PBS SEM 2

download PBS SEM 2

of 43

description

pbs sem 2 adalah pemerhatian berasaskan sekolah selama seminggu di sekolah

Transcript of PBS SEM 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN MIZANBESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

PORTFOLIOPROGRAM BERASASKAN SEKOLAH (PBS)PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP) SEMESTER 2

NAMA : NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLINNO.KAD PENGENALAN: 930203-06-5738KUMPULAN/UNIT : 2 PISMP PENDIDIKAN JASMANI (2)SUBJEK : PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)TARIKH SERAHAN : 27 OGOS 2013

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa segala tugasan yang diberikan adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa contoh yang telah saya nyatakan sumber rujukannya.Tandatangan :........................................Nama : NORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLINTarikh : 27 OGOS 2013

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung dalam menyiapkan tugasan kerja kursus bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah kerana telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dengan pertolongan yang diberikan dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan selengkapnya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberi buah fikiran yang bernas dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya rakan daripada opsyen Pendidikan Jasmani yang telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan yang berkualiti, sempurna, lengkap, kemas, dan teratur. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibubapa saya kerana memberikan sokongan yang tidak pernah henti yang membuatkan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan serta pertolongan yang diberikan samada secara langsung mahupun tidak secara langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap tugasan ini dapat saya aplikasikan pada masa hadapan.

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN i PENGHARGAAN iiISI KANDUNGAN iiiKANDUNGAN PORTFOLIO BIODATA PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA KOLABORASI ILMU/PENGETAHUAN BARU REFLEKSI LAPORAN AKHIR

REFLEKSI BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

BIODATA

1.0) BIODATA DIRI

NAMANORATIQAH HANIM BINTI MOHD ROSLINNO. KAD PENGENALAN930203-06-5738UNIT2 PISMP PENDIDIKAN JASMANI (2)AMBILANJANUARI 2013TARIKH PBS19 OGOS 2013 23 OGOS 2013ALAMAT SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD27200 KUALA LIPISPAHANG DARUL MAKMUR.

PERNYATAAN PROFESIONAL

2.0) PENYATAAN PROFESIONAL

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah Institusi Pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan juga bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah.

2.1) Penyataan Sebelum PBS

Sebelum menjalani Program Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Clifford, saya berhasrat ingin memahami bagaimanakah kehidupan seorang guru di sekolah. Ini adalah kerana saya bakal menjadi seorang guru pada masa hadapan, dan saya ingin mencari pengalaman dan sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman daripada guru-guru di sana. Saya juga ingin mengetahui bagaimanakah cara mengajar yang terbaik yang dapat saya praktikkan ketika mengajar nanti. Ini adalah kerana, dalam mendidik murid-murid, kita seharusnya mempunyai teknik pengajaran yang bagus untuk menarik minat mereka untuk belajar dan dapat memberi ilmu dengan berkesan. Selain itu, saya ingin mengetahui apakah peranan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi para pelajar. Adakah pihak sekolah menyediakan program-program yang dapat mengembangkan potensi para pelajar atau pun sebaliknya.

2.2) Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Bagi semester 2 PISMP kali ini, saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula daripada 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013 di Sekolah Kebangsaan Clifford yang terletak di kawasan Bandar Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.19 Ogos 2013 (Isnin)Pada hari pertama program PBS ini, saya bertolak dari rumah tepat jam 7 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 7.10 pagi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit. Pada hari pertama, selepas berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di pejabat, saya bersama rakan-rakan dari institut perguruan lain terus bergegas ke tapak perhimpunan sekolah untuk bersedia menghadiri perhimpunan rasmi. Ketika perhimpunan rasmi tersebut, saya telah dijemput untuk memperkenalkan diri di hadapan semua pelajar sekolah. Selain itu, hari pertama ini juga digunakan oleh saya untuk menemui guru-guru yang terbabit untuk memohon keizinan untuk masuk ke dalam kelas mereka untuk melihat proses P&P dijalankan.20 Ogos 2013 (Selasa)Pada hari kedua pula, saya bersama rakan-rakan telah ditugaskan untuk menyelia dan mengganti kelas tahun 2. Kami telah menggantikan kelas tersebut selama 3 jam. Pengalaman ini merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan kerana kami berpeluang mengenali murid-murid dengan lebih dekat. Kami mengisi masa tersebut dengan aktiviti melukis. Di dalam kelas tersebut, terdapat pelbagai jenis murid seperti yang aktif, bijak, lemah dan sederhana dari segi personaliti dan pemikirannya.. Di samping itu juga, kami mengisi masa hari kedua ini dengan meneroka lagi persekitaran sekolah yang ternyata sungguh indah dan menarik kerana dikelilingi oleh kawasan hutan hijau dan aman daripada segala bentuk pencemaran bunyi. Sekolah ini juga mempunyai hampir kesemua kemudahan seperti sekolah lain seperti bilik muzik, perpustakaan dan makmal komputer serta makmal sains. Kami kemudiannya menghabiskan waktu hari kedua ini dengan menemuramah guru bagi subjek yang berkaitan. Saya telah berjumpa dengan guru panitia pj iaitu Encik Fadli bin Ismail untuk mendapatkan maklumat peranan beliau, struktur organisasi dan bidang tugas beliau dalam pendidikan jasmani.21 Ogos 2013 (Rabu)Untuk hari ketiga pula, saya telah berjumpa semula dengan Encik Fadli bin Ismail untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan jasmani. Beliau merupakan seorang guru pendidikan jasmani yang aktif, berpengalaman dan sangat peramah. Banyak pengetahuan yang saya perolehi daripada beliau. Beliau merupakan setiausaha sukan di Sekolah Kebangsaan Clifford. Pelbagai maklumat mengenai tugas beliau sebagai setiausaha sukan telah beliau ceritakan kepada saya. Seusai melakukan temuramah bersama Encik Fadli bin Ismail, kami telah menemui guru besar iaitu Encik Jamaludin untuk menemuramah beliau tentang sekolah ini dengan lebih mendalam lagi. Banyak perkara yang kami perolehi seperti sejarah sekolah, kekurangan sekolah dan banyak lagi. Kemudiannya, kami telah memperuntukkan masa sedikit untuk melakukan tugasan di perpustakaan. Banyak maklumat yang diperolehi di situ. Selepas itu, sayai telah mengadakan sesi kolaborasi dan interaksi bersama rakan-rakan daripada IPG-Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis yang turut berada di situ kerana menjalani praktikum mereka. 22 Ogos 2013 (Khamis)Pada hari keempat, saya telah meninjau-ninjau kemudahan sukan yang diperuntukkan di sekolah tersebut. Saya telah membuat perbincangan dengan guru sukan mengenai ukuran stor dan kelengkapan yang ada di dalam stor. Semua kelengkapan yang berada di stor telah diperiksa dengan teliti untuk saya jadikan sebagai bahan rujukan dan lampiran dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Di sekolah tersebut, kelengkapan padang dan gelanggang adalah kurang menarik kerana sekolah tersebut sudah lama dibina dan prasarananya tidak lengkap. Namun demikian, peti kecemasan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah sangat lengkap dan teratur.

23 Ogos 2013 (Jumaat)Hari ini merupakan hari terakhir di SK Clifford ini. Hari terakhir ini saya dan rakan penuhkan dengan aktiviti memasuki kelas Puan Dora iaitu kelas 6 Aktif untuk melihat proses perjalanan P&P beliau. Ternyata beliau merupakan seorang guru yang cukup berpengalaman dan bijak mengawal tingkah laku murid-muridnya. Selepas itu, kami mengambil peluang dengan masa yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan sekolah SK Clifford ini. Selepas itu, kami terus pergi menemui semua guru dan staf sokongan sekolah untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka menerima kami selama seminggu di sini. Kami juga sempat menemui murid-murid dan menyerahkan sedikit buah tangan kepada mereka dalam bentuk hiasan cawan kecil sebagai tanda kenang-kenangan. Sememangnya, PBS kali ini memberikan 1001 pengalaman dan kenangan baru buat kami semua.

INSTRUMENPENGUMPULAN DATA

3.0) INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASANInstrumen pengumpulan data merupakan alat yang digunakan untuk memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Hasil daripada penggunaan instrumen pengumpulan data ini akan digunakan untuk dianalisis dan seterusnya dapat dinilai. a)PEMERHATIANSemasa menjalani PBS di SK Clifford, Kuala Lipis, Pahang, saya telah membuat pemerhatian mengenai beberapa perkara yang sesuai dengan fokus aktiviti kami pada kali ini sesuai dengan keadaan sekolah yang majoriti muridnya adalah dari suku Semai. Memandangkan saya telah memilih fokus berkaitan dengan perkembangan kognitif, terdapat lima aspek yang ditekankan dalam instrumen pemerhatian ini iaitu kurikulum sekolah, aktiviti atau program, budaya sekolah, sudut-sudut ilmiah, disiplin dan kokurikulum. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru juga diperhatikan bagi mendapatkan beberapa maklumat yang diingini. Kesemua aspek yang dinilai ini dijalankan secara langsung ketika berada di sekolah tersebut dan juga menerusi aktivti yang telah dirancang. Berdasarkan fokus yang pertama iaitu perkembangan kognitif, pemerhatian dapat dibuat secara tidak langsung ketika melihat guru mengajar, bagaimana guru-guru menjalankan aktiviti dan menyempurnakan sudut- sudut ilmiah. Selain itu, pencapaian sekolah tersebut juga secara tidak langsung telah memperlihatkan mutu kepimpinan guru besar dan guru-guru di sekolah tersebut juga staf sokongan. Bagi aspek budaya sekolah pula, hasil pemerhatian dapat diperoleh secara tidak langsung juga semasa meluangkan masa bersama-sama dengan murid-murid ketika rehat, ketika berada di dalam bilik guru juga menerusi aktiviti yang dirancang iaitu ketika diberi kesempatan untuk masuk ke kelas bagi menguruskan murid-murid. Melalui aktiviti ini, terdapat budaya yang diamalkan oleh murid-murid dapat dilihat.

Begitu juga dengan aspek guru sebagai model yang dapat dilihat ketika berkomunikasi selain melihat penampilan guru tersebut. Aspek disiplin pula dapat dilihat menerusi sikap murid-murid serta peraturan-peraturan di harus dipatuhi oleh murid-murid di sekolah tersebut. Manakala yang terakhir pula iaitu aspek kokurikulum dapat diperhatikan melalui hari kokurikulum dan penglibatan murid sekolah tersebut. Selain itu, semasa membuat pemerhatian juga, saya turut memerhatikan bagaimana sesuatu P&P itu dijalankan oleh guru. Saya memerhatikan sumber pengajaran yang dipamerkan di dalam bilik darjah adakah berkesan, adakah guru menggunakan bahan bantu mengajar, kedudukan bilik darjah dan sebagainya yang berkaitan dengan proses P&P yang dijalankan oleh guru. b)SENARAI SEMAKDi dalam kertas tugasan PBS yang telah diberikan oleh pensyarah, telah disediakan senarai semak penyediaan portfolio sebagai panduan kepada pelajar untuk memudahkan lagi menyiapkan tugasan ini. Senarai semak tersebut telah saya gunakan sebagai garis panduan kepada saya untuk memastikan apa yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya sediakan.Selain itu juga, saya telah menyediakan senarai semak yang lain berkaitan dengan infrastruktur yang terdapat di sekolah ini. Ianya bertujuan untuk memastikan apa yang ingin saya kenalpasti tentang kemudahan di sekolah tersebut dapat disemak tanpa tercicir. Antara item yang terdapat dalam senarai semak yang disediakan ini ialah komponen kemudaham fizikal, kemudahan humanistik, kemudahan P&P, peralatan untuk P&P dan kemudahan komunikasi.

Dalam setiap komponen-komponen tersebut, terdapat item-item lain yang terkandung di dalamnya. Kesemua item-item ini bersesuaian dengan fokus aktiviti yang telah saya pilih iaitu persekitaran sekolah dan juga iklim sekolah tersebut. Sememangnya semarai semak ini merupakan satu instrumen yang sangat penting kepada saya dalam menjalankan PBS kerana apa yang saya inginkan dan yang seharusnya ada di dalam portfolio telah dinyatakan dalam senarai semak tersebut.c)TEMU BUAL Instrumen temu bual merupakan instrumen yang sangat penting dalam tujuan memperoleh maklumat dan pengetahuan baru. Menerusi kaedah ini, saya dapat mengetahui hal sebenar daripada individu yang berkenaan selain merujuk kepada maklumat bercetak sahaja. Semasa menjalani PBS, saya telah menjalankan sesi temu bual dengan beberapa orang individu yang penting dan harus ditemu bual. Antara individu-individu tersebut ialah guru besar, guru penolong kanan (GPK) kokurikulum, guru penolong kanan hal ehwal murid , guru penolong kanan akademik, ketua panitia, guru bimbingan dan kauseling dan guru cemerlang. Saya juga turut menjalankan sesi temu bual ke atas beberapa orang murid, serta staf sokongan di sekolah tersebut. Terdapat beberapa soalan yang telah dikemukakan semasa menemu bual mereka. Soalan-soalan tersebut telah disediakan sebelum menjalankan temu bual ke atas mereka.

Semasa menjalankan temu bual, saya telah menyediakan buku nota untuk mencatat setiap maklumat penting yang diberikan oleh mereka. Maklumat tersebut penting untuk dijadikan sebagai pengetahuan baru di samping dalam melihat kepimpinan dan penampilan individu tersebut dari pelbagai aspek. Berikut merupakan soalan-soalan yang dikemukan ketika menemu bual individu-individu berkenaan :i. Guru Besar Sudah berapa lamakah Tuan memegang jawatan sebagai Guru Besar SK Clifford? Apakah pencapaian sekolah ini yang tidak dapat Tuan lupakan sepanjang berkhidmat di sini? Sejauh manakah prestasi sekolah ini sekarang? Apakah harapan Tuan terhadap sekolah ini? Apakah perancangan atau misi Tuan dalam menaikkan taraf sekolah ini tidak kira dalam pelbagai aspek sekalipun? Adakah guru-guru sekolah ini memberikan kerjasama dan menunjukkan prestasi yang memuaskan?

ii. Guru Penolong Kanan 1 Sudah berapa lamakah tempoh perkhidmatan Puan di sekolah ini? Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan ini? Sejauh manakah perkembangan disiplin di sekolah ini? Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin di sekolah ini? Adakah murid-murid dilihat mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah? Apakah harapan Puan terhadap sekolah ini?

iii. Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Sudah berapa lamakah tempoh perkhidmatan Puan di sekolah ini? Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan ini? Sejauh manakah perkembangan pencapaian kokurikulum di sekolah ini? Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian dalam bidang kokurikulum di sekolah ini? Adakah murid-murid dilihat melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan yang kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah? Sejauh manakah kehadiran dan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum? Apakah harapan Puan terhadap sekolah ini?

iv. Kakitangan sekolah Sudah berapa lamakah tempoh perkhidmatan Puan di sekolah ini? Sudah berapa lamakah Puan memegang jawatan ini? Bagaimanakah pengurusan sekolah ini? Adakah semua kakitangan sekolah ini didedahkan dengan penggunaan ICT? Adakah sekolah ini menjalankan pengurusan pentadbiran yang sistematik? Adakah guru-guru di sini menunjukkan kolaborasi dan hubungan yang baik dengan kakitangan sekolah? Apakah harapan Puan terhadap sekolah ini?

v. Murid sekolah Berapakah umur kamu? Adakah peraturan di sekolah ini terlalu ketat? Adakah kamu sentiasa memberi salam ketika bertemu dengan guru? Adakah guru sering menggunakan bahan bantu mengajar di dalam kelas? Adakah guru menunjukkan model yang baik kepada kamu?

3.1) PERSEKITARAN DAN IKLIM BILIK DARJAH1. Lukiskan pelan bilik darjah di mana anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran pembelajaran.Pada lampiran.

2. Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.Pada pemerhatian saya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran kebanyakannya dipamerkan mengikut mata pelajaran masing-masing. Contohnya terdapat beberapa bahagian untuk maklumat pengajaran di bahagian belakang kelas. Nota-nota setiap mata pelajaran dilekatkan pada papan maklumat yang telah disediakan. Terdapat pelbagai jenis nota ringkas yang disediakan untuk memudahkan murid-murid untuk memahaminya. Di samping itu juga, sudut bacaan turut disediakan bagi menarik minat murid-murid untuk membaca bahan bacaan yang telah disediakan. Kesemua bahan dan sumber pengajaran ini dipamerkan dengan cantik dan dihiasi supaya dapat memberikan tindak balas yang positif terhadap murid-murid untuk menggunakannnya secara berkesan.

3. Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Murid-murid lebih gemar menggunakan papan maklumat dibelakang kelas sebagai rujukan dalam mencari bahan dan sumber pengajaran. Ini kerana, murid-murid dapat menggunakanya dengan mudah dan cepat. Pemerhatian dilakukan oleh murid-murid secara langsung dan tidak langsung membuatkan mereka mudah untuk mengigati segala nota-nota yang telah disediakan pada papan maklumat mengikut mata pelajaran masing-masing. Selain itu, disediakan buku latihan yang mana guru akan membincangkan jawapan setelah murid-murid selesai menjawab soalan-soalan tersebut. Melalui pemerhatian saya juga, saya dapati murid-murid lebih selesa menyalin nota-nota yang guru tulis di papan hitam, ini kerana menulis adalah satu teknik yang dapat menambahkan ingatan untuk jangka masa yang panjang.4. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan ICT?Saya telah menemubual seorang guru ICT di sekolah tersebut iaitu Encik Rahman bin Talib. Menurut beliau, murid-murid bebas menggunakan makmal komputer untuk mencari maklumat secara maksimum. Ini adalah kerana ia dapat menggalakkan minat murid-murid untuk belajar tentang ICT. Murid-murid bebas menggunakan perkhidmatan internet di dalamnya untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran. Saya menanyakan soalan kepada beliau tentang keselamatan internet, kerana saya khuatir segelintir pelajar akan membuka laman web yang tidak sepatutnya. Menurut beliau, kemudahan internet di sini telah dilengkapi dengan sekatan-sekatan laman web yang tidak sepatutnya dibuka. Selain itu, menurut beliau makmal komputer ini digunakan sepenuhnya untuk subjek-subjek teras seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini adalah kerana guru-guru ingin melatih murid-murid belajar mencari maklumat yang berkaitan pelajaran dan ini akan memudahkan mereka pada masa hadapan.

5. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran?Pada pemerhatian saya ketika guru sedang mengajar, didapati guru tersebut kerap mengemukakan soalan kepada murid-murid. Murid-murid yang berjaya menjawab akan diberikan pujian oleh guru manakala yang gagal menjawab dengan betul terus diberikan galakan. Kemahiran guru dalam mengendalikan kaedah seperti ini telah memberikan peneguhan yang positif terhadap murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid didapati tidak mudah berasa bosan apabila setiap daripada mereka diberikan peluang untuk menjawab dan bertanyakan soalan kepada guru yang mengajar.

6. Kenalpasti bagaimana murid-murid di bahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu.Untuk melengkapkan tugasan ini, saya telah meminta jasa seorang guru iaitu Puan Dora untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kumpulan murid-murid. Ketika pengajaran dijalankan, murid-murid telah dibahagikan mengikut beberapa kumpulan iaitu kumpulan pelajar cemerlang, pelajar sasaran, pelajar galus dan pelajar pemulihan. Ini adalah kerana guru-guru dapat memberikan tugasan yang berbeza mengikut tahap masing-masing. Bagi pelajar-pelajar cemerlang, guru-guru akan cuba meningkatkan kemahiran mereka dengan memberikan soalan-soalan yang lebih sukar untuk mereka jawab. Selain itu, guru juga akan meminta pelajar-pelajar cemerlang ini membantu kawan-kawan mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran. Bagi pelajar-pelajar sasaran, guru akan cuba memberi sokongan dan galakkan supaya mereka dapat melonjakkan diri dan tergolong ke dalam kumpulan pelajar cemerlang. Manakala bagi pelajar-pelajar galus pula, guru akan mengajar mereka secara perlahan-lahan sehingga mereka dapat mengikuti bersama kawan-kawan mereka yang lain. Manakala pelajar pemulihan pula, guru akan memberi galakkan dan pelbagai pendekatan yang digunakan untuk mengajar dan membimbing mereka supaya mereka juga akan dapat keputusan yang baik dalam UPSR yang akan datang seperti dengan menggunakan alat bantu mengajar dan sebagainya.

KOLABORASI

4.0) KOLABORASI4.1) KOLABORASI BERSAMA GURU BESARInteraksi yang dijalankan dengan Guru Besar iaitu En. Jamaludin bin Othman adalah bertempat di bilik beliau. Pelbagai soalan telah diajukan dan kolaborasi yang dilakukan adalah untuk mengetahui tentang kepentingan beliau di sekolah tersebut. Antara tugas beliau adalah untuk meneliti perkembangan para pelajar di sekolah dan memantau cara pembelajaran yang diajar oleh guru. Dari segi perancangan kurikulum, guru besar bersama-sama dengan GPK Kurikulum telah berbincang untuk merangka beberapa rancangan pendek dan panjang sepanjang tahun untuk pelajar. Tambahan pula, kualiti peperiksaan perlulah dirancang dengan strategik untuk meningkatkan kualitinya. Beliau amat menekankan murid-murid dengan penggunaan JERIS dalam kehidupan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Beliau memberikan pelbagai pengetahuan yang benas dan menceritakan pengalaman beliau sepanjang menjadi Guru Besar di sekolah tersebut.

4.2) KOLABORASI BERSAMA PENOLONG KANAN 1 Interaksi yang dijalankan dengan Penolong Kanan 1 iaitu En. Rohadi bin Kamaludin berlangsung di bilik beliau selama 1 jam. Beliau banyak memberikan info-info mengenai sekolah dengan jelas dan terperinci. Penerangan tentang sejarah sekolah telah diceritakan oleh beliau dengan baik dan pelbagai maklumat sekolah telah diperoleh. Perbincangan diteruskan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah diaman sekolah sentiasa mengkaji sistem yang sedia ada bagi mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti sekolah dalam bidang akademik serta kokurikulum. Bukan itu saja, juga memberi keseimbangan dalam aspek kurikulum dan kokurikulum dalam pembelajaran.Beliau juga berkata bahawa sistem yang teratur dan pentadbiran yang tersusun telah dilakukan demi memastikan segala urusan yang mahu dijalankan berjalankan lancar dan teratur.

4.3) KOLABORASI BERSAMA GURU (KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI)Interaksi seterusnya dijalankan di padang sekolah bersama dengan guru panitia pj iaitu En. Fadli bin Ismail. Beliau ada menerangkan bahawa semua guru yang mengajar major pj adalah merupakan setiausaha sukan. Hal ini kerana sekolah tersebut mempunyai kekurangan guru lelaki dan kesemua guru lelaki perlulah menguruskan perihal pendidikan jasmani. Beliau bersama-sama guru sukan yang lain perlu membuat perancangan aktiviti sukan untuk sepanjang tahun. Dengan itu, kokorikulum dapat dipertingkatkan lagi dengan baik. Tugasan sampingan beliau adalah untuk memastikan stor sukan sentiasa lengkap dengan peralatannya dan memastikan keadaan stor sukan yang sentiasa kemas. Maklumat-maklumat yang diberikan oleh panitia pj adalah sangat membantu dalam membuat tugasan yang ebrkaitan dengan opsyen Pendidikan Jasmani. 4.4) KOLABORASI BERSAMA KAKITANGAN SEKOLAH.Sesi interaksi bersama kakitangan ini telah dijalankan dengan salah seorang kakitangan sekolah iaitu Puan Khalidatul binti Abu Bakar merangkap sebagai ketua pembantu tadbir di sekolah tersebut. Interaksi ini telah memakan masa selama 1jam 15 minit dan topik yang dibincangkan adalah tentang cara interaksi antara guru dan juga kakitangan sekolah lain. Beliau berkata hubungan antara guru dan kakitangan adalah baik dimana mereka tidak meletakkan pangkat atau jawatan sebagai penghalang untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Kerjasama juga diberikan dalam menyiapkan sebarang pekerjaan.Beliau berkata, konsep mudah adalah saling memerluka antara satu sama lain dan ini yang menyebabkan hubungan antara mereka rapat.Toleransi juga adalah penting dalam menjalin hubungan yang akrab disamping sifat terpenting yang menjadi tunjang dalam perhubungan iaitu tolong menolong. Selain itu, pengurusan serta pentadbiran sekolah juga berjalan lancar ekoran daripada kerjasama yang diberikan.Segala program yang belum dilaksanakan, sedang dilaksanakan mahupun bakal dilaksanakan akan menjalani satu mesyuarat yang melibatkan kakitangan dan semua guru.Jadi tidak ada halangan untuk sekolah mencapai apa yang diinginkan.

4.5) KOLABORASI BERSAMA MURIDInteraksi yang dijalankan adalah terhadap seorang murid tahun 4 Efektif. Pelajar tersebut menerangkan tentang keadaan di dalam kelas semasa pembelajaran berlaku. Ketika guru menerangkan tentang sesuatu pembelajaran, pelajar akan menyalin nota yang diberikan oleh guru dan memberikan fokus seratus peratus pada apa yang diajar. Selain itu, pelajar tersebut juga ada memberitahu bahawa sikap saling bantu membantu dan bekerjasama semasa melakukan kerja-kerja harian adalah sangat penting antara satu sama lain. Hal ini kerana sikap ini hendaklah dipupuk dalam diri setiap pelajar agar pembelajaran dapat dilakukan dengan mudah. Tambahan pula, pelajar ada menyatakan bahawa guru-guru di sekolah tersebut mengajar dan memberikan maklumat yang sangat penting kepada pelajar agar pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka.

ILMU/PENGETAHUAN BARU

5.0) ILMU / PENGETAHUAN BARU5.1) PemerhatianMelalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Clifford, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu telah saya dapati. Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan dengan lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. Alat Bantu Mengajar juga sangat membantu para guru untuk mengajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi susun aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid. Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.

Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang baru kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampu mengubah suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuh-tumbuhan hijau. Hal ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah. Dengan penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya dapat memupuk semangat cintakan alam semulajadi dalam kalangan murid-murid sekolah ini.Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut dihias cantik. Saya juga turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini. Susun atur pakaian sembahyang, Al-Quran dan meja kecil disusun rapi. Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah meskipun penggunaan punch card tidak lagi digunakan. Para guru juga mengajar di setiap kelas pada waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.

5.2) Senarai SemakSemasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian. Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya. Semasa proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan mengenai pendidikan telah saya perolehi.Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih daripada 500 orang.

5.3) Temu BualMelalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan.

REFLEKSI

6.0) REFLEKSI 1 (AKTIVITI, PERBINCANGAN DAN INTERAKSI)Sekolah Kebangsaan Clifford merupakan salah sebuah sekolah yang paling lama dibina di Kuala Lipis. Pengalaman yang diperoleh ketika membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah amat sukar untuk dilupakan. Melalui pemerhatian dan penyelidikan yang dilakukan di sekolah ini, kemahiran perguruan dapat ditingkatkan dengan baik. Setiap sekolah mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Bagi sekolah ini, aktiviti yang dilakukan sepanjang PBS dilakukan adalah berfokuskan kepada pemantauan terhadap sekolah dari pelbagai aspek. Antaranya ialah dari segi infrastruktur sekolah, organisasi sekolah dan banyak lagi. Setelah diperhatikan dengan teliti, sekolah ini tidak mempunyai prasarana yang mencukupi kerana faktor sekolah yang dibina agak lama. Contohnya seperti tandas, penggunaan tangga, keadaan kelas dan sebagainya adalah tidak memuaskan. Tambahan pula, tiada peruntukkan untuk membina prasarana yang baru. Selain itu, makmal komputer yang digunakan agak luas namun tidak semua komputer dapat berfungsi dengan baik. Kelemahan-kelemahan seperti ini kadangkala member impak kepada sekolah kerana para pelajar haruslah belajar dalam keadaan yang selesa. Oleh yang demikian, pihak sekolah haruslah mencari dana untuk memperbaiki infrastuktur sekolah disamping untuk member keselesaan kepada para pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Sebagai guru pelatih opsyen major Pendidikan Jasmani, saya diberi tugasan untuk melihat dan memeriksa stor sukan dan peralatan serta prasarananya. Apa yang dapat dilihat ialah kebanyakan peralatan tidak lengkap serta tidak dapat digunakan lagi. Pihak sekolah perlulah memohon untuk mendapatkan lebih banyak perlatan sukan dan permainan untuk digunakan oleh para pelajar. Namun demikian, sekolah ini mempunyai kelebihan yang tinggi dalam pencapaian kurikulum dan kokorikulumnya. Hal ini kerana setiap guru serta pelajar saling bekerjasama dalam membangunkan sekolah. Semasa sesi perbincangan berlangsung, saya dapat lihat bahawa struktur organisani sekolah adalah sangat teratur dengan diterajui oleh Guru Besar iaitu En. Jamaludin bin Othman. Semua kakitangan serta para guru memberikan komitmen serta bantuan sepanjang PBS berlangsung. Sikap seperti ini haruslah dipupuk dalam diri setiap guru untuk meningkatkan mutu pengajaran di sekolah. Semasa sesi interaksi, aktiviti yang difokuskan adalah ketika perhimpunan. Susun atur pelajar adalah sangat baik dan tidak berterabur membuatkan pelajar sentiasa dapat mendengar guru member ucapan dengan baik. Interaksi yang diberikan oleh guru semasa perhimpunan adalah sangat lantang dan jelas didengar. Keadaan di dalam kelas dapat dipertingkatkan lagi dengan penambahan alat bantuan mengajar seperti maklumat-maklumat tambahan dan info terkini perlulah sentiasa diperbaharui. Oleh yang demikian, dengan penambahbaikan yang dilakukan, para pelajar dapat meningkat mutu pembelajaran mereka dan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran sesuatu sekolah.

LAPORAN AKHIR

7.0) LAPORANBagi semester 2 PISMP kali ini, saya telah menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula daripada 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013 di Sekolah Kebangsaan Clifford yang terletak di kawasan Bandar Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.19 Ogos 2013 (Isnin)Pada hari pertama program PBS ini, saya bertolak dari rumah tepat jam 7 pagi dan tiba di sekolah pada pukul 7.10 pagi. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit. Pada hari pertama, selepas berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di pejabat, saya bersama rakan-rakan dari institut perguruan lain terus bergegas ke tapak perhimpunan sekolah untuk bersedia menghadiri perhimpunan rasmi. Ketika perhimpunan rasmi tersebut, saya telah dijemput untuk memperkenalkan diri di hadapan semua pelajar sekolah. Selain itu, hari pertama ini juga digunakan oleh saya untuk menemui guru-guru yang terbabit untuk memohon keizinan untuk masuk ke dalam kelas mereka untuk melihat proses P&P dijalankan.20 Ogos 2013 (Selasa)Pada hari kedua pula, saya bersama rakan-rakan telah ditugaskan untuk menyelia dan mengganti kelas tahun 2. Kami telah menggantikan kelas tersebut selama 3 jam. Pengalaman ini merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan kerana kami berpeluang mengenali murid-murid dengan lebih dekat. Kami mengisi masa tersebut dengan aktiviti melukis. Di dalam kelas tersebut, terdapat pelbagai jenis murid seperti yang aktif, bijak, lemah dan sederhana dari segi personaliti dan pemikirannya.. Di samping itu juga, kami mengisi masa hari kedua ini dengan meneroka lagi persekitaran sekolah yang ternyata sungguh indah dan menarik kerana dikelilingi oleh kawasan hutan hijau dan aman daripada segala bentuk pencemaran bunyi. Sekolah ini juga mempunyai hampir kesemua kemudahan seperti sekolah lain seperti bilik muzik, perpustakaan dan makmal komputer serta makmal sains. Kami kemudiannya menghabiskan waktu hari kedua ini dengan menemuramah guru bagi subjek yang berkaitan. Saya telah berjumpa dengan guru panitia pj iaitu Encik Fadli bin Ismail untuk mendapatkan maklumat peranan beliau, struktur organisasi dan bidang tugas beliau dalam pendidikan jasmani.21 Ogos 2013 (Rabu)Untuk hari ketiga pula, saya telah berjumpa semula dengan Encik Fadli bin Ismail untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan jasmani. Beliau merupakan seorang guru pendidikan jasmani yang aktif, berpengalaman dan sangat peramah. Banyak pengetahuan yang saya perolehi daripada beliau. Beliau merupakan setiausaha sukan di Sekolah Kebangsaan Clifford. Pelbagai maklumat mengenai tugas beliau sebagai setiausaha sukan telah beliau ceritakan kepada saya. Seusai melakukan temuramah bersama Encik Fadli bin Ismail, kami telah menemui guru besar iaitu Encik Jamaludin untuk menemuramah beliau tentang sekolah ini dengan lebih mendalam lagi. Banyak perkara yang kami perolehi seperti sejarah sekolah, kekurangan sekolah dan banyak lagi. Kemudiannya, kami telah memperuntukkan masa sedikit untuk melakukan tugasan di perpustakaan. Banyak maklumat yang diperolehi di situ. Selepas itu, sayai telah mengadakan sesi kolaborasi dan interaksi bersama rakan-rakan daripada IPG-Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis yang turut berada di situ kerana menjalani praktikum mereka. 22 Ogos 2013 (Khamis)Pada hari keempat, saya telah meninjau-ninjau kemudahan sukan yang diperuntukkan di sekolah tersebut. Saya telah membuat perbincangan dengan guru sukan mengenai ukuran stor dan kelengkapan yang ada di dalam stor. Semua kelengkapan yang berada di stor telah diperiksa dengan teliti untuk saya jadikan sebagai bahan rujukan dan lampiran dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Di sekolah tersebut, kelengkapan padang dan gelanggang adalah kurang menarik kerana sekolah tersebut sudah lama dibina dan prasarananya tidak lengkap. Namun demikian, peti kecemasan yang disediakan oleh pihak sekolah adalah sangat lengkap dan teratur.

23 Ogos 2013 (Jumaat)Hari ini merupakan hari terakhir di SK Clifford ini. Hari terakhir ini saya dan rakan penuhkan dengan aktiviti memasuki kelas Puan Dora iaitu kelas 6 Aktif untuk melihat proses perjalanan P&P beliau. Ternyata beliau merupakan seorang guru yang cukup berpengalaman dan bijak mengawal tingkah laku murid-muridnya. Selepas itu, kami mengambil peluang dengan masa yang ada untuk mengambil gambar kenang-kenangan di sekitar kawasan sekolah SK Clifford ini. Selepas itu, kami terus pergi menemui semua guru dan staf sokongan sekolah untuk mengucapkan terima kasih atas kesudian mereka menerima kami selama seminggu di sini. Kami juga sempat menemui murid-murid dan menyerahkan sedikit buah tangan kepada mereka dalam bentuk hiasan cawan kecil sebagai tanda kenang-kenangan. Sememangnya, PBS kali ini memberikan 1001 pengalaman dan kenangan baru buat kami semua.Semua pihak telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang PBS dilakukan. Melalui pengalaman-pengalaman yang diperoleh, saya dapat menilai bahawa visi dan misi sekolah ini bakal tercapai dalam masa terdekat kerana pengurusan sekolahnya yang sangat mantap. Tambahan pula, sekolah ini telah banyak memberikan maklumat kepada saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dan cemerlang pada masa akan datang.

LAMPIRAN

GAMBAR-GAMBARBIL

1.HURAIAN

MURAL DI DINDING KAWASAN SEKOLAHGAMBAR

2.

PUSAT SUMBER SK.CLIFFORD

3.

KANTIN SK.CLIFFORD

4.

TAPAK PERHIMPUNAN

5.

MAKMAL KOMPUTER

6.

MAKLUMAT-MAKLUMAT DI PAPAN PERNYATAAN

BIL

7.HURAIAN

KEADAAN KAWASAN SK.CLIFFORDGAMBAR

8.

SUSUN ATUR MEJA DI KELAS

9.

KAWASAN PADANG SK.CLIFFORD

10.

KEDAI BUKU MINI SK.CLIFFORD

11.

TANDAS PELAJAR

12.

TEMPAT DUDUK DAN KAWASAN REHAT SK.CLIFFORD