P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

7
BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR Definisi Audit dalam Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri Audit luar Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut. Matlamat utama Audit dalam Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh dipercayai

description

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUARDefinisiAudit dalam • Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiriAudit luar • Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.Matlamat utamaAudit dalam Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan systemperakaunan adalah berkesan dari segi rek

Transcript of P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

Page 1: P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

BAB 3 : AUDIT DALAM DAN AUDIT LUAR

Definisi

Audit dalam

Suatu fungsi penilaian bebas yang ditubuhkan dalam sesebuah organisasi yang

dijalankan oleh kakitangan syarikat sendiri

Audit luar

Pemeriksaan secara kritis ke atas penyata kewangan yang dilakukan oleh

juruaudit yang layak dan bebas untuk tujuan memberikan pendapat terhadap

penyata kewangan tersebut.

Matlamat utama

Audit dalam

Menyakinkan pihak pengurusan bahawa semakan dalaman dan system

perakaunan adalah berkesan dari segi reka bentuk dan operasi dan bahawa

penyata kewangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan boleh

dipercayai

Memastikan dan melaporkan sama ada sistem perakaunan dan Sistem Kawalan

Dalaman mencukupi dan sentiasa dipatuhi

Memastikan kewujudan autoriti yang sempurna bagi urusniaga dan bahawa

liability hanya ditanggung bagi operasi perniagaan yang sah sahaja

Page 2: P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

Mencegah dan mengesan sebarang kesilapan atau fraud di peringkat awal

dengan membuat pemeriksaan harian yang berterusan terhadap akaun dan

rekod

Memudahkan dan mempercepatkan audit tahunan dan untuk memberi maklumat

dan kerjasama kepada juruaudit luar

Memastikan bahawa dasar dan keputusan dilaksanakan dengan cara yang

cekap dan cepat

Audit luar

Memberi pendapat samada penyata kewangan yang disediakan oleh syarikat

menggambarkan keadaan benar dan saksama

Memastikan rekod-rekod perakaunan disediakan mengikut prinsip-prinsip

perakaunan seperti mana yang tertakluk dalam peruntukan undang-undang

( Akta Syarikat 1965)

Juruaudit Dalaman

- Merupakan pihak yang diminta oleh pihak pengurusan untuk mengaudit system

kawalan dalaman dan sistem perakaunan syarikat

- Merupakan kakitangan dalam syarikat tersebut yang ditugaskan khusus untuk

menjalankan pengauditan

- Mereka memeriksa, menganalisia dan melaporkan secara kritikal sesuatu

kawalan dalaman dan pengoperasian syarikat supaya semua sumber-sumber

dalam syarikat digunakan dengan betul, ekonomik, cekap dan berkesan

Page 3: P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

Elemen-elemen Bagi Juruaudit Dalaman

a. Bebas

b. Penstafan – bilangan, kelulusan, pengalaman

c. Latihan – terlatih sepenuhnya

d. Perhubungan - juruaudit dalaman sepatutnya membina hubungan kerja,

pemahaman terhadap pengurusan, juruaudit luar, agensi-agensi luar

e. Berhati-hati – dari segi teknik, keupayaan dan pertimbangan, perlu mempunyai

pengetahuan teknikal yang terkini, jujur dan berwibawa sama seperti juruaudit

luar

Hubungan Di Antara Audit Dalam Dan Audit Luar

Audit dalaman mengawasi kawalan dalaman dan system perakaunan sesebuah

organisasi. Keadaan ini dapat menghasilkan maklumat perakaunan yang lebih

tepat dan boleh dipercayai

Oleh itu, juruaudit luar mungkin meletakkan kesandaran kepada kerja juruaudit

dalam untuk tujuan membentuk pendapatnya terhadap penyata kewangan

Walau bagaimanapun, juruaudit luar perlu mengkaji aspek-aspek berikut bagi

memastikan kerja-kerja juruaudit dalaman itu boleh dipercayai atau sebaliknya :

i. Kebolehan juruaudit dalaman

Berdasarkan latihan, pengalaman dan tanggapan yang diperolehi melalui

perbincangan dengan mereka

ii. Kedudukan juruaudit dalaman

Dari segi kebebasan dan penglibatannya dengan tanggungjawab

kendalian yang lain

Page 4: P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

iii. Liputan dan kecukupan kerja juruaudit dalaman

Berdasarkan kertas kerja audit yang dibuat - juruaudit luar perlu

memastikan tiada bahagian yang terlepas perhatian atau tidak menerima

perhatian yang mencukupi daripada juruaudit dalam

iv. Perancangan yang sempurna telah dibuat dan tatacara yang sesuai telah

digunakan

Melalui penyemakan kertas kerja dan laporan yang disediakan yang

merupakan bukti tentang perancangan kerja, kecukupan tatacara dan

kawalan yang diamalkan

Bidang Kerjasama Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Juruaudit luar boleh bergantung kepada juruaudit dalaman di dalam menentukan

ssistem semakan

2. Program juruaudit dalaman membantu juruaudit luar

3. Pengalaman luas juruaudit luar boleh digunakan untuk member nasihat kepada

juruaudit dalaman

Persamaan Audit Dalam Dan Audit Luar

1. Mewujudkan sistem semakan dalaman yang efektif

2. Pematuhan kepada prinsip-prinsip perakaunan dan keberkesanan operasi

3. Kecukupan system perakaunan

4. Penjagaan aset-aset

Page 5: P4202 - BAB 3 Audit Dalam & Audit Luar

Perbezaan Juruaudit Dalaman Dan Juruaudit Luaran

Juruaudit Dalaman Juruaudit Luaran

Skop kerja Bidang liputan yang

dijalankan ditetapkan oleh

pihak pengurusan

Bidang liputan berdasarkan

peruntukan undang-undang

Pendekatan Memastikan Sistem

Perakaunan mencukupi dan

Sistem Kawalan Dalaman

berkesan

Untuk memuaskan hatinya

bahawa akaun yang

dibentang adalah benar dan

saksama

Tanggungjawab Kepada pihak pengurusan Terhadap pemegang saham

dan pihak ketiga yang lain

Juruaudit Kakitangan syarikat Individu yang bebas dan

berkelayakan

Kebebasan Bebas memberi pendapat

tetapi perlu bersedia dalam

memenuhi kehendak

pengurusan

Bebas dari segi pemikiran

dan kelakuan

Tempoh Pemerikasaan dijalankan

secara berterusan

sepanjang tahun

Biasanya setelah selesai

satu-satu tempoh

perakauanan

Kesan Audit Dalam Terhadap Audit Luar

Melahirkan keboleh percayaan juruaudit luar dari segi membuat keputusan

Menjimatkan masa

Membolehkan kerja audit luaran dijalankan dengan minimum

Mudah mendapatkan maklumat