapkan
pengurusan hutang cukai
• Memperluaskan
asas cukai
• Melaksanakan
organisasi yang
mempunyai saiz
perjawatan dan
struktur yang optimum
• Membangunkan sumber
manusia yang
kompeten dan
profesional
• Menyediakan
persekitaran kerja
yang kondusif
• Memperkukuhkan
kepimpinan dan
kepakaran
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
TERAS STRATEGIK
17
aran
n
kan
Tanggungjawab
01 Teras
Tahun
Sasaran
08
/ Tindakan
Rangka
Strategik
02 Objektif
Strategik
Pemilik
Proses
07
Pelan
Tindakan
Kerja
Perancangan
Strategik
LHDNM
Bidang
03 Strategi
04 Inisiatif
05
Tumpuan
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
18 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
09
06
PELAN KORPORAT
LHDNM 2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 19
TERAS STRATEGIK 1
Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat
20
Pentadbir Sistem Percukaian
Yang Diyakini Rakyat LHDNM mahu rakyat terus yakin dengan sistem percukaian negara. Sistem percukaian yang
diyakini haruslah mempunyai perundangan yang adil dan mudah difahami. Sistem ini perlu
disokong oleh pelaksanaan yang telus dan saksama serta pengurusan maklumat yang
berintegriti. Objektif strategik LHDNM adalah memastikan kesaksamaan dan keadilan sistem
percukaian, meningkatkan penyampaian perkhidmatan pelanggan, memastikan
keselamatan aset dan maklumat percukaian serta memelihara reputasi dan imej korporat.
LHDNM menjalankan kajian berterusan secara proaktif bagi memastikan undang-undang
percukaian Malaysia sentiasa terkini dan menyeluruh. Akta-akta yang berkaitan cukai sentiasa
ditambah baik selari dengan perkembangan isu percukaian semasa dan mengambil kira dasar
yang ditetapkan kerajaan.
Panduan percukaian dikeluarkan bagi memudahkan pembayar cukai memahami hak-hak
mereka seterusnya mengurangkan kadar kesilapan dan meningkatkan pematuhan. Ini
dapat membantu pembayar cukai merancang serta mengurus cukai mereka dengan lebih
teratur sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan LHDNM dalam
memudahkan pengurusan cukai mereka.
Amalan terbaik pentadbir cukai lain sentiasa dirujuk untuk memastikan sistem percukaian
Malaysia berada di tahap yang setanding dengan pentadbir cukai antarabangsa. Strategi ini
perlu bagi memastikan amalan percukaian yang konsisten dalam usaha LHDNM untuk berlaku
adil kepada pembayar cukai tertakluk kepada bidang kuasa cukai yang berbeza di dalam
suatu masa.
Untuk tujuan ini, LHDNM mengambil bahagian dalam kerjasama, perkongsian pintar dan
perjanjian dengan pentadbir cukai negara-negara lain bagi menangani cabaran berhubung
dengan halangan kepada ketelusan maklumat.
LHDNM komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, menepati kehendak
semasa dan telus. Sistem teknologi maklumat dimanfaatkan secara meluas dan inovatif
sebagai pemangkin dalam penyampaian perkhidmatan. LHDNM menyasarkan peningkatan
perkhidmatan atas talian menjelang 2020 selaras dengan penggunaan internet sebagai
saluran penyampaian perkhidmatan utama.
Penambahan rangkaian perkhidmatan layan diri yang menyeluruh dan automatik dapat
menjimatkan masa berurusan pembayar cukai dengan LHDNM seterusnya mengurangkan kos
pematuhan.
Keselamatan sistem maklumat dan fasiliti adalah kritikal dalam memastikan kerahsiaan
maklumat pembayar cukai. LHDNM mengambil langkah keselamatan sewajarnya untuk
melindungi sistem maklumat dan fasiliti daripada sebarang ancaman pencerobohan dan
kebocoran maklumat.
LHDNM turut menekankan nilai integriti yang tinggi ke atas semua Hasilian. Pelan Integriti
LHDNM berteraskan nilai bijak, benar, amanah, telus, adil dan bersyukur bertujuan untuk
memelihara reputasi dan imej korporat dan dapat menambah keyakinan pembayar cukai
terhadap LHDNM.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
1
TERAS STRATEGIK 1
Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MEMASTIKAN KEADILAN SISTEM PERCUKAIAN
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
1.1
Melindungi sumber hasil
cukai negara
Pemantapan undang-undang
percukaian
antarabangsa dengan
tumpuan kepada
pengaliran dana keluar
1. Mengemaskini
undang-undang/garis
panduan berdasarkan
perkembangan dan
keperluan
• Peratus peningkatan
kutipan cukai
mengikut sektor tumpuan
2016-2017
2. Penerbitan garis
panduan/pindaan
2016-2020
3. Pengenaan cukai
baharu
2018-2020
4. Memperkemas
proses rayuan
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 21
TERAS STRATEGIK 1
Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 2
MENINGKATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
2.1
Meningkatkan kualiti perkhidmatan
yang
disediakan
Kualiti perkhidmatan
Menambahbaik tahap perkhidmatan
• Indeks kesediaan
orang awam terhadap
pematuhan cukai
2016
Perkhidmatan
secara khusus
1. Menyediakan perkhidmatan
berasaskan profil dan gelagat
pematuhan pembayar cukai
2016-2018
2. Mengenalpasti bidang
tumpuan yang memerlukan kajian terperinci
2016
2.2
Memastikan
Hasilian mematuhi
piawaian
profesional
Piawaian
profesional
Memastikan Hasilian
menunjukkan standard etika yang cemerlang dalam
melaksanakan perkhidmatan
• Kadar penemuan
ketidakpatuhan berdasarkan
audit dalaman
yang dilaksanakan
2018
2.3
Memastikan tahap
penyebaran
maklumat yang terkini,
telus dan
mudah dicapai
Penyebaran maklumat
percukaian
(komunikasi)
1. Pelaksanaan komunikasi
pemasaran (MarComs)
sepenuhnya
• Statistik sebaran
maklumat
melalui medium
yang digunakan
2020
2. Penyediaan bahan media
yang berinformasi
2016-2020
3. Pelaksanaan e-broadcasting
2017-2018
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 22
TERAS STRATEGIK 1
Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MEMASTIKAN KESELAMATAN ASET DAN MAKLUMAT PERCUKAIAN
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
3.1
Memastikan
persekitaran yang
selamat bagi
melindungi
keselamatan maklumat
percukaian
dan infrastruktur
Maklumat percukaian
dan kemudahan keselamatan organisasi
1. Menyediakan sistem
kawalan keselamatan dan pengurusan aset
• Kadar pelanggaran
peraturan keselamatan yang
dilaporkan (%)
2016-2020
2. Mengekalkan
kemudahan dan
persekitaran kerja
yang selamat untuk warga LHDNM
3. Memupuk budaya
tanggungjawab serta melindungi
insfrastruktur data
dan sistem keselamatan
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 23
TERAS STRATEGIK 1
Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
4.1
Memperkukuhkan
asas tadbir urus yang baik
Tadbir urus yang
baik
Memperkasa tadbir urus
LHDNM
• Kadar penemuan
ketidakpatuhan hasil daripada
audit dilaksanakan
(%)
2016-2020
Memperkasakan
imej dan jenama
1. Meningkatkan imej
kaunter
2016-2020
2. Melaksanakan kajian
keberkesanan publisiti LHDNM
2020
3. Melaksanakan aktiviti
meningkatkan imej
LHDNM melalui
program pengiktirafan
dan anugerah
2016-2020
Komunikasi
berkesan
Melaksanakan:
1. Audit komunikasi
2. Keberkesanan media
2019
4.2
Meningkatkan
reputasi LHDNM
Jaringan
kerjasama
Meluaskan jaringan
kerjasama agensi dalam dan luar negara
• Indeks keyakinan
orang awam terhadap sistem
percukaian
2016-2020
Program Tanggungjawab Sosial (SR)
Mengadakan program tanggungjawab sosial (SR)
Pusat depositori
maklumat
Mewujudkan pusat data
inovasi
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
24
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
Sistem Dan Prosedur Kerja
Yang Cekap Dan Berkesan
LHDNM akan sentiasa menambahbaik piawaian
perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan dan
kecekapan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada
pelanggan. Strategi LHDNM ialah membangunkan dan
memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi,
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos,
menambah baik prosedur kerja dan membudayakan
pengurusan risiko dalam proses kerja.
Kadar pematuhan dapat dipertingkatkan dengan adanya
kemudahan capaian kepada maklumat yang cepat, tepat
dan boleh diperolehi pada bila-bila masa. Pemantapan
aplikasi sistem percukaian dibuat supaya ia boleh dicapai
dari pelbagai lokasi dan peranti elektronik mudah alih.
Penggunaan alat analisis data dan penambahan automasi
dibuat untuk menambah baik proses kerja sedia ada. Ini
menyumbang kepada keberkesanan kos dalaman dengan
pengagihan sumber yang strategik.
Prosedur kerja diperkemas secara berterusan bagi
mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan
proses membuat keputusan. Inisiatif-inisiatif yang
bertujuan mempertingkatkan keberkesanan fungsi sistem
teknologi maklumat akan dilaksanakan di bawah teras ini.
LHDNM juga membudayakan pengurusan risiko dalam
semua proses kerja bagi meminimakan ancaman yang boleh
menjejaskan keupayaan mencapai matlamat. Profil risiko
dibangunkan dan risiko dipantau dalam inisiatif-inisiatif
perancangan strategik bagi membolehkannya diurus
dengan cekap dan berkesan.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
2
25
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MEMBANGUNKAN DAN MEMANTAPKAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
1.1
Memodenkan
sistem aplikasi
dan
infrastruktur
ICT
Business
intelligence
solution
1. Pembangunan
infrastruktur Hasil
Power Data dan
inisiatif lain bagi
memantapkan Sistem
Pentadbiran
Percukaian
• Tahap kemajuan
penambahbaikan
sistem automasi
mengikut jenis
penyelenggaraan
(%)
2016-2020
2. Membangunkan dan
menambahbaik
sistem rujukan
setempat (Hasilpedia)
3. Pembangunan
baharu dan
pemantapan sistem
aplikasi
4. Menaiktaraf dan
memperkasakan
infrastruktur ICT
5. Kejuruteraan semula
sistem aplikasi dan
infrastruktur ICT
(Transformasi Hasil)
6. Pemantauan sistem
ICT yang berkesan
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 26
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 2
MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN KOS
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
2.1
Melaksanakan
penyelidikan dan
pembangunan
amalan terbaik dan inovatif untuk
penjimatan kos
pengurusan dan pentadbiran
Keberkesanan
kos
1. Memperluaskan
pembelajaran dalam
talian
• Nisbah kos
pungutan bagi
setiap RM100 cukai
yang dipungut berbanding dengan
tahun sebelumnya
2016-2020
2. Mempelbagaikan
saluran komunikasi
yang inovatif
2018
3. Pengurusan hartanah
yang berkesan
2016-2020
4. Mewujudkan pelbagai
saluran bayaran selain kaunter
2020
5. Peluasan sewa beli dan
e-bidding
2016
27 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MENAMBAH BAIK PROSEDUR KERJA
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
3.1
Mengharmonikan prosedur kerja setara dengan
pentadbiran
cukai terbaik
Prosedur kerja mengikut
perkhidmatan
kritikal
1. Pemantapan proses kerja
sedia ada
• Peratus
penambahbaikan proses kerja
dalam tempoh
tertentu
2016-2020
2. Pengintegrasian data
pembayar cukai dan sistem
e-filing yang lebih fleksibel
2016-2017
3. Pengukuhan pengendalian
aduan
2016-2020
4. Melaksanakan pengurusan
dokumen dan maklum balas
• mesyuarat secara online
• e-services
2016-2018
5. Memperkasa program
fungsi teras
2016-2020
6. Memperluaskan program
inovasi
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 28
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MENAMBAH BAIK PROSEDUR KERJA
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
7. Pelaksanaan Sistem Penilaian
Amalan Nilai (SPAN) dan
pemantauan yang berkesan terhadap pengurusan aduan
integriti pegawai
2016-2020
8. Pemantapan sistem
Pengurusan Sumber Manusia
(iHRS)
2016-2020
9. Menaik taraf/pemantapan
sistem
2016-2019
Memantapkan kecekapan
pungutan
cukai
Memproses pungutan hasil dan duti setem dengan lebih cekap
2016-2020
3.2
Mengharmonikan
prosedur kerja bagi
proses sokongan
seperti
pengurusan, kewangan dan
ICT
Prosedur
kerja perkhidmatan
sokongan
Mempertingkatkan
komunikasi dua hala
• Bilangan proses
kerja ditambah baik hasil
daripada
penemuan audit
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 29
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN RISIKO DAN INTEGRITI
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
4.1
Melaksana dan
menyelenggara program
pengurusan risiko dan
integriti yang mantap
Penyelarasan
aktiviti
pengurusan
risiko
organisasi
Memudah dan
mempercepatkan
pengumpulan maklumat
risiko, penganalisaan dan
penjanaan laporan risiko
melalui Sistem Maklumat
Pengurusan Risiko (i-RIS)
Peratus
peningkatan
pematuhan cukai
dan penurunan
bilangan risiko
organisasi
2016-2020
Komunikasi
dan konsultasi
risiko
1. Memastikan
kesinambungan dalam
sistem penyampaian
perkhidmatan yang
berterusan semasa
mengalami gangguan
atau bencana
2016-2020
2. Menyampaikan
maklumat risiko kepada
pihak berkepentingan
iaitu stakeholder
dalaman dan luaran,
pengurusan atasan dan
jawatankuasa yang
memantau
Memudahcara
pembudayaan
pengurusan
risiko dan
integriti dalam
organisasi
1. Memperkasakan
rangka kerja
pengurusan risiko
termasuk
Pengurusan
Kesinambungan
Perkhidmatan (PKP)
2016-2020
2. Menjadikan
Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
(KKP) sebagai satu
amalan di semua
peringkat
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
30
TERAS STRATEGIK 2
Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN RISIKO DAN INTEGRITI
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
Pemantauan
dan Kajian
Semula Risiko
1. Memantau latihan
simulasi kecemasan
untuk memastikan
keberkesanan
tindakan
2016-2020
2. Pemeriksaan tempat
kerja dan Taklimat
Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
(KKP) di cawangan-
cawangan LHDNM
4.2 Melestarikan rangka kerja integriti dan program fleksibel yang mengenal pasti risiko-risiko yang baru muncul dan strategi mengurangkan risiko sebelum ia memberi kesan kepada prestasi kerja
Memberi fokus penerapan integriti dalam persekitaran kerja
Mewujudkan prosedur
pelaporan kepada pihak
luar yang ada
kepentingan tahap
risiko
Peratusan kajian keberkesanan prosedur kerja
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
31
TERAS STRATEGIK 3
LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara
Dan Kesejahteraan Rakyat
LHDNM Penyumbang Utama
Kemakmuran Negara Dan
Kesejahteraaan Rakyat LHDNM adalah penyumbang utama hasil kerajaan bagi mendanai pembangunan negara
demi kesejahteraan rakyat. Sejak 2011, hasil kutipan LHDNM adalah melebihi 55%
daripada keseluruhan hasil negara. Kedudukan kewangan negara yang kukuh menjamin
keupayaan kerajaan mengurus keperluan rakyat dengan baik.
Taraf sosio ekonomi rakyat yang meliputi kos sara hidup, peluang pekerjaan,
kemudahan pendidikan, jaminan keselamatan dan perkhidmatan kesihatan dapat
ditingkatkan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih berkualiti juga dapat
disediakan. Justeru, kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh segenap
lapisan masyarakat.
LHDNM komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup
rakyat. Kesinambungan kutipan hasil yang memberangsangkan perlu dikekalkan melalui
pelaksanaan objektif strategik yang telah dirancang iaitu meningkatkan pematuhan
cukai secara sukarela, mengurangkan ketirisan hasil, memantapkan pengurusan hutang
cukai dan membesarkan asas cukai.
Pematuhan cukai secara sukarela dimaksimumkan dengan program pematuhan yang
seimbang dan fokus berasaskan risiko, ketelusan dan sikap pematuhan pembayar cukai.
LHDNM mempelbagaikan usaha memudahkan urusan percukaian serta mengurangkan
kos pematuhan bagi pembayar cukai yang sentiasa bersedia untuk mematuhi
tanggungjawab percukaian mereka.
Dalam usaha menjamin pelaksanaan yang adil kepada semua, tindakan penguatkuasaan
yang tegas dikenakan ke atas pembayar cukai yang enggan mematuhi undang-undang
percukaian. LHDNM merancang dan menyasarkan aktiviti pematuhan menggunakan
pendekatan pengurusan risiko yang mengambil kira punca dan akibat ketidakpatuhan
cukai.
Pengurusan hutang cukai diperkemaskan dengan memberi tumpuan kepada pencegahan
hutang, mengenalpasti punca yang boleh menyebabkan keberhutangan dan
melaksanakan kaedah kutipan hutang yang cekap dan berkesan.
Strategi memperluaskan asas cukai adalah penting demi memastikan kelangsungan
kutipan hasil yang mampan. Oleh itu, LHDNM mengambil langkah meningkatkan
kesedaran cukai melalui pemerkasaan aktiviti pendidikan cukai serta memantapkan
perkongsian maklumat melalui jaringan kerjasama dengan agensi lain.
32 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
3
TERAS STRATEGIK 3
LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara
Dan Kesejahteraan Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI SECARA SUKARELA
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
1.1
Menggalakkan
budaya pematuhan
cukai di kalangan
masyarakat
Penyampaian
pendidikan cukai kepada
masyarakat
1. Memperkukuhkan
kerjasama dengan kementerian/
jabatan/agensi
kerajaan/swasta
• Tahap kesedaran orang
awam terhadap pematuhan cukai
mengikut golongan sasar
(%)
2016-2020
2. Memantapkan
roadshow gerak
hasil
2016-2020
3. Memperkasakan
media penyampaian
(media tax-nucleus)
2016-2020
1.2
Mempertingkatkan
tindakan penguatkuasaan
undang-undang
Meningkatkan
visibility LHDNM kepada
masyarakat
1. Memilih kes berisiko
yang menyebabkan kehilangan hasil
• Peratus peningkatan
pematuhan
2018-2020
2. Menggunakan
peruntukan
perundangan khas
bagi kes-kes tertentu
3. Mengambil
tindakan
pendakwaan ke atas ketidakpatuhan
undang-undang
percukaian
1.3
Menyediakan mekanisma
penyelesaian bagi
ketidakpatuhan
Pengurangan kadar
ketidakpatuhan
Pemantapan kaedah pengurusan
penyimpanan rekod
bagi pembayar cukai
• Peratus pengurangan
kadar ketidakpatuhan
mengikut golongan
sasar
2016-2018
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 33
TERAS STRATEGIK 3
LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara
Dan Kesejahteraan Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 2
MENGURANGKAN KETIRISAN HASIL
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
2.1
Memantapkan
platform untuk
mencegah kehilangan hasil
Pemantapan
pengurusan
maklumat
1. Membangunkan
pusat pintar
• Peratus peningkatan
hasil mengikut
kumpulan sasar
2016-2020
2. Memantapkan proses
pengumpulan data dan maklumat
syarikat MNE serta
maklumat pembayar cukai Malaysia di
luar negara
2016-2020
3. Memantapkan
pengumpulan maklumat
percukaian pekerja
asing
2016-2020
Penguatkuasaan program audit
dan siasatan
Memantapkan program penguatkuasaan
pengendalian program
audit dan siasatan secara profesional dan
adil
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 34
TERAS STRATEGIK 3
LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara
Dan Kesejahteraan Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 2
MENGURANGKAN KETIRISAN HASIL
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
2.2
Menyemak dasar
percukaian
Menganalisis
peruntukan undang-undang/
peraturan
percukaian
1. Penyemakan semula
akta cukai bagi
pelbagai segmen
pembayar cukai
• Peratus peningkatan
hasil kutipan bagi
pindaan undang-undang
berkaitan
2016-2020
2. Mengkaji kesan
pengecualian cukai
syarikat di bawah Labuan Business
Activity Tax Act 1990
(LBATA 1990)
2016-2017
3. Memperkemaskan
Perjanjian Pengelakan
Percukaian Dua Kali
(PPPDK) Malaysia
2016-2020
Amalan dan
piawaian
antarabangsa
Mematuhi piawaian
antarabangsa
2016-2020
2.3
Menjalinkan
kerjasama
dan tindakan
strategik untuk
pencegahan
dan
pembanterasan penipuan dan
pengelakan
cukai
Pemantapan
jaringan
kerjasama dengan pihak
agensi yang
berkepentingan
1. Memantapkan
kerjasama dan
penyelarasan di antara organisasi
cukai dan agensi lain
mengenai isu pentadbiran cukai
• Peratus penurunan kes
berisiko tinggi dengan
usaha sama strategik bersama agensi yang
disasar
2016-2020
2. Menggalakkan
dialog antara
pentadbiran cukai
dan pihak berkepentingan
utama dalam negara
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 35
TERAS STRATEGIK 3
LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara
Dan Kesejahteraan Rakyat
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MEMANTAPKAN PENGURUSAN HUTANG CUKAI
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
3.1
Melaksanakan strategi
pengurusan hutang cukai
menerusi
pencegahan, penguatkuasaan
dan
pemantauan
Pencegahan
Pewujudan jaringan kerjasama bagi
memantapkan proses pungutan
• Kadar pengurangan
paras hutang cukai
berbanding kutipan hasil (%)
2016
Penguatkuasaan
Pemantapan proses
kerja
2016-2018
Pemantauan
Penggunaan sistem automasi
2016-2017
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMPERLUASKAN ASAS CUKAI
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
4.1
Melaksanakan
kajian
menyeluruh pembesaran
asas cukai
Pembesaran
asas cukai
Penyediaan strategi
memperluaskan asas
cukai
• Peratus peningkatan
bilangan pendaftaran
fail
2017-2020
Pemantapan
analitik data
Perkongsian/
pengintegrasian data
dengan agensi-agensi
2016-2017
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
36
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
36 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
Organisasi Yang
Dinamik
LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan kepada individu yang berkaliber tinggi dan
mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran percukaian yang
semakin dinamik. Dalam usaha mencapai matlamat ini, LHDNM memberi tumpuan
kepada empat objektif strategik iaitu melaksanakan organisasi yang optimum,
menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, membangunkan sumber manusia yang
kompeten dan profesional dan memperkukuhkan kepimpinan.
Tadbir urus sumber manusia diperkukuhkan melalui pelaksanaan organisasi yang
mempunyai saiz perjawatan dan struktur yang optimum dengan meningkatkan tahap
kecekapan di samping mengurangkan pembaziran sumber manusia.
Pengambilan tenaga kerja baharu diperkemaskan dengan penekanan kriteria pemilihan
yang khusus untuk memastikan hanya calon yang terbaik diterima sebagai Hasilian.
Setiap inisiatif yang dirangka menterjemahkan komitmen LHDNM untuk menyediakan
persekitaran kerja yang kondusif berlandaskan konsep Feel Good At Work.
LHDNM menawarkan imbuhan perkhidmatan serta laluan kerjaya yang kompetitif.
Peluang kerjaya bersama LHDNM juga memberikan pengalaman dan kepakaran
percukaian yang terbaik.
Penekanan diberi untuk menggalakkan keseimbangan di antara kerja pejabat dan
kehidupan peribadi. Budaya kerja yang sihat dan selamat diamalkan untuk menjamin
keselesaan dan kesejahteraan Hasilian.
LHDNM memahami pentingnya Hasilian yang kompeten dan profesional dalam
memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti. Hasilian diberi peluang latihan
di dalam dan luar negara untuk mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan
kepakaran mereka selaras dengan kemajuan semasa. Salah satu elemen organisasi yang
berjaya adalah keupayaan untuk berubah mengikut keperluan persekitaran semasa.
Untuk menjayakan sesuatu transformasi memerlukan kepimpinan yang mampu
menerajui perubahan serta menetapkan matlamat yang jelas kepada semua Hasilian.
LHDNM akan terus melaksanakan program pembangunan bagi memperkukuhkan
kepimpinan LHDNM. Ini dilakukan melalui pemantapan pengetahuan dan kemahiran
pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka dapat memacu Hasilian ke arah
pencapaian matlamat organisasi.
37 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
4
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MELAKSANAKAN ORGANISASI YANG MEMPUNYAI SAIZ PERJAWATAN DAN STRUKTUR YANG OPTIMUM
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
1.1
Pemantapan dan
penjajaran sumber manusia
Penstrukturan
semula organisasi
1. Perancangan
penstrukturan semula
2. Pemantapan semula
fungsi
• Nisbah kos
pengurusan berbanding kutipan
hasil
2016-2020
Perancangan
tenaga kerja
1. Menyemak semula saiz
perjawatan mengikut
keutamaan program
2. Mengagihkan semula
pegawai mengikut
keutamaan
3. Menjalankan analisis
sumber manusia secara menyeluruh dan
menyediakan
penyelesaian mengenai
kekurangan tenaga kerja (supply-demand)
2016-2020
Pengurusan
prestasi
pegawai
Memantapkan pengurusan
penilaian prestasi pegawai
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 38
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
OBJEKTIF STRATEGIK 2
MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN DAN PROFESIONAL
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
2.1
Menyedia dan
melaksanakan latihan
untuk menyerlah dan
meningkatkan potensi
bakat
Kompetensi
Menambahbaik rangka
kerja dan matriks
kompetensi
• Peratus pegawai
yang mencapai
tahap kompetensi
yang ditetapkan
2016-2018
Analisis
keperluan
latihan
Mengendalikan
analisis keperluan latihan
berdasarkan keperluan
kepimpinan dan kepakaran
2016-2020
Program
pembangunan
individu
Membangunkan program
pembangunan insan yang
kompeten mengikut
keperluan semasa
2016-2020
Perkongsian
ilmu dan
maklumat
Menyediakan mekanisme
perkongsian ilmu bagi
meningkatkan produktiviti
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 39
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
3.1
Melestarikan dan mengimbangi
persekitaran kerja
terbaik
Memantapkan infrastruktur
persekitaran
kerja
1. Memastikan
persekitaran kerja yang
kondusif
• Peratus kepuasan
terhadap
persekitaran kerja
2016-2020
2. Membudaya dan
menyediakan aktiviti
penulisan/penyelidikan
2016-2020
3. Menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai
teras dalam melaksanakan tugas
dan fungsi
2016-2020
Memantapkan sistem saraan
yang bersifat
kompetetif
1. Mengemaskini terma
dan syarat
perkhidmatan
2016-2020
2. Menambahbaik sistem
ganjaran
Indeks kepuasan
bekerja
Menambahbaik tahap kepuasan pekerja
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 40
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
OBJEKTIF STRATEGIK 4
MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN
BIL STRATEGI BIDANG
TUMPUAN INISIATIF
INDIKATOR
STRATEGI
TAHUN
SASARAN
4.1
Menambahbaik perancangan
kepimpinan
dinamik dan
kepakaran
Memperkukuhkan laluan kerjaya
Mewujudkan laluan kerjaya yang bersifat
kepimpinan dan
kepakaran
• Nisbah pegawai
yang bersedia
dengan perjawatan
kritikal
2016-2020
Memantapkan
pelan penggantian
pengurusan
1. Pemantapan program
CEO Incubator
2. Pemantapan Talent
Development Program
(TDP)
2016-2020
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 41
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 41 42
Pembangunan Modal Insan
Pembangunan modal insan yang selari dengan
keperluan dan kehendak organisasi adalah perlu
untuk menjadikan LHDNM sebagai pemacu kepada
kecemerlangan pentadbiran. Modal insan yang
terlatih dan terpimpin dapat memastikan
kesinambungan dan percambahan kemurnian
dalam melaksanakan tugasan.
Kapasiti Organisasi
Kapasiti LHDNM perlu diperkukuhkan agar dapat
memastikan perancangan yang dibuat dapat
dilaksanakan secara berterusan. Transformasi
dalam pengurusan serta perjawatan perlu ada
dan setiap penempatan perlu disusun atur
mengikut kepakaran bagi memastikan
pelaksanaan kerja secara bijak.
Pengurusan Ilmu
Elemen
Penentu
Kejayaan
Ilmu dan pengetahuan merupakan elemen
penting dalam memacu pelaksanaan tugasan.
Untuk itu setiap pegawai atau kakitangan
perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan
dalam melaksanakan tugasan. Konsep
Knowledge Management perlu diterapkan
dalam organisasi agar setiap pengetahuan
yang berbentuk tacit dan explicit boleh
dirujuk oleh semua.
Perubahan Budaya Kerja Dan Minda
Teknologi ICT Pemangkin Kejayaan
Teknologi ICT merupakan pemangkin kepada
kejayaan pengurusan. Ia merupakan alat yang
diperlukan dalam memastikan sistem
penyampaian yang lebih cekap dan tepat. Pelan
Strategik ICT perlu diperkemas dari semasa ke
semasa dalam memastikan LHDNM sebagai
pemacu dalam memberikan perkhidmatan dan
melaksanakan pentadbiran dan pembangunan
negara.
Budaya kerja dan minda yang menjadi amalan
dan ikutan daripada orang terdahulu perlu
direkodkan memandangkan setiap amalan
tersebut ada kelemahan dan kebaikannya.
Walau bagaimanapun budaya bekerja
berpasukan dan sedia menerima perubahan
perlu digalakkan untuk mencapai objektif
organisasi.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
43
Mekanisme Pelaksanaan
Pelaksanaan pelan strategik akan dibuat meliputi
keseluruhan LHDNM dan dipantau oleh Jabatan
Operasi Cukai secara tahunan menerusi pelan
tindakan tahunan yang akan diedarkan kepada semua
pemilik proses yang berkenaan.
Kajian semula Pelan Strategik LHDNM dilaksanakan
pada tahun 2018 oleh Jabatan Penyelidikan
Percukaian dan Jabatan Operasi Cukai. Ini adalah
untuk memastikan keberkesanan dan pelaksanaan
objektif strategik telah mencapai tahap pelaksanaan
yang disasarkan. Kajian semula ini melaporkan
prestasi yang telah dicapai bagi tahun 2016 hingga
terkini dengan mengambil kira hasrat kerajaan dalam
memastikan kesejahteraan rakyat yang lebih baik.
Keseluruhan pencapaian berdasarkan indikator pelan
strategik ini perlu dibentangkan pada penghujung
tempoh pelan untuk memastikan pencapaiannya
selari dengan hala tuju yang telah ditetapkan.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
44
Penutup
LHDNM komited untuk melaksanakan tanggungjawab
dalam menyokong matlamat kerajaan ke arah
mencapai Negara maju dan inklusif selaras dengan
Wawasan 2020. Pelan Korporat LHDNM 2016-2020
yang dirangka mendokong penuh nilai-nilai yang
digariskan dalam memartabatkan prinsip rukun
negara, menjalankan tugas secara profesional dan
berintegriti, memberikan perkhidmatan terbaik
kepada pelanggan dan memastikan pematuhan cukai
secara sukarela. Ini secara holistik akan meningkatkan
imej LHDNM dan menjadikannya sebuah pentadbir
cukai bertaraf dunia.
Penggubalan Pelan Korporat LHDNM 2016-2020
merupakan elemen penting untuk menetapkan hala
tuju strategik bagi meningkatkan keberkesanan serta
kecekapan pengurusan LHDNM. Pelan korporat ini
merupakan garis panduan utama bagi memantapkan
keupayaan organisasi untuk menjadi peneraju dalam
sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dokumen
ini turut menggariskan objektif dan sasaran strategik
serta menjadi rujukan utama kepada pihak
pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi ini
bagi merealisasikan matlamat strategik LHDNM.
Dengan adanya dasar dan strategi yang mantap ini,
diharap transformasi pengurusan LHDNM dapat
dilaksanakan dengan lancar di samping memastikan
kecemerlangan yang berterusan ke arah pencapaian
visi dan misi LHDNM.
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL
PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020
TERAS STRATEGIK 4
Organisasi Yang Dinamik
SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 (SEMAKAN SEMULA 2018) 45